TITAS - Cabaran Globalisasi
-
Upload
shazuraz-haqq -
Category
Documents
-
view
658 -
download
27
description
Transcript of TITAS - Cabaran Globalisasi
1
1.0 Cabaran Globalisasi
Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses
penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang
diperkatakan, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu
ketidaksempurnaan. Malah dapat diperhatikan dalam semua aspek kehidupan kita
yang sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret
kita ke dalam satu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh pelusuk dunia.
Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak
ada sektor pembangunan dan kemajuaan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan
globalisasi. Namun begitu kita tidak pula memandang ianya satu sikap yang kritikal
terhadap proses ini.
Dalam keghairahan untuk diglobalisasikan, kita semakin terputus dari budaya
dan akar sejarah kita sendiri. Satu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi
asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak
lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang
harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa.
Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah satu proses
penyeragaman dan penyamarataan “semua untuk satu dan satu untuk semua”.
Globalisasi dilihat sebagai satu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar
lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia sebagai objektif. Akibat dari “nilai-nilai
global” yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh kefahaman dan
pandangan hidup barat. Maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak
berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima.
Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira
semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi
yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin
ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok
kuasa iaitu blok kuasa barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep
menyeluruh itu yang ditekankan tetapi sebaliknya konsep “semua untuk satu” yang
menjadi agenda barat.
Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke
atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat satu
penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini.
2
Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar
dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat
teknologi.
Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana
anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa
dan agamanya sendiri. Dalam kegairahan untuk megejari gaya hidup global yang
ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, masyarakat kita dan anak-anak muda
secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat
budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai
bentuk kehidupan golongan belia.
Pengamatan yang jelas dapat membuktikan pelbagai kesan dan dapat
disaksikan dengan insiden-insiden dan trend kebendaan seperti pakaian berjenama
barat, makanan segera barat, minuman global yang ditaja barat, produk rokok yang
menajakan budaya hidup barat rekreasi yang meniru ala barat dan banyak lagi.
Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal implikasi
globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Hanya golongan yang
mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi
dengan dunia luar kita akan tetap terus yakin dan tegas dalam mempertahankan jati
diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan
semua golongan dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan
palsu. (dipetik dari Utusan Pengguna, November 1997)
3
2.0 Fenomena Kebendaan Budaya Barat
Kita sering tertanya-tanya adakah generasi kini dan yang akan datang dapat
mempertahankan budaya dan adat resam yang telah diamalkan sejak zaman dahulu
lagi? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini terbukti sejak akhir-akhir ini kita dapat
melihat dan merasai bahawa budaya dan adat resam yang telah diamalkan semakin
pudar. Budaya yang menunjukkan ciri-ciri ketimuran masyarakat kita seolah-olah
telah dtransformasikan manjadi satu budaya baru yang lebih kepada budaya
materialistik. Kita dapat melihat pelbagai bentuk kebendaan yang telah ditonjolkan
dan kini menjadi ikutan oleh masyarakat kita tanpa rasa malu dan bersalah. Antara
kebendaan yang semakin dipelopori dalam era globalisasi ini adalah seperti berikut.
i) Pakaian dan aksesori Berjenama dari Barat
Apabila kita memerhati di kompleks beli-belah di sekitar ibu
Negara mahupun di tempat-tempat yang lain, kita dapat menyaksikan
ramai masyarakat Malaysia menjual, memakai atau menggunakan
barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada, Gergio
Armani, Savatore Faragamo, Dior dan banyak lagi yang sudah tentu
datangnya dari barat. Pandangan kita tentunya tidak terlepas dari
memandang baik dari segi pakaian yang menyaluti tubuh mereka,
aksesori seperti beg tangan sehinggalah kepada telefon bimbit,
kenderaan yang dipandu, produk-produk kecantikan dan kesihatan,
malah penggunaan cermin mata hitam yang dipakai semuanya
barangan yang berjenama dan sudah pasti harga barangan tersebut
mahal. Kebanyakan golongan yang memakai barangan yang
berjenama akan mengunjungi kafe-kafe atau restoran-restoran yang
elit dan mewah seperti Starbucks, Coffe Bean, hotel bertaraf lima
bintang dan sebagainya. Topik yang melingkari kehidupan mereka
menjadi bualan ketika bersembang sesama mereka ialah tentang
ketaasuban mereka terhadap barangan dan kebendaan berjenama
dan yang terkini yang sering terpampang di media cetak ataupun
media elektronik. Jika dahulu golongan yang memakai barangan
berjenama sering dikaitkan dengan status seseorang, tetapi tidak lagi
pada zaman era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat Malaysia
sudah mampu memakai atau menggunakan barangan yang
4
berjenama. Sikap seperti ini telah menjadi ikutan rakyat Malaysia yang
lain. Mereka berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri yang
tidak sepatutnya itu yang ingin menempatkan diri dalam golongan yang
tidak ketinggalan dalam semua sudut kebendaan dari segi berfesyen
atau menggunakan gajet terkini. Citarasa masyarakat Malaysia
dewasa kini semakin jauh berubah. Mereka lebih berminat memakai
dan menggunakan serta membeli barangan keluaran luar Negara
berbanding dengan barangan keluaran tempatan sendiri.
