SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS...

9

Transcript of SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS...

Page 1: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN
283
Typewritten Text
SALINAN TIDAK TERKAWAL
Page 2: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN
283
Typewritten Text
SALINAN TIDAK TERKAWAL
Page 3: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 1/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

1. OBJEKTIF

Menjelaskan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengenalpasti punca ketakakuran serta menghalang punca ketakakuran dari berulang dalam Sistem Pengurusan Kualiti JUPEM.

2. SKOP

Digunapakai :

a. Oleh Wakil Pengurusan, Timbalan Wakil Pengurusan dan Ketua Pasukan Audit Dalam;

b. Bagi mengenalpasti punca ketakakuran dalam Sistem Pengurusan Kualiti JUPEM serta menghalang punca ketakakuran dari berulang;

c. Bermula dari menerima laporan-laporan ketakakuran dari sumber-sumber berkaitan sehingga tindakan pembetulan disahkan telah dilaksanakan dengan berkesan.

3. RUJUKAN

3.1 MK.JUPEM - Manual Kualiti JUPEM

3.2 Prosedur Kualiti:

PK.JUPEM. 07

PK.JUPEM. 10

PK.JUPEM. 13

-

-

-

Tindakan Pencegahan

Audit Dalam

Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Page 4: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 2/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

4. DEFINISI

4.1 Ketakakuran Tidak mematuhi klausa dalam Standard MS ISO 9001:2008 yang berkaitan atau prosedur yang ditetapkan.

Major : Ketakakuran yang berlaku yang boleh menjejas dan melumpuhkan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti.

Minor : Ketakakuran yang berlaku akibat dari kecuaian pegawai tetapi tidak menjejaskan perjalanan Sistem Pengurusan Kualiti. Bagaimana-pun, jika ia berulang-ulang, ia menjadi amalan dan dianggap sebagai ketakakuran major.

4.2 Pembetulan (Correction)

Tindakan jangka pendek atau serta merta yang diambil bagi memperbaiki ketakakuran.

4.3 Tindakan Pembetulan (Corrective Action)

Tindakan yang diambil bagi mengenalpasti punca ketakakuran serta mengambil tindakan bagi mencegahnya dari berulang.

4.4 Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Kajian dan analisa yang dijalankan ke atas data-data yang terkumpul berkaitan dengan pelaksanaan prestasi sistem pengurusan kualiti JUPEM. Kajian Semula Pengurusan ini dijalankan melalui kaedah penganalisaan ke atas pencapaian prestasi Sistem Pengurusan Kualiti JUPEM dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan dengan keahlian terdiri WP/TWP dan KPAD. Kajian semula pengurusan dilaksanakan setahun sekali.

4.5 Wakil Pengurusan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

4.6 Timbalan Wakil Pengurusan

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian dan semua Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

4.7 Urus Setia Urus Setia pelaksanaan MS ISO 9001:2008 JUPEM di Bahagian Perancangan dan Korporat, Ibu Pejabat JUPEM.

Page 5: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 3/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

5. SINGKATAN

5.1 WP Wakil Pengurusan

5.2 PUB (K) Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)

5.3 PUB (DPP) Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan)

5.4 PUB Pengarah Ukur Bahagian

5.5 PUPN Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri

5.6 TWP Timbalan Wakil Pengurusan

5.7 KPAD Ketua Pasukan Audit Dalam

5.8 MKSP Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan

Page 6: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 4/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

Tanggungjawab Tindakan

PUPN/PUB 6.1 Kenalpasti aspek-aspek ketakakuran yang berlaku berulang-ulang/berterusan dan perlu diambil tindakan pembetulan berasaskan kepada sumber-sumber berikut:

a. Maklumbalas pelanggan;

b. Rekod ketakakuran;

c. Laporan kawalan terhadap ketidakpatuhan produk

d. Hasil audit dalam (melalui borang ketakakuran) yang memerlukan pembetulan;

e. Hasil output yang memerlukan pembetulan dan kajian semula yang dikenalpasti melalui mesyuarat-mesyuarat ;

f. Hasil auditan pihak ketiga; dan

g. Isu-isu yang dibangkitkan dalam MKSP yang lalu.

6.2 Rekodkan aspek-aspek tersebut menggunakan Borang Permohonan Tindakan Pembetulan seperti di Lampiran A.

6.3 Jalankan siasatan bagi mengenalpasti punca ketakakuran berkenaan berlaku dan cadangkan tindakan pembetulan yang sesuai dan rekodkan dalam borang tersebut.

