TUGASAN EPM233
-
Upload
james-nelson -
Category
Documents
-
view
121 -
download
0
Transcript of TUGASAN EPM233
TUGASAN
JANUARI 2013 SEMESTER
KOD KURSUS EPM 233
NAMA KURSUS MODEL & STRATEGI PEDAGOGI
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NO. MATRIK
NAMA FASILITATOR AKADEMIK
PUSAT PEMBELAJARAN
1
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang
berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau
berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya
menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber
pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar
adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju
proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru
kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur
dan kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah, iaitu
teknik dan pendekatan. Mok Soon Seng (1992) mengatakan pendekatan ialah cara
mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar
berdasarkan objektifnya. Jadi ia merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula
ialah satu siri tindakan yang sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam
jangka masa pendek. Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran
dengan langkah penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik
pula ialah kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam
sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik
itu apa yang dilihat dalam bilik darjah. Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan
alat-alat komunikasi canggih dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya
seorang guru Pendidikan Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar
bacaan dalam pita kaset, maka ini dikatakan teknik.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah
peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan
2
Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan
untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham
kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Melihat
kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), Mok Soon
Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan Long (1980) dan
Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu ialah yang ada nama,
seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri penemuan, Forebel dan
sebagainya.
Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran
yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula
mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar bukanlah
tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk mencapai
obektif pengajaran. Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan
bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja
cara tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar
bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak
mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long
(1981) dan lain-lain.
2.0 Latar Belakang Masalah
Kaedah pengajaran yang tidak berkesan dan membosankan merupakan salah satu punca
matapelajaran pembelajaran tidak diminati. Menurut Koh Boh Koon (1992) proses
pengajaran di dalam kelas seharusnya melibatkan dua pihak guru-pelajar. Sekiranya guru
hanya menitikberatkan menghabiskan silibus berbanding aspek penghayatan dan
penerapan nilai agama boleh menyebabkan interaksi dua hala ini hilang fokus. Kesannya
pelajar hilang minat (Atan Long, 1982)
Antara dilema yang dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dib
dalam pendidikan. Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap
mendidik, mengajar adab serta membentuk akhlak. Berbalik, masalah yang utama iaitu
3
kebanyakan penerapan dan penggunaan kaedah, strategi dan teknik mengajar oleh guru-
guru tidak dapat menarik minat pelajar
Punca utama pelajar menjadi bosan atau tidak berminat untuk mengikuti sesuatu
mata pelajaran ialah kurangnya pemahaman yang akan berakhir dengan kekecewaan dan
kebencian terhadap mata pelajaran tersebut. Ianya berpunca daripa kurangnya penerapan
pembelajaran berpusatkan pelajar, tetapi lebih kepada berpusatkan guru. Kaedah
tradisional yang digunakan kebanyakan guru iaitu kaedah kuliah dan kaedah penerangan
terutamanya yang lebih berbentuk teori dan fakta akan membuatkan pelajar bosan dan
kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
Guru banyak menggunakan kaedah penerangan di dalam kelas (kuliah/ syarahan).
Ilmu lebih berbentuk hafalan di mana guru lebih kepada pendekatan meminta pelajar
membuat nota dan hafal. Tiada berbincangan secara berkumpulan di kalangan pelajar
digalakkan untuk membolehkan berlakunya proses penukaran. Pelajar lebih banyak
bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik yang diajar Pengajaran kadang
kala membosankan keranan tiada aktiviti yang melibatkan penglibatan aktif pelajar dibuat.
