Saha Nudin
-
Upload
rusnah-chik -
Category
Documents
-
view
127 -
download
2
Transcript of Saha Nudin
PENGGUNAAN KAEDAH MASTERI BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN
REKODER MURID TAHUN EMPAT
DISEDIAKAN OLEH:
NOR HAFIZA BINTI ABDUL KADER
711019095048
PENYELARAS PEMBIMBING
ENCIK SAHANUDIN BIN YUSOF
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA
2013
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasilan sendiri kecuali rujukan, nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya telah saya perjelaskan sumber dapatannya.
Tarikh : Tandatangan :
Nama :
No. Matrik :
PENGHARGAAN
Subhanallah, Alhamdulillah, akhirnya dapat jua saya menyiapkan Kajian Tindakan
yang diamanahkan ini dengan sempurna.
Tahniah juga kepada pihak Universiti Terbuka Malaysia (OUM) kerana telah membuka
ruang kepada guru-guru bukan siswazah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi. Ini bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai guru
siswazah. Ini seterusnya akan memartabatkan lagi profesion keguruan di Negara kita
bagi melahirkan anak didik yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepadapenyelia kajian, En. Sahanudin B. Yusof
yang banyak membantu serta sangat bertimbangrasa sepanjang menyiapkan kajian ini.
Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan terima kasih kepada Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pauh , En. Sazali B. Abdullah , murid-murid, guru-guru dan sahabat
yang memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang kajian ini dilaksanakan.
Akhir kata, semoga kajian ini memberi manfaat kepada semua terutama kepada mereka
yang ingin mempertingkatkan matapelajaran Muzik di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI BAGI
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN REKODER
PELAJAR TAHUN EMPAT
ABSTRAK
Kajian tindakan ini akan dijalankan untuk mengenal pasti sejauh manakah kaedah
Pembelajaran Masteri dapat membantu untuk meningkatkan kemahiran permainan
rekoder dari segi notasi yang tepat dan penguasaan penjarian permainan rekoder yang
betul. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen yang melibatkan 35
orang pelajar daripada sebuah kelas yang mempunyai aras kecerdasan yang sama iaitu
terdiri daripada empat belas orang pelajar lelaki dan dua puluh satu orang pelajar
perempuanuntuk menerima pengajaran pendekatan masteri. Instrumen kajian ini terdiri
daripada dua set ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik
Diharap kajian ini dapat membantu meningkatkan kemahiran memainkan nilai notasi
dan penjarian rekoder melalui kaedah Pembelajaran Masteri.
PENGGUNAAN KAEDAH PEMBELAJARAN MASTERI BAGI MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENJARIAN PERMAINAN REKODER
PELAJAR TAHUN EMPAT.
ABSTRACT
This action research will be conducted to see to what extent the Mastery Learning
can help to improve skills in the skills recorders game play value and share precise
natation game right fingering. This research applies the Quasi Experiment Struture
involving 35 pupils from the same level or abilities.Researcher has grouped the pupils
into fourteen boys and twenty-one girls to receive the Mastery Learning
approach.Research instrument consist of two sets of test.Pre test and Pasca Test.It is
hoped that this study will help to improve the skills to play the game notation and
fingering recorders through Mastery Learning method.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan latar belakang kajian,
pernyataan masalah, matlamat kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,
dan bagaimana kajian ini penting dalam membantu mengatasi masalah
pembelajaran rekoder. Selain itu juga pengkaji akan mencatatkan batasan
kajian yang sering dihadapi serta definisi istilah yang akan diperincikan bagi
menjelaskan maksud kajian
1.1 Latar Belakang Kajian
Senario Pendidikan masa kini amat menitikberatkan guru-guru yang berilmu,
kreatif, dan inovatif supaya pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan
oleh mereka adalah efektif. Menurut Abdul Rahim (1996:2), daya kreativiti
yang tinggi akan membolehkan sesuatu kaedah dan metod pengajaran dapat
mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap, dan nilai pelajar. Justeru
itu, dalam bab ini pengkaji akan memperkenalkan satu situasi masalah
dalam pembelajaran rekoder yang akan menjurus kepada masalah
kemahiran penjarian rekoder yang tepat semasa memainkan rekoder serta
dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Muzik.
