Tugasan Dadah -Vape

30
1.0 PENDAHULUAN Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan. Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan. Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar. 2.0 DEFINISI ROKOK ELETRONIK Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e- Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor. 3.0 ROKOK ELEKRONIK MEMUDARATKAN KESIHATAN Trend terkini masyarakat Malaysia adalah penggunaan vape. Kegilaan masyarakat terutama remaja kini telah menular ke segenap lapisan 1

description

vape

Transcript of Tugasan Dadah -Vape

Page 1: Tugasan Dadah -Vape

1.0 PENDAHULUAN

Trend terkini selalu kita lihat ramai perokok telah bertukar kepada penggunaan vapor/E

Cigarette/rokok elektrik di mana dikatakan penggunaannya lebih sihat dan menjimatkan.

Selain baunya yang wangi dan sedap ia dikatakan bebas dari bahan kimia lain selain

hanya perisa makanan, air dan sedikit nikotin berdasarkan keperluan.

Namun adakah hukum menghisap rokok ini adalah berbeza dengan rokok sebenar dan

perkara ini telah diulas oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di

mana beliau telah menfatwakan penggunaan vapor ini adalah haram seperti rokok sebenar.

2.0 DEFINISI ROKOK ELETRONIK

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi

dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masa kini, rokok elektrik juga

dikenali sebagai vape atau vapor.

3.0 ROKOK ELEKRONIK MEMUDARATKAN KESIHATAN

Trend terkini masyarakat Malaysia adalah penggunaan vape. Kegilaan masyarakat terutama

remaja kini telah menular ke segenap lapisan masyarakat sehingga menjadi trend terbaharu

pada kanak-kanak. Kawasan kampus telah diwartakan sebagai kawasan bebas rokok.

Pengharaman ini adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu merokok membahayakan kesihatan,

budaya merokok bersalahan dengan budaya kampus dan juga keputusan Majlis Fatwa

Kebangsaan yang bersidang kali ke-37 Mac 1995 bersetuju memutuskan merokok adalah

haram dari pandangan Islam.

Pengarah, Pusat Kesihatan Universiti Usim, Dr Nik Mohd Shafikudin Md Taujuddin, 34

berkata, dari segi risiko kesihatan disebabkan vape, kajian terus dijalankan kerana ia trend

baharu. "Vape mempunyai pelbagai perisa dan setiap perisa mempunyai kandungan campuran

bahan kimia yang berbeza untuk memberikan rasa. Campuran bahan kimia ini tidak dinyatakan

1

Page 2: Tugasan Dadah -Vape

pada bekas cecair vape yang mendedahkan pengguna terhadap bahaya bahan kimia yang

tidak terkawal. Penggunaan bateri untuk pembakaran secara dalaman untuk menukarkan cecair

kepada bentuk wasap adalah sangat berbahaya. "Suhu tinggi dan tekanan yang berlaku di

dalam vape jika tidak dapat dikawal akan menyebabkan letupan. Sudah banyak insiden

kecederaan disebabkan berlaku letupan vape. Wasap yang disedut mempunyai saiz partikel

yang lebih halus daripada asap, lebih reaktif dan lebih mudah diserap oleh tubuh manusia

melalui paru-paru. Wasap yang mengandungi campuran bahan kimia berbahaya, radikal bebas

dan logam berat walaupun dalam kandungan sedikit akan memberikan kesan terhadap

kesihatan jika disedut dalam jangka masa panjang," katanya.

Dalam kajian terkini dilakukan ketua peneliti dan profesor University of Rochester

Medical Center, Irfan Rahman, kesan vape terhadap kesihatan adalah lebih tinggi daripada

rokok biasa. Namun masyarakat kita mempunyai hipotesis sendiri untuk menghalalkan

penggunaan vape. Sering kedengaran menghisap vape adalah seperti menyedut wasap air,

namun kenyataan itu salah sama sekali.

