TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi...

24
TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU. MOHD ZURAIDI BIN IBRAHIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi...

Page 1: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU.

MOHD ZURAIDI BIN IBRAHIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi
Page 3: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi
Page 4: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI

KALANGAN PELAJAR TAHUN 2, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI

TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI PERSEDIAAN BAKAL GURU.

MOHD ZURAIDI BIN IBRAHIM

Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi
Page 6: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

iii

DEDIKASI

Ditujukan istimewa kepada

Ibu dan bapa tersayang

Wook Binti Hashim dan

Ibrahim Bin Md. Amin.

Yang sentiasa memahami dan memberi

Semangat di sepanjang tempoh pengajian ini.

Abang-abang dan kakak- kakak yang dikasihi,

Mohd Zamani, Mohd Zarimi, Nazariah dan Zalina

Yang sentiasa memberi nasihat dan dorongan

mengejar cita-cita.

Pengobanan kalian tetap akan menjadi pendorong

menamatkan pengajian ini.

Buat insan teristimewa

Kehadiranmu memberi sinar dalam hidupku

Juga tidak dilupa

Teman seperjuangan 5SPJ sessi 2001/2006

Terima kasih di atas sokongan, galakan dan pengorbanan kalian,

akan ku kenang buat selamanya insya-Allah.

Page 7: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda. Adalah sukar bagi saya

untuk menyebut nama mereka satu persatu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu saya semasa membuat kajian ini dijalankan sehingga siap.

Walau bagaimanapun, jasa mereka tetap saya kenang buat selamanya.

Saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan khas kepada

penyelia saya iaitu Encik Kandar Bin Selamat yang tidak kenal erti penat lelah

dalam memberi dorongan, bimbingan, pandangan yang membina dan tunjuk ajar

sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna. Pertolongan dan dorongan

yang diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu

tetap saya abadikan dalam hidup saya.

Akhir kata, buat semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

dalam proses menyiapkan tugasan ini penyelidik ucapkan terima kasih yang tidak

terhingga. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik- baik balasan.

Wassalam

Page 8: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

v

ABSTRAK

Kemahiran berkomunikasi secara berkesan dilihat sebagai satu elemen

penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap pelajar, sama ada bagi memenuhi

keperluan mereka dalam bidang akademik, persediaan untuk kerjaya mahupun dalam

hubungan sosial. Untuk memastikan usaha ini berjaya, guru sebagai agen perubahan

dan perkembangan sahsiah diri pelajar terlebih dahulu perlu menguasai setiap aspek

dalam kemahiran berkomunikasi berkesan bagi memastikan ianya dapat

diperturunkan pula kepada pelajar mereka nanti. Justuru, kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan pelajar- pelajar

tahun 2, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia sebagai persediaan guru.

Sampel kajian adalah terdiri daripada 242 orang pelajar tahun 2 yang mengikuti 14

bidang pendidikan di Fakulti Pendidikan. Kaedah penyelidikan adalah berbentuk

deskriptif iaitu menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dan

maklumat yang diperolehi telah diproses dan dianalisis secara berkomputer dengan

menggunakan pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS ) dan data telah

diterjemahkan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan

alat kajian adalah α = 0.9236. Hasil analisis mendapati majaroti responden mengakui

akan kepentingan kemahiran komunikasi berkesan kepada diri mereka sebagai

persediaan seorang guru. Kajian ini juga mendapati tahap penguasaan responden

dalam kemahiran berkomunikasi adalah pada tahap yang sederhana, ini meliputi

kemahiran membaca, kemahiran bertutur, kemahiran mendengar dan juga kemahiran

menulis. Untuk memantapkan lagi serta menampakkan usaha yang boleh dibuat bagi

meningkatkan tahap penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar,

penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dijadikan renungan dan

tindakan bersama kelak.

