Rph sejarah sem 6
Transcript of Rph sejarah sem 6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH
Mata Pelajaran dan Kelas
Sejarah Tahun 4 Aktif
Tema/Tajuk 5. Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Masa 10.40 – 11.40 pagi
Standard Kandungan:
5.4 Mengetahui dan memahami Hang Tuah sebagai Laksamana
Melaka
Standard Pembelajaran:
5.4.3 Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah
dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah.
K5.4.4 Menyenaraikan sifat-sifat kesetiaan tokoh kepada intitusi
beraja..
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid akan dapat;i. Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan
Hang Jebat.ii. Menyenaraikan empat sifat kesetiaan Laksamana Hang Tuah
Aktiviti 1. Murid mendengar cerita yang disampaikan oleh guru2. Murid menjawab soalan berdasarkan cerita3. Menonton tayangan video kisah pertarungan Hang Tuah dan
Hang Jebat.4. Berbincang dalam kumpulan untuk melengkapkan peta alir
tentang kisah pertarungan tersebut.5. Main peranan kisah pertarungan tersebut.6. Membuat rumusan dengan menyatakan sebab dan akibat
dalam peta alir berganda.7. Menyenaraikan empat sifat kesetiaan Laksamana Hang Tuah
dalam peta buih.
Elemen Merentasi Kurikulum (EMK)
Nilai Murni : bertanggungjawab , menghargai rakan, bekerjasama, keberanianKemahiran Pemikiran Sejarah: Elemen asas sejarah , signifikan buktiElemen Kewarganegaraan : memupuk perasaan taat dan setia kepada negaraTMK : kemahiran menggunakan laman web
Bahan Bantu Belajar
Skrip cerita, komputer, LCD,DVD, klip video, buku teks, alat tulis,
kad gambar, kad manila, gam, pen ’marker’, tengkolok kertas,
keris kertas, talam, batang penyapu sebagai lembing
Pendekatan Strategi Kaedah Teknik
Berpusatkan murid / induktifAktiviti berkumpulanBercerita, soal-jawab, main peranan, perbincangan, i- THINKMenjawab soalan KBAT
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI EMK CATATAN
Permulaan (5 minit)
Mendengar cerita
1. Murid mendengar cerita yang disampaikan
oleh guru dengan nada dan intonasi yang
menarik sambil bergerak ke sekeliling kelas.
2. Murid menjawab soalan guru secara lisan
berdasarkan cerita tersebut.
Soalan:
a) Siapakah Laksamana yang
dimaksudkan dalam cerita tersebut?
b) Mengapakah Hang Tuah hendak
membunuh Hang Jebat?
c) Mengapakah Hang Jebat menderhaka
kepada sultan?
d) Bagaimanakah perasaan Hang Jebat
ketika melihat Hang Tuah?
e) Beri penilaian kamu tentang sikap Hang
Tuah.
f) Pada pendapat kamu, apakah tajuk
yang sesuai bagi cerita tadi?
3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
tajuk pelajaran.
Nilai murni:
bertangungjawab
EMK:
memupuk perasaan
taat dan setia
kepada negara
Kemahiran Berfikir:
-Menjana Idea
-menghubung kait
BBM:
skrip cerita
KAEDAH:
Bercerita
TEKNIK:
Aktiviti 1 (10 minit)
Menonton tayangan video (pertarungan
Hang Tuan dan Hang Jebat) dan membaca
dialog pertarungan dalam buku teks.
1. Murid menonton tayangan video kisah
pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat.
EMK:
Memupuk semangat
taat dan setia
kepada negara
Nilai:
menghargai rakan
bertanggungjawab
BBM:
Komputer
LCD
Video
Buku teks
Sejarah
2. Murid membaca dialog pertarungan
Hang Tuah dan Hang Jebat dalam
buku teks Sejarah muka surat 145-147
dengan nada dan intonasi yang betul.
