Wacana Argumentatif dan Persuasif

19
PENGENALAN Topik 7 ini mengupas konsep wacana argumentatif secara menyeluruh. Ia menyentuh maksud penggunaan wacana argumentatif dan maksud wacana persuasif. Selain itu, topik ini turut menerangkan perbezaan antara wacana argumentatif dengan wacana persuasif dan aplikasinya dalam penulisan. WACANA ARGUMENTATIF 7.1.1 Pengertian Wacana Argumentatif Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesanan (adressee) supaya melakukan perubahan sikap dan tindakan (Renkema, 2004: 175). Dalam wacana ini, perkara yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang 7.1 T T o o p p i i k k 7 7 Wacana Argumentatif danPersuasif HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan konsep wacana argumentatif; 2. Menjelaskan maksud penggunaan wacana argumentatif; 3. Membincangkan maksud wacana persuasif; 4. Menyatakan perbezaan antara wacana argumentatif dengan wacana persuasif; dan 5. Membincangkan aplikasi wacana argumentatif dan wacana persuasif dalam penulisan.

Transcript of Wacana Argumentatif dan Persuasif

Page 1: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

PENGENALAN

Topik 7 ini mengupas konsep wacana argumentatif secara menyeluruh. Ia menyentuh maksud penggunaan wacana argumentatif dan maksud wacana persuasif. Selain itu, topik ini turut menerangkan perbezaan antara wacana argumentatif dengan wacana persuasif dan aplikasinya dalam penulisan.

WACANA ARGUMENTATIF

7.1.1 Pengertian Wacana Argumentatif

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesanan (adressee) supaya melakukan perubahan sikap dan tindakan (Renkema, 2004: 175). Dalam wacana ini, perkara yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang

7.1

TTooppiikk

77

Wacana

Argumentatif dan Persuasif

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menghuraikan konsep wacana argumentatif;

2. Menjelaskan maksud penggunaan wacana argumentatif;

3. Membincangkan maksud wacana persuasif;

4. Menyatakan perbezaan antara wacana argumentatif dengan wacana persuasif; dan

5. Membincangkan aplikasi wacana argumentatif dan wacana persuasif dalam penulisan.

Page 2: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 105

terdapat dalam ayat-ayat yang ada, sebagaimana yang digambarkan dalam model Organon Buhler, iaitu disebut sebagai aspek signal atau isyarat bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan (Renkema, 2004: 203). Wujud beberapa pandangan mengenai wacana argumentatif, iaitu yang pertama, menurut Renkema (2004: 204), perkara terpenting dalam sesebuah teks argumentatif bukanlah hal logiknya, tetapi cara argumentatif tersebut dibangunkan. Bagi Renkema juga, argumentatif merupakan motivasi gagasan atau claim yang dinyatakan melalui data. Hubungan argumentatif antara gagasan dan data disebut sebagai pembenaran atau penjaminan. Bagi pandangan kedua pula, bahawasanya dalam perspektif logik, perkara terpenting dalam argumentatif adalah cara pemberian alasan bagi kesahan argumentatif, iaitu daripada permulaan penyampaian hinggalah kepada kesimpulannya(Renkema 2004: 205). Dalam pandangan ketiga perspektif argumentatif, perkara terpenting dalam sesebuah teks adalah teknik dan keberkesanan penerima pesanan (Renkema 2004: 205). Dalam pandangan keempat pula, sebagaimana yang dianalisis oleh Renkema (2004: 205), penganalisisan argumentatif adalah dengan menggunakan pendekatan pragma-dialektis (pragma-dialectic). Menurut mereka, argumentatif tersusun daripada pragma, iaitu bahagian yang terdiri daripada ruang diskusi tempat para peserta saling bertutur (moves); dan dialectic, bahagian diskusi yang bersifat kritis bersama moves, yang menjadi saranan pembicaraan perbezaan pendapat (Renkema 2004: 205). Bagi pandangan kelima, menurut pendekatan ahli sosiopsikologi, tujuan utama teks-teks argumentatif, seperti diskusi, iklan dan pamflet adalah ajakan terhadap penerima pesanan untuk memikir, merasa dan melakukan tindakan tertentu (Renkema 2004: 207). Dalam pendekatan ini, dibicarakan masalah sikap (attitude) sebagai faktor utama yang menentukan tingkah laku. Dalam iklan, perubahan sikap amat penting kerana dengan demikian, penilaian produk diharapkan menjadi lebih baik (Renkema 2004: 208). Berhubung dengan kualiti argumentatif, secara umumnya dapat ditinjau dari dua aspek, iaitu kekuatan (strength), berupa urutan yang mungkin terjadi (probability consequences), misalnya merokok merugikan kesihatan; dan valensi, berupa urutan yang diinginkan (desirability consequences), misalnya jika ingin sihat, berhentilah merokok (Renkema 2004: 212). Selanjutnya, Renkema memaparkan empat jenis teknik yang biasa digunakan dalam membentuk argumentatif, iaitu:

(a) Memberikan alasan, sebab atau penjelasan;

(b) Membuat perbandingan atau analogi;

(c) Memberikan contoh; dan

(d) Menyebutkan sumber yang autoritatif.

Page 3: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 106

Tujuan penulisan berdasarkan pendekatan tersebut memperlihatkan bahawa dalam iklan yang dibentuk dalam sesuatu keadaan adalah untuk menghapuskan ingatan pengguna terhadap nilai guna utama objek. Kemudian menggantikannya pula dengan nilai guna sekunder dengan cara membongkar struktur argumentatif yang telah membentuk teks iklan. Secara umum, Renkema (2004: 9), dengan memperjelas maksud dalam Collins Concise Dictionary, mendefinisikan iklan sebagai "the promotion of goods or services for sale through impersonal media" (promosi penjualan benda dan layanan melalui media yang tidak bersifat peribadi). Hal ini demikian kerana tidak mampu dibahaskan bentuk iklan lain yang tidak bertujuan menjual barangan ataupun perkhidmatan, misalnya iklan yang memaparkan sosialisasi. Justeru, definisi tersebut tidak dipersoalkan. Iklan selanjutnya dapat dikategorikan menurut medium, produk, teknik dan penggunaannya (Renkema 2004: 12-14). Pertama, dengan berdasarkan medium yang digunakannya, iklan dapat dikategorikan dalam bentuk-bentuk yang saling berbeza antara satu sama lain, misalnya iklan dalam majalah, radio, televisyen, ataupun risalah. Kedua, berdasarkan produknya, iklan dapat dikategorikan menjadi iklan produk, misalnya produk kesihatan, kereta, mesin cuci dan makanan; dan iklan bukan produk, misalnya iklan amal, layanan sosialisasi dan politik. Ketiga, berdasarkan teknik yang digunakannya, iklan dapat dikategorikan dalam beberapa subkategori, iaitu:

(i) Hard sell, biasanya berbentuk seruan langsung dan soft sell, iaitu berbentuk tersirat;

(ii) Reason, biasanya anjuran pembelian dan tickle, memaparkan emosi dan suasana hati;

(iii) Slow drip dan sudden burst, dibezakan menurut frekuensi kemunculannya; dan

(iv) Short copy dan long copy, dibezakan berdasarkan jangka masa iklan atau jumlah kata yang digunakan.

Keempat, berdasarkan penggunaan, iklan dapat dikategorikan, misalnya, menurut gaya hidup, umur, jantina dan tingkat ekonomi. Dalam rangka di atas, anda telah melihat dengan lebih mendalam persoalan iklan dalam masyarakat yang hidup di tengah-tengah suasana gemerlapan yang dihasilkan. Ini adalah dianggap perlu untuk dibicarakan masalah kedudukan. Renkema (2004: 11) melihat banyaknya objek pengguna dan promosi telah mengemukakan bahawa masyarakat pada hari ini adalah masyarakat over communicated, iaitu masyarakat yang bukan sahaja dibanjiri objek pengguna, malah informasi. Oleh

Page 4: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 107

sebab itu, menurut Renkema, kreativiti dalam iklan tidak lagi menjadi satu-satunya cara untuk berjaya. Pada era seperti ini, yang ditekankan adalah kedudukan (Renkema 2004: 24). Dasar daripada kedudukan bukanlah mencipta sesuatu yang baharu dan berbeza, namun dapat memanipulasi apa-apa yang telah ada dalam fikiran. Kedudukan tidak berkaitan dengan apa-apa yang akan dilakukan dengan produk, tetapi lebih berkaitan dengan cara produk itu diterima secara baik dan sempurna dalam fikiran pengguna; kerana dalam penjualan, kualiti produk lebih penting daripada kuantiti (Renkema 2004: 5 dan 24).