Penyakit yang boleh dialami pengguna vape adalah keradangan paru-paru. Ini

disebabkan radikal bebas daripada bahan kimia akan bertindak balas dengan sistem tubuh

yang menyebabkan berlaku gangguan keseimbangan sistem tubuh.

Bahan kimia, radikal bebas dan logam berat dalam campuran cecair vape ini dikhuatiri

akan meningkatkan kesan terhadap risiko kanser, kerosakan buah pinggang dan pelbagai risiko

kesihatan seperti rokok biasa.

Katanya, mahasiswa harus menjauhkan diri daripada budaya negatif. Mereka sebagai

pendokong generasi pelapis negara perlu menunjukkan teladan baik kepada masyarakat agar

mereka dapat membuat penilaian dan turut sama menjalani gaya hidup sihat. Gejala

penggunaan vape dalam masyarakat Malaysia semakin parah. Mahasiswa seharusnya

mengambil peranan memperbetulkan suasana tidak sihat ini daripada terus menjadi barah.

Mereka harus berani memberikan tindak balas bersesuaian untuk menangani isu vape

dengan hasrat membendung gejala negatif dan membudayakan amalan gaya hidup sihat.

2

Page 3: Tugasan Dadah -Vape

4.0 Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan sebagai

Haram Sama seperti Rokok Sebenar

Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu

yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini

begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan.

Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk

ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj.

Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik

dengan berleluasa. Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan

isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

4.1 Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik,

antaranya:

i. Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam

labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang

dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml

(berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus

diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk

membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40

batang rokok konvensional.

ii. Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration

(USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar

(NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific

nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-

rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan

3

Page 4: Tugasan Dadah -Vape

nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan

“nicotine-free”.

Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan:

“tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan

penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam

untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan

tabiat merokok”

4.2 Hukum

Menurut Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, “berdasarkan

daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa

penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah haram. Ini kerana seperti yang kami

‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini

bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

i. Qiyas kepada rokok sebenar itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang

amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah

diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.

ii. Pembaziran

iii. Meniru budaya yang bukan Islam

iv. Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.

Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas.

4.3 Fatwa Ulama’

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum

rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram.

4

Page 5: Tugasan Dadah -Vape

5.0 KESAN PENYALAHGUNAAN VAPE

Rokok elektrik atau vapor yang menjadi trend moden terkini amat digilai oleh golongan muda

dan pertengahan. Tujuan utama mereka menghisap rokok elektrik atau vape ini adalah untuk

menggantkan rokok biasa yang mengandungi kandungan nikotin yang tinggi. Malangnya,

banyak fakta telah mendedahkan bahawa setiap hisapan rokok elektrik tersebut mengandungi

bahan-bahan berbahaya yang menyebabkan penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Dipetik dari pelbagai sumber yang diperolehi, berikut adalah tiga risiko penyakit yang boleh

menyebabkan kematian disebabkan oleh rokok elektrik atau vapor ini.

i. Jangkitan paru-paru

Penyelidik mendapati wap dari vapor mengandungi racun. Kesan dari menghirup asap

rokok elektrik boleh mengganggu sistem pernafasan, sehingga menyebabkan jangkitan

paru-paru.

ii. Melemahkan sistem kekebalan tubuh

Vapor boleh melemahkan respon sistem kekebalan terhadap bakteria dan virus.

Misalnya, pecinta Vapor akan mudah diserang bakteria pneumonia, sinusitis dan virus

flu.

iii. Kanser

Penyelidik mendapati karsinogen seperti formalin dan asetaldehida seperti yang

terkandung dalam wap vaporizer. Bahan-bahan ini menjadi pencetus kanser penyebab

kematian.

