Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ......

23
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS TAKLIMAT HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (PERKHIDMATAN GUNASAMA) BAGI SESI PENGAJIAN 2015/2016 9 MAC 2015, 2.30 PETANG DEWAN D, MAEPS, SERDANG

Transcript of Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ......

Page 1: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS TAKLIMAT HADIAH LATIHAN

PERSEKUTUAN DAN CUTI BELAJAR

BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA

(PERKHIDMATAN GUNASAMA) BAGI

SESI PENGAJIAN 2015/2016

9 MAC 2015, 2.30 PETANG

DEWAN D, MAEPS, SERDANG

Page 2: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

Terima kasih diucapkan kepada

pengacara majlis,

Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Yang Berbahagia Dr. Ahmad Jailani

Muhamed Yunus

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Page 3: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

3

Yang Berbahagia Datin Rosslina

Ahmad Mokhtar

Pengarah Bahagian Pembangunan

Modal Insan

Pegawai-Pegawai Kanan JPA

Ketua-Ketua Jabatan serta wakil

Yang Berbahagia Dato’-Dato’, Datin-

Datin, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

saya kasihi sekalian.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur

kita panjatkan kepada Allah SWT

kerana dengan limpah kurnia Nya

Page 4: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

4

dapat kita bersama-sama dalam

Majlis Taklimat Hadiah Latihan

Persekutuan Dan Cuti Belajar

Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

(Perkhidmatan Gunasama) Bagi Sesi

2015 sempena berlangsungnya

Karnival JPA4U pada hari ini.

2. Ucapan tahniah saya ucapkan

kepada para pegawai yang hadir

pada hari ini, kerana telah berjaya

dipilih sebagai penerima Hadiah

Latihan Persekutuan dan Cuti Belajar

Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa pada

tahun ini. Saya juga ingin

merakamkan penghargaan kepada

Page 5: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

5

semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan majlis pada petang ini.

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

3. Program Hadiah Latihan

Persekutuan atau lebih dikenali

sebagai HLP mula diperkenalkan

pada tahun 1968 atas nama Colombo

Plan Scholarship. Sebagai salah satu

mekanisme pelaburan pembangunan

modal insan, HLP disediakan kepada

Pegawai Pengurusan dan Profesional

dalam Perkhidmatan Awam untuk

melanjutkan pelajaran ke peringkat

Page 6: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

6

Sarjana dan PhD dengan kemudahan

Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan

Biasiswa. HLP merupakan salah satu

biasiswa yang terhad dengan syarat-

syarat penawaran yang agak ketat

serta menjadi rebutan ribuan

pemohon di kalangan penjawat awam

dari pelbagai skim perkhidmatan.

Buat pertama kalinya tawaran HLP

pada tahun ini dibuka bersekali

dengan tawaran Cuti Belajar Bergaji

Penuh Tanpa Biasiswa bagi pegawai

Perkhidmatan Gunasama.

4. Untuk tahun ini, sebanyak 532

calon yang telah berjaya ditawarkan

Page 7: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

7

HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Tanpa Biasiswa. Daripada jumlah

tersebut, seramai 500 calon telah

berjaya dipilih untuk menerima HLP

dan 32 calon berjaya dipilih untuk

menerima Cuti Belajar Bergaji Penuh

Tanpa Biasiswa, merangkumi calon

Ph.D dan Sarjana. Syarat-syarat

pemilihan calon kali ini bukan sahaja

tertakluk kepada pencapaian

akademik, tetapi juga mengambil kira

pemilihan bidang dan pengkhususan

pegawai mengikut keperluan

perkhidmatan. Antara bidang yang

akan diambil oleh calon-calon yang

Page 8: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

8

berjaya adalah seperti kewangan,

ekonomi dan pengurusan strategik.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

5. Negara kita pada masa ini

berada pada titik pertengahan dalam

perjalanan ke arah mencapai

Wawasan 2020 di mana ia akan

menjadi Negara yang maju secara

holistik. Sebagai panduan untuk

mencapai wawasan ini, salah satu

penekanan dalam Misi Nasional ialah

pembangunan modal insan kerana

kejayaan masa depan negara

Page 9: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

9

bergantung kepada mutu modal insan

yang dimiliki sama ada dari segi

intelek atau keperibadian. Nilai

modal insan inilah yang akan

mencorakkan hala tuju negara ke

arah wawasan yang disasarkan.