WACANA PERSUASIF

7.2.1 Pengertian Wacana Persuasif

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana persuasif yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Dalam penulisan pemujukan, sama ada penyampaian ideologi ataupun berbentuk propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan yang boleh mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan:

Penguasaan tatabahasa;

Penggunaan pelbagai ragam bahasa;

Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik; dan

Penguasaan corak dan bentuk penulisan. Sama ada untuk memujuk ataupun mempengaruhi seseorang, wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasif pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif dikembangkan kepada empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

7.2

AKTIVITI 7.1

Jelaskan istilah wacana argumentatif.

Page 5: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 108

Di samping itu, penulisan juga boleh dibuat dengan teknik induktif atau deduktif atau analogi (rujuk Jadual 7.1) .

Jadual 7.1: Teknik Induktif, Deduktif dan Analogi

Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian

membuat kesimpulan atau rumusan.

Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan

maklumat yang khusus.

Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan

atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

Jadual 7.2: Naratif, Deskriptif, Eksposisi dan Penghujahan

Naratif Deskriptif Eksposisi Penghujahan

Gaya naratif boleh

ditemui pada

laporan akhbar,

laporan aktiviti,

minit mesyuarat

atau ceramah atau

syarahan yang

menerangkan

sesuatu.

(i) Menerang atau

memerikan

sesuatu.

(ii) Menggunakan

pemerhatian dan

pengamatannya

untuk

menerangkan

sesuatu hal. Pada

tahap yang lebih

halus, penulis

ada kalanya

menggunakan

pancainderanya,

di samping

perasaan hati dan

pandangannya.

(iii) Penulis

menggambarkan

peristiwa, contoh

kiasan dan

sebagainya.

(i) Mendedahkan

sesuatu isu atau

perkara.

(ii) Cara ini sesuai

digunakan

untuk

menjelaskan

konsep,

pandangan,

cadangan,

proses atau

sejarah sesuatu

dengan

menggunakan

mana-mana

teknik, sama

ada deduktif,

induktif

ataupun

analogi.

(i) Cara penulis

menunjukkan

kebenaran

pendapat, sama

ada menentang,

menyokong

ataupun

menunjukkan

sikap

berkecuali.

(ii) Kebenaran yang

hendak

ditunjukkan

mestilah

berasaskan

fakta atau bukti

yang konkrit.

(iii) Kebenaran

tidak

berasaskan

emosi sahaja.

Page 6: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 109

(iv) Pengalaman

seseorang, watak-

watak dalam

novel, drama dan

sebagainya.

(v) Dengan cara

deksriptif,

penulis boleh

menggunakan

teknik-teknik

induktif, deduktif

atau analogi.

(a) Konsep Persuasif

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkan penguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak serta bentuk penulisan. Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan persuasif. Pertama, seseorang penghasil wacana perlu menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua, penghasil wacana mestilah tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan dalam bahasa tersebut. Di samping itu, persuasif boleh dibuat dengan teknik induktif, deduktif atau analogi. Teknik induktif ialah mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan. Sebaliknya, teknik deduktif pula ialah mengemukakan satu pernyataan umum dan dituruti oleh fakta serta maklumat yang khusus. Manakala teknik analogi ialah penggunaan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

Page 7: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 110

(b) Jenis-jenis Persuasif dan Ciri-ciri

(i) Pemerian Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam pelukisan. Dalam persuasif, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas. Penghasil wacana hanya memerihalkan sesuatu perkara atau objek sebagaimana kewujudan sebenarnya, iaitu tidak memasukkan emosi, imaginasi atau pandangannya dalam wacana yang dihasilkan. Dari segi penerimaan wacana pula, pembaca atau pendengar seolah-olah dapat melihat ciri-ciri objek yang digambarkan. Untuk menghasilkan wacana persuasif pemerian, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.

(ii) Pemujukan

Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruh. Hal ini demikian kerana dalam persuasif ini, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar. Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan antara kebaikan dan keburukan. Ini dilakukan supaya orang yang dipujuk akur pada saranan yang dikemukakan dan seterusnya bertindak mengikut kemahuan pihak yang melakukan pemujukan. Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana akan memainkan emosi penerima wacana. Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana. Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang menggunakan persuasif pemujukan.

