KERTAS PENERANGAN

38
KOLEJ TEKNOLOGI BINAAN YAYASAN PELAJARAN JOHOR JOHOR DARUL TA'ZIM KERTAS PENERANGAN KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA TAHAP / LEVEL TIGA (3) DUTY / DUTI 04 – PRODUCE WORKING DRAWING TUGAS / TASK 19 – DRAW FLOOR PLANS FOR MULTI-STOREY BUILDING 20 – DRAW ROOF PLAN FOR MULTI-STOREY BUILDING 21 – DRAW SECTIONS FOR MULTI-STOREY BUILDING 22 – DRAW ELEVATIONS FOR MULTI-STOREY BUILDING 23 – DRAW SITE, LOCATION AND KEY PLAN FOR MULTI-STOREY BUILDING 24 – PREPARE COORDINATING DRAWING OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE DRAW TASK ABOVE BY PRODUCING STANDARD WORKING DRAWING USING RELEVANT SPECIFICATION SO THAT THE DRAWING CAN BE USED FOR CONTRACT, CONSTRUCTION AND SUBMISSION PURPOSES

Transcript of KERTAS PENERANGAN

Page 1: KERTAS PENERANGAN

KOLEJ TEKNOLOGI BINAANYAYASAN PELAJARAN JOHOR

JOHOR DARUL TA'ZIM

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

DUTY / DUTI 04 – PRODUCE WORKING DRAWING

TUGAS / TASK 19 – DRAW FLOOR PLANS FOR MULTI-STOREY BUILDING20 – DRAW ROOF PLAN FOR MULTI-STOREY BUILDING21 – DRAW SECTIONS FOR MULTI-STOREY BUILDING22 – DRAW ELEVATIONS FOR MULTI-STOREY BUILDING23 – DRAW SITE, LOCATION AND KEY PLAN FOR MULTI-STOREY BUILDING24 – PREPARE COORDINATING DRAWING

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINALPERFORMANCE OBJECTIVE

DRAW TASK ABOVE BY PRODUCING STANDARD WORKING DRAWING USING RELEVANT SPECIFICATION SO THAT THE DRAWING CAN BE USED FOR CONTRACT, CONSTRUCTION AND SUBMISSION PURPOSES

KOD KURSUS / PUSAT BERTAULIAH

B – 050 – 3 K04005

Page 2: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : REKABENTUK BANGUNAN

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah merekabentuk bangunan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan.

PENERANGAN :Lukisan kerja tersebut meliputi pelan lantai tingkat bawah, pelan lantai tipikal, pelan bumbung, pandangan dan keratan serta pelan tapak, pelan lokasi dan kekunci. Selain itu, harus diberi penekanan terhadap rekabentuk, keluasan sesuatu ruang, jenis bahan yang digunakan dan perkhidmatan bangunan.

Strategi Rekabentuk :

Berdasarkan data iklim, keadaan menjelang bulan-bulan panas di Malaysia dapat dinyatakan sebagai sederhana. Analisis keadaan luaran menunjukkan masalah utama haba di kawasan panas lembap ada kaitannya dengan kekurangan kesan pengubahsuaian yang terhasil oleh façade atau sampul bangunan.

Dengan mengambil kira kesan pengubahsuaian yang dapat dihasilkan daripada fabric bangunan dan tumbuh-tumbuhan. Banguna yang hendak diubahsuai terpaksa bergantung pada strategi rekabentuk. Hal ini perlu diberi penekanan untuk mencapai dua matlamat utama seperti gambarajah di bawah iaitu untuk mengurangkan haba. Kedua untuk menambah pergerakan udara dalam bangunan tetapi perlu diambil kira dengan bahan binaan yang digunakan.

Page 3: KERTAS PENERANGAN

Cara Mengurangkan Kemasukan Haba :

Haba yang diterima oleh bangunan dalam iklim ini ialah melalui bumbung dan dinding. Bumbung lebih terdedah kepada matahari yang kuat berbanding dinding. Rekabentuk dinding bertujuan mengurangkan kesan sinaran matahari tetapi sedikit mengurangkan kesan penerimaan haba. Antara cara berkesan untuk mengurangkan pengaliran haba dalam bangunan adalah seperti dalam rajah di bawah.

