Ringgit Ed6 Draft5.PM6

12

Transcript of Ringgit Ed6 Draft5.PM6

Page 1: Ringgit Ed6 Draft5.PM6
Page 2: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

2 •

SidangRedaksi

Perancangan kewangan amat pentingbagi menjamin kualiti hidup yang baik.Namun masih ramai pengguna yangberanggapan bahawa perancangankewangan adalah satu yang remeh, iaitusesuatu tidak cukup penting untukdiberikan keutamaan yang sewajarnya.Apakah kemungkinan-kemungkinanyang negatif sekiranya anda sebagaipengguna tidak merancang kewangananda?

Tanpa satu rancangan kewangan, andatidak mengetahui kedudukan kewanganyang sebenar dan sejauh mana andaberada di laluan yang betul untukmencapai matlamat yang melibatkankewangan. Tanpa memahamikedudukan anda yang sebenar, andakurang pasti apakah tindakan yangharus diambil untuk menjamin kestabilankewangan anda.

Seorang jutawan yang menjadi muflisditanya bagaimana keadaan ini bolehberlaku. Beliau menjawab “mula-mulalambat, selepas itu tiba-tiba” (first slowly,then suddenly). Maksud beliau adalah

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangYu Kin Len

Siti Rizadiana binti RahmatSafra Aina binti Adnan

Sharala Devi Thayakaran

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Kehidupan TanpaPerancangan Kewangan

pada peringkat awal walaupun terdapatbeberapa tanda dalam statuskewangannya yang menunjukkanbahawa beliau bergerak ke arahkeadaan yang susah, namun beliautidak mengambil peduli. Beliaumenganggap keadaan ini adalah biasasahaja iaitu kadang-kadang naik, dankadang-kadang turun. Tetapi tiba-tibakeadaan beliau menjadi parah danterlalu lambat untuk mengambiltindakan yang boleh menyelamatkandiri.

Tanpa perancangan kewangan, andajuga boleh menjadi parah tanpa andasedari.

Terdapat beberapa kesan negatif yangboleh berlaku tanpa perancangankewangan.

Pertama, tanpa perancangankewangan ada kemungkinan andatidak akan menabung dengansecukupnya. Sama ada untukpendidikan anak, persaraan ataupersediaan menghadapi kecemasan

Page 3: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

• 3

seperti perbelanjaan perubatan, anda akan mendapatibahawa tabungan anda tidak mencukupi untukmenampung perbelanjaan tersebut.

Dalam kaji selidik yang dikendalikan oleh AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) terhadappengguna yang mengunjungi AKPK untukmendapatkan bantuan, banyak masalah yang dihadapioleh pengguna disebabkan oleh kegagalan merekamerancang kewangan. Pertama, adalah bil perubatan,iaitu apabila mereka mengalami satu-satu krisiskesihatan dalam keluarga, tabungan mereka tidakmencukupi untuk menampung perbelanjaan tersebut.Oleh itu mereka menghadapi masalah kewangan yangserius.

Begitu juga untuk perbelanjaan yang perlu anda bayarpada masa 15 tahun atau 20 tahun akan datang, sepertimenghantar anak anda ke universiti atau apabilabersara, perancangan kewangan adalah begitu pentingsekali.

Keduanya, tanpa perancangan kewangan, andamungkin terjerat dengan hutang. Kad kredit merupakankemudahan untuk melakukan transaksi pembelian,tetapi tanpa pengurusan dengan cekap, kad kreditboleh membawa kepada masalah yang parah, termasukdiisytiharkan muflis. Menurut Jabatan InsolvensiMalaysia, hampir 50% yang diisytiharkan muflisdisebabkan oleh kad kredit adalah golongan yangberumur di bawah umur 30 tahun. Maka, apabilamenggunakan kad kredit, terdapat beberapa prinsipkewangan asas yang mesti dipatuhi.

Apabila membeli barang melalui sewa beli, penggunajuga harus berjaga-jaga. Tanpa perancangan yang rapi,ada kemungkinan anda akan memandang mudahterhadap kemampuan anda untuk membayar ansuran.Oleh itu anda akan menanggung hutang yangberlebihan. Faktor ini juga menurut AKPK adalahsebab utama pengguna menghadapi masalahkewangan yang serius.

Ketiganya, tanpa perancangan kewangan andamungkin tidak mendapatkan perlindungan insuransyang cukup. Jika sesuatu yang buruk berlaku kepadadiri atau harta anda, anda atau keluarga anda akan

menghadapi masa hadapan yang malap. Keperluanbagi setiap orang memang berbeza. Oleh itu sukaruntuk menetapkan berapakah jumlah yang mencukupiuntuk melindungi diri seseorang. Oleh itu apabila andamembuat perancangan kewangan, anda perlu menelitibeberapa faktor dan membuat keputusan tentangsejauh mana perlindungan yang anda perlukan untukdiri dan keluarga anda.

