Takaful myHealth Plus - takaful-malaysia.com.my · Ganda di Luar Negara dan Pendapatan Harian...

12
DUTI SETEM DIBAYAR SIJIL INDUK UNTUK Takaful myHealth Plus SIJIL NO. HPA-H0007257-10-BRO-16

Transcript of Takaful myHealth Plus - takaful-malaysia.com.my · Ganda di Luar Negara dan Pendapatan Harian...

DUTI SETEM

DIBAYAR

SIJIL INDUK UNTUK Takaful myHealth Plus

SIJIL NO. HPA-H0007257-10-BRO-16

STMAB/Takaful myHealth Plus /V02(BM)/02-2019

M/S 1 dari 11

Sijil Induk ini dikeluarkan untuk melindungi pelanggan-pelanggan Pemilik Sijil Induk yang dipelawa oleh Kami untuk menyertai Takaful myHealth Plus yang diuruskan oleh Kami, atas pertimbangan terhadap bayaran sumbangan yang diperlukan. Sijil Induk ini akan berkuat kuasa pada Tarikh Permulaan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil Induk. Terma-terma dan syarat-syarat di dalam halaman ini dan halaman berikutnya, apa-apa pindaan atau endorsemen atau lampiran yang dimasukkan semasa dikeluarkan atau pada masa akan datang akan menjadi sebahagian daripada Sijil Induk ini.

Di dalam Sijil Induk ini jika konteksnya menyatakan jantina maskulin hendaklah dianggap sebagai termasuk

jantina feminin dan begitu juga perkataan tunggal dianggap sebagai banyak/ramai dan sebaliknya, dan

perkataan-perkataan dan pernyataan di bawah dianggap mempunyai maksud berikut:

1.1 “KEMALANGAN" bermaksud kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, tidak disengajakan, tidak dijangka, luar biasa dan yang tertentu pada masa dan di tempat yang dikenal pasti, yang hendaklah, tanpa bergantung pada apa-apa sebab lain, menjadi satu-satunya sebab bagi kecederaan anggota badan.

1.2 “MANA-MANA SATU KEILATAN” bermaksud segala keilatan yang timbul daripada sebab yang sama

termasuk mana-mana dan semua komplikasinya akibat kecederaan atau Penyakit berpunca daripadanya.

Walaubagaimanapun, mana-mana Keilatan berikutnya akibat daripada sebab yang sama akan dianggap

sebagai Keilatan baru hanya jika Orang Yang Dilindungi telah kembali aktif bekerja untuk tempoh empat

belas (14) hari atau lebih, atau jika Orang yang Dilindungi orang yang menganggur, Keilatan telah berlaku

sekurang-kurangnya empat belas (14) hari selepas tarikh terakhir dia dibenarkan keluar dari Hospital.

1.3 "KLINIK" bermaksud satu institusi yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai Klinik, yang

dikendalikan untuk merawat pesakit yang cedera atau sakit dan menyediakan kemudahan untuk diagnosis, pembedahan kecil dan kemudahan pendispensan. Institusi tersebut mestilah dikendalikan oleh Pakar Perubatan.

1.4 “SUMBANGAN" merujuk kepada jumlah yang perlu dibayar di bawah Sijil Induk seperti yang dinyatakan

di dalam Halaman Maklumat Sijil Induk atau dalam endorsemen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.

1.5 “KEILATAN” bermaksud Sakit, Wabak, Penyakit atau semua kecederaan yang timbul daripada satu atau beberapa sebab yang berterusan.

1.6 “DOKTOR” atau “PAKAR PERUBATAN” atau “PAKAR BEDAH” bermaksud pengamal perubatan berdaftar

yang layak dan berlesen untuk mengamalkan perubatan barat dan yang semasa memberikan rawatan itu, mengamalkannya mengikut skop pelesenan dan latihannya di kawasan geografi profesion tersebut diamalkan, tetapi tidak termasuk Doktor, Pakar Perubatan atau Pakar Bedah yang merupakan Orang yang Dilindungi itu sendiri.

1.7 “TARIKH KUAT KUASA" merujuk kepada hari pertama Tempoh Perlindungan Takaful yang mana

perlindungan Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini telah berkuat kuasa seperti yang dinyatakan dalam Halaman Maklumat Sijil atau di dalam endorsmen berikutnya yang dikeluarkan oleh Kami.

