Tatacara Penubuhan TASKA

Click here to load reader

  • date post

    06-Aug-2015
  • Category

    Documents

  • view

    393
  • download

    13

Embed Size (px)

description

Tatacara pernubuhan TASKA

Transcript of Tatacara Penubuhan TASKA

DRAF15/06/11

GARIS PANDUAN PENUBUHAN

TADIKA DAN TASKA

GP027

GARIS PANDUAN PENUBUHAN

TADIKA DAN TASKA

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN 2011

Cetakan Pertama 2011 Hak cipta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hak cipta terpelihara Mana-mana bahagian dalam laporan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi atau pun dipindahkan dalam sebarang bentuk cara, sama ada dengan cara elektronik, gambar rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Penerbit terlebih dahulu.

ISBN XXX-XXX-XXXXX

Diterbitkan Oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tel : 03 2698 9211 Fax: 03 2692 9994

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Pemberitahuan Garis Panduan ini adalah sebahagian daripada Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat yang menggantikan Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat JPBD 19/97 yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan kandungan Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Garis panduan ini tidak mengatasi mana-mana garis panduan lain, sama ada dari segi subjek atau pun pertapakan, yang disediakan di bawah peruntukan perundangan oleh mana-mana pihak. Ia juga perlu dibaca bersama dengan beberapa garis panduan lain yang berkaitan yang disediakan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA

1 i

GLOSARI CCC CSR JK JBPM JKM JPBD SM kp KAAK KKM KM KPKT KPWKM mp NKEA NKRA OKU OSC PBN PBT RKK RT SSM TASKA UKBS Sijil Siap dan Pematuhan Tanggungjawab Sosial Korporat Jabatan Kesihatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kaki persegi Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak Kementerian Kesihatan Malaysia Kebenaran Merancang Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Meter persegi National Key Economic Area National Key Result Area Orang Kurang Upaya One Stop Centre Pihak Berkuasa Negeri Pihak Berkuasa Tempatan Rancangan Kawasan Khas Rancangan Tempatan Suruhanjaya Syarikat Malaysia Taman Asuhan Kanak-Kanak Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA

1 ii

ISI KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. TUJUAN LATAR BELAKANG 2.1 Keperluan Garis Panduan SKOP 3.1 Peruntukan Perundangan dan Peraturan DEFINISI DAN JENIS TADIKA DAN TASKA 4.1 Tadika 4.2 TASKA 1 1 2 2 3 3 3 4

5.

PERANCANGAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 5 5.1 Perancangan Tapak 5 5.1.1 Pematuhan Rancangan Pemajuan 5 5.1.2 Bilangan Penduduk 6 5.1.3 Lokasi dan Keadaan Tapak 7 5.2 Persetujuan Jiran Bagi Penyediaan Tadika dan TASKA di Kawasan Kediaman 9 5.3 Keluasan Ruang Lantai Minimum 10 5.4 Reka Bentuk Bangunan 11 5.5 Nisbah Pengasuh dan Kanak-kanak (TASKA) 12 PROSES PERMOHONAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 6.1 Proses Permohonan di Tapak Khas Yang Belum Didirikan Bangunan 6.2 Proses Permohonan di Tapak Khas Yang Telah Didirikan Bangunan 6.3 Proses Permohonan di Kawasan Kediaman (Sekiranya Perlu/Dalam Tempoh Peralihan) 6.4 Proses Permohonan di Bangunan Berintegrasi/Tempat Kerja/Institusi PELAKSANAAN KADAR BAYARAN FI PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA 8.1 Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan 8.2 Kadar Bayaran Fi Pendaftaran Tadika dan TASKA 8.3 Kadar Bayaran Lesen Perniagaan dan Iklan PENUTUP 13 13 13 13 15 15 16 16 17 17 18

6.

7. 8.

9.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN TADIKA DAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA

1 iii

SENARAI JADUAL Jadual Jadual Jadual Jadual Jadual Jadual Jadual Jadual Jadual 1.0: 2.0: 3.0: 4.0: 5.0: 6.0: 7.0: 8.0: 9.0: Jenis TASKA Nisbah Penyediaan Tadika Dan TASKA Mengikut Bilangan Penduduk Keluasan Ruang Lantai Minimum Tadika Keluasan Ruang Lantai Minimum TASKA Nisbah Pengasuh dan Kanak-Kanak Kadar Bayaran Fi KM dan Pelan Bangunan Kadar Bayaran Fi Pendaftaran Tadika dan TASKA Kadar Bayaran Lesen Perniagaan dan Iklan Jumlah Keseluruhan Fi Penubuhan Tadika dan TASKA 4 6 10 11 12 16 17 17 18

SENARAI RAJAH Rajah 1: Lokasi Tadika dan TASKA Dalam Rancangan Pemajuan Rajah 2: Contoh Konsep Penyediaan Tadika dan TASKA Secara Berintegrasi Rajah 3: Proses Permohonan Penubuhan Tadika dan TASKA 5 8 14

LAMPIRAN Borang Permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan, Pendaftaran, Lesen Perniagaan dan Iklan Untuk Penubuhan Tadika dan TASKA

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA

1

1.