Penggunaan penebat haba :

Dalam bangunan mempunyai banyak tujuan. Pertama, untuk mengawal pengaliran haba dalam bangunan. Kedua, mengekalkan udara panas atau sejuk. Ketiga, mengekalkan perbezaan suhu antara luaran dan dalaman. Hasil kajian yang diselidiki, penebat dapat menghalang dan mengurangkan aliran haba melalui elemen bangunan. Lihat rajah di bawah.

Bangunan dalam iklim seju, penebat haba diperlukan bagi mengekalkan suhu dalam bangunan. Manakala dalam iklim panas dan lembap, penebatan haba diperlukan untuk memperlahankan pengaliran haba sebanyak mungkin.

Page 4: KERTAS PENERANGAN

Penggunaan Alat Peneduhan :

Alat ini akan mengurangkan silauan serta menghalang pemanasan secara terus ditunjukkan di dalam rajah di bawah kepada penghuni oleh sinaran matahari dan mengurangkan jumlah sinaran haba sampai ke dalam bangunan. Terdapat beberapa alat peneduhan yang biasa digunakan pada bangunan.

Page 5: KERTAS PENERANGAN
Page 6: KERTAS PENERANGAN

Alat Peneduhan Dalaman :

Kawalan terhadap silauan dan pemanasan terus tetapi kurang berkesan dalam mengurangkan jumlah sinaran yang diterima. Untuk menambah keberkesanan, bidai-bidai yang mengadap tingkap mempunyai permukaan yang bersinar. Iklim panas lembap mungkin kurang berkesan untuk mengurangkan silauan atau sinaran terutamanya apabila digunakan pada tingkap kaca yang luas.

Penggunaan Kaca-Kaca Khas :

Kaca yang menyerap haba mengandungi ferric oxide yang menyerap ultraviolet dan mengurangkan pengaliran haba matahari tanpa mengurangkan pengaliran cahaya. Sebagai contoh semi reflective metallic coating yang memantul sinaran infra red dan grey atau tinted glasses. Faktor ini memerlukan pertimbangan yang wajar semasa merekabentuk bangunan.

Kawalan Sinaran Matahari Di Ruang Antara Dua Kaca :

Terdapat dua lapis kaca yang paling berkesan mengurangkan kehilangan haba dalam musim sejuk di kawasan iklim sejuk. Tetapi pada musim panas, sinaran matahari tambahan mungkin menyebabkan pemanasan lampau berlaku dalam bangunan. Kebaikan kawalan jenis ini ialah bidai-bidai (blinds) sentiasa dalam keadaan bersih.

Page 7: KERTAS PENERANGAN

Kawalan Matahari Luaran :

Cara paling efektif bagi mengurangkan haba yang diterima oleh bangunan sebab haba yang diserap dipancarkan keluar. Cara yang digunakan termasuk penutup jendela, kajang, langit-langit dan elemen mendatar dan menegak. Sisitem bidai di tingkap dan kekisi dapat ditunjukkan di bawah. Iklim panas dan lembap sudut pancaran, matahari adalah menegak pada waktu tengahari. Cucur atap mungkin berfungsi sebagai alat peneduhan.

Page 8: KERTAS PENERANGAN

Meningkatkan Kadar Ventilasi :

Kadar ventilasi yang tinggi dapat mengurangkan haba yang diterima oleh permukaan secara perolakan. Untuk penggantian udara bagi memenuhi keperluan yang minimum bagi mengekalkan keadaan kesihatan dalam bangunan. Iklim panas dan lembap kadar ventilasi yang tinggi lebih berkesan bagi mengurangkan kepanasan dalaman bangunan semasa siang. Tetapi kadar pertukaran udara yang cepat mustahil untuk dihasilkan sepanjang masa kalau reka bangunan tidak diambil kira dengan sebaik-baiknya.

Bahan-Bahan Dan Cara Pembinaan :

Pengaliran haba melalui fabric dapat dikurangkan dengan banyaknya bergantung kepada keperluan haba dalam sesuatu bangunan. Tetapi di negara yang panas umpamanya Malaysia, terdapat haba tambahan daripada matahari akan menyebabkan suhu dalam bangunan meningkat melebihi paras keselesaan. Strategi penggunaan bahan dalam cara pembinaan yang sesuai dapat mengurangkan haba yang diterima oleh bangunan.

