Role Model
-
Upload
abu-amirulhakim -
Category
Documents
-
view
58 -
download
0
description
Transcript of Role Model
-
BULETIN PEMBIMBING ANDABULETIN PEMBIMBING ANDABULETIN PEMBIMBING ANDABULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN
RAKAN PEMBIMBING (AKRAM)RAKAN PEMBIMBING (AKRAM)RAKAN PEMBIMBING (AKRAM)RAKAN PEMBIMBING (AKRAM)
JABATAN PERDANA MENTERIJABATAN PERDANA MENTERIJABATAN PERDANA MENTERIJABATAN PERDANA MENTERI
BULETIN 69/ JANUARI 2009
1. Dari meja
Pegawai
Psikologi
2/3. Gaya Cuti
4/5. Hubungi
Rakan
Pembimbing
6. Wanita 30-
an
CIRI-CIRI ROLE MODEL
Pelbagai tanggapan boleh dimajukan untuk mengukur seseorang individu itu se-bagai seorang role model. Mungkin setiap dari kita perlu mencari seorang role-model untuk dijadikan tarikan motivasi. Ciri-ciri role model yang boleh di nilai
untuk melihat seseorang itu sebagai role model adalah seperti berikut :-
memperlakukan apa yang ia perkatakan;
berjaya menimbulkan keyakinan kepada mereka yang terlibat bersamanya, sama ada dalam profesinya, sektor penglibatannya, masyarakat dan seba-
gainya;
Merupakan antara rujukan atau tempat mencari penyelesaian yang pertama
dituju apabila timbul sesuatu keperluan;
Menjadi contoh yang hidup pada banyak perkara baik yang sekadar wujud
dalam bentuk lisan dan tulisan;
Jelas dengan tasawwur (worldview) dan uslub (pendekatan/cara/strategi) apabila hendak mencapai sesuatu matlamat di mana ia tidak akan menyalah-gunakan emosi, sentiment dan sifat taasub sehungga kepentingan didahului
dari kepentingan ramai;
Tidak lemas dengan tarikan materialistic seperti kedudukan, glamor, harta dan sanjungan, malah lebih insaf dan tawaduk dengan setiap peningkatan
statusnya di dalam masyarakat;
Berani mengaku salah kerana dalam kesalahan ada pengajaran bagi semua,
oleh itu, role model mengiktiraf dirinya sebagai manusia biasa;
Bersedia untuk dimuhasabahkan.
Jadikanlah tahun 2009 ini tahun pembangunan modal insan untuk diri sendiri
dan pilihlah role-model yang tepat untuk dijadikan contoh kecemerlangan.
-
RAHSIA PERSONALITIRAHSIA PERSONALITIRAHSIA PERSONALITIRAHSIA PERSONALITI
MELALUI GAYA CUTIMELALUI GAYA CUTIMELALUI GAYA CUTIMELALUI GAYA CUTI
Setiap keputusan yang kita buat ada
kaitan dengan archetypes diri kita.
Termasuklah cara gaya pemilihan
tempat percutian. Mungkin maklu-
mat ini dapat membantu anda men-
genali diri sendiri dan orang ter-
sayang.
Pulau Keindahan dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan, apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak! Personaliti : Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu sebe-
gini. Selain itu, Mereka juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif dan mudah tersinggung.
Percintaan : Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mu-dah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai pemi-nat. Walaubagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya su-dah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi.
Bandar-bandar Besar Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpen-dapat percutian seperti ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu. Personaliti: Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memiliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan adakalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Se-lain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluar-kan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.
Percintaan: Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekeliling juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.
-
BULET IN 69/ JANUAR I 2009 Mukasurat 3
Taman Tema Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. Tapi tidak kurang juga, ada sege-lintir golongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Personaliti : Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka ge-
mar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan : Sukar bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Bagai-manapun pasangannya harus bersyukur kerana individu ini dikatakan tabah dan rela berkorban, Khususnya untuk kebahagiaan pasangannya.
Bandar / Kota Bersejarah Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingati pengorbanan para pejuang da-hulu kala mempertahankan negara tercinta. Personaliti: Individu yang gemar bercuti di tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan
perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersan-dal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan: Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuat cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat mema-hami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenarnya. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukar untuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.
Gunung-Ganang Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Personaliti : Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli
belah atau bersembang di caf mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap be-gini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Indi-vidu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan,
Percintaan : Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. .Selalunya mereka bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip adakalanya kita bagai pasangan kekasih, dan adakalanya kita sebagai kawan biasa. bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka.