Guru lebih menumpukan kepada penyediaan dari segi nota yang lengkap dan kerja rumah/
latihan secara individu. Pengajaran guru banyak bergantung kepada buku teks tanpa
sebarang aktiviti yang menarik
Masalah ini dibuktikan melalui satu kajian yang telah dilakukan oleh Affandi bin
Ag. Ghani dalam tesis yang bertajuk “Persepsi pelajar terhadap penggunaan buku teks jawi
Pendidikan Islam dalam pembelajaran: Satu kajian ke atas pelajar tingkatan 4, Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Masai, Johor Bahru”. Petikan di dalam tesis beliau menyebut
“Semasa proses pengajaran dalam kelas, guru lebih suka menggunakan buku teks sebagai
bahan pengajaran yang utama. Guru yang menggunakan buku teks sepenuhnya dalam
pengajaran akan menyebabkan timbulnya rasa bosan di kalangan pelajar terutamanya bagi
pelajar yang cergas. Oleh itu, guru mestilah merancang kaedah, bahan, dan aktiviti yang
sesuai bagi menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Aktiviti
dan latihan juga perlulah dipelbagaikan dan bukannya hanya tertumpu kepada buku teks
semata-mata.”
Justeru, jelaslah bahawa kaedah pengajaran dan masa kini perlu mengalami proses
tranformasi. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diubah
kepada berpusatkan pelajar bagi memastikan mereka memahami dan merasakan
4
keperntingan subjek ini bukan sahaja di dalam peperikasaan tetapi di dalam pengamalan
kehidupan sebenar. Transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan akan
mememastikan pelajar-pelajar meminati subjek ini sekaligus merubah paradigma mereka
sebelum ini terhadap subjek Pendidikan Islam.
Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan
digunakan. Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi
kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah
menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang
terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan
pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran atau pun tidak. Adakalanya
setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar.
Persembahan pengajaran yang hanya melibatkan guru semata-mata memberi
implikasi yang kebanyakannya pelajar tidak melibatkan diri secara aktif sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sewaktu P&P dijalankan, mereka seringkali
mengantuk, bermain, bersembang dan tidak menumpukan perhatian kerana pengajaran
hanya satu hala sahaja tanpa melibatkan penyertaan aktif pelajar. Selain itu, didapati
kaedah penyampaian objektif pengajaran seperti ini tidak begitu berkesan mungkin
kerana kaedah yang kurang bersesuaian.
Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan
melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini
boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan
kreativiti pelajar supaya pelajar dapat menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala antara guru dan pelajar dalam aktiviti soal
jawab amat sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan
berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk
memperkembangkan kemahiran pemikiran kritis serta kreatif.
Dalam melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar , pelajar-pelajar akan diberi
tugasan tertentu sama ada secara individu atau kumpulan dan mengikut tahap kebolehan
pelajar. Pelajar kemudiannya akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
untuk menyiapkannya. Semasa proses menyiapkan tugasan, pelajar-pelajar digalakkan
5
sentiasa berhubung dengan guru. Dalam perkembangan berkaitan, guru berperanan sebagai
fasilitator dan satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah guru mesti memantau proses
yang dilakukan oleh pelajar sepanjang masa dan secara berterusan. Dengan lain perkataan,
guru hendaklah memastikan diri mereka mudah diakses oleh para pelajar pada setiap masa
dan untuk tujuan tersebut,
Langkah yang terakhir dalam pembelajaran berpusatkan pelajar ialah
pembentangan hasil tugasan Semasa pembentangan, rakan-rakan sebaya digalakkan
memberi pendapat, pandangan atau mengemukakan soalan. Ini akan menggalakkan
pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan para pelajar.
Sehubungan dengan itu, pelajar haruslah dilatih dengan kemahiran berfikir pada
peringkat yang lebih tinggi. Pelajar harus dilatih dengan kemahiran berfikir secara kritikal,
menganalisa maklumat serta mengsistesiskan maklumat bagi menyelesaikan masalah
dalam pelbagai konteks. Oleh itu, kajian harus dijalankan untuk melihat sejauh manakah
keberkesanan pembelajaran berpusatkan pelajar di dalam pengajaran Pendidikan Islam.