Yang keempat, dengan perancangan kewangan, andaakan lebih berjaga-jaga dalam menguruskanperbelanjaan. Jika terdapat gerak hati untuk membelisatu-satu barang mewah, dengan mempunyai bajetyang telah ditetapkan, anda akan sedar sama adaanda mampu untuk membelinya atau tidak. Mungkinpada bulan ini anda tidak dapat membeli keranaterdapat sesuatu perbelanjaan yang tidak diduga, makaanda boleh merancang untuk membelinya pada bulanhadapan.

Ada kemungkinan juga dengan perancangankewangan, anda akan lebih berusaha untukmengurangkan perbelanjaan dengan mengurangkankegunaan air atau elektrik, atau membeli baranganjenama pasar raya atau menanam sayur-sayuran dihalaman rumah.

Akhirnya, dengan perancangan kewangan, mungkinanda boleh melabur dalam saham atau amanah saham.Pelaburan itu sudah tentu dipengaruhi oleh sejauhmana kesanggupan anda menanggung risiko. Namunsetiap orang harus memberikan pertimbangan yangsewajarnya untuk menggunakan kewangan merekadalam pelaburan yang “sihat”. Dalam masa yang samaanda harus berwaspada dengan sebarang skim cepatkaya yang boleh menghancurkan anda dan keluargaanda. Pelaburan yang “sihat” sedikit sebanyak dapatmembantu anda mengatasi kesan inflasi.

Walaupun kebanyakan pengguna sedar akankepentingan perancangan kewangan, namun adakalanya mereka akan leka dan akhirnya mengalamikekecewaan dalam kehidupan. Anda harus mengelakdaripada membazirkan sumber yang sedia ada danmencari jalan yang terbaik untuk memastikan kualitihidup kewangan yang terbaik.

Menurut Jabatan InsolvensiMalaysia, hampir 50% yangdiisytiharkan muflisdisebabkan oleh kad kreditadalah golongan yang berumurdi bawah umur 30 tahun.

Page 4: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

4 •

Barangkali selepas cuti hari raya Aidilfitri, ramai yangtidak berani untuk melihat baki wang simpanan dalamakaun bank mereka. Kenyataan yang perlu dihadapimungkin tidak akan menenangkan hati – sama adabaki wang mencukupi untuk bertahan hingga akhirbulan. Lebih menakutkan apabila tiada langsung bakidalam akaun.

Begitulah kesannya perbelanjaan semasa Aidilfitri yanghadirnya setahun sekali. Pengguna lazimnya tidakbegitu memikirkan soal perancangan kewangan padamusim perayaan. Lantaran itulah perbelanjaan menjaditidak terkawal atau berlebihan ketika musim sepertiini.

Peruntukan kewangan penting sebagai persiapanuntuk menghadapi Aidilfitri, sama ada sedikit ataubanyak. Pakaian baru, duit raya, belanja perjalananpulang ke kampung hinggalah kepada juadah makanan– merupakan perbelanjaan yang perlu diberi perhatian.Bagi mereka yang berkemampuan, tidak timbulmasalah sebelum atau selepas hari raya. Namun,bagaimana pula dengan mereka yang tidak berhematketika berbelanja atau tidak memiliki tabungan yangmencukupi selepas cuti raya?

Bajet 12 Bulan

Tempoh setahun adalah mencukupi untuk mengumpulwang bagi menyambut Aidilfitri. Adalah mustahil selama12 bulan dalam setahun, anda tidak boleh menyimpansedikit pendapatan bulanan. Memanglah sukar untukmengasingkan sedikit pendapatan bulanan. Namun,jika dikaji kesannya, bukankah ia menguntungkankelak?

Buat Jangkaan

Masyarakat sering dibuai dengan sikap terlalubergantung pada kebiasaan. Jika pada tahun-tahunsebelum ini, bonus sering diterima menjelang Aidilfitri.Tetapi pada tahun ini, walaupun tidak menerima bonus,tetapi mereka terus berbelanja seolah-olah ada bonus.Itulah kesilapan yang mengheret mereka ke dalamkemelut kewangan. Sikap seperti inilah yangmemberikan kesan buruk kepada corak perbelanjaanmasyarakat apabila menganggap bonus sebagaisesuatu yang harus diterima setiap tahun. Sepatutnya,mereka perlu bijak membuat jangkaan bagi

mengimbangi pendapatan yang sudah diterima dengantempoh gaji akan datang bagi setiap tempoh termasukmusim perayaan.

Jangan Dikuasai Ilusi

Masalah yang timbul setiap kali selepas musimperayaan ialah apabila seseorang itu gagalmengamalkan corak perbelanjaan yang menjadikebiasaannya. Malah, sikap ramai anggotamasyarakat yang mempunyai ilusi bahawa akanmenerima gaji pada setiap hujung bulan menyebabkanmereka terbabas dalam menguruskan perbelanjaansehingga memberi kesan pada kehidupan seterusnyasementara menunggu gaji akan datang.

