Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa...
Transcript of Tahap SM Modul 402 Sistem & Aplikasi Bahasa Nama...Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 402B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Morfologi
Kata Kerja Transitif Berapitan
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja transitif
berapitan meN-...kan dan dua kata kerja transitif berapitan meN-…i. Kemudian,
anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Setelah menerima panggilan kecemasan, jentera bomba dan anggotanya terus ke
bangunan lima tingkat yang mengalami kebakaran itu. Apabila sampai di tempat
kejadian, anggota bomba mendekatkan jenteranya ke bangunan yang terbakar. Orang
ramai yang menyaksikan kejadian tidak dibenarkan mendekati bangunan tersebut.
Oleh sebab kebakaran berlaku di tingkat tiga, anggota bomba menaikkan tangga ke
tingkat atas. Selepas itu, beberapa orang anggota bomba menaiki tangga tersebut
dengan membawa pelbagai peralatan untuk memadamkan api. Mereka menyiramkan
air ke arah bahagian yang terbakar, Selepas menyirami bahagian yang terbakar
tersebut kira-kira 5 minit, api pun dapat dipadamkan sepenuhnya. Ketangkasan
anggota bomba bertindak telah menyebabkan kebakaran besar dapat dielakkan.
(Dipelik dan diubah suai daripada
Fail Pengarang)
Dua kata kerja transitif berapitan meN-..kan :
Dua kata kerja transitif berapitan meN-..i :
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..kan:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
Ayat daripada kata kerja transitif berapitan meN-..i:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
[6 markah]
B. Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kenal pasti ayat dan tulis subjek dan
predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
(1) Jantung menanggung beban yang berat akibat tabiat makan yang mungkin tidak
seimbang dan kurang sihat serta gaya hidup yang kurang aktif. Kajian Jabatan
Statistik Malaysia menunjukkan bahawa (2) penyakit jantung iskemik kekal punca
utama kematian di Malaysia sepanjang 13 tahun kebelakangan ini. (3) Faktor utama
yang menyumbang kepada situasi ini ialah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan
darah tinggi dan obesiti. Realitinya, (4)satu daripada dua orang rakyat dewasa
Malaysia mengalami masalah kolesterol tinggi. Namun, yang lebih membimbangkan
ialah (5) hampir 40 peratus danpadanya tidak menyedari bahawa paras kolesterol
mereka adalah tinggi.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Berubah ke arah gaya hidup sihat
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
My Metro 28 Ogos 2019)
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
1.
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
2.
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
3.
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
4.
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
5.
Subjek : _________________________________________________________
Predikat : _________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Penyuntingan Bahasa
Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa, manakala petikan 2 terdapat
empat kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap petikan, anda tidak boleh menyenaraikannya lebih daripada jumlah kesalahan
yang dinyatakan dalam arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan
tersebut.
Petikan 1
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan istilah penjarakan sosial yang
digunapakai dalam prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak
Covid-19 kini ditukar kepada penjarakan fizikal. Penggunaan istilah penjarakan
fizikal merujuk kepada pengamalan jarak sekurang-kurangnya satu meter oleh ramai
orang. Penjarakan fizikal perlu dipatuhi dalam kebiasaan baru.
Selain itu, syarat yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan
Pemulihan (PKPP) perlu orang ramai patuhi. Mereka yang berisiko tinggi seperti
kanak-kanak, bayi, warga emas dan
orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi. Individu tidak sihat dan bergejala
dikehendaki segera menjalani peperiksaan kesihatan.
(Dipetik dan diubah suai daripada
Guna Istilah Penjarakan Fizikal untuk Covid-19
BH Online 31 Julai 2020)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
6
[6markah]
Petikan 2
"lni adik saya, cikgu. Namanya Min- Muhammad NurAzrnin," ujar seorang remaja
lelaki berusia awal 17 tahun selepas mengucap salam dengan ungkapan penuh kepada
Cikgu Shamsul Amir Ismail. Salamnya juga berbalas penuh. Remaja yang berambut
ikal pendek itu, Suhaiman. Dia dan adiknya baharu sahaja tiba di kelas tingkatan 5
Arif. Mereka cepat salam-bersalam dengan Cikgu Shamsul Amir Ismail yang ketika
itu berada di sudut belakang kelas tingkat bawah Sekolah Menengah Kebangsaan
Pangkalan Gawi.
"Baguslah, Suhaiman datang awal dan menepati waktu; bawa adik pula tu.
langkah Suhaiman ini amat bagus. Perbuatan Suhaiman ini kalau menurut orang tua-
orang tua kita, umpama melentur buluh dari rebung," balas Cikgu Shamsul Amir
Ismail dengan gembiranya. Daripada memandang Suhaiman, dia meleretkan matanya
kepada Muhammad Nur Azmin pula.
(Dipetik dan diubah sui daripada
Sampah nan Segumpal
O/eh Nur Akmaliah
Petita Bahasa, April2017
Dewan Bahasa April 2019)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
[6 markah]
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
[6 markah]
D. Alih Bahasa
Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu
selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu
menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan
kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.
v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa
Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang
Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata
umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,
mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda
dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan
ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks
bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda
akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan
isi terpesong.
i. Keseluruhan leks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan
mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan
tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga
menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke
dalam pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang,
"Ini harta patik, tuanku."
Maka seorang, "Ini pun ia harta patik, tuanku." Maka kata seorang, "Ini tuanku
benda patik." Kata seorang, "Ini bantal patik, tuanku."
Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, "Hai segala
kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana,
sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh
akan Laksamana."
(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan’(Hal.38)
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(6 markah)
E. Peribahasa
Baca petikan dialog di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa
yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.
Aiman : Aku berasa amat malu.
Ramli : Bukankah sudah aku ingatkan, jangat ambil tahu tentang perselisihan
antara Azlan dengan sepupunya itu. Sekarang mereka sudah berbaik-
baik semula. Sudahlah. Lupakan sahaja segala-galanya. Mari belanja
aku makan. Bukankah engkau baru mendapat gaji ?
Aiman : Ah, bayarlah sendiri! Semalam, apabila aku minta engkau belanja
makan di kantin, engkau buat selamba sahaja.
Ramli : Oh, balas dendam rupanya! Kedekut betul engkau. Nasi lemak harga
satu ringgit pun engkau hendak berkira-kira.
Aiman : Janganlah marah. Aku hanya bergurau . Bukankah kita bersahabat
baik ? Sudah bertahun-tahun kita berkawan. Kita selalu bersama-sama
ke mana-mana sahaja. Setakat secawan kopi dan sebungkus nasi lemak,
tidak menjadi masalah. Marilah kita pergi ke arung Pak Cik Leman.
Peribahasa 1 : ____________________________________________________
Peribahasa 2 : ____________________________________________________
Peribahasa 3 : ____________________________________________________
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM402B-1 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my