6
4.0 Pembelajaran berpusatkan pelajar
Keefe, 1979 dalam Suhaida Abdul Kadir, 2006. Strategi pembelajaran merujuk
kepada ciri istimewa kepunyaan seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan
bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran). seseorang pelajar dikatakan
bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan
yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran
yang digunakan (Giam Kah How, 2000). Definisi khas bagi Pembelajaran berpusatkan
pelajar ialah Tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu,
memberi pilihan kepada pelajar jenis pengetahuan dan apa yang ingin dipelajari, serta
mewujudkan kolaborasi iaitu membina pengetahuan dan persekitaran positif yang
melibatkan penilaian berterusan dengan sikap guru yang mendengar pandangan pelajar dan
melibatkan pelajar untuk merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Definisi Pembelajaran berpusatkan pelajar juga boleh dijelaskan dengan erti kata
lain, pelajar bertanggungjawab atas pembelajarannya dengan terlibat dalam komunikasi
dua hala antara guru dan pelajar. Selain itu, guru melibatkan pelajar secara terus dalam
menemui pengetahuan iaitu dengan bertindak hanya sebagai fisilitator manakala pelajar
yang mencari dan menentukan sumber dan bahan pengajaran mereka sendiri, guru hanya
memantau contohnya dengan mencadangkan bahan- bahan penagajaran dan pembelajaran
yang mencabar pengetahuan sedia ada pelajar dan seterusnya menberikan pemahaman
konsep baru yang mendalam kerana pembelajaran yang melibatkan interaksi sosial;
menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber dan menggunakan
aktiviti luar untuk meningkatkan pemnbelajaran.
Selain itu, Pembelajaran berpusatkan pelajar mewujudkan pengalaman
pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut memberikan peluang kepada pelajar
untuk belajar secara individu, kumpulan dan kelas serta melibatkan mereka dalam
membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan
mereka sendiri. Namun begitu guru perlu mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar
bertanggungjawab ke atas apa yang dipelajari oleh mereka
7
Menurut Syidam Abdullah, 2008 terdapat beberapa prinsip pembelajaran
berpusatkan pelajar iaitu :
i. Daya berfikir, minat dan perbezaan individu pelajar merupakan pertimbangan
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dirancang untuk melibatkan pelajar
secara aktif, dimana guru hanya sebagai fasilitator.
iii. Pembelajaran terarah kendiri dan akses kendiri diberi keutamaan.
iv. Penekanan diberikan terhadap penilaian kendiri.
Menurut Freiberg, 1996 dalam Giam Kah How, 2000 terdapat strategi yang
berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif. Di sini,
disenaraikan antara strategi pembelajaran berpusatkan pelajar antaranya adalah:
i. Kaedah Koperatif
Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar bekerjasama
untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli kumpulannya (Suhaida
Abdul Kadir, 2002) .Ciri-ciri penting kaedah koperatif ialah sekumpulan pelajar
boleh dikuasai oleh seorang ahli sahaja iaitu ketua kumpulan. Walaupun
penyelesaian terhadap sesuatu masalah merupakan pandangan seorang sahaja,
semua ahli dalam kumpulan akan bekerjasama untuk menyelesaikan masalah
tersebut, juga dalam pembelajaran koperatif, mesti ada tanggungjawab berkongsi
dikalangan pelajar. Guru perlu prihatin untuk memberikan ganjaran dan
pengiktirafan diberi kepada kumpulan yang menunjukkan prestasi yang baik. Ini
juga memotivasikan mereka untuk mencapai sesuatu matlamat. Guru hendakalah
memupuk sikap positif seperti bekerjasama,, bertolak ansur dan tidak
mementingkan diri agar objektif kumpulan tercapai serta guru juga hendaklah
melatih kemahiran sosial dan memupuk konsep kendiri untuk membantu ahli
kumpulan mencapai objektif dan mengekalkan hubungan positif.
ii. Pendekatan Kumpulan
Pelajaran secara kumpulan berlandaskan prinsip-prinsip psikologi kemasyarakatan
dan dinamik kumpulan. Ciri-cirinya, aktiviti secara kumpulan harus mempunyai
8
satu tujuan. Guru perlulah memilih prosedur pengajaran secara kumpulan yang
boleh membantu pelajar mencapai objektif spesifik, tanggung jawab guru untuk
mengenal pasti tajuk yang sesuai untuk kerja kumpulan, penglibatan pelajar secara
aktif dalam kumpulan, kerja kumpulan yang berkesan akan wujud jika individu
diberi tanggungjawab, Semangat berkerjasama dalam kumpulan harus dipupuk.
