Rph kssr menggambar
-
Upload
lily-suzana -
Category
Education
-
view
6.835 -
download
5
Transcript of Rph kssr menggambar
Tahun : Tahun 1 Aman
Bidang : Menggambar
Aktiviti : Kolaj
Tema : Alam Benda
Tajuk : Ikan Peliharaanku
Masa : 60 minit
Media : Alat : Pensel, gam dan gunting
Bahan: kertas lukisan dan kertas warna
Bahan Bantu Mengajar : i. Klip video cara membuat kolaj
ii. Persembahan multimedia pengertian kolaj dan
bahan yang diperlukan untuk membuat kolaj.
iii.Contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj.
EMK : Elemen Kreativiti dan Inovatif
STANDARD KANDUNGAN :
1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual (unsur seni warna dan rupa)
2. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam
penghasilan karya
3. Apresiasi terhadap karya seni.
STANDARD PEMBELAJARAN :
1.1 Persepsi Estetik 1.1 Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa seni visual
yang terdapat pada karya seni1.1.1 unsur seni1.1.1.1 Garisan- lurus dan melengkung (untuk lakaran)1.1.1.2 Rupa – organik & geometri
1.1.1.3 Warna –premier,sekunder, tertier
1.2 Aplikasi Seni 1.2 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media1.2.1.1 Alat-gunting1.2.1.2 Bahan – kertas lukisan, kertas warna1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya1.2.2.1 Teknik – kolaj
1.3 Ekspresi Kreatif 1.3 Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif1.3.2 Menggunakan unsur seni( garisan, warna dan rupa) dalam penghasilan karya1.3.3 Menghasilkan karya menggunakan bahasa seni visual
1.4 Apresiasi Seni 1.4 Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan.1.4.1 Mempamer hasil karya yang dihasilkan1.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan1.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
Guru menayangkan klip video tentang cara-cara membuat lukisan ikan peliharaan menggunakan teknik kolaj.
Murid melihat klip video dengan penuh perhatian.
Murid dapat mengenalpasti objek yang
ditayangkan
Aplikasi Seni
Guru memberi penerangan sambil memaparkan persembahan multimedia tentang pengertian kolaj.
Guru memberitahu murid bahawa mereka perlu menghasilkan lukisan ikan perliharaan dengan menggunakan teknik kolaj.
Bersoal jawab dengan murid mengenai kefahaman mereka tentang konsep kolaj.
Ekspresi Kreatif
Guru menunjukkan contoh lukisan ikan menggunakan teknik kolaj yang telah guru sediakan.
Murid menghasilkan kolaj ikan dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
Melukis lakaran ikan di atas kertas lukisan.
Langkah 2
Gunting atau koyak kertas warna menjadi cebisan kecil.
Langkah 3
Tampal cebisan kertas pada motif ikan yang dilakar.
Ulangi langkah tampalan sehingga memenuhi semua ruang motif ikan.
Apresiasi Seni
Murid menghantar hasil karya mereka.
Murid mempamerkan hasil karya seni kolaj dan menceritakan hasil karya seni sendiri.
Guru membuat rumusan dan menanya dua soalan untuk menguji minda iaitu :1) Apakah maksud kolaj?2) Cara-cara membuat teknik kolaj?