(iii) Penerangan

Persuasif jenis penerangan memberikan input maklumat tentang sesuatu perkara dengan secara terperinci, iaitu dari satu langkah ke satu langkah yang lain. Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengguna wacana. Oleh hal yang

Page 8: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 111

demikian, persuasif jenis ini dikatakan bersifat informatik. Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik. Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan dapat mengetahui serta memahami maklumat disampaikan.

(iv) Penceritaan

Persuasif jenis ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif seperti ini boleh ditemui dalam laporan akhbar, aktiviti, minit mesyuarat atau syarahan yang menerangkan sesuatu. Selain itu, persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik. Persuasif ini digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandungi empat prinsip yang bertalian: kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik.

(v) Pendedahan

Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan, persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan. Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan pemahaman kepada khalayak. Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu. Dalam penulisan seperti kertas kerja, tesis, latihan ilmiah, buku-buku akademik dan rujukan, persuasif pendedahan digunakan dalam penghasilan wacana. Untuk menghasilkan wacana ini, persuasif kerap menggunakan teknik penyampaian idea berasaskan pentakrifan, pencerakinan, penggolongan dan contoh. Terdapat tiga prinsip utama persuasif pendedahan iaitu, penghasil wacana mesti pakar dalam subjek yang diperkatakan, khalayak tidak faham akan subjek dan subjek yang dibicarakan tidak menimbulkan kontroversi, iaitu tidak akan mencetuskan perbezaan pendapat. Seperti persuasif pemerian, persuasif pendedahan juga bersifat objektif, tepat dan jelas,

Page 9: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 112

iaitu penghasil wacana menjelaskan sesuatu topik tanpa memasukkan emosi dan pandangan peribadi.

(vi) Penghujahan

Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong sebagai persuasif pengaruh. Namun demikian, hal yang membezakan persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan ialah persuasif pemujukan mempengaruhi khalayak dengan manipulasi emosi, sedangkan persuasif penghujahan menggunakan bukti dan alasan yang kukuh untuk menyakinkan khalayak. Oleh sebab itulah, persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan adalah dari segi pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif sehingga menghendaki khalayak bertindak mengikut kemahuan penghasil wacana. Sebaliknya, persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan. Hal ini bermakna bahawa dalam persuasif penghujahan, khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu usul. Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan khalayak. Secara umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian idea secara deduksi atau induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan dalam perbahasan, perbicaraan, forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.

(c) Penekanan dalam Pendekatan Persuasif Pendekatan ini menekankan tiga unsur iaitu penulis, bahasa dan pembaca. Teks yang dihasilkan cuba menyakinkan pembaca untuk bertindak atau mencontohi sikap yang diinginkan oleh penulis. Pendekatan ini juga memerlukan penulis mendalami beberapa persoalan. Siapakah khalayak yang perlu diyakinkan dalam penulisan ini? Apakah bentuk rayuan yang sesuai digunakan oleh pengarang? Apakah cara yang penulis gunakan untuk menyakinkan pembaca supaya lebih bersimpati terhadap masalah yang dihadapi? Matlamat utama pendekatan ini dalam penulisan adalah

AKTIVITI 7.2

Bincangkan wacana persuasif.

Page 10: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 113

untuk meningkatkan kemampuan ke arah penyesuaian mesej pada nilai-nilai dan cita rasa khalayak.

Kesimpulannya, pendekatan epistemik dan beberapa pendekatan yang tersebut di atas mempunyai peranan yang tersendiri. Pendekatan formalistik memberikan penekanan terhadap bahasa. Pendekatan referensial menekankan bahasa dan realiti. Pendekatan ekspresi pula menumpukan penulisan dan bahasa; manakala pendekatan persuasif menjurus kepada penulis, bahasa dan realiti.

(d) Prinsip-prinsip Persuasif

Prinsip-prinsip persuasif berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren, iaitu segala bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian yang berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting, proses melahirkan kesinambungan dalam menghasilkan penulisan. Setiap pendapat adalah saling berhubungan dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir. Proses pemikiran yang tidak logik juga penting dalam proses menulis. Proses menulis adalah satu proses yang murni. Penulisan mengikut ketepatan tajuk amatlah berkaitan. Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali secara keseluruhannya kepada yang diketahui sepenuhnya. Pengulangan dalam proses perubahan adalah daripada bentuk yang terhad kepada yang lebih luas. Pembentukan wacana adalah penting dalam setiap bahagian penulisan. Analisis sintagmatik dan paradigmatik wacana juga sangat penting untuk mengembangkan proses penulisan.