1.8 “DANA TAKAFUL AM" atau "DTA" bermaksud akaun pemegangan Peserta yang mana Sumbangan selepas

pemotongan apa-apa Yuran Wakalah di bawah Sijil Induk ini akan dikreditkan. Semua manfaat seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini dan hasil pembatalan akan dibayar daripada akaun ini. Jika DTA tidak mencukupi untuk pembayaran manfaat, Kami akan menyediakan pinjaman secara Qardh. Qardh akan dibayar balik apabila pulangan DTA kembali kepada kedudukan lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

1. MAKSUD AM

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 2 dari 11

1.9 “HOSPITAL" bermaksud sebuah institusi yang ditubuhkan dan didaftarkan sewajarnya sebagai Hospital untuk jagaan dan rawatan orang yang sakit dan cedera yang merupakan pesakit katil berbayar, dan yang: (a) mempunyai kemudahan untuk diagnosis dan pembedahan utama;

(b) menyediakan khidmat jagaan 24 jam sehari oleh jururawat berdaftar dan bertauliah;

(c) di bawah penyeliaan Pakar Perubatan; dan (d) bukan sebuah klinik; tempat untuk penagih alkohol atau penagih dadah, pusat jagaan, rumah rehat

atau pemulihan atau rumah untuk orang tua atau institusi yang serupa.

1.10 “PENDAPATAN HOSPITAL” bermaksud Pendapatan Harian Hospital, Pendapatan Harian Hospital Dua Kali Ganda di Luar Negara dan Pendapatan Harian Hospital Tiga Kali Ganda jika dimasukkan ke ICU seperti dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil.

1.11 “PENGHOSPITALAN” bermaksud dimasukkan ke Hospital sebagai pesakit dalam yang berdaftar untuk

rawatan yang perlu dari segi perubatan bagi Keilatan yang dilindungi apabila disyorkan oleh Pakar Perubatan. Pesakit tidak boleh dianggap sebagai pesakit dalam jika pesakit tidak tinggal di Hospital secara fizikal sepanjang tempoh dimasukkan ke hospital.

1.12 “SIJIL INDIVIDU" bermaksud dokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang perlindungan Takaful yang disediakan kepada Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

1.13 “KECEDERAAN” bermaksud kecederaan anggota badan yang disebabkan oleh Kemalangan.

1.14 “UNIT RAWATAN RAPI" atau "ICU" bermaksud suatu bahagian di Hospital yang dinamakan sebagai Unit

Rawatan Rapi oleh Hospital, dan yang diselenggara dua puluh empat (24) jam hanya untuk rawatan bagi pesakit dalam keadaan kritikal dan dilengkapi khidmat jagaan dan perubatan khas yang tidak disediakan di mana-mana bahagian lain di Hospital.

1.15 “HAD SEUMUR HIDUP” merujuk kepada jumlah maksimum manfaat terkumpul yang kena bayar kepada Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini semasa hayat Orang Yang Dilindungi seperti yang dinyatakan dalam Halaman Maklumat Sijil.

1.16 “PEMILIK SIJIL INDUK” merujuk kepada badan korporat atau organisasi yang mana Sijil Induk ini dikeluarkan berkenaan dengan perlindungan yang diberikan kepada Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

1.17 “PESERTA" bermakna pelanggan Pemilik Sijil Induk yang layak seperti yang dinamakan dalam Halaman

Maklumat Sijil yang telah menerima jemputan Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.

1.18 “TEMPOH PERLINDUNGAN TAKAFUL" yang berkaitan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi bermaksud satu (1) tahun kalendar bermula pada Tarikh Kuat Kuasa seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil. Setiap Tempoh Takaful yang berikutnya adalah satu (1) tahun dari ulang tahun sijil kepada ulang tahun sijil yang berikutnya.

1.19 “ORANG YANG DILINDUNGI" bermaksud Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

1.20 “PENYAKIT SEDIA ADA” bermaksud keilatan yang diketahui sewajarnya oleh Orang Yang Dilindungi

sebelum tarikh kuatkuasa perlindungan bermula. Orang Yang Dilindungi dianggap mengetahui sewajarnya keadaan penyakit sedia ada jika satu (1) daripada di bawah berlaku: (a) Orang Yang Dilindungi telah atau sedang menerima rawatan;

(b) nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan;

(c) gejala yang jelas dan tepat dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau

(d) kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu.

1.21 “QARDH” bermaksud pinjaman yang disediakan oleh Kami jika jumlah di dalam DTA telah digunakan sepenuhnya. Pinjaman akan diberikan tanpa faedah.

