RPH Bahasa Melayu Tahun 3

download RPH Bahasa Melayu Tahun 3

of 13

description

rancangan pengajaran bahasa melayu tahun 3

Transcript of RPH Bahasa Melayu Tahun 3

KRP 3974 LATIHAN MENGAJAR

SEMESTER 2 2013 / 2014

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MINGGU 4NAMA : PHAULINE BTE PHILIPNO. MATRIKS : D20102040426KUMPULAN : UPSI89(A132PJJ)NAMA PENSYARAH : MAHZAN ARSHAD

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA TAHUN 3

Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 3 Pintar Masa : 8.20.20am-9.20am (1 Jam) Tema : PatriotismeTajuk : Datuk seri Mohd Najib Tun RazakStandard Kandungan : 2.2 membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.Standard pembelajaran :2.2.2 membaca dan memahami frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding , diagraf dan konsonan bergabung dalam perenggan daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul..Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Membaca frasa yang mengandungi vokal berganding dan diftong dalam petikan dengan sebutan yang betul.2. Membaca dan menyatakan maksud frasa yang terdapat dalam lembaran kerja.EMK : Ilmu Kepimpinan : Nilai Murni Hormat, keberanian : Teknologi Maklumat dan komunikasiSistem Bahasa : Tatabahasa ayat tunggal, ayat majmuk : Kosa kata Putera sulung, bidang, mengenang jasa, mantan perdana menteriBahan bantu belajar : Gambar, kad perkataan, lembaran kerja

LANGKAH-LANGKAHAKTIVITIPENGISIAN KURIKULUM/ EMKCATATAN

Set Induksi

1. Murid melihat slaid gambar tentang perdana menteri Malaysia pertama hingga kini.2. Murid menyebut nama-nama perdana menteri yang ditayangkan.3. Murid mendengar penerang guru tentang tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.

TMKBBB slaid power point

Langkah 1Bacaan Mekanis1. Murid diberikan teks bacaan tentang perdana menteri Malaysia.2. Murid membaca dan mengajuk bacaan guru dengan sebutan yang jelas serta intosnasi yang betul.3. Murid membaca secara induvidu.4. Murid dan guru bersoaljawab tentang maklumat penting berdasarkan petikan tersebut.Nilai murni:MenghargaiBBM: lampiran 1

KP: Verbal Linguistik

Langkah 2Membaca dan megenalpasti frasa1. Murid mengenalpasti frasa yang terdapat dalam teks petikan dan mengarisi frasa tersebut.2. Murid membaca frasa yang telah digarisi dengan sebutan yang betul dengan bimbingan guru.Nilai murni: kerajinan

Lembaran kerjaLampiran 3

Langkah 3Membaca dan menulis ayat1. Murid diberikan lembaran kerja

2. Murid membaca frasa-frasa yang telah diberikan dengan sebuta yang betul.

3. Murid membina dan menulis ayat-ayat menggunakan frasa yang telah diberikan dalam lembaran kerja.Nilai Murni: Keberanian

Lembaran kerjaLampiran 2

Langkah 4Penilaian :1. Murid masing-masing diberikan lembaran kerja .2. Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang telah dibaca.Pemulihan:1. Murid membaca frasa yang telah diberikan dan memadankannya dengan gambar yang sesuai dengan bimbingan guru.Pengayaan:1. Murid melengkapkan peta minda berdasarkan teks petikan yang telah dibaca tentang perdana menteri.Penilaian:Lampiran 3 &4

Pemulihan:Lampiran 5

Pengayaan:Lampiran 6

Penutup1. Murid membincang dengan guru untuk merumus tentang pembelajaran pada hari ini.

