Sebutan baku

Click here to load reader

  • date post

    20-Jun-2015
  • Category

    Education

  • view

    464
  • download

    3

Embed Size (px)

Transcript of Sebutan baku

  • 1. Disediakan Oleh: Fitri Norlida Bt Ibrahim Farah Fazriyana Bt Basri PISMP SEMESTER 4 BAHASA MELAYU C FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU SEBUTAN BAKU KATA PINJAMAN DARI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA EROPAH YANG LAIN

2. SEBUTAN BAKU KATA PINJAMAN DARI BAHASA INGGERIS DAN BAHASA EROPAH YANG LAIN 3. Cara penyebutan kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain berdasarkan kepada pedoman umum yang menghendaki setiap huruf dilafazkan mengikut nilai bunyinya dalam bahasa Melayu. 1. Vokal a dilafazkan dengan bunyi [ a ] juga, bukan dengan bunyi [ e ], [ e ], [ E ], [ ei ], dan sebagainya. Contohnya: Ejaan Sebutan album [ al.bum ] data [ da.ta ] popular [ po.pu.lar ] radio [ ra.dio ] 4. 2. Vokal e taling dilafazkan dengan bunyi [ e ] sekiranya sebutannya dalam bahasa sumber bukan bunyi pepet [ e ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ E ] bagi kata suku seperti dalam bahasa sumber. Contohnya: Ejaan Sebutan kabaret [ ka.ba.ret ] sen [ sen ] telefon [ te.le.fon ] sel [ sel ] atau [ sEl ] beg [ beg ] atau [ bEg ] 3. Vokal e pepet dilafazkan dengan bunyi [ e ] juga pada semua kedudukan, sama ada terbuka atau tertutup. Contohnya: Ejaan Sebutan artikel [ ar.ti.kel ] meter [ me.ter ] sistem [ sis.tem ] 5. 4. Vokal i dilafazkan dengan bunyi [ i ] pada semua kedudukan, termasuklah kata yang diucapkan dengan bunyi diftong dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan dinamo [ di.na.mo ] idea [ i.dea ] firma [ fir.ma ] krisis [ kri.sis ] 5.Vokal o dilafazkan dengan bunyi [ o ] atau boleh dilafazkan dengan bunyi [ O ] bagi kata suku seperti dalam bahasa sumber. Ejaan Sebutan bom [ bom ] Hormon [ hor.mon ] Ekonomi [ e.ko.no.mi ] sos [ sOs ] kos [ kOs ] 6. 6.Vokal u dilafazkan dengan bunyi [ u ] pada semua kedudukan kata, termasuk kata yang diucapkan dengan bunyi diftong [ yu ] dalam bahasa sumbernya. Contohnya: Ejaan Sebutan industri [ in.dus.tri ] kurikulum [ ku.ri.ku.lum ] unik [ u.nik ] unit [ u.nit ] 7.Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi [ ai ] dan bukan dengan bunyi [ e ] atau seumpamanya pada semua kedudukan kata dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan aileron [ ai.le.ron ] aising [ ai.sing ] trailer [ trai.ler ] 7. 8. Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi [ au ] dan bukan dengan bunyi [ o ] atau [ O ] pada semua kedudukan kata (suku kata terbuka) dalam bahasa Melayu. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [ au.dit ] automatik [ au.to.ma.tik ] autograf [ au.to.graf ] 9. Huruf diftong oi dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ Oi ] dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan konvoi [ kon.voi ] koboi [ ko.boi ] boikot [ boi.kot ] 8. 10.Beberapa bentuk gabungan dua huruf vokal dilafazkan menjadi vokal tunggal dalam bahasa Melayu, contohnya: Kata Sebutan diesel [ di.sel ] protein [ pro.tin ] zoologi [ zu.lo.gi ] erobik [ e.ro.bik ] 11.Huruf konsonan g dilafazkan bunyi [ g ] dan bukannya [ j ] dalam bahasa Melayu: Ejaan Sebutan agenda [ a.gen.da ] agensi [ a.gen.si ] strategi [ stra.te.gi ] tragedi [ tra.ge.di ] 9. 