Page 9: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

vi

ABSTRACT

An effective communication skills can be seen through an important element

which should be mastered by any student, either to fulfill their needs in academic or

career target and oven in their social life in order to make this comes true, teachers,

as one of the agent of students individuality’s transition should first conquer the

aspect of an effective communication skills. With this, they can easily deliver that

knowledge to students. The purpose of this descriptive research is to identify the

level of communication skill’s mastery by second year students of Faculty

Education, Universiti Teknologi Malaysia,Skudai. There are 242 students from 14

courses being chooses as the research sample. A set of questionnaire was used as the

research instrument. Data obtained were analyzed by using a “Statistical Package for

Social Sciences” ( SPSS ) and presented in frequency, percentage and Mean. The

realibility for this study is α = 0.9236. The form of result of the study shows that

majority of the respondent admit that an effective communication skills is very

important to themselves as well as better preparation to them of becoming a teacher.

The result also showed that their levels of communication skills are at moderate

level. These including skills of reading, speaking, listening and writing. Finally,

researcher also included some opinions to make the level of communication skills

become more solid.

Page 10: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BORANG PENGESAHAN PENYELIA

TAJUK

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI NAMA SINGKATAN xii

BAB I PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 7

Page 11: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

1.7 Batasan Kajian 14

1.8 Definasi Terminologi 15

1.9 Kesimpulan 20

BAB II SOROTAN KAJIAN 21

2.1 Takrifan Komunikasi 21

2.2 Bentuk Komunikasi 24

2.2.1 Komunikasi Lisan 24

2.2.2 Komunikasi Bukan Lisan 25

2.3 Kepentingan Kemahiran Berkomunikasi. 28

2.4 Kemahiran Bertutur 33

2.5 Kemahiran Mendengar 36

2.6 Kemahiran Menulis 41

2.7 Kemahiran Membaca 44

2.8 Kajian Luar Negara 49

2.9 Kajian Dalam Negara 50

2.10 Kesimpulan 51

Page 12: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

BAB III METODOLOGI 52

3.1 Pengenalan 52

3.2 Reka Bentuk Kajian 53

3.3 Tempat Kajian 54

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 54

3.5 Instrumen Kajian 56

3.5.1 Bahagian A 56

3.5.2 Bahagian B 57

3.6 Kajian Rintis 61

3.7 Penganalisaan Data 62

3.8 Kesimpulan 63

BAB IV DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN 64

4.1 Pengenalan 64

4.2 Pengelolaan Data 65

4.3 Analisis Bahagian A 66

4.3.1 Latar Belakang Responden 66

4.3.2 Jantina 66

4.3.3 Keturunan 67

4.3.4 Kursus Pengajian 68

4.3.5 Latar Belakang Pendidikan 69

4.4 Analisis Bahagian B 70

4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 70

4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian Kedua 74

4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 77

Page 13: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 81

4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian Kelima 84

4.4.6 Rumusan 88

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 89

5.1 Pendahuluan 89

5.2 Perbincangan 90

5.2.1 Latar Belakang Responden 91

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan

Kemahiran Komunikasi Berkesan 92

5.2.3 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

Aspek Kemahiran Bertutur 94

5.2.4 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

Aspek Kemahiran Mendengar 97

5.2.5 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

Aspek Kemahiran Menulis 100

5.2.6 Tahap Penguasaan Pelajar Dalam

Aspek Kemahiran Membaca 101

5.3 Rumusan 103

5.4 Cadangan 106

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 110

5.6 Penutup 111

BIBLIOGRAFI 112

LAMPIRAN 125

Page 14: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

xi

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan populasi dan saiz sampel 55

3.2 Skala Likert bagi jawapan bahagian B 57

3.3 Taburan skop persoalan kajian dan nombor item 58

3.4 Perubahan markat dan skala 60

3.5 Markat skala tiga mata 60

3.6 Pengelasan justifikasi 61

4.1 Taburan jantina responden 65

4.2 Taburan keturunan responden 67

4.3 Taburan kursus pengajian responden 68

4.4 Taburan latar belakang pendidikan responden 69

4.5 Dapatan persoalan kajian pertama 70

4.6 Dapatan persoalan kajian kedua 74

4.7 Dapatan persoalan kajian ketiga 77

4.8 Dapatan persoalan kajian keempat 81

4.9 Dapatan persoalan kajian kelima 84

4.10 Statistik keseluruhan dapatan kajian 88

Page 15: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

xii

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPSS - Statistical Package for Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

