Sejarah Form 4 and Form 5 Notes

Click here to load reader

  • date post

    25-Jun-2015
  • Category

    Documents

  • view

    4.504
  • download

    0

Embed Size (px)

description

Sejarah Notes :D

Transcript of Sejarah Form 4 and Form 5 Notes

(a) Definisi tamadun menurut Barat :- Perkatan tamadun berasal daripada perkatan dalam bahasab Arab,iaitu mudun dan madain. Ada kaitannya juga dengan perkataan madana yang bermakna tinggi budi bahasa atau pembukaan bandar

(b) Definisi tamadun menurut Islam :- Dalam bahasa Inggeris pula ia mempunyai makna yang sama dengan tamadun ialah civilization yang berasal daripada perkataan dalam bahsa Greek,iaitu civitas yang membawa makna bandar.Tamadun juga diertikan sebagai peradaban.

Petempatan kekal :- Masyarakat tamadun awal akan memilih kawasan untuk membina petempatan kekal mereka.Kehidupan secara tetap ini membawa kepada corak hidup yang sistematik.Pemilihan kawasan ini sangat penting untuk memastikan kelangsungan bekala makanan.Hasil inovasi manusia ini juga membawa kepada kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman, penyimpanan makanan, serta perternakan binatang. - Penciptaan peralatan baru seperti cangkul dan penggunaan teknologi seperti sistem pengaliran yang lebih efektif mengamalkan hasil inovasi tersebut.

Kehidupan berorganisasi :- Kehidupan berorganisasi penting kerana mampu mengatur cara hidup manusia dan memastikan kestabilan serta kemakmuran kehidupan mereka. - Pada peringkat awal, organisasi sosial atau masyarakat yang lahir itu berada pada tahap yang ringkas iaitu sistem kekeluargaan.

Pembahagian masyarakat yang lebih kompleks wujud apabila terdapat pertambahan penduduk dan kepelbagaian kegiatan ekonomi. - Sistem sosial atau sistem masyarakat tamadun awal berbentuk piramid dan bersusun piramid dan bersusun lapis : i) Raja dan golongan bangsawaan - Raja mengetuai sistem pemerintahan,golongan bangsawaan yang menerajui pemerintahan menduduki lapisan yang teratas. ii) Golongan pembesar - Merupakan golonagan pembesar, iaitu mereka yang menguasai upacara dalam hal ehwal agama,individu yang dihormati oleh masyarakat seperti ketua kampung, ataupun ketua kelompok,kumpulan pentadbiran dan ilmuwan, serta mereka yang pakar dalam bidang kesenian. iii) Rakyat biasa - Golongan ketiga ini merupakan jumlah yang paling ramai,golongan ini penting kerana mereka merupakan tunjang kepada kegiatan ekonomi, terutamanya dalam bidang pertanian dan perdagangan. iv) Golongan hamba - menduduki lapisaan terakhir.kehidupan golongan ini bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya.

Sistem pemerintahan :- Sistem pemerintahan bertujuan untuk meguruskan pentadbiran agar berupaya meguruskan masyarakat yang lebih besar.Dalam tamadun awal manusia seseorang pemimpin atau raja menggunakan unsur magis dan mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan suipaya mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah.

.

- Antara faktor yang menyebabkan pemilihan lokasi ini ialah : a)kesuburan tanah di mana sekitar sungai sesuai untuk pertanian. b) Kemudahan bekalan air dan sumber makanan. c) Kemudahan pengangkutan dan perhubungan.