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 3 dari 11

1.22 “SAKIT”, “WABAK” atau “PENYAKIT” bermaksud keadaan fizikal yang ditunjukkan dari segi patologi berbeza daripada keadaan kesihatan yang normal.

1.23 “PENYAKIT TERTENTU" bermaksud keilatan berikut dan komplikasi yang berkaitan dengannya, yang berlaku dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama dari Tarikh Berkuatkuasa: (a) Tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit kardiovaskular; (b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari; (c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak; (d) Hernia, buasir, fistula, hydrosele, varikosele; (e) Endometriosis termasuk penyakit pembiakan; (f) gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.

1.24 “TABARRU’” bermaksud derma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu Orang Yang Dilindungi yang lain semasa musibah bagi tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan Orang Yang Dilindungi

1.25 “TAKAFUL” merujuk kepada satu skim bantuan bersama untuk semua Peserta yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan, perpaduan dan kerjasama di mana setiap Peserta bersetuju untuk menyumbang sejumlah dana atas dasar Tabarru’ ke dalam dana risiko untuk menyediakan bantuan kewangan dan bantuan kepada Orang Yang Dilindungi, Peserta atau benefisiari apabila berlaku peristiwa-peristiwa yang telah ditetapkan.

1.26 “TEMPOH TANGGUH” bermaksud tiga puluh hari (30) pertama antara masa bermulanya keilatan Orang

Yang Dilindungi dan bermulanya tarikh kuat kuasa sijil. Hal ini tidak terpakai selepas tahun pertama perlindungan. Walaubagaimanapun, jika perlindungan takaful terhenti, maka Tempoh Tangguh akan terpakai sekali lagi.

1.27 “WAKALAH” merujuk kepada kontrak Syariah di mana Anda melantik Kami untuk melabur dan

menguruskan Sumbangan dalam DTA bagi pihak Anda. Sebagai pulangan, Anda membenarkan Kami untuk memotong sejumlah Sumbangan sebagai Yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan.

1.28 “KITA” atau "KAMI" merujuk kepada Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.

2.1 KONTRAK

Sijil Induk ini, MCIP, Sijil Individu, Halaman Maklumat Sijil dan segala perakuan bertulis berkenaan

dan/atau penyata yang melengkapkan Sijil Induk ini bersama-sama dengan sebarang endorsmen yang

dibuat oleh Kami, akan membentuk keseluruhan kontrak di antara Pemilik Sijil Induk, Peserta, Orang Yang

Dilindungi dan Kami. Semua kenyataan yang dibuat akan menjadi pernyataan dan bukannya jaminan. Jika

terbukti bahawa kenyataan yang dibuat oleh Pemilik Sijil Induk, Peserta atau Orang Yang Dilindungi adalah

palsu, Kami boleh mengisytiharkan bahawa kontrak itu tidak sah.

Jika terdapat apa-apa perubahan yang dibuat kepada kontrak itu, ia perlu dibuat secara bertulis, diluluskan dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.

2.2 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN DAN KELAYAKAN

Mereka yang layak dilindungi untuk perlindungan Takaful di bawah Sijil Induk ini adalah pelanggan semasa dan bakal pelanggan Pemilik Sijil Induk yang dijemput oleh Kami untuk menyertai Sijil Induk ini.

2. SYARAT-SYARAT AM

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 4 dari 11

2.3 WILAYAH GEOGRAFI Semua manfaat yang disediakan dalam Sijil Induk ini adalah sah di serata dunia, dua puluh empat (24) jam sehari.

2.4 SALAH NYATA / PENIPUAN Perlindungan Takaful kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi akan menjadi tidak sah jika maklumat yang diberikan adalah tidak benar dalam mana-mana perkara atau jika fakta penting yang mempengaruhi risiko tidak dinyatakan dengan betul atau ditinggalkan, atau jika perlindungan yang telah diterima melalui apa-apa salah nyata, salah nyataan atau penyelindungan (maklumat), atau mana-mana penipuan atau tuntutan yang ditokok tambah, atau membuat apa-apa perisytiharan atau pernyataan yang palsu.

2.5 BONUS PEMBAHARUAN Sijil Individu layak mendapat Bonus Pembaharuan semasa pembaharuan untuk Tempoh Takaful yang lain selepas dilindungi secara berterusan di bawah pelan yang sama seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil berkaitan dengan bilangan Tempoh Takaful yang disenaraikan seperti berikut:

Bilangan Tempoh Takaful Bonus Pembaharuan

Kurang dari satu Tiada

Satu atau sebahagian daripadanya 10% dari Pendapatan Hospital

Dua atau sebahagian daripadanya 20% dari Pendapatan Hospital

Tiga dan sebahagian daripadanya 30% dari Pendapatan Hospital

Empat dan sebahagian darinya 40% dari Pendapatan Hospital

Lima atau lebih 50% dari Pendapatan Hospital

Tiada penambahan sumbangan diperlukan untuk Bonus Pembaharuan.

