Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
Click here to load reader
-
Upload
jenry-saiparudin -
Category
Documents
-
view
516 -
download
0
Transcript of Td10003 latihan 1 jenry saiparudin
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669
TUGASAN 1 TD10003 : HURAIKAN FAKTOR-FAKTOR INTERNAL DAN EXTERNAL YANG
MEMPENGARUHI GAYA HIDUP MURID MASA KINI
PENGENALAN
Manusia adalah merupakan makhluk yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baik
kejadian. Manusia pertama yang hidup di muka bumi ini adalah Nabi Adam dan Hawa. Secara reality
dan dan hakikinya, setiap manusia pasti akan mengalami perubahan diri dan cara hidup dengan
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan mereka. Sifat perubahan ini tidak dapat diukur,
tetapi jelas kelihatan berubah mengikut peredaran masa. Perkembangan berlaku daripada peringkat
permulaan percambaan sel sehingga akhir hayat organisma.
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada lima aspek
iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, social dan rohani. Kelima-lima aspek ini pula adalah berasaskan
kepada dua(2) faktor yang utama iaitu factor baka (internal) dan factor persekitaran (external).
FAKTOR INTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK.
Faktor Internal menjurus kepada perkembangan kanak-kanak berdasarkan dari pengaruh
genetik atau pertumbuhan dan perkembangan manusia. Menurut Haliza Hamzah, Joy N Samuel dan
Rafidah Kastawi (2008) dalam buku ‘Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah’, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang diperturunkan melalui
ibubapa kepada anak-anak mereka atau menentukan persamaan antara ibubapa dengan anak-
anaknya, di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat
dan kawalan emosi.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental seperti yang terkandung dalam gen-
gen di dalam kromosom dapat menguasai perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unit
bagi setiap individu. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mental sama ada pandai
atau tidak pandai. Menurut Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1932)
setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.
Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing
membawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanya mempunyai
23 pasangan kromosom. Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen yang terdiri
daripada nucleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kajian ahli-ahli psikologi telah
membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan
kadar perkembangan manusia
Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan individu dengan
kecerdasan ibubapa mereka. Biasanya, ibubapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang
bijak pandai. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripada prestasi pelajar
dalam sesuatu kelas. Selain itu, emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibubapa,misalnya,
ibubapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan melahirkan anak yang
agresif dan autokratik. Latar belakang yang porak peranda akibat perceraian, kematian, perpisahan
akan memberi kesan buruk kepada emosi kanak-kanak seterusnya kepada perkembangan
personality mereka.
Faktor baka juga mempengaruhi sahsiah individu secara langsung. Sebagai contoh, individu
yang mempunyai saiz badan yang agak besar akan berasa malu untuk bersosial dengan orang lain
kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukannya adalah terbatas. Saiz badan akan menentukan sama
ada inidividu sesuai melakukan suatu aktiviti ataupun tidak. Kebolehan melakukan suatu aktiviti akan
meningkatkan nilai prestij yang tinggi untuk dirinya. Hal ini menyebabkan individu tersebut akan
diminati oleh rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya sekaligus akan
membentuk sahsiah sihat.
Seterusnya, individu yang berasal daripada keturunan yang berpenyakit,berkemungkinan
akan mewarisi penyakit seperti;lelah dan kencing manis melalui baka. Jadi, kanak-kanak tersebut
sukar menyertai aktiviti social dan menyebabkan perkembangan sosialnya terganggu. Selain itu,
hubungan kanak-kanak tersebut dengan rakan-rakan menjadi berkurangan. Impaknya, proses
perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan emosi terjejas.
Keluarga yang mempunyai status sosio-ekonomi yang baik akan membantu perkembangan
intelek dan fizikal kanal-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan
yang berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Ibubapa
perlu memastikan keperluan kasih saying anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya hidup yang sihat
yang diamalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan, bersenam, tidak
merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.
Ibubapa perlu memastikan keperluan kasih sayang anak-anak dipenuhi dengan baik. Gaya
hidup yang sihat yang diramalkan oleh setiap ahli keluarga seperti sentiasa menjaga kesihatan,
bersenam, tidak merokok akan membentuk sebuah keluarga yang proaktif dan sempurna.
Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan
kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yang
melihat dirinya diterima oleh ibu bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi,
ketabahan dan ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti kanak-
kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat terhadap kana-kanak itu
sebagai seorang individu.
Aspek pemakanan juga turut mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Pemakanan yang
diambil kanak-kanak haruslah berzat, bersih dan seimbang. Makanan yang boleh menjejaskan
kesihatan mental, emosi dan fizikal perlu dijauhi supaya tidak membantutkan perkembangan
mereka. Oleh itu, ibubapa perlu mendidik anak supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan
kesederhanaan ketika minum dan makan. Ketika umur 4 tahun, kanak-kanak haruslah disajikan
dengan makanan yang mempunyai banyak kandungan tenaga kerana pada masa ini kanak-kanak
adalah sangat aktif.
FAKTOR EXTERNAL YANG MEMPENGARUHI GAYA HIDUP KANAK-KANAK.
Faktor kedua yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak ialah persekitaran atau
external. Faktor ini merujuk kepada keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini
termasuklah pengalaman sebelum dan selepas lahir. Aspek pengalaman sebelum lahir merangkumi
pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi
ibu. Factor-faktor selepas kelahiran pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio-ekonomi,
tahap pendidikan keluarga, rakan-rakan sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran
dunia.
