Undang-Undang Palang Merah

download Undang-Undang Palang Merah

of 35

Transcript of Undang-Undang Palang Merah

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    1/35

    PALANG MERAH/

    BULAN SABIT MERAHDAN

    UNDANG-UNDANGKEMANUSIAAN

    ANTARABANGSA(UUKA)

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    2/35

    ISI KANDUNGAN

    1. PERSATUAN PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA.

    2. PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DANHUBUNGANNYA DENGAN KONVENSYEN GENEVA.

    3. PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN PENYEBARANUNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA.

    4. PERUNTUKKAN KHAS BERKAITAN DENGAN KEGIATAN PALANG

    MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN ANGGOTA TENTERA DALAMMASA PERANG/KONFLIK BERSENJATA.

    5. BACAAN TERPILIH (DALAM BAHASA INGGERIS).

    6. BIBLIOGRAFI

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    3/35

    KONVENSYEN GENEVA DAN PROTOKOL-PROTOKOL TAMBAHAN

    Pendahuluan

    Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa mengandungi Undang-undangAntarabangsa yang usul asalnya sama ada konvensional atau mengikut adatdan rekabentuk khas untuk menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaanakibat daripada konflik bersenjata. Undang-undang ini menghadkan, atassebab-sebab kemanusiaan, hak-hak pihak yang bersengketa untukmenggunakan kaedah dan cara peperangan mengikut pilihan mereka sendiri danmelindungi orang-orang atau objek-objek yang terlibat atau mungkin terlibat

    dalam sengketa tersebut.

    Undang-undang Kemanusiaan boleh dikatakan suatu perkara baru dalamUndang-undang Antarabangsa. Dalam awal tahun 50an, Jawatankuasa PalangMerah Antarabangsa mula-mula menggunakan perkataan ini untukmelambangkan undang-undang Konvensyen Geneva, yang telah dianggapsebagai sebahagian daripada undang-undang peperangan. Undang-undangpeperangan secara kasar, bermaksud untuk mengawal keadaan permusuhandan mengurangkan kesengsaraan akibat daripadanya. Konvensyen The Haguemenetapkan hak-hak dan kewajipan pihak-pihak yang sedang berperang dalammenjalankan operasi permusuhan dan menghadkan pilihan cara-cara melakukan

    kerosakan ke atas musuh.Konvensyen Geneva melindungi anggota-anggota tentera, orang-orang yangtidak upaya berjuang dan orang-orang yang tidak mengambil bahagian dalampermusuhan. Konvensyen ini adalah perjanjian antarabangsa yang mengikutsemua Negara yang mengiktirafkannya bagi maksud melindungi mangsa-mangsa peperangan dan akibat-akibatnya.

    Latar Belakang Sejarah

    Pengalaman seorang warganegara Geneva bernama Henry Dunant, telahmemulakan penubuhan Palang Merah dan Konvesyen Geneva yang asal.

    Dunant telah menyaksikan kengerian. Menjaga dan merawatnya.

    Kesan buku ini membawa kepada penubuhan, dalam bulan Feb 1863,satu Jawatankuasa Berlima, terdiri daripada Dunant, Gustave Mouynier,General Guillame Dufour, Dr. Louis Appia dan Dr. Theodire Mauncir.Jawatankuasa ini, pelopor ICRC, dalam tahun 1864 memujuk Kerajaan Swisssupaya mengadakan suatu persidangan antarabangsa yang disertai oleh 16negara. Wakil-wakil ke persidangan bersetuju mewujudkan persatuan-persatuan

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    4/35

    Kebangsaan bertaraf antarabangsa dan menggunakan lambing Palang Merah diatas latar belakang warna putih sebagai lambing institusi baru tersebut.

    Konvensyen juga mengesyorkan satu rancangan yang lebih mantap untukmemberi pelindungan antarabangsa, kepada orang-orang yang cedera, hospital-

    hospital tentera da kakitangan perubatan. Cadangan-cadangan ini telah dipakaidi dalam Konvensyen Geneva bagi pemulihan keadaan orang-orang yangcedera dalam tentera-tentera di medan, pada 22 Ogos 1864 di Geneva.Konvesyen mengandungi 10 artikel dan memperkenalkan sifat berkecuali.Doktor-doktor dan jururawat tidak lagi dianggap sebagai pejuang dandikecualikan daripada ditawan. Orang-orang awam yang membantu orang-orang yang cedera hendaklah dihormati. Anggota tentera yang cedera dan sakithendaklah dirawat tanpa mengira bangsa mereka. Ambulan dan hospital tenterahendaklah diiktiraf sebagai berkecuali. Palang Merah hendaklah menjadilambang pengenalan supaya bebas daripada serangan.

    Konvensyen Geneva

    Konvensyen 1864 telah dikaji semula dalam satu Persidangan Diplomatik dalamtahun 1906. Daripada pengalaman perang Dunia Pertama Konvensyen iniseterusnya dikaji semula dan diperbaiki di dalam Konvensyen Geneva tahun1928 khususnya berhubung dengan tawanan perang.

    Perlindungan ke atas orang-orang yang sakit dan cedera dalam peperangantentera laut telah diberi melalui Persidangan The Hague tahun 1899 dan 1907.Persidangan The Haque ke III tahun 1899 meluaskan kepada peperangan

    tentera laut peruntukan Konvesyen Geneva 1864 dan apabila Konvensyen TheHague ke III dikaji semula dalam tahun 1906, prinsip-prinsisp telahdiperluaskan kepada peperangan tentera laut oleh Konvensyen The Hague ke X tahun 1907.

    Satu lagi perkembangan yang besar dalam peperangan kemanusiaan ialahaktiviti Palang Merah berhubung dengan tawanan perang. Konvesnyen TheHague ke- IV tahun 1907 berkaitan dengan undang-undang dan AdatPeperangan di darat adalah menjadi asas undang-undang bagi tugas ini.Selaras dengan Konvesyen ini, Palang Merah telah menubuhkan dalam PerangDunia Pertama sebuah Agensi Antarabangsa bagi tawanan perang di Genevayang mewujudkan indeks lebih daripada lima juta kad yang mengandungi butir-butir pengenalan dan lokasi tawanan perang.

    Prinsip Konvensyen 1864, 1899 dan 1907 telah disahkan semula dandipertingatkan selanjutnya dalam tahun 1929.

    Pengalaman Perang Dunia Ke Dua memaparkan keperluan mengkaji semuladan membuat tambahan kepada Konvensyen Geneva. Draf-draf disediakan oleh

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    5/35

    Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dengan kerjasama pakar-pakar dansetelah beberapa mesyuarat diadakan, telah diambil sebagai asas bagi kerja-kerja Persidangan Diplomatik di Geneva dari 21 April hingga Ogos 1949.Persidangan ini menerima empat Konvensyen yang telah ditandatangani 61negara. Konvensyen ini adalah:

    a) Konvensyen Pertama

    - Konvensyen Geneva bagi pemulihan keadaan orang-orang yangcedera dan sakiit dalam angkatan tentera di medan.

    b) Konvensyen Kedua

    - Konvensyen Geneva bagi pemulihan anggota-anggota angkatantentera yang cedera, sakit dan terkandas di laut.

    c) Konvensyen Ketiga

    - Konvensyen Geneva yang berkaitan dengan layanan tawananperang.

    d) Konvensyen Keempat

    - Konvensyen Geneva yang berkaitan dengan perlindungan orang-orang awam semasa perang.

    Pengiktirafan Palang Merah sebagai lambang rasmi adalah satu langkah yang

    wajar.

    Konvensyen ini yang mengandungi hamper 400 artikel, melambangkan satukejayaan undang-undang yang bersejarah dan merupakan benteng undang-undang yang hamper 37 tahun telah memberikan perlindungan kepada mangsa-mangsa konflik bersenjata yang tidak terkira ramainya.

    Protokol

    Pengalaman dalam beberapa dekad ini menunjukkan betapa perlunya undang-undang konflik bersenjata dikaji semula pada keseluruhannya. Dengan demikianPersidangan Palang Merah Antarabangsa yang ke-20 di Vienna 1965,menggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa supaya menyusulPerkembangan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.

    Dalam bulan Mei 1968, Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai HakAsasi Kemanusiaan di Teheran, Iran menjemput Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu supaya berhubung dengan Jawatankuasa Palang Merah

    Antarabangsa untuk membuat kajian usahasama. Persidangan Palang Merah

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    6/35

    Antarabangsa yang ke-21 pada bulan September 1969 di Istanbul, Turkeymenggesa Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa supaya meneruskanusahanya merangka peraturan-peraturan yang konkirt sebagai tambahankepada Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa yang ada sekarang, danmenjemput pakar-pakar kerajaan bertemu untuk berunding dengan

    Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa. Hasil daripada itu, JawatankuasaPalang Merah Antarabangsa mengadakan Persidangan Diplomatik pada 24 Mei1971 dengan dihadiri oleh pakar-pakar dari 39 negara. Ini diikuti pula dengansessi kedua pada 3 Mei hingga 3 Jun 1972 dan seramai 400 pakar dari 77negara telah mengambil bahagian.

    Hail dariapda kerj-kerja persiapan ialah dua draf protokll sebagai tambahankepada Konvensyen Geneva tahun 1949. Draf protokol pertama adalahberkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata antarabangsadan yang kedua berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflikbersenjata dalam negeri. Kedua-dua draf protocol telah dikemukakan dalam

    Persidangan Palang Merah Antarbangsa ke-22 di Teheran pada 1973.