2.6 PEMBAHAGIAN LEBIHAN

Kami akan melabur dan menguruskan DTA selaras dengan Syariah. Sebarang lebihan daripada DTA sebagaimana yang ditentukan oleh Kami akan digunakan untuk menyelesaikan semua Qardh yang terhutang kepada Kami. Baki lebihan yang dikira selepas membuat semua bayaran di atas kemudian akan disimpan di dalam DTA untuk menyediakan dan mengadakan peruntukan bagi tuntutan yang tidak memuaskan.

2.7 BAYARAN UNTUK AMAUN KECIL Untuk sebarang amaun yang patut dibayar dan yang akan dibayar kepada Peserta kerana bayaran balik/serahan/matang/penamatan Sijil/tuntutan yang akan dibayar menggunakan selain daripada cara pembayaran elektronik, bayaran tersebut akan hanya dibuat sekiranya amaun yang patut dibayar dan yang akan dibayar berjumlah Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00) atau lebih. Untuk sebarang amaun yang kurang daripada Ringgit Malaysia Sepuluh (RM10.00), Kami akan mendermakannya untuk amal kebajikan.

2.8 TEMPOH MEMBUAT KEPUTUSAN Jika Peserta tidak berpuas hati dengan Sijil Individunya atas apa-apa sebab-sebab, Peserta boleh kembalikannya kepada Kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penerimaan Sijil Individu. Kami akan membatalkan perlindungan Orang Yang Dilindungi dan membayar balik kepada Peserta semua Sumbangan yang telah dibayar dalam Sijil Individu beliau.

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 5 dari 11

2.9 NOTIS

Sebarang surat-menyurat, notis, permintaan, arahan yang diperlukan oleh Kami mesti dibuat secara bertulis.

2.10 PERUBAHAN RISIKO

Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah dengan segera memberitahu Kami secara bertulis jika terdapat sebarang perubahan penting pada pekerjaan, perniagaan atau tugas-tugas Orang Yang Dilindungi dan membayar sebarang Sumbangan tambahan.

2.11 SILAP NYATA UMUR

Jika pada umur sebenar, Orang Yang Dilindungi tidak layak untuk dilindungi di bawah Sijil Induk ini, perlindungan beliau akan dianggap tidak sah dan liabiliti Kami akan terhad kepada pemulangan Sumbangan yang dibayar tanpa keuntungan.

2.12 PINDAAN

Kami berhak untuk mengubah terma-terma dan peruntukan Sijil Induk ini dengan memberi notis tiga puluh (30) hari secara bertulis melalui pos biasa ke alamat terakhir Pemilik Sijil Induk di dalam rekod Kami. Pindaan tersebut akan berkuatkuasa pada Tempoh perlindungan Takaful Sijil Individu yang berikutnya. Tiada perubahan untuk Sijil Induk ini atau Halaman Maklumat Sijil akan sah melainkan diluluskan, disokong dan ditandatangani oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Kami.

2.13 PEMBATALAN SIJIL INDUK

Sijil Induk ini sama ada secara keseluruhan atau berkenaan dengan mana-mana Orang Yang Dilindungi boleh dibatalkan oleh Kami pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari melalui surat berdaftar yang dihantar kepada alamat terakhir Pemilik Sijil Induk yang diketahui dengan syarat bahawa pembatalan tersebut tidak akan menjejaskan hak-hak berkenaan dengan kecederaan kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi sebelum ini. Begitu juga, Pemilik Sijil Induk boleh membatalkan Sijil Induk ini pada bila-bila masa dengan memberi notis empat belas (14) hari kepada Kami. Dalam keadaan tersebut, tiada bayaran balik sumbangan akan dibuat kepada Peserta. Pembatalan Sijil Induk ini tidak akan mempunyai apa-apa kesan buruk kepada tuntutan yang dibuat sebelum tarikh kuat kuasa pembatalan.