Tabungan Aidilfitri

Bagi menyambut hari raya, sepatutnya andamempunyai simpanan khusus sebagai tabungan untukperbelanjaan semasa hari raya. Melalui tabungan inilahanda boleh membeli pakaian dan persiapanlain.Tabungan juga adalah langkah alternatif mengatasikrisis kewangan selepas musim perayaan. Bayangkansekiranya berlaku sebarang kecemasan yangmemerlukan anda membelanjakan banyak wang,sudah tentu anda akan berhadapan dengan masalahkewangan. Dengan wujudnya tabungan seperti ini,anda dapat mengatasi masalah ini.

Nisbah 70:30

Amalkan konsep simpanan musim perayaan sertamenetapkan nisbah 70:30 dalam keseluruhan jumlahpendapatan bulanan. 70 peratus adalah merangkumiperbelanjaan dan bayaran wajib setiap bulan, manakala30 peratus pula sebagai simpanan. Tidak kira samaada simpanan pelaburan, amanah saham atau

Elak PokaiSelepas Raya!

Page 5: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

• 5

caruman, ia sedikit sebanyak membantu anda dalamaspek tabungan jangka masa panjang.

Jimat Tenaga dan Air

Amalkan jimat-cermat dalam menggunakan tenagaelektrik dan air di rumah. Sekurang-kurangnya, jumlahtanggungan bil anda dapat diringankan. Mungkin padawaktu kesempitan wang seperti ini, anda bolehmenangguhkan sementara perbelanjaan aktiviti riadahseperti bayaran gimnasium, yuran bulanan kelabrekreasi dan sebagainya. Anda boleh menyambungnyasemula apabila keadaan mengizinkan.

Hadkan Penggunaan Kad kredit

Penggunaan kad kredit dianggap dapat membantumenyelesaikan masalah kewangan dalam tempoh yangsingkat. Anda sewajarnya menjelaskan sepenuhnyajumlah kredit supaya tidak ada kadar faedah atau cajtambahan dikenakan. Apabila pergi ke pasar raya, elakdaripada menggunakan troli, sebaliknya gunakan bakul.Dengan cara ini, secara psikologinya, anda hanya akanmengambil barang yang perlu saja.

Dari segi had perbelanjaan kad kredit pula, anda bolehmengarahkan pihak bank mengurangkan jumlah hadkredit sebagai alternatif untuk mengelak daripada andaberbelanja melebihi daripada kemampuan anda.

Berhati-hati meminjam duit raya anak-anak

Sesetengah ibu bapa terpaksa menggunakan duit rayaanak untuk menampung keperluan kewangan selepashari raya. Masyarakat seharusnya tidak memandangsinis atau mencemuh mereka ini kerana sekiranyatiada pilihan lain, langkah itu adalah lebih bijak daripadameminjam daripada sumber lain.

Simpanan anak-anak adalah di bawah tanggungjawabibu bapa. Tidak menjadi kesalahan jika ibu bapamenggunakan sumber daripada satu keluarga jikasumber lain sudah kehabisan, asalkan mereka pandaimemastikan kebajikan dan masa depan anak tidakterabai. Namun, penggunaan sumber itu hanya bolehdilakukan sekiranya ada keperluan yang munasabah.

• Senaraikan barang keperluan yang ingindibeli.

• Letakkan dalam bajet jumlah barangan yangdikehendaki.

• Buat penelit ian premis yang hendakdikunjungi untuk lebih berjimat.

• Usah berbelanja ketika perut lapar keranaini mendorong anda berbelanja lebih.

• Beli barang keperluan secukupnya dan elakpembaziran.

• Pastikan barang yang dibeli mempunyai nilaiberpatutan.

• Elak membeli barang diimport sekiranyaterdapat barang buatan tempatan yangmempunyai kualiti yang sama.

• Rekodkan penggunaan wang yangmembabitkan pengaliran wang masuk dankeluar.

• Utamakan pembayaran hutang walaupundalam keadaan terdesak.

• Kurangkan penggunaan telefon bimbit daninternet jika anda mampu lakukan.

• Kurangkan aktiviti riadah bersama-samateman seperti mengunjungi pusat hiburankaraoke atau melepak tanpa tujuan.

• Jimatkan penggunaan tenaga elektrik dan air.

• Simpan sedikit gaji bulanan untuk digunakanapabila memerlukan.

• Tentukan jumlah wang perlu ada setiap bulansebagai simpanan waktu sesak.

TIP: Belanja berhemat:

Tidak menjadi kesalahan jika ibu bapa menggunakansumber daripada satu keluarga jika sumber lain sudahkehabisan, asalkan mereka pandai memastikan kebajikandan masa depan anak tidak terabai.