Tanpa sumber manusia berkualiti,

sesebuah negara akan lemah kerana

ketiadaan faktor manusia yang

menjadi pencetus kepada

inisiatif baru dalam kegiatan

sosioekonominya.

6. Sehubungan dengan itu, untuk

memperkukuhkan lagi modal insan

negara dan membawa perubahan

Page 10: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

10

budaya dan sikap pastinya

merupakan satu cabaran utama

kepada perkhidmatan awam

khususnya. Malaysia tidak boleh lagi

dilihat sebagai sebuah negara yang

memilik ‘infrastruktur kelas pertama’

tetapi ‘mentaliti kelas ketiga’. Kita

perlu menerapkan pendekatan yang

menyeluruh terhadap pembangunan

modal insan, yang menekankan

bukan sahaja ilmu pengetahuan dan

kemahiran tetapi juga nilai etika,

minda yang progresif dan kesedaran

budaya yang tinggi kerana ia

merupakan prasyarat yang penting

dalam membina negara yang lebih

Page 11: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

11

berdaya saing dan maju.

Kesimpulannya, modal insan adalah

aset terpenting kepada organisasi

dan negara. Jatuh bangun sesebuah

bangsa dan negara itu bergantung

sepenuhnya kepada kualiti yang ada

pada modal insan yang dibangun.

Dalam hubungan ini, proses

pendidikan menjadi titik tolak kepada

usaha itu. Oleh itu, Kerajaan sentiasa

menyemarakkan semangat

pembelajaran sepanjang hayat. Kita

harus mempraktikkan budaya kerja

cemerlang dan berusaha untuk

mencapai kecemerlangan dan

melaksanakan kerja yang terbaik dan

Page 12: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

12

berkualiti. Tanggungjawab kita

semua adalah untuk memastikan

negara terus berada di landasan

pertumbuhan ekonomi yang kukuh

walaupun ia merupakan satu tugas

yang besar dan mencabar. Tambahan

pula, Kerajaan telah berusaha dan

melabur dengan banyak dalam

pembangunan modal insan negara.

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

7. Pada hari ini, nilai penajaan dan

kemudahan yang diberikan kepada

penerima HLP dalam Ringgit

Page 13: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

13

Malaysia amat tinggi jumlahnya dari

RM45,000.00 hingga RM100,000.00

untuk pengajian di peringkat Sarjana

dan PhD dalam negara. Manakala,

RM190,000.00 sehingga ke

RM800,000.00 untuk Sarjana dan PhD

di luar negara. Elaun dan kemudahan

yang ditawarkan bukan sahaja

kepada pegawai namun turut

meliputi ahli keluarga pegawai

berkenaan. Jumlah yang saya

sebutkan tadi tidak termasuk gaji

penuh yang diterima oleh pegawai

HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Tanpa Biasiswa di sepanjang tempoh

pengajian.

Page 14: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

14

8. Renungkanlah, betapa besarnya

jumlah wang rakyat yang

dibelanjakan bagi membiayai seorang

modal insan. Sewajarnya, tuan-tuan

dan puan-puan bersyukur dan

memanfaatkan sepenuhnya Hadiah

Latihan yang diberikan ini. Jika kita

menanda aras para pegawai kerajaan

di negara seperti Korea, mereka yang

mengikuti Masters dan PHD hanya

disediakan kemudahan penajaan

secara individu dengan tempoh

minimum satu tahun dan maksimum

tiga tahun.

Page 15: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

15

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

9. Pada hari ini, kita tidak boleh

lagi bekerja seperti kebiasaan.

‘Bussiness as usual is not an option’.

JPA telah mengorak langkah ke

hadapan dengan membawa Karnival

JPA4U kepada semua yang hadir ke

Majlis ini dan juga orang awam yang

berminat mendapatkan perkhidmatan

JPA. Seiring dengan matlamat

Kerajaan sebagai pemudah cara

kepada rakyat, konsep ‘JPA cares for

u’ diterapkan melalui semua program

JPA4U. Penubuhan JPA4U adalah

Page 16: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

16

bertujuan untuk mendekatkan JPA

dengan masyarakat umum melalui

program-program kemasyarakatan

dan sukarelawan. Karnival JPA4U

diadakan bersekali dengan Taklimat

HLP dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Tanpa Biasiswa bagi memberi

peluang kepada hadirin yang hadir

untuk melihat dengan lebih dekat

peranan JPA4U di samping dapat

berhubung secara terus bersama-

sama JPA dan Institusi Pengajian

Tinggi bagi mendapatkan maklumat

yang lebih jelas mengenai produk

atau kemudahan yang disediakan

oleh JPA kepada masyarakat.