APLIKASI DALAM PENGAJARAN PENULISAN

7.3.1 Wacana Argumentatif dan Persuasif dalam Pengajaran Penulisan Sekolah Rendah dan Menengah

Penulisan ini memberikan fokus kepada penggubalan iklan di sekolah. Contoh iklan adalah untuk sambutan hari kantin sekolah.

Contoh Argumentatif Riang Ria

Jadikan hari kantin dengan penuh bermakna. Sambil anda membeli-belah, anda bersama-sama dapat menikmati suasana riang ria.

7.3

Page 11: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 114

Berdasarkan kerangka teori yang dikemukakan di atas, tahap pertama analisis ini adalah mengidentifikasi iklan dan memasukkannya sebagai sesuai dengan kategori tertentu. Dalam hal ini, diidentifikasikan iklan tersebut hanya menurut kategori teknik, lebih tepatnya antara hard sell dan soft sell, dan penggunaan; kerana selain memiliki kesesuaian dengan apa-apa yang hendak dianalisis selanjutnya, jelas pula bahawa iklan tersebut adalah iklan bagi salah sebuah persatuan atau kelab di sekolah yang menawarkan produk. Dari segi teknik yang digunakannya, tidak ada sama sekali anjuran langsung, iklan ini masuk dalam kategori soft sell. Bentuk tersiratnya dapat dilihat pada judul iklan untuk riang ria. Penggunaan ungkapan yang tertera di dalam iklan ini pada dasarnya sangat abstrak, namun dapat difahami melalui penggunaan kata riang ria bahawa yang dibidik dalam iklan ini adalah murid atau pelajar sekolah. Riang Ria, bermaksud 'keinginan', 'hasrat', dan kemesraan yang jitu'. Dengan kata lain, iklan tersebut menyatakan sesuatu bagi mereka yang begitu berkeinginan, berhasrat, juga bermesra. Kata-kata tersebut memiliki hubungan dengan hal lain, iaitu harapan, cita-cita, angan, tujuan dan kata lain yang memiliki asosiasi makna sejahtera dan bekerjasama. Tahap selanjutnya, seperti telah dikemukakan dalam kerangka teori tersebut, adalah menelusuri struktur argumentatif yang dibentuk dalam teks tersebut. Barangkali perlu disebutkan di sini, bahawa dilihat iklan sebagai hal yang argumentatif. Ini sejajar dengan pendapat Renkema (2001: 31 dan 33) bahawa iklan merupakan media "pendidikan" awam untuk menjadikan pengguna dimanipulasi oleh tanda secara aktif. Oleh sebab itu, usaha menelusuri struktur argumentatif dalam iklan adalah dengan berdasarkan fungsi. Berdasarkan struktur argumentatif yang dikemukakan Featherstone (2001), dihuraikan teks menjadi beberapa bahagian seperti berikut: Gagasan : (1) Jadikan hari kantin dengan penuh bermakna. Data: Paparan riang ria: Warrant atau pembenaran, seperti disebutkan di atas merupakan hubungan argumentatif antara gagasan dan data. Dengan melakukan pendekatan logik terhadap wacana argumentatif, warrant adalah komponen paling sesuai untuk menentukan sesebuah teks supaya dapat dikatakan argumentatif secara logik. Ia mempunyai nilai yang sama pentingnya dengan reasoning. Jika terdapat hubungan argumentatif atau warrant dapat ditemukan, teks tersebut adalah logik dan argumentatif; dan sebaliknya, jika tidak, maka teks tersebut bukanlah teks argumentatif, kerana tidak logik.

(a) Persuasif dalam Penulisan Dalam memperkatakan persuasif dalam penulisan, aspek yang utama adalah tentang frasa. Frasa berkenaan ialah penghubung dan kata rujukan.

Page 12: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 115

(b) Kata dan Frasa Penghubung Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu sekiranya anda mahu menghasilkan penulisan yang berkualiti tinggi. Antara subkemahiran yang penting adalah kemahiran sintaksis di peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi dan penyampaian idea. Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang efektif untuk menyampaikan hasrat dan maksud penulis.

(c) Kata Rujukan atau Kata Ganti Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sama ada sesuatu tentang manusia, benda atau hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam konteks yang sama. Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan menimbulkan rasa kurang selesa. Kata ganti itu timbul untuk menghindari pengulangan dalam kalimat atau ayat berikutnya. Dengan demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi untuk menjadi kesepaduan yang baik dan teratur antara ayat-ayat yang membina sesuatu penulisan.

