Dadah 2011
-
Upload
abdul-fatah-awang -
Category
Documents
-
view
990 -
download
3
Transcript of Dadah 2011
DARI SUDUT PANDANGAN
ISLAM
. APA ITU DADAH?Mengikut Risalah kecil 'Islam Memusuhi
Dadah' yang diterbitkan oleh Pasukan
Petugas Khas Anti dadah, Majlis
keselamatan Negara, Jabatan Perdana
Menteri pada tahun 1993, telah memberi
penjelasan seperti berikut : “Dadah ialah
bahan kimia psikoaktif yang mempunyai
kesan paling ketara ke atas sistem saraf
seperti menyebabkan keadaan mabuk,
khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan
sebagainya”.
“Penggunaannya yang berterusan
akan mendatangkan bahaya dan
kerosakan kepada diri, keluarga,
masyarakat, negara dan agama”.
Takrif ini tidak meliputi alkohol dan
tembakau serta ubat yang juga
merupakan bahan kimia asli atau
tiruan yang digunakan untuk
mengesan , mencegah atau
mengubati penyakit.
Oleh kerana hukum pengharamansalahguna Dadah tidak disebutsecara spesifik di dalam al-Quran ataupun al-Hadith kerana ianyaadalah satu perkara baru yang berlaku selepas kewafatan NabiMuhammad saw.
Justeru, fatwa dibuat berlandaskanprinsip- prinsip penentuan hukumsyariah seperti berikut :
1. Al-Quran
2. Al-Sunnah
3. Ijmak (persepakatan para
ulama‟)
4. Qias (perbandingan hukum-
hukum yang sudah ada dengan
hukum-hukum baru)
5. Istihsan (mengutamakan
yang terbaik mengikut hukum
fiqh)
6. Masholihmursalah (yang
diterima baik dan diamalkan
secara berterusan)
7. Saddu al-dhari’ah (menutup
hukum keburukan dari
berleluasa)
8. Syar’u man qablana
(sumber hukum dan pandangan
ulamak terdahulu)
9. Istishab (hukum yang diambil
dari para sahabat)
10. Amalu Ahli al-Madinah
(Hukum yang dilaksanakan oleh
penduduk Madinah)
Menyelamatkan akal
seseorang daripada rosak
atau dirosakkan adalah
diantara tujuan :
“maqasid syari’yyah”.
Bahkan, sebenarnya untuk
menyelamatkan kelima-lima
maqasid syar‟iyyah….
MAQASID SYARI’YYAH
1- Menyelamatkan agama
2- Menyelamatkan nyawa
3- Menyelamatkan akal
4- Menyelamatkan keturunan
5- Menyelamatkan harta benda
Daripada kitab suci Al-Quran,
perkataan `dadah' dikaitkan
dengan maksud perkataan
„khamr.”
Perkataan khamr berasal daripada
perkataan :yakhmur - maksudnya :
„menutup, menyembunyi ataumelindungi‟
Oleh itu khamr merujuk secara
meluas kepada fungsi atau biologi
sesuatu bahan yang boleh menutup,
menyembunyi atau menghilangkan
fungsi yang biasa dialami oleh
seseorang.
„Biasa‟ Dalam hal ini dikaitkan khusus
dengan keadaan fikiran dan akal.
Oleh itu - hukum dan larangan
pengambilan dadah adalah jelas
haram berdasarkan kepada dalil
yang dikiaskan kepada arak.
Antara dalil pengharaman ini
adalah bersandarkan kepada
keterangan nas-nas (Al-Quran dan
Al-hadis) .
Firman Allah dalam surah al-Maaidahayat 90 yang bermaksud : “Wahaiorang-orang Yang beriman! BahawaSesungguhnya arak, dan judi, danpemujaan berhala, dan mengundinasib dengan batang-batang anakpanah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh ituhendaklah kamu menjauhinya supayakamu berjaya”
Juga firman Allah S.W.T. dalam
suruh Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:
“..Dan janganlah kamu sengajamencampakkan diri kamu kedalam bahaya kebinasaan..”
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud :
“ Setiap yang memabukkan
adalah khamar dan setiap
khamar adalah haram”.