    Dalam tahun1973, Kerajaan Switzerland, negara penyimpan bagi KonvesnyenGeneva telah menghantar jemputan ke Persidangan Diplomatik yang akandihadiri oleh wakil-wakil yang berkuasa dari negara-negara yang menjadi ahliKonvensyen Geneva 1949 untuk membincangkan draf protokol tersebut.Persidangan yang diadakan di Geneva mempunyai 4 sessi: 20 Feb. hingga 29Mac 1974, 3 Feb. hingga 8 April 1975, 21 April hingga 11 Jun 1976 dan 11 Machingga 10 Jun 1977. Persidangan ini disertai oleh 124 negar, 11 pergerakanpembebasan Negara dan 51 orangisasi antara Kerajaan dan bukan Kerajaan.Pada 8 Jun 1977 Persidangan Diplomatik menerima 2 protokol tambahan

    kepada Konvensyen Geneva.

    Perlindungan Warisan Kebudayaan Manusia.

    Sehingga Konvensyen Geneva 1949, tidak ada peruntukan dibuat atau difikirkanperlu untuk membincangkan kesan-kesan permusuhan ke atas warisanKebudayaan Manusia. (Perkara ini termasuk di bawah Konvensyen The Huges).Perkembangan yang berlaku pada awal abad ke 20 dalam teknologi dan tekniktentera, khususnya perkembangan luar biasa dalam peperangan udaramenyebabkan perlu mempertingkatkan dan menjadikannya lebih khususundang-undang konflik bersenjata yang ada sekarang. Konvensyen Geneva ke-IV (1949), Artikel 53 adalah percubaan pertama untuk melindungi harta benda,tetapi dalam keadaan yang amat umum dan terhad. Dalam Konvensyen TheHague (1954) peruntukan untuk melindungi harta benda kebudayaan telahdipertingatkan sepenuhnya. Keseluruhan Konvensyen telah ditumpukan kepadasubjek ini. Dalam tahun 1977, Protokol I dan II diperluaskan selanjutnya hinggatermasuk:

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    7/35

    a) Objek yang sangat mustahak dalam kehidupan penduduk awam,misalnya kerja-kerja pengairan, binaan air minuman, tanaman danbinatang ternakan.

    b) Kerosakan yang merebak, berpanjangan dan teruk ke atas persekitaran.

    c) Membuka kuasa-kuasa tenaga yang bahaya yang boleh mengakibatkankerugian besar di kalangan penduduk awam misalnya empangan , dike.

    Penyebaran

    Liputan Konvensyen Geneva ini tidak akan lengkap tanpa menyentuh tentangkepentingan penyebaran. Sebagaimana pentingnya peruntukan dalam aspekboleh buat dan jangan buat, begitu juga peruntukan dimasukkan di dalamKonvensyen bagi menentukan penyebaran Konvensyen ini. Negara-negarayang memihak kepada Konvensyen Geneva ini, melalui tandatangan mereka,

    berikrar untuk menyebarkan kandungan Konvensyen ini seberapa luas yangboleh di negara masing-masing, dalam masa aman ataupun masa perang,supaya prinsip-prinsipnya dapat diketahui oleh seluruh penduduk, khususnyakepada angkatan tentera. Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan utamakerajaan-kerajaan negara untuk menyebarkan Undang-Undang Kemanusiaan

    Antarabangsa. Penyebaran juga adalah kewajipan semua warganegara, yangmungkin satu hari nanti akan dikehendaki mengamalkan peraturan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa. (Penyebaran Undang-undanganKemanusiaan Antarabangsa oleh Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah,yang bertindak sebagai pasukan bantuan pihak berkuasa awam, menokoktambah tindakan yang dijalankan oleh Kerajaan. Pernyebaran Undang-undang

    Kemanusiaan Antarabangsa membantu mengelakkan pelanggaran prinsip-prinsip kemanusiaan dan juga menggalakkan kewujudan refleks kemanusiaan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    8/35

    JADUAL 1

    Sejarah Konvensyen Geneva dan Konvensyen Hague

    Konvensyen Geneva Konvensyen Hague

    Konvensyen Geneva 1864

    1868 Pengumuman St. Petersburg

    1899 Persidangan KeamananAntarabangsa Hague

    Penyemakan Konvensyen 1906Geneva1907 Konvensyen Hague

    Penyemakan Konvensyen 1929Geneva

    Konvensyen Geneva 1949Pertama, Kedua,Ketiga, Keempat

    1954 Konvensyen Hague

    (Warisan KebudayaanManusia)

    Protokol Tambahan 1977I, II

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    9/35

    JADUAL 2

    Senarai Konvensyen-Konvensyen Genevadan

    Protokol-Protokol Tambahan

    Konvensyen Pertama - Bagi pemulihan keadaan orang-orang yangcedera dan sakit dalam angkatan tentera dimedan.

    Konvensyen Kedua - Bagi pemulihan anggota-anggota angkatantentera yang cedera, sakit dan terkandas dilaut.

    Konvensyen Ketiga - Yang berkaitan dengan layanan tawananperang.

    Konvensyen Keempat - Yang berkaitan dengan perlindungan orang-orang awam semasa perang.

    Protokol I - Yang berkaitan dengan perlindunganmangsa-mangsa konflik bersenjataantarabangsa.

    Protokol II - Yang berkaitan dengan perlindungan mangsa-mangsa konflik bersenjata bukanantarabangsa.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    10/35

    PRINSIP PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DAN HUBUNGANDENGAN KONVENSYEN GENEVA

    Prinsip-prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah telah hanya diisytiharkan dalamtahun 1965 tetapi prinsip ini telah sentiasa menjadi asas kewujudan PalngMerah/Bulan Sabit Merah dan kerja-kerjanya. Dalam Persidangan Palang Merah

    Antarabangsa ke-20 (Vienna 1965) tindakan telah diambil untuk mengisytiharkandengan rasminya Asas-asas Panduan Prinsip Palang Merah dan telah jugadiputuskan bahawa prinsip ini dibaca dengan penuh istiadat di setiap pembukaanPersidangan Antarabangsa. Prinsip-prinsip tersebut adalah:

    Kemanusiaan

    Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa, diwujudkandengan hasrat memberi bantuan tanpa diskriminasi kepada orang-orang yangcedera di medan perang, mencuba dalam kedudukannya pada peringkatkebangsaan dan antarabangsa mencegah dan meringankan penderitaanmanusia walau di mana ia berada. Tujuannya adalah untuk melindungi nyawadan kesihatan serta memastikan wujudnya sikap hormat-menghormati sesamemanusia. Ia memupuk sifat saling persefahaman, persahabatan, kerjasama dankedamaian yang berkekalan antara manusia.

    (Ditubuhkan atas dasar hormat menghormati sesame manusia, ini adalah prinsipyang utama sekali yang kaitannya tidak boleh dipisahkan daripada idea

    kedamaian, prinsip yang merumuskan hasrat dan cita-cita Pergerakan ini danmenjadi teras semua prinsip yang lain. Melihat dan sama-sama merasapenderitaan orang lain, mencegah dan meringankan ketika menghadapikekerasan adalah satu tugas menyambung nyawa. Ia juga adalah satu tugaskea rah mencegah dan menghapuskan peperangan: Kemanusiaan adalah factorpenting dalam kedamaian sebenar antara manusia dan negara. MelaluiKemanusiaan ke arah kedamaian).

    Kesaksamaan

    Ia tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau pendapat politik. Ia

    cuba meringankan penderitaan individu, berpandukan semata-mata olehkeperluan mereka, dan memberi keutamaan kepada kes-kes kesusahan yangpaling memerlukan.

    (Prinsip positif dalam membantu orang lain tanpa diskriminasi mengingatkan kitabahawa perbezaan tidak harus dikenakan kepada orang-orang dalamkesusahan. Prinsip ini adalah bertentangan dengan perasaan tinggi diri, atautindakan diskriminasi yang selalu menjadi punca konflik).

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    11/35

    Kebebasan

    Palnga Merah/Bulan Sabit Merah adalah ssebuah pertubuhan yang bebas.Persatuan-persatuan Kebangsaan, yang menjadi pertubuhan tambahan dalamperkhidmatan kemanusian kerajaan masing-masing dan tertakluk kepadaundang-undang negra masing-masing, hendaklah sentiasa memelihara antonomimereka supaya mereka sentiasa dapat bertindak menurut Prinsip PalangMerah/Bulan Sabit Merah.

    (Kebebasan Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah daripada kuasa awamadalah penting demi kegiatan kemanusiaan dari segi Panduan Asas Prinsip. Iamembolehkan semangat kedamaian, yang menjadi sifat Pergerakan ini,bersemarak di sanubari setiap orang. Tanpa mengasingkan Palang

    Merah/Bulan Sabit Merah daripada pergerakan yang lain, ia memberikanpergerakan ini antonomi yang diperlukan untuk kerja-kerja kemanusiaannyamereka yang menjadikannya suatu kuasa menyatupadukan sesama manusia).

    Perkhidmatan Sukarela

    Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah satu badan bantuan sukarela yangdiwujudkan bukan dengan hasrat mengaut keuntungan.

    (Untuk memberi bantuan kepada sesama manusia, dengan sukarela dan tanpamementingkan diri sendiri, membuktikan kerelaan berkhidmat dan persaudaraan

    yang membuka pintu ke arah perdamaian).

