Tugasan bmm3111
-
Upload
aniza-abdullah -
Category
Education
-
view
279 -
download
10
description
Transcript of Tugasan bmm3111
BAHAGIAN B – TUGASAN INDIVIDU
2. Bincangkan perubahan leksikal dengan menyertakan contoh-contoh yang jelas.
Hurai dan jelaskan bagaimana anda boleh mengaplikasikannya dengan berkesan
dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
PENGENALAN
Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna
leksikal, makna gramatikal, makna kontekstual, makna asosiatif, makna konotatif,
makna stilistik,makna afektif, makna referensial, makna kolokatif, dan
makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang
tertentu sama ada maksud tersurat mahupun tersirat.
1. Makna Leksikal
Menurut Fatimah Djajasudarma (1993:14) dan Zainuddin (1992), makna
leksikal (dalam bahasa Inggeris disebut sebagai lexical meaning, semantic meaning,
external meaning) adalah makna unsur-unsur bahasa sebagai lambang benda,
peristiwa dan lain-lain. Bagi Maslow (1987 :90) , beliau berpendapat makna leksikal
ialah rujukan terhadap satu kandungan tertentu yang spesifik bagi satu perkataan
hanya sebagai perbezaan dengan semua perkataan lain. Selain itu, makna
leksikal juga membawa maksud makna yang bersifat leksikon, makna yang sesuai
dengan referennya, makna yang sesuai dengan pemerhatian alat indera atau makna
yang nyata (Adrienne Lehrer,1992). Menurut Abdul Chaer (1995) pula, leksikal
merupakan bentuk adjektif yang diturunkan dari bentuk nomina leksikon (vocabulary,
kosa kata, perbendaharaan kata). Ini bermaksud leksikal boleh didefinisikan sebagai
makna yang bersifat leksikon,bersifat leksem dan bersifat kata.
Terdapat beberapa contoh yang boleh memberi pemahaman kepada kita berkaitan
dengan leksikal.
a) Tikus itu mati diterkam kucing.
b) Padi kali ini gagal akibat serangan hama tikus.
c) Yang menjadi tikus digudang kami ternyata berkepala hitam.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 1
Berdasarkan ayat a dan b , kata tikus itu merujuk kepada binatang iaitu tikus.
Berbeza dengan ayat c. Dalam ayat ini tikus bukan merujuk kepada binatang tetapi
merujuk kepada seorang manusia yang perbuatannya memang mirip perbuatan
tikus. Dalam contoh yang lain pula:
a) Kakak memetik sekuntum bunga .
b) Kita dapat memetik manfaat dari cerita itu.
Berdasarkan kata memetik dalam ayat a), kata memetik merujuk kepada
makna leksikal. Dalam ayat b), memetik bukan bermakna leksikal.
Makna leksikal terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
a) Semantik Leksikal
Bidang yang meneliti semantik leksikal pada asasnya dinamai leksikologi.
Dengan itu, semantik leksikal secara leksikologis merangkumi makna dan referensi,
denotasi dan konotasi, analisis ekstensional dan analisis intensional ; analisis
komponensial; dan kesinoniman, keantoniman, kehomoniman dan kehiponiman.
b) Fonologi Leksikal
Menurut John T. Jensen (1995:16), fonologi leksikal ialah penyebutan kata
dan dapat ditentukan dengan perbezaan penyebutan vokal pertama. Oleh itu,
fonologi leksikal merujuk kepada corak nada atau intonasi sesuatu kata itu ketika
dilafazkan. Contoh yang paling mudah ialah dalam bahasa Cina Mandarin iaitu
penggunaan kata “wei”. Jika nada sebutan ‘datar’ (tidak menaik dan tidak menurun)
maka ia membawa maksud kutu kayu. Penggunaan kata “wei” dalam nada ‘naik’
membawa maksud berbahaya dan akhir sekali jika nada yang digunakan ‘turun’ ia
memberi makna takut. Oleh itu, jelaslah bahawa setiap nada atau intonasi yang
diujarkan dapat membezakan makna leksikal setiap kata.
c) Kata Kerja Leksikal
Menurut Asmah Hj. Omar, 1986:95, kata kerja leksikal juga disebut
sebagai kata kerja utama. Kata kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 2
perbuatan dan kata kerja bukan perbuatan. Kata kerja perbuatan ialah kata kerja
yang menunjukkan perbuatan, aksi atau tindakan fizikal oleh Ahmad Khair Mohd Nor
(2009:68). Perbuatan ini termasuklah sengaja atau tidak sengaja. Kata kerja
perbuatan boleh juga digunakan dalam ayat perintah. Contoh kata kerja
perbuatan:ialah:
a) Aishah mandi dengan menggunakan sabun.
b) Adik belajar bersama kawan-kawannya.