Pengkaji juga menyatakan tujuan kajian dan bagaimana kajian ini penting
untuk mengatasi masalah pembelajaran rekoder. Selain itu, pengkaji
mencatatkan batasan kajian yang dihadapi dan menjelaskan definisi istilah
perincikan untuk menjelaskan maksud kajian.
Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak
dapat dipisahkan. Tanpa Muzik bererti dunia pelajar adalah kosong. Selain
daripada itu muzik juga merupakan satu budaya kepada masyarakat. Pelajar
akan sentiasa memberi tindak balas yang positif terhadap muzik dan akan
merasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila
mendengar muzik. Pendidikan Muzik telah diperkenalkan pada tahun 1993
dalam KBSR adalah bertujuan ke arah perkembangan sifat-sifat muzikal
yang merangkumi aspek-aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika dan etika
dalam muzik
Penglibatan pelajar secara aktif dalam kegiatan muzik akan
menggalakkan perkembangan kecerdasan mental selain membantu
perkembangan psikomotor dan nilai sosiolisasi. Ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara bagi perkembangan murid secara menyeluruh
dan bersepadu. Tidak dapat dinafikan lagi, pengalaman muzik yang
menarik, bermakna dan sihat akan membantu meningkatkan minat murid
menerima mata pelajaran yang lain. Mengikut Sukatan Pelajaran Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Muzik ( Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK, 2000:1), pelajar-pelajar didedahkan kepada aspek bahasa
muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan pembentukan insan yang
seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social. Bagi
mengukuhkan kefahaman muzik, permainan rekoder diperkenalkan kepada
pelajar Tahun 3, 4, 5, dan 6. Penggunaan rekoder soprano dalam aktiviti
pembelajaran muzik di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk
memberikan pengalaman muzikal secara hand-on bagi pelajar
mengembangkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman muzikal.
Dalam abad ke 20, rekoder digunakan dalam sistem pengajaran dan
pembelajaran muzik di sekolah kerana ia adalah alat yang mudah untuk
dimainkan dan murah harganya. Saiz alat rekoder juga amat sesuai untuk
pelajar sekolah rendah.
1.2 Pernyataan Masalah
Melalui pengalaman pengkaji dan pemerhatian, kebanyakan pelajar
Tahun Empat mengalami kesukaran untuk menguasai kemahiran bermain
rekoder dengan baik walaupun pelajar mempunyai minat untuk meniup
rekoder. Pelajar terlupa penjarian rekoder yang betul, pelajar tidak
mengingati kedudukan not dan tidak memberikan tumpuan kepada
pembelajaran muzik merupakan situasi biasa dalam pembelajaran rekoder.
Pengkaji tidak menyalahkan mereka sepenuhnya sebaliknya akan cuba
mencari jalan untuk membantu mereka dalam memastikan kejayaan mereka.
Justeru itu, kajian dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana
keberkesanan kaedah Pembelajaran Masteri dapat membantu meningkatkan
kemahiran penjarian rekoder dan minat pelajar dalam Pendidikan Muzik
dan seterusnya peningkatan prestasi pelajar dalam mata pelajaran tersebut.
1.3 Matlamat Kajian
Kajian ini bermatlamat untuk :
i. Sejauh manakah pembelajaran masteri dapat membantu
meningkatkan kemahiran permainan rekoder dalam kalangan pelajar
Tahun Empat dari segi penjarian rekoder.
ii. Mengenal pasti sejauh manakah pembelajaran masteri dapat
meningkatkan minat berdasarkan pelajar dalam permainan rekoder.
1.4 Persoalan Kajian
Selepas kajian, pengkaji berharap sasaran akan tercapai berdasarkan
jawapan kepada persoalan berikut :
1. Sejauh manakah kaedah pembelajaran masteri dapat meningkatkan
kemahiran permainan rekoder dalam kalangan pelajar dari segi penjarian
rekoder?
2. Sejauh manakah pendekatan masteri dapat meningkatkan minat pelajar
dalam permainan rekoder?
1.5 Kerangka konsep
Kajian in bertujuan untuk meningkatkan kemahiran permainan rekoder dari
Segi kemahiran penjarian melalui kaedah Pendekatan Masteri. Sampel kajian terdiri
daripada 35 orang pelajar Tahun Empat yang mempunyai tahap kebolehan yang
sederhana. Kumpulan ini akan diberi Ujian Pra ( subjektif dan amali rekoder ).Melalui
kaedah ini, pemantauan akan dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah tersebut. Seterusnya
Ujian Pasca diberikan dengan menggunakan set soalan yang sama dengan Ujian Pra.