Pengaruh di sekolah banyak mempengaruhi kanak-kanak kerana banyak menghabiskan
hampir seluruh masanya di sekolah. Pengaruh sekolah adalah kedua pentingnya berbanding dengan
pengaruh keluarga. Organisasi dan struktur belajar di sekolah seperti pengagihan pelajar mengikut
pencapaian, pihak berkuasa yang menekankan peperiksaan, bentuk, struktur ganjaran dan hukuman,
sikap dan harapan guru, kesemuanya menggalakkan masalah disiplin di kalangan pelajar-pelajar
yang lemah daripada segi akademik (T.Marimuthu, 1980). Jenis kepimpinan dan suasana sekolah
mempengaruhi perkembangan personaliti. Disamping itu terdapat juga guru yang melabelkan
pelajar sebagai cerdik dan bodoh, pelajar yang pada mulanya berminat dan bermotivasi pasti
menunjukkan minat yang bertentangan setelah dilabelkan oleh guru sebagai pemalas atau bodoh,
ini boleh menjejas pencapaian pelajar dalam pelajaran (Lacey, 1970).
Guru memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak. Secara
langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak itu sendiri
dengan cara-cara guru membetulkan tingkah lakunya. Mereka mula melihat diri mereka daripada
sudut pandangan guru seperti ia merupakan ‘pengacau’, ‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh
dan sebagainya’. Guru mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
Pola-pola personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang bersifat
mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja sekolah dengan lebih
baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan motivasi anak
muridnya dan mereka merasa tersingkir.
Sejauhmana guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada jumlah
interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga dapat mempengaruhi
personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan perasaan serba kekurangan , tidak
memadai, bimbang dan tekanan emosi. Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima
pengakuan sosial dengan cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri
yang lebih baik. Markah menentukan sama ada seseorang murid itu menganggap dirinya sebagai
berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.
Faktor seterusnya adalah rakan sebaya. Pengaruh lingkungan dalam menentukan perilaku
diakui cukup kuat. Walaupun sesetengah murid telah mencapai tahap perkembangan kognitif yang
memadai untuk menentukan tindakannya sendiri, namun penentuan diri dalam berperilaku banyak
dipengaruhi oleh tekanan dari kelompok teman sebaya (Conger,1991). Kelompok teman sebaya
diakui dapat mempengaruhi pertimbangan dan keputusan seseorang tentang perilakunya. Rakan
sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri dan mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di
sekolah dapat mempengaruhi disiplin seseorang. Murid yang berasal daripada keluarga bermasalah
lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib dengannya dan membentuk
kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat.
Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait personaliti yang disanjung oleh
kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut
pandangan rakan-rakannya sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Kanak-kanak yang
kadang-kadang memegang kedudukan pimpinan di dalam pimpinannya akan mebentuk sifat-sifat
keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak disukai oleh kawan-kawannya akan
merasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
Masyarakat juga merupakan faktor yang dapat mempengaruhi pembentukan personaliti
seseorang. Apabila nilai-nilai dan norma-norma masyarakat adalah sihat, kanak-kanak yang
membesar dalam situasi itu turut menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi,
rajin berusaha dalam pelajaran dan sedia berkorban untuk menolong orang lain. Sebaliknya,
masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda. Dengan itu,
seseorang membesar dengan menjadi individu dan sentiasa mengejar kekayaan dan harta benda.
Nilai-nilai murni ini mungkin ditinggalkan menyebabkan mereka sanggup menipu dalam peperiksaan,
bergaduh, mencuri, mencederakan guru, minum arak dan tidak mustahillah sama sekali untuk
terlibat dengan penagihan dadah. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai
masyarakat dapat mempengaruhi perkembangan dan personaliti remaja sehingga boleh membawa
kepada masalah sosial ini.
Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang
individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan melahirkan
anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban untuk menolong orang
lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai
murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-kanak membesar dengan menjadi individu
yang sentiasa mengejar harta benda dan kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi
mencapai tujuan tersebut, anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh
dan mengamalkan rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan
personaliti individu yang tidak diingini.
Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar membentuk pola personaliti yang
sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang
diterimanya. Mereka mempunyai personaliti asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih
anak-anak menerima pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik
ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang akan dibentuknya.
PENUTUP
Perkembangan individu sebenarnya dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu factor baka dan factor
persekitaran. Baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan membantu
inidividu mencapai tahap perkembangan yang maksimum. Perkembangan adalah satu pertalian
saling berhubung dengan bahagian yang lain iaitu wujud pertalian nyata antara kematangan jasmani
dan kematangan mental. Corak perkembangan berbeza-beza dimana semua kanak-kanak mencapai
titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Oleh yang demikian, setiap pihak perlulah memberi kerjasama dalam mendidika anak
bangsa yang akan menjadi pelapis kepimpinan Negara, selain memainkan peranan dalam
membentuk perkembangan kanak-kanak agar mereka menjalani kehidupan yang stabil dan
sempurna seterusnya menjadikan mereka asset Negara yang bernilai.
RUJUKAN
Rohani Abdullah (2002). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio
Noremy Md Akhir (April Special -2012;ISSN:1823-884x ): Hubungan factor dalaman penderaan fizikal
terhadap kanak-kanak oleh ibubapa, e-Bangi, FSSK, UKM
Prof.Madya Dr Azizi Hj Yahaya; Pembentukan Personaliti Remaja; Fakulti Pendidkan UTM (Johor)
Nur Shafikah binti Nordin dan Nur Shahida Binti Jusoh, TEORI-TEORI LAIN:
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/teori_teori_lain.
Kursus Pintar Cerdas, Berbakat & Kreatif (KBC 1013) ;
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/d036617/kes_study_sem_3