UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi...

45
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL PERHIMPUNAN BULANAN JPA BERTEMAKAN KEJAYAAN 2014, INSPIRASI 2015 17 DISEMBER 2014, 8.30 PAGI AUDITORIUM JPA, BLOK C1

Transcript of UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi...

Page 1: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

PERHIMPUNAN BULANAN JPA

BERTEMAKAN

KEJAYAAN 2014, INSPIRASI 2015

17 DISEMBER 2014, 8.30 PAGI

AUDITORIUM JPA, BLOK C1

Page 2: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”

[SALUTATIONS DISEDIAKAN DI ATAS

ROSTRUM]

Marilah bersama-sama kita panjatkan

setinggi-tinggi kesyukuran yang tidak

terhingga ke hadrat Allah SWT kerana

dengan limpah dan izin-Nya jua, Majlis

Perhimpunan Bulanan JPA bagi bulan

Disember tahun 2014 dapat diadakan

pada hari.

Page 3: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

3

2. Terlebih dahulu saya ucapkan

terima kasih kepada semua yang hadir

pada perhimpunan pagi ini dan saya

amat berharap semoga komitmen

seperti ini dapat dikekal dan

diteruskan pada masa akan datang.

Terima kasih juga diucapkan kepada

Bahagian Pengurusan Maklumat yang

merupakan penganjur Perhimpunan

Bulanan JPA pada kali ini.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian.

3. Sedar tak sedar kita sekarang

berada di penghujung tahun 2014. Ini

Page 4: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

4

bermakna kita telah lebih 11 bulan

dalam tahun 2014 dan akan

melangkah masuk ke tahun 2015.

Sesuai dengan tema perhimpunan kali

ini, “Kejayaan 2014, Inspirasi 2015”,

marilah kita sama-sama mengimbau

kembali program-program yang telah

dilaksanakan sepanjang tahun 2014.

Semoga ia dapat memberi inspirasi

untuk kita merancang kejayaan yang

lebih cemerlang dan gemilang pada

tahun 2015.

Page 5: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

5

KEJAYAAN 2014: KEMBARA

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM

Yang Berbahagia Dato’- Dato’, Datin-

Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang

saya kasihi sekalian,

4. Suka saya mengingat kembali

ucapan Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri di dalam Ucapan

Bajet 2014. Kata beliau,

“Transformasi Perkhidmatan Awam

menjadi satu kemestian bagi

mengukuh dan menyusun semula

organisasi supaya relevan dengan

Page 6: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

6

perkembangan semasa”. Untuk

makluman tuan-tuan dan puan-puan,

JPA adalah salah satu enjin utama

Kerajaan memulakan agenda

transformasi ini. Ia dilaksanakan

melalui Kerangka Kerja Transformasi

Perkhidmatan Awam yang

bermatlamat untuk mewujudkan

Perkhidmatan Awam yang berprestasi

tinggi, berintegriti, dinamik dan

berjiwa rakyat.

5. Selaras dengan matlamat

merealisasikan Malaysia sebagai

sebuah negara maju berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020, JPA

Page 7: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

7

telah diberi mandat untuk menerajui

transformasi perkhidmatan awam.

Yang Berbahagia Tan Sri Ketua

Setiausaha Negara semasa berucap

sempena Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam Ketiga Belas

atau MAPPA ke 13 pada 11 Mac 2013

menyatakan bahawa, ‘paradigma baru

dalam konteks transformasi negara

menuntut supaya perkhidmatan awam

perlu lebih anjal atau fleksibel dalam

menyampaikan perkhidmatan kepada

rakyat.’ Sehubungan itu, beliau

mengumumkan bahawa transformasi

hendaklah dimulakan oleh dua agensi

utama kerajaan iaitu Jabatan

Page 8: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

8

Perkhidmatan Awam dan Kementerian

Kewangan.

6. Proses transformasi

perkhidmatan awam bermula dengan

penghasilan Kerangka Transformasi

Perkhidmatan Awam atau lebih

dikenali sebagai KTPA oleh JPA

menggunakan kepakaran dalaman

melalui proses konsultasi, dapatan

kajian dan pandangan daripada

dalaman dan luaran JPA. KTPA telah

diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet

Mengenai Perjawatan dan Gaji Sektor

Awam atau JKK-MPGSA yang

dipengerusikan oleh Yang Amat

Page 9: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

9

Berhormat Perdana Menteri pada 16

Julai 2013. KTPA kemudiannya

dibentangkan dalam Mesyuarat Ketua-

Ketua Setiausaha Kementerian dan

Setiausaha-Setiausaha Kerajaan

Negeri pada 26 Julai 2013 dan

Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua

Perkhidmatan pada 10 September

2013 di mana transformasi

perkhidmatan awam yang mengguna

pakai KTPA disarankan agar

diperluaskan ke semua kementerian

dan pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri.