ii) Makanan Segera Keluaran Barat
Selain daripada penggunaan barangan yang berjenama,
masyarakat kita juga gemar makanan keluaran barat seperti Mc
Donalds, KFC dan banyak lagi. Bagi mereka makanan keluaran barat
ini lebih terjamin kesedapannya dan berkualiti. Golongan seperti ini
memang kurang berminat dengan makanan tempatan. Sikap mereka
yang lupa tentang asal usul diri dan membiarkan diri mereka
diglobalisasikan oleh barat membuatkan mereka semakin jauh dan
tenggelam dengan era globalisasi.
iii) Minuman Global Yang Ditaja Oleh Barat
Kita sering melihat jenama minuman seperti Pepsi, Coca Cola
dan sebagainya di mana-mana sahaja sama ada di media masa,
media cetak mahupun media elektronik. Minuman global ini
sebenarnya mencari ruang untuk menjadi minuman yang dapat
memonopoli dunia daripada jenama-jenama yang lain. Mereka ingin
masyarakat di dunia supaya gemar akan akan produk yang ditaja oleh
mereka.
iv) Produk Rokok Yang Menajakan Budaya Hidup Barat
Pada era globalisasi ini mungkin sudah menjadi lumrah
masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup bebas yang kononnya
mengikut trend dan tidak ketinggalan zaman. Sikap suka merokok
mengikut budaya barat sama ada lelaki mahupun wanita
sememangnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri dan
5
masyarakat di sekeliling. Tanpa disedari, mereka merupakan salah
satu ejen penyebaran yang menajakan hidup barat. Permasalahan ini
tidak dipandang serius oleh masyarakat kita pada zaman sekarang
kerana mereka semua berada dalam era globalisasi yang menjanjikan
“satu untuk semua”.
v) Rekreasi Yang Meniru Ala Barat
Antara pusat rekreasi yang sedang tumbuh bagai cendawan
selepas hujan ialah Spa Kecantikan dan kesihatan yang dahulunya
sangat terkenal di negara barat dan kini telah menjadi budaya ikutan
masyarakat di negara ini terutamanya golongan elit yang sering
mengamalkan budaya memanjakan diri pada era globalisasi.
Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh
jati diri masyarakat terutamnya golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi,
masyarakat kta semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang
terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.
6
3.0 Faktor Yang Menyebabkan Pengaruh Budaya Kebendaan Barat Dalam
Kalangan Masyarakat Malaysia.
Dalam era globalisasi kini yang sering berkembang dan berubah dalam pelbagai
sudut kebendaan telah menampakkan masyarakat hari ini lebih ke arah budaya
kebendaan barat. Banyak pengaruh yang menjadi ejen-ejen dalam penyebaran
pengaruh budaya barat dalam mendominasi masyarakat di dunia.
i) Media Massa
Di sini, kita dapat lihat bahawa media massa merupakan
medium yang sangat penting dalam mempengaruhi minda masyarakat.