SPF - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Fizik )

SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Kimia

SPN - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains )

SPL - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( TESL )

SPM - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Matematik )

SPS - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Sains Sukan )

SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Pengajian Islam )

SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Fizik )

SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan ( Kimia )

SPT - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matamatik)

SPJ - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kej. Mekanikal )

SPE - Sarjana Muda Teknolgi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPH - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )

SPA - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam )

Page 16: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Kemahiran komunikasi merujuk kepada kebolehan kita untuk berinteraksi

dengan orang lain sama ada dengan menggunakan media perantara ataupun sebaliknya.

Kemahiran ini juga merangkumi kemahiran menulis, membaca, berhujah, mendengar,

etika dalam berkomunikasi, dan juga mempunyai kaitan dengan penggunaan teknologi.

Dalam arus perkembangan dunia sekarang, aspek ini menjadi satu kemahiran asas yang

penting dan sememangnya wajib untuk dikuasai oleh setiap individu. Menurut Hashim

Fauzy (1997), kehidupan harian manusia adalah tidak terlepas dari proses komunikasi.

Komunikasi berlaku di mana- mana dan tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun.

Komunikasi mempunyai fungsi yang sangat luas dalam kehidupan manusia. Bagi

ahli sosiologi, komunikasi adalah satu proses interaksi yang membantu proses sosiolasi,

melahirkan institusi sosial, dan berpengaruh ke atas budaya dan struktur sosial. Setiap

individu mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang tersendiri. Contohnya dalam

Page 17: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

2

proses guru dan pelajar bertukar- tukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta

makna antara satu sama lain. Apabila mereka berkomunikasi mereka saling menyatakan

pengalaman dan pengetahuan masing- masing dan dengan cara itu mereka mendapat

makna daripada pertukaran tersebut.

Amir Sharifuddin (1986) mengatakan, komunikasi memainkan peranan penting

dalam menyampaikan pelajaran. Fungsi menyampaikan pelajaran berjalan sepanjang

masa dalam semua lapisan masyarakat. Dari ini jelas ternyata bahawa kemahiran

komunikasi merupakan nadi utama di sesebuah institusi pendidikan, terutamanya di

peringkat sekolah. Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti

yang bertujuan untuk membawa perubahan kepada seseorang individu.

Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja bermatlamatkan menjadikan

pelajar berlmu pengetahuan tetapi juga pembentukan sahsiah diri mereka dengan

menerapkan kemahiran- kemahiran yang berguna. Proses pengajaran dan pembelajaran

di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama ada dengan

pihak pentadiran, rakan sejawat, masyarakat luar dan yang paling utamanya adalah

interaksi di antara guru dan pelajar. Guru berperanan sebagai penghantar manakala

pelajar pula berperanan sebagai penerima, dan fungsi serta proses komunikasi ini tidak

terikat dalam bentuk sehala sahaja. Malah ada masanya guru juga bertindak sebagai

penerima, dan pelajar pula bertindak sebagai penyampai. Ini bergantung kepada proses

interaksi yang dicorakkan oleh mereka.

Mok Soon Sang (2000) yang menyatakan, proses komunikasi berlaku dalam

hampir segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Malah

kepentingannya dalam pendidikan juga turut diakui oleh Ee Ah Meng (1999) yang

mengatakan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan

pembelajaran.

Page 18: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

3

Menurut Samsuddin (1993), kejayaan fungsi mendidik bergantung kepada sejauh

mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada

pendedahannya terhadap maklumat yang diterimanya. Guru mempunyai matlamat agar

maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajar mendalami ilmu yang diajarnya.