Page 6: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

6 •

Kebanyakan orang pada masa ini tidak tahumenghargai kepentingan air. Apabila membuka pili air,air sedia ada; apabila ingin menjirus tandas, airsentiasa ada. Oleh sebab itu, ramai orang yangmengambil mudah tentang kepentingan air dan seringmembazirkan air sehingga menyebabkan bekalan airkian berkurangan sehingga mencapai tahap yangmembimbangkan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)mencadangkan bahawa jumlah keperluan air bagisetiap individu ialah 165 liter sehari. Namun begitu,penggunaan air oleh rakyat Malaysia mencatatkansehingga 300 liter sehari, iaitu hampir dua kali gandadaripada yang dicadangkan oleh PBB. Jumlah air yangdigunakan ini dapat menampung keperluan air bagienam orang rakyat Sudan.

Kebanyakan air yang digunakan oleh rakyat Malaysiaadalah untuk membersihkan tandas, mandi, mencucikereta, membasuh pakaian, mencuci lantai, menyirambunga dan sebagainya. Sekiranya penggunaan airsecara berlebihan ini dapat dikurangkan, matlamatuntuk menjimatkan penggunaan air akan tercapai.

United Nations Educational, Scientific and CulturalOrganization (UNESCO) telah meramalkan bahawapada tahun 2025, sebanyak 1,800 juta warga duniaterpaksa hidup dalam keadaan ketiadaan air, malahanhampir dua pertiga daripada penduduk dunia akanmenghadapi masalah kekurangan air.

Mengapa Kita Perlu Menjimatkan Air?

Penjimatan air secara amnya bertujuan untuk:• Wang - Penjimatan air dapat mengurangkan

bayaran bil air bulanan.• Tenaga- Mengurangkan penggunaan tenaga

untuk tujuan rawatan dan pembekalan air kerumah

• Alam sekitar - Mengurangkan pembinaan

JimatkanPenggunaan Air

empangan yang menyebabkan kemusnahan hutandan habitat haiwan. Di samping itu, jumlah tangkiair, loji penapisan air, loji pengedaran air serta lojirawatan air juga dapat dikurangkan secara tidaklangsung. Anda boleh memainkan peranan denganmengelakkan daripada penggunaan air secaraberlebihan kerana ini boleh menyebabkan hakisandan kemerosotan sumber air.

Cara-Cara Untuk Menjimatkan Air

Tandas:• Menutup pili air semasa memberus gigi. Gunakan

cawan untuk mengisikan air ketika berkumur.• Menutup pili air pancuran apabila menyabun

badan.• Mengurangkan masa mandian.• Mencuci lantai tandas dengan menggunakan mop

dan baldi air. Elakkan penggunaan pemercik air.

Dapur:• Membasuh sayur-sayuran dan buah-buahan dalam

singki. Air basuhan tersebut boleh digunakanuntuk menyiram bunga.

• Elakkan mencuci pinggan dengan aliran air yangberterusan. Sebagai ganti, gunakan dua singkiyang mengandungi air. Satu singki digunakanuntuk membasuh dan singki yang kedua untukmembilas.

• Jangan menggunakan aliran air secara berterusanuntuk mengenyahbekukan makanan. Makanantersebut sepatutnya dikeluarkan daripada petisejuk selama semalaman.

Untuk mendapatkan tip-tip penjimatan air yang laindan juga makluman lanjut, sila layari laman sesawangKempen Konsumer Kebangsaan (3K) diwww.kkk.org.my , salah satu kempen anjuranGabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia(FOMCA)

Page 7: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

• 7

Apakah Komponen Utama Pinjaman?

Semua jenis pinjaman, sama ada pinjaman kereta,pinjaman rumah atau pinjaman peribadi, terdiri daripadatiga komponen utama: kadar faedah, cagaran dantempoh.

Kadar Faedah

Kadar faedah ialah caj yang dikenakan oleh pemberipinjaman kerana menggunakan duit mereka. Biasanyakadar faedah ditunjukkan dalam bentuk peratusandaripada jumlah pinjaman dalam setahun. Faedah yangdikenakan berdasarkan pengkompaunan (iaitu faedah-atas-faedah) dan ia boleh terdiri daripadapengkompaunan tahunan / bulanan / harian (satu lagiistilah yang digunakan ialah kiraan atas baki tahunan/ bulanan / harian).

Terdapat dua jenis kadar faedah: tetap atau boleh ubah

Kadar tetap: tetap dan tidak berubah. Jika kadarfaedah tetap anda ialah 6% setahun, ia akan kekal6% setahun sepanjang tempoh pinjaman.

Kadar boleh ubah boleh bertukar mengikut masadan biasanya ditetapkan pada kadar pasaran standard,seperti Kadar Pemberian Pinjaman Asas, BLR (BLRterkini = 6.75%). Sebagai contoh, anda mungkinmengambil pinjaman dengan kadar boleh ubah padaBLR + 1%. Ini bermakna, anda perlu membayartambahan satu peratus kepada BLR atau berjumlah7.75% setahun.

Cagaran

Semua pinjaman adalah sama ada bercagar atau tidakbercagar. Ini merujuk kepada sama ada pemberipinjaman menghendaki anda mencagarkan aset,biasanya dirujuk sebagai cagaran, untuk menjaminpinjaman anda.

