SIDANG REDAKSIbtpnperak.moe.gov.my/v5/wp-content/uploads/2017/07/BULETIN-BTPN... · bantuan...
Transcript of SIDANG REDAKSIbtpnperak.moe.gov.my/v5/wp-content/uploads/2017/07/BULETIN-BTPN... · bantuan...
SIDANG REDAKSI
2
3
4
5
6
7
PEMBINAAN VIDEO KOPERAT
PPD BATANG PADANGPKG TAPAH ROAD
1 hingga 3 Januari 2016, seramai sembilan orang krew yang di anggotai
oleh Staff Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang, Guru Pra Sekolah
PPD Batang Padang, Pegawai SISC+, Guru-guru Sekolah Agama
bantuan kerajaan dan guru sekolah-sekolah di daerah Batang Padang
telah terlibat di dalam sessi pengambaran dan penghasilan video koporat
. Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tapah Road telah mengetuai
pengambaran yang di jalankan di sekitar kawasan Tapah. Video ini di
hasilkan untuk tayangan semasa mesyuarat bersama Ahli Exco Kerajaan
Negeri Perak pada 25 Januari 2016 lalu. Video korporat ini boleh di tonton
di laman sesawang berikut https://youtu.be/YAMnOLf6_2Y.
BENGKEL PENINGKATAN KEMAHIRAN VLE UNTUK GPB/GICT SEKOLAH
PKG GUNUNG SEMANGGOL
5 APRIL 2016 bertempat di Dewan Kelisa PKG
Gunung Semanggol, satu Bengkel Peningkatan
Kemahiran VLE untuk GPB/GICT untuk sekolah-
sekolah Zon PKG Gunung Semanggol telah di
adakan. Perbengkelan ini telah melibatkan seramai 17
orang GPB/GICT. Fasilitator perbengkelan ini ialah En.
Rizal Effendi bin Lokman (PTP 2 PKG Gunung
Semanggol) dan En. Mohd. Hafiz bin Ariffin (JTK PKG
Gunung Semanggol). Bengkel ini bermula pada jam
2.30 petang dan berakhir pada 5.00 petang. Fokus
bengkel ini adalah kepada tunjuk cara login VLE Frog
sehingga pengesahan data VLE. Bengkel ini telah
banyak memberi impak yang positif dalam usaha
meningkatan penggunaan VLE di sekolah Zon PKG
Gunung Semanggol. .
8
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KRIAN
PKG BAGAN SERAI
Pusat Kegiatan Guru Bagan Serai telah menjalankan satu
program khidmat bantu pada 26 hingga 27 April 2016 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Krian. Program ini telah
melibatkan seramai 10 orang peserta dan di ketuai oleh
En. Mohd. Fauzi b. Mohamad (Pegawai Teknologi
Pendidikan PKG Bagan Serai). Program ini telah memberi
ruang kepada peserta untuk menambah idea dan ilhman
untuk membangunkan Pusat Sumber Sekolah di sekolah
masing-masing. Ia juga telah mendedahkan GPM tentang
tatacara menguruskan PSS.
KHIDMAT BANTU PAKAR SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN
PKG TAIPING
SEKOLAH KEBANGSAAN SRI AMAN telah dipilih
untuk Program Khidmat Bantu Pakar PKG
Taiping. Program yang telah berlangsung pada
29 dan 30 Mac 2016 ini telah di sertai oleh 13
orang JTK PKG dan sekolah-sekolah sekitar
Taiping yang diketuai oleh En.Yusaini b.Mohd
Yusof, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG
Taiping. Antara khidmat kepakaran yang
diberikan adalah menjalankan kerja konfigurasi
rangkaian LAN dan pemasangan rangkaian ke
bilik-bilik khas.
9
BENGKEL PARTICIPATION, INTERACTION AND ENGANGEMENT (PIE) FROG VLE PKG
DAERAH BATANG PADANG BERSAMA KONSULTAN FROG ASIA
PKG BIDOR
23 - 24 Mac 2016 (Rabu - Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat 1, PKG Pengkalan
Hulu satu Bengkel Foto Editing telah dilaksanakan. Penceramah jemputan, En.Mohd
Rahim bin Ramli dari SK Kuak Luar berkongsi ilmu dan pengalaman bersama 11 orang
Guru Penyelaras Bestari(GPB)/ Guru Penyelaras ICT.