2.14 PEMILIKAN SIJIL

Kecuali diperuntukkan sebaliknya secara nyata melalui Endorsmen dalam Sijil Induk ini, Syarikat berhak

menganggap Pemilik Sijil Induk sebagai pemilik mutlak Sijil Induk ini. Syarikat tidak terikat untuk mengiktiraf apa-apa tuntutan ekuiti atau tuntutan lain atau kepentingan ke atas Sijil Induk ini, dan penerimaan Sijil Induk ini atau Manfaat oleh Pemilik Sijil Induk (atau oleh wakilnya yang sah atau yang diberi kuasa) sahaja hendaklah merupakan pelepasan efektif bagi semua obligasi dan liabiliti Syarikat. Pemilik Sijil Induk hendaklah dianggap sebagai prinsipal atau Ejen bertanggungjawab bagi Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini.

2.15 PRASYARAT LIABILITI

Pematuhan dan pelaksanaan terma, syarat dan endorsmen Sijil Induk ini dengan sewajarnya oleh Pemilik Sijil Induk dan selagi berkaitan dengan apa-apa yang diperlukan atau dipatuhi oleh Pemilik Sijil Induk dan kebenaran dalam pernyataan dan jawapan di dalam borang cadangan dan Borang Tuntutan hendaklah menjadi prasyarat apa-apa liabiliti Kami untuk membayar tuntutan di bawah Sijil Induk ini.

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 6 dari 11

2.16 PROSEDUR TUNTUTAN

Notis bertulis untuk sebarang khidmat, rawatan dan/atau penghospitalan atau pembedahan yang melibatkan manfaat yang boleh dituntut hendaklah dikemukakan kepada Kami bersama dokumen sokongan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas khidmat dan/atau rawatan diberikan.

2.17 SIJIL, MAKLUMAT DAN KETERANGAN

Semua sijil, maklumat, laporan perubatan dan bukti yang diperlukan oleh Kami hendaklah disediakan atas perbelanjaan Peserta, dan dalam bentuk yang Kami perlukan. Dalam apa jua keadaan, semua notis, yang Kami perlukan daripada Peserta atau Orang Yang Dilindungi hendaklah secara bertulis dan dialamatkan kepada Kami. Orang Yang Dilindungi hendaklah, atas permintaan dan perbelanjaan Kami, mengemukakan kepada Kami pemeriksaan perubatan apabila diperlukan.

2.18 BAYARAN TUNTUTAN

Semua tuntutan di bawah Sijil Induk ini akan dibayar kepada Peserta. 2.19 MATAWANG PEMBAYARAN

Semua pembayaran di bawah Sijil Induk ini akan dibuat dalam mata wang Malaysia yang sah.

2.20 PENAMATAN PERLINDUNGAN Perlindungan ke atas mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah Sijil Induk ini akan tamat secara automatik apabila mana-mana satu (1) kejadian yang berikut berlaku:

2.20.1 pembatalan perlindungan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah fasal "PEMBATALAN SIJIL

INDUK INI" di atas; atau 2.20.2 sebaik sahaja Had Seumur Hidup telah habis; atau 2.20.3 berlaku kematian Orang Yang Dilindungi; atau 2.20.4 Orang Yang Dilindungi mencapai umur tujuh puluh (70) tahun pada hari jadi akan datang pada

Ulang Tahun Sijil; atau 2.20.5 Sijil Individu diluputkan atau ditamatkan dalam apa-apa cara lain.

Sebarang Sumbangan yang dibayar atau diterima selepas penamatan Sijil Induk ini atau penamatan perlindungan pada mana-mana Orang yang Dilindungi tidak akan mewujudkan sebarang liabiliti, tetapi Kami akan membayar balik Sumbangan itu tanpa keuntungan.

2.21 FASAL TIMBANG TARA

Semua perbezaan yang timbul daripada Sijil Induk ini hendaklah dirujuk kepada keputusan seorang Penimbang Tara yang akan dilantik secara bertulis oleh pihak dalam percanggahan atau jika mereka tidak mencapai persetujuan dengan seorang Penimbang Tara kepada keputusan dua orang Penimbangtara seorang dilantik secara bertulis oleh setiap pihak dalam masa satu bulan selepas diminta untuk berbuat demikian oleh salah satu pihak atau dalam kes Penimbang Tara tidak bersetuju dengan seorang Pengadil yang dilantik secara bertulis oleh Penimbang Tara sebelum membuat rujukan. Pengadil akan duduk bersama Penimbang Tara dan mempengerusikan mesyuarat mereka dan membuat Keputusan hendaklah menjadi syarat duluan kepada apa-apa hak tindakan terhadap Kami. Jika Kami boleh menolak liabiliti kepada Pemilik Sijil Induk atau Peserta bagi sebarang tuntutan dan tuntutan itu tidak boleh dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh penafian tuntutan itu telah dirujuk kepada timbangtara di bawah peruntukan-peruntukan yang terkandung di sini maka tuntutan untuk tujuan dan maksud disifatkan sebagai telah diabaikan dan tidak boleh dituntut selepas itu.