12.Huruf gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dilafazkan sepenuhnya, contohnya: Ejaan Sebutan deskriptif [ des.krip.tif ] drama [ dra.ma ] klasik [ kla.sik ] struktur [ struk.tur ] 13.Gugus konsonan dengan / s / sebagai konsonan akhir, seperti /ks/,/ns/, dan /ps/ dilafazkan sepenuhnya di akhir kata atau di akhir suku kata, contohnya: Ejaan Sebutan ambulans [ am.bu.lans ] forseps [ for.seps ] insurans [ in.su.rans ] sains [ sains ] 10. 14.Kata atau ungkapan serapan daripada bahasa Perancis (atau bahasa Eropah yang seumpamanya) yang diterima bentuk ejaannya yang asal dilafazkan mengikut sebutan asal dalam bahasa sumber, contohnya: Kata/ungkapan Sebutan ad hoc [ Ed.hOk] esprit de corps [ es.prit.de.kOp ] ex officio [ eks.e.fi.syio ] vis--vis [ vi.ze.vi ] 11. EJAAN KATA SERAPAN DARIPADA BAHASA INGGERIS DAN BAHASA EROPAH Penyusunan ejaan bagi kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang ditulis dalam huruf Roman dilakukan dengan mengikut peraturan penyesuaian huruf, contohnya: BI BM Contoh Penggunaan a a abstrak ae ae aerial ai ai aileron, aising au au audit, automatik b, bb b lobi, hobi 12. Bagi penyesuaian ejaan daripada bahasa Inggeris dan bahasa- bahasa Eropah yang lain yang ditulis dengan huruf Roman, yang dipentingkan Ialah bentuk ejaan dan bentuk visualnya. BI BM carbon jadi karbon bukan kaban cartoon jadi kartun bukan katun conductor jadi konduktor bukan kondakter dialogue jadi dialog bukan dailog institute jadi institut bukan institiut structure jadi struktur bukan strakcer 13. Kata serapan daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu. BI BM atom tetap atom bukan atum bonus tetap bonus bukan bonos, bunus fossil tetap fosil bukan fosel, fusil pistol tetap pistol bukan pestol, pistul 14. Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain diterima dan dikekalkan bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Penulisan gugus konsonan di awal kata atau awal suku kata dikekalkan. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bl block jadi bl - blok br brake br- brek chl- chlorophyll kl- klorofil chr- chronology kr- kronologi cl- clinic kl- klinik cr- credit kr- kredit 15. fr- franc jadi fr- franc gl- glocose gl- glukosa gr- gravity gr- graviti kn- knot kn- knot kr- krone kr- krone pl- plumbum pl- plumbum pr- practical pr- praktis ps- psychology ps- psikologi pt- ptomaine pt- ptomain sc- scandal sk- skandal 16. scr- script skr- skrip sk- ski sk- ski sn- snooker sk- snuker sp- spectrum sp- spektrum sph- sphere sf- sfera spr- spring jadi sp- spring sq- squadron sk- skuadron st- stable st- stabil str- structure str- struktur tr- tragedy tr- tragedi tz- tzar tz- tzar 17. Sebagai kekecualian kepada peraturan gugus konsonan, beberapa kata tertentu telah diterima mengikut sistem ejaan lama yang menggunakan huruf e pepet, sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class jadi kelas bukan klas club kelab klab, klub glass gelas glas grant geran gran plan pelan plan stamp setem stem 18. Penulisan huruf gugus konsonan pada akhir kata (atau pada akhir suku kata) bagi kata yang diterima bentuk gugus konsonannya adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -lf golf jadi -lf golf -lt cobalt -lt kobalt -nce science -ns sains -nk bank -nk bank -ps forceps -ps forseps -rd standard -rd standard -rm chloroform -rm kloroform -rt consert --rt konsert -x complex -ks kompleks -xt text -ks teks 19. Huruf gugus