TUJUAN Garis Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan kepada: i. ii. iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi teknikal dalam merancang dan menimbang permohonan pembangunan Tadika dan TASKA; Pihak pemaju untuk merancang dan membina Tadika dan TASKA; dan Pengusaha untuk penubuhan, pendaftaran dan permohonan lesen perniagaan dan iklan untuk Tadika dan TASKA.

2.

LATAR BELAKANG Aspek perancangan tapak kemudahan Tadika dan TASKA telah diambilkira di dalam Garis Panduan Perancangan Kemudahan Masyarakat (JPBD 19/97) yang sedang disemak semula oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD SM) dengan mengambilkira isu-isu terkini. Walau bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011 pada 6 April 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah memutuskan supaya disediakan satu Garis Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA secara khusus yang meliputi aspek perancangan tapak, perlesenan dan proses penubuhan Tadika dan TASKA. Ini adalah berikutan daripada timbulnya isu-isu seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. Tempoh permohonan kelulusan tukar syarat, Kebenaran Merancang (KM), perlesenan dan pendaftaran yang mengambil masa terlalu lama; Peraturan dan syarat dalam menimbang kelulusan yang tidak seragam di antara pelbagai agensi; Fi bayaran permohonan KM, lesen perniagaan dan iklan yang baru dan pembaharuan lesen yang tidak seragam di antara PBT; Kewujudan operasi Tadika dan TASKA yang tidak berdaftar (operasi secara haram) di kawasan kediaman telah menyebabkan timbulnya kacau-ganggu terutamanya dari aspek lalu-lintas dan bunyi bising; dan Tapak khas Tadika dan TASKA yang dikenal pasti di dalam Rancangan Tempatan (RT) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) tidak dibangunkan.

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA

1 2

2.1

Keperluan Garis Panduan

Lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam Bil. 2/2011, Mesyuarat Penyelarasan Bil.1/2011 Draf Garis Panduan Penubuhan Tadika dan TASKA pada 26 April 2011 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memutuskan supaya disediakan: i. Garis panduan berbentuk way forward untuk memenuhi keperluan dan kehendak masa hadapan serta mengambil kira parameter negara maju. Garis panduan menggabungkan dan mengambilkira keperluan agensi teknikal termasuk PBT, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementarian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN). Tadika dan TASKA sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR). Garis panduan yang jelas merangkumi proses atau langkah-langkah, senarai semak, tempoh masa penubuhan Tadika dan TASKA secara menyeluruh.

ii.

iii. iv.

Di samping itu, keperluan penyediaan Garis Panduan ini juga adalah bagi memenuhi kehendak NKRA yang mana sasaran pendaftaran kanak-kanak pra-sekolah adalah 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Tambahan lagi, NKEA bagi pendidikan pula memberi penekanan kepada kerjasama pihak awam dan swasta [Public-Private Partnership (PPP)] di bawah EPP11: ECCE Ramp-up dan EPP22: ECCE Training Centres.

1 2

EPP 1: Scaling up early child care and education centres. EPP 2: Improving early child care and education training. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TADIKA DAN TASKA GARIS PANDUAN TADIKA DAN TASKA

1 3

3.

SKOP Garis panduan yang disediakan ini mengambilkira keperluan semasa dan juga keperluan akan datang yang melibatkan penubuhan Tadika dan TASKA di tapak khas/bangunan khas, bangunan berintegrasi, tempat kerja, institusi dan kawasan kediaman (sekiranya perlu). Garis panduan ini adalah terpakai bagi penubuhan Tadika dan TASKA sama ada yang dijalankan oleh pengusaha Kerajaan atau swasta di seluruh Semenanjung Malaysia. 3.1 Peruntukan Perundangan dan Peraturan Perancangan dan penubuhan Tadika dan TASKA adalah tertakluk kepada peruntukanperuntukan perundangan dan peraturan utama seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172); Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171); Akta Pelajaran 1961 [P.U.(A)414/72]; Akta Pendidikan 1996 (Akta 550); Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308); Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UKBS, 1984); Peraturan-Peraturan Pendidikan 1997 & 1998; dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Di Institusi) 1985.

4.

DEFINISI DAN JENIS TADIKA DAN TASKA 4.1 Tadika

Di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Tadika dide