    Perpaduan

    Hanya terdapat satu Persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah sahaja dalamsesebuah Negara. Ia adalah terbuka kepada semua yang ingin menjadi ahli. Iahendaklah menjalankan kerja-kerja kemanusiaannya di seluruh wilayahnya.

    (Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah menyatupadukan semuarakyat dalam lingkungan sempadan negara yang berkenaan dan menjadi satufaktor keamanan dalam negeri).

    Kesejagatan

    Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah sebuah institusi antarabangsa. SemuaPersatuan mempunayi status yang sama dan berkongsi tanggungjawab dantugas yang sama dalam membantu antara satu sama lain.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    12/35

    (Sifat kesejagatan Pergerakan ini adalah hasil daripada kesedaran ahli-ahliterhadap nilai-nilai bersama. Oleh kerana salah satu daripada sifat ini ialahkewajipan saling bantu membantu antara satu sama lain, maka ia menggalakkanpenyebaran nilai-nilai ini di semua negara dan dengan demikian menggalakkantali persahabatan dan kedamaian sesama insan.

    Ketujuh-tujuh prinsip ini mencerminkan cita-cita kemanusiaan dan sentiasadijadikan sebagai panduan kepada aktiviti-aktiviti Palang Merah/Bulan SabitMerah. Pada hakikatnya, ia dikendalikan seperti berikut:

    Kemanusiaan dan Kesaksamaan - Menentukan objektif pergerakan.

    Kekecualian dan Kebebasan - Menentukan dapat membantumereka yang memerlukanbantuan.

    Perkhidmatan Sukarelam, Perpaduan - Membolehkan Palang Merah/Perpaduan dan Kesejagatan - Bulan Sabit Merah bekerjadengan berkesan di seluruhdunia.

    Peraturan Konvensyen

    Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah aalah juga menjadi asas prinsipKonvensyen Geneva. Konvensyen ini adalah dokumen yang panjang dankomplikated mengandungi kira-kira 429 artikel, tetapi prinsip yang menjadi asasKonvensyen boleh dinyatakan dengan mudah sebagai:

    Maruah semua individu mestilah sentiasa dihormati. Segala yang mungkinhendaklah dipalukan, tanpa sebarang diskriminasi, untuk mengurangkanpenderitaan mereka yang tidak menyertai secara langsung dalam peperanganatau mereka yang tidak dapat bertindak kerana jatuh sakit, cedera atau ditawan.

    Persamaan pada asas prinsip kedua-dua Palang Merah/Bulan Sabit Merah danKonvensyen Geneva bukannya secara kebetulan, Pergerakan inilah yangmelahirkan Konvensyen Geneva. Bolehlah dikatakan bahawa peruntukan-peruntukan Konvensyen Geneva adlah penyataan Undang-undang kepadaprinsip-prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah.

    Konvensyen Geneva adalah pada hakikatnya satu siri boleh buat dan janganbuat yang dipakai ketika berlaku konflik untuk melindungi individu yang terdedahkepada serangan dan juga lemah.

    Asas Panduan Peraturan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsayang Digunakan dalam Konflik Bersenjata.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    13/35

    1. Orang-orang yang tidak berupaya untuk berjuang dan mereka yang tidakmenyertai secara langsung dalam permusuhan adalah berhak dihormatinyawa dan keutuhan fizikal dan moral mereka. Mereka hendaklah, dalamkeadan apa jua pun, dilindungi dan dilayani dengan berperi kemanusiaan

    tanpa sebarang perbezaan.

    2. Adalah dilarang membunuh atau mencederakan musuh yang menyerahdiri atau yang tidak berupaya untuk berjuang.

    3. Orang-orang yang cedera dan sakit hendaklah dikumpul dan dirawat olehpihak yang bersengketa yang berada di bawah kuasanya. Perlindungan

    juga meliputi anggota-anggota perubatan, pertubuhan, pengangkutan danbahan-bahan. Lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalahtanda perlindungan tersebut dan mesti dihormati.

    4. Anggota-anggota pejuang dan orang awam yang ditawan di bawah kuasapihak lawan adalah berhak dihormat dari segi nyawa, maruah, hak-hakperibadi dan kepercayaan mereka. Mereka hendaklah dilindungi daripadasegala tindakan keganasan dan pembalasan. Mereka berhak berutusdengan keluarga mereka dan menerima bantuan.

    5. Setiap orang adalah berhak menikmati faedah daripada asas panduanjamnan perundangan. Tidak seorang pun boleh dituduhbertanggungjawab di atas tindakan yang tidk dilakukannya. Tidaksiapapun boleh disiksa dari segi fizikal atau mental, hukuman dera, ataulayanan yang zalim atau yang menjatuhkan maruah.

    6. Pihak-pihak yang bersengketa dan anggota-anggota angkatan merekamempunyai pilihan kaedah dan cara peperangan yang terhad. Adalahdilarang menggunakan senjata atau kaedah peperangan yangmenyebabkan kerugian yang tak munasabah atau penderitaan yangmelampau.

    7. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengenal pasti penduduk-penduduk awam dan anggota-anggota pejuang untuk menyelamatkanpenduduk-penduduk awam dan harta benda. Penduduk-penduduk awamatau mana-mana orang awam tidak boleh menjadi sasaran serangan.Serangan hendaklah ditujukan semata-mata kea rah objektif tentera.

    Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Konvensyen

    Mematuhi dengan keras dan mengambil perhatian tentang prinsip-prinsip PalangMerah/Bulan Sabit Merah oleh ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan, tidakdapat dinafikan lagi, telah menjadi passport yang bukan sahaja diterima olehpihak-pihak yang bersengketa tetapi juga membolehkan ICRC dan Persatuan

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    14/35

    Kebangsaan dimasukkan ke dalam Konvensyen, satu-satunya badankemanusiaan yang mempunyai nama. ICRC khususnya telah diberikankeistimewaan ini dalam rangka bidang Konvensyen Geneva.

    a. ICRC, dengan kerjasama kerajaan yang berkenaan, boleh mengawasiperlaksanaan Konvensyen Geneva dan Protokol. Pengawasan

    sedemikian termasuk misalnya, pemeriksaan khemah TawananPerang dan Khemah tahanan orang awam.

    b. ICRC dijamin untuk mengendalikan Agensi Pusat Pengesan untukmerkod maklumat tentang orang-orang yang hilang, mendaftartawanan-tawanan perang dan memajukan mesej-mesej keluarga.

    c. ICRC dijamin hak menguruskan bantuan (makanan, pakaian danbekalan perubatan) bagi semua mangsa peperangan dan konflik.

    d. ICRC adalah dijamin berhak menguruskan rawatan perubatan,

    bekalan, hospital dan pengangkutan anggota-anggota angkatantentera yang sakit dan semua orang awam.

    Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Keamanan

    Dengan 149 Persatuan Kebangsaan dan 250,000,000 ahli, satu status yangunik berhubung dengan Konvensyen Geneva dan usaha-usaha yang tidakberhenti-henti dalam penyebaran dan penggunaan peruntukan Konvensyendi seluruh dunia, Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah memberikanpeluang yang unik dalam mana aktiviti kemanusiaan mengambil tempat yangpenting dalam memelihara keamanan. Peluang untuk meningkatkan

    keamanan dunia melalui aktiviti kemanusiaan, semasa dalam peperanganserta juga semasa aman, telah membuka pintu kedua dalam aktiviti PalangMerah/Bulan Sabit Merah iaitu Palang Merah sebagai factor keamanan,hanya mula ketara semenjak 1919 sungguhpun petandanya telahdibayangkan dalam award Novel Peace Prize lebih awal lagi. Dalam tahun1901, Hendry Dunant (dan Frederic Passy, seorang pendamai Perancis)telah dikurniakan hadiah tersebut dan dlam 1917, ICRC. Dalam 1944, ICRCsekali menerima award tersebut dan dalam 1963, Seratus Tahun PertamaPenubuhan Palang Merah, Nobel Prize tersebut dimenangi bersama ICRCdan Liga.

    Mulai daripada aktif perang dunia pertama Palang Merah mengambilpendirian yang kukuh tentang keamanan. Dengan tekanan keadaan dan olehkerana ahli-ahli Palang Merah/Bulan Sabit Merah seluruh dunia menjadibertambah yakin bahawa kewajipan moral mereka adalah lebih meluaskandaripada mas perang, semangat pergerakan menjadi bertambah berkobar-kobar untuk berkhidmat demi keamanan dan memutuskan tentang perananyang akan dimainkan dalam membina dunia yang aman. Persidangan

    Antarabangsa yang telah diadakan sejak daripada itu telah mengulangi tema

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    15/35

    yang sama dan mengundi resolusi seperti itu. Persidangan Palang MerahAntarabangsa yang ke XVII (Stockholan, 1948) memutuskan:

    Peranan utama Palang Merah/Bulan Sabit Merah dalam mengekalkankeamanan ialah menjalankan aktiviti di mana orang-orang dewasa dan

    kanak-kanak di seluruh dunia bertindak untuk membantu dan mencegahkesengsaraan manusia baik di dalam negeri mahupun di seberang laut.Tindakan seperti ini adlah satu ara menggambarkan cita-cita insan ke arahkeamanan yang berkesan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    16/35

    PALANG MERAH/BULAN SABIT MERAH DANPENYEBARAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

    Pertimbangan Am

    Penyebaran pengetahuan Prinsip-prinsip Palang Merah dan Undang-undangKemanusiaan Antarabangsa termasuk semua aktiviti yang bertujuanmengenalkan orang awam khususnya tentera darat, golongan universiti danbelia dengan prinsip Palang Merah, Konvensyen Geneva dan Protokol-protokolnya.