Dengan adanya media massa berbentuk media cetak sehinggalah ke
media elektronik seperti televisyen, radio, internet, surat khabar,
risalah, majalah dan juga papan iklan, maka segala maklumat dapat
disampaikan kepada masyarakat dengan tepat dan cepat. Sasaran
yang lebih kepada golongan remja menyebabkan penyebaran
kebendaan merebak dengan pantas. Remaja merupakan pembeli
utama majalah hiburan dan fesyen. Pendedahan secara meluas
kepada gaya semasa, sedikit sebanyak telah mewarnai dan
mencorakkan kehidupan mereka. Apa sahaja benda atau rekaan
terbaru di pasaran, pasti mereka akan berusaha untuk
mendapatkannya. Dalam memburu keinginan dan kehendak ini,
remaja sebenarnya tertipu akan barangan berjenama barat atau apa-
apa shaja slogan yang digunakan oleh pengeluar barangan yang
hanya merujuk kepada kualiti dan sifat barangan tersebut, tetapi bukan
sifat si pemakainya. Sementara gaya atau model yang ditampilkan pula
sememangnya sempurna dari segala segi. Perkara yang penting di sini
ialah tidak semestinya apa-apa yang digunakan atau dipakai ke badan
model sesuai dengan diri si pembeli.
Iklan-iklan yang hebat dapat mempengaruhi masyarakat dan
golongan muda dengan warna-warna yang menarik perhatian dan
yang paling penting, iklan-iklan sering memaparkan promosi-promosi
yang sering menjerat pengguna untuk berfikiran bahawa mereka harus
memiliki barang yang diiklankan itu. Di sini, pengguna lebih bersifat ke
arah kebendaan barat mungkin kerana iklan mempengaruhi mereka
7
untuk membeli barangan yang tidak penting untuk dimiliki dan kadang
kala tidak berguna dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini adalah
disebabkan apabila masyarakat melihat iklan-iklan yang
mempromosikan barang yang menarik terutamanya iklan barangan
yang berjenama barat seperti Levi’s, Gucci dan sebagainya, mereka
akan terus membeli barang tersebut kerana berpendapat bahawa
memiliki barangan berjenama adalah sesuatu yang melambangkan
status ataupun taraf seseorang dan apabila mereka memiliki barangan
berjenama berkenaan mereka beranggapan bahawa status mereka
jauh lebih tinggi dari orang yang tidak menggayakan pakaian ataupun
aksesori tersebut.
Hampir semua pengguna amat mengharapkan kepuasan yang
maksimum terhadap barangan yang ingin dimilkinya dan disebabkan
itulah mereka lebih memandang tinggi terhadap barangan berjenama
barat yang berkualiti tanpa mementingkan soal wang ringgit khususnya
bagi golongan berada dan yang berkemampuan. Selain itu,
masyarakat pada era globalisasi ini berfikiran bahawa barangan yang
berjenama mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan
barangan yang murah dan yang tidak berjenama. Bagi sesetengah
pengguna pula, mereka berpendapat bahawa dengan memiliki
barangan yang berjenama barat seperti Louis Vuitton, Gucci, DKNY
dan sebagainya mereka akan merasa kepuasannya dan tidak akan
difahami oleh orang lain. Umum mengetahui, masyarakat hari ini lebih
memandang kepada status seseorang jika memiliki banyak barangan
berjenama dari Negara barat ini, reputasi seseorang akan lebih terjaga
khususnya kepada golongan yang terlalu mementingkan taraf dan
kedudukan.
ii) Persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi sikap dan juga tingkah
laku seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang dibesarkan dalam
keluarga yang kaya dan sering dilimpahi dengan semua barangan
mewah sejak dari kecil, maka tidak hairanlah apabila mereka dewasa
kelak mereka lebih memandang kepada barangan yang berjenama
8
terutamanya barangan dari barat. Mereka yang hidup dikelilingi oleh
orang yang kaya dan mementingkan jenama juga akan terasa
terpengaruh untuk membeli barangan berjenama. Hal ini adalah
kerana mereka akan merasa tergugat dengan orang yang berada
disekeliling mereka yang memiliki barangan berjenama tersebut.
iii) Pertumbuhan Ekonomi yang Pesat
Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat, maka
kebanyakan masyarakat kita mampu membeli barangan yang diingini.
Hal ini disebabkan oleh pendapatan isi rumah yang semakin meningkat
dan menyebabkan masyarakat lebih cenderung untuk berbelanja lebih
dari kebiasaannya. Mereka berpendapat bahawa jika pendapatan
meningkat, mereka mampu untuk membeli barang yang sudah lama
dihajati. Namun begitu jika pendapatan isi rumah meningkat, harga
barang-barang di pasaran juga akan meningkat dan pengguna juga
akan mengalami kerugian. Oleh itu, mereka akan melakukan apa-apa
sahaja untuk memenuhi kemahuan dan impian mereka.
iv) Sikap Bersaing Mengejar Kemewahan
Selain itu, masyarakat Malaysia juga mempunyai sikap bersaing
antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana apabila melihat orang
yang lebih bagus kedudukan ekonominya ditambah lagi apabila orang
tersebut memiliki banyak barang berjenama, maka rasa persaingan
akan wujud untuk melihat ekonomi siapa yang lebih kukuh.