Secara tidak langsung pengguna rokok elektrik atau vape ini tidak menyedari bahawa

ketagihan mereka menghisap rokok elektrik atau vape ini sama seperti ketagihan

penyalahgunaan dadah. Ini amat merbahaya dan memberi kesan buruk kepada sistem tubuh

kita. Kandungan bahan yang terdapat dalam setiap perisa atau e-liquid yang digunakan

mengandungi beberapa bahan berbahaya seperti nikotin dan tabocco yang tinggi

kandungannya.

5

Page 6: Tugasan Dadah -Vape

Sama seperti ketagihan penyalahgunaan dadah, sekiranya penyalahgunaan vape ini

tidak diatasi dengan bijak dan sistematik, ia akan merosakkan jiwa dan rohani sekaligus boleh

membinasakan organ dan jasad kita.

6.0 PENUTUP

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong

penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai

alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang

daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada

bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.

Sehubungan itu, masyarakat Malaysia terutamanya umat Islam haruslah meninggalkan

penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas.

Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke

tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta

membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan

berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

6

Page 7: Tugasan Dadah -Vape

LUKISAN GRAFIK KANDUNGAN DAN JENIS NIKOTIN DALAM ROKOK

7

JENIS-JENIS ROKOK DI MALAYSIA

Page 8: Tugasan Dadah -Vape

PERBEZAAN

8

Menghasilkan asap yang merupakan hasil pembakaran tembakau

Rokok diketahui dapat menyebabkan penyakit jantung, paru-paru, ganguan

kehamilan dan janin.

Rokok mengandungi nikotin, tar, arsenik, karbon monoksida, ammonia

dan pelbagai bahan kimia lain

Sekain asasp, rokok juga meninggalkan asap seperti abu dan

batang rokok.

Asap rokok meninggalkan bau dan tidak larut dakam cairan.

Setiap bungkus rokok dijual dengan harga yan tinggi

Menghasilkan wap daripada cairan wap dan nikotin yang telah

dipanaskan

Menyebabkan gangguan kerongkong, hidung dan pernafasan

Tidak menghasilkan sampah

Menghasilkan bau yang larut dalam cairan dan bau dari perasa buah

Menghasilkan harga yang berpatutan

Tidak ada peraturan untuk jualan dan peggunaanya

Jimat

ROKOK VAPE

Page 9: Tugasan Dadah -Vape

9

BAHAYA MEROKOK

Page 10: Tugasan Dadah -Vape

10

KANDUNGAN BAHAN KIMIA YANG TERDAPAT PADA SEBATANG ROKOK

Page 11: Tugasan Dadah -Vape

KANDUNGAN NAKOTIN DALAM ROKOK

11

Page 12: Tugasan Dadah -Vape

12

Page 13: Tugasan Dadah -Vape

13

BAHAGIAN DALAM VAPE

Page 14: Tugasan Dadah -Vape

KESAN TUBUH SEORANG PEROKOK

14

Page 15: Tugasan Dadah -Vape

NAMA GURU PELATIH : MOHD MUSTAFA BIN SAABAN

NO. KAD PENGENALAN : 730624-02-5121

ANGKA GILIRAN : 2012082240011

KURSUS : KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyelesaikan tugasan yang

diberikan oleh pensyarah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tugasan yang diberikan

sememangnya memberian semangat untuk melakukannya kerana ia berkaitan dengan tugasan

kita pada masa akan datang. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya telah

berjaya mendapat pelbagai manfaat. Antaranya, saya dapat memahami dengan lebih jelas lagi

berkaitan dengan isu dadah negara.

Sebelum ini saya tidak begitu mengambil berat mengenai subjek ini berikutan saya

menjangkakan bahawa subjek ini tidak perlu dititik beratkan dan ianya mudah tetapi aktiviti dan

isu rokok, vape dan dadah ini merupakan bahagian yang terpenting kerana ia berkaitan dengan

kehidupan seharian kita. Selain itu juga kita perlu memahami dengan jelas dan mendapatkan

sumber yang jelas mengenai sesuatu isu agar murid-murid kita menerima ilmu yang sahih dan

tida terpesong dalam mengamalkannya. Kerja kursus ini memerlukan saya untuk membuat satu

esei berkaitan dengan penyalahgunaan vape yang cenderung terjerumus dengan penggunaan

dadah yang telah diberikan.