(Riwayat Muslim)
Oleh kerana Dadah termasuk
dalam pengertian umum benda-
benda yang memabukkan serta
menghilangkan akal maka kedua-
duanya mempunyai alasan (i‟llah)
hukum yang sama iaitu
“memabukkan” atau terdapat
“keburukan-keburukan yang
membawa kebinasaan” terhadap
individu dan masyarakat.
FATWA MAJLIS FATWA
KEBANGSAAN :
1- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-3
yang bersidang pada 15 -16 Apr
1982 telah membincangkan MasalahDadah & Penyelesaiannya.
Muzakarah telah memutuskan
bahawa:
1.Sebarang penyalahgunaan,
termasuk penyalahgunaan dadah,
hukumnya adalah HARAM.
2.Dadah hanya boleh digunakan bagi
tujuan perubatan yang sah mengikut
syarak.
2- Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada
21 - 23 Nov 2006 telah membincangkan
Hukum Penyalahgunaan Dadah Jenis
Syabu Dan Jenis-Jenis Dadah Baru Yang
Lain. Muzakarah telah memutuskan
bahawa dadah jenis syabu dan dadah-
dadah jenis baru yang lain mempunyai
kesan mudharat yang sama, seperti
ecstasy, katamine dan Gamma
Hyroxybutyric Acid (GHB).
Oleh itu, penyalahgunaan dadah jenissyabu dan dadah-dadah jenis baru yang lain adalah haram dan semua aktivitiyang berkaitan dengan penyalahgunaandadah ini seperti menanam, memproses, memiliki, menjual, mengedar, membeliatau membenarkan premis digunakanuntuk bersubahat denganpenggunaannya adalah juga diharamkan.
•Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al
Diar Al Masriah Al-Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al
Syeikh Hasanin Makhluf dalam kitabnya :
“Fatwa Al – Syari‟iyah” (muka surat 184)
bahawa dadah adalah haram hukumnya dari
segi penggunaan, pemberian dan membuat
jualan perniagaan, mengikut Mazhab Hanafi,
Mazhab Syafie dan Al Syeikh Al Islam Ibnu
Taimiyah, tokoh Ulama Hambali.
Pengharaman ke atas dadah meliputi
semua kegiatan yang berkaitan dengannya
seperti yang diriwayatkan oleh Termizi dan
Ibnu Majah, bahawa Rasulullah s.a.w
pernah melaknat tentang khamar :
“Rasulullah s.a.w. melaknat tentang
khamar, sepuluh golongan :
(1)pembuatnya, (2) pengedarnya,
(3) peminumnya, (4) pembawanya,
(5) pengirimnya, (6) penuangnya,
(7) penjualnya, (8) pemakan wang hasilnya,
(9) pembelinya, (10) pemesannya.”
•Oleh yang demikian bolehlah
disimpulkan bahawa semua kegiatan yang
berkaitan dengan dadah adalah haram
hukumnya, termasuk :
• Menanam sebarang bahan untuk
menghasilkan dadah;
• Memproses sebarang bahan untuk
menghasilkan dadah;
• Menjual beli dadah;dan
• Menggunakan keuntungan hasil
daripada perniagaan dadah dan
sebagainya yang berkaitan.
1. Kehancuran rumahtangga dan
perpecahan keluarga ; kerana
perbelanjaan urusan kekeluargaan
atau nafkah seperti makanan,
pakaian, tempat tinggal,
pendidikan dan sebagainya akan
terabai, tidak dapat diuruskan
dengan baik dan sempurna.
2. Menimbulkan masalah jenayah;
kerana jenayah yang berlaku
seringkali dikaitkan dengan para
penagih. Ketiadaan sumber
kewangan dan hilang punca
kawalan diri untuk membeli dadah
akan mendorong para penagih
melakukan jenayah seperti
mencuri, merompak, memeras
ugut dan membunuh.
3. Merosakkan diri sendiri;
kerana mereka ini telah
meletakkan diri dalam
kehancuran, tidak menyumbang
ke arah kebaikan dan menjadi
bebanan kepada keluarga,
anggota masyarakat dan
negara.
4. Mendatangkan penyakit seperti
HIV dan AIDS; kerana seringkali
berkongsi jarum suntikan untuk
melepaskan keinginan menagih
dadah. Risiko penyakit ini
berjangkit adalah tinggi
terutamanya terhadap ahli
keluarga seperti suami atau isteri
penagih yang kerap berkongsi
jarum suntikan.