Jika anda mempunyai pinjaman bercagar, bermaknapemberi pinjaman anda boleh merampas aset jika andagagal menjelaskan hutang pinjaman. Oleh keranaterdapat cara alternatif pembayaran balik, faedah dalampinjaman bercagar adalah lebih rendah berbandingdengan faedah pinjaman tidak bercagar.

Apabila anda membiayai pembelian kereta andamelalui pinjaman bank, anda sebenarnya adalahpenyewa (bukan pemilik) kereta yang anda pandusehingga anda selesai membayar sepenuhnyapinjaman anda! Begitulah juga dalam kes pinjamanrumah, bank akan memiliki ‘tuntutan pemilikan’terhadap rumah tersebut sehingga anda selesaimembayar sepenuhnya pinjaman rumah.

Dalam pinjaman tidak bercagar, tiada aset yang bolehdirampas oleh bank jika mungkir membayar balikpinjaman. Bersama dengan risiko ini, pinjaman tidakbercagar selalunya mempunyai kadar faedah yang lebihtinggi berbanding dengan pinjaman bercagar. Untukmengurangkan risiko, institusi pemberi pinjamankadangkala menghendaki orang ketigamenandatangani perjanjian bagi pinjaman tidakbercagar atau menjamin jumlah pinjaman.

Tempoh

Tempoh suatu pinjaman ialah jangka masa sipeminjam perlu membayar balik pinjaman. Kebanyakanpinjaman peribadi/kereta mempunyai tempoh tigahingga sembilan tahun, manakala tempoh pinjamanrumah adalah jauh lebih lama dan biasanya bolehmencapai sehingga 30 tahun! Tempoh adalah jangkamasa maksimum untuk si peminjam membayar balikpinjaman mereka; pinjaman boleh dijelaskan sebelumtempoh tamat (tetapi mungkin denda akan dikenakanuntuk penyelesaian awal!)

PrinsipMeminjam

Ramai orang terlebihmemberi komitmen dalamhutang kerana menyangka

bahawa ekonomi akan terusberkembang dan situasi yang

baik akan terus kekal.

Page 8: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

8 •

Apakah Prinsip Asas Meminjam?

Setelah memahami komponen-komponen pinjaman,kita sekarang sudah bersedia untuk mempelajaribeberapa prinsip asas meminjam.

Prinsip 1: Meminjam untuk sesuatu yang andaperlukan – bukan yang anda mahukan.

Sebelum ini, kita sudah membincangkan tentangperbezaan antara Keperluan dan Kehendak, malahdalam situasi meminjam, perbezaan ini amatlah pentinguntuk kita fahami. Anda hanya perlu meminjam untuksuatu yang anda benar-benar perlu tetapi tidakmempunyai duit tunai untuk membayarnya. Sebagaicontoh, untuk membeli rumah, membiayai pendidikanlanjutan anak-anak anda atau membeli sebuah kereta.

Prinsip 2: Meminjam sejumlah duit di dalamkemampuan anda untuk membayar balik.

Ini mungkin logik tetapi malangnya, ia bukan amalanbiasa. Ramai orang terlebih memberi komitmen dalamhutang kerana menyangka bahawa ekonomi akan terusberkembang dan situasi yang baik akan terus kekal.Tidak perlu dikatakan, bila tiba masanya, mereka iniakan menghadapi kesukaran untuk membuat bayaranbalik dan penarikan balik kereta dan harta muladikuatkuasakan. Sebagai contoh, krisis pinjaman yangberlaku di Amerika Syarikat.

Adalah disarankan bahawa seseorang patutmengehadkan jumlah bayaran balik pinjaman kepadakurang daripada 1/3 pendapatan kasarnya.

Prinsip 3: Elakkan daripada meminjam untukmembiayai aset yang susut nilai.

Prinsip ini mungkin tidak disukai oleh sesetengahorang, tetapi ia adalah prinsip yang baik untuk diikuti.Aset yang susut nilai adalah harta yang hilang nilainyamengikut masa, seperti kereta (melainkan anda“melabur” dalam kereta klasik), perabot dan peralatan

rumah. Anda tidak memerlukan seorang pakar ekonomiuntuk memberitahu anda bahawa meminjam denganbunga yang agak tinggi (mungkin setinggi 20% setahununtuk sesetengah barang!) untuk membeli “aset-aset”ini, tidak ekonomik langsung. Barangan ini akan susutnilai dengan cepat sementara pinjaman andaberkurangan dengan agak lambat. Dalam situasi yanganda tidak dapat menjelaskan hutang, barangantersebut akan ditarik balik dan anda mesti menambahnilai yang kurang kerana aset susut nilai anda tidakcukup untuk menjelaskan baki pinjaman.

Prinsip 4: Elakkan Daripada Menjadi Penjamin.

Seorang penjamin bertanggungjawab menjelaskanpinjaman sekiranya peminjam mungkir membayar balikpinjaman atas apa sahaja alasan. Melainkan seorangitu bersedia untuk menunaikan tanggungjawab ini,seorang patut elak daripada menjadi penjamin.