Semasa perbengkelan, peserta menggunakan perisian Adobe Photoshop CS5. Peserta
bengkel di dedahkan dengan proses dan teknik suntingan menggunakan perisian
Photoshop CS5. Peserta bengkel menghasilkan sepanduk promosi program sekolah.
Di akhir bengkel, peserta yang menghasilkan tugasan yang terbaik di raikan di dalam
majlis penyampaian hadiah.
.
BENGKEL FOTO EDITING (PENGURUSAN PROMOSI)
PKG PENGKALAN HULU
Pada 11 April 2016 bertempat di Pusat Kegiatan
Guru Bidor telah mengadakan Bengkel Participation,
Interaction And Engangement (PIE) Frog VLE PKG
Daerah Batang Padang Bersama En. Mohammad
Fitri bin Mohd Shukri, Konsultan Frog Asia Bengkel ini
turut dihadiri oleh Ketua Unit Pembestarian
Sekolah,Pegawai PPD Kurikulum (Teknik &
Vokasional) dan En.Sharudin Bin Yusuf dari Bahagian
Teknologi Pendidikan Negeri Perak.
Bengkel ini memperkenalkan teori dan
praktikal tentang Modul Participation, Interaction And
Engangement (PIE).Semua peserta dapat membuat
site pembelajaran yang mudah dan menarik.
10
PEMERIKSAAN PERALATAN ICT DAN PEMANTAUAN SEKOLAH KPM DAERAH
KINTA UTARA
PKG DAERAH KINTA UTARA
22 FEBRUARI – 24 MAC 2016, pemeriksaan
peralatan ICT dan Pemantauan Sekolah KPM Daerah
Kinta Utara ini melibatkan 165 buah sekolah di
daerah Kinta Utara. Pelaksanaan pemantauan ini
melibatkan pergerakan seramai 9 orang pegawai
PKG bersama orang lebih kurang 72 orang juruteknik
PKG dan sekolah-sekolah Daerah Kinta Utara.
Pendekatan yang di gunakan semasa pemeriksaan
dan pemantauan adalah bimbingan secara ‘one to
one’ dapat meningkatkan tahap penyampaian
maklumat oleh pihak PKG dan juruteknik. Antara
aktiviti yang di jalankan ialah PMCM: Defrangment,
Disk Clean Up, Antivirus Update, Adobe Flash
Update, PDF Update, Delete History, Delete Cookies
dan lain-lain.
Hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan semua
sekolah-sekolah daerah Kinta Utara berjaya
dilaksanakan dengan jayanya.
PROMOSI PROGRAM FROG VLE DAN PARENTING@SCHOOL BERSAMA YB ZIAD,
ADUN MANJOI BERSAMA PERAK FM
PKG MANJOI
5 Ogos 2016, Jumaat, satu mesyuarat persediaan bersama YB
Ziad , ADUN Manjoi bertempat di Pejabat ADUN Manjoi. Tujuan
mesyuarat adalah dalam mempromosikan Frog VLE dan Program
Parenting@School dengan penampilan Ekslusif Khas dari YB.
Dato’ Sri Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun yang
akandiadakan pada 6 Ogos 2016,di Institut Latihan Perindustrian
Ipoh. Promosi program bersiaran di Perak FM pada 5 Ogos 2015
jam 10.30 pagi. Mesyuarat tersebut melibatkan PKG Manjoi, Guru
Penyelaras Bestari Sekolah Manjoi 1, SK Manjoi Dua, SK
Jelapang Jaya dan SK Dato’ Ahmad Said Tambahan bersama
En.Fitri Konsultan Frog Asia.