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 7 dari 11

2.22 FASAL PENGECUALIAN SEKATAN

Kami tidak boleh disifatkan sebagai memberi perlindungan atau bertanggungjawab untuk membayar sebarang tuntutan atau manfaat seperti yang terkandung dalam Sijil Induk ini sehinggakan peruntukan perlindungan itu, pembayaran tuntutan atau manfaat tersebut akan mendedahkan Kami kepada: 2.22.1 apa-apa sekatan atau larangan di bawah resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu; atau 2.22.2 sekatan perdagangan atau ekonomi, undang-undang atau peraturan-peraturan:

2.22.2.1 Kesatuan Eropah; atau 2.22.2.2 United Kingdom; atau 2.22.2.3 Amerika Syarikat; atau mana-mana negara kepada negara-negara di atas; atau

2.22.3 mana-mana undang-undang atau peraturan-peraturan dalam Negara. 2.23 TAKAFUL SEMULA

Kami mempunyai budi bicara untuk mendapatkan takaful semula (insurans semula) yang mencukupi

daripada mana-mana sumber yang Kami anggap sesuai untuk manfaat Orang Yang Dilindungi.

2.24 UNDANG-UNDANG

Sijil Induk ini dan semua hak, kewajipan dan liabiliti yang timbul di bawah Sijil Induk ini, hendaklah ditafsirkan, ditentukan dan dikuat kuasakan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

Semasa Sijil Induk ini berkuatkuasa, Sumbangan yang perlu dibayar di bawah Sijil Induk ini selepas ditolak Yuran Wakalah, jika ada, akan dikreditkan ke dalam DTA sebagai Tabarru', tertakluk kepada terma-terma, syarat, peruntukan dan had yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini.

Kadar Sumbangan tidak dijamin. Kami mungkin akan menyemak semula kadar Sumbangan pada masa akan datang sekiranya pengalaman tuntutan yang merugikan. Semakan kadar tersebut akan dilaksanakan kepada semua Orang Yang Dilindungi tanpa mengira pengalaman tuntutan mereka. Jika terdapat sebarang semakan kadar, Pemilik Sijil Induk akan diberitahu oleh Kami sekurang-kurangnya enam puluh (60) hari sebelum ia dikuat kuasakan. Kadar Sumbangan yang telah disemak hanya akan dilaksanakan pada Ulang Tahun Sijil seterusnya. Ulang Tahun Sijil daripada mana-mana Halaman Maklumat Sijil ertinya satu (1) tahun selepas tarikh kuat kuasa dan setiap tahun berikutnya. Peserta perlu membayar Sumbangan dalam tempoh tangguh enam puluh (60) hari dari tarikh matang bagi setiap Sumbangan. Jika Sumbangan itu masih tidak dibayar selepas tempoh tangguh, Sijil Individu Peserta akan luput tanpa sebarang perlindungan Takaful, manfaat atau nilai. Semasa Sijil Induk ini berkuat kuasa, dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syaratnya, Kami akan memberi manfaat berikut kepada Orang Yang Dilindungi seperti yang dinyatakan di dalam Halaman Maklumat Sijil: 4.1 Manfaat Asas

Apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan bahawa Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital disebabkan oleh: (a) Penyakit Tertentu yang berlaku selepas satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh perlindungan

secara berterusan; atau (b) Penyakit selain daripada Penyakit Tertentu yang dihidap atau didiagnosis selepas Tempoh

Menunggu; atau

3. SUMBANGAN DAN TEMPOH TANGGUH

4. MANFAAT

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 8 dari 11

(c) Kecederaan yang berlaku pada atau selepas Tarikh Berkuatkuasa,

dan atas cadangan Pengamal Perubatan berdaftar, Kami akan membayar:

4.1.1 Pendapatan Harian Hospital dan mana-mana Bonus Pembaharuan, bagi setiap hari penghospitalan di Malaysia, sehingga maksimum satu ratus lapan puluh (180) hari bagi Mana-mana Satu Keilatan; atau