Prinsip 5: Si Peminjam Mempunyai KomitmenMoral dan Mutlak Untuk Membayar Balik.

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang telahmeminjam daripada anda tetapi masih belummembayar balik? Bagaimana anda rasa? Kecewa?Ditipu? Dikhianati? Ya, ia memang bukan satuperasaan yang baik dan anda tidak patut memberisebarang alasan untuk tidak membayar balikhutang apabila anda telah berjanji untukmelakukannya.

Jika anda menghadapi kesukaran untuk membayarbalik, berbincanglah dengan pemberi pinjaman agardapat membuat pelan bayaran balik yang munasabah,tetapi jangan sesekali berdiam diri atau lari. Jika tidak,jangan pinjam!

Kesimpulan

Jika anda perlu pinjam, pinjamlah! Walaubagaimanapun, pastikan anda sudah memahamisecara jelas prinsip-prinsip meminjam sebelummemberi komitmen padanya. Setelah anda meminjam,hakikatnya anda telah membuat komitmen untukmembayar balik dan pastikan diri anda, sebagaiseorang yang bertanggungjawab, menunaikankomitmen tersebut pada setiap masa.

Artikel ini adalah sumbangan dari Agensi Kaunseling danPengurusan Kredit (AKPK). AKPK merupakan sebuah agensiyang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2006, danmereka menawarkan perkhidmatan dari segi pendidikankewangan, kaunseling kewangan dan program pengurusankredit. Hubungi AKPK melalui 1-800-88-2575 atau layari lamanweb www.akpk.org.my. AKPK turut berada diwww.youtube.com, www.facebook.com dan juga diwww.twitter.com/AKPK1. Perkhidmatan AKPK kepada individuadalah percuma.

Jika anda menghadapikesukaran untukmembayar balik,berbincanglah denganpemberi pinjaman.

Page 9: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

• 9

InsuransHayat

Apakah insurans hayat?

Dalam insurans hayat, sebilangan besar orang(dipanggil pemegang polisi) membayar sejumlah wang(premium) ke dalam suatu dana yang diurus olehsyarikat insurans. Apabila seseorang di dalamkumpulan itu ditimpa kesusahan, dia akan diberisejumlah wang daripada dana tersebut untukmembantu meringankan kesusahannya.

Bagaimanakah saya membeli polisiinsurans hayat?

Anda boleh memilih untuk membeli polisi insuranshayat daripada institusi kewangan seperti bank yangmempunyai urusan bankasurans dengan syarikatinsurans, melalui broker insurans atau ejen insuranshayat. Sekiranya anda membuat keputusan untukmembeli polisi insurans melalui ejen, sebelumberurusan dengan ejen, anda hendaklah berpuas hatidengan reputasi dan kelayakan ejen tersebut. Semuaejen yang menjual insurans hayat adalah berdaftardengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia [LifeInsurance Association of Malaysia (LIAM)], dandimestikan lulus peperiksaan yang dikendalikan olehInstitut Insurans Malaysia. Apabila berurusan denganejen, pastikan anda meminta untuk melihat kad kuasabeliau yang dikeluarkan oleh LIAM .

Kontrak polisi

Apabila anda membeli polisi insurans hayat, wujudkontrak antara anda dengan syarikat insurans. Andabersetuju untuk membayar premium bagi tempohtertentu dan, sebagai balasan, syarikat insurans akanmembayar kepada penama atau estet anda sejumlahwang disebabkan kematian anda. Sekiranya andamengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal atausebarang situasi yang ditetapkan, bayaran akan dibuatkepada anda. Dalam kes hilang upaya menyeluruhdan kekal, wang itu biasanya dibayar secara ansuran.

Anda mestilah sentiasa membaca cetakan halus didalam kontrak dan memahami had-had atau klausapengecualiannya.

Mengapakah saya perlu membeliinsurans hayat?

Anda mungkin ingin membeli polisi insurans hayat atassebab-sebab berikut:• Memastikan agar keluarga terdekat anda

mempunyai wang tunai dan pendapatan selepaskematian anda agar mudah bagi mereka untukmembayar bil, cukai dan tanggungan-tanggunganlain.

• Supaya keluarga terdekat anda dapat terusmengekalkan taraf hidup mereka selepaskematian anda.

• Agar anak anda mempunyai wang untukpendidikannya.

• Supaya anda mempunyai pelan tabungan untukmasa hadapan agar apabila bersara, anda akanmempunyai punca pendapatan berterusan.

• Agar anda mempunyai pendapatan sampinganapabila pendapatan anda berkurangan akibatpenyakit yang serius atau kemalangan.

Walau apapun sebabnya, anda perlu berhati-hatiapabila memilih polisi agar bersesuaian dengankeperluan anda. Ambillah masa untuk berbincangdengan syarikat insurans atau ejen tentang polisi yangingin anda beli.

