TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of...
Transcript of TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN …€¦ · Descriptive statistical analysis in the form of...
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK
SITI HAJAR BINTI HARUN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN
MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya: SITI HAJAR BINTI HARUN
(HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi 4. ** Sila Tandakan ( √ ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan TIDAK TERHAD Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO. 28, TAMAN MEWAH JAYA, BATU 3 TANDOP 05400 ALOR STAR, KEDAH.
PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
Nama Penyelia
Tarikh : NOVEMBER 2008 Tarikh : NOVEMBER 2008
√
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/oganisasi berkenaan dengan menyatakan sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : PM. DR. HJ. SHAHAROM BIN NOORDIN
Tarikh : NOVEMBER 2008
TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGELAS DAN MENTAFSIR DATA DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN DUA PENDIDIKAN FIZIK
SITI HAJAR BINTI HARUN
Laporan Projek ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SITI HAJAR BINTI HARUN
Tarikh : NOVEMBER 2008
iii
DEDIKASI
Istimewa untuk ayah, En. Harun bin Mahamad dan mak,
Pn. Fatimah binti Abdullah yang banyak memberikan dorongan dan sokongan untuk
terus tabah dalam mengharungi cabaran hidup.
Jasa dan kasih sayang yang telah dicurahkan tidak dapat diganti
dengan harta di dunia ini.
Hanya ALLAH S.W.T sahaja yanag dapat membalasnya.
Segala pengorbananmu untuk kejayaan anakmu ini akan ku hargai dan
ku kenang hingga akhir hayatku...
Untuk along, Rosmaliza binti Harun, sokongan dan tunjuk ajar yang along curahkan
amat bermakna untuk adik dalam mencapai kejayaan ini.
Buat adikku, Mohammad Hurairah bin Harun, semoga kejayaanku ini akan menjadi
semangat buatmu untuk terus cemerlang di masa hadapan.
Teruskan perjuanganmu..
Dan untuk rakan-rakanku, terutamanya 4 SPF
Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua tunjuk ajar, dorongan dan nasihat sepanjang
persahabatan kita.
Kenangan kita bersama akan sentiasa ku kenang…
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat ALLAH S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNYA,
maka Projek Sarjana Muda saya ini dapat disiapkan sebagai syarat untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda serta Pendidikan (Fizik). Setinggi-tinggi
penghargaan ditujukan kepada Penyelia Projek, Prof. Madya Dr. Hj Shaharom Bin
Noordin di atas bimbingan dan dorongannya dalam menyempurnakan kajian ini. Beliau
banyak meluangkan masa untuk berbincang dan memberi kritikan membina yang sedikit
sebanyak memberi inspirasi kepada saya untuk menyiapkan kajian ini dengan sepenuh
hati.
Tidak dilupakan juga buat pelajar Tahun Dua program Pendidikan Fizik yang
sudi memberikan kerjasama baik sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Kerjasama,
idea dan ransangan yang diberikan semasa menjalankan penyelidikan ini amat saya
hargai.
Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia yang banyak menyediakan kemudahan bagi
memudahkan pencarian maklumat dan juga sumber-sumber dalam menyempurnakan
kajian saya ini. Juga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
penyelidikan ini secara langsung atau tidak langsung.
v
ABSTRAK
Kefahaman kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar didapati telah mendapat
perhatian para pendidik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap kefahaman
kemahiran saintifik dalam kalangan pelajar Tahun Dua Program Pendidikan Fizik di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sebelum dan selepas mengikuti kursus
Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221). Kajian ini hanya melibatkan dua kemahiran
saintifik iaitu kemahiran mengelas dan mentafsir data. Responden kajian ini adalah
melibatkan 35 orang pelajar lelaki dan perempuan daripada dua program pengajian.
Reka bentuk kajian ini adalah Reka Bentuk Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas Satu
Kelompok (The One Group Pretest-Posttest Design) dengan kursus SPN 2221 sebagai
rawatan (treatment). Reka bentuk tinjauan turut dijalankan dalam kajian ini.