Rajah 1.5 :Konsep rangka kerja
1.6 Kepentingan Kajian
Kumpulan Sasaran
Murid yang mendapat gred C berdasarkan markah PKSR 1
Perlaksanaan kaedah
Pengajaran Masteri -Meningkatkan
Penjarian rekoder
-meningkatkan minat
pelajar
Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan dan faedah kepada beberapa
golongan seperti di bawah
1.6.1 Pelajar
Kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran bermain rekoder dengan penjarian yang betul serta dapat
menimbulkan minat dan motivasi dalam pembelajaran. Oleh itu mereka akan
berasa pelajaran ini mudah, selesa dan menyeronokkkan.
1.6.2 Guru
Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru lain yang menghadapi
masalah yang sama dalam permainan rekoder. Inovasi ini diharap dapat
dijadikan panduan kepada guru-guru lain semasa menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran muzik.
1.6.3 Sekolah
Pelajar dapat menunjukkan bakat mereka dalam permainan rekoder bagi mana-
mana program yang sesuai bagi menarik minat murid. Ini dapat meningkatkan
prestasi sekolah pada masa hadapan.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini melibatkan pelajar Tahun Empat Cemerlang di Sekolah
Kebangsaan Pauh yang mempunyai aras kecerdasan yang sederhana
berdasarkan markah PKSR 1. Seramai 35 orang pelajar terlibat .
Pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan kaedah masteri.Kajian ini
dijalankan lebih kurang lapan jam dan tidak di generalisasikan kepada semua
pelajar.
1.8 Definisi Istilah
Pengkaji akan mentakrifkan beberapa istilah yang akan digunakan bagi
menjelaskan lagi kajian.
1.8.1 Rekoder
Rekoder adalah sejenis alat tiupan berpic yang diperbuat daripada kayu atau
plastik.Rekoder menjadi pilihan kerana ia mudah dipelajari kerana harganya
murah (BSGPM KBSR,2003:58).
Ada dua sistem penjarian yang biasa digunakan dalam permainan alat rekoder
seluruh dunia iaitu sistem penjarian Barouque dan German.dalam sukatan
pelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia, semua pendidik muzik menggunakan
kedua-dua sistem penjarian ini mengikut keperluan penjarian yang mudah
dikuasai, Borouque dan German dalam pengajaran pembelajaran kemahiran
permainan alat muzik rekoder di sekolah-sekolah.
Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Muzik (PPK 2002),
item 2.1.3, pelajar-pelajar Tahun 4 perlu mempelajari tenik-tenik dalam
permainan rekoder (PPK, 2002:46).Untuk bermain rekoder dengan baik,
teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.Teknik dalam
permainan rekoder melibatkan postur,penjarian,penglidahan
pernafasan,emboucher dan penghasilan ton.Item 2.2.3 di jalur isi kandungan
pula menyentuh tentang notasi yang diajar pada tahap 2.Notasi-notasi yang
terlibat untuk pelajar tahun 4 ialah not B,A,G,C,D dan membuat latihan
penjarian.Pelajar-pelajar Tahun 5 pula perlu diajar notasi C,D,E,F,F
syap,E’,F’,F syap dan G’ dan membuat latihan penjarian.Pengkaji hanya akan
membuat kajian mengenai penjarian rekoder sahaja.
1.8.2 Pengajaran dan Pembelajaran Masteri.
Pembelajaran Masteri, merupakan satu pendekatan yang mengarahkan
fokusnya kepada perkara yang diajarkan.Menurut Bloom,Hasting dan Madom
(19971) menyatakan bahawa kebanyakkan pelajar boleh menguasai apa yang
diajar kepada mereka sekiranya mempunyai masa yang mencukupi semasa
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Ahmann dan Glock
(1981),menyatakan bahawa melalui pendekatan ini ,satu unit kursus atau
program akan dipecahkan kepada beberapa sub unit pembelajaran yang
mengandungi aktiviti-aktiviti dengan tempoh masa yang sesuai.Melalui
pembelajaran masteri pelajar diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan
dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran.Dalam pembelajaran masteri terdapat beberapa
langkah yang perlu dilaksanakan.Langkah tersebut di gambarkan melalui
model berikut:
Penentuan hasil
Pembelajaran
Ya Tidak
Ya Teruskan
Rajah 1.8.2 Model pembelajaran Masteri (PPK,2001:4).
