Sejauh Manakah Pengarang Menggunakan Pengembaraan Watak Marlow Untuk Menyampaikan Pemikirannya Dalam...

2
“SEJAUH MANAKAH PENGARANG MENGGUNAKAN PENGEMBARAAN WATAK MARLOW UNTUK MENYAMPAIKAN PEMIKIRANNYA DALAM NOVEL DURJANA DI HATI” Watak merupakan sebuah medium yang digunakan oleh pengarang untuk meyampaikan pemikirannya untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Dalam novel Durjana Di Hati, Marlow merupakan watak utama dalam novel tersebut. Marlow memainkan peranan sebagai pemerhati, memerhati suasana dan kejadian yang berlaku disekelilingnya. Sifat Marlow yang sering memerhati dan mentafsirkan keadaan membuatkan dirinya sesuai untuk dijadikah sebagai medium untuk menyampaikan pemikiran Joseph Conrad. Joseph Conrad merupakan seorang penulis yang membenci budaya kolonial yang dijalankan oleh bangsa dan kuasa Eropah. Dia sering mengritik tindakan bangsanya yang kononnya datang ke bumi afrika untuk mentamadunkan orang disebalik bendera syarikat yang dibawa mereka. Setibanya Marlow di Stesen Pertama, Marlow melihat masyarakat Afrika digunakan sebagai ‘pekerja’ untuk membantu syarikat menjalankan aktiviti perniagaan. Warganegara Afrika diklasifikasikan sebagai pemberontak, dan mereka dikerah untuk melakukan kerja keras, walaupun pada hakikatnya mereka digunakan sebagai hamba untuk mengaut keuntungan dari bumi mereka sendiri.Ini jelas menunjukkan penindasan yang dilakukan oleh pihak Eropah yang brleluasa pada zaman itu. Setibanya di Stesen Ketiga, Marlow tiba di hadapan rumah Kurtz. Semasa Marlow sedang berbual dengan pedagang Rusia, dia memerhati kawasan rumah itu dengan menggunakan teropongnya. Dia terlihat sesuatu yang menakutkan, iaitu kepala-kepala rakyat tempatan yang dipenggal diletakkan di atas sebuah batang kayu dan dipacakkan di atas tanah. Ini telah sedikit sebanyak membongkarkan kegiatan durjana yang dilakukan oleh golongan penjajah di Congo. Setelah berjumpa dengan Kurtz yang sedang sakit tenat, Marlow ingin mebawanya pulang ke tanah airnya. Namun, pada waktu malam, Marlow terjaga dari tidur, dan mendapati bahawa Kurz idak ada di dalam biliknya. Apabila Marlow keluar untuk mencari Kurtz, dia terlihat kesan seorang manusia cuba melarikan diri menerusi semak. Dia mengikuti kesan yang ditinggalkan itu lalu berjumpa dengan Kurtz. Kurtz ingin melarikan diri , tetapi Marlow tetap bertegas untuk membawanya pulang. Menerusi babak ini, amatlah jelas sekali bahawa Kurtz telah hilang ketamadunan bangsanya, walaupun pada

description

MALAYINTERNATIONAL BACCALAUREATEIB

Transcript of Sejauh Manakah Pengarang Menggunakan Pengembaraan Watak Marlow Untuk Menyampaikan Pemikirannya Dalam...

SEJAUH MANAKAH PENGARANG MENGGUNAKAN PENGEMBARAAN WATAK MARLOW UNTUK MENYAMPAIKAN PEMIKIRANNYA DALAM NOVEL DURJANA DI HATIWatak merupakan sebuah medium yang digunakan oleh pengarang untuk meyampaikan pemikirannya untuk menghidupkan jalan cerita sesebuah novel. Dalam novel Durjana Di Hati, Marlow merupakan watak utama dalam novel tersebut. Marlow memainkan peranan sebagai pemerhati, memerhati suasana dan kejadian yang berlaku disekelilingnya. Sifat Marlow yang sering memerhati dan mentafsirkan keadaan membuatkan dirinya sesuai untuk dijadikah sebagai medium untuk menyampaikan pemikiran Joseph Conrad. Joseph Conrad merupakan seorang penulis yang membenci budaya kolonial yang dijalankan oleh bangsa dan kuasa Eropah. Dia sering mengritik tindakan bangsanya yang kononnya datang ke bumi afrika untuk mentamadunkan orang disebalik bendera syarikat yang dibawa mereka. Setibanya Marlow di Stesen Pertama, Marlow melihat masyarakat Afrika digunakan sebagai pekerja untuk membantu syarikat menjalankan aktiviti perniagaan. Warganegara Afrika diklasifikasikan sebagai pemberontak, dan mereka dikerah untuk melakukan kerja keras, walaupun pada hakikatnya mereka digunakan sebagai hamba untuk mengaut keuntungan dari bumi mereka sendiri.Ini jelas menunjukkan penindasan yang dilakukan oleh pihak Eropah yang brleluasa pada zaman itu.Setibanya di Stesen Ketiga, Marlow tiba di hadapan rumah Kurtz. Semasa Marlow sedang berbual dengan pedagang Rusia, dia memerhati kawasan rumah itu dengan menggunakan teropongnya. Dia terlihat sesuatu yang menakutkan, iaitu kepala-kepala rakyat tempatan yang dipenggal diletakkan di atas sebuah batang kayu dan dipacakkan di atas tanah. Ini telah sedikit sebanyak membongkarkan kegiatan durjana yang dilakukan oleh golongan penjajah di Congo.Setelah berjumpa dengan Kurtz yang sedang sakit tenat, Marlow ingin mebawanya pulang ke tanah airnya. Namun, pada waktu malam, Marlow terjaga dari tidur, dan mendapati bahawa Kurz idak ada di dalam biliknya. Apabila Marlow keluar untuk mencari Kurtz, dia terlihat kesan seorang manusia cuba melarikan diri menerusi semak. Dia mengikuti kesan yang ditinggalkan itu lalu berjumpa dengan Kurtz. Kurtz ingin melarikan diri , tetapi Marlow tetap bertegas untuk membawanya pulang. Menerusi babak ini, amatlah jelas sekali bahawa Kurtz telah hilang ketamadunan bangsanya, walaupun pada asalnya dialah yang bertanggungjawab untuk mentamadunkan bangsa Afrika.Hari demi hari, kesihatan Kurtz makin teruk. Keadaan Kurtz yang nazak sewaktu berlayar di atas kepal telah memberi pembaca pencerahan tentang kegiatan-kegiatan durjana yang telah dilakukan oleh Kurtz sewaktu dia bermaharajalela di Congo. Marlow memerhati Kurtz di dalam biliknya. Kurtz menjerit dahsyat! Dahsyat! , seolah seolah mengenangkan apa telah dia lakukan terhadap penduduk Afrika pada waktu itu. Pengarang ingin menunjukkan bahawa setiap perkara buruk yang dilakukan pasti akan mempunyai pengakhiran yang setimpal.Akhirulkalam, Marlow memainkan peranan yang dinamik sebagai watak utama yang menghidupkan jalan cerita Durjana Di Hati dengan menyampaikan pemikiran pengarang menerusi ekspidisinya ke benua Afrika dari Eropah.