Page 9: KERTAS PENERANGAN

Rekabentuk Sampul Bangunan :

Penerimaan haba matahari yang berlebihan melalui sampul bangunan mesti dikurangkan dan pergerakan udara dalam bangunan mesti dikekalkan sepanjang masa dengan mengurangkan halangan-halangan yang tidak diperlukan. Untuk memastikan keberkesanan pengubahsuaian oleh fabric, elemen-elemen utama bangunan seperti bumbung dinding dan lantai yang merupakan perantaraan dengan persekitaran luaran perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya.

Rekabentuk bumbung :

Sasaran utama penerimaan haba pada bangunan kerana menerima matahari terus pada waktu pagi dan petang. Paling tinggi pada siang hari kekuatan pancarannya maksimum. Dua jenis binaan bumbung iaitu bumbung ringan dan bumbung berat. Bumbung ringan digunakan untuk rumah manakala bumbung berat untuk pejabat, sekolah dan bangunan-bangunan umum.

Kesan Sinaran Matahari Ke Atas Bumbung :

Terdapat beberapa faktor berikut :1. latitude tapak2. orentasi banguna pada tapak 3. musim dalam setahun 4. cuaca tempatan5. sudut-sudut antara sinaran dengan permukaan bangunan6. jenis tingkap7. jenis bumbung dan dinding

Pengaruh Bumbung Curam :

Kesan sinaran dapat dikurangkan dengan menyerakkan sinaran ke kawasan yang luas. Bumbung curam lebih berkesan mengalirkan air terutama di kawasan yang hujan.

Kesan Penebatan Bumbung :

Langkah pertama mengekalkan keadaan dalam bangunan seperti yang diingini adalah dengan mengurangkan haba sebanyak mungkin. Kunci rekabentuk yang utama dalam kawasan panas dan lembap. Penebatan haba ialah cara yang paling berkesan bagi mengurangkan haba dalam bangunan. Jenis pembalikan ini disyorkan di negara panas.

Page 10: KERTAS PENERANGAN
Page 11: KERTAS PENERANGAN

Pengaruh Ventilasi Bumbung :

Penebatan pembalikan dalam siling adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan permukaan siling. Keadaan ini penting bagi mengurangkan pemindahan haba.

Rekabentuk Dinding :

Untuk mengawal dan mengatur pergerakan haba, udara dan bunyi bagi keselesaan dalam bangunan. Selalunya dibahagikan kepada bahagian seperti panel, tingkap, pintu dan bukaan kekal atau pemboleh ubah untuk ventilasi. Fungsi utama dinding untuk mengurangkan kesan kekuatan sinaran matahari dan suhu luar. Iklim panas dan lembap penting bagi mengurangkan kesan matahari dan mengambil manfaat daripada angin.

Kesan Sinaran Matahari Pada Dinding :

Kesan sinaran matahari ke atas dinding adalah kurang dibandingkan dengan kesan pada bahagian bumbung. Dinding di barat dan timur menerima sinaran yang lebih berbanding di sebelah utara dan selatan.

Binaan Dinding Ringan Dan Berat :

Untuk mengawal dan menyederhanakan elemen-elemen iklim. Terutamanya bumbung dan dinding dapat digunakan bagi mencapai keadaan selesa dalam bangunan. Bangunan pejal reletifnya lebih sejuk pada siang hari kerana pemancaran haba yang perlahan Haba sampai ke bahagian dalam hanya pada waktu petang apabila keadaan luaran cenderung untuk jatuh di bawah julat keselesaan. Binaan ringan biasanya menghasilkan dinding yang menyimpan kurang haba yang mengambil masa yang singkat untuk sejuk.

Page 12: KERTAS PENERANGAN
Page 13: KERTAS PENERANGAN

Rekabentuk Tingkap Dan Bukaan :

Pemanasan yang melampau memberikan kemuncak suhu yang lebih tinggi pada musim panas. Cucur atap yang lebar ialah cara tradisional bagi memberikan bayang-bayang pada dinding dan mengurangkan sinaran matahari melalui tingkap. Fungsi bukaan dan tingkap dalam iklim panas dan lembap adalah untuk mengekalkan kualiti udara dalam bangunan bagi kesihatan manusia dan keselesaan.

