Tulisan Kuno

download Tulisan Kuno

of 15

  • date post

    13-Jul-2015
  • Category

    Documents

  • view

    179
  • download

    0

Embed Size (px)

Transcript of Tulisan Kuno

Sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan Melayu. Mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.

Pada masa itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan. Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis.

Merupakan sistem tulisan paling awal digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu kuno, yang mana banyak menerima pengaruh daripada Sanskrit. Bukti: yupa (tiang batu persembahan)/prasasti di daerah Muara Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125 km atau dua jam menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.

Yupa tersebut dijumpai oleh pekerja topografi Belanda dalam tahun 1879 dalam huruf Palava berbahasa Sanskrit. Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta menceritakan tentang pencapaian Raja Mulawarwan, cucu Kudungga. Yupa tersebut berasal dari tahun 400 merupakan tinggalan pemerintahan Hindu.

BENTUK TULISAN PALAVA

Satu contoh tulisan Vatteluttu oleh Rajaraja Chola I di candi Brihadisvara di Thanjavur.

Carta Tulisan Palava

Huruf Melayu tua banyak digunakan di Sumatera Selatan (Bangkahulu dan hulu Palembang) dan Minangkabau. Huruf ini kekal hingga kurun ke-18 iaitu sebelum Belanda menjajah Indonesia.

Huruf yang digunakan oleh orang-orang Melayu pada zaman purba ialah huruf yang tertua iaitu menyerupai seperti bentuk huruf-huruf Rencong atau Rencang, Kawi dan Lampung. Kajian menunjukkan bahawa huruf-huruf tersebut ada kaitan dengan huruf-huruf orang-orang Kemboja pada zaman purba.

Dengan menggunakan huruf-huruf Kawi, Palava dan Rencong, orang-orang Melayu kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batubatu (batu bersurat). Tulisan kuno ini telah dijumpai pada tahun 1892 di sebatang tiang batu di Kota Kapur (Bangka Barat).

BENTUK TULISAN RENCONG

Tulisan kawi juga dinamakan "tulisan Jawa Kuno. Ia telah wujud dalam kurun ke-8 M. Tulisan kawi digunakan untuk menulis dalam bahasa kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu.

Tulisan ini kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baru. Tulisan kawi asalnya adalah dari huruf Vangki (Wenggi) iaitu huruf orang-orang Pallava yang berasal dari Coromandel, India. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M.

BENTUK TULISAN KAWI

Disediakan oleh:Th ng Jia Ling Loo Chia Xin Cheang Jia Yi