    Negara-negara pihak Konvensyen Geneva tahun 1949 dan Protokol Tambahan1977 berikrar, melalui tandatangan mereka, untuk menyebarkan kandunganKonvensyen mereka seberapa luas yang boleh di negara masing-masing dalammasa aman dan juga masa perang, supaya prinsip mereka diketahui olehseluruh penduduk, khususnya kepada angkatan tentera. Oleh yang demikian,adalah menjadi kewajipan kerajaan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan

    Antarabangsa. Penyebaran adalah juga menjadi tanggungjawab semuawarganegara, dan sesiapa sahaja mungkin dipanggil pada bila-bila masa untukmempraktikkan peraturan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa.

    Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa oleh Persatuan

    Kebangsaan, yang bertindak sebagai pembantu pihak berkuasa awam,menambahkan lagi penyebaran yang dijalankan oleh kerajaan. Disebaliknyapula, Persatuan Kebangsaan adalah semata-mata bertanggungjawab di ataspenyebaran prinsip dan cita-cita Palang Merah. Walau bagaimanapun, adalahmenjadi hasrat agar persatuan Kebangsaan menyatukan penyelarasan prinsipUndang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan prinsip dan cita-citaPalang Merah, menjadi satu operasi tunggal, menunjukkan betapa banyaknyakeamanan mereka.

    Penyebaran pengetahaun tidak boleh dilihat berasingan daripada penyebaransemangat keamanan oleh semua ahli keluarga Palang Merah. Melalui

    penyebaran pengetahuan jangan sekali-kali menganggap bahawa peperanganboleh diterima.

    Penyebaran Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa menolong mencegahpelanggaran prinsip kemanusiaan kerana ia mewujudkan suasana yang baik dansesuai ke arah penggunaannya. Dalam erti kata lain, setiap individu hendaklahdigalakkan bertindak dengan berperi kemanusiaan walau di mana dan dalamapa jua keadaan, dengan itu memalukan mereka yang tidak yakin dalam

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    17/35

    penggunaan sebenar prinsip kemanusiaaan dalam konflik bersenjata. Memangbenar, di dalam Perang Dunia Ke-2 dan konflik-konflik yang berlaku akhir-akhirini telah meninggalkan kesan dan parut yang dalam di dalam fikiran ramai orang.Penyebaran akan menggalakkan keengganan melakukan keganasan danmengelakkansikap ketidakacuhan terhadap kesengsaraan.

    Mendorong masyarakat bertindak dengan berperi kemanusiaan dan memastikanprinsip kemanusiaan dihormati. Pada amalanya, setiap Persatuan Kebangsaanhaendaklah menjadikan penyebaran sebagai sebahagian penting daripadaaktiviti supaya dapat menekankan prinsip yang menjadi dasar tindakannya.Salah satu objektif pertaman program penyebaran, tidak kira kepada siapaditujukan, ialah untuk mengukuhkan lagi perasaan menghormati lambangperlindungan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sekiranya berlaku konflikbersenjata. Adalah perlu ditekankan khususnya, bahawa tembakan tidak bolehdilakukan ke arah orang-orang atau harta benda yang mempamerkan lambangperlindungan ini.

    Setiap orang akan kemudiannya memahami betapa pentingnya menggunakanlambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dengan betul supaya ia dapatmemelihara keberkesanan dalam situasi di mana hanya lambang ini sahajadapat menyelamatkan nyawa dan kesihatan.

    Penyebaran: Cara Pendidikan ke Arah Keamanan

    Palang Merah berusaha keras untuk mewujudkan kaedah penggunaanKonvensyen Geneva dan Protokol Tambahannya di mana-mana sahaj denganberkesan, sekiranya berlaku konflik bersenjata, untuk mempertingkatkan situasi

    tawanan perang dan tahanan-tahanan awam, memastikan orang-orang yangsakit dan cedera dijaga dengan baik, dan memastikan orang-orang awam dinegara musuh dan penduduk-penduduk wilayah yang ditakluki adalah diberilayanan dengan hormat dan berperi kemanusiaan.

    Aktiviti ini dan penyebaran prinsip kemanusiaan merupakan salah satusumbangan Palang Merah ke arah kedamaian dan keamanan.

    Pengalaman Persatuan Kebangsaan mengesahkan bahawa penyebaran prinsipdan cita-cita Palang Merah dan Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsamemainkan peranan pendidikan, menyedarkan dunia bahawa hanya denganmemelihara keamanan sahaja boleh menjamin hak asasi manusia hak untukhidup. Kesedaran ini dan tindakan yang diambil hasil daripadanya dan galakkanperpaduan di kalangan individu dan Negara merupakan sumbangan PergerakanPalang Merah yang khusus dan konkrit ke arah kamanan.

    Ekoran surat dan sokongan badan berkanun Palang Meraeh Antarabangsa yangjelas Program Tindakan Palang Merah sebagai factor Keamanan, berikut iniadalah antara aspek-aspek sumbangan Palang Merah ke arah keamanan:

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    18/35

    - Peningkatan kerjasama di antara Persatuan Palang Merah danBulan Sabit Merah Kebangsaan dengan kerajaan masing-masinguntuk mencapai penyebaran undang-undang kemanusiaanantarabangsa yang lebih baik.

    - Pergabungan prinsip-prinsip dan cita-cita Palang Merah di dalamprogram pendidikan.

    Apakah hubungannya orang mungkin bertanya, terutama sekali orang-orangmuda di antara penyebaran undang-undang yang hanya dipakai dalam keskonflik bersenjata dengan sumbangan Palang Merah ke arah keamanan?Jawapannya ialah, dalam menggesa pihak-pihak yang sedang berperang supayamengambil sikap yang sejajar dengan peraturan kemanusiaan, Palang Merahmenyumbang kepada menghadkan kesan-kesan paksaan dan keganasan yangtidak terbatas, dan menggalakkan keamanan mengikut undang-undang.

    Pembahagian Kerja Di antara Persatuan-Persatuan Kebangsaan danInstitusi Palang Merah Antarabangsa

    Hasrat untuk mewujudkan perasaan hormat yang lebih bagi prinsip undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip Palang Merah teleh membawaICRC, Liga dan Institusi Henry Dunant menyelaraskan kegiatan penyebaran danmereka telah mengisytiharkan diri mereka bersedia untuk membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan dalam usaha-usaha mereka. Untuk mencapai matlamatini, mereka telah merangka satu Program Tindakan Palang Merah berhubungdengan penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip

    serta cita-cita Palang Merah bagi 1982 hingga 1985.

    Program ini yang ke dua dari jenis ini memaparkan pelbagai projek danmengingat kembali pembahagian kerja-kerja dalam penyebaran. Menurut statutPalang Merah Antarabangsa:

    ICRC Mengekalkan asas panduan dan prinsip-prinsip tetap PalangMerah kerja-kerja dalam peningkatan dan penerapanKonvensyen Geneva. (Cabutan daripada statut Palang Merah

    Antarabangsa, Artikel VI, perenggan 2 dan 7).

    Dengan kerjasama liga dan dengan bantuan Institut Henry Dunant, ia jugamembantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk mencapai objektif Negaramereka dalam penyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa danprinisp serta cita-cita Palang Merah. Khususnya, ia menyokong Persatuan-Persatuan Kebangsaan dalam usaha mereka mendorong kerajaan merekamenyebarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam golongan yangberkenaan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    19/35

    LIGA Membantu ICRC dalam memajukan meningkatkan undang-undangKemanusiaan Antarabangsa dan bekerjasama dengannya dalampenyebaran undang-undang ini dan Asas Panduan Prinsip PalangMerah di kalangan Persatuan Kebangsaan. Ia menggalakkan danmenyelaraskan usaha bertukar-tukar fikiran di antara Persatuan-

    Persatuan Kebangsaan untuk menanamkan cita-cita kemanusiaandi dalam sanubari kanak-kanak dan belia dan untuk membangundan menjalinkan perhubungan persahabatan di antara belia semuanegara.

    Ia membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan untuk mengambilahli-ahli baru dari kalangan penduduk pada keseluruhannya danmenanamkan ke dalam diri mereka Prinsip dan cita-cita PalangMerah. (Cabutan daripada statut Liga, Artikel 5.1;g,h).

    Selain daripada itu, Liga juga membantu Persatuan-persatuan Kebangsaan

    memasukkan penyebaran ke dalam program pembangunan mereka, khususnyaprogram bagi latihan pegawai dan anggota sukarela.

    Tujuan Institut Henry Dunant ialah untuk mendedahkan ahli-ahli perstuan(ICRC, Liga, Palang Merah Swiss) peralatan untuk kajian dan penyelidikan,latihan dan mengajar di semua cawangan Persatuan Palang Merah dan dengandemikian menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan dan kesejagatanPalang Merah. (Cabutan daripada statut HDI, Artikel 3).

    HDI dengan itu membantu ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan dalampenyebaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip serta cita-

    cita Palang Merah dengan membuat kajian dan penyelidikan serta mengajarkankursus-kursus latihan.

    Tujuan bersama ICRC, Liga dan Persatuan Kebangsaan adalah untukmenjadikan undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan prinsip serta cita-cita Palang Merah diketahui dan dipakai di merata dunia, dan dengan itumemupuk semangat kedamaian di kalangan masyarakat antarabangsa.