Sebagai seorang guru, saya seharusnya memantapkan pengetahuan mengenai isu-isu

semasa negara kerana ianya berkaitan dengan perbuatan seharian kita dan menggunakannya

dalam PdP bagi menarik minat dan tumpuan pelajar dan seterusnya menyediakan pedoman

buat pelajar. Kesimpulannya, setiap maklumat yang dikumpul dalam menyiapkan tugasan ini

memberikan pengetahuan baharu kepada saya dan akan membantu saya dalam tugasan

sebagai guru agar menjadi guru yang efektif dan berkesan. Insya Allah.

15

Page 16: Tugasan Dadah -Vape

NAMA GURU PELATIH : SUHAILA BINTI AB KADIR

NO. KAD PENGENALAN : 840125-06-5468

NO KAD MATRIK : D20M-1206-0501

KURSUS : KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012

REFLEKSI

Secara keseluruhannya, hasil daripada kajian yang telah dilakukan dalam tugasan ini saya telah

mendapati bahawa penyalahgunaan vape dikalangan masyarakat Malaysia terutama remaja

adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu

bapa, sekolah, dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada kepimpinan negara pada masa

hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek perkembangan

mereka. Ini kerana kesilapan pada satu aras perkembangan dimana adanya pihak yang tidak

memainkan peranan pada tahap tersebut terutamanya ibu bapa akan menyebabkan kecacatan

pada tingkah laku remaja yang seterusnya mengaruh remaja terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang

tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah.

Oleh itu, kajian terhadap remaja dari sudut psikologi amat penting dalam mencari

kenapa remaja pada hari ini terlibat dengan penyalahgunaan vape yang akan menjerumuskan

diri mereka ke arah kancah penyalahgunaan dadah, mencari kesan daripada kegiatan tersebut

dan akhirnya mencari cara untuk mengatasi tingkah laku negatif tersebut. Adalah diharapkan

hasil daripada kajian ini sedikit sebanyak dapat memberi penerangan tentang isu

penyalahgunaan vape dan dadah dikalangan remaja yang tidak diketahui bila kesudahan

akhirnya.

16

Page 17: Tugasan Dadah -Vape

NAMA GURU PELATIH : NUR UMAIMAH BINTI OTHMAN

NO. KAD PENGENALAN : 770121-11-5148

NO KAD MATRIK : D20M-1206-0499

KURSUS : KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012

REFLEKSI

Matapelajaran Pencegahan Dadah merupakan satu subjek yang baru bagi kami. Bagi

peringkat ini, kami telah diberi tugasan kerja kursus dengan menguraikan secara kritikal, sejauh

mana kami melihat penyalahgunaan vape ini boleh membawa kepada aktiviti lebih berbahaya

seperti penyalahgunaan dadah, dan juga menghasilkan lakaran grafik berkaitan jenis rokok

yang digunakan di Negara ini serta kandungan dan jenis nikotin di dalam rokok dan vape.

Objektif kerja kursus pendek ini ialah pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut.

Tugas tersebut ialah menjelaskan secara kritiskesan penyahgunaan dadah berdasarkan

persoalan yang dikemukan dan menganalisis dan menghasilkan lakaran grafik beberapa isu

berkaitan.

Penagih dadah kini dapat menghisap dadah terlarang secara terbuka menggunakan

vape dan masalah ini semakin mengancam keselamatan awam dan menimbulkan

kebimbangan serius di sana. 

