Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
-
Upload
nordin-yusof -
Category
Documents
-
view
234 -
download
0
Transcript of Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
1/10
PENGERTIAN ZAKAT
DARI SEGI BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri
orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripadasifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnafyang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWTmensyariatkan zakat ialah:
Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang
kurang berada.
Membersihkan diri pembayar zakat.
Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan
golongan yang berada.
Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antaramanusia dengan manusia.
Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat
daripada harta mereka.
Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
2/10
Jenis2 ZAKAT
Ada 2 jenis zakat iaitu:
Zakat Fitrah
Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim
yang berkemampuan dengansyarat-syarat yang ditetapkan.
Zakat Harta
Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat Binatang Ternakan
Zakat Pertanian
Zakat Wang Simpanan
Zakat Emas dan Perak
Zakat Saham
Zakat Ma'adin, Kunuz dan Rikaz *
***Ma'adinIalah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.KunuzIalah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).RikazIalah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan iatersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
3/10
ZAKAT PENDAPATANPendapatan bermaksud perolehan yang merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas seperti
pendapatan ahli profesional. Walau bagaimanapun perolehan hasil harta yang tidak mempunyai strukturzakatnya tersendiri dan juga sumbangan daripada mana-mana pihak jua sekalipun adalah juga diserapkan
dalam perbincangan ini. Kesemuanya ini dibincangkan sekaligus kerana persamaan asasnya yangmenjadikan hukum bagi kesemuanya adalah sama.
Pengertian gaji ialah pendapatan pengajian seseorang yang merupakan ganjaran perkhidmatannya
dengan sesuatu majikan atau orang perseorangan atau syarikat atau institusi. Contoh: Gaji tahunan Tunggakan gaji Pelbagai elaun (kenderaan, makan, mesyuarat) Lain-lain (termasuk bonus atau sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan
dengan penggajian.Pendapatan bebas ialah pendapatan seseorang melalui sesuatu kerja atau usaha kepakaran atau
perkhidmatan yang merupakan ganjaran daripada khidmatnya. Contoh: Khidmat guaman Khidmat nasihat Juru perunding
Rawatan perubatan
Kejuruteraan Seniman Lain-lain
DALIL WAJIB ZAKATFirman Allah s.w.t:"Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baikdan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu."Surah al-Baqarah (ayat 267)
Allah menjelaskan bahawa segala 'hasil usaha yang baik' itu wajib dizakat. Oleh itu, bagi sesiapa yang
menjadikan makan gaji itu sebagai satu profesion, maka itu juga termasuk dalam 'hasil usaha' yang wajibdizakat.Sabda Rasulullah s.a.w:"Menjadi sesuatu kewajipan ke atas setiap Muslim bersedekah (zakat)". Mereka bertanya, "Wahai
Rasullullah, bagaimana yang tidak mempunyai harta?". Baginda menjawab, "Bekerja untuk mendapatsesuatu untuk dirinya lalu bersedekah." Mereka bertanya, " Kalau tidak mempunyai pekerjaan?". Baginda
bersabda, "Tolonglah mereka yang meminta pertolongan". Mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula jikatidak berkuasa?". Baginda menjawab, "Kerja ke jalan kebaikan dan tinggalkan kejahatan, hal itu
merupakan sedekah".
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
4/10
SYARAT WAJIB ZAKATIslam.
Merdeka.
Sempurna Milik.
Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus,elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya.
Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebutsebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang
dikenakan zakat.
Cukup nisab.Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa,
memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepadaemas.
Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untukpengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat
pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya hartawang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.
KAEDAH PENGIRAAN ZAKATTerdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatanKAEDAH 12.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)CONTOH:Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyakRM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00KAEDAH 2Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah
penolakan yang dibenarkanKAEDAH 3Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.
CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun) RMGaji 24,000Elaun 5,800Bonus 4,000Lain-lain 5,000UMLAH PENDAPATAN 38,800
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
5/10
B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun) RMDiri 8,000Isteri 3,000Anak-anak (1,000 x 4 orang) 4,000Pemberian IbuBapa 2,400Caruman KWSP 2,400Caruman Tabung Haji 600Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli. 1,200UMLAH TOLAKAN 21,600
C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B) RMRM38,800 - RM 21,600
Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006 (April) = RM 6,297.96)17,200
D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%) RMRM17,200.00 x 2.5% 430.00NOTA:
1. Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah
penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).2. Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar
(berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian,perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.
3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada
institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepadajumlah sebenar.
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
6/10
ZAKAT WANG SIMPANANMata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan
perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagaisatu kuasa membeli. Nisab zakat wang simpanan adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20
mithqal (85 gram) atau perak (595 gram)DALIL WAJIB ZAKAT
"Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: "Apabila kamu mempunyai
200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkanmengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang
digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkanzakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi
sesuatu harta kecuali genap setahun."
Kaedah Kiraan Zakat Wang Simpanan
Simpanan Tetapo Apabila sesuatu simpanan tetap itu telah genap setahun dan jumlahnya melebihi
daripada paras nisab (nilai 85 gram emas), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak
2.5% daripada jumlah wang simpanan tersebut.