(d) Teknik Penyampaian Idea Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk menyampaikan idea dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya ialah takrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dan induksi.

(e) Pendekatan Persuasif secara Khusus Pendekatan persuasif secara khusus menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting dalam sesuatu penulisan. Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan merangkumkan perenggan-perenggan penulisan. Kesannya, pembaca akan dapat memahami dan menghayati apa-apa yang hendak disampaikan oleh penulis dan sekali gus memberikan kesan yang mendalam terhadap emosi dan tindakan pembaca.

(f) Penggunaan Persuasif dalam Penulisan secara Khusus Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh seseorang penulis sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan serta idea yang jelas dan tepat. Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan. Penulis yang telah dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan menarik. Dalam penulisan surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi maklumat yang disampaikan.

Page 13: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 116

Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik, memberi pemahaman dan hujah yang logik.

Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca, sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif penerangan dalam penulisannya.

Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan dan pendedahan. Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang menarik. Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

Wacana argumentatif biasanya digunakan untuk mempengaruhi penerima pesan (adressee) agar melakukan perubahan sikap dan tindakan. Di dalam wacana ini, yang terpenting adalah fungsi ajakan (appeal) yang terdapat

pada mana-mana model organon Bühler, iaitu disebut sebagai aspek signal bahasa, iaitu penerima pesan mengesan sesuatu daripada pesanan.

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai wacana persuasif yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan.

SEMAK KENDIRI 7.1

1. Tunjukkan contoh wacana argumentatif berdasarkan lima ayat yang lengkap.

2. Berikan lima contoh ayat yang menunjukkan wacana persuasif dalam pengumuman.

Page 14: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 117

Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, wacana persuasif adalah wahana dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.

Secara umumnya, kemahiran dalam wacana persuasif melibatkan:

(a) Penguasaan tatabahasa

(b) Penggunaan pelbagai ragam bahasa

(c) Penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik

(d) Penguasaan corak dan bentuk penulisan

Sama ada untuk memujuk atau mempengaruhi seseorang, wacana yang terhasil merupakan manifestasi yang dipengaruhi oleh khalayak wacana berkenaan. Di samping itu, struktur wacana persuasif pula dipengaruhi oleh niat dan hasrat wacana. Wacana persuasif dikembangkan kepada empat cara, iaitu naratif (penceritaan), deskriptif (pemerian), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan.

Induktif Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus dan kemudian

membuat kesimpulan atau rumusan.

Deduktif Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh fakta dan

maklumat yang khusus.

Analogi Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan persamaan

atau perbezaan antara dua perkara atau senario.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Dalam

penulisan pemujukan, penyampaian ideologi atau berbentuk propaganda, persuasif adalah alat-alat dalam penulisan untuk mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai. Secara umumnya, kemahiran persuasif melibatkan penguasaan tatabahasa, penggunaan pelbagai ragam bahasa, penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik dan penguasaan corak dan bentuk penulisan.

Terdapat dua aspek penting yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan persuasif. Yang pertama, seseorang penghasil wacana perlu menguasai sesuatu bahasa dengan baik. Kedua, penghasil wacana mestilah tahu akan perkara atau tajuk yang hendak disampaikan dengan bahasa tersebut.

Persuasif pemerian bertujuan memberikan gambaran visual yang jelas kepada khalayak seperti dalam pelukisan.

Page 15: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 118

Dalam persuasif pemerian, penghasil wacana memindahkan pengamatan dan perhatiannya kepada khalayak. Bahan yang dipindahkan termasuklah imej, hal fizikal, keadaan, perasaan, suasana, latar dan sebagainya. Pemerian seharusnya dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.

Untuk menghasilkan wacana dengan persuasif pemerian, penghasil wacana boleh memberikan gambaran secara realistik atau impresionistik. Selain bentuk prosa, persuasif pemerian juga terdapat dalam bentuk puisi.

Persuasif pemujukan dikenal juga sebagai persuasif pengaruhan.

Dalam persuasif pemujukan, penulis atau penutur berusaha untuk mengubah dan mempengaruhi pemikiran, keyakinan dan pandangan pembaca atau pendengar.

Persuasif pemujukan mementingkan kehalusan berbahasa dengan menyelitkan unsur-unsur psikologi serta perbandingan kebaikan dan keburukan.