Pembolehubah bebas yang digunakan adalah jantina dan program pengajian. Alat kajian
yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data yang
mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ini
ialah α = .85. Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data
turut digunakan dalam kajian ini. Ia mengandungi lapan item dan dianalisis secara
kualitatif. Analisis statistik diskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan tahap
kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data selepas mengikuti kursus SPN 2221
iaitu dari tahap lemah kepada sederhana. Bagi jantina terdapat peningkatan tahap
kefahaman selepas pelajar mengikuti kursus SPN 2221 di mana pelajar lelaki meningkat
dari lemah kepada sederhana manakala pelajar perempuan meningkat dari lemah kepada
baik. Begitu juga untuk program pengajian di mana pelajar SPF meningkat dari
sederhana kepada baik dan SPP meningkat dari sangat lemah kepada sederhana. Ini
menunjukkan tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data perlu
vi
ditingkatkan supaya mencapai tahap cemerlang di mana ia akan menyumbang kepada
peningkatan kualiti bakal-bakal guru yang akan akan menjadi tunggak utama kepada
generasi akan datang.
vii
ABSTRACT
The understanding of scientific skills among students has attracted many
researchers within the area. This research was carried out to study the level of
understanding of scientific skills among Second Year Physics Education Programme
Students at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai before and after they had taken the
Pendidikan Amali Fizik I course (SPN 2221). This research focused only on two
scientific skills which are the classifying and data interpreting skills. Thirty five
students, both males and females from two different programmes were involved in this
study. The design of this study was based on the One Group Pretest-Posttest Design with
SPN 2221 course as the treatment. Observation was also carried out in this study. There
were two independent variables which were gender and programme of study. The
instrument used was “Ujian Pencapaian Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data”
which contained 40 multiple choice items. The realiability of this instrument was tested
based on alpha cronbach, α= .88. Another instrument used was “Soal Selidik Tahap
Kefahaman Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data” which contained eight items and
were qualitatively analized. Descriptive statistical analysis in the form of mean and
standard deviation were used. The results of this study showed that the level of
understanding increased after the students had completed the SPN 2221 course ranging
from weak to moderate level. Based on gender, the level of understanding also showed
an increased after the students had taken the SPN 2221 course where the male students
increased from weak to moderate while the female students showed an improvement
from weak to good. It is also the same for the programme of study, where the SPF
students improved from moderate to good level and the SPP students improved from
very weak to moderate level. This shows that the understanding classifying and data
interpreting skills need to be enhanced in order to achieve excellent level. Thus, is vital
viii
as it may contribute towards improving the quality of the future generation of educators
who are the front liners of our future generations.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vii
KANDUNGAN xi
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Pencapaian Pelajar Yang Lemah Dalam Mata 4
Pelajaran Fizik
1.2.2 Guru Kurang Menguasai Kemahiran Saintifik 5
1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Terhadap Kerja Amali 7
1.3 Pernyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
x
1.6 Rangka Kerja Konsep 11
1.7 Kepentingan Kajian 12
1.8 Skop Kajian 13
1.9 Andaian Kajian 14
1.10 Batasan Kajian 15
1.11 Takrifan 16
1.11.1 Kemahiran Mengelas 16
1.11.2 Kemahiran Mentafsir Data 17
1.11.3 Tahap Kefahaman 18
1.11.4 Bakal Guru 19
1.12 Rumusan 20
2 SOROTAN PENULISAN 21
2.1 Pendahuluan 21
2.2 Teori Berkaitan Kemahiran Saintifik 21
2.2.1 Kemahiran Mentafsir Data 22
2.2.1.1 Takrifan Kemahiran Mentafsir Data 22
2.2.1.2 Kepentingan Kemahiran Mentafsir Data 25
2.2.1.3 Langkah Untuk Menguasai Kemahiran 26
Mentafsir Data
2.2.2 Kemahiran Mengelas 27
2.2.2.1 Takrifan Kemahiran Mengelas 27
2.2.2.2 Kepentingan Kemahiran Mengelas 30
2.2.2.3 Langkah Untuk Menguasai Kemahiran 32
Mengelas
2.2.3 Amali Sains 32
2.2.3.1 Pentaksiran Kerja Amali (PEKA) 34
2.2.3.2 Jenis-jenis Amali Sains 35
2.3 Kajian Dalam Negara 37
2.3.1 Kajian Dalam Negara Berkaitan Kemahiran 37
Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan
xi
Amali Sains Di Peringkat Sekolah
2.3.2 Kajian Dalam Negara Berkaitan Kemahiran 42
Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan
Amali Sains Di Peringkat IPT dan Maktab
2.4 Kajian Luar Negara 45
2.3.1 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 45
Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan
Amali Sains Di Peringkat Sekolah
2.3.2 Kajian Luar Negara Berkaitan Kemahiran 49
Mengelas, Kemahiran Mentafsir Data Dan
Amali Sains Di Peringkat Universiti
2.5 Rumusan 51
3 PENGKAEDAHAN 52
3.1 Pendahuluan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Sumber Data 53
3.4 Alat Kajian 54
3.5 Tatacara Kajian 57
3.6 Analisis Data 59
3.7 Rumusan 63
4 DAPATAN KAJIAN 64
4.1 Pendahuluan 64
4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 64
Mentafsir Data
4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 75
Mentafsir Data Merentasi Jantina
4.4 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 80
Mentafsir Data Merentasi Program Pengajian
4.5 Rumusan 85
xii
5 KESIMPULAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 86
5.1 Pendahuluan 86
5.2 Ringkasan Kajian 86
5.3 Kesimpulan Kajian 88
5.4 Perbincangan Kajian 90
5.4.1 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas 90
Dan Mentafsir Data Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
5.4.2 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 96
Mentafsir Data Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Jantina
5.4.3 Tahap Kefahaman Kemahiran Mengelas dan 99
Mentafsir Data Sebelum dan Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Program Pengajian
5.5 Implikasi Kajian 104
5.5.1 Pelajar-pelajar Tahun Dua Program 104
Pendidikan Fizik
5.5.2 Pensyarah Kursus Pendidikan Amali Fizik I 105
5.5.3 Kusus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) 107
5.6 Cadangan Kajian 109
5.7 Cadangan Kajian Masa Depan 114
5.8 Rumusan 115
RUJUKAN 116
LAMPIRAN 121
xiii
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Analisis Sijil Pelajaran Malaysia bagi Mata 4
Pelajaran Fizik Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah.
1.2 Jadual pemeringkatan tahap kefahaman mengelas 19
dan mentafsir data bagi pelajar 2 SPP dan 2 SPF
2.1 Jadual Keputusan 24
2.2 Jadual Jenis-jenis Amali 35
2.3 Dapatan Kajian Merentasi Aliran 38
2.4 Taburan item UPKSB mengikut subskala KPS 41
bersepadu.
2.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 43
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data
Merentasi Jantina
2.6 Keputusan untuk SPST 46
2.7 Keputusan untuk ASTS 46
2.8 Keputusan TIPS Mengikut Kemahiran 48
3.1 Taburan Responden Mengikut Kriteria 54
3.2 Jenis Saiz Sampel 60
3.3 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Bagi 62
Setiap Kemahiran (Kemahiran Mengelas dan
Mentafsir Data)
3.4 Jadual Pemeringkatan Tahap Kefahaman Kedua-dua 62
xiv
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data
4.1 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 65
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
4.2 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 66
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
4.3 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 75
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Jantina
4.4 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 77
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Jantina
4.5 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 80
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Sebelum
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Program Pengajian
4.6 Analisis Statistik Deskriptif Tahap Kefahaman 82
Kemahiran Mengelas dan Mentafsir Data Selepas
Mengikuti Kursus Pendidikan Amali Fizik I
Merentasi Program Pengajian
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Rangka Kerja Konsep 11
2.1 Bekas-bekas Air Mengikut Saiz Luas Permukaan 23
2.2 Contoh Pengelasan Mengikut Kriteria 29
2.3 Model Pemupukan KPS mengikut intensiti di 40
Sekolah Bestari
3.1 Reka Bentuk Ujian Sebelum Dan Ujian Selepas 52
Satu Kelompok (The One Group Pretest-Posttest
Design)
3.2 Aspek-aspek kemahiran mengelaskan 55
3.3 Aspek-aspek kemahiran mentafsir data 55
3.4 Carta Aliran Tatacara Kajian 57
3.5 Rumus Min 59
3.6 Rumus Sisihan Lazim 60
xvi
SENARAI SINGKATAN
KS - Kemahiran Saintifik
KPS - Kemahiran Proses Sains
KM - Kemahiran Mengelas
KMD - Kemahiran Mentafsir Data
LM - Latihan Mengajar
PEKA - Pentaksiran Kerja Amali
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SL - Sisihan Lazim
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPN 2221 - Pendidikan Amali Fizik I
SPF - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Fizik)
SPP - Sarjana Muda Sains dan Komputer Serta
Pendidikan (Fizik)
TIPS - Test of Integrated Process Skills
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UPKMMD - Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengelas dan Mentafsir Data
SSTKKMMD - Soal Selidik Tahap Kefahaman Kemahiran
Mengelas dan Mentafsir Data
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
“Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia
memupuk budaya sains dan teknologi dengan memberi tumpuan kepada perkembangan
individu yang kompetitif, dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai
ilmu sains dan keterampilan teknologi.” (Sukatan Pelajaran Tingkatan 5,2002).