Tamadun Awal Dunia

Latar belakang :- Merupakan tamadun yang terawal di dunia. - Mesopotamia berasal daripada perkataan dalam bahasa Yunani yang membawa makna "tanah di antara dua sungai. - Terletak di antara Sungai Tigris dengan Sungai Euphrates. - Wilayah Mesopotamia berkembang daripada petempatan awal Zaman Neolitik (7000 - 5000 S.M).Wilayah ini telah berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M. - Kerajaan yang paling awal ialah kerajaan Sumeria (3500 S.M), manakala kerajaan Chaldea merupakan kerajaan terakhir yang runtuh pada tahun 539 S.M -Tamadun Mesopotania dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan yang penting.Kuasa Parsi telah menguasai wilayah Mesopotamia selepas kerajaan Chaldea jatuh. - Kerajaan-kerajaan lain ialah Akkad, Ur,Babylon, Kassites, dan Assyria.

Proses pembentukan : terbahagi kepada dua bahagian iaitu :i) bahagian utara Baghdad. ii) bahagian selatan Baghdad - Tamadun Mesopotamia mengamalkan sistem pemerintahan beraja.Sistem pemerintahan ini berbentuk teokrasi. - Teokrasi merupakan pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan yang berasaskan

hukum agama bersifat ketuhanan. - Raja juga merupakan : i) ketua pentadbiran ii) ketua tentera iii) ketua pendeta iv) ketua agama - Soal tanah,cukai,hasil pertanian dan perniagaan juga berada di bawah kuasa raja. - Sistem tulisan awal tamadun Mesopotamia berbentuk tulisan bergambar,namun kelamaan sistem tulisan ini berkembang menjadi tulisan berbentuk simbol yang ditulis pada tanah liat yang berbentuk pepaku yang dikenali sebagai cuneiform.

- Kod undang-undang Hammurabi digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon,Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan. - Menurut undang-undang ini ,hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan,tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat. - Undang-undang ini dipahat pada tembok dan tiang besar untuk membolehkan rakyat membaca undang-undang tersebut. - Antar kepentingan Kod Undang-undang Hammurabi ialah:

- Antara sumbangan-sumbangan yang lain ialah Kesusasteraan,perkembangan ilmuastronomi,penciptaan roda,penciptaan alat pengangkutan,pembuatan bata dan pembentukkan empeyar pertama di dunia. batu-

Latar belakang- Tamadun Mesir Purba dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil.Sungai Nil megalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranean. - Tamadun Mesir Purba terbentuk di tebing Sungai Nil. - Sungai Nil berpunca daripada dua anak sungai iaitu : a) Sungai Nil Biru ( yang bermula dari tanah tinngi di Ethiopia ) b) Sungai Nil Putih ( yang bermula dari Tasik Victoria di Uganda ) - Perkembangan tamadun Mesir Purba bermula daripada petempatan awal pada Zaman Neolotik ( 10 000 S.M 5000 S.M )telah berkembang menjadi pusat tamadun awal pada sekitar tahun 3500 S.M. - Tamadun Mesir Purba terbahagi kepada empet zaman iaitu : i) Zaman Awal (3100-2200 S.M) ii) Zaman Pertengahan (2040-1785 S.M) iii) Zaman Empayar (1570-1085 S.M) iv) Zaman Keruntuhan (1080-322 S.M) - Kejatuhan tamadun Mesir Purba berlaku apabila pemerintahannya dikuasai oleh orang asing seperti Libya,Kush,Assyria, Parsi,Yunani dan akhirnya Rom. Proses pembentukan : i) mencatat tahap kebudayaan gangsa semasa Zaman Logam lagi. ii) Mendirikan petempatan tetap dan menggunakan logam.

- Pembinaan piramid,penciptaan kertas daripada pokok papyrus,Tulisan hieratik berkembang menjadi tulisan hieratik,iaitu tulisan berangkai. - Sistem pendidikan diberikan kepada kanak-kanak diuruskan oleh rumah ibadat.Bidang perubatan berkembang maju dan mendapat status yang tinggi dalam masyarakat.Orang mesir purba maggunakan ilmu matematik seperti algebra,geometri dan astronomi untuk mengawal banjir sungai Nil yang berlaku sekali

dalam setahunl.