Page 10: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

10

7. Komitmen Kerajaan dalam

melaksanakan pelan transformasi

ditekankan oleh Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri semasa

pembentangan Bajet 2014 pada 25

Oktober 2013 dimana beliau

menegaskan bahawa Kerajaan akan

melaksanakan pelan transformasi di

setiap kementerian bagi

meningkatkan sistem penyampaian

perkhidmatan supaya kekal relevan.

Mesyuarat Ketua Setiausaha – Ketua

Perkhidmatan yang dipengerusikan

oleh Yang Berbahagia KSN pada 4

Februari 2014 kemudiannya telah

memutuskan bahawa setiap

Page 11: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

11

kementerian dan agensi Kerajaan

hendaklah mengambil inisiatif untuk

memulakan langkah transformasi

kementerian dan agensi masing-

masing dan melaporkan kemajuan

inisiatif transformasi perkhidmatan

awam di setiap organisasi secara

bergilir-gilir dalam mesyuarat

tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

8. JPA sebagai peneraju

transformasi sektor awam telah

mengambil inisiatif untuk

Page 12: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

12

melaksanakan Lab Transformasi

Perkhidmatan Awam bagi membantu

kementerian - kementerian

menyediakan pelan transformasi

masing-masing. Penganjuran Lab telah

diadakan dengan jayanya di INTAN

Bukit Kiara dengan penglibatan 22

kementerian mulai bulan April hingga

Jun 2014.

9. Hasil daripada Lab tersebut,

sebanyak 22 pelan transformasi

kementerian telah berjaya dirangka.

Susulan itu, lima kementerian telah

membentang pelan transformasi

masing-masing dalam Mesyuarat

Page 13: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

13

KPPA Bersama KSU dan SUK. Lima

kementerian tersebut adalah

Kementerian Pembangunan Wanita,

Keluarga dan Masyarakat,

Kementerian Luar Negeri,

Kementerian Kerja Raya,

Kementerian Perdagangan

Antarabangsa dan Industri dan

Kementerian Pertanian dan Industri

Asas Tani.

10. Dua kementerian kemudiannya

menyusul iaitu Kementerian

Kesihatan telah membentangkan

dalam Mesyuarat KSN bersama

dengan KSU dan Ketua Perkhidmatan

Page 14: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

14

pada 11 Julai 2014 dan Kementerian

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

dalam Mesyuarat Pengurusan

Tertinggi JPA pada 8 Oktober 2014.

11. Kembara Transformasi diteruskan

lagi dengan mengadakan Lab

Transformasi di peringkat Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri. Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri yang

pertama ialah Negeri Perlis yang telah

diadakan pada 25 hingga 27 November

2014 di Kangar, Perlis dengan

penglibatan seramai 50 orang peserta

yang terdiri daripada ketua-ketua

jabatan dan pegawai di peringkat

Page 15: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

15

Pejabat Setiausaha Kerjaaan Negeri

Perlis, agensi negeri dan persekutuan

di Negeri Perlis.

IMPAK BITARA INISIATIF

TRANSFORMASI JPA

Warga JPA yang saya kasihi sekalian,

12. Bagi tahun 2014, sebanyak 123

Inisiatif telah dirancang dan

dilaksanakan. Antara inisiatif

berimpak tinggi di bawah Pelan

Transformasi JPA ialah Inisiatif TAPS-

STAR Gen. Bagi inisiatif ini, seramai

40 graduan cemerlang telah

Page 16: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

16

ditempatkan di jabatan-jabatan

kerajaan di bawah program Talent

Acceleration in the Public Service

atau TAPS. Manakala bagi program

Scholarship Talent Attraction and

Retention atau dikenali sebagai

STAR, seramai 756 graduan telah

ditempatkan di syarikat yang

berdaftar di bawah program STAR bagi

tempoh Januari hingga Oktober 2014.