1.8.3 Minat
Sudahkah murid menguasai?
Tindakan susulan
/Aktiviti Pemulihan
Tindakan Susulan
Aktiviti Pengayaan
Unit 2
Penilaian
Pengajaran dan
Merujuk Kamus Dewan (2007:1033) difinisi minat ialah kesukaan,kecenderungan
kepada sesuatu,inya dikaitkan dengan keseronokkan di mana keseronokan adalah satu
perasaan yang wujud dalamm diri seseorang dan perasaan yang wujud itu adalah
disebabkan rasa suka,gembira dan selesa.Jika seseorang itu tidak suka belajar
Pendidikan Muzik,maka tiadalah minat yang disemai di dalam dirinya.Bagi memupuk
minat tersebut ke dalam diri seseorang bukanlah sesuatu yang muda.Para guru
memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah ini di mana guru perlu
bijak dalam pemilihan kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran.
1.9 Rumusan
Bab ini hanya menumpukan dan menghuraikan tentang latar belakang kajian,
tujuan kajian, kepentingan dijalankan kajian, jangkaan tentang keputusan yang akan
berlaku setelah kajian dan batasan-batasan yang dijangkakan akan berlaku semasa
menggunakan kaedah Pembelajaran masteri untuk mengajar kemahiran penjarian
rekoder kepada pelajar.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini menjelaskan literatur – literatur yang berkaitan dengan kajian
untukmeningkatkan penjarian rekoder terhadap pelajar Tahun Empat di Sekolah
Kebangsaan Pauh. Pengkaji akan menggunakan suatu kaedah iaitu Pembelajaran
Masteri untuk mengatasi masalah ini supaya pelajar dapat meningkatkan
pencapaian mereka. Justeru itu, bab ini akan mengkaji pendekatan yang berkaitan
dan dapatan – dapatan kajian yang berkaitan dengannya.
2.1 Literatur Berkaitan
2.1.1 Pendekatan Masteri
Pembelajaran Masteri merupakan satu kaedah untuk menyesuaikan
pengajaran bagi menampung keperluan pelajar yang berbeza dan untuk
membolehkan semua pelajar menguasai satu unit kemahiran sebelum
meneruskan ke unit kemahiran yang lain. Idea ini telah dicadangkan oleh
Benjamin Bloom (1976) dalam Ee Ah Ming (2006:73), sebagai satu kaedah
penyelesaian masalah perbezaan pembelajaran individu.
Pembelajaran Masteri juga merupakan satu pendekatan yang
mengarahkan fokusnya kepada perkara yang diajar.Bloom, Hasting dan Madaus
(1971), menerangkan bahawa kebanyakkan pelajar boleh menguasai apa yang
diajar kepada mereka sekiranya mempunyai masa yang mencukupi serta
pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Ahmann dan Glock (1981),
menyatakan bahawa melalui pendekatan ini, satu unit kursus akan dipecahkan
kepada beberapa sub topik pembelajaran yang mengandungi aktiviti—aktiviti
dengan tempoh masa yang sesuai. (Khairul Bariah Haro pada , Khalijah
Mohamed, Zaiton Mohamad, Zaharah Abd. Manap & Yusri Hj. Hussain,
2009:105).
2.2 Pengenalan Rekoder
Alat muzik rekoder dicipta pada abad ke lima belas di Eropah.Pada zaman itu
rekoder diperbuat daripada kayu, gading, ebony dan bahan yang lain.Ia mula
dimainkan semenjak Zaman Baroque dalam sejarah muzik klasikal barat.Pada
zaman petengahan di Eropah, rekoder adalah alat muzik yang popular. Namun
demikian, populariti alat muzik ini menurun di abad ke lapan belas disebabkan
terciptanya alat tiupan orkestra seperti clarinet, flut dan oboe yang boleh
memainkan renj yang lebih luas berbanding rekoder.
Pada abat ke 20 penggunaan rekoder soprano digunakan dalam sistem
pengajaran di sekolah.Aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah
bertujuan untuk memberi pengalaman muzikal secara ‘hand-on’ bagi pelajar
mengembangkan bahasa muzik melalui pengalaman muzikal.(PPK,2003:62)
Rekoder merupakan alat tiupan utama yang diperkenalkan kepada pelajar dalam
pelajaran Pendidikan Muzik KBSR.Matlamat utama permainan rekoder dalam
pelajaran muzik dibilik darjah ialah untuk memberi pengalaman muzikal kepada
pelajar melalui permainan secara solo atau secara ensemble.