Latar belakang :- Merupakan tamadun terawal di India.juga di kenali sebagai Tamadun Harappa. - Terletak di Lembah Indus : mlembah ini mengalir dari Pergunungan Himalaya ke Laut Arab.

Proses pembentukan :i) Bermula dengan hidup berpindah randah dengan memburu binatang dan mengumpul makanan. ii) Pengeluaran hasil pertanian yang semakin meningkat membawa kepada peningkatan jumlah penduduk.

- Pencapaian berkait rapat dengan kepakaran dalam bidang matematik,geometri, dan pembinaan. - Bandar-bandar tamadun Indus dirancang dan dibina dalam bentuk segi empat serta jaln raya yang lurus.

- Latar belakang :- Terletak di lembah sungai, iaitu Sungai Hwang Ho.Muncul hasil daripada kesuburan tanah yang terdapat di Hwang Ho atau lebih dikenali sebagai Sungai Kuning.

- Sungai Hwang Ho, sungai kedua terpanjang di china,terletak di bahagian utara negara China.Ia terletak jauh daripada pusat tamadun dunia yang lain,bersifat setampat kerana mempunyai ciri-ciri fizikal yang bergunung-ganang dan berpadang pasir. - Pembentukan tamadun in dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien iaitu Peking Man, ini menunjukkan bahawa wujud kehidupan zaman Paleolitik. - Pembinaan sistem pengaliran - Kemajuan dalam pembajaan serta penciptaan teknologi cangkul dan sabit. - Sistem tulisan yang digunakan oleh orang China di gunakan sehingga kini dan berkembang secara evolusi. - Pengenalan sistem berkelender iaitu semasa pemerintahan Dinasti Shang.

- Perkembangan dalam pemikiran dan kemahiran membawa kepada peningkatan tamadun.iaitu :dalam bentuk falsafah,sistem pendidikan,sistem pemerintahan, kesenian,keagamaan, serta sains dan teknologi.

- Bermula dengan pembentukan negara kota yang dikenali "polis".setipa polis terdapat acropolis,agora, dan kawasan pertanian. - Athens merupakan polis yang terbesar.mempunyai 40 000 orang penduduk sahaja. - Setipa negara kota mengandungi sebuah kota yang mempunyai pasar, kubu, kuil, dan istana.ia di kelilingi oleh kawasan pertanian - Negara kota ini mempunyai caorak pemerintahan dan undang-undang tersendiri,masyarakat dalam setiap negara kota selalunya bersatu padu. - Dari segi keagamaan,mereka mempunyai beberapa tuhan.Terdapat beberapa bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh sesebuah negara kota tamadun Yunani,melalui pelbagai perubahan daripada monarki,oligarki,aristokrasi, diktator (tirani), dan akhirnya demokrasi. - Antara ahli sains yang telah wujud dalam tamadun Yunani iaitu : i) Thales ii) Pythagoras iii) Hippocrates

iv) Archimedes v) Ptolemy

Falsafah tamadun Yunani - Dalam tamadun Yunani,antara ahli falsafah yang terkenal ialah :i) Herodotus * merupakan ahli sejarah dan ahli falsafah Yunani yang terulung * Diberi gelaran "Bapa Sejarah" ii) Thucydides * Dianggap sebagai "Pengasas Sejarah Saintifik"Menggunakan pendekatan penulisaan sejarah yang bertereskan penyelidikan. iii) Socrates * merupakan "Bapa Falsafah Barat" * Pakar dalam perbincangan berdasarkan kaedah soal jawab.

- Majlis perbandaran diwujudkan oleh pemerintahan Rom disetiap bandar pada abad kedua Masihi.Romulus pada tahun 753 S.M - Bandar-bandar yang wujud merupakan bandar terancang dengan pelbagai kemudahan. - Mengamalkan sistem beraja(753 S.M) iaitu diperintah mutlak ole raja-raja berketurunan Etruscan. - Semasa pemerintahan Julius Caesar, Rom m