Guru yang tidak mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan tidak

berupaya mewujudkan pengajaran atau pembelajaran yang berkesan seterusnya akan

sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Demi menjamin

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengambil inisiatif diri,

sama ada berlatih, mendalaminya, dan seterusnya menguasai kemahiran ini dengan

sempurna.

Ee Ah Meng (1996), menyatakan bahawa guru merupakan agen sosiolasi.

Seseorang guru berupaya menggalakkan pergaulan mesra di kalangan pelajar-pelajarnya

melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Keupayaan untuk berinteraksi secara

positif bukan sahaja penting bagi kejayaan seseorang guru malah ia juga penting bagi

kejayaan pelajar. Secara tidak langsung guru tersebut mengenalpasti kelemahan-

kelemahan dan punca permasalahan setiap pelajar dalam berkomunikasi dan seterusnya

mengambil tindakan yang sewajarnya bagi memperbaiki kekurangan yang ada pada diri

pelajar mereka tadi. Ini kerana keupayaan guru berkomunikasi dengan baik dalam proses

pengajaran dan pembelajaran akan mewujudkan suasana bilik darjah yang harmoni.

Suasana pengajaran dan pembelajaran yang sebegini mampu memotivasikan diri pelajar

untuk mencapai keputusan akademik yang cemerlang. Komunikasi guru juga

mempengaruhi dan mendorong pelajar berusaha bersungguh dalam pembelajaran

mereka.

Hashim Fauzy (1997) pula menyatakan bahawa, dalam aktiviti kehidupan

manusia lebih 70 peratus masa adalah digunakan untuk berkomunikasi. Ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa komunikasi memainkan peranan penting dalam proses

mendapatkan maklumat kepada kita tanpa henti. Lantaran itu, guru yang banyak

Page 19: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

4

menghabiskan masa dengan pelajar harus menggunakan peluang ini untuk

berkomunikasi dengan baik dalam apa jua situasi samaada di sekolah, mahupun dalam

hubungan sosial mereka dengan masyarakat di luar. Memang tidak tidak dapat dinafikan

lagi bahawa komunikasi yang baik merupakan satu jaminan kepada kemajuan akademik

pelajar. Pelajar mempunyai keyakinan dan berminat dalam pengajaran guru. Proses

pembelajaran dan pengajaran akan berlaku dengan lebih cepat apabila pelajar

memahami apa yang diajar oleh guru mereka.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ciri- ciri dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang diamalkan di negara

kita memperlihatkan hubungan dan jalinan yang amat erat dan ciri-ciri komunikasi yang

berkesan antara guru dengan pelajar, antara guru dengan pengetua dan antara guru

dengan guru. Dengan ini, adalah menjadi tanggungjawab semua yang terlibat dengan

organisasi sekolah perlu memahami dan mengamalkan komunikasi yang baik dan

berkesan. Komunikasi yang berkesan adalah merupakan asas pendidikan yang bermutu.

Jadi adalah wajar kiranya, para pendidik diberi latihan kemahiran komunikasi

yang berkesan sama ada kepada guru terlatih ataupun guru pelatih dengan harapan agar

ianya dapat diserapkan pula pada pelajar- pelajar mereka nanti. Para pentadbir dan

pengurus sekolah atau institusi pendidikan seharusnya peka dengan kepentingan

komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Ee Ah Meng (1996), komunikasi antara guru dengan pelajar

memainkan peranan penting dalam mewujudkan keberkesanan proses pengajaran dan

pembelajaran. Komunikasi guru yang lemah akan menjejaskan keberkesanan proses

Page 20: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

5

pengajaran dan pembelajaran dan masalah ini juga menyebabkan utusan yang

dinyatakan dan maksud yang terpendam dalam mesej yang disampaikan oleh guru

disalah tafsir atau tidak difahami sepenuhnya oleh pelajar. Lebih membimbangkan lagi

sekiranya apa yang difahami oleh pelajar tersebut, dipegang dan diikuti sepenuhnya

tanpa memikirkannya secara mendalam akibat daripada kesalahfahaman tadi.