6.4 Majukan Borang Permohonan Tindakan Pembetulan yang mengandungi hasil siasatan, cadangan tindakan pembetulan dan tempoh percubaan kepada PUB untuk diteliti.

PUB (K)/ PUB (DPP)

6.5 Teliti hasil siasatan, cadangkan tindakan pembetulan dan tempoh percubaan. Jika tidak setuju, bincangkan pindaan dengan PUPN/PUB berkenaan yang bertanggungjawab. Jika bersetuju, kemukakan cadangan tersebut kepada WP untuk kelulusan.

WP 6.6 Meluluskan cadangan tersebut (dengan pindaan, jika perlu) dan mengarahkan PUB (K)/PUB (DPP) untuk tindakan seterusnya.

Page 7: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 5/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

Tanggungjawab Tindakan

PUB (K)/ PUB (DPP)

6.7 Mengarahkan PUPN/PUB berkenaan yang bertanggungjawab melaksanakan tindakan pembetulan mengikut kelulusan yang diberi.

PUPN/PUB 6.8 a. Laksana dan kesan keberkesanan tindakan pembetulan seperti berikut:

b. Laksanakan tindakan pembetulan mengikut tempoh yang dipersetujui dengan WP.

c. Pastikan ketakakuran tidak lagi berulang setelah tindakan pembetulan dilaksanakan.

PUPN/ PUB d. Laporkan mengenai keberkesanan tindakan pembetulan dalam Borang Permohonan Tindakan Pembetulan dan kemukakan kembali borang tersebut kepada WP melalui PUB (K)/PUB (DPP) untuk dimaklumkan dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan.

WP 6.9 Kenalpasti isu yang perlu dibangkitkan. Sediakan Laporan Tindakan Pembetulan dan Analisis Isu Untuk Penambahbaikan untuk dibentangkan di MKSP melalui dokumen berikut:

a. Borang Permohonan Tindakan Pembetulan dari PUPN/PUB (Lampiran A)

b. Analisis Isu dan Cadangan Penambahbaikan

MKSP 6.10 Bincangkan Analisis Isu Laporan Tindakan Pembetulan dengan memberikan penekanan ke atas keberkesanan tindakan serta cadangan-cadangan penambahbaikan yang sesuai.

6.11 Edarkan minit mesyuarat MKSP beserta dengan ulasan pengesahan tindakan pembetulan.

WP 6.12 Pantau pelaksanaan tindakan pembetulan bagi tujuan mengkaji keberkesanan tindakan serta keperluan penambahbaikan dari semasa kesemasa.

Urus Setia 6.13 Failkan semua rekod yang berkaitan dan ambil tindakan mengikut keputusan mesyuarat tersebut.

Page 8: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 6/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

7. REKOD

Jenis rekod Tempoh penyimpanan

Tempat simpanan

7.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan

5 tahun Urus Setia

7.2 Laporan Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan

5 tahun Urus Setia

8. LAMPIRAN

8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A.

Page 9: SALINAN TIDAK TERKAWAL - JUPEM · 8.1 Borang Permohonan Tindakan Pembetulan Lampiran A. Muka 7/7 MS ISO 9001:2008 PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

Muka 7/7

MS ISO 9001:2008

PK.JUPEM.06 Tindakan Pembetulan

BORANG PERMOHONAN TINDAKAN PEMBETULAN

A BUTIR-BUTIR KETAKAKURAN DAN SIASATAN

Sumber :

Aduan Pelanggan Proses

Audit Kualiti Dalaman Lain-lain (Nyatakan)

Huraian Ketakakuran :

Sebab-sebab Ketakakuran :

Cadangan Tindakan Pembetulan :

Cadangan Tempoh Percubaan : _______________ bulan

Nama :

Tandatangan : ________________________ Tarikh : _________________

(PUPN/PUB)

B ULASAN DAN PENGESAHAN

Nama :

Tandatangan : ________________________ Tarikh : _________________

PUB (K)/PUB (DPP) ( ____________________________________ )

C KELULUSAN

Nama :

Tandatangan : ________________________ Tarikh : _________________

(WP)

D LAPORAN KEBERKESANAN TINDAKAN PEMBETULAN

Nama :

Tandatangan : ________________________ Tarikh : _________________

(PUPN/PUB)

(Sila sertakan sebagai lampiran jika ruang tidak mencukupi

Lampiran A