konsonan di akhir kata dalam bahasa Inggeris yang disesuaikan dengan penambahan huruf vokal dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu -ct fact jadi -kta fakta -gm paradigm -gma paradigma -ism materialism -isme materialisme 20. Kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa Eropah yang lain yang sudah sebati atau telah lama terserap dalam bahasa Melayu dikekalkan ejaannya mengikut kaedah ejaan bahasa Melayu, contohnya: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu bureau jadi biro bukan bureau custom kastam kustom driver drebar driber, driver modern moden modern pension pencen pension station stesen station, stasion, stesyen 21. Semua huruf g yang diucapkan j dalam bahasa Inggeris tetap Diterima sebagai huruf g juga dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agenda tetap agenda bukan ajenda gymnasium gimnasium jimnasium technology teknologi teknoloji tragedy tragedi trajedi 22. Huruf g yang diucapkan j mengikut sebutan dalam bahasa Inggeris, disesuaikan menjadi huruf j dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh: Bahasa Inggeris Bahasa Melayu agent jadi ejen, agen college kolej contingent kontinjen engine enjin 23. SEBUTAN BAKU KATA PINJAMAN DARI BAHASA ARAB 24. Kaedah penyebutan kata serapan daripada bahasa Arab ada dua, iaitu: i.cara sebutan yang tidak tertakluk kepada pedoman umum sebutan kata bahasa Melayu jati. ii.cara sebutan mengikut bunyi asal dalam bahasa sumber. 1.Kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama menjadi kata umum dilafazkan sesuai dengan sebutan kata jati dalam bahasa Melayu, contohnya: Ejaan Sebutan sahabat [ sa.ha.bat ] darurat [ da.ru.rat ] izin [ i.zin ] zalim [ za.lim ] 25. 2. Kata daripada bahasa Arab yang asalnya ditulis menggunakan bunyi ain dan sudah terserap sebagai kata umum tetapi difikirkan perlu dikekalkan sebutannya seperti dalam bahasa sumber boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) cara sebutan mengikut bunyi yang sudah terserap (ii) cara sebutan yang mengekalkan bunyi ain. Ejaan Sebutan alam [ a.lam ] atau [ a.lam ] ilmu [ il.mu ] atau [ il.mu ] ulama [ u.la.ma? ] atau [ u.la.ma? ] 26. 3. Kata yang mengandungi suku kata tengah atau suku kata akhir yang bermula dengan bunyi ain dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu dengan melahirkan bunyi ain itu, contohnya: Ejaan Sebutan saat [ sa. at ] Jumaat [ ju.ma. at ] kaedah [ ka. e.dah ] 4. Huruf k yang sepadan dengan huruf ain sebagai penutup suku kata tengah atau suku kata akhir boleh dilafazkan dengan dua cara, iaitu (i) dengan bunyi hentian glotis, dan (ii) dengan bunyi geseran rongga tekak bersuara [ ], contohnya: Ejaan Sebutan rakyat [ ra?.yat ] atau [ ra .yat ] maklumat [ ma?.lu.mat ] atau[ ma .lu.mat ] 27. 5.Kata serapan yang berupa istilah agama atau yang berkaitan dengan aktiviti agama Islam dilafazkan sesuai dengan bunyi asal dalam bahasa sumber walaupun ditulis mengikut kaedah umum ejaan Rumi: Ejaan Sebutan kadi [ qa.di ] hadis [ ha.dith ] Ramadan [ ra.ma.dan ] tawaf [ ta.waf ] 6.Istilah agama Islam yang ditulis atau dieja mengikut kaedah transliterasi huruf Arab kepada Rumi dilafazkan mengikut bunyi asal seperti dalam bahasa sumber, contohnya: Ejaan Sebutan hadith [ ha.dith ] istimal [ is.ti .mal ] qunut [ qu.nut ] 28. Ejaan Kata Serapan daripada Bahasa Arab Terdapat dua cara untuk mengeja kata serapan daripada bahasa