Menurut Drug Enforcement Agency US (DEA), vape ini merupakan kaedah terbaru

digunakan para penagih utk menyembunyikan dadah terlarang sintetik. Ia sukar dikesan

melainkan ujian dilakukan di makmal forensik. "Mereka boleh menghisap dadah terlarang

secara terang-terangan malah didepan pegawai penguatkuasa dgn bersembunyi disebalik

vape," menurut satu kenyataan dari DEA.

Jabatan Kecemasan di Florida dan daerah2 lain di US kini semakin banyak menerima

kes2 penyalahgunaan dadah sintetik seperti 'Flakka' yang dihisap menggunakan vape. Ini

sebenarnya memberi ancaman keselamatan bagi masyarakat awam. Masyarakat awam kita

berhadapan dengan penagih dadah berbahaya yang bersembunyi sebagai vaper yang

kononnya tidak bahaya. Malah disebabkan baunya boleh diubah kerana kandungannya yang

sintetik, penyalahgunaan ini amat sukar dikesan oleh pihak berkuasa Amerika apatah lagi

Malaysia! 

17

Page 18: Tugasan Dadah -Vape

Seperti juga di negara kita, industri vape di Amerika juga sedang membiak luas. Di

mana2 sahaja ada saja vape house baru yang menjual vape ini kepada semua termasuk

remaja, wanita dan kanak2. Malah pasar malam2 juga sudah mula menjual vape dan liquidnya

secara bebas! 

Kita sewajarnya mencontohi Singapura yang sudahpun mengharamkan penggunaan

vape seawal tahun 2010. Malah sesiapa yang didapati menghisap vape secara terbuka boleh

didenda ribuan dollar di Singapura. Sesiapa yang menyeludup vape dari Malaysia atau luar

negara ke Singapura akan dirampas oleh pihak berkuasa Singapura. Begitu tegas mereka bagi

menangani permasalahan ini. 

Walaubagaimanapun, saya telah banyak menimba ilmu baru sepanjang saya

menyiapkan tugasan ini dan akan dijadikannya sebagai pengajaran yang amat bermakna Ilmu

ini akan saya pergunakan untuk mendidik pelajar di sekolah nantiSebagai seorang bakal guru,

saya perlu menyiapkan diri saya dengan pengetahuan umum serta sentiasa berusaha

meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang.

18

Page 19: Tugasan Dadah -Vape

NAMA GURU PELATIH : NURUL BAHIAH BT MOHD NOR

NO. KAD PENGENALAN : 861224-29-5392

NO KAD MATRIK : D20M-1206-0500

KURSUS : KDPM SABK BAHASA MELAYU (M) Jun 2012

REFLEKSI TUGASAN

Tugasan ’PENCEGAHAN DADAH’ yang melibatkan persoalan tentang isu

penyalahgunaan dadah dan vape merupakan satu cabaran ilmu baru kepada saya. Ini

disebabkan saya perlu mengambilnya sebagai pakej tugasan dalam opsyen saya di IPG

Kampus Kota Bharu ini. Walaupun tugasan ini agak mencabar kerana peruntukan masa yang

sangat singkat untuk disiapkan, namun saya hadapinya dengan tenang sehingga dapat

disiapkan dengan jayanya. Tambahan pula dengan kerjasama ahli kumpulan yang sangat

membantu dan bersengkang mata bersama-sama untuk menyelesaikannya. Segala ilmu dan

pengalaman yang diperoleh selama menyiapkan tugasan ini, saya akan praktikkan dan akan

disebarkan kepada murid-murid saya di sekolah nanti.

Langkah pertama yang saya lakukan ialah memahami kehendak soalan dengan

membacanya berulang kali. Oleh itu , saya membuat pencarian maklumat dengan merujuk

nota-nota serta bahan-bahan rujukan yang dapat membantu melengkapkan tugasan ini. Saya

juga turut merujuk surat khabar dan majalah-majalah yang dibeli dan ada juga dipinjam

daripada kawan-kawan dan saudara-mara terdekat. Namun demikian, nota, buku dan bahan-

bahan rujukan yang ada masih belum memenuhi keperluan dan kehendak soalan.