    (Statut Palang Merah Antarabangsa, Artikel VI; Statut Liga, Artitel 5; StatutInstitut Henry Dunant, Artikel 3).

    Aktiviti penyebaran Persatuan-persatuan Kebangsaan adalah dilakukan kea rahdua hala:

    - Pertama, kepada kakitangan mereka sendiri dan semua anggotasukarela.

    - Kedua, dikalangan masyarakat Negara mereka sendiri, denganperkataan lain di kalangan:

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    20/35

    a. Anggota Angkatan Tenterab. Penasihat Undang-undangc. Anggota organisasi para tenterad. Anggota pejuang yang lain

    - Pegawai-pegawai Kerajaan:

    a. Pegawai-pegawai pentadbiran kerajaanb. Orang-orang yang berkelayakan

    - Masyarakat Akademik:

    a. Profesor Universitib. Pelajar-pelajarc. Sekolah-sekolah berpengkhususan

    - Golongan Perubatan:

    a. Perkhidmatan Perubatan dan Para-perubatanb. Orang-orang yang berkelayakan

    - Anak-anak Muda:

    a. Sekolah Rendahb. Sekolah Menengahc. Sekolah dan Maktab Latihan

    d. Kanak-kanak dan anak-anak yang muda tidak bersekolahe. Pertubuhan Belia Kebangsaan

    - Pihak Awam:

    a. Media Massab. Kategori Sosial dan Pekerjaanc. Penyebaran di kalangan pihak awam dari segi krisis

    Bagaimana Hendak Melakukan Penyebaran

    Menyediakan dasar untuk menjalankan penyebaran.

    Penyebaran adalah satu proses yang tetap dan berterusan yang perlu dirancangdengan bersistem, sama seperti aktiviti-akvititi lain Persatuan Kebangsaan.Penyebaran hendaklah diperkenalakan ke dalam Statut Persatuan Kebangsaansebagai salah satu daripada tugas-tugas asasnya. Peranan PersatuanKebangsaan dalam melaksanakan aktiviti penyebaran sebagai tambahankepada pihak berkuasa awam, antara lainnya, perlu disebut di dalam perjanjian

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    21/35

    berhubungan dengan kaedah kerjasama dengan perkhidmatan kerajaandan/atau organisasi yang berkenaan.

    Pelaksanaan program penyebaran pada peringkat kebangsaan memerlukanpenubuhan segera sebuah jawatankuasa antara kementerian, terdiri daripada:

    a. Wakil daripada Kementerian-kementerian atau jabatan awam yangberkenaan, khususnya: Pertahanan Luar Negeri, Kesihatan danKebajikan Masyarakat, Pendidikan, Dalam, Negeri, Kehakiman,Penerangan.

    b. Wakil-wakil Persatuan Kebangsaan yang pakar atau berminat dalampenyebaran.

    Tugas jawatankuasa antara kementerian ini adalah untuk menyediakan programpenyebaran kebangsaan dan disusuli dengan perlaksanaannya. Jawatankuasa

    ini akan terlibat khususnya dalam memastikan penyelarasan yang memuaskan diantara perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dengan Persatuan Kebangsaan.

    Kepentingan Perancangan yang Teliti

    Program penyebarn hendaklah dirancang dengan cukup berhati-hati jika mahuberjaya. Dengan ringkasnya, rancangan hendaklah termasuk tujuh peringkatberikut:

    a. Memutuskan objektif yang hendak dicapai.(dalam jangka pendek, pertengahan dan panjang).

    b. Senaraikan kategori orang-orang yang perlu dihubungi dan tetapkansusunan keutamaan mengikut objektif yang dihasratnya.

    c. Pastikan, mengikut kategori orang yang berkenaan, banyak manamaklumat yang hendak diberi (mesej).

    Peringkat 1 - Prinsip Pertama

    Peringkat 2 - Pengetahuan Am

    Peringkat 3 - Pengetahuan Khas

    Peringkat 4 - Pengetahuan Pakar

    d. Pilih media yang paling sesuai untuk menyampaikan mesej kepadakumpulan sasar.

    - Kata-kata lisan (seminar, mesyuarat, program radio, dsb).

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    22/35

    - Kata-kata tulisan (penerbitan, poster dsb).- Teknik pandang dengar (filem, slaid, program video dsb).

    e. Anggarkan sumber-sumber manusia dan bahan yang diperlukan untukmelaksanakan program penyebaran. Benarkan juga sumbangan luar.

    f. Rancang jadual masa bagi pelbagai aktiviti yang hendak dijalankan.Pastikan operasi pada keseluruhan diselaraskan dengan baik.

    g. Sediakan belanjawan dan menyediakan kewangannya.

    Apabila perancangan telah selesai, program penyebaran hendaklahdikemukakan ke seksyen Persatuan Kebangsaan yang berkenaan untukmendapat kelulusan. Adalah baik jika program tersebut juga dimajukan kepadaICRC dan Liga dan jika perlu ke Institut Henry Dunant untuk mendapatkannasihat mereka dan memastikan pembekalan bahan-bahan yang standard.

    Sebaik sahaja program penyebaran telah dilulusakan oleh Jabatan yangberkenaan, maka bolehlah dimulakan operasi. Langkah pertama ialahmenggerakkan penggunaan sumber-sumber manusia dan bahan yangdiperlukan. Kemudian daripada itu, adalah baik jika dilakukan penilaian berkalake atas kejayaan yang dicapai berbanding dengan objektif asal. Beberapapelarasan mungkin perlu dilakukan.

    Kerjasama dengan Golongan Bukan Palang Merah

    Persatuan Palang Merah Kebangsaan seharusnya membangkitkan minat

    penyebaran di kalangan golongan bukan Palang Merah.

    Ini boleh dilakukan secara tidak langsung dengan meminta bantuan jabatankerajaan bersabit dengan penyebaran undang-undang kemanusiaanantarabangsa, dan Persatuan Palang Merah Kebangsaan.

    Satu cara lagi ialah dengan cara tindakan langsung iaitu Persatuan PalangMerah sendiri merancang dan melaksanakan aktiviti penyebaran.

    Program penyebaran adalah berasaskan kepada tiga elemen:

    a. Mesej asas Palang Merah HORMATI NYAWA DAN MARUAHMANUSIA, dijelaskan dengan lima situasi:

    - Merawat yang sakit dan cedera- Memberi perlindungan kepada yang tiada tempat tinggal.- Memberi makan kepada orang yang lapar- Menyatukan semula keluarga yang telah berpecah- Melindungi orang tawanan

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    23/35

    b. Cogan kata: MARILAH KITA MEMBANTU ANTARA SATU SAMALAIN.

    c. Simbol Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

    Beberapa Aktiviti Penyebaran

    Palang Merah dan Negaraku untuk kanak-kanak sekolah. Sejumlah lebihdaripada dua juta naskah telah dicetak dalam 25 bahasa. Buku-buku ini telahdiedarkan kepada 65 buah Negara di seluruh dunia. Dalam tahun 1977, 30,000naskah lagi telah dicetak dan diedarkan kepada 5 buah negara di Afrika.

    Dalam bulan September 1977, ICRC turut serta dengan Liga dalam menerbitkan

    satu panduan mengajar, kali ini direkabentuk bagi guru-guru Sekolah Menengah,berjodol Buku Panduan Mengajar Palang Merah.

    Buku Panduan ini mengandungi satu siri dokumen-dokumen bebas, tiap satunyaberkaitan dengan subjek tertentu, dibahagikan kepada tiga seksyen utama; failmaklumat (mengimbas kembali sejarah Palang Merah dan menerangkan jenis-

    jenis institusi yang terdedah kepadanya, Konvensyen Geneva dll), Dosies kajian(tentang topik seperti Palang Merah dan Peperangan, Palang Merah danKeamanan, Palng Merah dan Bencana Alam, Palang Merah dan Kesihatan,dsb), dan Dosier Ringkasan (Palang Merah, suatu idea dan tindakan PalangMerah keadaan rohani, suatu sikap dll).

    Selain daripada dosier ini, buku panduan ini mengandungi garis panduanmengajar, menunjukkan bagaimana Palang Merah boleh diperkenalkan sebagaisubjek dalam pelbagai mata pelajaran seperti sejarah, geografi, matematik dll.

    Akhirnya, perlu diambil perhatian bahawa Persatuan Palang Merah Kebangsaanboleh menyesuaikan setiap panduan supaya lebih sesuai dengan keperluan dankeadaan negara masing-masing.

    Sebagai langkah pertama, Buku Panduan Mengajar telah diterbitkan dalamBahasa Inggeris dan Perancis, dengan hasrat bahwa, berasaskan kepada edisiasal, Persatuan-persatuan Kebangsaan dan Kerajaan yang berminat akandengan sendiri menghasilkan edisi Kebangsaan yang memenuhi keperluannegara masing-masing. Pada akhir tahun 1977, Palang Merah Sepanyol telahmenterjemahkan buku panduan tersebut ke dalam Bahasa Sepanyol.

    Kursus Latihan serantau untuk mengajar Belia Palang Merah Kebangsaan telahdianjurkan oleh Liga pada 10hb. Hingga 21hb. Disember 1977 di Porto Novo,Benin. Sebahagian besar jadual waktu kursus ditumpukan kepada kaedah

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    24/35

    mengajar anak-anak muda tentang prinsip Palang Merah, khususnya di sekolah.Atas jemputan Liga, ICRC menghantar seorang wakil untuk membantukmengendalikan seminar yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada 14 negara Afrikayang bertutur bahasa Perancis.

