Salur (DUCT)- Kertas Penerangan

download Salur (DUCT)- Kertas Penerangan

of 11

description

Salur

Transcript of Salur (DUCT)- Kertas Penerangan

  • 0

    KERTAS PENERANGAN

    KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK

    SEMESTER / TAHUN 4/2013

    NO. DAN TAJUK MODUL ETE 403 - ELECTRICAL INDUSTRIAL INSTALLATION 2

    NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN 1. CARRY OUT DUCTING INSTALLATION

    OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN

    1. Obtain schematic wiring and blue print 2. Identify of actual location. 3. Determine size of cable. 4. Determine cable and ducting size. 5. Test Electrical Installation.

    NO. KOD : ETE 403 TARIKH :

    NAMA PELAJAR:

    KUMPULAN:

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 1

    SALUR

    Pengenalan Sistem salur adalah satu sistem yang digunakan untuk menayalurkan kabel-kabel telefon, kabel-kabel elektrik dan beberapa perkhidmatan lain ke tempat-tempat yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

    Definisi Salur ialah saluran yang dibuat di bawah lantai yang boleh menyalurkan perkhidmatan kabel telefon, elektrikal dan sebagainya. Biasanya ia dibuat di bawah lantai semasa pembinaan bagunan lagi.

    Dari konteks elektrikal, salur dapat menghubungkan kabel-kabel kuasa yang mempunyai bilangan yang banyak dari satu tempat ke tempat yang lain (contoh seperti dari kotak pengagihan pengguna ke meja-meja kerja di dalam sebuah bengkel atau makmal).

    Penggunaan Salur Pada peringkat permulaan, salur yang digunakan di makmal-makmal atau bengkel-bengkel, hanyalah sebuah longkang kecil dan ditutup dengan menggunakan blok-blok simen. Namun apabila berlaku peredaran zaman, sistem salur telah diperbaharui dengan menggunakan kotak salur empat segi bujur atau kotak melengkung yang memanjang dan beberapa aksesori-aksesori yang lain. Ianya diperbuat daripada PVK ataupun bahan logam. Kabel-kabel akan disambung dan dipasang melalui salur-salur ini untuk menghubungkan bekalan elektrik ke tempat yang memerlukan bekalan sama ada ke soket alir keluar ataupun ke panel-panel bekalan kuasa elektrik. Kemudian akan ditutup menggunakan simen lantai, tetapi beberapa bahagian akan dipasang dengan kotak simpang (junction box) bagi tujuan penyelenggaraan.

    Rajah1: Contoh Penggunaan Salur

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 2

    Aksesori Salur Salur

    - Terdiri daripada bahan PVC ataupun logam.

    Rajah 2

    - Mempunyai berbagai bentuk dan paten(patern).

    Rajah 3: Contoh-contoh Salur Berbagai Bentuk

    Contoh Salur Logam Contoh Salur PVC

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 3

    Kotak Simpang - Digunakan untuk membuat penyelenggaraan dan sebagai penyambung antara salur

    dengan salur yang lain.

    Rajah 4: Kotak simpang

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 4

    Kotak Perkhidmatan(Service Box) - Dibina untuk meletakkan aksesori-aksesori elektrik ataupun aksesori telefon. Contoh

    memasang soket alir keluar dan sebagainya.

    Rajah 5: Kotak Perkhidmatan

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 5

    Penyambung Salur - Untuk menyambung salur.

    Rajah 6: Contoh-contoh Penyambung Salur

    Kenapa salur digunakan? Kebanyakan sistem pendawaian, bekalan elektrik (seperti soket keluaran) hanya boleh didapati di tepi sebelah dinding sahaja. Bagi keperluan di tengah-tengah bangunan seperti bangunan pejabat, bengkel, mahupun makmal, ianya perlu menggunakan kabel tambahan (extension cord). Keadaan ini mungkin akan memburukkan suasana dalam bangunan tersebut atau akan mendatangkan bahaya. Sebagai alternatifnya, sistem salur digunakan.

    Faktor-faktor Pemilihan Sistem Pendawaian Salur 1. Bekalan voltan 1 fasa dan 3 fasa. 2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak. 3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang. 4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa akan datang. 5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris. 6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan. 7. Memerlukan perlindungan yang lebih.

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 6

    Pendawaian Sistem Salur Biasanya sistem salur digunakan di bangunan-bangunan yang besar seperti di kilang-kilang, bagunan-bangunan pejabat, sekolah, hospital, dan sebagainya. Bagi memenuhi kuasa elektrik yang cukup dan selamat, sistem pendawaian tiga fasa akan digunakan.

    Pemilihan saiz kabel dalam sistem pendawaian salur Semua jenis kabel yang digunakan dalam pemasangan sesalur, boleh dipasang di dalam sistem ini mengikut keperluan (rujuk jadual kabel yang ditetapkan IEE).