Malangnya ramai di kalangan kita yang mengambil ringan dan memandang

remeh tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi dan tidak berusaha untuk

mendalami serta memperbaiki mutu komunikasi yang ada pada diri mereka ke tahap

yang lebih baik. Sebenarnya kemahiran ini bukan sahaja berguna kepada pelajar semasa

mereka berada dalam alam persekolahan, tetapi melihat kepada perubahan pasaran

kerjaya dan era globalisasi pada masa kini, menjadikan aspek kemahiran berkomunikasi

ini sebagai elemen penting yang harus dikuasai oleh seseorang pelajar bagi melayakkan

mereka untuk bersaing dalam arus pasaran kerjaya pada masa sekarang.

Sekiranya ianya tidak diserapkan oleh guru pada peringkat sekolah lagi, sudah

tentu ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar mereka kelak untuk berhadapan

dengan situasi dunia luar. Ia terbukti apabila, ada sungutan yang sering disuarakan oleh

majikan terhadap lulusan sekolah iaitu kegagalan berkomunikasi dengan baik dan lancar

walaupun mereka mempunyai kelulusan akademik yang sangat baik. Kegagalan

berkomunikasi dengan baik itu bukan sahaja bagi bahasa Inggeris tetapi juga dalam

bahasa Melayu iaitu bahasa penghantar sepanjang 11 tahun mereka berada di alam

persekolahan (Utusan Malaysia, 27 Sept. 2004). Abdul Rahman (2000) mengatakan, 80

peratus manusia yang gagal dalam kerjayanya disebabkan kegagalan mereka untuk

berhubung dengan orang lain.

Page 21: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

6

Para guru merupakan golongan manusia yang memberi impak yang besar

terhadap perkembangan personaliti, mental, fizikal kepada setiap manusia (Noran

Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1992). Bertepatan dengan gelaran sebagai agen

perubahan kepada pembangunan diri dan sahsiah pelajar, sudah tentu ianya menjadi

masalah sekiranya guru itu sendiri tidak mempunyai motivasi yang tinggi dan asas

penguasaan yang kukuh dalam kemahiran berkomunikasi dan sekaligus tidak dapat

menurunkan kemahiran ini kepada pelajar mereka yang sememangnya mempunyai latar

belakang dan kesediaan diri yang berbeza. Seperti yang dinyatakan oleh Abd. Razak dan

Norzaini (2001), setiap individu mempunyai sikap, latar belakang, tahap pendidikan,

pengalaman dan pendedahan yang berbeza- beza. Faktor- faktor ini juga memberi kesan

kepada proses komunikasi berkenaan.

Setiap guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya di dalam bilik darjah.

Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan pelajar, sudah

pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan

bermutu. Guru bukan sahaja perlu berfikiran kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar,

pintar, cekap dan optimis dalam apa jua keadaan, memandangkan dalam konteks bilik

darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan pelajar begitu terhad, dan sudah

semestinya respons yang berlaku antara kedua belah pihak berlaku secara spontan,

malah ia seolah-olah tidak memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir.

Menurut Abdul Razak dan Norzaini (2001), kemahiran komunikasi adalah amat

penting bukan sahaja kepada guru tetapi juga kepada pelajar, kerana pelajar

menghabiskan kira- kira 80 peratus daripada masa sedar mereka untuk berkomunikasi.

Ini dijelaskan lagi dengan kenyataan oleh Mok Soon Sang (2000), komunikasi berlaku

dalam segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Namun, ramai

pelajar kurang mahir dalam berkomunikasi secara berkesan. Apabila keadaan ini

berlaku, ia juga akan memberi kesan kepada sikap dan proses pembelajaran di kalangan

pelajar. Penyampaian maklumat oleh guru kepada pelajar perlulah betul dan tepat.

Page 22: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

7

Namun pengajaran guru yang betul dan tepat juga tidak akan mendatangkan hasil jika

pelajar tidak mempunyai kemahiran untuk menerima maklumat tersebut.