Falsafah ini menunjukkan betapa pendidikan sains amat diberi perhatian oleh
kerajaan dalam melahirkan rakyat yang berkemahiran tinggi sejajar dengan matlamat
negara untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menerusi Wawasan
2020 (Tajularipin,2004).
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9), Perdana Menteri telah
menetapkan pembangunan modal insan berminda kelas pertama sebagai salah satu
daripada lima teras utama ke arah mencapai Wawasan 2020. Justeru, kerajaan telah
membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia, di mana sistem pendidikan ini
tertumpu kepada pembangunan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif,
bermoral, beretika tinggi, berpengetahuan dan berkemahiran serta mampu bersaing di
pasaran kerja global. Visi ini telah diterjemahkan oleh Kementerian Pelajaran ke dalam
satu pelan yang dilaksanakan iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
2
Pelan ini menekankan enam teras strategik serta satu pelan tindakan pendidikan yang
komprehensif dan bersepadu (Modul Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010,
2006).
Dengan terlaksananya pelan pendidikan tersebut, telah membuktikan bahawa
pendidikan amat penting dalam membentuk peribadi masyarakat yang maju. Pendidikan
sains terutamanya, merupakan satu bidang ilmu yang mementingkan kaedah inkuiri dan
penyelesaian masalah secara sistematik. Kurikulum sains di negara kita memberi
tumpuan kepada penguasaan kemahiran tertentu untuk melakukan aktiviti yang
berorientasiakn eksperimen dan kegiatan amali. Justeru, para pelajar perlu mempunyai
pengetahuan yang baik dalam aspek kemahiran saintifik (KS) untuk membolehkan
mereka menjalankan aktiviti penyiasatan dalam sains dengan berkesan dan bermakna
(Abu Hassan, 2004).
Sehubungan itu, melalui aktiviti inkuiri dengan menggunakan KS, pelajar dapat
melihat dengan jelas perkaitan serta kepentingan pengetahuan sains yang dipelajari di
dalam makmal dengan kehidupan seharian. Inilah perkaitan yang ingin dicapai oleh
kerajaan dalam melahirkan insan yang mampu meningkatkan produktiviti dan daya
saing negara. Hasrat ini adalah hasil daripada penguasaan kemahiran berfikir yang baik.
Untuk memiliki kemahiran berfikir, penguasaan terhadap KS amat diperlukan dan
kemahiran berfikir akan terjana dengan sendirinya. Ini kerana kedua-dua kemahiran ini
adalah saling berkaitan antara satu sama lain (Siti Aida Fariza, 2007).
Oleh itu, penguasaan KS adalah amat penting bagi melahirkan generasi yang
berkemahiran dalam berfikir dan mampu memberi sumbangan untuk memajukan negara.
Penekanan KS dalam pendidikan sains juga diharap dapat membantu membangunkan
modal insan berminda kelas pertama ke arah mencapai Wawasan 2020 (Modul Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006).