TMK: kemahiran menggunakan laman web
Aktiviti 2 (10 minit)
Menyusun kad gambar untuk melengkapkan
peta alir (peta pemikiran i-Think)
1. Secara berkumpulan, murid akan
mencipta dialog serta melengkapkan
peta alir tentang urutan cerita
pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat.
2. Guru bertindak sebagai fasilitator dari
satu kumpulan kepada kumpulan yang
lain.
3. Wakil murid akan membentangkan
jawapan mereka.
EMK:
Memupuk semangat
taat dan setia
kepada negara
Nilai :
Bekerjasama
bertanggungjawab
KB:
menjana idea
menyusun ikut
urutan peristiwa
BBM:
Kad gambar
Gam
Kertas manila
Papan berdiri
Pen ’marker’
Aktiviti 3 (20 minit)
Main peranan kisah pertarungan Hang Tuah
dan Hang Jebat
1. Secara berkumpulan, murid berbincang
untuk memilih ahli kumpulan yang akan
main peranan kisah pertarungan Hang
Tuah dan Hang Jebat.
2. Wakil murid akan main peranan kisah
pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat.
3. Guru dan murid lain akan memberi
komen dan markah tentang hasil
lakonan setiap kumpulan.
Nilai:
menghargai rakan
bekerjasama
keberanian
EMK:
Memupuk semangat
taat dan setia
kepada negara
KB:
Menjana idea
menghubungkait
Menyelesai masalah
BBM:
Tengkolok
kertas
Keris kertas
Talam
Batang penyapu
sebagai lembing
Aktiviti 4 (10 minit)
Menyatakan sebab dan akibat ( peta alir
Nilai:
menghargai rakan
BBM:
Kad manila
berganda)
1. Murid berbincang dalam kumpulan
tentang sebab terjadinya pertarungan
Hang Tuah dan Hang Jebat.
2. Murid berbincang pula tentang kesan
atau akibat daripada pertarungan
tersebut.
3. Murid melengkapkan peta air berganda
(salah satu peta pemikiran i-Think)
4. Guru memantau dan memudahcara
dari satu kumpulan ke kumpulan yang
lain sambil menilai hasilan mereka.
bekerjasama
bertanggungjawab
EMK:
Memupuk semangat
taat dan setia
kepada negara
KB:
Menjana idea
menghubungkait
Menyelesai masalah
Pen ’marker’
pembaris
Penutup (5 minit)
Melengkapkan peta buih
1. Secara rawak, murid melengkapkan
peta buih tentang sifat kesetiaan
Laksamana Hang Tuah di papan putih.
2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam
pelajaran hari ini melalui pengisian
peta buih tersebut.
3. Sebagai penutup, murid menjawab
soalan guru secara rawak.
Soalannya :
i. Apakah pengajaran daripada kisah pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat?
ii. Apakah cara untuk menunjukkan ketaatan kepada pemerintah?
4. Guru membimbing murid untuk menjawab soalan.
Nilai:
bekerjasama
bertanggungjawab
keberanian
EMK:
Memupuk semangat
taat dan setia
kepada negara
KB:
Menjana idea
Menghubungkait
Menyelesai masalah
BBM:
Lakaran peta
buih di papan
putih
Pen ’marker’
Refleksi 25 orang daripada 30 orang murid telah
mencapai objektif P&P.
Murid yang belum menguasai akan
diberi bimbingan.
Murid yang telah menguasai akan diberi
latihan pengayaan.
PENERANGAN TENTANG RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SEJARAH
Aktiviti permulaan
SKRIP CERITA : PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT
Segala rakyat dalam negeri Melaka ingin melihat Laksamana yang telah dititahkan
oleh raja membunuh Si Jebat derhaka. Setelah sampai di balai gendang Laksamana terus
memanggil nama Si Jebat. Maka ramailah rakyat yang ingin menyaksikan pertarungan
tersebut seperti temasya lagaknya.