Salah satu ciri penting dalam persuasif pemujukan ialah penghasil wacana akan memainkan emosi penerima wacana.

Dengan memanipulasikan emosi khalayak, penghasil wacana berharap pendirian penerima wacana akan berubah, lalu bertindak mengikut kehendak penghasil wacana.

Persuasif pemujukan juga sering menggunakan bahasa yang manis dan menarik. Penggunaan bahasa yang demikian terdapat dalam iklan yang menggunakan persuasif pemujukan.

Persuasif pemujukan memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain. Persuasif penerangan bertujuan untuk memberikan maklumat kepada penguna wacana.

Persuasif pemujukan dikatakan bersifat informatik.

Dalam lisan, persuasif penerangan menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yang menarik.

Persuasif penerangan menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberi penerangan mengetahui dan memahami maklumat yang dsampaikan.

Persuasif ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam bentuk penulisan mahupun lisan. Selain itu, gaya naratif ini boleh ditemui pada laporan akhbar, laporan aktiviti, minit mesyuarat atau ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.

Page 16: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 119

Persuasif penceritaan menyampaikan sesuatu cerita, iaitu menghubungkan beberapa siri peristiwa yang berkaitan dalam satu plot yang logik.

Persuasif penceritaan digunakan dalam penulisan cerpen, novel, autobiografi, lipur lara, hikayat dan sebagainya. Persuasif ini mengandung empat prinsip yang bertalian iaitu kesatuan, pertautan, penekanan dan gaya bahasa yang menarik.

Persuasif pendedahan merujuk kepada satu teknik pemakaian bahasa yang menampakkan sesuatu perkara atau topik sehingga perkara atau topik tersebut dapat diketahui dan difahami oleh khalayak. Selain pendedahan, persuasif ini juga dikenali sebagai persuasif penjelasan.

Hal ini demikian kerana tujuan persuasif adalah untuk memberikan pemahaman kepada khalayak.

Dalam persuasif pendedahan, penghasil wacana berusaha memindahkan ideanya kepada khalayak secara berkesan. Biasanya idea sering dijelaskan adalah dengan menggunakan persuasif pendedahan, iaitu idea yang berkaitan dengan definisi, konsep, istilah, fakta, falsafah, masalah, analisis, proses dan dasar tertentu.

Sama seperti persuasif pemujukan, persuasif penghujahan juga tergolong sebagai persuasif pengaruh.

Persuasif penghujahan turut dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek.

Perbezaan lain antara persuasif pemujukan dengan persuasif penghujahan adalah dari segi pendekatan. Dalam hal ini, persuasif pemujukan agak agresif sehingga menghendaki khalayak bertindak mengikut kemahuan penghasil wacana.

Persuasif penghujahan hanya memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan pendapat yang dikemukakan.

Khalayak dianggap orang yang sangat bijak, objektif dan berkemampuan membuat penilaian sendiri terhadap sesuatu usul.

Terdapat tiga unsur penting dalam persuasif penghujahan, iaitu kenyataan tesis, premis dan khalayak.

Umumnya, persuasif penghujahan boleh memanfaatkan teknik penyampaian idea secara deduksi dan induksi. Persuasif penghujahan sering digunakan dalam perbahasan, perbicaraan, forum, tesis, kertas kerja dan latihan ilmiah.

Prinsip-prinsip persuasif ini adalah berlandaskan Sistem Teoritikal Koheren, iaitu segala bentuk pendapat, penyusunan dan gaya penyampaian adalah berkaitan.

Page 17: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 120

Berkaitan antara satu idea merupakan satu proses pemikiran yang penting untuk melahirkankesinambungan dalam penulisan. Setiap pendapat adalah saling berhubungan dengan simbolik penjelmaan dalam proses berfikir. Proses pemikiran yang tidak logik juga penting dalam proses penulisan.

Proses penulisan adalah satu proses yang murni. Murni jika penulisan mengikut ketepatan tajuk.

Proses menulis bermula daripada satu pergerakan idea yang tidak dikenali keseluruhannya kepada yang diketahui keseluruhannya. Pengulangan dalam proses perubahan adalah daripada bentuk terhad kepada luas. Pembentukan wacana adalah penting dalam setiap bahagian penulisan.

Analisis sintagmatik dan paradigmatik juga sangat penting untuk mengembangkan wacana dalam proses penulisan.

Dalam memperkatakan persuasif penulisan, aspek yang utama adalah frasa penghubung dan kata rujukan.