Page 17: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

17

10. Selain daripada memberi fokus

kepada informasi penajaan, Karnival

JPA4U kali ini turut menyalurkan

maklumat perkhidmatan lain yang

terdapat di JPA seperti informasi

berkaitan persaraan, psikologi,

agenda transformasi perkhidmatan

awam dan banyak lagi pengisian lain.

Karnival ini juga turut akan

menyelitkan taklimat berkaitan

penajaan pendidikan kepada pelajar-

pelajar sekolah yang akan menduduki

SPM serta pameran pendidikan oleh

pihak IPTA dan IPTS dari dalam dan

luar negara. Selain itu bagi

memeriahkan suasana, jualan

Page 18: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

18

karavan tani serta pemeriksaan

kesihatan turut akan diadakan untuk

orang ramai yang hadir. Saya percaya

karnival ini dapat dijadikan sebagai

satu platform utama bagi penjawat

awam dan orang ramai mengambil

peluang mengetahui dengan lebih

jelas tentang program dan

perkhidmatan yang diberikan oleh

JPA sendiri.

Hadirin yang dihormati sekalian,

11. Hasrat Kerajaan untuk

meluaskan peluang pembelajaran

bukan semata-mata untuk

Page 19: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

19

meningkatkan kuantiti pegawai

awam yang memiliki Ijazah Sarjana

dan PhD sahaja. Malah melalui

program HLP dan Cuti Belajar Bergaji

Penuh yang diberikan, diyakini dapat

menyuntik kualiti dan meningkatkan

nilai diri pegawai awam melalui

penjanaan transformasi sikap dan

tingkah laku kepada lebih positif,

mampu berfikir secara analitikal dan

konseptual. Segala usaha perlu ada

nilai tambah dan perubahan diri yang

dinamik dan positif, terutama melalui

hubungan kemanusiaan.

Page 20: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

20

12. Semua ini selari dengan usaha

Transformasi Perkhidmatan Awam

yang turut memfokuskan kepada

pembangunan etos penjawat awam

dalam meningkatkan penyampaian

perkhidmatan kepada rakyat.

Sebagai tunjang kepada pelaksanaan

dasar negara, penjawat awam

perlulah menumpukan segala usaha

dan tenaga ke arah merealisasikan

agenda Transformasi Perkhidmatan

Awam demi memastikan

kesinambungan pelaksanaan dasar

dan kejayaan program serta inisiatif

transformasi yang diperkenalkan oleh

Kerajaan. Sekiranya prinsip ini tidak

Page 21: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

21

dipatuhi dan dihayati, maka ia akan

menjejaskan keyakinan rakyat

kepada perkhidmatan awam negara

serta mendatangkan implikasi yang

lebih meluas dalam usaha untuk

mencapai Wawasan 2020.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

13. Penjawat awam perlu sedar

yang kita merupakan intipati utama

atau tulang belakang kepada

Program Transformasi Kerajaan

yang telah diperkenalkan sejak enam

tahun yang lalu. Maka kita harus

Page 22: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

22

memegang kepada lima prinsip yang

sangat penting iaitu Berilmu,

Kebolehpercayaan, Budaya Amalan

Kerja Terbaik, Semangat Patriotik

dan Budaya Keberhasilan Yang

Berteraskan ‘Outcome Based’.

14. Saya yakin, jika tuan-tuan dan

puan-puan berjaya memegang

kepada lima prinsip ini di samping

peluang pengajian yang telah

diberikan, maka lebih kukuh

kebolehan kita untuk mendakap

transformasi dan sentiasa bergerak

ke hadapan.

Page 23: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · mekanisme pelaburan pembangunan ... budaya dan sikap pastinya ... sebutkan tadi tidak termasuk gaji

23

Akhir kata, saya tahniah sekali lagi

saya ucapkan dan selamat maju jaya.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatulahi

Wabarakatuh.