Selain itu, kelebihan pengajaran secara kumpulan ialah membolehkan pelajar,
mengenalpasti, menganalisis dan menyelesaikan masalah secara koperatif
iii. Teknik Perbincangan
Perbincangan merupakan satu aktiviti berkumpulan dimana pelajar berinteraksi
sesama mereka dan membincangkan sesuatu isu atau masalah. Ciri-ciri Pentingnya,
pelajar berpeluang mengemukakan isu-isu, pendapat dan idea-idea mengenai
sesuatu topik dan guru bersama pelajar akan membuat rumusan pada akhir sesi
perbincangan, pelajar akan memberi reaksi atau tindakbalas tentang topik atau
masalah dan perbincangan dilaksanakan dibawah kawalan guru, perbincangan
dapat dilaksanakan dalam semua mata pelajaran dan sebarang situasi bilik darjah
dan tujuan utama perbincangan ialah untuk menggalakan pelajar mengembangkan
kemahiran diri dalam mengemukakan hujah, pendapat, menyoal serta
menyelesaikan masalah (Azela Abdullah, 2009).
iv. Penyelesaian Masalah
Penyelesaian masalah merupakan proses mental yang memerlukan seseorang itu
berfikir secara kreatif dan kritis dalam mencari idea-idea alternatif and langkah-
langkah tertentu untuk mengatasi kekurangan dan seterusnya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Ia juga adalah satu cara menggunakan daya pemikiran bagi
mengendalikan satu-satu situasi yang sukar, mengatasi halangan, menghasilkan
sesuatu yang diingini, dan menyelesaikan sesuatu yang rumit. Aspek penting yang
perlu diketahui ialah Tujuan penyelesaian masalah ialah ia membolehkan pelajar
berfikir secara rasional, logik dan objektif apabila menghadapi masalah,
mempertingkatkan daya berfikir pelajar secara kreatif dan kritis dan kelebihannya
adalah mewujudkan proses pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan
mengakibatkan penglibatan aktif pelajar dalam pelajaran.
9
v. Kaedah Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ciri-ciri Pentingnya, ia
merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. peserta belajar daripada
kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya,
dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki
memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang
dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan,
peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi, tujuan simulasi
ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan
memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan,
kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara
kreatif, analisis dan kritis.
vi. Kaedah Strategi Main Sambil Belajar
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-
pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa, permainan
manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan
congak, permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal
digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal,
permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi
unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk
mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna, kebaikan teknik
ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain
dan ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak
menyelesaikan masalah.
vii. Kaedah Projek
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau
aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997). Ia
merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah
10
dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu. Ciri-ciri Pentingnya,
tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan
pengalaman pelajar semasa menjalankan projek, ia juga membantu pelajar
bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek,
memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti,
projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada
pelajar, bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi,
projek yang sesuai dengan objektif pelajaran, kelebihan kaedah projek ialah
pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan dan kepuasan jika dapat meyelesaikan
projek serta pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.
viii. Kaedah Lawatan
Lawatan ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa
yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar. Pelajar dapat mengumpul
maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh
dibawa masuk ke dalam bilik darjah, tujuan lawatan ialah meningkatkan
pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsungmenggalakkan
penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran,
memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud
dan proses-proses yang berlaku, kaedah ini juga menggalakkan pelajar untuk
mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan
disekolah.
Kesimpulan
Pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu medan, tempat melahirkan insan-insan
berkualiti mulia, sebagaimana yang diharapkan di dalam falsafah pendidikan Negara.