Apabila wujudnya persaingan, maka keinginan untuk mengatasi
antara satu sama lain akan wujud di dalam diri masing-masing dan
ketika itulah sikap ingin menunjuk-nunjuk akan timbul. Hal ini akan
menyebabkan masyarakat bersikap materialistik dan membeli barang-
barang di luar kemampuan mereka hanya dengan tujuan untuk
bermegah-megah dan menunjuk bahawa mereka pun mampu untuk
memiliki barangan berjenama barat yang tinggi harganya. Mereka juga
akan beranggapan bahawa masyarakat luar akan memandang tinggi
jika mereka menggunakan barangan dan pakaian yang berjenama
barat.
9
Faktor-faktor sebeginilah yang boleh menyebabkan penyebaran era
globalisasi semakin cepat dan ianya merupakan perkara yang serius tetapi tidak
terlintas di fikiran masyarakat pada masa kini, ianya merupakan penyakit yang
menular dan berbahaya kepada diri, masyarakat dan seterusnya Negara.
4.0 Impak Terhadap Masyarakat Malaysia
Sememangnya, budaya kebendaan atau lebih dikenali sebagai ‘materialistic’
mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat Malaysia khususnya, dimana ianya
boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kesan positif dan negatif. Malaysia
merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan dijangka akan
mencapai Negara maju menjelang tahun 2020. Namun dalam mengejar kemajuan,
nilai-nilai MORAL tidak haruslah diketepikan begitu sahaja. Sebelum mencapai
wawasan 2020 seperti yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri kita yang
ke-empat iaitu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malaysia telah
mengalami satu arus perubahan yang amat ketara dari segi sosialnya. Antara
perubahan yang dapat kita lihat ialah ‘budaya kebendaan barat’ yang semakin
mendominasi masyarakat Malaysia pada masa kini.
i) Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
Berdasarkan kepada pemerhatian, antara impak negatif yang
dapat kita bincangkan akibat daripada pengaruh kebendaan barat
terhadap masyarakat Malaysia ialah dengan timbulnya masalah sosial
dalam kalangan remaja seperti masalah pelacuran. Masalah pelacuran
akan berlaku apabila sesetengah remaja sanggup menggadaikan
maruah diri demi mendapatkan apa yang mereka hajati dan diinginkan.
Hal ini kerana faktor kurangnya kemampuan untuk memiliki barangan
berjenama barat kerana harganya yang amat mahal. Sememangnya,
perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam mayarakat Malaysia kerana
ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri sendiri tetapi juga maruah
keluarga, bangsa dan Negara.
10
ii) Sikap Mementingkan Diri Sendiri
Selain itu, impak negatif yang berlaku terhadap masyarakat
Malaysia adalah sikap yang mendorong ke arah mementingkan dri
sendiri tanpa mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Dimana
keadaan seperti ini akan membawa banyak keburukan kepada orang
lain sedangkan masyarakat Malaysia terkenal dengan budayanya yang
tersendiri seperti, tolong-menolong dan bantu-membantu. Masyarakat
secara umumnya perlulah prihatin kepada golongan yang kurang
bernasib baik. Sebagai contoh, kita seharusnya menyumbangkan
derma kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama,
bangsa dan budaya daripada menbelanjakan duit tersebut dengan
membeli pelbagai barangan yang berjenama barat yang mempunyai
harga yang mahal. Dengan ini, secara tidak langsung kita dapat
memberikan bakti dan sumbangan kepada orang lain.
iii) Jurang Sosial Antara Masyarakat
Selain permasalahan yang telah dinyatakan di atas, terdapat
juga masalah sosial lain yang berlaku iaitu berlakunya jurang sosial
antara masyarakat. Dimana orang yang mempunyai kemewahan
seperti melalui cara pemakaiannya yang menggunakan pelbagai
barangan yang mempunyai jenama besar dari barat seperti Levi’s,
Prada, Louise Vuitton dan sebagainya akan dipandang tinggi dan juga
lebih dihormati berbanding dengan orang yang hanya memakai
barangan buatan tempatan yang tidak berjenama. Hal ini akan
menimbulkan ketidakpuasan dalam sesetengah masyarakat itu. Dalam
pada itu, masalah ini juga akan menimbulkan perasaan individualistik,
mementingkan diri sendiri, serta perasaan tinggi diri (ego) yang akan
memberi kesan negatif kepada pembentukan gagasan 1 malaysia
seperti yang talah diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita yang ke-
enam, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.