Kesan Binaan Tingkap :

Pencahayaan yamg mencukupi bagi menyediakan pemandangan yang baik dan ventilasi dalam bangunan. Sinaran matahari terus melalui tingkap yang terbuka bertanggungjawab kepada penerimaan haba dalam rumah.

Rekabentuk Lantai :

Lantai merupakan elemen bangunan yang menyumbangkan haba yang paling sedikit. Lantai-lantai konkrit yang diletakkan terus ke atas tanah mempunyai pengaruh kestabilan ke atas keadaan suhu dalam bangunan pada musim panas. Lantai-lantai yang ditinggikan dalam iklim panas lembap mempunyai kebaikan untuk mendapatkan pergerakan udara yang lebih baik melalui atau di sekitar bangunan.

Kebaikan Lantai-Lantai Yang Ditinggikan Dalam Iklim Lembap :

1. Memberikan pergerakan udara udara lebih baik dalam bangunan2. Menaikkan lantai dari aras tanah memerlukan belanja tambahan kepada

struktur bangunan.3. Murangnya gangguan daripada serangga dan binatang-binatang lain4. Lebih privacy tanpa perlu kepada pembinaan dinding yang teliti.

Kekurangan Binaan Lantai Yang Ditinggikan :

1. Binaan lantai yang dinaikkan memerlukan kos tambahan 2. Ruang di bawah bangunan tidak digunakan dengan sebaik-baiknya seperti

tempat menyimpan barang atau sarang serangga.3. Ruang di bawah bangunan selalunya lembap apabila kurang cahaya dan

longkang dipenuhi air terutamanya pada musim hujan.

Page 14: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PERUNDANGAN BANGUNAN

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang asas perundangan bagi merekabentuk bangunan mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.

PENERANGAN :Asas perundangan tersebut meliputi pelan lantai tingkat bawah, pelan lantai tipikal, pelan bumbung, pandangan dan keratan serta pelan tapak, pelan lokasi dan kekunci. Selain itu, harus diberi penekanan terhadap rekabentuk, keluasan sesuatu ruang, jenis bahan yang digunakan dan perkhidmatan bangunan.

Skala Bagi Pelan :

1. Pelan tapak : - Tidak kurang daripada 1 = 1000

2. Pelan-pelan punca atau tempat : - Mengikut skala yang sesuai

3. Semua pelan bangunan am yang lain : - Tidak kurang daripada 1 = 100 - Mengikut skala yang sesuai bagaimanapun skala itu tidak kurang daripada 1 = 200

4. Pelan lakar : Tidak kurang daripada 1 = 200

Pelan Lantai :

1. Dimensi berangka panjang dan lebar bangunan itu termasuk bilik-bilik serta ketebalan dinding

2. Dimensi berangka bagi ruang buka pintu dan tingkap, kawasan yang menerima cahaya matahari dan ruang-ruang terbuka bangunan itu.

3. Dimensi antara dinding-dinding, tembok-tembok dan tiang-tiang.4. Nama dan kegunaan bilik5. Saliran beserta anak panah yang menunjukkan arah aliran, saluran keluar dan

saiz.

Page 15: KERTAS PENERANGAN

Pelan Tapak :

1. Tapak lot bangunan bersama nombor lot dan nombor seksyen.2. Jalan masuk ke tapak beserta nama jalan.3. Jarak tapak bangunan daripada tengah dan tepi jalan.4. Skala dan titik utara.5. Dimensi kelegaan di antara bangunan dengan sempadan.6. Paras tanah tapak dan pelarasan tanah yang menunjukkan ukuran jalan.

Keratan Bangunan :

1. Paras tanah.2. Lebar dan dalam asas tapak serta ketebalan dinding, dinding sekat dan lantai.3. Tinggi tingkat, pintu, tingkap dan ruang pengudaraan.4. Saiz, arah gelegar dan rasuk beserta binaan bumbung5. Bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan struktur.