Program berjaya dilaksanakan dengan kehadiran 500 orang murid
dan ibu bapa DUN Manjoi di Institut Latihan Perindustrian,
Jelapang. Tahniah! 11
PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH
PKG DAERAH LARUT MATANG SELAMA
Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Larut Matang dan
Selama yang telah dilangsungkan pada 2 Ogos 2016
bertempat di SMK Kemunting Bakti berjaya menarik
47 peserta untuk menyertainya. Program yang
bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir pada 5.00
petang ini telah diadili oleh 16 orang hakim yang
terdiri Guru Cemerlang sekolah di sekitar Larut
Matang dan Selama.
PERSIDANGAN GURU ADVOKASI EMAS NEGERI PERAK BERSAMA MR.DAVID
GOWLING, FROG ASIA
PKG DAERAH KINTA UTARA
16 Jun 2016, Khamis bertempat di SMK Tambun, Persidangan
di hadiri oleh lebih kurang 200 orang guru advokasi emas di
Negeri Perak. Program di rasmikan oleh Tuan Haji Rosli b
Ahmad, Ketua Sektor Pengurusan Akademik dan turut hadir
pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Perak dan Pejabat
Pendidikan Daerah di majlis perasmian.
Pengisian persidangan di mulakan dengan perkongsian ilmu
guru advokasi memenangi anugerah Special Mention Award
bagi Kategori Sekolah Menengah, SMK Tambun dan Kategori
sekolah rendah, SK Seri Bayu.
Penceramah jemputan Khas dari Frog Asia, Mr. David Gowling
menguruskan bengkel bertajuk ‘Supporting Others Through
Change’. Pengisian bengkel lebih kepada aktiviti berkumpulan
seperti perbincangan, permaianan interaktif dan
pembentangan berkaitan Frog VLE Persidangan ini
memberikan peluang kepada guru-guru advokasi ini berjumpa
dan berhubung secara bersemuka. Program ini berakhir
dengan sesi bergambar sebagai kenangan..
12
BENGKEL LITERASI DAN MEDIA PENGGUNA BERSAMA PERPUSTAKAAN NEGERA
MALAYSIA
PKG SERI MANJUNG / PKG AYER TAWAR
Bengkel yang telah dijalankan pada 16 Februari 2016
ini dihadiri oleh seramai 50 orang guru dari kelompok
PKG Ayer Tawar dan PKG Seri Manjung. Bertempat
di bilik mesyuarat SK Seri Sitiawan, penceramah iaitu
Cik Rozaimah Binti Hashim dari Bahagian Literasi
Maklumat, Perpustakaan Malaysia telah
menerangkan tentang penggunaan internet untuk
mendapatkan maklumat, kaedah pencarian maklumat
dan kesahihan maklumat yang diperoleh.
Pelaksanaan bengkel ini diharap dapat membantu
murid-murid menggunakan internet dan mencari
maklumat dengan kaedah yang tepat.
KHIDMAT BANTU MEMINDAHKAN PUSAT AKSES SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’
ISHAK, LUMUT
PKG SERI MANJUNG
13 dan 14 Julai 2016, PKG Seri Manjung telah menjalakan
satu khidmat bantu untuk memindahkan Pusat Akses Sekolah
Kebangsaan Dato’ Ishak, Tujuan pemindahan Pusat Akses ini
adalah kerana pihak pengurusan sekolah ingin menggunakan
Pusat Akses asal sebagai Bilik Gerakan dan Pusat Akses
yang baru dipindahkan bersebelahan Pusat Sumber Sekolah.
Khidmat bantu ini di ketuai oleh Encik Jerimi Fairus Loo dan
dibantu oleh Encik Taufik Adam Guru Bestari SKDI, Encik
Abidul Khakim Abd Rauf JTK PKG Seri Manjung dan Puan
Norin JTK SKDI.
Sekolah ini juga menerima 10 set komputer baru bagi
menggantikan peralatan Pusat Akses yang lama dengan
kaedah 1PP.