Simpanan Biasao Ianya adalah dikira berdasarkan kepada jumlah baki terendah atau berakhir haul bagi
simpanan tersebut.
Simpanan Dalam Satu Akauno Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan baki terendahnya (setelah ditolak
faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang
itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Simpanan Dalam Beberapa Akauno Jika seseorang itu mempunyai beberapa akaun simpanan, maka baki terendahnya dari
setiap akaun simpanan tersebut mestilah dicampurkan untuk mengira zakat walaupunmungkin jika dikira satu-satu akaun, baki terendahnya tidak mencukupi nisab.
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
7/10
Zakat Pendapatan
1. Maksud pendapatan adalah luas. Bolehkah diperincikan apakah jenis-jenispendapatan yang wajib dizakatkan?
Zakat pendapatan juga diistilahkan sebagai zakatal-mal al-mustafad
, iaitu zakat yangbersumberkan gaji dan pendapatan professional yang lain.
Zakat pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan ataubayaran yang diperolehi sebagai balasan atas perkhidmatan yang diberi. Ia dikenalisebagai upah, gaji, bonus, dividen, hasil sewaan, royalty, hibah, elaun, honorarium,pampas an, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk pendapatan yangberasaskan kerjaya atau sebagai ahli professional.
Oleh itu, zakat pendapatan tidak hanya tertakluk kepada gaji tetap sahaja bahkansegala jenis pendapatan lain juga wajib dikira sebagai tunduk kepada zakat pendapatan.
2. Adakah seorang isteri yang berkerja wajib menunaikan zakatnya? Atau cukupsekadar suaminya sahaja yang menunaikan zakat?
Zakat adalah tertakluk kepada individu. Suami yang berkerja maka zakat wajib keatasnya, maka isteri yang berkerja juga wajib zakat ke atasnya. Begitu juga, wangsimpanan isteri milik isteri dan wajib dizakatkan, wang simpanan suami milik suamimaka wajib dizakatkan. Ia adalah harta individu. Maka, suami dan isteri hendaklahmengira sendiri, sama ada pendapatan tahunan mereka wajib dizakatkan atau tidak.Sekiranya wajib, maka masing-masing wajib mengeluarkan zakat. Ia berbeza denganzakat fitrah pada bulan Ramadan, kerana ia dikeluarkan oleh ketua keluarga untuksemua tanggungannya.
3. Saya telah memenangi sebuah peraduan dan mendapat hadiah berupa wangtunai sebanyak RM10,000.00. Adakah ia diki ra sebagai pendapatan dan saya wajibmenzakatkannya? Bagaimana pula jika saya memenangi kereta atau rumah?
Wang hadiah itu tidak boleh dikira pendapatan kerana ia didapati secara mengejut dantidak berkala atau tetap. J adi, saudara tidak perlu mengeluarkan zakat ke atasnya.Walau bagaimanapun, ia akan menjadi zakat simpanan jika saudara tidakmenghabiskannya dan menyimpannya di dalam mana-mana akaun (sebaik-baiknyatahun hijrah), misalnya saudara dapat wang hadiah itu pada bulan Ramadan tahun ini,saudara guna dan pada bulan Ramadan tahun hadapan, yakni genaplah setahun hijrah,
jika masih berbaki maka ia dikira zakat simpanan. Itu pun jika baki selepas setahun itumasih melebihi nisab semasa (katakan nisab ialah RM6,800), maka barulah dikirakan
zakat ke atas wang hadiah itu. Manakala hadiah dalam bentuk lain seperti rumah dankereta tidak perlulah dizakatkan.
4. Saya melaksanakan zakat menerusi Skim Potongan gaji. Sekiranya sayasengaja melebihkan amaun bayaran zakat melalui potongan gaji, adakah iadikirakan zakat juga? Bolehkah saya meniatkannya sebagai qada zakat?Bagaimana pula dengan akad zakat?
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
8/10
Zakat sudah tertentu jumlahnya. J ika ditaksirkan zakat saudara ialah RM100 sebulan,kemudian saudara sengaja menunaikan RM150, maka lebihan itu bukanlah zakatmelainkan dikira sebagai sedekah.
Walau bagaimanapun, ia boleh diniatkan sebagai zakat harta yang lain. Misalnya zakatemas, zakat simpanan atau apa sahaja zakat termasuklah qada zakat yang lalu.
Memadai dengan niat saudara semasa mengisi borang potongan zakat maka akad tidakdiperlukan lagi.
Ini kerana, rukun dan syarat sah zakat ialah niat dan memberikan harta, yakni berlakupemindahan hak milik ke atas harta zakat. Manakala lafaz zakat atau akad hanyalahsunat semata-mata.
5. Saya telah ditegur oleh seorang kawan kerana membayar zakat melaluipotongan gaj i set iap bulan. Kata kawan saya, haul zakat saya ialah di hujungtahun. Saya keliru dan adakah sah zakat saya sebelum ini?