Selaras dengan itu, isu kaedah pengajaran merupakan isu yang tidak lapuk, ia sentiasa
dikaji dari semasa ke semasa bagi memastikan kualiti pendidikan Negara berada ditahap
yang diharapkan.
11
Definisi Didik Hibur
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan
didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud
menyenangkan atau menggirangkan hati.Rumusannya didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur
seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang.
Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-
murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat
dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan
pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan.
Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.Kerajaan berhasrat
memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat
transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan
pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih
mudah dihayati dan difahami oleh murid.
Ciri-Ciri Didik Hibur
Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut:
(i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan,
ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
(ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang
dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
12
(iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan
tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
(iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai.
Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan
dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas
dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid
terhadap pengajaran dan pembelajaran.
(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau
dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p.
(vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
(vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
(viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
(ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan
terkawal.
(x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur : Guru
Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada
kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
(iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
13
(iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
(v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
(vi) Guru boleh membuat pelbagai suara.
(vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
(viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
(ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak
(x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel
Aktiviti Didik Hibur
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang
aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang
sama.
( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel.
( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau halangan.
( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
14
Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri
pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas
sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan
ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan ‘Fun Learning’ yang digunakan secara meluas
dalam pengajaran dan pembelajaran
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
a) Pemusatan Murid
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara
murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan
guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan
objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran
bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah
‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses
pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada
berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan
kematangan pelajar. Ilustrasi di bawah menunjukkan satu kontinum pergerakan
pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan murid.
Strategi pembelajaran berpusatkan murid dapat:
a. Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta
menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
b.Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
c.Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan
berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
d. Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
e. Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang
mereka pelajari.
f. Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
15
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif
BAHAGIAN B
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
Matapelajaran : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kelas : 6 Bestari
Bil. Murid : 40 orang
Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi
Tarikh : 25 April 2008
Tema : Hidup Bersama di Sekolah Dan Masyarakat
Topik Pemeliharaan Kebersihan dan Keceriaan Persekitaran
Subtopik b) Alam Sekitar Terjaga, Kehidupan Bahagia
Hasil Pembelajaran : Pada akhir aktiviti ini, murid-murid dapat
1. Menyenaraikan kesan-kesan jika masyarakat tidak memelihara kebersihan dan
keceriaan persekitaran
2. Menjaga alam sekitar dengan bertanggungjawab
3. Menghargai alam sekitar
Isi Kandungan: 1.Menerangkan kepentingan menjaga alam sekitar
2.Menyenaraikan kesan-kesan jika masyarakat tidak memelihara kebersihan dan keceriaan
persekitaran
Penerapan Nilai : 1. Bekerjasama
2. Bertanggungjawab
3. Menghargai
Penyerapan Ilmu : 1. Kemahiran mendengar
2. Kemahiran membaca
3. Kemahiran bertutur
Unsur Patriotisme:-
16
1. Menyedari perlunya memelihara kebersihan dan keceriaan persekitaran
2.Bersama bertanggungjawab dalam menjaga alam persekitaran
Pengetahuan Sedia Ada : 1.Murid-murid pernah melihat melalui televisyen
atau membaca surat khabar tentang bahaya demam denggi yang disebabkan oleh nyamuk
aedes.
Bahan Bantu Belajar
Bil Sumber Kuantiti
01.
02.
03.
04.
05.
06
07
Lap top & LCD
Kertas Sebak
Pen marker
Gambar Slaid power point
Plastisin
Kad arahan bewarna
Sampul surat
Satu
4 helai
4batang
1 kotak
4 keping
4 keping
Kemahiran Generik : 1.Inkuiri penemuan
2.Kemahiran belajar
3.Kecerdasan pelbagai: verbal linguistik
4.Kajian masa depan
Pembelajaran Koperatif : Round table
Pendekatan Konstruktivisme
17
Prosedur Pelaksanaan P&P Elemen pengurusan pembelajaran bestari / kemahiran generik
Catatan
18
Set Induksi ( 5 minit )1. Murid diminta melihat pertunjukkan slaid bergambar yang menunjukkan gambar-gambar keadaan alam sekitar yang bersih dan alam sekitar yang kotor sambil membuat pemerhatian secara terperinci tentang gambar-gambar tersebut.
