Syair makna riak presentation1

14
PUISI TRADISIONAL PUISI TRADISIONAL SYAIR MAKNA RIAK SYAIR MAKNA RIAK Mohd Yusof Md dan Abd Rahman Kaeh Mohd Yusof Md dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara) (Penyelenggara)

description

 

Transcript of Syair makna riak presentation1

Page 1: Syair makna riak presentation1

PUISI TRADISIONALPUISI TRADISIONAL

SYAIR MAKNA RIAKSYAIR MAKNA RIAKMohd Yusof Md dan Abd Rahman Kaeh Mohd Yusof Md dan Abd Rahman Kaeh (Penyelenggara)(Penyelenggara)

Page 2: Syair makna riak presentation1

Maksud:Rangkap 1: Syair ini mengungkap makna riak atau takbur. Orang yang melakukan amal ibadat semata-mata untuk menunjuk-nunjuk kepada semua manusia dianggap sebagai riak. Perbuatan golongan ini amat dibenci oleh Tuhan kerana telah melakukan perbuatan syirik.

Rangkap 2: ada pula perbuatan riak dibuat dengan cara menunjukkan kerajinan berpuasa dan kesopanan apabila bertutur dengan lemah lembut. Namun hakikatnya kebersihan tubuh badan tidak diambil kira.

Page 3: Syair makna riak presentation1

Rangkap 3: Orang sebegini berpura-berpura melakukan amalan tersebut agar dirinya disangka warak iaitu tidak mementingkan keduniaan. Dia juga sering berkhemah sedangkan hatinya memandang keduniaan.

Rangkap 4: Ada juga perbuatan riak ditunjukkan sebagai orang yang berpengetahuan luas dengan menunjukkan perbuatan berceramah dan bersyarah dalam pelbagai ilmu di majlis keraian. Namun begitu dia sering mencampuradukkan perkara yang baik dengan yang buruk.

Page 4: Syair makna riak presentation1

Rangkap 5:Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui percakapan yang kononnya berdasarkan bukti kajian untuk menunjukkan dirinya mempunyai ilmu mantik yang tinggi. Orang sebegini berbuat sedemikian agar masyarakat mengiktiraf kebijaksanaannya dan memberikannya ganjaran tertentu.

Rangkap 6: Ada perbuatan riak ditunjukkan melalui cara berpakaian, iaitu memakai serban yang berlilit ekor di kepala, meletakkan sejadah di bahu, dan seuntai tasbih berada di tangan.

Page 5: Syair makna riak presentation1

Rangkap 7: Ada perbuatan ditunjukkan ketika melakukan amalan berzikir. Orang begini akan berzikir sehingga lupa diri. Namun begitu, niat yang sebenarnya adalah untuk menjadi ketua kepada sesebuah kumpulan atau untuk mendapatkan pengaruh.

Rangkap 8: Sesungguhnya semua perbuatan riak itu akan menjadi bala yang menyebabkan amalan tersebut ditolak oleh Allah Taala. Ada kalanya, perbuatan riak yang dibuat akan mendatangkan kemudaratan kepada diri serta dimurkai oleh Allah Taala.

Page 6: Syair makna riak presentation1

TEMA:

- Perbuatan riak yang menjadi amalan sesetengah manusia.

Page 7: Syair makna riak presentation1

PERSOALAN: 1-Sikap berpura-pura atau tidak jujur seseorang itu dalam melakukan amal ibadat kerana ingin menunjukkan kewarakannya kepada orang lain.

2-Pengabaian aspek kebersihan diri bagi orang alim yang riak dalam melakukan amal ibadat.·

3-Sikap mementingkan aspek keduniaan tetapi disembunyikan disebalik amal ibadat.·

4-Ketinggian ilmu yang disalahgunakan untuk memperdayakan masyarakat.

Page 8: Syair makna riak presentation1

5- Kepercayaan terhadap kewarakan seseorang yang ditonjolkan melalui cara berpakaian.

6-Kemurkaan Allah terhadap semua perbuatan baik yang dlakukan oleh manusia.

Page 9: Syair makna riak presentation1

NILAI: 1- Kejujuran Contoh: Sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh Tuhan·

2-Kebersihan fizikal Contoh: Mementingkan aspek kebersihan diri walaupun sibuk beramal ibadat·

3-Kerajinan Contoh: Rajin dalam menyampaikan ceramah atau berucap di majlis keraian

Page 10: Syair makna riak presentation1

4-Kesederhanaan Contoh: Bersikap sederhana terutama dalam hal-hal yang berkaitan keduniaan· 5-Bertanggungjawab Contoh: Bertanggungjawab menyampaikan dakwah secara telus tanpa ada niat yang bertentangan.

Page 11: Syair makna riak presentation1

PENGAJARAN: 1-Kita hendaklah bersikap jujur dalam melakukan sebarang perkara atau tugas. 2-Kita mestilah mengutamakan kebersihan diri kerana kebersihan sebahagian daripada iman·

3-Kita hendaklah merendah diri dalam setiap amalan kerana sikap sebegini merupakan sifat terpuji.·

4-Kita haruslah bersama-sama memikul tanggungjawab menerokai ilmu agama untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat

Page 12: Syair makna riak presentation1

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI     1-Pemilihan kata (diksi) yang indah      Contoh:  Terkadang bercakap ilmunya mantik; Bicara alhayat konon diselidik· 2-Bahasa Arab: Contoh: jazbah;kasad;wali·  

Page 13: Syair makna riak presentation1

3-Simile:Perbandingan Contoh: Terkadang jazbah seperti gila· * Jazbah: Keadaan diri yang sedar bahawa Allah mendahului segala-galanya apabila melihat sesuatu 4-Asonansi: Pengulangan Vokal Contoh: Tasbih ditangan beruitan (pengulangan bunyi vokal i)

5-Aliterasi : Pengulangan Konsonan Contoh: Kemudian dinyatakan makna (pengulangan bunyi konsonan

Page 14: Syair makna riak presentation1

LATIHAN PEMAHAMAN KOMSAS

1-  Apakah  yang  dimaksudkan  dengan  kasadnya hendak jadi kepala dalam syair di atas?                                                                              (2 markah)2-  Berikan  tiga  perwatakan  orang  riak  seperti  yang digambarkan dalam syair di atas.                                                                              (3 markah)3-  Jelas  pandangan  anda, mengapakan  setiap  agama melarang manusia bersikap riak.

        (4 markah)