Pandangan Bangunan :

1. Paras jalan.2. Paras lantai, kepala tembok utama, parapet.3. Tinggi tingkat bangunan.4. Bahan-bahan yang digunakan jika tidak kelihatan pada keratan bangunan.

Pelan Lakar :

Pada dasarnya, pelan lakar cubaan hendaklah dibuat dalam 2 salinan atas kertas yang disediakan beserta laporan ringkas yang menunjukkan ciri-ciri dan standard bangunan yang hendak dibangunkan.

Pelan Perubahan :

Pelan-pelan yang bertujuan untuk tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan iaitu pada bahagian yang hendak dimusnahkan hendaklah ditunjukkan dengan garisan bertitik dan diwarnakan kuning. Bagi kerja-kerja baru hendaklah diwarnakan dengan warna merah atau hitam keseluruhannya.

Page 16: KERTAS PENERANGAN

Perakuan Pelan :

Satu salinan pelan struktur lengkap bagi bangunan yang dicadangkan bersama satu salinan kiraan struktur hendaklah dikemukakan sebelum pembinaan. Pelan-pelan tersebut dibuat di atas kertas linen dan tiap-tiap salinan hendaklah mengandungi perakuan yang diisi dalam Borang A (rujuk lampiran). Orang yang mengemukakan pelan tersebut harus menerima tanggungjawab sepenuhnya.

Kerja Bangunan :

Notis hendak memulakan atau menyambung semula pembinaan sesuatu bangunan dinyatakan dalam Borang B (rujuk lampiran) yang meliputi butir-butir kerja yang dicadangkan. Sebaik sahaja pemancangan tanda bangunan disiapkan, orang yang berkelayakan hendaklah memberi notis bertulis kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang C (rujuk lampiran) sebagai notis siapnya pancang tanda. Borang D (rujuk lampiran) dikemukakan sebagai notis bertulis sebaik sahaja pengorekan bagi asas tapak sesuatu bangunan itu disiapkan. Notis tersebut memberitahu jenis keadaan tanah setelah dikorek adalah konsisten dengan kehendak-kehendak rekabentuk.

Perakuan Kelayakan Menduduki :

Permohonannya hendaklah diperakui dalam Borang E (rujuk lampiran) yang menerangkan bahawa orang berkenaan telah mengawasi pembinaan bangunan itu. Selain itu, bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa jua yang terjadi. Antara perkhidmatan yang perlu ada adalah jalan, tempat letak kereta, parit, pemasangan alat-alat kebersihan, air dan elektrik, lif bomba, pili bomba dan lain-lain. Terdapat 2 kaedah iaitu :

1. Perakuan Kelayakan Menduduki Sementara :Sebagai penangguhan atau menunggu untuk mendapatkan perakuan kelayakan menduduki dikeluarkan. Diberikan bagi tempoh tidak lebih daripada 6 bulan setelah terdapat perubahan pelan-pelan dan juga pada pembinaan.

2. Perakuan Kelayakan Menduduki Sebahagian :Dikeluarkan apabila terdapat bahagian-bahagian bangunan yang telah siap sebahagiannya. Dengan syarat belum membuat permohonan sebelumnya, bahagian bangunan yang telah siap tidak memudaratkan kesihatan atau keselamatan awam.

Page 17: KERTAS PENERANGAN

Cahaya Dan Pengudaraan :

Bilik yang di rekabentuk pada bangunan awam hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui 1 atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai. Selain itu, hendaklah mempunyai ruang buka yang membolehkan laluan udara secara bebas tidak kuranf daripada 5% daripada keluasan lantai.

Kawasan Lapang Di Sekeliling Bangunan :

Kawasan lapang pada sekeliling bangunan hendaklah diambil setengah daripada lebar lorong belakang yang bersempadan dengan sesuatu bangunan. Unjuran-unjuran yang berada pada kawasan lapang hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 1 m yang diambil sebagai kawasan lapang dan bukannya kawasan binaan.