4.1.2 Pendapatan Harian Hospital Dua Kali Ganda di Luar Negara dan mana-mana Bonus Pembaharuan, bagi setiap hari penghospitalan di Luar Negara (termasuk sebarang Kemasukan ke ICU) bagi rawatan perubatan kecemasan sehingga maksimum enam puluh (60) hari bagi mana-mana satu Keilatan; atau

4.1.3 Pendapatan Harian Hospital Tiga Kali Ganda bagi Kemasukan ke ICU dan mana-mana Bonus Pembaharuan, bagi setiap hari kemasukan ke ICU di Hospital di Malaysia, sehingga maksimum tiga puluh (30) hari bagi mana-mana satu Keilatan. Bagi tempoh kemasukan ke ICU yang melebihi tiga puluh (30) hari bagi mana-mana satu Keilatan, Kami akan membayar manfaat bagi item 4.1.1, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.

Dengan syarat:

(i) Tiada manfaat akan dibayar bagi item 4.1.2 jika Orang Yang Dilindungi ke luar Negara untuk

rawatan perubatan atau rawatan perubatan tersebut adalah elektif atau bersifat bukan kecemasan.

(ii) Mana-mana Orang Yang Dilindungi adalah layak untuk hanya salah satu daripada item-item 4.1.1 hingga 4.1.3 di atas pada hari yang sama seperti penghospitalan.

(iii) Jumlah agregat manfaat yang perlu dibayar kepada mana-mana Orang Yang Dilindungi di bawah item 4.1.1 hingga 4.1.3 di atas hendaklah tidak melebihi Had Seumur Hidup.

4.2 Manfaat Tambahan

Kami akan membayar: 4.2.1 Manfaat Tunai Kecemasan Tambahan secara sekaligus jika Orang Yang Dilindungi dimasukkan ke

hospital selama lima (5) hari atau lebih secara berterusan. Manfaat ini dibayar satu (1) kali dalam Tempoh Takaful yang sama.

4.2.2 Pembayaran Manfaat Tunai Ihsan secara sekaligus apabila bukti yang sewajarnya diterima dan disahkan atas kematian Orang Yang Dilindungi.

Sijil Induk ini tidak melindungi sebarang penghospitalan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu (1) kejadian yang berikut:

5.1 Penyakit yang sedia ada; 5.2 Penghospitalan yang disebabkan oleh penyakit yang bermula dalam Tempoh Menunggu; 5.3 Penyakit Tertentu yang dihidapi dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari pertama perlindungan secara

berterusan; 5.4 Penghospitalan untuk tujuan penyiasatan, pendermaan organ, penukaran jantina, pembedahan kosmetik

atau plastik, penyakit gigi, penjagaan atau pembedahan gigi, atau rawatan untuk mengurangkan atau menaikkan berat badan;

5.5 Keabnormalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan;

5. PENGECUALIAN AM

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 9 dari 11

5.6 Kehamilan, yang hendaklah termasuk melahirkan anak dan apa-apa komplikasi yang disebabkan oleh kehamilan, keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan pranatal atau selepas bersalin dan pembedahan, kaedah kawalan kelahiran kontraseptif secara mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan. Erektil disfungsi dan ujian atau rawatan berkaitan impoten atau kemandulan.

5.7 Gangguan psikotik, mental atau saraf (termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau

psikosomatik mereka), penyalahgunaan dadah atau alkohol;

5.8 Kecederaan atau penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh peperangan (sama ada peperangan diisytiharkan atau tidak) atau operasi seakan peperangan, pencerobohan, tindakan musuh asing, permusuhan, perang saudara, pemberontakan, kekecohan awam yang mengandaikan kebangkitan tentera, penderhakaan atau rampasan kuasa atau sebarang tidakan oleh Orang Yang Dilindungi yang bertindak bagi pihak atau berkaitan dengan mana-mana organisasi secara aktif dengan kekerasan ke arah menggulingkan mana-mana kerajaan atau mempengaruhinya melalui keganasan atau kekerasan;

5.9 Kecederaan atau penyakit yang berlaku secara langsung atau tidak langsung disebabkan oleh bahan senjata nuklear, pengionan, radiasi atau pencemaran radioaktif daripada apa-apa bahan api nuklear atau daripada apa-apa bahan buangan nuklear daripada pembakaran bahan api nuklear. Bagi tujuan pengecualian ini, pembakaran hendaklah termasuk sebarang proses pembelahan nuklear selenggara diri;

5.10 Sebarang pelanggaran undang-undang oleh Orang Yang Dilindungi atau serangan yang diprovokasi

olehnya;

5.11 Percubaan bunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan sama ada ketika siuman atau tidak siuman;

5.12 Penerbangan, meluncur atau apa-apa jenis penerbangan udara selain daripada sebagai seorang juruterbang, anak kapal atau sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pesawat perkhidmatan penerbangan atau carter yang diiktiraf;

5.13 Penyertaan dalam atau latihan untuk mana-mana sukan berbahaya atau pertandingan atau menunggang

atau memandu dalam apa-apa bentuk perlumbaan atau pertandingan;

5.14 Mana-mana penyakit kelamin, Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS), jangkitan oleh Human Immunodeficiency Virus (HIV) atau keadaan yang berkaitan.