3
1.2 Latar Belakang Masalah Dalam usaha untuk merealisasikan matlamat negara sebagai negara maju
menerusi Wawasan 2020, pelbagai langkah dan pendekatan telah diambil oleh kerajaan
untuk menghasilkan produk-produk yang bermutu pada masa akan datang. Antaranya
dengan menerapkan KS dalam kerja-kerja amali sains di sekolah. Dengan adanya
kemahiran-kemahiran ini, pelajar diharapkan akan mempunyai pemikiran minda kelas
pertama dan seterusnya dapat membantu memajukan negara di masa hadapan.
Satu penilaian telah diwujudkan untuk memperkukuhkan teori dan konsep sains
melalui aktiviti amali di sekolah iaitu Pentaksiran Kerja Amali (PEKA). Salah satu
objektif PEKA adalah untuk memastikan para pelajar dapat menguasai kemahiran
penyelesaian masalah secara saintifik di samping memupuk amalan sikap saintifik dan
nilai murni dalam kalangan pelajar (Panduan Pentaksiran Kerja Amali Fizik, PEKA
Fizik, 2006). PEKA juga diharapkan dapat membantu pelajar memahami konsep dan
teori sains dengan lebih baik memandangkan pemahaman teori dan konsep adalah
merupakan aspek yang penting dalam mempelajari sains khususnya Fizik.
Melihatkan kepada pencapaian yang lemah dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk mata pelajaran fizik, jelas menunjukkan bahawa tahap penguasaan teori
dan konsep Fizik dalam kalangan pelajar masih lagi pada tahap yang kurang
memuaskan. Oleh itu, beberapa persoalan timbul dalam kajian ini. Antaranya, adakah
PEKA merupakan kaedah yang berkesan sebagai salah satu strategi untuk
memperkukuhkan teori dan konsep sains dalam menerapkan KS dalam kerja amali di
sekolah? Justeru, kajian ini dijalankan bagi membuktikan betapa pentingnya
penguasaan KS dalam kalangan pelajar terutamanya dalam kelas amali.
4
1.2.1 Pencapaian Pelajar Yang Lemah Dalam Mata Pelajaran Fizik Merujuk kepada Analisis Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2006 sebuah
sekolah menengah di Alor Star, Kedah bagi mata pelajaran Fizik, didapati bilangan
pelajar yang lulus cemerlang dengan gred 1A dan 2A hanya seramai tiga orang iaitu
1.86%. Manakala bilangan pelajar yang mendapat kepujian 3B, 4B, 5C dan 6C adalah
seramai 65 orang (40.37%), pelajar yang lulus dengan 7D dan 8E adalah seramai 88
orang (54.66%) dan yang gagal adalah seramai tiga orang (1.86%). Daripada statistik
ini jelas menunjukkan tahap pencapaian pelajar di sekolah tersebut adalah lemah dengan
hanya tiga pelajar (1.86%) sahaja yang lulus cemerlang. Majoriti pelajar (54.66%)
hanya lulus tanpa kepujian.
Jadual 1.1 : Analisis Sijil Pelajaran Malaysia bagi Mata Pelajaran Fizik Sekolah
Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar, Alor Star, Kedah
Bilangan Pelajar Mengikut Kelas
Gred 5RA 5SA 5SN1 5SN2 5SN3 5SN4 JUMLAH %
1A 1 1
2A 1 1 2
1.86
3B 1 2 1 4
4B 2 3 7 2 14
5C 5 1 8 6 20
6C 7 4 3 9 3 1 27
40.37
7D 13 6 3 10 13 10 55
8E 5 5 2 7 14 33
54.66
9G 1 2 3 1.86
TH 1 1 2 1.24
JUMLAH 32 21 25 31 24 28 161 100
%LULUS 100 100 100 96.77 100 92.59 98.11
5
Persoalan yang timbul dalam kajian ini, mengapakah situasi seperti ini berlaku?
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Bagaimanakah caranya
untuk meningkatkan kefahaman pelajar tentang konsep-konsep fizik? Apakah perkaitan
pengusaan KS dengan kefahaman pelajar tentang konsep fizik?