Unjuran-Unjuran : Bangunan yang bersempadan dengan jalan boleh dirumuskan seperti berikut :Unjuran = Lebar jalan (m) – 10 m 2Syarat bagi rumus di atas hendaklah mempunyai unjuran maksimum 1.25 m daripada garisan jalan. Semua unjuran-unjuran hendaklah mempunyai tinggi minimum 5 m dari paras jalan. Antara jenis unjuran adalah alang, tangga dan pelantar tangga adang-adang, bidai, papan tanda atau iklan.

Lebar Lorong Jalan Kaki :

Lebar jalan kaki lima atau lorong jalan kaki tak bertutup hendaklah tidak kurang daripada 2.25 m. Bagi tembok sambut atau tiang berukuran maksimum 600mm ke dalam daripada sempadan jalan. Lebar yang dikira hendaklah diukur daripada sempadan jalan hingga ke dinding bangunan yang terdekat sekali iaitu diukur pada paras lapik batu jalan kaki lima itu.Jika terdapat pertukaran pada paras-paras di sepanjang jalan kaki di antara lot-lot yang bersampingan hendaklah disediakan anak-anak tangga dengan tetingkat yang tidak melebihi 150 mm dan pemijak tidak kurang daripada 275 mm. Selain itu boleh disediakan landaian pejalan kaki yang mempunyai kecuraman tidak melebihi 10%.

Page 18: KERTAS PENERANGAN

Cahaya Dan Pengudaraan semulajadi :

Bagi bangunan awam, dilengkapkan dengan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi melalui 1 atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu. Selain itu ruang buka yang membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada keluasan lega lantai itu.

Ketinggian bilik :

Bilik-bilik yang berada di tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 m dan di sesuatu tingkat di atas tingkat bawah itu tidak kurang daripada 2.75 m. Bagi tinggi tingkat bawah tanah tidak kurang daripada 2.5 m.

Pemasangan Sesalur-sesalur :

Bangunan yang direkabentuk melebihi tinggi 18.3 m hingga ke lantai, sesalur-sesalur naik dipasang sebaik sahaja banguna itu melebihi tibgkat tersebut dengan tujuan untuk mengadakan kemudahan mencegah kebakaran.

Kepala tembok :

Tiap-tiap kepala tembok, birai atau unjuran hendaklah diperbuat daripada bata, genting, konkrit, simen dan bahan-bahan tidak serap air.

Pagar Dan Tembok Sempadan :

Pagar dan tembok pejal yang bersempadan dengan jalan atau lorong belakang dibina hingga tinggi maksimum 1.8 m. Bagi pagar yang mempunyai ruang cahaya dan udara ketinggian maksimum adalah 2.75 m.

Tangga :

Tinggi sesuatu anak tangga hendaklah tidak lebih daripada 180 mm dan jejaknya tidak kurang daripada 255 mm. Dimensi ketinggian dan jejak hendaklah seragam keseluruhannya. Lanjar pelantar tidak kurang daripada lebar anak tangga. Kawasan bagi sesuatu tangga itu hendaklah tiada apa-apa halangan dan diterangi dengan cahaya serta ganti udara yang sempurna. Semua tangga mempunyai kadar ketahanan api tidak kurang daripada 2 jam.

Page 19: KERTAS PENERANGAN

Susur Tangan :

Bagi tangga yang mempunyai lebar lebih daripada 2225 mm disediakan susur tangan di tengah bagi setiap 2225 mm daripada lebar yang dikehendaki itu. Susur tangan yang dibina pada bangunan awam hendaklah diadakan pada setiap sisi tangga jika lebar tangga itu 1100 mm atau lebih. Semua susur tangan mengunjur tidak lebih daripada 100 mm daripada permukaan dinding.

Lif :

Bangunan awam yang melebihi empat tingkat ke atas hendaklah disediakan sekurang-kurangnya satu lif. Pada amnya, ketebalan sesuatu lif itu adalah 230 mm dan dilepa pada bahagian dalam lif tersebut. Terdapat ruang bilik motor untuk lif yang diadakan di atas bumbung yang mempunyai ketinggian 2.2 m daripada aras siling bumbung.

Bumbung Rata :

Pada sesuatu bumbung yang mempunyai ketinggian 1.8 m, hendaklah dilindungi sepanjang tepinya dengan susur atau parapet yang tidak kurang daripada 1 m. Bagi bumbung yang mempunyai ruang dibawahnya hendaklah disediakan ruang dengan dibina pintu kolong yang mempunyai sekurang-kurangnya 0.75 m pada semua arah.