    Pendawaian menggunakan sesalur dan salur - faktor ruang 45%; Pendawaian terbenam menggunakan salur - faktor suhu persekitaran.

    Jadual Saiz Kabel Luas keratan rentas

    konduktor dalam mm2 Jenis Bahan Penggunaan

    1.5mm2 Kuprum Litar pencahayaan / kipas

    2.5 mm2 Kuprum Litar soket alir keluar 13A

    4.0 mm2 Kuprum Litar Kuasa Am (contoh: pemanas air, unit pemasak, motor/pam)

    16.0 mm2 / 25.0 mm2 Kuprum Litar Utama

    Jadual 1

    Fungsi dan Warna Kabel Fungsi Warna Kabel Fungsi Warna Kabel

    Fasa bagi Litar Fasa Tunggal Merah atau Kuning atau Biru

    Fasa R bagi Litar Fasa Tiga Merah

    Fasa Y bagi Litar Fasa Tiga Kuning

    Fasa B bagi Litar Fasa Tiga Biru Fasa B bagi Litar Fasa Tiga Biru

    Neutral bagi Litar Hitam

    Konduktor Perlindung / Pembumian Hijau atau Hijau-Kuning Jadual 2

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 7

    Saiz Salur yang Piawai(Standard) - Terdapat beberapa saiz salur yang dijual di pasaran, namun beberapa contoh saiz adalah seperti berikut: 50mm X 25mm X 2.5mm 75mm X 25mm X 3.2mm 100mm X 25mm X 3.2mm

    - Bagi menentukan saiz salur yang sesuai, formula faktor ruang bagi salur perlu diambil perhatian.

    Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100 Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur

    Kaedah Pemasangan Salur

    Rajah 7: Lakaran sebelum Proses Menyimen

    Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotak salur didahului memasang salur dan kelengkapannya, kemudian diikuti oleh pendawaian kabel di dalamnya. Seterusnya salur akan ditutup dengan menggunakan simen lantai kecuali bahagian kotak simpang dan kotak perkhidmatan(service box).

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 8

    Peringkat-peringkat Pemasangan

    1.Letakkan kotak simpang di tempat yang sesuai.

    2. Masukkan salur mengikut keperluan.

    3. Ketatkan salur dengan menggunakan klip.

    4. Ikat dengan menggunakan klip bagi salur-salur yang lebih dari dua salur

    5. Peringkat sebelum proses menyimen.

    6. Peringkat selepas proses menyimen.

    7. Ketukkan sedikit, untuk membuka penutup yang mungkin telah disimen.

    8. Bersihkan lebihan simen di dalam kotak simpang.

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 9

    9. Ratakan(level) kotak dengan aras simen.

    10. Pasang bingkai perangkap(trap frame).

    11. Pasang penutup bingkai perangkap.

    12. Untuk tukarkan kepada kotak perkhidmatan, buka bingkai perangkap. penutup bingkai perangkap.

    13. Pasang plat aksesori.

    14. Pasang bingkai perangkap.

    15. Pasang penutup bingkai perangkap. Seterusnya pendawaian boleh dilakukan

    16. Tutup dengan karpet atau biarkan tanpa karpet.

  • ETE 403 PEMASANGAN SALUR

    ajmt2013 10

    Peraturan IEE Sistem sesalur dan salur 523-8 Semua logam yang digunakan sebagai sarung, perisai kabel, pembuluh, salur, sesalur, klip dan ikatan hendaklah diperbuat daripada bahan yang tahan kikisan atau bertutup dengan bahan anti kakis jika digunakan di tempat lembap atau terdedah kepada cuaca. Sarung dan perisai logam kabel perlu juga dijauhkan daripada sebarang logam yang boleh memberikan kesan elektrolit apabila ia bersentuhan.

    527-12 Setiap alur keluar kabel dari sistem salur dan sesalur, penyambungan kabelnya mesti baik dari segi mekanik dan elektrik dan kabel itu tidak mengalami kerosakan. 528-1 Kabel, pembuluh, salur, sesalur yang memberi struktur rintangan api seperti lantai dan dinding penghalang kebakaran hendaklah ditutup dengan rapi dengan bahan rintangan api yang bersesuaian.

    - Sesalur atau salur mesti dipasang dengan teguh dan dilindungi daripada sebarang kerosakan mekanikal. - Sesalur atau salur mesti diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar. - Semua kabel hidup dan neutral untuk bekalan AU bagi setiap litar mestilah dipasang dalam sesalur atau salur yang sama. - Semua sesalur atau salur mestilah dilindungi daripada kemasukan air dan kerosakan kabel. - Faktor ruang bagi salur dan sesalur tidak melebihi 45%.

    Faktor ruang = Jumlah luas keratan rentas keseluruhan kabel x 100 Jumlah luas keratan rentas dalam sesalur/salur