Pada masa itu Si Jebat sedang tidur. Setelah dipanggil beberapa kali, maka Hang
Jebat pun bangun dan melihat keluar istana. Setelah ditatap betul-betul, maka Jebat telah
mengenali akan saudaranya Tuah. Setelah siap mandi dan berpakaian, maka Jebat pun
menyambut kedatangan Tuah dan menyuruh Tuah naik ke istana. Jebat tahu akan
kedatangan Tuah untuk membunuhnya. Jebat cuba menjelaskan bahawa perbuatannya
semata-mata membela kematian Tuah. Tetapi kerana sikap taat kepada raja dan
pemerintah, maka Tuah teruskan juga niatnya untuk membunuh Jebat.
Maka berlakulah pertarungan yang hebat antara Tuah dengan Jebat. Sesekali orang
ramai masuk campur dengan menghulurkan lembing dari bawah istana. Setelah ditegah
oleh Tuah, maka orang ramai pun keluarlah dari bawah istana.
Tuah dan Jebat telah berpakat untuk bertikam di atas talam. Mereka mengusung
empat buah talam yang besar dan diletakkan di tengah ruang istana. Mereka berdua
menyambung pertarungan mereka berdua. Akhirnya Tuah berjaya menikam Jebat apabila
berlaku pertukaran keris.
Hang Jebat sempat berpesan kepada Hang Tuah sekiranya dia mati, dia meminta
Hang Tuah menjaga anaknya hasil perhubungannya dengan Dang Baru. Sekiranya anak
lelaki, dijadikan anak angkat, sekiranya perempuan serahkan keputusan kepada ibunya.
Kaedah pengajaran yang digunakan ialah kaedah bercerita sebagai penarik minat
murid untuk mengetahui isi pelajaran pada hari tersebut.
SKRIP CERITA : PERTARUNGAN HANG TUAH DENGAN HANG JEBAT
Segala rakyat dalam negeri Melaka ingin melihat Laksamana yang telah dititahkan
oleh raja membunuh Si Jebat derhaka. Setelah sampai di balai gendang Laksamana terus
memanggil nama Si Jebat. Maka ramailah rakyat yang ingin menyaksikan pertarungan
tersebut seperti temasya lagaknya.
Pada masa itu Si Jebat sedang tidur. Setelah dipanggil beberapa kali, maka Hang
Jebat pun bangun dan melihat keluar istana. Setelah ditatap betul-betul, maka Jebat telah
mengenali akan saudaranya Tuah. Setelah siap mandi dan berpakaian, maka Jebat pun
menyambut kedatangan Tuah dan menyuruh Tuah naik ke istana. Jebat tahu akan kedatangan
Tuah untuk membunuhnya. Jebat cuba menjelaskan bahawa perbuatannya semata-mata
membela kematian Tuah. Tetapi kerana sikap taat kepada raja dan pemerintah, maka Tuah
teruskan juga niatnya untuk membunuh Jebat.
Maka berlakulah pertarungan yang hebat antara Tuah dengan Jebat. Sesekali orang
ramai masuk campur dengan menghulurkan lembing dari bawah istana. Setelah ditegah oleh
Tuah, maka orang ramai pun keluarlah dari bawah istana.
Tuah dan Jebat telah berpakat untuk bertikam di atas talam. Mereka mengusung empat
buah talam yang besar dan diletakkan di tengah ruang istana. Mereka berdua menyambung
pertarungan mereka berdua. Akhirnya Tuah berjaya menikam Jebat apabila berlaku
pertukaran keris.
Hang Jebat sempat berpesan kepada Hang Tuah sekiranya dia mati, dia meminta
Hang Tuah menjaga anaknya hasil perhubungannya dengan Dang Baru. Sekiranya anak
lelaki, dijadikan anak angkat, sekiranya perempuan serahkan keputusan kepada ibunya.
Sebelum bercerita, beberapa teknik dipastikan tersedia supaya kaedah bercerita
dapat dimanfaatkan. Guru akan mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh
emosi. Murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru. Kesediaan pelajar
dipastikan sebelum memulakan cerita. Guru juga akan pastikan suara jelas dan lantang,
pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir. Ayat dan perkataan mudah difahami
murid.