iv) Jenayah
Selain itu masalah yang berlaku akibat daripada budaya
kebendaan barat ialah sesetengah masyarakat akan melakukan apa
11
sahaja cara untuk mencapai kesenangan ataupun ingin memiliki
kemewahan walaupun dengan cara yang tidak ‘HALAL’. Pernyataan
tidak halal ini bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang
oleh Agama. Sebagai contoh, melakukan kes penculikan, ragut ,rasuah
dan sebagainya. Dan ini secara tidak langsung akan mengundang
bahaya serta mampu mengancam keselamatan masyarakat umum. Ia
juga akan menyebabkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat
tergugat.
v) Kepincangan Institusi Sesebuah Keluarga
Selain itu, budaya kebendaan barat mampu membawa kesan
negatif kepada sesebuah institusi keluarga itu. Dalam sesebuah
institusi kekeluargaan pula sekiranya mereka mementingkan
kebendaan atau bersikap materialistik mereka akan menumpukan
perhatian kepada kerjaya semata-mata tanpa memikirkan keharmonian
dalam keluarga sehingga membawa banyak masalah kepada
sesebuah keluarga. Hal ini boleh berlaku apabila kedua-dua ibu bapa
tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak
mereka sehingga menjadi penyebab utama kepada berlakunya
keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Sebaliknya kita harus
mempunyai kesedaran bahawa apabila seseorang itu terlalu
mementingkan kehendak mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya
sesuatu keadaan, itu merupakan nafsu semata-mata.
vi) Ketidakstabilan Ekonomi Negara
Budaya kebendaan barat ini juga mampu memberikan impak
negatif dari aspek ekonomi Negara kita. Impak negatif yang
dimaksudkan adalah barangan buatan Malaysia tidak mampu bersaing
dengan barangan luar Negara dan menyebabkan kepada
ketidakstabilan ekonomi Negara. Dimana kita dapat melihat walaupun
kosnya tinggi tetapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti
yang sangat baik. Sebagai contoh, mengimport lebih banyak kereta
buatan Negara asing sehingga mengabaikan kereta buatan Negara
12
sendiri dimana hal ini akan menyebabkan lebihan keluaran mata wang
ke Negara asing lalu mengurangkan keuntungan Negara.
vii) Pembaziran
Pengaruh budaya kebendaan barat terhadap masyarakat
Malaysia juga menyebabkan pembaziran yang keteterlaluan.
Sesetengah masyarakat kita sanggup beberbelanja dengan boros
untuk mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat yang
berlaku. Terdapat segelintir masyarakat yang sanggup meminjam
daripada ceti haram untuk memuaskan kehendak mereka. Selain itu,
kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan kualiti hidup akan
menurun kerana dibebani oleh beban hutang yang banyak.
viii) Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat
Namun yang demikian, walaupun budaya kebendaan barat ini
memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat Malaysia dan
juga ekonomi Negara, tetapi pada masa yang sama juga ia mampu
memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi umumnya. Antara
kebaikan pengaruh budaya kebendaan dalam kalangan masyarakat
Malaysia ialah, meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini dapat
dinilai apabila nasyarakat berlumba-lumba untuk memperbaiki taraf
ekonomi dan sosial dan ini secara tidak langsung mampu
meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.
13
5.0 Cara Mengatasi Masalah Pengaruh Budaya Kebendaan Barat
Globalisasi sebenarnya juga penting kepada sesebuah Negara. Namun ianya
perlu dikawal oleh Negara tersebut agar cara hidup dan budaya mereka tidak hilang
ditelan oleh era globalisasi.