2.2.1 Struktur Rekoder
Jenis – jenis rekoder dalam keluarga rekoder adalah :
Sopranino, soprano, alto, tenor, dan bes.
2.2.2 Teknik Bermain Rekoder
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permaianan rekoder yang betul
perlu diamalkan.
a) Teknik asas sebelum meniup rekoder adalah :
i) Postur
ii) Cara memegang rekoder
iii) Penjarian tangan kiri
iv) Penjarian tangan kanan
2.3 Literatur Berkaitan Kajian
Ada beberapa bahan berkaitan seperti jurnal, buku-buku, laporan kajian di
Malaysia dancapaian melalui internet yang telah dijadikan bahan bacaan oleh
pengkaji sebagai bahan rujukam untuk dijadikan bahan kajian literatur.
Antaranya ialah:
2.4 Kajian berkaitan dalam negara
Pendekatan Pembelajaran masteri dalam pembangunan sesebuah perisian kursus
E- Pembelajaran Animasi. Kajian ini telah dijalankan oleh Junaidah Mohamed
Kassim & Rasyidah Haji Anuar.Proses pengujian ini telah dijalankan di Fakulti
Teknologi dan Sains maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengujian ini
dilakukan terhadap pelajar Tahun 2, Jabatan Sains Maklumat. Sebanyak
36sampel kajian telah diambil terdiri daripada 20 orang lelaki dan 16 orang
perempuan. Borang soal selidik telah diberikan semasa proses pengujian
dijalankan. Terdapat 19 soalan telah dikemukakan dan 4 soalan adalah berkaitan
dengan pembelajaran masteri yang digunakan dalam perisian.
Keputusan mendapati majoriti pengguna menyukai pendekatan yang digunakan.
Seramai 30 orang (83.33%) setuju atau sangat setuju menyatakan bahawa
Perisian PeKA 3D ini membenarkan proses pembelajaran pengguna berlaku
mengikut tahap kemampuan mereka sendiri. Seramai 30 orang lagi (83.33%)
mengatakan perisian yang dibangunkan dibina mengikut tahap daripada yang
mudah kepada yang lebih kompleks dan 30 lagi menyatakan objektif
pembelajaran boleh dicapai dan ditulis dengan jelas.
Selain itu, kandungan pelajaran yang dipecahkan kepada unit-unit kecil juga
ternyata membantu pengguna menguasai sesuatu topik dengan mudah. Ini
terbukti apabila 31(86.11%) orang bersetuju dan sangat setuju dengan pendapat
ini. Hanya segelintar pengguna iaitu 5 orang (13.89%) tidak menyukai
pendekatan ini. Secara kesimpulannya, pendekatan masteri mampu menjadikan
proses pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan.
2.4.1 Kajian berkaitan luar Negara
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Adeyemi B. A dari Institusi
Pendidikan, Fakulti Pendidikan,Universiti Obafemi Awolowo, Ile- Ife, Nigeria
terhadap 30 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Mereka telah dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu 15 orang telah diperkenalkan dengan pembelajaran
masteri dan selebihnya menggunakan kaedah konvensional.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan didapati dengan menggunakan
pembelajaran masteri didapati analisis T test terhadap kajian memperoleh
keputusan yang memberansangkan. Peningkatan pemahaman masteri melalui
kaedah pembelajaran masteri telah meningkat iaitu dari 42.5 kepada 44.3.
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan buat kali ke dua, 30
Orang pelajar telah dipilih secara rawak daripada pelajar Universiti Uyo.
Pelajar-pelajar berikut telah ditugaskan secara rawak untuk strategi pembelajaran
masteri dan pembelajaran konvensional dalam pemahaman Pembelajaran Sosial.
Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Patriciah W. Wambugu dan
Johnson M. Changeiywo dari Universiti Egerton mendapati pemahaman dan
peningkatan dalam keputusan peperiksaan murid-murid terhadap pembelajaran
Fizik semakin meningkat. Murid-murid juga semakin berminat untuk
mempelajari bidang Fizik dan lebih memudahkan memahami pembelajaran
dengan menggunakan Kaedah Pembelajaran Masteri.