1.2.2 Guru Kurang Menguasai Kemahiran Saintifik Guru merupakan penggerak utama dalam menjadikan pendidikan sebagai faktor
penggerak dalam mencapai visi negara. Peredaran masa membawa kepada perubahan
dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk kepelbagaian fungsi dan peranan
guru. Peranan guru sebagai sumber utama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar
kepada guru sebagai pemudah cara dalam proses pengajaran dan pembelajaran, agen
perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar (Modul Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010, 2006).
Dalam pendidikan sains, guru bertindak sebagai pembimbing dan fasilitator
kepada pelajar. Guru merupakan perangsang terhadap pembelajaran pelajar sama ada
secara langsung atau tidak. Pelajar akan mendapat pelbagai pengalaman melalui aktiviti
kemahiran menyiasat yang dirancang dengan teliti oleh guru bagi menarik minat mereka
dalam pembelajaran (Tajularipin, 2003).
Oleh itu, guru itu sendiri perlu menguasai KS dengan sebaik-baiknya.
Penguasaan KS ini adalah penting kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam
pendidikan Fizik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002). Dengan adanya kemahiran
ini, guru dapat menerapkan nilai-nilai saintifik dan sekali gus akan menimbulkan minat
dan keseronokan dalam pembelajaran sains. Ianya juga akan menjuruskan pelajar ke
arah pemikiran secara kritis, kreatif dan analitis.
6
Walau bagaimanapun, kajian-kajian lepas mendapati kebanyakan guru tidak
dapat menguasai KS dengan baik. Pencapaian pelajar adalah rendah kerana penekanan
yang diberikan oleh guru adalah pada tahap sederhana. Penekanan guru adalah terhad
pada tahap memperkenalkan kemahiran kepada pelajar, manakala penekanan kepada
aspek mengaplikasi kemahiran tidak mencukupi. Oleh itu, seorang guru berperanan
penting dalam menerapkan KS dalam kalangan pelajar (Lilia et al., 2002).
Selain itu, faktor opsyen guru juga boleh menyumbang ke arah masalah
penguasaan KS. Ada dalam kalangan guru sains tidak menguasai KS kerana mereka
adalah bukan dari opsyen sains. Kebanyakkan guru dari opsyen bahasa diminta untuk
mengajar sains, sedangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bidang sains.
Fenomena ini menyebabkan guru-guru tersebut berada dalam keadaan tertekan ketika
mengajar dan mereka akan berasa kurang berkeyakinan diri dalam mengajar. Mereka
juga tidak dapat mengendalikan kelas amali dengan sebaik mungkin kerana kurang
mahir dalam pengendalian alat radas dan juga konsep fizik itu sendiri. Untuk
mengendalikan radas dengan baik, seseorang itu perlu menguasai KS. Justeru, guru
bukan opsyen sains tidak mampu untuk menerapkan KS dalam kalangan pelajar kerana
mereka sendiri tidak dapat menguasai KS dengan baik (Lilia et al., 2002).
Selain itu juga, dalam laporan prestasi SPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia
2003:8) terhadap mata pelajaran Fizik khususnya untuk Kertas III, terdapat beberapa
saranan yang ditujukan kepada guru. Antaranya ialah :
“5. Memberi penekanan kepada kemahiran proses sains, kemahiran berfikir
dalam pengajaran dan pembelajaran.”
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)
Daripada saranan ini, jelas membuktikan masih ada guru-guru yang kurang
menerapkan kemahiran ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran Fizik. Sikap guru
yang kurang menekankan kemahiran-kemahiran ini memberi kesan terhadap
7
pemahaman pelajar dan seterusnya akan menjejaskan pencapaian pelajar dalam
peperiksaan.
“6. Memberi perhatian serius dalam PEKA terutama dalam aspek kemahiran
mengeksperimen dan kemahiran proses sains yang lain.”
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)
Saranan di atas menunjukkan bahawa guru-guru Fizik kurang menitikberatkan
KS di sekolah menyebabkan para pelajar mengabaikan penggunaan kemahiran ini dalam
PEKA.
1.2.3 Sikap Negatif Pelajar Terhadap Kerja Amali Selain itu juga, sikap negatif pelajar terhadap kerja amali di sekolah juga
menyumbang ke arah penguasaan KS yang lemah.