    Buku Panduan Askar adalah salah satu cara yang digunakan oleh ICRC untukmenyebar pengetahuan tentang Konvensyen Geneva di dalam angkatan tentera.Dalam tahun 1977, 70,000 naskah telah dicetak dan diedarkan.

    ICRC memainkan peranan yang aktif dalam Kursus Antarabangsa bagi pegawai-pegawai berhubung dengan Undang undang Konflik Bersenjata, yangdianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Undang-unang Kemanusian SanReno. Sessi pertama, di mana Bahasa Perancis menjadi bahasa pengantartelah diadakan di San Reno dari 15 hingga 22 Jun. Sessi ini dihadiri olehpegawai tentera dari Negara-negara berikut: Belgium, Cameroon, Kanada, Iran,Sepanyol dan Switzerland. Sessi Kedua, yang menggunakan Bahasa Itali,

    diadakan di Florence pada 7hb. Hingga 14hb. September dan dihadiari olehkira-kira 40 orang bangsa Itali.

    Kursus yang termasuk latihan teori dan amali mengendalikan kajian implikasiUndang-undang The Hague, Konvensyen Geneva dan Protokol sertapermusuhan.

    Seminar juga diadakan di Amerika Syarikat dan Malaysia di mana ramai pegawaitentera menghadiri dan menyertainya. Memandangkan Persatuan-persatuanKebangsaan bekerja rapat dengan Liga dan Liga bertanggungjawab di ataspembangunan dan kejayaan, segala usaha oleh Persatuan Kebangsaan ini

    dalam penyebaran pengetahuan tentang Undang-undang KemanusiaanAntarabangsa adalah disokong penuh dan digalakkan oleh Liga.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    25/35

    PERUNTUKKAN KHAS BERKAITAN DENGAN KEGIATAN PALANGMERAH/BULAN SABIT MERAH DAN ANGGOTA DALAM MASA

    PERANG/KONFLIK BERSENJATA

    Pendahuluan

    Palang Merah/Bulan Sabit Merah dilahirkan, kerana perang atau keranakengerian perang yang dilihat oleh Henry Dunant di medan perang Solferino.Tujuan asal Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalah untuk mengurangkankezaliman perang. Tidak timbul soal menjadikan peperangan dapat diterima,tetapi sekadar mengurangkan kezaliman dan meringankan penderitaan: merekayang tidak boleh atau tidak lagi berupaya memudaratkan musuh hendaklah

    dihormati dan jangan diapa-apakan dan orang-orang yang menolong merekahendaklah dilindungi. Untuk maksud ini Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalahmengambil berat di atas kebajikan mereka dan menawarkan mereka bantuanbahan-bahan dan perllndungan di bawah Konvensyen Geneva dan ICRC.

    Tidak syak lagi peranan ICRC dalam Palang Merah/Bulan Sabit Merah adalahpenting dalam masa perang. Tanggungjawab utamanya menyalurkan bantuandaripada Palang Merah/Bulan Sabit Merah kepada mangsa-mangsa konflikbersenjata, tidak kira siapa mereka itu. Persatuan Kebangsaan pula adalahmenjadi bahagian tambahan pihak berkuasa awam dan dengan itu menawarbantuan kepada bangsa mereka sendiri sahaja sungguhpun jika ada

    kesempatan, mereka memberi bantuan kepda pihak musuh yang tidak lagi bolehmemudaratkan mereka. Persatuan-persatuan Kebangsaan negara-negara yangaman kerapkali menghantar bantuan ke persatuan-persatuan seperjuangannegara yan sedang menghantar bantuan ke persatuan-persatuan seperjuangannegara yang sedang berperang dan ICRC menyelaraskan operasi yang pentingdan genting ini.

    Bantuan dan pertolongan kepada mangsa-mangsa konflik bukannya sahajaaktiviti Palang Merah/Bulan Sabit Merah. Dalam situasi bencana bukan keranakonflik misalnya, gempa bumi, kebuluran, dll, Palang Merah adalah juga bersediamenghulurkan bantuan dan pertolongan. Perkhidmatan kebajikan dan kemajuan

    masyarakat adalah juga di antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh PalangMerah/Bulan Sabit Merah dalam masa aman. Walaupun ICRC terlibat semata-mata dalam aktiviti yang berkaitan dengan situasi konflik, tetapi Liga danPersatuan Kebangsaan adalah terlibat dalam aktiviti yang berkaitan dengansituasi bukan konflik.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    26/35

    Konvensyen Geneva dan Konflik Bersenjata

    Perlu diingatkan bahawa Palang Merah cuba membantu mangsa-mangsa

    berbagai macam konflik bersenjata. Konvensyen Geneva 1946 padakeseluruhannya adalah hanya dimaksudkan kepada konflik antarabangsa.Kadangkala, kerana resolusi PBB menetapkan bahwa pengisytiharan perang ituadalh salah di sisi undang-undang, kerajaan-kerajaan barasa keberatan untukmengakui wujudnya situasi konflik bersenjata antarabangsa. Kadangkalamereka memberi alasan bahawa ia bukannya konflik bersenjata antarabangsakerana mereka cuma mengambil balik hak wilayah mereka atau telah dijemputke seluruh negara untuk membantu kerajaan menumpaskan puak-puak disiden.Dalam hal-hal demikian, salah satu atau lebih pihak yang berkonflik tidak akanbersetuju untuk menggunakan Konvensyen Geneva.

    Walaupun telah dipersetujuai untuk menggunakan Konvensyen Geneva, tetapi iahanya meliputi kategori orang yang tertentu sahaja. Orang-orang awam dalamzon peperangan dan keluarga orang-orang pelarian tidak dilindungi tetapmemerlukan bantuan dan perlindungan. ICRC tidak mempunyai hak di sisiundang-undang untuk membantu mereka.

    Sebahagian besar konfiok sekarang merupakan konflik dalam negeri, sekurang-kurangnya pada bahagian-bahagian tertentu dan hanya Artikel 3 yangmempuntukkan hak asasi sahaja boleh dipakai. Walau bagaimanapun, kerajaanyang berkenaan tidak mahu mengakui bahawa Artikel 3 digunakan, kerana inibermakna mengaku kewujudan keadaan konflik bersenjata dan bukan aktiviti

    jenayah oleh disiden.

    Dalam hal-hal sedemikian, ICRC melaksanakan hak inisiatifnya mengikut Artikel3 dan statutnya sendiri, dan menawarkan perkhidmatannya mengikut semangatKonvensyen Geneva. Kebanyakkan kerajaan menerima tawaran tersebut dankerapkali menyatakan bahawa sungguhpun mereka tidak bersetuju bahawaKonvensyen Geneva atau Artikel 3 dipakai, mereka bertindak seolah-olahmereka bersetuju.

    Dalam kebanyakkan hal, ICRC menjalankan kerja-kerjannya tanpa kebenaranKonvensyen. Mereka juga kerap perlu berunding dengan angkatan tenteraselain daripada kerajaan yang telah menandatangani perjanjian.

    Lambang yang Istimewa dan Nilainya.

    Lambang istimewa pergerakan ini ialah Palang Merah atau Bulan Sabit Merahatau latar belakang putih.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    27/35

    Sekiranya berlakku konflik bersenjata, penggunaan lambang ini oleh anggota-anggota perubatan dan agama, tentera dan awam yang diiktiraf sebagaisedemikian oleh pihak yang menyebelahi mereka, adalah dibenarkan. Perkarayang sama juga digunakan untuk unit-unit dan pertubuhan perubatan dankenderaan-kenderaan perubatan, peralatan dan material. Dalam hal-hal

    sedemikian ini adalah satu tanda perlindungan: orang-orang dan objek-objekyang mempamerkan lambang ini tidak boleh diserang tetapi sebaliknyahendaklah dihormati dan dilindungi. Persatuan Palgn Merah dan Bualn SabitMereah Kebangsaan adalah dibenarkan menggunakan lambang tersebut:mereka berhak mempamerkan lambang ini dalam masa aman dan dalam masaperang apabila terlibat dalam aktiviti perikemanusiaan mereka, tetapi hendaklahmengikut undang-undang kebangsaan. Dalam hal-hal sedemikian, lambangistimewa ini tidak memberikan perlindungan Konvensyen Geneva dan ProtokolTambahan; nilainya semata-mata sebagai penanda, menunjukkan bahawa orangdan objek yang bertanda sedemikian adalah kepunyaan Persatuan Kebangsaan.Dalam masa perang, penanda itu hendaklah kecil saiznya untuk mengelakkan

    kekeliruan dengan tanda/lambang perlindungan.

    Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa, Liga Persatuan Palang Merah danBulan Sabit Merah dan anggota-anggota mereka yang diberi kebenaran adalahdibenarkan pada setiap masa, lambang istimewa ini.

    Walau bagaimanapun, oleh kerana Pergerakan Palang Merah/Bulan Sabit Merahtelah dikenali umum seluruh dunia maka lambang yang dipamerkan olehPersatuan Kebangsasan dalam apa cara jua pun telah meletakantanggungjawab tertentu ke atas Persatuan supaya sentiasa bertindak mengikutsemangat Konvensyen dan menegakkan prinsip kemanusiaan yang menjadi

    asas Konvensyen Geneva dan Pergerakkan Palang Merah/Bulan Sabit Merah.