2. Guru meminta murid membuat perbandingan tentang gambar tersebut.
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
KB:Menghubung kait, membandingbeza. mengklasifikasikan
Kecerdasan pelbagai:Ruang / visual interpersonalVerbal linguistik Interpersonal
KBF:menjana idea kemahiranbelajar
Nilai murni:Menghargai alam sekitar
BBB:LCD & Laptop
Langkah 1 ( 15 minit )Guru memainkan tayangan video tentang penjagaan alam sekitar kepada murid-murid dan meminta murid menghayati tayangan video itu.
Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan video;
a) watak apa yang terdapat dalam video tersebut? (jawapan: abang, adik, ibu, ulat besar)
b) Apa yang dibuat oleh watak dalam video itu? (jawapan: membuang sampah, tanam pokok, tidak memberi kerjasama)
c) Sikap yang terdapat dalam video tersebut? (jawapan: tidak mahu bekerjasama, tidak menjaga kebersihan, tidak mendengar nasihat)3. Guru merumuskan jawapan murid berdasarkan tayangan video kepada murid.
KP :Visual ruang linguistikInterpersonalVerbal linguistik
KB:Memerhati,berfikir, menghubungkait, memperolehi maklumat, menyampaikan maklumat
Nilai:Menghargai
BBB:LCD & laptop, bahan catatan
Langkah 2 ( 15 minit )Guru mengedarkan kad arahan berwarna kepada setiap murid , iaitu kad warna merah, kuning, hijau dan oren untuk membentuk 4 kumpulan mengikut warna kad yang diperolehi.
Kumpulan merah : Jenis-jenis pencemaran Kumpulan kuning : Kesan pencemaran
KBF:Meneroka idea, merancang dan mengurus aktiviti pemikiran.
Nilai:kerjasama
BBB:Kad arahan bewarna
19
Kumpulan hijau : Kepentingan menjaga Alam sekitar Kumpulan Oren : Cara menjaga alam sekitar
2. Guru menyediakan 4 keping kertas sebak dan 4 pen marker yang berlainan warna kepada setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menyenaraikan hasil yang telah dibuat bersama tersebut di atas kertas sebak dalam bentuk peta minda.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
Kertas sebakpen marker
Langkah 3 ( 20 minit )1. Wakil setiap kumpulan diminta membentangkan hasil tugasan yang telah dihasilkan di hadapan kelas
2. Guru akan membantu murid menjelaskan lagi pembentangan yang diberikan.
Pembelajaran koperatif dan kolaboratif
KP:verbal linguistik
Nilai:kerjasama
20
Penutup ( 5 minit )1. Guru membuat rumusan tentang hasil pembelajaran dengan memberi dorongan kepada murid supaya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap aspek kebersihan dalam kehidupan.
2. Guru meminta murid membuat rumusan tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan kawasan persekitaran.
Tugasan lanjutan:
Guru meminta murid menyediakan karangan aktiviti kebersihan dan keceriaan yang pernah disertai oleh mereka di tempat yang berikut:
a) Rumahb) Sekolahc) Tempat ibadat
KBKK:Membuat kesimpulan
21
RUJUKAN
AhMeng,Ee.1994.Psikologi dalam bilikdarjah. KualaLumpur:FajarBakti.
Alessi S.M. & Trollip R. S .199 1. Computer Based Instruction. Methods and development.
(2nd.Ed.).New Jersey:Prentice Hall.
Hizral Tazzif Hisham & M.Azlan Jaafar. 1997. Pembangunan Perisian Bakal Kuasai Alaf
Depan. Komputer, Berita Harian , Ogos.
Yong Soe Han .1993. Literasi Komputer. Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Zoraini Wati Abas . 1992. Komputer Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur .Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd
22