TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA - Halaman Utama PRPM · 2007-06-25 · menerima darah jenis A. Banyak...
Transcript of TEROKAI ENSIKLOPEDIA DUNIA - Halaman Utama PRPM · 2007-06-25 · menerima darah jenis A. Banyak...
BERITA HARIAN Rabu, 20 Jun 2007 Halaman Lima
Darah ialah bendalir penyokong kehidupan yang mengalir dalam badan manu
sia. Kita tidak boleh hidup tanpa darah. Jantung mengepam darah ke semua sel badan kita, membekalkannya dengan oksigen dan makanan. Pada masa yang sama, darah membawa karbon dioksida dan bahan buangan lain daripada sel. Darah juga melawan jangkitan, menstabilkan suhu badan kita, dan membawa bahan kimia yang mengawal banyak fungsi badan. Malah darah mempunyai bahan yang menyumbat pembuluh darah yang pecah dan dengan yang demikian, mencegah kita daripada mati akibat pendarahan.
Amaun darah dalam badan kita bergantung pada saiz dan altitud tempat kita tinggal. Orang dewasa yang beratnya 80 kilogram mempunyai lebih kurang lima liter darah. Kanakkanak yang beratnya 40 kilogram mempunyai kirakira separuh amaun tersebut, dan bayi yang beratnya 4 kilogram mempunyai kirakira 250 mililiter darah. Orang yang tinggal di altitud tinggi, di mana udara mengandungi kurang oksigen, mungkin mempunyai lebih banyak darah sehingga 2 liter daripada orang yang tinggal di kawasan rendah. Darah tambahan ini menghantar oksigen tambahan ke sel badan.
Darah terdiri daripada sel yang
bebas bergerak dalam cecair yang dikenali sebagai plasma. Sel ini dikenali sebagai unsur berbentuk kerana ia mempunyai bentuk tertentu. Tiga jenis sel membentuk unsur berbentuk iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Satu mikroliter darah biasanya mengandungi kirakira empat juta hingga enam juta sel darah merah,
5000 hingga 10,000 sel darah putih dan 150,000 hingga 500,000 platelet. Sel darah putih dan merah juga dikenali sebagai korpusel.
Membran sel darah merah mengandungi protein yang dikenali sebagai antigen. Lebih daripada 300 antigen sel merah telah dikenal pasti. Berdasarkan kehadiran atau ketiadaan antigen tertentu, ahli sains telah mengelaskan darah manusia kepada pelbagai kumpulan. Kumpulan darah ABO adalah sistem utama pengelasan darah. Sistem ini mengelaskan darah manusia kepada empat jenis atau kumpulan yang utama. Jenisjenisnya berdasarkan kehadiran atau ketiadaan dua antigen yang dikenali sebagai A dan B pada permukaan sel darah merah. (1) Jika sel darah merah hanya mempunyai antigen A, darahnya adalah jenis A. Plasmanya mengandungi antibodi antiB, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen B. (2) Jika sel darah merah hanya mempunyai antigen B, darahnya adalah jenis B. Plasmanya mengandungi antibodi antiA, yang mengumpal sel yang mengandungi antigen A. (3) Jika sel darah merah mempunyai antigen A dan B, darahnya adalah jenis AB. Plasmanya tidak mengandungi antibodi antiA atau
antiB. (4) Jika sel darah merah tidak mempunyai antigen A atau antigen B, darahnya adalah jenis O. Plasmanya mengandungi antibodi antiA dan antiB. Di seluruh dunia darah jenis O adalah paling biasa, diikuti oleh darah A. Agak kurang ramai orang yang mempunyai jenis B dan kurang lagi yang mempunyai jenis AB.
Doktor lebih suka menggunakan darah penderma jenis ABO yang sama dengan darah pesakit untuk mengelakkan pengumpalan semasa pemindahan darah. Tetapi dalam kecemasan, darah jenis O boleh dipindahkan kepada pesakit manamana jenis darah. Oleh sebab itu, kumpulan darah O dikenali sebagai penderma sejagat. Begitu juga pesakit jenis AB mungkin boleh menerima manamana darah ABO dalam kecemasan kerana mereka tidak mempunyai antibodi untuk antigen A atau B. Namun begitu pihak hospital masih melakukan padansilang untuk memastikan penggumpalan tidak berlaku. Pesakit jenis A jangan menerima darah jenis B, dan pesakit jenis B jangan menerima darah jenis A. Banyak lainlain sistem pengelasan darah telah dicipta. Ini termasuk sistem Duffy, Kell, Kidd, Lewis, Lutheran,
MNS, P dan Rh. Sebagai menghargai jasa dan
pengorbanan penderma darah, 14 Jun setiap tahun telah dipilih dan diraikan sebagai Hari Penderma Darah Sedunia. Tarikh tersebut dipilih sebagai mengigati ulang tahun kelahiran Karl Landstenir seorang ahli biologi dan fizik kelahiran Vienna, Austria yang telah menemui sistem kumpulan darah ABO pada tahun 1901. Beliau merupakan profesor di University of Vienna sehingga meletusnya perang dunia pertama. Pada tahun 1922 beliau bekerja di Rockefeller Institute for Medical Research di New York sehingga beliau ditemui meninggal dunia di makmal penyelidikannya pada 26 Jun 1943. Oleh kerana jasanya, beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1930.
Untuk mengetahui secara lebih lanjut mengenai darah, fungsinya, gangguan darah dan sejarah penyelidikan darah sejak zaman Yunani, para pembaca bolehlah merujuk Ensiklopedia Dunia Jilid 6 bagi artikel yang berkaitan.
PERANAN darah dalam badan manusia.
BH PILIH L5 20 (emel)
TEROKAIENSIKLOPEDIA
DUNIASIRI KEEMPAT BELAS
Darah
TAWAF. Selepas berniat ihram, jemaah haji menuju ke Makkah dan memasuki Masjidilharam untuk mengerjakan Tawaf Qudum mengelilingi Kaabah.