    Penggunaan oleh individu persendirian, persatuan atau firma-firma perdaganganselain daripada mereka yang berhak dengannya, lambang atau gelaran PalangMerah, Bulan Sabit Merah atau Palang Geneva atau mana-mana tanda ataunama yang menunjukkan hasrat itu atau untuk apa-apa tujuan pun adalahdilarang pada sebilang masa. Adalah menjadi tanggungjawab negara danPersatuan Kebangsaan yang berkenaan untuk menentukan peraturan inidipatuhi.

    BEBERAPA PERATURAN UNDANG-UNDANG KEMANUSIAANANTARABANGSA YANG BOLEH DIPAKAI OLEH ANGGOTA-ANGGOTAPERTOLONGAN CEMAS

    Keempat-empat Konvensyen Geneva 1949 adalah sebahagian daripadaUndang-undang Kemanusiaan Antarabangsa dan memberi perlindungan serta

    juga tugas dan tanggungjawab kepada anggota-anggota angkatan tentera atauorang-orang awam musuh yang cedera, sakit atau tertawan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    28/35

    Peraturan Am bagi Perlindungan:

    Terdapat beberapa peraturan am bagi perlindungan mangsa-mangsa konflikAntarabangsa, iaitu, anggota-anggota angkatan tentera atau orang-orang awammusuh yang cedera, sakit atau tertawan.

    Barang siapa yang melanggar atau memerintah orang lain melanggar peraturanUndang-undang Kemanusiaan Antarabangsa adalah bersalah melakukankesalahan dan mesti dibawa ke muka pengadilan.

    Dalam keadaan tertentu, peraturan am adalah juga dipakai dalam perangsaudara dan konflik dalam negeri.

    Orang-orang tertentu, peraturan am adalah juga dipakai dalam perang saudaradan konflik dalam negeri.

    Orang-oang yang dilindungi di bawah Undang-undang KemanusiaanAntarabangsa. Semua orang yang dilindungi hendaklah:

    - dilayan dengan berperikemanusiaan- dirawat, jika sakit atau cedera- dibenarkan akses kepada wakil kuasa yang melindungi (Negara

    berkecuali yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pihakyang bersengketa) atau Jawatankuasa Palang Merah

    Antarabangsa, atau mana-mana badan lain yang berkelayakan dantidak menyebelahi mana-mana pihak.

    Mereka tidak bolah:

    - diserang

    - dibunuh

    - dicacatkan (mutilate)

    - disiksa

    - digunakan untuk ujian perubatan atau saintifik

    - dijadikan tebusan

    - dihina atau dijatuhkan maruah

    - dibeza-bezakan disebabkan oleh bangsa, agama, jantina, kelahiranatau kekayaan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    29/35

    - Dijadikan mangsa pembalasan.

    Setiap satu daripad empat Konvensyen Geneva mengandungi artikel yangmeliputi keperluan tertentu orang-orang yang dilindungi.

    Konvensyen Geneva Pertama adalah bagi memperbaiki keadaan anggotaangkatan tentera yang cedera atau sakit di medan.

    Konvensyen Geneva Kedua adalah bagi memperbaiki keadaan anggotaangkatan tentera yang cedera, sakit atau karam di laut.

    Kedua-dua Konvensyen ini adalah serupa, tetapi yang pertama melikputipeperangan di darat dan kedua peperangan di laut. Perkataan karam jugatermasuk keadaan terpaksa mendarat di laut dengan atau daripada pesawatudara.

    Mana-mana anggota angkatan tentera yang cedera atau sakit, dan dalamkeadaan tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam permusuhan tidaklagi menjadi sebahagian daripada angkatan berjuang dan ia dianggap seorangyang memerlukan perlindungan dan rawatan.

    Konvensyen Geneva Ketiga adalah berhubung dengan layanan ke atastawanan perang. Ini meliputi anggota-anggota angkatan tentera yang jatuh ketangan musuh dan menjadi tawanan perang.

    Konvensyen Geneva Keempat adalah berhubung dengan perlindungan orangawam dalam masa perang. Ini meliputi semua individu yang bukan anggota

    angkatan tentera, tidak menyertai dalam permusuhan dan mendapati diri merekadi tangan musuh atau kuasa yang menakluki.

    Ia meletakkan orang-orang awam yang di tangan musuh ke dalam dua kategori:orang-orang yang dilindungi di wilayah mush dan mereka yang di wilayah yangditakluki.

    Orang-orang yang dilindungi di wilayah musuh.

    Semua orang yang mendapati diri mereka berada di wilayah musuh apabilapermusuhan berlaku adalah berhak meninggalkan wilayah itu, kecuali jikapemergian mereka itu difikirkan bertentangan dengan kepentingan negara yangberkenaan.

    Jika orang-orang ini tidak dibenarkan meninggalkan wilayah tersebut, merekamenjadi orang-orang yang dilindungi dan hendaklah diberi rawatan perubtanyang sama dan layanan yang sama seperti warganegara negera terlibat.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    30/35

    Jika orang-orang di wilayah musuh, atas sebab-sebab keselamatan, dikurungatau ditempatkan di kediaman yang telah ditetapkan, kes mereka ini hendaklahkerapkali disemak dan butir-butiri tentang penahan mereka ini diberi kepadakuasa yang melindungi.

    Orang-orang yang dilindungi di wilayah yang ditakluki

    Sejauh mana yang obleh, penduduk awam hendaklah dibenarkan meneruskankehidupan harian mereka seperti biasa. Kuasa yang menakluki adalahbertanggungjawab memelihara ketenteraman awam. Penguisran dan pertukaranpenduduk pada amnya adalah dilarang. Setiap langkah pengambilan tenagamanusia yang wajib hendaklah tertakluk kepada peraturan yang ketat. Pemuda-pemuda bawah umur lapan belas tahun adalah dibenarkan diambil dan pekerja-pekerja yang diambil tidak boleh dipaksa membuat kerja-kerja yang melibatkanmereka menyertai operasi tentera.

    Rompakan dan pemusnahan harata benda tanpa instifikasi tidak dibenarkan.Kuasa yang menakluki hendaklah bertanggungjawab di atas kebajikan kanak-kanak, penyenggaraan perkhidmatan perubatan dan kesihatan dan memberimakan penduduk. Kuas tersebut hendaklah membenarkan kemasukan barang-barang bantuan dan menyediakan pengangkutan untuknya.

    Pada amnya, pihak berkuasa, pentadbiran dan pusat pengajaran awam danpersendirian hendaklah terus berfungsi.

    Kuasa yang menakluki berhak mempertahankan diri mereka daripada tindakan-tindakan terhadap pentadbirannya dan anggota-anggota angkatan tenteranya.

    Dalam aspek ini kuasa tersebut mungkin memperkenalkan undang-undang khas.Ia boleh membicarakan pesalah-pesalah di hadapan tribunalnya sendiri, tetapihukuman tidak boleh dijatuhkan tanpa perbicaraan yang lazim. Mungkin atassebab-sebab keselamatan yang penting, orang-orang tertentu perlu dikurung.Walau bagaimanapun, semua langkah ini adalah tgertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan yang nyata dan tertakluk kepada pengawasan kuasa yangmelindungi. Orang-orang awam di wilayah musuh dan penduduk wilayah yangditakluki mempunyai hak-hak tertentu yang sama.

    Mereka adalah berhak dihormati bagi diri mereka, maruah mereka, hak keluarga,kepercayaan dan amalan agama dan adapt istiadat mereka. Mereka hendaklahsentiasa dilayan dengan berperikemanusiaan; mereka tidak boleh dipaksa.Kaum wanita khasnya hendaklah dilindungi daripada sebarang serangan ke ataskehormatan mereka, khususnya daripada dirogol dan sebarang bentuk seranganlucah.

    Orang-orang awam berhak meminta pertolongan percuma daripada kuasa yangmelindungi, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan PalangMerah atau Bulan Sabit Merah Kebangsaan di Negara di mana mereka berada.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    31/35

    Wakil kuasa yang melindungi dan Jawatankuasa Antarabangsa hendaklah bebasmelawat mereka.Kerajaan musuh hendaklah bertanggungjawab di atas layanan yang diberi olehpegawai-pegawai awam atau anggota tentera.

    Akhirnya, sekiranya mereka dikurung satu langkah yang tidak boleh dianggapsebagai satu bentuk hukuman mereka adalah berhak kepada layanan, denganmengambil kira bahawa mereka itu orang awam, sama seperti yang diberikepada tawanan-tawanan perang.

    ANGGOTA-ANGGOTA PERUBATAN

    Definisinya dan status anggota perubatan dalam masa konflik bersenjata.

    Anggota-anggota perubatan dan agama termasuk:

    a) Anggota (doktor, orderly, jururawat, pembawa usungan) yangditugaskan sama ada secara tetap atau sementara, khususnya untuktujuan perubtan (mencari, memungut, mengangkut, menentukanpenyakit dan rawatan orang-orang yang cedera, sakit dan karam danuntuk mengelakan penyakit)

    b) Anggota (pentadbir, drebar, tukang masak dll) yang ditugaskankhusus, sama ada tetap atau sementara, kepada pentadbiran atauoperasi unit-unit perubatan atau pengangkutan perubatan.

    c) Anggota-anggota agama termasuk orang-orang sama ada tentera atau

    awam, seperti paderi, yang berdedikasi semata-mata dalammelaksanakan tugas mereka.

    Anggota-anggota perubatan, termasuk anggota pertolongan cemas PalangMerah/Bulan Sabit Merah atau pertubuhan bantuan yang lain, bukannya anggotapejuang. Mereka mestilah jangan diserang dan mestilah dibenarkan merawatorang-orang yang sakit dan cedera tanpa dihalangi.