Bagi menarik lebih ramai graduan

menyertai program ini, pendedahan

kepada graduan mengenai peluang

pekerjaan di syarikat swasta telah

diperkenalkan menerusi program

Jabatan Perkhidmatan Awam-

Page 17: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

17

Management Apprenticeship

Programme. Seramai 113 graduan

telah ditempatkan di 30 syarikat

swasta di bawah program tersebut.

13. Inisiatif seterusnya ialah Kajian

Penambahbaikan Skim Perkhidmatan.

Usaha ini adalah selaras dengan

amanat Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri sewaktu ucapan

Bajet 2014 yang telah

mengumumkan penambahbaikan skim

perkhidmatan bagi menarik dan

mengekalkan modal insan terbaik

dalam perkhidmatan awam, selain

memantapkan fungsi perkhidmatan,

Page 18: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

18

menambah baik laluan kerjaya serta

mobiliti pegawai awam. Kertas

cadangan penambahbaikan bagi 100

skim perkhidmatan telah

dibentangkan kepada Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri pada 19

September 2014, kini masih dalam

proses diperhalusi dan

diperkemaskan.

14. Inisiatif Ketiga ialah Kajian

Penstrukturan Semula Pihak Berkuasa

Tempatan dan Badan Berkanun

Negeri. JPA telah memberi tumpuan

utama bagi pelaksanaan inisiatif

penstrukturan semula 98 PBT dan 67

Page 19: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

19

BBN di Semenanjung Malaysia. Kajian

tersebut yang dimulakan pada bulan

Januari 2014 bertujuan untuk

menambah baik laluan kerjaya,

mobiliti dan pengalaman kerja

pegawai dan membuka peluang

kenaikan pangkat paling tinggi dalam

agensi kepada semua pegawai tanpa

mengambil kira skim perkhidmatan.

15. JPA juga telah menjalankan

Kajian Perjawatan Sektor Kesihatan

dan Keselamatan yang bertujuan

untuk menampung keperluan

perjawatan baharu iaitu 19,328

perjawatan bagi fasiliti baharu di

Page 20: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

20

hospital dan klinik kesihatan. Bagi

sektor keselamatan, sebanyak 7,743

perjawatan baharu telah diwujudkan

di bawah Kementerian Dalam Negeri

dengan pecahan PDRM, Jabatan

Imigresen dan Jabatan Penjara. Di

samping itu, 650 perjawatan baharu

telah diwujudkan di bawah

Kementerian Pertahanan untuk

keperluan ESSCOM dan 148

perjawatan baharu bagi SPRM.

16. 1Malaysia Civil Service

Retirement Support atau 1PESARA

merupakan salah satu inisiatif JPA

dalam usaha merakyatkan

Page 21: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

21

perkhidmatan, khususnya para pesara.

Portal 1PESARA telah diwujudkan

melalui pendekatan Strategi Lautan

Biru Kebangsaan atau NBOS dan

Smart Partnership yang diterajui oleh

JPA. Inisiatif transformasi ini penting

bagi menjaga kebajikan pesara

penjawat awam dengan menawarkan

lima teras perkhidmatan iaitu

kesejahteraan rakyat, panduan

bekerja semula, pembangunan

keusahawanan, pengurusan kewangan

dan kelangsungan kesihatan. Portal

ini telah dilancarkan pada 1 April 2014

di Hospital Putrajaya. Sehingga

November 2014, capaian pengguna

Page 22: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

22

portal tersebut adalah sebanyak

62,234 hits. Capaian tertinggi oleh

pengguna adalah aplikasi online dan

e-MASS iaitu Electronic Medical

Automation Supply System.

17. JPA telah menjalin kejasama erat

dengan kementerian, Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pihak

Berkuasa Tempatan bagi menganjur

program Semarakkan Transformasi

bertujuan memberi pendedahan

kepada penjawat awam dan orang

ramai mengenai inisiatif transformasi

yang telah dijalankan oleh Kerajaan.

Program ini telah diadakan di

Page 23: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

23

Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar pada 27 Februari 2014,

Kementerian Kesihatan pada 21 Mac

2014, Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri, Koperasi dan

Kepenggunaan pada 4 April 2014 dan

Kementerian Pendidikan pada 11 April

2014.

18. Bagi pemantapan pengetahuan

dan kefahaman pegawai dan warga

JPA pula, Bahagian Transformasi

Sektor Awam, Jabatan Perkhidmatan

Awam dengan kerjasama bahagian-

bahagian di JPA telah mengadakan

Page 24: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

24

program Persada Transformasi

sebanyak tiga kali pada tahun ini.