Kata mandi dan belajar dalam ayat berfungsi sebagai kata leksikal.
Menurut Asmah Hj. Omar (1993:85), kata kerja keadaan tidak menunjukkan adanya
gerak perbuatan. Contoh ayat :
a) Cawan itu pecah.
b) Lelaki itu sudah mati.
Dalam ayat ini, perkataan pecah dan mati tidak merujuk kepada perbuatan. Subjek
ayat yang merujuk kepada cawan dan lelaki bukanlah pelaku yang melakukan
perbuatan tersebut. Kata kerja dalam ayat di atas dapat menerangkan sesuatu
peristiwa atau menghuraikan sesuatu yang merupakan subjek ayat.
Kesimpulannya, menurut Jackendoff (1997:xi), bidang leksikon mampu
menyelesaikan banyak masalah dalam fonologi, sintaksis dan semantik (Hashim Hj.
Musa, 1993:10).
1.1 SEMANTIK LEKSIKAL
Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan dengan meninjau
perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan.
Struktur makna perkataan dikenali dengan istilah sinonim, antonim, homonim, homofon,
homograf, hiponim, hipernim, polisem,pertindihan , ketaksaan dan meronim.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 3
SINONIM DAN ANTONIM
1.1. 1 Sinonim
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi
mempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh bagi
sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Istilah sinonim juga merujuk
kepada fenomena bahasa apabila terdapatnya perkataan-perkataan yang mempunyai
makna yang sama. Walau bagaimanapun, tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang
mempunyai makna yang sama secara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan
yang sama makna, contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah
menyeluruh.Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.
Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks, laras sosial,
dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Jenis Sinonim dan contoh
JENIS SINONIM CONTOHPinjaman - Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.
- Dialek Perak, belalang bermakna cakcibau.
- Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksud
konvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadan
petak-petak sawah.
konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteks
- Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan
- manakala undang dalam konteks tulisan.
Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.
Laras sosial Perkataan digunakan dengan berdasarkan status.
- Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi,
- manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme
seni.
Kolokasi Perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yang sama.
Contoh ayat :
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 4
(a) Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir
(b) Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan
Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,tumbuh-
tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataantersebut
bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat.
1.1.2 Antonim
Antonim pula ialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyai
makna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pula ialah tinggi
yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang
menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim
saling melengkapi, iaitu hidup lawannya mati.
Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannya siswa
yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim
resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja. Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya
berdasarkan penelitian. Jenis-jenis tersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan
berhubungan, seperti yang dijelaskan dalam Jadual 2.
Jadual 2 : Jenis Antonim dan Contoh
JENIS ANTONIM CONTOHAntonim Berpasangan Misalnya perkataan siang lawannya malam. Perkataan-perkataan
tersebut menunjukkan makna yang berlawan tentang alam semula
jadi.
Antonim Berperingkat Dinamakan antonim berperingkat kerana terdapatnya peringkat,
sama ada usia, ukuran, bentuk dansebagainya. Peringkat ini
berasaskan kata sifat atau kata yangmenunjukkan keadaan dalam
kategori yang sama sahaja.Contohnya ialah muda lawannya tua
dan tinggi lawannya rendah.
Antonim Berhubungan Kata Bertentangan yang berhubungan. Maksud antonim ini ialah
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 5
perkataan yang berlawan makna tetapi mempunyai hubungan.
Misalnya guru lawannya murid. Jelasnya, jika ada guru, wujudlah
murid.
1.1.3 HOMONIM, HOMOFON DAN HOMOGRAF
Homonim merujuk kepada homofon dan homograf (Finegan, 2004: 195-196). Homofon
pula bererti sebutan adalah sama, tetapi ejaan berlainan (OÊ Grady,2000: 120-121).
Manakala homograf ialah ejaan sama tetapi sebutan berlainan (Finegan, 2004: 195).