Sebenarnya, perbicaraan mengenai haul zakat penggajian agak panjang. Walaubagaimanapun, ulama sendiri mempunyai dua pendapat. Ada menyatakan, ia bolehdizakatkan tanpa menunggu setahun dan ada yang menyatakan hendaklah ditunggusetahun.
Hukumnya adalah sah zakat tersebut bahkan lebih awla jika saudara bimbangseandainya apabila cukup setahun, maka saudara sudah menghabiskan semua wangtersebut.
Kesimpulan yang dapat diberikan, adalah sah dan harus mengeluarkan zakat lebih awaldari waktunya. Inilah pendapat yang kuat bagi kalangan Syafie, Hanafi dan Hambali.
6. Saya berminat mengetahui rebat cukai individu yang menunaikan zakat?Bolehkah diperjelaskan kesannya kepada PCB saya?
Hakikatnya, rebat kepada cukai pendapatan adalah suatu kelebihan yang diberikan olehpihak kerajaan kepada umat Islam. Maknanya, zakat termasuklah zakat fitrah layakdijadikan rebat kepada cukai pendapatan.
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A (3), setiap individu yang menunaikanzakat berhak mendapat rebat ke atas jumlah cukai yang perlu dibayar pada tahunberkenaan. Implikasinya, sama ada ia akan mengurangkan jumlah cukai pendapatanindividu ataupun ia akan terus mendapat pelepasan daripada membayar cukaipendapatan.
Oleh itu, setiap pembayaran zakat wajib disimpan resitnya bagi tujuan pembuktikankepada pihak LHDN apabila diminta. Di samping itu, menunaikan zakat menerusi SkimPemotongan Gaji juga akan melayakkan pelarasan cukai bulanan bagi mereka yangdikenakan Potongan Cukai Berjadual.
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
9/10
Zakat Simpanan
1. Apakah perbezaan di antara zakat pendapatan dan zakat wang simpanan?
Zakat pendapatan dilihat puncanya dari gaji, elaun, bonus, pendapatan sampingan danhasil-hasil lain yang boleh diertikan sebagai pendapatan. Adapun zakat wang simpanandilihat puncanya dari wang yang disimpan sahaja.
Zakat wang simpanan dikenakan pada jumlah terendah yang mencecah nisab semasa,sementara zakat pendapatan dikenakan kepada jumlah yang berbaki selepas dibuatpenolakan terhadap perbelanjaan asasi.
2. Mengapakah seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajibmembayar zakat wang simpanannya walaupun wang simpanan tersebut datangdari pendapatan yang sama?
Seorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wangsimpanannya kerana zakat yang dikenakan ke atas simpanannya itu walaupun darisumber yang sama tetapi perlu difahami bahawa zakat simpanan itu adalah dari sumberdan haul yang berbeza.
Contohnya:Seseorang yang telah membayar zakat pendapatan masih wajib membayar zakat wangsimpanannya apabila simpanannya itu telah cukup haulnya. Pengiraan haulnya muladikira apabila simpanan dari gajinya itu cukup setahun.
Melalui keterangan ini, difahami bahawa zakat dikenakan ke atas wang simpanantersebut kerana wang simpanan itu mengikut haul yang berbeza dari haul gajinya.
Permasalahan ini dapat difahami dengan lebih jelas lagi apabila kita qiaskan kepadakewajipan membayar zakat emas yang dibeli dari sumber gaji.
Contohnya:Seseorang yang telah membayar zakat gajinya kemudian ia membeli emas dari lebihangajinya itu, maka ia wajib mengeluarkan zakat emasnya. Begitulah halnya padapermasalahan yang saudari kemukakan. Di dalam situasi ini, ia wajib membayar zakatemas tersebut apabila ia telah cukup haulnya. Pemilik emas tidak boleh mendakwabahawa emas ini tidak wajib dizakatkan kerana ia dibeli dari wang gaji yang telahdizakatkan.
-
7/29/2019 Tazkirah - Zakat Pendapatan - FAQ
10/10
3. Saya mengeluarkan wang KWSP saya sebanyak RM40,000.00 bagi tujuanmembayar ansuran rumah. Adakah saya kena menzakatkan wang tersebut,sedangkan saya langsung tidak memegang wang itu kerana KWSP telahmengeluarkan cek dan ia dibayar terus kepada bank?
Wang yang disimpan di dalam KWSP dikategorikan sebagai wang simpanan. Walau
bagaimanapun, sepanjang wang itu berada di dalam simpanan KWSP, syarat sempurnamilik masih belum ada. Oleh itu, saudara masih belum wajib mengeluarkannya. Hanyaapabila saudara membuat pengeluaran, maka saat itulah datangnya kewajipanberzakat.
Menurut fatwa di Selangor, amalan yang paling afdal ialah saudara terus menunaikanzakat KWSP tersebut sebanyak 2.5 peratus daripada jumlahnya semasa pengeluaran.Sungguh pun saudara tidak memegang wang KWSP kerana ia dibayar terus kepadabank; namun saudara masih mendapat manfaatnya. Maka, ambillah wang dari mana-mana sumber lain bagi menjelaskan zakat KWSP tersebut.