GST MEMACU TRANSFORMASI

PERCUKAIAN NEGARA

Tuan-tuan dan puan-puan Warga JPA

yang saya kasihi sekalian,

19. Kerajaan akan melaksanakan

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)

bermula 1 April 2015. Langkah di

bawah Transformasi Fiskal ini

bertujuan untuk meneguhkan

ketahanan ekonomi negara bagi

jangka masa panjang. Secara

Page 25: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

25

umumnya, GST bukanlah cukai baru

tetapi sistem cukai yang dimantapkan

dan lebih bersifat kepenggunaan bagi

menggantikan sistem percukaian

sedia ada iaitu Cukai Jualan (1972)

dan Cukai Perkhidmatan (1975). Ia

diperkenalkan untuk mewujudkan

sistem percukaian yang lebih efektif,

efisien, telus, mesra perniagaan dan

mampu menjana hasil yang lebih

stabil berbanding dengan cukai

semasa. GST ialah pendekatan

Kerajaan untuk mengelakkan ketirisan

daripada sistem percukaian negara

dan mempertingkatkan kutipan cukai.

Pelaksanaan GST dijangka akan

Page 26: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

26

mengurangkan manipulasi harga dan

menambah pendapatan negara untuk

faedah rakyat dan sektor eksport

negara akan menjadi lebih kompetitif.

20. Lanjutan itu, seiring dengan

pengenalan dasar ini, Jabatan

Perkhidmatan Awam telah

mengaturkan beberapa siri jelajah

GST di seluruh negara bagi memberi

penerangan mengenai GST kepada

semua penjawat awam.

Page 27: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

27

MALAYSIAN CRISIS INTERVENTION

TEAM (MCIT)

Warga JPA yang saya kasihi sekalian,

21. Tahun 2014 telah memberi kita

pelbagai asam garam kehidupan.

Dunia dikejutkan dengan kehilangan

pesawat MAS MH370 yang sehingga

kini tiada berita. Begitu juga dengan

tragedi pesawat MH17 pada 17 Julai

2014. Tragedi ini telah memberi kita

pengajaran dan membuka minda kita

dalam aspek perancangan yang jauh

ke hadapan. Pemikiran di luar

kebiasaan.

Page 28: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

28

22. Dalam menangani situasi ini, JPA

berjaya memberi sumbangan dalam

bentuk khidmat kaunseling kepada

keluarga mangsa yang mengalami

tekanan perasaan dan gangguan

emosi melalui pasukan yang dibentuk

iaitu Malaysian Crisis Intervention

Team secara sukarela. Dengan berkat

usaha gigih JPA telah berjaya

menguruskan situasi genting ini

kepada situasi yang terkawal dan

dapat membantu meringankan

tekanan emosi keluarga mangsa.

Page 29: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

29

PEMBUDAYAAN NILAI DAN INTEGRITI

DALAM PERKHIDMATAN AWAM

23. Tahun 2014 bakal meninggalkan

kita beberapa hari sahaja lagi.

Sepanjang tahun ini, terlalu banyak

cerita suka dan duka yang telah

ditempuhi bersama. Kita diuji dengan

pelbagai tragedi yang mencabar

kedaulatan negara. Kita dicabar

dengan keruntuhan moral dan

terhakisnya sikap kemanusiaan dalam

kalangan rakyat. Kita terpaksa

menelan pahitnya tanggapan rakyat

terhadap Perkhidmatan Awam apabila

ada dalam kalangan penjawat awam

Page 30: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

30

yang didakwa atas tuduhan pecah

amanah, tidak integriti serta

mengambil rasuah.

24. Nilai, etos dan integriti yang

tinggi merupakan elemen yang amat

penting dalam Perkhidmatan Awam.

Dengan wujudnya integriti, nilai-nilai

murni dan semangat patriotisme serta

rasa cintakan negara, penjawat awam

akan lebih dihormati sekaligus

meyakinkan rakyat akan keikhlasan

dan kejujuran Kerajaan dalam

penyampaian perkhidmatan.