13
BENGKEL PENGHASILAN VIDEO UNTUK GPM
PKG SITIAWAN
Bengkel penghasilan video untuk GPM kelompok
PKG Sitiawan telah dilaksanakan pada 13 April 2016
bertempat di PKG Sitiawan. Fasilitator iaitu Encik
Ahmad Riduan bin Mohamed (PTP1 PKG Sitiawan)
telah memberi tunjuk ajar kepada seramai 22 orang
GPM tentang penggunaan software dalam
menghasilkan video yang berkualiti bagi kegunaan
PdP.
PENGANUGERAH PINGAT PENGHORMATAN GURU KATERGORI ICT
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU DAERAH MANJUNG 2016
PKG SITIAWAN
26 Mei, Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Daerah Manjung 2016 ,En. Ahmad Riduan
b Mohamed Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG
Sitiawan telah dianugerah PINGAT
PENGHORMATAN GURU kategori ICT. Anugerah ini
merupakan satu penghargaan dan pengiktirafan
tertinggi peringkat daerah bagi menghargai jasa dan
sumbangan guru dalam dunia pendidikan khasnya di
bidang ICT. Penghormatan dan Anugerah ini
merupakan suatu tanda Pejabat Pendidikan Daerah
menghargai dan mengiktiraf jasa dan sumbangan
yang dimainkan oleh PKG serta BTPN secara
keseluruhannya dalam pembangunan pendidikan
khususnya di Daerah Manjung..14
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) PERINGKAT NEGERI PERAK 2016
PKG GOPENG
Khidmat bantu PSS peringkat negeri Perak 2016
telah berlangsung pada 3 hingga 5 Ogos 2016
bertempat di Pusat Sumber SK Ulu Geruntum,
Gopeng. Khidmat bantu ini diterajui oleh Puan Azatus
Sakhia (Ketua Unit UPSP BTPN Perak) dengan
dibantu oleh para pegawai dari BTPN dan PKG
negeri Perak. Turut hadir dalam program ini ialah
Encik Mokhtar Bin Wahid (Ketua Penolong Pengarah
BTPN Perak) dan Tuan Hj Md Isa Bin Md Amin
(Ketua Unit Unit Pengurusan Strategik BTPN Perak)
KHIDMAT BANTU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) PERINGKAT NEGERI PERAK 2016
PKG GOPENG
Pada 18hb Disember 2015, PKG Kampar secara
rasmi telah berpindah ke bangunan baharu di SMK
Sentosa, Kampar dari bangunan asal PKG Kampar di
Sekolah Kebangsaan Kampar. Perpindahan ini dibuat
kerana pihak sekolah SK Kampar ingin menggunakan
bangunan asal PKG Kampar. Pihak BTPN Perak dan
juga warga PKG daerah Kinta Selatan turut
membantu dalam proses pemindahan aset dan
peralatan PKG Kampar. Dengan perpindahan ke
bangunan baru yang lebih luas, Pihak PKG Kampar
akan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih
baik kepada sekolah kelompok. 15
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN FAIL DAN NILAM 2016
PKG KAMPUNG GAJAH
Pada 22 Mac 2016 bertempat di Bilik Jati PKG
Kampung Gajah, seramai 19 orang peserta yang
terdiri daripada kalangan GPM telah menyertai
bengkel pemantapan pengurusan fail dan NILAM.
Penceramah iaitu Encik Osman Bin Hj. Mohamed
(PTP 1 PKG Kampung Gajah) telah memberi taklimat
berkaitan pengurusan PSS Cemerlang dan
pengurusan fail yang sistematik demi meningkatkan
kecemerlangan PSS.
BENGKEL 21ST
CENTURY LEARNING DESIGN
PKG PARIT
Pada 2 Ogos 2016 bertempat di PKG Parit telah berlangsung
Bengkel 21st Century Learning Design. Seramai 10 orang
peserta yang terdiri daripada kalangan guru penyelaras
bestari/ICT telah terpilih untuk menyertai bengkel ini.