Jadi dalam usaha untuk menerapkan kemahiran berkomunikasi ini ke dalam diri

pelajar, pelajar perlulah didedahkan dengan kemahiran- kemahiran asas dalam

berkomunikasi, antaranya ialah kemahiran mendengar, membaca, menulis dan yang

paling utama adalah kemahiran bertutur. Apabila pelajar dapat menguasai keempat-

empat kemahiran asas ini, maka ia akan memudahkan tugas guru untuk mengadakan

proses pengajaran dan pembelajaran dalam suasana yang kondutif dan berkesan di

samping amalan gaya komunikasi ini akan terus disemai dari masa ke semasa dalam diri

setiap pelajar. Dengan harapan agar, ianya akan membantu pelajar bukan sahaja dalam

aspek akademik dan amalan sosial mereka di luar, tetapi juga untuk persediaan kerjaya

mereka kelak.

. 1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latar belakang masalah yang dinyatakan sebelum ini,

penyelidik ingin mengenalpasti tahap penguasaan pelajar tahun 2 bagi kursus pendidikan

di Fakulti Pendidikan, UTM dalam aspek kemahiran komunikasi berkesan sebagai

persediaan guru. Aspek kemahiran komunikasi berkesan yang difokuskan oleh

penyelidik dalam kajian ini adalah merangkumi kemahiran bertutur, kemahiran

membaca, kemahiran mendengar dan juga kemahiran menulis. Kajian ini juga ingin

mengenalpasti persepsi pelajar terhadap kepentingan kemahiran komunikasi berkesan

dari kacamata mereka sebagai bakal guru.

Page 23: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

8

Penyelidik memilih pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan sebagai responden,

memandangkan mereka ini akan menjalani latihan mengajar pada semester berikutnya,

jadi adalah bertepatan dengan kehendak penyelidik yang ingin melihat tahap penguasaan

mereka dalam beberapa aspek kemahiran komunikasi yang difokuskan kerana latihan

yang mereka akan jalani nanti menjurus kepada profesyen perguruan. Penilaian ini

penting bagi memastikan agar pelajar betul- betul menguasai kemahiran tersebut sebagai

persediaan kepada diri mereka untuk mengintegrasikan kemahiran komunikasi berkesan

ini semasa latihan mengajar nanti juga sebagai persediaan untuk kerjaya guru kelak.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan sebelum ini, objektif kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti :-

i) Persepsi pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM terhadap kepentingan

kemahiran komunikasi berkesan sebagai bakal guru.

ii) Tahap penguasaan pelajar tahun2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

kemahiran bertutur melalui amalan pertuturan mereka.

iii) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

kemahiran mendengar melalui amalan mendengar mereka.

iv) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

kemahiran menulis melalui amalan penulisan mereka.

v) Tahap penguasaan pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan, UTM dalam

kemahiran membaca melalui amalan membaca mereka.

Page 24: TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DI …€¦ · tahap penguasaan kemahiran komunikasi berkesan di kalangan pelajar tahun 2, fakulti pendidikan, universiti teknologi

9

1.5 Persoalan Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik telah meletakkan beberapa persoalan kajian yang

mungkin boleh menjawab kepada pernyataan masalah yang telah disebutkan terdahulu.

Antara persoalan kajian yang digariskan ialah :-

i) Apakah persepsi pelajar tahun 2 Fakulti Pendidikan tehadap kepentingan

kemahiran komunikasi berkesan sebagai persediaan bakal guru?

ii) Apakah aspek kemahiran bertutur yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

Fakulti Pendidikan,UTM?

iii) Apakah aspek kemahiran mendengar yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

Fakulti Pendidikan, UTM?

iv) Apakah aspek kemahiran menulis yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

Fakulti Pendidikan, UTM?

v) Apakah aspek kemahiran membaca yang diamalkan oleh pelajar tahun 2

Fakulti Pendidikan, UTM?