Bumbung Lengkung :

Pada amnya, bumbung lengkung mempunyai tidak kurang daripada 5 tembereng yang berfungsi sebagai mengagihkan beban pada setiap tembereng tersebut. Kebiasaannya dibina pada bangunan seperti kilang, gudang dan sebagainya yang menggunakan bahan metal decking.

Page 20: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : 1. KERTAS KERJA2. CONTOH LUKISAN3. PENERANGAN LUKISAN KERJA

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah menghasilkan lukisan kerja bagi bangunan bertingkat.

PENERANGAN :Kaedah tersebut meliputi pelan lantai tingkat bawah, pelan lantai tipikal, bumbung, keratan dan pandangan bangunan bertingkat. Termasuk juga pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak. Selain itu, penerangan tentang pelan koordinatif dan sistem perkhidmatan dalam bangunan bertingkat.

Page 21: KERTAS PENERANGAN

KOLEJ TEKNOLOGI BINAANYAYASAN PELAJARAN JOHOR

JOHOR DARUL TA'ZIM

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

DUTY / DUTI 05 – PRODUCE DRAWING BY COMPUTER

TUGAS / TASK 04 – APPLY COMPUTER-AIDED-DESIGN (CAD) LEVEL (III)

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINALPERFORMANCE OBJECTIVE

APPLY COMPUTER-AIDED-DESIGN (CAD) BY FOLLOWING THE INSTRUCTIONS MANUAL USING CAD MANUAL SO THAT 3 DIMENSIONAL (3D) ARCHITECTURAL DRAWING CAN BE GENERATED

KOD KURSUS / PUSAT BERTAULIAH

B – 050 – 3 K04005

Page 22: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : ISOMETRIK

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah asas pembentukan lukisan isometrik berbantukan komputer mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.

PENERANGAN :Lukisan isometrik tersebut merupakan simulasi bentuk lukisan 3 dimensi yang meliputi kaedah asas dan cara melukis objek isometrik, kaedah pembinaan, pendimensian, kedudukan pandangan beserta penukaran mod isometrik.

Page 23: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : 3 DIMENSI

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah asas pembinaan model asas pembinaan model 3D berbantukan komputer mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.

PENERANGAN :Lukisan 3 Dimensi tersebut merupakan pembinaan model kerangka yang menggunakan kaedah pemodelan pepejal yang meliputi kaedah pembinaan, penentuan arah pandangan dari pelbagai sudut, penentuan orientasi sistem koordinat dan satah kerja beserta penggunaan WCS dan UCS.

Page 24: KERTAS PENERANGAN

KOLEJ TEKNOLOGI BINAANYAYASAN PELAJARAN JOHOR

JOHOR DARUL TA'ZIM

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

DUTY / DUTI 06 – PERFORM OFFICE AND ADMINISTRATIVE PROCEDURES.

TUGAS / TASK 04 – ORGANIZE MEETINGS

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINALPERFORMANCE OBJECTIVE

ORGANIZE MEETING BY MAKE PROPER ARRANGEMENT USING ALL RELEVANT FACILITIES SO THAT THE MEETING CAN BE CARRIED OUT AS SCHEDULE.

KOD KURSUS / PUSAT BERTAULIAH

B – 050 – 3 K04005

Page 25: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PENGURUSAN PROJEK

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah proses pengurusan projek dalam sesuatu projek pembinaan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.

PENERANGAN :Proses pengurusan projek tersebut merupakan penyelarasan keseluruhan sesuatu projek dari permulaan hingga penyiapan. Antaranya merngkumi skop perancangan, penyusunaturan, motivasi, komunikasi dan pengawalan.

Page 26: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : KAEDAH KOMUNIKASI DAN PROSEDUR MESYUARAT

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah komunikasi dan prosedur mesyuarat untuk mencapai objektif di dalam sesuatu pengurusan.