Homonim
Istilah homonim berupa dua istilah atau lebih yang sama ejaan dan lafaznya, tetapi
maknanya berbeza kerana asalnya berlainan. Istilah homonim dapat dibezakan
menjadi homograf dan homofon.
homograf
Istilah homograf adalah istilah yang sama ejaannya, tetapi berbeza sebutan ,
contohnya :
1. a ) semak (belukar) Sebutan abjad e adalah e pepet. b) semak (meneliti dan memeriksa semula) Sebutan abjad e adalah e taling.
2. a) Perang (pergaduhan) Sebutan abjad e adalah e pepet. b) perang (warna blonde) Sebutan abjad e adalah e taling.
homofon
Istilah homofon adalah istilah yang sama lafaznya tetapi berbeza ejaannya
contohnya :
bank dengan bang
massa dengan masa
sanksi dengan sangsi
1.1.4 HIPONIM DAN HIPERNIM
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 6
Maksud hiponim ialah perkataan yang mempunyai makna yang boleh mencakupi makna
perkataan lain, di samping mempunyai hirarki dengan sesuatu perkataan yang merupakan
subordinat bagi sesuatu perkataan yang superordinat (OÊ Grady, 2000: 119-120).
Hiponim wujud apabila ada perkataan yang berfungsi sebagai nama kelas bagi segolongan
perkataan (Abdullah Hassan, 2006: 233).
Contoh:
kata mawar, melati, cempaka, misalnya masing-masing disebut hiponim terhadap
kata bunga yang menjadi hiperonim atau superordinatnya.
1.1.5 POLISEM, PERTINDIHAN DAN KETAKSAAN
Polisem bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang
berkaitan secara konseptual (Kuiper & Allan, 2004: 55). Abdullah Hassan (2006:231) pula
memberikan maksud perkataan yang semula jadi mempunyai banyak makna.
Kewujudan polisem ditinjau dengan berasaskan konteks penggunaan.
Contoh : kata mentah mempunyai set makna yang berikut :
Masih muda (untuk buah-buahan)
Tidak masak (masakan)
Belum masak (makanan)
Belum diproses (bahan galian dan lain-lain)
Belum sempurna akal atau fikiran atau belum matang (untuk orang)
1.1.6 PERTINDIHAN Anda mungkin pernah menulis atau membaca ayat yang mempunyai struktur makna bertindih.
Contoh ayat:
Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah.
Jika anda membaca ayat ini dengan teliti, anda tentu ingin tahu tugasan ilmiah tersebut.
Tugasan ilmiah boleh berbentuk tesis, jurnal dan artikel. Justeru, cara terbaik bagi anda
menunjukkan struktur makna pertindihan dengan tepat, maka anda patut menulis ayat
tersebut menjadi :
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 7
Kumpulan pelajar tersebut sedang menyiapkan tiga tugasan ilmiah iaitu tesis, jurnal dan artikel.
1.1.7 KETAKSAAN
Ketaksaan yang terdapat dalam sesuatu ayat juga tergolong sebagai struktur makna
berdasarkan teori semantik. Ketaksaan leksikal melibatkan lebih daripada satu pentafsiran
bagi sesuatu perkataan.
Contoh:
Pelajar perempuan itu begitu teliti menyiapkan tugasannya. Ketaksaan menunjukkan
tentang struktur makna digunakan untuk membayangkan maksud lain yang mempunyai
kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataan yang diberikan.
Perkataan teliti mungkin membawa erti kemas, terancang dan sebagainya yang relevan.
(a) Ketaksaan Struktural = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi suatu konstituen,
seperti frasa, klausa dan ayat.
Contoh,
Dua orang pelajar menerima anugerah inovasi sains yang mengharumkan nama universiti.
b) Ketaksaan Leksikal = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi sesuatuperkataan.
Contoh,
Pelajar tersebut masih memikirkan sesuatu di dalam kamarnya.
.
(c) Ketaksaan Metafora = melibatkan lebih daripada satu pentafsiran bagi unsur-
unsur kiasan
yang pada dasarnya sensitif terhadap budaya.
Contoh,
Perbuatan rakan anda itu biadab.
1.1.8 MERONIM
Istilah meronim adalah istilah yang maujus (entity) yang ditunjuknya merupakan
bahagian dari maujud lain yang menyeluruh. Istilah yang menyeluruh itu disebut
holonim.