Langkah kedua, saya membuat pencarian maklumat daripada internet . Daripada

pencarian bahan-bahan di internet, saya dapati mudah untuk mendapatkan bahan-bahan yang

diperlukan serta terlalu banyak bahan yang boleh dijadikan rujukan. Namun, bahan-bahan yang

ada di internet belum tepat kesahihannya dan memaksa saya memilih secara terperinci

maklumat yang tepat dan memenuhi kehendak soalan. Saya telah memperoleh maklumat

daripada pelbagai laman web namun semuanya perlu di semak semula. Di samping itu juga,

19

Page 20: Tugasan Dadah -Vape

saya juga merujuk buku-buku rujukan di perpustakaan Tok Kenali di IPG Kampus Kota Bharu

terutamanya pada waktu rehat.

Seterusnya, saya melakukan kerja-kerja menaip maklumat-maklumat yang telah

diperoleh.Segala idea daripada maklumat tersebut disusun dan dicantum secara rapi supaya

mudah difahami. Pelbagai maklumat telah diperoleh sepanjang pencarian tentang maklumat isu

dadah dan vape. Pada hakikatnya, saya sangat tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah

individu yang mengatakan penggunaan vape adalah salah satu alternatif untuk berhenti rokok.

Tambahan pula dengan pengakuan kabinet di Kementerian Kesihatan yang dipengerusikan

oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang memutuskan tidak

mengharamkan rokok elektronik(e-rokok) dan vape. Namun sudah terang lagi bersuluh bahawa

cecair rokok elektronik atau dikenali sebagai vape mengandungi bahan nikotin serta bahan

kimia lain yang sangat merbahaya. Bahan kimia tersebut berada di bawah Jadual Racun dan

dikawal mengikut Akta Racun dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Perkara ini sangat kritikal dan

seolah-olah menjadi mainan politik Negara sehingga menjadikan rakyat seolah-olah seperti

mayat hidup yang bergelumang dengan rokok, vape dan dadah. Isu ini juga turut saya kupas

dalam tugasan ini bersama ahli kumpulan.

Selain itu, banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya

kelajuan talian internet. Namun saya mencubanya berulang kali tanpa putus asa. Masa untuk

mencari bahan dan maklumat terlalu singkat kerana dibebani dengan tugasan-tugasan lain

yang juga perlu disiapkan segera. Ini merupakan cabaran yang terlalu besar buat saya

sehingga kadang-kadang saya menjadi stres dan hampir putus asa. Perisian word yang tidak

sama juga menyukarkan saya untuk membuka fail yang dimuat turun daripada internet. Virus

dari pen drive luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan menggunakan

komputer saya.

Dengan siapnya tugasan ini , ia memberikan saya satu dimensi baru mengenai isu

rokok, vape dan penyalahgunaan dadah. Pelbagai ilmu pengetahuan baru yang saya peroleh

antaranya dapat mengenalpasti jenis rokok, vape, dadah serta kandungan bahan-bahan kimia

berbahaya yang terdapat pada bahan terlarang tersebut. Ini dapat dibuktikan melalui pendapat

yang saya huraikan dalam penulisan tugasan ini. Segala ilmu yang diperoleh akan saya

20

Page 21: Tugasan Dadah -Vape

kongsikan kepada pelajar sekolah saya sebagai kesedaran kepada mereka yang merupakan

pewaris negara.

21

Page 22: Tugasan Dadah -Vape

RUJUKAN

1. http://edition.cnn.com/2015/09/04/us/vaping-abuse/index.html

2. http://says.com/my/news/fatwa-haram-vape-e-cig-dari-jakim-vapeon

3. http://www.beritasemasa.com.my/rokok-elektronik-elektrik-malaysia

4. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkm-double-standard-dalam-isu-vape-rokok-

79750

22