Anda boleh membuat pertanyaan atau permintaan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi Anda

atau menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan mengemukakan pertanyaan

atau permintaan itu kepada Kami melalui e-mel kepada [email protected]. Kami akan menyimpan

maklumat peribadi anda hanya selama yang perlu untuk memenuhi tujuan yang baginya ia dikumpulkan atau

untuk mematuhi keperluan dasar undang-undang atau peraturan dalaman.

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 10 dari 11

Kami percaya Peserta seharusnya mendapat perkhidmatan yang berbudi bahasa, adil dan cepat. Jika terdapat

sebarang keadaan apabila perkhidmatan Kami tidak memenuhi jangkaan Peserta, sila hubungi Kami dengan

menggunakan maklumat di bawah ini dan berikan Nombor Sijil / Nombor Tuntutan dan Nama Orang Yang

Dilindungi:

1. Pertama dengan Jabatan atau orang yang Peserta berurusan dengan pihak Kami dan bagaimana Peserta

ingin masalah itu diselesaikan.

2. Kedua jika masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan cara yang memuaskan hati Peserta, Peserta boleh

membuat aduan bertulis secara rasmi kepada:

Unit Khidmat Pelanggan (CSU) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel: [email protected]

3. OMBUDSMAN PERKHIDMATAN KEWANGAN ATAU BANK NEGARA MALAYSIA

Jika Anda/Orang Yang Dilindungi tidak berpuas hati dengan maklum balas Kami atau keputusan unit pengurusan aduan Kami, Anda/Orang Yang Dilindungi boleh menghantar aduan sama ada kepada Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (OPK) atau BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia (BNM) di alamat berikut antara enam (6) bulan daripada keputusan Kami.

Ombudsman Perkhidmatan Kewangan (664393P) Level 14, Main Block, Menara Takaful Malaysia No. 4, Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur Tel: 603 2272 2811 Fax : 603 2272 1577 E-mail: [email protected] Website: www.ofs.org.my BNM Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Ground Floor, Blok D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur Tel: 1-300-88-5465 (LINK) Fax: 03-2174 1515

E-mail: [email protected]

PROSEDUR ADUAN

STMAB/Takaful myHealth Plus/V02(BM)/02-2019 M/S 11 dari 11

Pihak yang menuntut adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah untuk manfaat di bawah Sijil Induk ini. Sebarang perbezaan dalam definisi skop perlindungan mengikut seperti yang dinyatakan dalam Sijil Induk ini. Disenaraikan di bawah adalah beberapa dokumen yang diperlukan untuk menyokong bukti tuntutan: Tuntutan Manfaat Tunai Ihsan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan sijil kematian si mati (c) Salinan permit pengebumian (d) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (e) Salinan bukti hubungan (f) Sijil asal Pelan Takaful (jika ada)

Tuntutan Pendapatan Harian Hospital / Tuntutan Tunai Kecemasan Tambahan (a) Borang Tuntutan (b) Salinan kad pengenalan pihak menuntut (c) Nota discaj atau resit wad atau apa-apa pernyataan / bil yang dikeluarkan oleh pihak hospital (d) Laporan Polis jika dimasukkan ke hospital adalah disebabkan Kemalangan (e) Laporan perubatan daripada hospital jika jumlah bil melebihi RM500 (f) Sijil asal Pelan Takaful Pihak yang menuntut hendaklah menghantar borang tuntutan yang lengkap bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan kepada: Unit Khidmat Pelanggan (CSU) Suite 1B-3A, Level 3A, Blok 1B, Plaza Sentral Jalan Stesen Sentral 5 50470 Kuala Lumpur Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat 9:00 pagi -5:30 petang Tel: 1300 82 0022 E-mel: [email protected] untuk Kami memproses tuntutan.

BORANG TUNTUTAN DAN DOKUMEN SOKONGAN (SALINAN MESTI DISAHKAN)