PENERANGAN :Proses interaksi dan mesyuarat tersebut merupakan kaedah penyampaian sesuatu matlamat berpandukan teknik yang berkesan beserta pengendalian mesyuarat merangkumi aspek komunikasi pengurusan manusia, perancangan dan pengendalian.

Page 27: KERTAS PENERANGAN

KOLEJ TEKNOLOGI BINAANYAYASAN PELAJARAN JOHOR

JOHOR DARUL TA'ZIM

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

DUTY / DUTI 09 – PRODUCE AS-BUILT DRAWING

TUGAS / TASK 01 – AMEND FLOOR PLANS, ELEVATIONS, SECTIONS AND SITE PLAN FOR BUILDING UNDER CONSTRUCTION.02 – DRAW FLOOR PLANS, ELEVATIONS, SECTIONS AND SITE PLAN FOR COMPLETED BUILDING.

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINALPERFORMANCE OBJECTIVE

AMEND FLOOR PLANS, ELEVATIONS, SECTIONS AND SITE PLAN FOR UNDER CONSTRUCTION AND FOR COMPLETED BUILDING BY INTERPRETING AND PRECISELY AMEND ALSO DRAW USING GATHERED INFORMATION AND DATA SO THAT COMPLETE AS-BUILT DRAWING CAN BE PRODUCED FOR REQUIRED PURPOSES.

KOD KURSUS / PUSAT BERTAULIAH

B – 050 – 3 K04005

Page 28: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PANDUAN BAGI PEMINDAAN

TUJUAN : Garis panduan yang perlu diketahui untuk membuat permohonan kerja-kerja pembinaan dan perubahan serta pindaan sesebuah bangunan.

PENERANGAN :Kertas penerangan ini sebagai kaedah panduan membuat permohonan yang merangkumi mengisi borang permohonan dan melengkapkan pelan lakar, bayaran-bayaran, mengemukakan permohonan, denda, melaporkan binaan siap. Selain dari itu, dilampirkan bersama pelan-pelan lakar sebagai panduan.

Page 29: KERTAS PENERANGAN

KOLEJ TEKNOLOGI BINAANYAYASAN PELAJARAN JOHOR

JOHOR DARUL TA'ZIM

KERTAS PENERANGAN

KURSUS PELUKIS PELAN KANAN SENIBINA

TAHAP / LEVEL TIGA (3)

DUTY / DUTI 10 – SUPERVISE SUBORDINATE

TUGAS / TASK 01 – LEAD SUBORDINATE ON PRODUCTION OF WORK.02 – CHECK DRAWING PRODUCED BY SUBORDINATE.03 – EVALUATE PERFORMANCE OF SUBORDINATE.

OBJEKTIF PENCAPAIAN PIAWAIAN / TERMINALPERFORMANCE OBJECTIVE

– LEAD SUBORDINATE ON PRODUCTION OF WORK FOR A GROUP OF DRAUGHTPERSON BY GIVING PROPER INSTRUCTION USING VARIOUS METHOD SO THAT ALL DRAWING WILL BE COMPLETED IN TIME AND ACCORDING TO DESIGNERS DETAILING.– CHECK DRAWING PRODUCED BY SUBORDINATE BY ENSURING THE DRAWING ARE ACCORDING TO REQUIREMENT USING CHECK LIST SO THAT IT COMPILES IN ACCORDANCE WITH LOCAL BUILDING BY-LAW AND GUIDELINE.– EVALUATE PERFORMANCE OF SUBORDINATE BY COLLECTING ALL IMPORTANT DATA USING APPROPRIATE FORMAT SO THAT PROCESS OF EVALUATION CAN BE PROCEED SUCCESSFULLY.

KOD KURSUS / PUSAT BERTAULIAH

B – 050 – 3 K04005

Page 30: KERTAS PENERANGAN

TAJUK : PENYELIAAN

TUJUAN : Kertas penerangan ini menerangkan tentang kaedah kemahiran penyeliaan dalam sesuatu organisasi.

PENERANGAN :Kemahiran penyeliaan tersebut meliputi cara penyeliaan yang berkesan, kawalan kualiti pengurusan, keselamatan kesihatan, mengenalpasti dan menangani masalah serta teknik komunikasi yang berkesan. Oleh yang demikian, penyeliaan dalam sesuatu pengurusan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.