Pelaksanaan bengkel ini merupakan satu deliverables atau
tindakan susulan yang perlu dilakukan oleh para pegawai
PKG/PTPB seluruh negara yang telah menyertai Bengkel
21CLD anjuran BTP. Penceramah bengkel iaitu Encik Mohd
Khalid Bin Md Yusof (PTP 2 PKG Parit) telah berjaya
membimbing dan melatih para peserta menggunakan perisian
powerpoint mix untuk menghasilkan aktiviti pembelajaran/slaid
pembelajaran. Seterusnya aktiviti pembelajaran tersebut
dimuatnaik ke laman Microsoft Educator Community.
16
BENGKEL KIOSK INTERAKTIF MENGGUNAKAN BAHAN MBMMBI
PKG MANJOI
Pihak PKG Manjoi telah membantu Sekolah Kebangsaan Sri
Mutiara dengan mengadakan Bengkel Kiosk Interaktif Bahan
MBMMBI. Bengkel ini juga membantu pihak sekolah
mengoptimakan penggunaan perisian MBMMBI, Pihak PKG
telah membantu sekolah dengan memasukkan bahan-bahan
MBMMBI yang telah ke dalam cakera keras komputer dan di
sambungkan kepada televisyen untuk memaksimakan
penggunaanya. Bahan interaktif tersebut dijadikan permainan
dan kuiz kepada murid-murid pada waktu rehat di pusat sumber
sekolah. Sudut ini di jadikan kiosk interaktif MBMMBI.
Bengkel Kiosk Interaktif ini di ketuai oeleh Puan Erne Hayaty,
Pegawai Teknologi Pendidikan bersama 15 orang Guru
Perpustakaan dan Media dari kelompok PKG Manjoi. Guru
Perpustakaan dan Media.
.
KHIDMAT BANTU ICT (PaKaR)
PKG BATU GAJAH
Pusat Kegiatan Guru Batu Gajah telah
melaksanakan khidmat bantu ICT (PaKaR) di SMK
Sultan Yussuf, Batu Gajah selama tiga hari bermula
17 Mei hingga 19 Mei 2016. Khidmat bantu ini
melibatkan tenaga pakar yang terdiri daripada PTP 1
PKG Batu Gajah dan juruteknik PKG daerah Kinta
Selatan. Objektif khidmat bantu ini adalah untuk
menyelesaikan masalah rangkaian LAN dalam
makmal komputer HP Multiseat agar dapat
digunakan dalam aktiviti pdp murid. Kesemua
rangkaian LAN dapat berfungsi dan makmal dapat
diguna pakai seperti biasa.
.
17
KHIDMAT BANTU MBMMBI HIP (HIGHLY-IMMERSIVE PROGRAM)
PKG DAERAH BATANG PADANG
Satu majlis perpisahan ringkas telah diadakan bagi
mengenang jasa dan bakti Tuan Haji Khusairi
Jamaluddin yang telah bertukar ke SJKC Ayer Tawar
di Hotel Ritz Garden, Seri Manjung. Beliau yang
telah berkhidmat di PKG Ayer Tawar selama 21
Tahun.
Majlis ini dihadiri oleh semua warga PKG daerah
Manjung dan Encik Jerimi mewakili ketua daerah
PKG daerah Manjung menyampaikan cendarahati
kenang-kenangan kepada Tuan Haji Khusairi
Jamaluddin.
.
MAJLIS PERPISAHAN TUAN HAJI KHUSAIRI JAMALUDDIN
(MANTAN PTP PKG AYER TAWAR)
PKG DAERAH MANJUNG
4 April 2016, Isnin bertempat di SJKT Tapah,
Khidmat bantu penggunaan dan penyusunan bahan
daripada bahan-bahan MBMMBI telah dilakukan.
MBMMBI ialah aktiviti sokongan Bahasa Inggeris
bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar
kepada Bahasa tersebut. Khidmat bantu tersebut
mewujudkan ruang pameran High-
Immersive Program(HIP) di SJKT Tapah. Ruang
yang di hasilkan dapat memberikan manfaat kepada
murid dan mencapai objektif pelaksanaan MBMMBI.
Sekolah berkenaan akan dijadikan tempat perasmian
HIP bagi peringkat Daerah Batang Padang.
.
18
19
20
21
22
23
24