Refleksi/ RumusanSecara keseluruhannya, sesi pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dengan jayanya dengan bantuan alat bantu mengajar dan didapati seramai 33 orang murid daripada 36 orang murid di dalam kelas ini telah berjaya menguasai objektif pembelajaran yang disasarkan. Terdapat 3 orang murid yang masih belum menguasai isi pengajaran yang disasarkan. Akan tetapi murid inin akan diberi latihan pemulihan dalam kelas. Semasa sesi set induksi ramai murid memberi respon yang begitu aktif namun masih dapat dikawal. Muri berebut-rebut untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Keadaan sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlansung adalah amat memuaskan.

LAMPIRAN 1Arahan: Baca petikan dibawah dengan sebutan dan intonasi yang betul.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK

Datuk Seri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis , Pahang. Beliau merupakan putera sulung kepada Perdana menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.Datuk Seri Mohd. Najib mendapat pendidikan awal di Institusi St. John, Kuala Lumpur. Beliau gemar bermain bola sepak dan menunggang basikal sebagai mengisi masa lapang. Apabila dewasa , beliau meminati bola sepak dan golf.Pada tahun 1974, Dato Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan. Datuk Seri Najib mula menjejakkan kakinya ke dalam bidang politik ialah selepas ayahanda Tun Abdul Razak meninggal dunia.Ketika berusia 29 tahun beliau menjadi menteri besar Pahang. Beliau merupakan menteri besar termuda di Malaysia.

LAMPIRAN 2Nama : ____________________________Kelas : _______________________B3 DT1 E1 (01)Arahan : Bina ayat menggunakan frasa-frasa yang telah diberikan .

Perdana Menteri Kedua

1.

_____________________________________________________________________________ .Bermain bola sepak

2.

____________________________________________________________________________.Perbadanan Petroleum Nasional

3.

____________________________________________________________________________ .Beliau meminati

4.

___________________________________________________________________________ .

Menguasai tidak meguasaiLAMPIRAN 3Nama : _____________________________ Kelas : ______________________D1 DL1 E1Arahan : Baca petikan di bawah dengan teliti

Datuk Seri Mohd Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis , Pahang. Beliau merupakan putera sulung kepada Perdana menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussien dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah.Datuk Seri Mohd. Najib mendapat pendidikan awal di Institusi St. John, Kuala Lumpur. Beliau gemar bermain bola sepak dan menunggang basikal sebagai mengisi masa lapang. Apabila dewasa , beliau meminati bola sepak dan golf.Pada tahun 1974, Dato Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan. Datuk Seri Najib mula menjejakkan kakinya ke dalam bidang politik ialah selepas ayahanda Tun Abdul Razak meninggal dunia.Datuk Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada 03 April 2009 bagi mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

LAMPIRAN 4Nama : __________________________ Kelas : ____________________D2 DT1 E1Arahan : Berdasarkan petikan yang diberi, jawab soalan berikut dengan betul

1. Bilakah Datuk Seri Mohd Najib dilahirkan?_____________________________________________________ .

2. Apakah nama institusi tempat Datuk Seri Mohd Najib mendapat pendidikan awal?._____________________________________________________ .

3. Dimanakah Datuk Seri Mohd Najib Memulakan kariernya sebagai eksekutif?______________________________________________________ .

4.Apakah jenis permainan yang diminati oleh Datuk Seri Mohd Najib?_____________________________________________________ .

5.Siapakah Perdana Menteri Malaysia sebelum Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak?_____________________________________________________ .

menguasaitidak menguasaiLAMPIRAN 5 (pemulihan)Nama : ___________________Kelas : ________________Arahan : Baca frasa frasa yang telah diberikan dan padakan kepada gambar.

Memberi hadiah bunga

1.

Pandai belajar

2.

Gemar bermain bola sepak

3.

Saat kemenangan

4.

Menguasaitidak menguasaiLAMPIRAN 6 (Pengayaan)Nama : ____________________Kelas : _______________Arahan :Lengkapkan peta minda di bawah berdasarkan petikan yang telah diberikan.

Maklumat kelahiran

Pendidikan

Bidang politikkerjaya

Menguasaitidak menguasai