“PEKA dilaksanakan untuk membolehkan pelajar:
- menguasai kemahiran penyelesaian masalah secara penyelesaian saintifik
- memperkukuhkan teori dan konsep fizik melalui aktiviti amali
- memupuk amalan sikap saintifik dan nilai murni .”
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2004:8)
Dalam petikan di atas, jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan PEKA adalah
salah satu strategi yang digunakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai satu
usaha untuk meningkatkan pemahaman konsep para pelajar terhadap sains
memandangkan pencapaian sains dalam kalangan para pelajar masih pada tahap lemah.
8
Walau bagaimanapun, situasi di sekolah adalah bertentangan dengan hasrat
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kebanyakan pelajar mempunyai sikap negatif semasa
mempelajari sains. Ramai dalam kalangan pelajar merasakan diri mereka telah gagal
meskipun mereka belum melakukan tugasan yang diberikan. Akibatnya, mereka tidak
dapat menjalankan amali dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya membawa kepada
kebosanan seterusnya pelajar akan mengabaikan PEKA kerana kurang berminat
terhadap kerja-kerja amali (Abu Hassan, 2004). Senario ini sekali gus telah memberikan
kesan kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik, memandangkan PEKA
adalah salah satu cara untuk mengukuhkan teori dan konsep Fizik dalam kalangan
pelajar.
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti beberapa masalah
yang menyebabkan para pelajar tidak dapat mencapai keputusan yang baik dalam mata
pelajaran Fizik. Dalam Laporan Preatasi SPM 2003 (Lembaga Peperiksaan Malaysia
2003:7), terdapat beberapa saranan kepada pelajar dalam meningkatkan pencapaian
dalam mata pelajaran ini. Antara saranan tersebut adalah:
“6. Mesti memberi perhatian dan tumpuan yang baik semasa kelas amali dan
teori oleh guru.”
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:7)
Komen di atas jelas menunjukkan bahawa betapa kerajaan mementingkan kerja-
kerja amali demi mengukuhkan konsep dan teori Fizik dalam kalangan para pelajar.
Kaedah amali akan memberikan kesan ingatan dan kefahaman untuk jangka masa
panjang kepada pelajar kerana mereka akan melakukan aktiviti “hands-on” yang
berpusatkan kepada pelajar (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2006).
“7. Mesti mempunyai kemahiran proses sains dan kemahiran KBKK sesuai
dengan kehendak soalan semasa.”
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2003:8)
9
Saranan di atas menunjukkan bahawa pelajar perlu menguasai kemahiran proses
sains (KPS) iaitu salah satu cabang dalam KS. Penguasaan KPS akan dapat membantu
pelajar menjalankan kerja-kerja amali dengan baik. Oleh itu, para pelajar akan lebih
yakin dalam melakukan amali sekali gus dapat menghapuskan sikap negatif mereka
terhadap sains terutamanya Fizik (Abu Hassan, 2004).
1.3 Pernyataan masalah Berdasarkan latar belakang masalah, penyelidik mendapati pelajar tahun dua
Program Pendidikan Fizik Universiti Teknologi Malaysia menghadapi masalah
kekurangan kefahaman dan pengetahuan tentang kemahiran poroses sains khususnya
kemahiran mengelas dan mentafsir data.
1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk :
1. Menilai tahap kefahaman mengelas dan mentafsir data dalam kalangan pelajar
tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan selepas mengikuti
kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221).
2. Menilai tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam
kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi
jantina, sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN
2221).
10
3. Menilai tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam
kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) merentasi
program, sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN
2221).
1.5 Persoalan kajian Merujuk kepada objektif kajian yang telah dinyatakan, persoalan kajian yang
akan dikaji ialah:
1. Apakah tahap kefahaman kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam
kalangan pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum
dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221)?
2 Apakah tahap kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam kalangan
pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan
selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentasi
jantina?
3. Apakah tahap kemahiran mengelas dan mentafsir data dalam kalangan
pelajar tahun dua Program Pendidikan Fizik (SPF/SPP) sebelum dan
selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I (SPN 2221) merentasi
program?