RPH TMK Membangunkan Sist. Pgkalan Data 3.4

download RPH TMK Membangunkan Sist. Pgkalan Data 3.4

of 1

Transcript of RPH TMK Membangunkan Sist. Pgkalan Data 3.4

MatapelajaranTMK- DUNIA PANGKALAN DATA

Kelas/ Bil. Murid5 Bijak/ 30 orang

Standard Kandungan3.0 Membangunkan Sistem Pangkalan Data.

Standard Pembelajaran3.4 Menambah rekod menggunakan borang

Objektif PdPPada akhir PdP, murid akan dapat: Menambah sekurang- kurangnya 3 rekod baru ke dalam borang sedia ada. Menyusun langkah- langkah menambah rekod menggunakan borang.

Komputer, LCD Projektor, Microsoft Access, Lembaran Kerja

KBATMengaplikasi

EMKKepimpinan

Didik HiburLakonan Murid

Penerangan Aktiviti1. Guru meminta 2 orang murid melakonkan situasi sebagai murid yang baru mendaftar untuk memasuki Kelab ICT di sekolah mereka.2. Guru menerangkan bahawa rekod murid baru tersebut perlu dimasukkan ke dalam borang yang telah dibina pada sesi pengajaran yang lepas. 3. Melalui LCD, guru memaparkan borang yang telah dibina pada pelajaran yang lepas.4. Guru membuat demonstrasi bagaimana memasukkan 2 rekod murid perempuan dan 2 rekod murid lelaki yang baharu.5. Seorang murid diminta menambah 1 lagi rekod murid baru dan guru membincangkan setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid tersebut.6. Murid dibahagikan kepada kumpulan 4 orang.7. Guru memaparkan satu situasi baru sebagai tugasan kepada setiap kumpulan.8. Dengan mengedit rekod sedia ada menjadi rekod ahli Kelab ICT, murid memasukkan sekurang- kurang 3 rekod ahli baru ke dalam pangkalan data kelab tersebut.9. Setelah selesai tugasan, murid menjawab latihan dalam lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan.

Lembaran kerjaMenyusun langkah- langkah menambah rekod baru.