Page 31: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

31

2. Saya ingin membawa Tuan-tuan

dan Puan-puan menelaah beberapa

laporan akhbar berkaitan

Perkhidmatan Awam kebelakangan

ini. Cerita-cerita berkaitan salah laku

dan perbuatan tidak berintegriti sering

menjadi tajuk utama di dada-dada

akhbar. Saya percaya seluruh

penjawat awam membaca mengenai

kisah Guru Dipenjara 50 Tahun yang

terpampang di dada akhbar 5

Disember yang lalu, penahanan

seorang pegawai kanan polis kerana

rasuah di Sarawak dan pendedahan

Laporan Audit Negara terhadap

jabatan dan kementerian.

Page 32: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

32

3. Apatah lagi kalau ia berlaku

dalam lingkungan institusi

penguatkuasaan undang-undang

seperti Kastam atau Pihak Berkuasa

Tempatan. Contohnya, kelemahan

penguatkuasaan Pihak Berkuasa

Tempatan telah menyebabkan

polemik pencerobohan dan

penerokaan tanah secara haram di

Cameron Highland, seolah-olah tiada

titik noktahnya. Ini telah

menyebabkan berlakunya

kemusnahan alam sekitar dan

kehilangan jiwa akibat dari tanah

runtuh dan banjir lumpur. Kes

pencerobohan tanah rizab sungai dan

Page 33: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

33

jalan, termasuk tanah kerajaan,

bukanlah kes baharu. Kes ini pernah

dilaporkan di dada akhbar berulang

kali dan terkini ianya timbul lagi

dengan bencana yang lebih buruk

serta melibatkan nyawa yang tidak

bersalah. Jika tiada berlaku

pelanggaran integriti yang didorong

oleh kerakusan nafsu dan sikap

mementingkan diri sendiri, maka

yakinlah perkara sebegini tidak akan

berlaku dan kita tidak akan

dimomokkan lagi dengan isu

ketidakpatuhan, aktiviti rasuah serta

penyelewengan yang berleluasa.

Page 34: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

34

25. Menyentuh usaha kita dalam

melaksanakan Agenda Tranformasi

Perkhidmatan Awam, dengan

menerapkan dan memperkasakan

sistem tadbir urus dan integriti dalam

perkhidmatan awam, nampaknya nilai-

nilai ini telah membuahkan hasil.

Merujuk kepada Transparency

International mengenai Global

Corruption Index, peningkatan skor

daripada 49 pada tahun 2012 kepada

50 pada tahun 2013 dan 52 pada tahun

2014, dan berada pada kedudukan 50

dari 175 negara.

Page 35: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

35

26. Ini menunjukkan kemajuan yang

positif bagi negara dan jika kita terus

tingkatkan momentum ini, saya

percaya kedudukan Malaysia pada

tahun 2015 akan bertambah baik.

INSPIRASI 2015

Warga JPA yang saya kasihi sekalian,

27. Dalam sesi terakhir Perhimpunan

Bulanan JPM bagi tahun 2014 di

Dataran Putra beberapa hari yang lalu,

Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri telah menggariskan empat

perkara penting buat penjawat awam

Page 36: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

36

bagi mendepani cabaran dan ancaman

pada tahun 2015. Empat perkara yang

dinyatakan ialah Cabaran Keamanan;

Keselamatan dan Keharmonian;

Menangani Rasuah dan Salah Guna

Kuasa; dan Amalan Konsep Solidariti

Nasional serta Amalan Budaya

Berprestasi Tinggi.

28. Empat perkara itu perlu diberi

perhatian serius dan fokus oleh

penjawat awam bagi membolehkan

Malaysia mencatat kejayaan lebih

cemerlang pada masa depan. Empat

perkara tersebut juga adalah selaras

dengan Transformasi Perkhidmatan

Page 37: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

37

Awam yang dilaksanakan untuk

memperkukuhkan agenda

transformasi Kerajaan melalui lima

teras strategik iaitu Mendaya Upaya

Bakat, Merekayasa Organisasi,

Merakyatkan Penyampaian

Perkhidmatan, Merangkum dan

Sepunya dan Membudaya Nilai.

Kelima-lima teras ini adalah bertujuan

untuk kita terus melonjakkan

pencapaian negara ke arah

mentransformasikan Malaysia di

persada dunia.