Berikut ini adalah bahagian meronim tubuh manusia.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 8
--kepala
--rambut
--dahi
--dagu
--pipi
--mata
--mulut
---bibir
- bibir atas
- bibir bawah
---dagu
2. CARA MENGAPLIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Terdapat pelbagai cara dan teknik yang merangkumi kemahiran lisan , bacaaan dan
tulisan boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan
dan memahamkam murid tentang makna leksikal.
Antaranya ialah dengan mengadakan kuiz, menjawab soalan subjektif dan soalan
objektif, mengisi tempat kosong dalam ayat, merujuk kamus ,latih tubi menjawab
soalan , penggunaan peta pemikiran i-Think dan permainan bahasa.
2.1 Kuiz ringkas secara lisan boleh dilaksanakan selepas satu sesi pembelajaran
bagi melihat sejauh mana kefahaman murid tentang makna leksikal. Soalan kuiz
boleh berkisar tentang antonim ,sinonim dan homonim.
Contoh :
Soalan 1 : Farah menanam pokok bunga di halaman rumahnya.
a) Berikan sinonim bagi perkataan halaman.
A. serambi
B. belakang
C. pekarangan
Soalan 2 : Selepas makan, kakak menggulung tikar.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 9
b) Berikan antonim kepada perkataan menggulung.
A. menganyam
B. membungkus
C. membentang
2.2 Menjawab soalan subjektif dan objektif.
Soalan subjektif boleh berupa bentuk penyataan “betul” atau “ salah”, mengisi
tempat kosong, dan melengkapkan ayat. Manakala soalan objektif boleh
dikemukakan dalam bentuk aneka pilihan. Contohnya, memilih ayat-ayat yang
menggunakan perkataan bergaris dengan betul, ayat-ayat yang betul.
a) Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
Contoh 1 :
I Muka adik masam setelah dimarahi oleh kakak
II Elakkan makanan masam kerana boleh menyebabkan sakit perut.
III Janganlah kita masam hati dengan rakan-rakan.
IV Kakak menambah asam keping dalam kuah laksa supaya lebih masam.
A. I dan II
B. I , II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II , III dan IV
Contoh 2 :
I Tapak sireh digunakan ketika majlis pertunangan.
II Abang memagari kawasan tapak semaian orkid.
III Tapak kaki harimau dikesan di tebing sungai itu.
IV Bahan sejarah di tapak warisan Melayu itu dijaga dengan baik.
A. I dan II
B. I , II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 10
(b) Tulis “betul” atau “salah” bagi antonim di bawah.
Contoh :
- Panas lawannya sejuk. Betul
- Tinggi lawannya pendek. Salah
- Gemuk lawannya gedempol. Salah
2.3 Penggunaan peta pemikiran i-Think
Lapan peta pemikiran i-Think boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
berkaitan leksikal. Contohnya, murid boleh membuat definisi sesuatu leksikal dalam konteks
dengan menggunakan peta bulatan. Contoh :
Selain itu, murid boleh menggunakan peta pemikiran lain seperti peta buih, buih berganda , peta pokok, peta dakap ,peta alir ,peta pelbagai alir, peta titi mengikut kesesuaian topik pembelajaran. Penggunaan peta i-Think dan lain peta pengurusan grafik akan memudahkan murid memahami dan mengingat topik pelajaran ini.
2.4 Penggunaan kamus
Mencari maklumat dan makna merupakan salah satu daripada cara murid mendapatkan
jawapan. Guru boleh memberikan latihan berupa beberapa perkataan dan kemudian
meminta murid mencari maklumat berkaitan di dalam kamus. Pada masa kini terdapat
pelbagai jenis kamus di pasaran. Selain kamus dwibahasa, terdapat kamus peribahasa,
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 11
Belum masak kurang ilmu
Belumproses masih muda
mentah
kamus antonim, kamus sinonim, dan kamus elektronik. Contohnya bagi perkataan sinonim,
murid diminta menulis seberapa banyak sinonim bagi satu perkataan yang diberi. Contoh:
a ) Cita-cita = harapan, impian, angan-angan, sasaran
b) mati = maut, meninggal dunia, kembali ke rahmatullah, menemui ajal
2.5 Permainan bahasa
Permainan bahasa merupakan aktiviti atau cara untuk menarik perhatian murid agar terus
merasa seronok mengikuti proses pembelajaran. Lazimnya, perkataan “main” secara terus
akan dapat menjadikan murid gembira, tertarik, ingin tahu dan ingin mencuba. Guru boleh
menggunakan pelbagai bahan seperti “ teka silang kata”, “mencari perkataan tersembunyi”,”
mencari jalan pulang” dan pelbagai jenis permainan bahasa yang boleh diberikan atau
diciptakan nama tersendiri bersesuaian dengan tajuk pelajaran iaitu berkaitan dengan
makna leksikal.