Kesimpulannya, kajian yang telah dijalankan memberikan pulangan data yang
cukup memberansangkan dan telah berjaya dengan cemerlangnya. Melalui
pembelajaran masteri juga, guru-guru perlu menyediakan bahan mengikut
pemeringkatan kemajuan murid-murid. Ini membolehkan murid-murid belajar
mengikut keupayaan individu.
2.5 Rumusan
Kajian-kajian dalam Negara yang telah dijalankan telah menunjukkan
bahawa kaedah masteri sesuai digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang
menghadapi masalah pembelajaran. Kaedah ini membuka peluang kepada
pelajar-pelajar ini untuk memahirkan diri dalam pembelajaran mereka. Pelajar-
pelajar perlu diberi masa yang mencukupi untuk menguasai setiap unit
pembelajaran. Latihan-latihan pada setiap unit pembelajaran dapat mengukuhkan
pemahaman pelajar.
Pengkaji berpendapat kaedah pendekatan masteri juga sesuai untuk digunakan
kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah kemahiran penjarian rekoder.
Pembelajaran permainan rekoder dapat juga dibahagikan kepada unit-unit kecil
dan pelajar-pelajar diberi masa yang mencukupi untuk menjalankan latihan.
Penilaian setiap unit dalam kemahiran permainan rekoder dijalankan secara
amali dan akan menarik minat pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka
dalam permainan rekoder.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Dalam bab ini pengkaji akan menerangkan kaedah kajian yang akan
dijalankan. Berdasarkan kajian ini metodologi yang akan dibincangkan
adalah mengenai rekabentuk kajian, populasi dan sampel, senarai Dalam
bab ini pengkaji akan menerangkan kaedah kajian yang akan alat kajian,
prosedur pengumpulan data, cara penganalisa data dan rumusan.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kuantitatif dan kualitatif. Kajian
ini berbentuk kuasi ekperimen dengan menggunakan ujian pra, ujian pasca,
soal selidik dan pemerhatian melalui senarai semak. Variebal tidak
bersandar ialah strategi pembelajaran menggunakan kaedah pembelajaran
masteri. Manakala variebal bersandar ialah markah yang diperoleh
daripada ujian pra dan ujian pasca.
Dalam kajian ini pelajar yang dipilih ialah pelajar Tahun Empat yang
mempunyai kecerdasan yang sederhana. Dalam masa kajian, pengkaji akan
menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara pendekatan masteri.
Kumpulan kajian akan diberi borang soal selidik bagi mengkaji minat
pelajar terhadap pembelajaran muzik.
3.2 Populasi dan Sampel
Populasi kajian ini adalah pelajar Tahun Empat sekolah rendah di
negeri Perlis. Kajian ini melibatkan pelajar di sekolah pengkaji yang
mempunyai aras kecerdasan yang sederhana. Seramai 35 orang murid
Terlibat terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 21 orang murid
Perempuan. Kelas 4 Gemilang dijadikan kelas untuk kajian. Reka bentuk
Kuasi eksperimen digunakan untuk kajian kerana semua subjek kajian
adalah murid yang aras kecerdasannya sederhana. Subjek kajian telah
didedahkan kepada Kaedah Pendekatan Masteri bagi meningkatkan
penjarian rekoder. Tahap pencapaian pelajar diuji melalui ujian pra dan
ujian pasca dari segi penjarian rekoder. Ujian pra dijalankan sebelum
pendedahan kepada pembelajaran Kaedah Pendekatan Masteri dan ujian
pasca dijalankan selepas rawatan.
3.3 Instrument Kajian
3.3.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu ujian
pra Dan ujian pasca. Tujuan utama ujian tersebut adalah untuk melihat
perbezaan dalam pencapaian pelajar sebelum kajian dijalankan dan selepas
sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pendekatan
masteri. Ujian pra digunakan untuk melihat tahap permainan rekoder
sebelum rawatan dimulakan. Ujian ini juga bertujuan untuk mengenal
pasti kelemahan pelajar-pelajar. Ujian pasca pula bertujuan untuk
mengukur sejauh mana kaedah Pendekatan Masteri telah membantu
pelajar-pelajar dalam meningkatkan penjarian rekoder.
Skor markah ujian pra dan ujian pasca
Skor markah (%) Gred (Tahap pencapaian)
80- 100 A
60-79 B
40-59 C
20 -39 D
0-19 E
JADUAL 3.3.1
3.3.2 Borang Soal Selidik
Borang soal selidik diberikan setelah mendapat persetujuan daripada sampel.