    Perkataan Anggota Perubatan adalah termasuk anggota pertolongan cemasyang dikehendaki menentukan rawatan yang mencukupi ke atas orang-orangyang cedera dan sakit hendaklah diliputi di bawah perlindungan yang diberikepada anggota-anggota perubatan, asalkan mereka menjadi sebahagianpenting Perkhidmatan Perubatan. Tukang masak hospital, pentadbir ataumekanik yang bertanggungjawab di atas penyenggaraan kenderaan perubatan

    juga termasuk dalam golongan orang-orang ini.

    Anggota-anggota ini hendaklah memakai lencana Palang Merah atau BulanSabit Merah yang terang di atas latarbelakang putih dan membawa kad

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    32/35

    pengenalan. Mereka boleh membawa senjata untuk mempertahankan dirisendiri dan orang-orang yang cedera atau sakit.

    Jika anggota-anggota perubatan dan agama jatuh ke tangan musuh merekahendaklah dibenarkan meneruskan tugas-tugas mereka ke atas orang-orang

    yang cedera dan sakit.

    Tidak seorang pun boleh dipaksa melakukan tindakan yang bertentangandengan peraturan etika perubatan atau menjauhkan diri daripada melakukantindakan yang diperlukan oleh peraturan ini.

    Semua anggota perubatan dan agama yang penahanan mereka tidak begitudiperlukan untuk merawat atau memberi bantuan kepada tawanan hendakalahdihantar pulang ke negara asal mereka.

    Mereka yang ditahan tidak akan dianggap sebagai tawanan perang dan

    mempunyai kemudahan meluas dalam kerja-kerja mereka.

    Di wilayah yang ditakluki, perkhidmatan anggota perubatan awam tidak akandiminta selagi mereka perlu memberikan perkhidmatan perubatan yangmencukupi bagi penduduk-penduduk awam dan bagi rawatan orang-orang yangcedera dan sakti.

    Penduduk-penduduk awam hendaklah menghormati mereka yang cedera, sakitatau karam, walaupun jika mereka itu daripada pihak lawan, dan janganmelakukan tindakan keganasan ke atas mereka. Orang-orang awam dibenarkanmengambil dan merawat orang-orang cedera dan sakit, tidak kira apa bangsa,

    dan tidak boleh dihukum kerana berbuat demikina. Mereka hendakalhsebaliknya dibantu dalam kerja-kerja ini.

    Hak dan Tanggungjawab Anggota Perubatan

    Adalah perlu ditekan bahawa hak dan tanggungjawab anggota-anggotaperubatan telah pun ditetapkan supaya membolehkan mereka melaksanakantugas-tugas kemanusiaan yang diamanahkan kepada mereka, iaitu untukmembantu mangsa-mangsa konflik bersenjata apabila konflik sedemikianberlaku.

    Tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka adalah secaralangsung dihubungkaitkan dengan hak orang-orang yang dilindungi yang diletakdi bawah jagaan mereka.

    Oleh yang demikian, apabila mereka menuntut hak yang diiktiraf, anggota-anggota perubatan termasuk anggota pertolongan cemas, mestilah sentiasamenyedari tentang tugas-tugas yang diperlukan.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    33/35

    Unit-unit perubatan, sama ada tentara atau awam, hendaklah termasuk semuabangunan atau binaan tetap (hospital dan unit-unit lain seperti itu), pusatpemindahan darat dan ubat-ubatan mencega, depot dan setor perubatan, atauunit bergerak (hospital medan, khemas, binaan terdedah) yang dibina bagi tujuan

    perubatan.

    Tempat-tempat ini tidak boleh diserang atau dirosakkan, atau dihalang daripadaberoperasi, walaupun jika pada masa itu, tempat-tempat itu tidak ada orang-orang cedera atau sakit.

    Peralatan perubatan (usungan, perkakas-perkakas perubatan dan pembedahan,bekalan perubatan, pembalut luka, dll) jangan sekali-kali dimusnahkan, tetapihendaklah dibenarkan diguna oleh anggota-anggota perubatan, walau di manamereka berada.

    Perlindugnan yang sama hendaklah diberi kepada pengangkutan perubatandarat, laut atau udara; ambulans lori atau trak, kapal hospital, kapal penyelamat,pesawat udara perubatan.

    Peranan Persatuan Kebangsasan dengan kerjasama dan penyelarasanperkhdimatan perubtan rasmi, adalah termasuk membuat senarai orang-orangyang dibawa, menyediakan bekalan dan langkah-langkah kebersihan semasadalam perjalanan dan menyediakan pekerja-pekerja pertolongan cemas.

    BEBERAPA TUGAS PEKERJA PERTOLONGAN CEMAS

    Yang cedera dan sakit

    Sekiranya beban perkhidmatan hospital tentera di kawasan pertempuranterlampau berat, Persatuan Kebangsaan hendaklah menempatkan anggota-anggota perubatannya dengan angkatan tentera, iaitu: pekerja-perkajpertolongan cemas, pembawa usungan, drebar dan ambulans, kebenaransegera untuk berbuat demikian telah diperolehi daripada pihak berkuasa tenterayang sesuai.

    Dengan kebenaran pihak berkuasa yang layak, Persatuan Kebangsaan akanmembantu dalam memindahkan daripada kawasan pertempuran bukan sahajaorang-orang yang cedera dan sakit tetapi juga orang-orang yang lemah tubuhbadan, orang-orang tua, wanita hamil, kanak-kanak dan ibu-ibu mereka, pendekkata semua orang yang difikirkan akan terdedah kepada bahaya serangan.

    Anggota-anggota Pejuang yang telah Terbunuh

    Sekiranya pekerja pertolongan cema menemui anggota pejung yang telahterbuhun, ia hendaklah mengambil ceper pengenalannya atau setengah dari dua

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    34/35

    cepel pengenalan si mati dan menghantarkannya ke Ibu Pejabat PersatuanKebangsaan yang kemudiannya akan menghantar butir-butir kepada pihakberkuasa dan dalam hal anggota tempur musuh yang terbunuh, hendaklah jugamenghantar butir-butir kepada Agensi Pusat Pengesan ICRC di Geneva. Iniadalah satu-satunya cara supaya keluarga tidak menunggu dengan keraguan

    bertahun-tahun mengenai nasib saudara mara yang hilang. Jika tidak ada ceper,mayat hendaklah dikenalpasti dengan apa cara lain yang mungkin.

    Tawanan Perang

    Anggota Persatuan Kebangsasan hendaklah membantu ICRC menyediakanbekalan bantuan dan rawatan perubatan, serta memberi bantuan lojistik danpentadbiran kepada ICRC dalam membantu, menghantar surat, pertukaranwang, suratkuasa wakil dll.

    Penyediaan bungkussan yang standard dan pusatan surat-surat yang akan

    dihantar melalui ICRC akan dilakukan oleh Persatuan Kebangsaan. PersatuanKebangsaan akan menganjurkan upacara menyambut tawanan yang dihantarpulang.

    Orang Awam yang Cedera

    Pekerja pertolongan cemas akan memberi perkhidmatan pertolongan cemasdengan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang bertanggungjawab(dispensary, ambulans, unit perubatan bergerak, pembawa usungan).

    Pemindahan orang-orang yang dianggap terdedah kepada bahaya serangan

    (orang-orang yang lemah tubuh bdan, orang-orang tua, kanak-kanak, wanitahamil) akan dilakukan oleh anggota Persatuan Kebangsaan dengan kebenaranpihak berkuasa, orang-orang dalam pelarian yang dihantar pulang kenegaraasal, orang-orang yang tiada rumahtangga, keluarga yang berselerak, orang-orang yang kurang upaya.

    Pekerja-pekerja pertolongan cemas dengan berkerjasama dengan PersatuanPalang Merah atau Bulan Sabit Merah, membantu pengagihan kain selimut,pakaian dan makanan kepada kumpulan-kumpulan yang terdedah kepadabahaya serangan.

    PENUTUP

    Supaya dapat menerima tanggungjawab dan tugas-tugas dan dapat memahamihak-hak anggota perubatan sebagaimana yang dinyatakan di dalam KonvensyenGeneva, maka Bulan Sabit Merah Kebangsaan menerima arahan yangmencukupi tentang Undang-undang Kemanusiaan Antarabangsa, sentiasamematuhi Asas Panduan Prinsip Palang Merah dan menunjukkan melaluitindakannya sifat berkuecuali dan kesaksamaannya.

  • 7/27/2019 Undang-Undang Palang Merah

    35/35

    Tambahan pula, Persatuan Kebangsaan mempunyai tanggungjawab membantukerajaan dalam menyebarkan Konvensyen Geneva, bukan sahaja supayaperaturan-peraturan ini dapat diketahui, difahami, diterima dan dihormati tetapi

    juga agar seluruh penduduk memahami dan menyokong Palang Merah atau

    Bulan Sabit Merah supaya ia menjadi lebih efektif, demi faedah semua, dalammasa berlaku konflik serta juga dalam masa aman.

    HANYA APABILA ORANG AWAM mengetahui hak-hak mereka, boleh merekamenuntutnya.

    HANYA APABILA ASKAR-ASKAR mengetahui peraturan-peraturan, bolehmereka menghormatinya.

    HANYA APABILA PEKERJA PERTOLONGAN CEMAS mengetahui asas hakdan tanggungjawab mereka, boleh mereka diharapkan menjalankan tugas

    mereka dengan sempurna.