Melalui kaedah bercerita, boleh mencernakan daya kreatif dan imaginasi murid-
murid, menggalakkan murid berkomunikasi dengan berkesan dari segi sebutan, nada,
intonasi dan ekspresi/mimik muka.
Selepas bercerita, guru melaksanakan aktiviti susulan yang sesuai dengan menyoal
isi cerita sehingga mendorong murid untuk mengemukakan tajuk pelajaran. Soalan-soalan
yang ditanya menggalakkan kemahiran berfikir di kalangan murid-murid mengikut aras
Taksonomi Bloom termasuklah kemahiran berfikir aras rendah (KBAR) dan aras tinggi
(KBAT)
Aktiviti bercerita dapat meningkatkan tahap kebolehan mereka berkomunikasi
melalui pemikiran dan perasaan serta meluahkannya dalam bentuk oral yang teratur. Secara
tidak langsung, ia menggalakkan pelajar meneroka keunikan diri mereka. Dari situ guru
boleh membantu kanak-kanak ‘mengembara’ ke dalam dunia imaginasi dengan mendengar
dan berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan sekelas yang lain. Guru pula perlu
menerima cadangan kanak-kanak tersebut tanpa prejudis. Daya imaginasi kanak-kanak
akan dilatih memberikan pendapat dan pandangan. Guru boleh bertanya kepada kanak-
kanak apakah yang mereka fikir akan berlaku selepas sesuatu kejadian dalam cerita.
Dengan itu, murid-murid dapat menyuarakan pendapat dan perasaan secara lisan.
Aktiviti 1
Menonton tayangan video (pertarungan Hang Tuan dan Hang Jebat) dan membaca
dialog pertarungan dalam buku teks.
Kaedah : memerhati dan membaca
Teknik:
Murid-murid bersedia di tempat duduk masing-masing. Semua pandangan mata tertumpu
pada skrin di hadapan kelas. Murid-murid cuba memahami cerita melalui tayangan video.
Aktiviti 2
Menyusun kad gambar untuk melengkapkan peta alir (peta pemikiran i-Think)
Strategi : berkumpulan
Kaedah : peta pemikiran i-Think ( peta alir)
Teknik :
1. Setiap kumpulan diberikan kad gambar
2. Murid berbincang untuk mencipta dialog bagi setiap kad gambar
3. Murid berbincang untuk menyusunatur kad gambar mengikut kejadian terawal
hingga terakhir.
4. Murid menampal gambar-gambar untuk melengkapkan peta alir di atas kad
manila.
Aktiviti 4 (10 minit)
Menyatakan sebab dan akibat ( peta alir berganda)
Sebab akibat
Penutup (5 minit)
Melengkapkan peta buih
Pertarungan
Hang Tuah
Dan
Hang Jebat
SOALAN PERBINCANGAN UNTUK PENUTUP.
PENGAJARAN DARIPADA CERITA:
Menggagalkan percubaan membunuh
Sultan Melaka
Akur menerima titah sultan walaupun terpaksa
menggadai nyawa
Mengutamakan kehendak
pemerintah
Membunuh Hang Jebat walaupun
sahabat karib sendiri.
Sifat Kesetiaan Laksamana Hang Tuah
1. Kita hendaklah menentang segala bentuk kezaliman yang dilakukan oleh mana-
mana pihak.
2. Rakyat hendaklah menunjukkan kesetiaan terhadap pemerintah.
3. Kita hendaklah bekerjasama menentang pihak yang terpesong dari perjuangan
4. Manusia perlulah mengutamakan keselamatan orang ramai daripada kepentingan
diri.
Apakah cara untuk menunjukkan ketaatan kepada pemerintah?
1. Patuh kepada peraturan dan undang-undang negara
2. Sentiasa menyokong usaha pemerintah untuk melakukan kemajuan kepada rakyat
3. Sama-sama menjaga keharmonian dan keamanan negara
4. Jangan jadi pembelot kepada pemerintah
5. Sentiasa berusaha menaikkan nama dan imej negara