Ini dilakukan untuk mengetahui tahap minat subjek kajian terhadap kaedah
Penjarian rekoder yang telah dijalankan.Soal selidik telah diberikan kepada
Pelajar-pelajar terdiri daripada soalan berkaitan dengan demografi pelajar iaitu
Jantina, bangsa, umur, dan minat pelajar dalam mata pelajaran Muzik dan
Permainan rekoder. Dalam soal selidik responden-responden telah memberikan
Jawapan mereka dalam skala likert .
Pemberian Mata Bagi Skala Likert
Nilai Skala Likert Pentaksiran
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
JADUAL 3.3.2
3.3.3 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Pemerhatian juga merupakan alternatif
yang ada dalam pengumpulan data. Melalui pemerhatian, pengkaji dapat
mengamati sesuatu tingkah laku sampel berpandukan pemboleh ubah yang telah
dikenal pasti.Peranan pengkaji ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-
perubahan tingkah laku, mendengar serta melihat tingkah laku sampel sama
ada dari jauh atau dari dekat. Menggunakan kaedah ini, penyelidik atau
pemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tertentu. Pemerhatian
dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu :
i ) Pemerhatian Tidak Turut Serta
ii ) Pemerhatian Turut Serta
iii ) Pemerhatian Separa Turut Serta
Dalam kajian ini pengkaji akan menggunakan jenis pemerhatian tanpa turut
serta iaitu menggunakan senarai semak untuk mencatatkan pemerhatian sebelum
waktu proses pengajaran dan pembelajaran berakhir untuk memastikan semua
pelajar dapat menguasai satu unit pelajaran sebelum meneruskan ke unit
pelajaran yang lain. Pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran rekoder
akan diberikan aktiviti pemulihan, manakala aktiviti pengayaan akan diberikan
kepada pelajar yang telah menguasai kemahiran permainan rekoder dengan
baik.
3.4 Cara / Prosedur Pengumpulan Data
Pengkaji telah mendapatkan persetujuan daripada subjek kajian. Pengkaji telah
Menerangkan secara ringkas tentang tujuan kajian ini dijalankan dan bagaimana
Ujian ini dijalankan. Pelajar telah diminta untuk menjawab soalan selama 30
Minit.Pelajar tidak dibenarkan meniru untuk mempastikan kesahihan ujian.
Kajian ini dijalankan dalam tempoh lapan minggu iaitu dalam lingkungan
Sekurang-kurangnya lapan jam pengajaran. Pada minggu pertama ujian pra telah
Dijalankan.Ujian pra digunakan dengan tujuan untuk melihat tahap kemahiran
Pelajar dalam permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder sebelum
Rawatan dimulakan.
3.4 Tatacara Penganalisisan Data
Data –data yang dikumpulkan di analisa untuk memperolehi keputusan yang
dikehendaki mengenai keberkesanan kaedah pendekatan masteri ke atas pembelajaran
permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder serta minat murid.
3.4.1 Analisa Data Ujian Pra dan ujian Pasca
Analisa Statistik kekerpan, peratusan dan mean digunakan untuk mengkaji
tahap kemahiran permainan rekoder dari segi kemahiran penjarian rekoder. Keputusan
ujian pra dan pasca ujian untuk kelas dianalisa untuk melihat sama ada terdapat
peningkatan kemahiran penjarian rekoder selepas melalui pembelajaran masteri.
3.4.2 Analisa Data Soal selidik
Soal selidik yang diberikan selepas rawatan telah dikutip dan dianalisa setelah
dilengkapkan oleh responden. Data soal selidik dianalisa dari segi minat pelajar-
pelajar dalam Pendidikan Muzik dan kemahiran penjarian rekoder yang telah
dipelajari. Hasil data ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan mean.
3.4.3 Analisa Data Pemerhatian melalui senarai semak
Pemerhatian dijalankan ke atas pelajar semasa melaksanakan kajian dengan
menggunakan kaedah pembelajaran masteri dalam pengajaran dan pembelajaran
permainan rekoder. Hasil daripada pemerhatian dicatatkan dalam senarai semak yang
disediakan untuk melihat prestasi pelajar samada menguasai kemahiran yang diajar
atau sebaliknya sebelum meneruskan ke unit yang lain. Hasil data senarai semak tidak
dianalisa.