29. Pada tahun 2015, banyak program

dan inisiatif menanti. Antaranya ialah

Page 38: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

38

inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru

Kebangsaan yang digagaskan oleh

Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri iaitu 1Malaysia Customer

Service of Civil Servants. Jabatan

Perkhidmatan Awam telah diberi

mandat untuk menerajui inisiatif ini

yang bertujuan untuk meningkatkan

sistem penyampaian kaunter

perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan

di peringkat Persekutuan dan juga

Negeri. Projek ini bertujuan untuk

meningkatkan tahap kepuasan

pelanggan dan sistem penyampaian

petugas barisan hadapan di sektor

awam.

Page 39: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

39

30. Justeru itu, landasan kolaborasi

strategik bersama-sama agensi

swasta khususnya dalam bidang

latihan dan perkongsian amalan-

amalan terbaik akan dilaksanakan

bagi meningkatkan kualiti

penyampaian perkhidmatan barisan

hadapan agensi Kerajaan. Bagi

pelaksanaan awal sepuluh agensi

Kerajaan telah dikenal pasti dan akan

dijadikan sebagai projek rintis dalam

menjayakan 1Malaysia Customer

Service of Civil Servants.

31. Langsungan daripada projek

1Malaysia Customer Service of Civil

Page 40: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

40

Servants, JPA akan melancarkan

salah satu inisiatif T100 iaitu projek

Digital by Default. Inisiatif ini

bertujuan untuk melaksanakan

saluran perkhidmatan melalui virtual

counter. Semua proses dan saluran

penyampaian di JPA akan dimudahkan

mengguna pakai pelbagai saluran

penyampaian secara digital.

32. Berikutan pelantikan Yang

Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha

Negara sebagai Pengerusi

Commonwealth Association for Public

Administration and Management atau

CAPAM untuk penggal 2014 hingga

Page 41: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

41

2016, Malaysia akan menganjurkan

pelbagai program yang berkaitan

dengan pengurusan dan pentadbiran,

diterajui oleh KSN yang akan

mengangkat kredibiliti Malaysia

selaku sebuah negara yang

mempunyai tadbir urus yang cekap

dan bereputasi tinggi.

33. Pada tahun 2015 juga, Malaysia

telah memenangi Kerusi Tidak Tetap

Majlis Keselamatan Pertubuhan

Bangsa Bersatu dengan memperoleh

187 daripada 192 jumlah undi.

Malaysia pernah menjadi anggota

tidak tetap Majlis Keselamatan PBB

Page 42: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

42

sebanyak tiga kali iaitu pada 1965,

1989 hingga 1990 dan bagi tempoh

1999 hingga 2000. Kejayaan ini

merupakan satu pengiktirafan dunia

terhadap Malaysia.

34. Tambahan lagi, Malaysia juga

telah dilantik sebagai Pengerusi

Asean bagi tahun 2015 yang dilihat

akan menjadi sesuatu yang mencabar

dan menarik kerana Malaysia perlu

menjadi pemimpin dalam proses

menyatukan tindakan Asean sejajar

matlamat menjadi blok serantau yang

moden seperti Kesatuan Eropah dan

Page 43: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

43

Perjanjian Perdagangan Bebas

Amerika Utara.

35. Tahun 2015 akan menjadi tahun

bersejarah bagi Malaysia dan Asean di

mana bersempena dengan pelantikan

Malaysia sebagai pengerusi,

Perkhidmatan Awam akan

menganjurkan Chief Secretary Head of

Civil Service Retreat. Diharapkan

Malaysia akan berjaya menempuh

tahun mencabar itu dan memberi

sumbangan penting ke arah hala tuju

masa depan Asean dalam usaha

menjadi sebuah lagi pertubuhan

gergasi serantau.

Page 44: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

44

PENUTUP

Warga JPA yang saya kasihi sekalian,

36. Mengakhiri ucapan saya pada

hari ini, saya sekali lagi ingin

mengambil kesempatan di sini untuk

mengucapkan tahniah dan

merakamkan penghargaan kepada

Tuan-tuan dan Puan-puan yang telah

berjaya melaksanakan amanah

dan tanggunjawab yang diberikan

disepanjang 2014 ini dengan

cemerlang. Pastikan tuan-tuan dan

puan-puan kekalkan dan teruskan

kegemilangan ini.

Page 45: UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI … · melalui Kerangka Kerja Transformasi Perkhidmatan Awam yang bermatlamat untuk mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi,

45

37. Bagi yang kurang cemerlang,

tuan-tuan dan puan-puan harus

berusaha lebih gigih dan tanamkan

sikap dengan penuh azam untuk

kecemerlangan dan kegemilangan

pada tahun 2015.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.