-
BULET IN 69/ JANUAR I 2009 Mukasurat 4
Menghubungi Rakan Pembimbing Anda
Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU)
Burhan bin Mat Sum (MKN)
Zainon bt. Shaari (JPA)
Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi
(BPR)
Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)
Mimi Suhali Salme binti Haini
Kamariah binti Sapie (PICC)
Arbaiyah bt Jusoh (BKN)
Norhaliza binti Yunus (Akaun)
Yaacob bin Shafie (BBG, Kota Bharu, Kelan-
tan)
yaacob @bheuu.gov.my
Huzairi bin Zainal Abidin
Nurul Akmalina binti Shamsuddin (Jab.
Perpaduan & Integrasi Nasinal, Sabah)
Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)
Junaidah bt Mohamed
NorAsyikin bt Yusoff (Peguam Negara)
Ramlah bt Endut (JPA)
Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)
Habibah binti Mohamed Yusof (BBG,
Phg)
Robiah bt Abdullah (SPP)
Ruhana Abdullah (Parlimen)
Mohamed Noor bin Mohamed Alias
(JIM)
Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz
(JAWHAR )
Mazlina bt Hj. Hussain (BHEUU Kedah)
Azhar bin Hawari (Audit Negara)
Norizah bt. Abd. Ghani (Audit Negara)
Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)
Che Norliza bt Yahaya (Perangkaan)
Zulfikri bin Yasoa (BHEUU)
Abdul Wahab bin Abdul Aziz (BPR)
Azmi Ibrahim (BBG, Perak)
Zakaria bin Mohd Radzi (ISTIADAT)
Fauziyah binti Awang (UPP)
Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit
Negara)
Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)
Janudin bin Jantan (Parlimen)
Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU)
Roslah bt. Adnan (EPU)
Siti bt Bahuddin (KPKK)
Sulaiman bin Ameed (BPR) Abang Saifulhadi bin Abg. Hj. Ibrahim
(Perangkaan)
Rohana binti Yacob
Ahmad Faiz bin Sulaiman (BPR)
Fredah binti Nusi (Bhgn. Keselamatan Ne-
gara)
Hafizah binti Abdul Razak(Mahkamah
Majistret,Selangor)
Mohd Bahari bin Mohd Hanapiah
(JAKIM)
Khairolnizam bin Hassan (Perangkaan, Ke-
dah)
Ong Wee Ching (Mahkamah Sesyen
& Majistret, KL)
-
Mukasurat 5 BULET IN 69/ JANUAR I 2009
Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon
JPM atau hubungi :-
Y M Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Pegawai Psikologi JPM) Zarina Mohamed (Pembantu)
03-8888 7348 03-8888 5140
[email protected] [email protected]
Rozita binti Abdullah (JIM)
Ruzita binti Ramli (Mahkamah Syariah,
WPKL)
Rosle bin Hj. Puteh (BHEUU)
Azizah binti Sandiman (BPPSM)
Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn. Kese-
lamatan Negara)
Wan Mohd Shahrulnizam bin
Wan Mohd Najuri
(PERANGKAAN, KL)
Zaleha binti Mohamed (BPA)
Zainab binti Abdul Aziz (BPPSM)
Mohd Fauzi bin Mahmud (ICU,
TERENGGANU)
Muhabir bin Ibrahim (UPP)
Rizawati binti Abd Kadir (BHEUU)
Salmah binti Ramli (BHEUU)
Mini Panggi (BHEUU)
Norzaini@Norzani bin Abdul Rahman
(BHEUU)
Azman bin Aiyub (BHEUU)
Naziah binti Mohamed (BHEUU)
Zuhriyah binti Yussof (SPR)
Rokiah binti Yusoh (BHEUU)
Samsuryana binti Saher (BHEUU)
Khairiah binti Dollah (BHEUU)
Noorhayati binti Ahmad
(BHEUU)
Rohani binti Manan (BHEUU)
Johaniza binti Juhari (BHEUU) Shahrani bin Hussain (BHEUU)
Fatimah binti A.Rahman (BHEUU)
Rozaida binti Othman (BHEUU)
rozaida @bheuu.gov.my
Zakaria bin Satung (BHEUU)
Nor Azian binti Mahmud (BHEUU)
Latiffah binti Ujang (BHEUU)
Abdul Ghafar bin Ismail
(BHEUU)
Inthrani a/p Narayana-
samy(BHEUU
Noriah binti Zakaria (BHEUU)
Mohd Ruwaidi bin Ghani
(BHEUU)
Hata bin Kiprawi (BHEUU) Zulkifly bin Mohammed (BHEUU)
Suzana binti Abu Bakar
(perangkaan)
Mislina binti Hj Dahlan (JPA)
-
BULET IN 69/ JANUAR I 2009 Mukasurat 6
TIPS KESIHATAN DAN KECANTIKAN UNTUK
WANITA 30-AN
Dalam kesibukan mengimbangkan
antara tugas pejabat dengan tugas
tetap di rumah, wanita selalunya ke-suntukkan masa untuk diri sendiri.