Pelepasan cukai pendapatan

Anda boleh menuntut pelepasan cukai terhadappremium yang anda bayar, tertakluk kepada terma dansyarat tertentu. Bagi polisi hayat biasa, amaunmaksimum pelepasan ialah RM6,000 termasuk apa-apa sumbangan yang anda buat kepada skim manfaatpersaraan yang diluluskan, seperti Kumpulan Wang

Anda hendaklahmemahami skopperlindungan yangdiberikan di bawahpolisi, terma dan syaratserta pelbagai kosperlindungan insurans.

Page 10: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

10 •

Simpanan Pekerja atau skim-skim pencen yang lain.Bagi polisi perubatan atau pendidikan, pelepasancukainya ialah RM3,000 setahun.

Apakah polisi yang patut saya beli?

Anda mestilah memilih jenis polisi yang paling sesuaidengan kedudukan diri anda. Sekiranya anda masihmuda dan ingin memastikan pasangan dan anak andaakan terbela jika anda tiba-tiba meninggal dunia,insurans bertempoh adalah paling sesuai. Sekiranyaanda telah berumur dan mempunyai keluarga yanglebih mantap, jenis premium tetap dan polisi yangmengumpul nilai tunai adalah lebih sesuai. Andahendaklah memahami skop perlindungan yangdiberikan di bawah polisi, terma dan syarat sertapelbagai kos perlindungan insurans. Anda juga harusmengetahui apa akan terjadi sekiranya anda inginberalih daripada satu syarikat insurans kepada syarikatinsurans yang lain, atau sekiranya anda ingin berpindahdaripada satu jenis polisi kepada polisi lain.

Kepentingan pendedahan

Anda mestilah memberikan semua fakta dalam borangpermohonan anda sepenuhnya dan secara jujur.Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonanuntuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalamborang tersebut dengan telit i sebelum andamenandatangani borang berkenaan. Jika tidak, polisiinsurans hayat anda mungkin boleh terbatal.

Perkara yang perlu diingati

• Buatlah catatan tentang tarikh premium yang perludibayar. Sekiranya premium tidak dibayarmengikut tarikhnya, polisi insurans hayat andamungkin akan luput.

• Pastikan anda sentiasa meminta resit sebagaibukti bayaran. Ini akan membantu penyiasatansekiranya ejen anda gagal menyampaikanpremium itu kepada syarikat insurans.

• Pastikan umur anda yang tercatat di dalam borangpermohonan adalah tepat. Sekiranya berlakukematian dan umur anda tidak dinyatakan denganbetul, syarikat insurans hayat akan hanyamembayar amaun yang berpatutan dengan jumlahpremium yang telah dibayar untuk umur yangbetul.

• Sentiasalah menyemak semula keperluaninsurans anda untuk memastikan keperluan itudilindungi secukupnya oleh polisi yang sedia ada

• Dokumen polisi adalah dokuman yang sah di sisiundang-undang, maka ia hendaklah disimpandengan selamat sehinggalah wang polisi insuranshayat diterima daripada syarikat insurans.

• Salinkan maklumat asas seperti nama syarikatinsurans, jenis polisi, nombor polisi serta nama

penama dan simpan maklumat tersebut di tempatselamat.

• Sekiranya anda mempunyai kemusykilanmengenai polisi insurans hayat anda, andadigalakkan untuk bertanya kepada syarikatinsurans hayat anda.

Bagaimana hendak membuat aduandan apakah saluran penyelesaian yangada• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk

atau perkhidmatan syarikat insurans anda atauanda tidak berpuas hati dengan penolakan atautawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklahterlebih dahulu cuba menyelesaikan aduantersebut dengan unit aduan syarikat insuransberkenaan.

• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengankeputusan yang dibuat, anda boleh menulis samaada kepada Biro Pengantaraan Kewangan(Financial Mediation Bureau atau FMB) atau BankNegara Malaysia yang akan mengendalikan aduananda secara percuma. Anda boleh merujukkepada pegawai di unit aduan syarikat insuransyang berkaitan tentang saluran yang betul untukmengendalikan aduan anda.

• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduankepada FMB, aduan itu hendaklah dikemukakandalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusanmuktamad syarikat insurans. FMBmengendalikan pertikaian antara anda (sama adaindividu atau syarikat) dengan syarikat insuransnyaatau syarikat insurans pihak ketiga.

• FMB merupakan sebuah organisasi bebas yangmenyediakan saluran yang cepat, mudah dancekap sebagai alternatif kepada mahkamah.

• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikanpertikaian yang melibatkan polisi produk insurans,isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yangtelah atau sedang dirujuk di mahkamah.

• Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalahterhad kepada:-o RM200,000 bagi polisi insurans motor dan

kebakaran.o RM100,000 bagi polisi insurans yang lain.o RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak

ketiga.• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB,

anda boleh mengemukakan aduan tersebutkepada Bank Negara Malaysia.