Pelbagai agensi dan pihak perlu mengabil serius dalam menangani
permasalahan ini agar ianya menular kepada masyarakat kita dengan cara yang
betul, sesuai dan terkawal.
i) Perana Ibu dan Bapa Terhadap Anak-anak
Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mendidik anak
mereka serta tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan
pemberian pelbagai barangan yang berjenama terutamanya dalam
lingkungan umur remaja dengan cara mengawal setiap perbelanjaan
mereka dan memastikan setiap wang yang diberikan kepada anak-
anak mereka perlu dibelanjakan ataupun digunakan dengan bijak bagi
mengelakkan berlakunya pembaziran. Ini dapat dilihat dengan
penggunaan wang yang diberi itu dengan membeli keperluan yang
lebih berfaedah seperti buku-buku pelajaran dan bukanya
menggunakan wang itu membeli pelbagai barangan mewah yang
berjenama.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting
terhadap anak-anaknya. Hal ini kerana dunia remaja adalah sebuah
dunia yang rapuh dan mudah terpengaruh dengan keadaan
persekitaran terutamanya oleh rakan sebaya. Ibu bapa sebagai orang
yang terdekat seharusnya mengawasi setiap tingkah laku anak
mereka. Pengaruh ke atas barangan-barangaan berjenama mewah ini
perlu diberi perhatian oleh ibu bapa di peringkat awal seperti kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” agar apabila dewasa
kelak, mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya barat yang
sedikit sebanyak dapat melunturkan nilai dan norma masyarakat
Malaysia pada masa kini.
14
ii) Bijak Memilih Barangan
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa barangan berjenama
kebiasaannya mempunyai kualiti yang amat baik yang sesuai dengan
harganya. Namun begitu, kita juga perlu menerima hakikat bahawa
masih banyak lagi barangan keluaran tempatan yang terdapat di
Malaysia atau yang kurang berjenama memiliki kualiti yang hampir
sama. Jenama-jenama yang terkenal telah menjadi daya tarikan dalam
kalangan rakyat negara ini kerana mereka beranggapan bahawa
apabila mereka menggunakan sesuatu jenama tersebut ianya akan
membawa atau menampilkan satu budaya hidup moden, bergaya dan
mengikut peredaran masa (tidak ketinggalan zaman).
iii) Amalan Berjimat Cermat
Selain daripada itu, masyarakat di negara ini perlulah menanam
sikap berjimat cermat. Hal ini amatlah penting untuk mengurangkan
setiap perbelanjaan dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan
pembaziran.
iv) Peranan Media Massa
Seterusnya peranan media massa seperti media elektronik
ataupun cetak perlulah memainkan peranan dengan
memperbanyakkan paparan mengenai barangan buatan tempatan bagi
memastikan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan budaya
kebendaan yang mana memberikan impak negatif terhadap rakyat
Malaysia. Seperti yang kita lihat di dalam majalah-majalah hiburan
seperti Hai, Media hiburan, surat khabar, iklan-iklan di televisyen
ataupun iklan-iklan di papan-papan iklan pada hari ini kebanyakannya
memaparkan maklumat ataupun cerita yang berkaitan dengan budaya
meterialistik barat dan ianya ditambah lagi dengan cerita-cerita orang
kenamaan dan artis tempatan yang menggunakan pelbagai barangan
berjenama mewah di dalam kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh di dalam akhbar Utusan Malaysia yang
memaparkan budaya meterialistik yang diamalkan dalam kalangan
artis iaitu Dato Siti Nurhaliza yang telah membelanjakan RM100 ribu
15
ringgit untuk memiliki barangan berjenama iaitu lebih daripada 20 jenis
termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian berjenama Louis
Vuitton. Tambahan pula, pada hari jadinya yang ke 31 tahun pada 11
January 2010 yang lalu, suaminya telah menghadiahkan Siti Nurhaliza
dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis Vuitton yang
berharga RM40 ribu ringgit. Beg tersebut yang merupakan edisi
terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang
dijual di Kuala Lumpur ketika ini dan pada hari jadinya yang ke 30
tahun tahun lalu juga suaminya telah menghadiahkan seutas jam
tangan Richard Mille berharga RM200,000 ribu ringgit.