5. Membazir; kerana berlebih-lebihanatau pembaziran amat tidak disukai, bahkan orang yang suka membazirdisamakan seperti bersaudara dengansyaitan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Isra‟ ayat 27 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang borositu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhlukyang sangat kufur kepada Tuhannya.”
Laporan statistik penagihan dadah yang dikesan di
seluruh negara bagi tempoh Januari-Disember 2010
yang dikumpul dan dikeluarkan oleh Sistem
Maklumat Dadah Kebangsaan (BIONADI). Secara
umumnya:-
1.1 Sepanjang bulan Januari-Disember 2010, seramai 23,642 orang penagih telahdikesan dan menunjukkan peningkatansebanyak 50.24% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (15,736 orang).
1.2 - Secara purata, seramai 48 penagih baru dan 18 penagih
berulang telah dikesan setiaphari sepanjang bulan Januari-Disember 2010……
JAN-DIS % PERBEZAAN
2010(% - seluruh) 2009 2009/10 (%)
Perak 2,296 9.71% 1,121 104.82%
Melayu 18,693 79.07% 13,705 36.40%
Berdasarkan kepada carta 3 di bawah,
golongan belia merupakan golongan yang paling
ramai terdedah dengan risiko penagihan. Ini dapat
dibuktikan melalui perangkaan majoriti penagih yang
dikesan sepanjang Januari-Disember 2010 adalah
belia (19-39 thn) iaitu seramai 16,737 orang (72.40%).
Golongan ini merupakan 0.09% berdasarkan
unjuran penduduk Malaysia yang berusia antara 15-64
tahun (18,394,400 orang)
•Belia yang berumur antara 19-24 tahun mencatatkan
bilangan penagih teramai iaitu 6,022 orang
(26.05%).
•Manakala bagi golongan dewasa, sebanyak 4,240
orang (18.34%)
•Dan remaja (13-18) seramai 2,138 orang (9.25%).
Tanggungjawab menghapuskan
penyalahgunaan dadah merupakan
tanggungjawab seluruh umat Islam. Kita
haruslah tingkatkan kesedaran dan
kefahaman terhadap bahaya penyalahgunaan
dadah dan berusaha mengawal serta
mencegahnya dari memusnahkan anak
bangsa dan negara kita. Semua umat Islam
dituntut untuk bekerjasama menyelesaikan
masalah ini
Sebagai seorang Islam, kita
seharusnya menunaikan
tanggungjawab sosial kita kepada
golongan ini. Mereka mempunyai hak
ke atas kita dan kita wajib
menunaikannya sebagai hak seorang
Muslim kepada Muslim yang lain. Dari
segi dakwah, kita dituntut untuk
memberikan bimbingan, tunjuk ajar
dan memberi kesedaran serta
kefahaman kepada mereka terhadap
Islam.
Di samping itu juga, kita perlu sentiasa
memberikan khidmat nasihat,
pandangan yang berguna serta saling
bertanya khabar berita sebagai satu
bentuk sokongan moral kepada
mereka. Dari segi kebajikan pula,
mereka ini perlu dilibatkan dalam
semua aktiviti kemasyarakatan
terutamanya yang melibatkan program-
program keagamaan sama ada di
peringkat kariah, daerah mahu pun
negeri.
Mereka juga insan biasa yang mahukan hidup
bahagia seperti orang lain, mungkin dengan
kelemahan dan kesilapan masa lalu, mereka
disisihkan oleh ahli keluarga, tetapi itu tidak
bermakna kita juga perlu melakukan perkara yang
sama.
Mereka saudara seagama kita, mereka yang telah
benar-benar insaf perlu diberikan ruang dan
peluang untuk memperbaiki diri. Oleh itu, kita perlu
sama-sama memainkan peranan agar mereka tidak
merasa terpinggir atau tersisih.
Mereka sebenarnya masih lagi aset negara untuk
pembangunan modal insan yang boleh membantu
untuk kemajuan negara. Kita sebagai anggota
masyarakat tidak boleh untuk terus menghukum
mereka atas kekhilafan yang telah mereka kesali.