Dalam kemahiran menulis, terdapat beberapa subkemahiran yang perlu sekiranya mahu menghasilkan penulisan yang berkualiti baik. Antara subkemahiran yang penting adalah kemahiran sintaksis pada peringkat ayat yang merupakan perkara utama dan paling asas dalam ekspresi dan penyampaian idea.

Perenggan-perenggan yang baik tidak dapat dibina tanpa ayat-ayat yang efektif untuk menyampaikan hasrat dan maksud penulis.

Satu gejala universal wujud dalam berbahasa sesuatu sama ada tentang manusia, benda atau hal tidak akan dipergunakan berulang kali dalam konteks yang sama.

Pengulangan kata yang sama tanpa satu tujuan yang jelas akan menimbulkan rasa kurang selesa.

Kata ganti tersebut timbul untuk menghindari pengulangan dalam ayat berikutnya. Dengan demikian, kata rujukan atau kata ganti dapat berfungsi untuk menjadi kesepaduan yang baik dan teratur antara ayat-ayat yang membina sesuatu penulisan.

Terdapat beberapa teknik yang digunakan oleh penghasil wacana untuk menyampaikan idea dengan berkesan dalam sesebuah penulisan. Antaranya ialah takrifan, pencerakinan, analogi, petikan, deduksi dan induksi.

Pendekatan persuasif menggunakan asas pemujukan sebagai elemen penting dalam sesuatu penulisan.

Kemampuan penulis menggarap isi dan mesej penulisan terletak kepada input-input bahasa, pengalaman, maklumat, pemikiran analitis-logik serta

Page 18: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF ! 121

kemahiran menulis yang dimilikinya. Kesemua elemen ini akan merangkumkan perenggan-perenggan penulisan.

Kemahiran persuasif merupakan kemahiran menulis yang diperlukan oleh seseorang penulis sebelum dapat menghasilkan penulisan yang berkesan serta idea yang jelas dan tepat.

Kemahiran persuasif memerlukan latihan yang sistematik dan berterusan. Penulis yang telah dapat menguasai kemahiran persuasif pastinya akan dapat menghasilkan penulisan yang bermutu dan menarik. Dalam penulisan surat rasmi, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, iaitu persuasif yang menggunakan bahasa formal yang tepat, jelas dan bernas supaya orang yang diberikan penerangan mengetahui dan memaklumi maklumat yang disampaikan.

Dalam penulisan rencana, persuasif yang digunakan ialah persuasif penerangan, pendedahan dan penghujahan. Persuasif tersebut digunakan dalam rencana adalah untuk menyampaikan maklumat dan mesej tertentu dengan intonasi dan nada yag menarik, memberi pemahaman dan hujah yang logik.

Bagi penulisan laporan dan minit mesyuarat, persuasif yang digunakan adalah persuasif penerangan untuk memberikan maklumat kepada pembaca, sekali gus bersifat informatif. Dalam persuasif jenis ini, bahasa formal yang jelas dan tepat digunakan untuk memberikan penerangan terhadap maklumat yang disampaikan. Ulasan dan komentar juga menggunakan persuasif penerangan dalam penulisannya.

Pengumuman dan pengacaraan majlis menggunakan persuasif penerangan dan pendedahan.

Persuasif penerangan bertujuan memberikan maklumat kepada pendengar dan mesej serta maklumat disampaikan dengan nada dan intonasi yang menarik.

Persuasif pendedahan pula berfungsi untuk memberikan pemahaman kepada khalayak supaya khalayak dapat memahami sesuatu topik.

Page 19: Wacana  Argumentatif  dan Persuasif

TOPIK 7 WACANA ARGUMENTATIF DAN PERSUASIF 122

Analogi

Data

Deduktif

Deskriptif

Eksposisi

Gagasan

Induktif

Logik

Naratif

Penceritaan

Pendedahan

Penerangan

Penghujahan

Pesanan

Produk

Tatabahasa

Featherstone, M. (2001). Postmodernisme dan budaya penggunaan. Terjemahan Consumer Culture and Postmodernism oleh Misbah Zulfa Elizabeth. Yogyakarta: Pustaka Pelajar.

Piliang Yasraf Amir. (2003). Hipersemiotika: Tafsir cultural studies atas matinya makna. Bandung: Jalasutra.

Renkema, J. (2004). Introduction to discourse studies. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.