3.4.4 Perincian Alat Kajian
Data ujian pra dan ujian pasca dianalisa untuk mendapatkan kekerapan,
peratusan dan mean. Huraian deskriptif kemudian diberi untuk setiap jadual. Data soal
selidik dianalisa untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan mean.
PERINCIAN ALAT KAJIAN
BI
L
ALAT
KAJIA
N
SASARA
N
JENIS
SOALAN
KATEGOR
I SOALAN
ANALIS
A DATA
HASILAN
DATA
1 Ujian
Pra &
Pasca
Subjek
kajian
Amali
permaina
n rekoder
-penjarian
not
-mengenal
notasi
-amali
rekoder
Analisa
statistic
deskriptif
Huraian,
deskriptif,
rajah mean,
peratusan
2. Soal
selidik
Subjek
kajian
Skala
Likert
Tahap
minat
permainan
rekoder
Analisa
statistic
deskriptif
Huraian
deskrptif,rajah
mean,peratusa
n
JADUAL 3.4.4
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan
instrument yang digunakan dalam kajian. Kajian rintis ini penting untuk memastikan
alat ukur yang digunakan mempunyai tahap kebolehpercayaan dan sesuai digunakan
dalam kajian. Pengkaji akan menyediakan kertas ujian pos dan ujian pasca
berdasarkan miskonsepsi yang sering terjadi di kalangan pelajar berpandukan jadual
penetu ujian. Kajian rintis bertujuan untuk menyediakan item yang tidak
mengelirukan sampel kajian.
3.6 Rumusan
Kajian yang dijalankan ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen untuk
ujian pra dan ujian pasca. Subjek kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar dalam satu
kelas iaitu tahun 4 yang mempunyai aras kecerdasan yang sederhana. Mereka akan
mengikuti pembelajarn permainan rekoder mengikut kaedah pembelajaran masteri.
Instrumen-instrumen yang terlibat dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca , soal
selidik dan senarai semak. Analisis data pula dilakukan bertujuan untuk mengukur
dan menilai keberkesanan Pembelajaran Masteri untuk meningkatkan penjarian
rekoder. Melalui dapatan data ini juga, pengkaji dapat melihat sejauh mana minat
pelajar dalam mata pelajaran Muzik.
RUJUKAN
Abdul Rahim bin Mohd Saad. (1996). Guru yang Efektif, Pusat Teknologi Pendidikan dan
Media: Universiti Sains Malaysia
Baharom Mohamad. (2010). Gaya Pengajaran dan Pembelajaran, Selangor : PTS
Profesional Publishing
Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Khairul Bariah Haroen, Khalijah Mohamed, Zaiton mohamad, Zaharah Abd Manap & Yusri
Hj. Hussain. (2009). HBMS1103 Pengenalan Muzik, Kuala Lumpur : Open
University Malaysia.
Hj. Abdul Fatah Hasan. (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS
Publication and Distributors
Mohd Salleh Abu & Zaidatun Tasir. (2001). Analisa Data Berkomputer SPSS 10.0, Kuala
Lumpur: Venton Publishing
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Pembelajaran Masteri, Kementerian Pendidikan
Malaysia : Kuala Lumpur
WoolFolk. (1990). ‘Kemahiran Memberi Motivasi Kepada murid” dlm Mok S.S. (2004).
Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim Perkhidmatan Guru. Selangor (Ed.
Ke 2); Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Hlm. 293.
Zaharul Lailidin Hj Saidon & mohd Nizam Hj Nasrifan. (2008). HBMS3103 Pengajaran
Muzik iv. Kuala Lumpur : Open University Malaysia.
RUJUKAN INTERNET
Adeyemi, B.A (2007). Learning Social Studies Through Mastery Approach, Diakses
pada Ogos 5,2013, dari laman web : http://www.academicjournals.org./
Md Salleh Shaharuddin, Napiah & Siti Rohani. (2010). Pembangunan Perisian
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) untuk Topik Pecahan Tingkatan
Satu Menggunakan Pendekatan Masteri. Diakses pada Ogos 6,2013, dari
laman web : http://eprints.utm.my/10763/
Pengajaran dan Pembelajaran Ke Arah Pembelajaran Mastery. Diakses pada Ogos
8, 2013, dari laman web : http://sokhaiharapan.blogspot.com/2011/04/pengajaran-dan-pembelajaran-ke-arah.html