Diharapkan dengan cara atau kaedah yang dicadangkan ini, murid-murid akan lebih faham,
lebih ingat dan dapat mengaplikasikannya dengan betul apabila berkomunikasi, ketika
menjawab latihan mahupun soalan peperiksaan.
KESIMPULAN
Semantik dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji bahasa secara
teliti. Semantik dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji maka
perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkasnya. Kajian mengenai makna kata
boleh dilihat dalam aspek makna denotasi dan konotasi, makna dalam konteks,
hubungan makna dengan kebudayaan, perubahan makna dan bentuk-bentuk makna
daripada hubungan semantik.
Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna dapat
dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim (perkataan yang
mempunyai makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi
makna leksikal), antonim (perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan),
hiponim (perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain),
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 12
homonim (perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi
maknanya berbeza), polisemi (perkataan yang mempunyai makna yang banyak),
dan peribahasa (beberapa perkataan yang mempunyai satu makna).
Setiap kata yang dituturkan akan membawa makna yang berlainan sekiranya
perkataan itu dituturkan dalam situasi yang berbeza. Setiap perkataan sebenarnya
adalah terdiri daripada pelbagai komponen yang tersendiri. Bagi menggambarkan
perhubungan antara satu perkataan dengan perkataan yang lain terutama bagi
mengkaji sesuatu bidang tertentu, ungkapan komponen makna adalah tercakup
dalam kata-kata tertentu. Komponen makna menunjukkan setiap perkataan yang
diujarkan oleh penutur atau melalui tulisan mempunyai makna-makna lain iaitu
terbentuk daripada beberapa unsur atau komponen-komponen yang lain. Analisis
komponen makna ini menunjukkan hubungan makna antara kata. Selain daripada
itu, komponen makna juga berguna untuk merumuskan makna yang terdapat dalam
kamus bahasa dan menentukan perkataan yang digunakan sama ada boleh atau
tidak secara semantik.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 13
RUJUKAN
Abdullah Hassan (2006). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional.
Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
Rahimah Hj. Sabran dan Rahim Sham (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan.Petaling Jaya : Fajar Bakti.
Engene A. Nida (1996), Menerokai Struktur Semantik (Mashudi Kadir, Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Dr. Adenan Ayob, Dr. Nathesan Sellapan (2010), HBML3033 Psikologi dan Semantik. Open University Malaysia.
Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
SUMBER
http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.htmlhttp://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htmlhttp.//www.slideboom.com/presentations/79704/Semantik-Bahasa-Melayu
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 14
REFLEKSI
Alhamdulillah, syukur kehadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnia-Nya
saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran
kesibukan tugas hakiki harian yang wajib dilaksanakan di sekolah.
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek BMM 3111 Semantik
dan Peristilahan Bahasa Melayu, saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar
untuk dilaksanakan Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan
tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang semantik dan peristilahan
Bahasa Melayu amatlah sedikit. Namun dengan bantuan pensyarah, rakan – rakan
saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu. Cabaran
dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan
tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang berkaitan dan seterusnya
mengkaji aspek makna dalam semantik dan pembentukan istilah.
Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan tentang semantik dan
peristilahan Bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya perolehi maklumat-
maklumat tersebut melalui buku-buku terutamanya buku Tatabahasa Dewan dan
sumber internet. Akhirnya dengan usaha gigih yang saya lakukan, banyak ilmu yang
saya perolehi dan akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah nanti.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan
untuk pemarkahan sahaja, namun lebih dari itu ia memberi kekuatan dan
pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu semantik dan peristilahan Bahasa
Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang
makna sama ada pada peringkat perkataan atau ayat. Manakala istilah pula
merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang
menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan. Bidang kajian tentang makna dalam Bahasa Melayu merupakan
sesuatu yang menarik untuk dikaji.
Pelbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan
yang diberikan ini .Sebagai seorang pendidik, ia amat penting dan berguna sekali
dalam proses pengajaran danpembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang guru,
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 15
tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di bilik darjah.
Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil tugasan ini
dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.
Terima kasih.
BMM3111 – Aniza binti Abdullah 16