Ini juga dapat dilihat daripada hantaran perkahwinan penyanyi
yang diberi oleh suaminya seperti set permata Chopard, kain lace, beg
tangan Louis Vuitton dan seutas jam tangan Roger Dubuis semasa
pernikahan. Apabila media lebih memilih untuk memaparkan pelbagai
barangan barat yang berjenama berbanding memaparkan barangan
buatan tempatan ini akan menyebabkan para pembaca lebih
mengetahuhi dan tertarik kepada barangan berjenama barat
berbanding dengan barangan buatan tempatan. Hal ini akan
menyebabkan barangan buatan tempatan tidak mendapat tempat
dihati pengguna dan sekaligus dipinggirkan berbanding barangan
buatan barat yang semakin mendapat sambutan dan menjadi kegilaan
rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, media massa perlulah
mengambil langkah yang sewajarnya dengan memperbanyakkan
paparan mengenai barangan buatan tempatan berbanding barangan
buatan barat agar rakyat negara ini tahu akan kelebihan dan kualiti
buatan tempatan berbanding dengan barangan buatan barat.
v) Menjalankan Pelbagai Kempen
Antara cara lain untuk menangani budaya meterialistik barat ini,
pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan dengan menjalankan
pelbagai bentuk kempen seperti ‘Belilah Barangan Buatan Malaysia’
sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari
16
2009. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan promosi
untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu
diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor
ekonomi. Justeru itu, Pejabat-Pejabat Negeri dan Cawangan-
Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-masing
untuk menjayakan kempen tersebut. Untuk menjayakan kempen itu,
masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media perlulah
membantu kerajaan dengan bersungguh-sungguh agar kempen seperti
ini benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.
vi) Beli Barangan Buatan Malaysia
Setiap pengguna seharusnya mengubah sikap dan tanggapan
terhadap barangan buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih
ramai rakyat Malaysia terutama golongan pertengahan dan atasan
yang lebih cenderung untuk membeli barangan buatan barat. Jika
sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan ini
akan terbantut. Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan
sekadar menyokong industri tempatan malah membantu melestarikan
ekonomi negara. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya
mengurangkan pengaliran wang negara keluar. Membeli dan
menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu
kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan
ekonomi negara
vii) Kerjasama Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan
Selain itu pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO)
amatlah penting dalam menangani masalah ini. Pertubuhan dan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu digerakkan bagi membentuk
remaja yang bersifat dan berlandaskan kepada ajaran agama, budaya
dan jati diri yang kukuh. Masalah-masalah sosial remaja atau tingkah
laku sosial remaja yang tidak terkawal perlu ditangani secara
berterusan. Hal ini penting kerana tanda kepada keruntuhan nilai,
budaya, dan moral dalam kalangan remaja semakin terasa di negara
kita sejak kebelakangan ini.
17
Ini kerana apabila kerajaan menjalankan kempen yang
sedemikian ianya akan membuka mata rakyat Malaysia akan
kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan barangan buatan
tempatan yang setanding dengan barangan buatan barat sekaligus
dapat mempertingkatkan penjualan barangan tersebut. Hasil daripada
promosi yang dijalankan secara besar-besaran dan mendapat liputan
media massa, ianya akan dapat menaikkan nama negara sekaligus
pendapatan negara. Kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha
bagi memupuk kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan
belia negara yang semakin diperlukan pada alaf baru ini ekoran
daripada pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka
terutamanya ancaman globalisasi seperti budaya meterialistik barat
yang semakin hari semakin meresap ke dalam jiwa mereka. Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia
dan Sukan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesedaran
patriotisme itu perlu dalam membina kekuatan dalaman diri yang akan
menjadi tonggak kekuatan diri masing-masing daripada terpengaruh
dengan budaya-budaya barat serta mengenali apa yang harus ditapis
dan dikikis bukan saja pengaruh dari budaya barat tetapi segala-
galanya yang mempunyai unsur-unsur kebarataan.
18
6.0 Penutup
Konklusinya, sikap materialistik banyak memberikan impak negatif
berbanding positif. Faktor ekonomi, politik dan juga sosial mempengaruhi budaya
hidup sesebuah masyarakat. Dari aspek ekonomi, kita boleh lihat apabila
pertumbuhan ekonomi yang pesat berlaku maka pelbagai faktor mempengaruhi dan
diantaranya ialah persaingan. Apabila persaingan berlaku, maka masyarakat akan
lebih berusaha dan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup bagi memperbaiki
kehidupan mereka.
Bagi faktor sosial pula media massa seperti iklan, majalah, internet dan juga
radio memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran
masyarakat, kerana setiap hari kita disajikan pelbagai penawaran yang bercorak
kebendaan barat dimana ianya akan menarik minat masyarakat untuk memiliki
barangan tersebut. Corak hidup dan juga persekitaran individu juga meningkatkan
minat ke arah budaya materialistik itu sendiri yang mana jika seseorang individu
dibesarkan dengan dilimpahi kemewahan, maka sudah tentulah apabila menjadi
dewasa kelak mereka akan terus cuba mendapatkan setiap barangan yang ingin
dimilikinya.