Penjagaan diri yang ala kadar atau-
pun ikut sempat je seringkali men-
jadi amalan harian. Namun, perlulah
kita mencuri sedikit masa untuk
merawat, menjaga dan memanja-
kan diri sendiri.
Semoga sedikit tips di bawah dapat
membantu kita wanita terutamanya
yang berusia 30-an menjaga kesi-
hatan dan ketrampilan diri.
Kawal pemakanan. Proses pe-
nuaan dapat dilambatkan jika
kita mengamalkan pemakanan
yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur
dan buah-buahan. Kurangkan
makanan berlemak, minuman
yang mengandungi banyak
kafien, makanan dan minuman
ringan.
Guna pelembab yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau
30-an keanjalan dan kelembapan
kulit semakin kurang. Oleh itu,
penggunaan krim pelembab san-
gat diperlukan.
Cuba elakkan dari pancaran
matahari. Jangan biarkan muka anda terlalu terdedah kepada
cahaya matahari dalam jangka
masa panjang , ini akan mengu-
rangkan kelembapan kulit dan
membawa kepada kekeringan.
Sentiasa bersenam. Bersenam
mampu meningkatkan keu-
payaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan
setiap hari selepas bangun tidur.
Kalau ada masa, lakukan sena-
man sekurang-kurangnya 3 x
seminggu.
Minum banyak air. Kekeringan
dan gejala penuaan boleh diper-
lambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah
aset penting untuk kesihatan
tubuh terutamanya kulit muka.
Kekurangan jumlah air dalam
badan boleh menyebabkan kita
mudah diserang pelbagai pen-
yakit. Selain itu air penting un-tuk proses penghadaman dan
penyingkiran toksin dalam
badan.
Makanan tambahan. Pengambi-
lan vitamin adalah amat digalak-
kan untuk wanita 30-an, kesibuk-
kan dengan tugasan di pejabat
dan di rumah menyebabkan wanita jarang mengamalkan
pemakanan seimbang. Jadi pen-
gambilan vitamin dapat mem-
bantu menyelesaikannya.
Elakkan bermekap tebal. Wanita
30-an seelok-eloknya meng-
gunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan
daripada menggunakan bedak
asas yang tebal serta lipstick
yang merah menyala kerana
akan membuatkan wanita ini
nampak lebih tua dan garang
Positif dan ceria. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap
positif , sentiasa ceria dan selalu
bersama orang yang tersayang.
Kehadiran orang-orang ter-
sayang di sekeliling dapat mem-
bantu wanita membina keyaki-
nan dan menghilangkan te-
kanan.
BAHAGIAN TUBUH WANITA
DIANUGERAHKAN NAMA YANG
MULIA
Dalam tubuh wanita, ada satu ba-
hagian yang diberi nama yang begitu
mulia iaitu rahim. Perkataan ini
diambil dari nama Tuhan yang ber-
maksud Maha Penyayang sudah
tentulah Tuhan tidak akan memberi-
kan nama semulia ini kepada sesuatu yang hina disisinya. Rahim inilah
yang merupakan penghubung
kepada makhluk. Di dalam rahimlah,
wanita menjaga ciptaan Tuhan dan
memberi makan kepada apa yang
Tuhan ciptakan.
DIBERI PAHALA BERTERUSAN
Wanita disebut kurang dari sudut
agama tetapi ini bukan bermaksud
wanita itu kurang dari sudut iman
dan takwanya. Mereka cuma kurang
bersolat ketika datang haid dan nifas.
Namun, oleh kerana di waktu-waktu
lain mereka bersolat, maka sepan-jang waktu haid dan nifas itu, Tuhan
telah memberikan juga pahala solat
sekiranya mereka dapat bersabar
dengan keadaannya yang tidak se-
lesa itu.
Bayangkan seorang yang baru mela-
hirkan anak, sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi
yang baru lahir, diberi pula pahala
solat percuma sepanjang dia dalam
keadaan nifas. Kalau dia sabar
menyusu, memelihara dan melayan
karenah anaknya pula, makin ban-
yaklah pahala yang Tuhan sediakan
untuknya.
Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan
kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan
kepada golongan yang sering diang-
gap lemah dan terpinggir ini!
Oleh:
HAZLIN BINTI MOHAMAD DIN
SEKSYEN KESELAMATAN , JPM.