Populariti artis tempatan itu sendiri adalah sebagai pendorong budaya
kebendaan ini. Hal ini kerana golongan artis sering menjadi idola dan ikutan
masyarakat baik dari segi pakaian mahupun penampilan mereka. Golongan artis
kebanyakannya lebih memilih untuk menampakkan diri dan cara hidup mereka lebih
mewah dan bergaya contohnya dengan memakai beg tangan yang berjenama
seperti Louia Vuitton. Jadi secara tidak langsung masyarakat tempatan semakin hari
semakin berminat untuk mendapatkan barangan seperti idola mereka tidak kira
sama ada ia maha ataupun tidak.
Filem-filem ataupun drama tempatan pada hari ini kebanyakannya lebih
berminat untuk membawakan cerita yang memaparkan cara hidup yang mewah.
Keadaan ini sekaligus mendekatkan lagi budaya kebendaan kepada masyarakat
dalam kehidupan mereka.
Budaya materialistik yang diamalkan tanpa batasan akan mempengaruhi
kehidupan seseorang. Seseorang itu mungkin akan melupakan budaya dan adat
yang diamalkan sejak turun-temurun. Oleh itu, sikap atau budaya kebendaan barat
ini perlu ditangani dengan segera agar ia tidak menular dalam sanubari masyarakat
di Malaysia.
19
Dapat disimpulkan di sini bahawa, budaya kebendaan barat sememangnya
lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif secara umumnya
kepada masyarakat Malaysia. Ini dapat dibuktikan berdasarkan pengamatan yang
dapat dilihat dengan jelas. Oleh yang demikian pelbagai langkah perlulah diambil
oleh kerajaan dan masyarakat sendiri bagi mengelakkan budaya ini terus diamalkan
oleh masyarakat Malaysia khususnya. Sekiranya masalah ini tidak dibendung atau
diatasi dengan segera, ianya akan melunturkan nilai dan moral masyarakat
Malaysia.
20
7.0 Lampiran
GAMBAR YANG MENUNJUKKAN CONTOH-CONTOH BUDAYA METERIALISTIK
BARAT YANG TERDAPAT DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
(Diantara barangan yang berjenama dari barat yang menunjukkan sikap meterialistik
kepada si pemilik dan pemakainya berikutan dari harganya yang begitu mahal
mencecah ribuan ringgit untuk satu barang sahaja contohnya seperti yang diatas
barangan berjenama GUCCI yang berasal dari negara ITALI iaitu kasut, bag tangan
dan sebagainya)
21
(Dato Siti Nurhaliza Taruddin bersama dengan sebuah bag tangan yang berjenama
Louis Vuitton yang berharga RM40000 ringgit Malaysia. Beg tersebut yang
merupakan edisi terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang
dijual di Kuala Lumpur ketika ini)
(Para artis di Malaysia yang menggunakan barangan berjenama dari barat seperti
Loise Vuitton yang berasal dari negara Paris dan Gucci berasal dari negara Itali
yang berharga ribuan ringgit bagi setiap barangannya)
22
(Diantara contoh barangan berjenama dari barat yang menjadi plihan jenerasi muda
zaman sekarang untuk digayakan dalam kehidupan seharian seperti Adidas, Nike
dan Levi’s)
(Budaya memanjakan diri di Spa yang dahulunya sangat terkenal di barat tetapi kini
telah menjadi budaya rakyat negara ini terutamanya bagi golongan elit)
(Pelbagai jenama cosmetics dari barat seperti MAC,DIOR,CHANEL dan BOBBI
BROWN yang menjadi pilihan pengguna terutamanya wanita berbanding cosmetics
buatan tempatan contohnya AVON)
23
8.0 RUJUKAN
- Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama,
Dawama Sdn.Bhd.
- Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama
Sdn.Bhd.
- Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka.
- Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian.
- 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020 Akan Punyai Hidup Tersendiri,
Utusan Malaysia
- Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat
Patriotisme,
utusan Malaysia.
- 19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan
Malaysia.
- www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan
Malaysia, diekses pada 24.1.2010.
-Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri
Datuk K, Utusan Malaysia
-www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia, 6.1.2009, Ucapan Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad
Menyeri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, diekses pada
24.1.2010.