Maklumat terperinci tentang cara membuat aduanboleh didapati dalam buku kecil bertajuk “Asas-asasInsurans dan Takaful” atau dengan mengakses lamansesawang www.insuranceinfo.com.my atau lamansesawang FMB di www.fmb.org.my.

Sumber : Bank Negara Malaysia

Page 11: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

• 11

Di manakah saya boleh membuka akaun semasa?Anda boleh membuka akaun semasa di mana-manabank perdagangan atau bank Islam.

Bolehkah saya menulis cek tarikh hadapan?

Amalan mengeluarkan cek tarikh hadapan adalah tidakdigalakkan. Ini adalah untuk mengelakkan insiden cektersebut dikembalikan akibat kekurangan dana danpengenaan caj penalti.

Sekiranya cek ditulis untuk dibayar kepadasebuah syarikat, contohnya ABC Sdn Bhd,bolehkah “pembawa” cek tersebutmenunaikannya di kaunter?

Tidak. Umumnya bank akan meminta andamendepositkan cek tersebut ke dalam akaun ABC SdnBhd untuk mengurangkan insiden penipuan.

Berapa lamakah tempoh sah laku sesuatu cek?

Lazimnya, tempoh laku sesuatu cek adalah 6 bulandari tarikh cek tersebut. Selepas tempoh tersebut, cekberkenaan dianggap sebagai “cek luput”. Andadinasihatkan supaya mengemukakan cek untukpembayaran dalam tempoh yang sewajarnya dari tarikhcek tersebut dikeluarkan bagi mengelakkan daripadacek dikembalikan kerana ketidakcukupan dana di dalamakaun ataupun menjadi cek luput. Anda jugadinasihatkan supaya mendapatkan cek ganti apabilatempoh laku cek tersebut telah berakhir. Walaubagaimanapun, mungkin wujud situasi yang manapihak yang mengeluarkan cek menghadkan tempohlaku cek kepada kurang daripada 6 bulan. Dalam halini, tempoh laku cek tersebut akan dicetak denganjelas pada muka cek.

Apa yang harus saya lakukan sekiranya sayaingin menutup akaun saya?

Berikan arahan bertulis kepada bank anda untukmenutup akaun tersebut dan kembalikan semua cekyang belum digunakan kepada pihak bank untukpembatalan. Di samping itu, sekiranya anda telahmengeluarkan cek tetapi masih belum dijelaskan, andahendaklah mendapatkan semula cek tersebut.

Bolehkah pelanggan meminda maklumat padacek?

Bagi menjamin kepentingan pemegang akaun danmengurangkan kemungkinan berlakunya penipuan,sebarang pindaan pada cek tidak dibenarkan.Sekiranya cek dipinda, ia tidak akan diterima.

Apakah yang dimaksudkan dengan cek jurubank?

Cek jurubank adalah cek yang dikeluarkan oleh bank.

Ini bermakna pembayaran ke atas cek tersebut dijaminoleh pihak bank. Cek ini biasa digunakan apabilapembayaran perlu dijamin, contohnya, pembayaranbagi pembelian yang besar seperti kereta atau rumah.

Siapakah yang bertanggungjawab menolak ceksaya?Bank pembayar bertanggungjawab menentukan samaada pembayaran patut dibuat kepada anda.

Apakah yang perlu saya buat sekiranya sayamendapati beberapa keping cek telah hilangdaripada buku cek saya?Anda perlu melaporkan perkara tersebut dengan segerakepada bank anda dan meminta mereka menghentikanpembayaran terhadap cek-cek tersebut.

Apakah tempoh penyelesaian?Tempoh penyelesaian merujuk kepada tempoh yangdiambil bermula dari tarikh cek tersebut didepositkansemasa waktu perbankan sehingga dana dikreditkanke dalam akaun penerima.

Mengapa bank mengenakan caj ke ataspelanggan bagi penunaian cek akaun penerima?Untuk mengurangkan risiko kerugian akibat kejadianrompakan, kecurian dan penipuan yang melibatkancek terbuka, bank telah mengeluarkan cek pracetakakaun penerima. Namun demikian, sesetengah bankmungkin membenarkan pemegang akaun danpenerima menunaikan cek akaun penerima melaluikaunter. Fi akan dikenakan kepada penerima ataupengeluar cek, bergantung kepada amalan bankberkenaan. Oleh itu, sekiranya pembayaran tunaimerupakan kaedah pembayaran yang diutamakan olehpenerima, anda harus mempertimbangkan carapembayaran lain, contohnya melalui internet, mesinATM, perbankan telefon atau perkhidmatan InterbankGIRO yang mana kaedah tersebut lebih terjamin dankos efektif.

Adakah bank mempunyai hak untuk memintasaya menutup akaun dengan mereka?

Anda patut mendapatkan penjelasan daripada bankanda berhubung tindakan mereka. Walaubagaimanapun, bank mempunyai hak untuk menutupsesuatu akaun yang tidak dikendalikan denganmemuaskan/ tidak aktif. Di samping itu, pengendalianakaun tersebut mestilah mematuhi peruntukan undang-undang seperti Akta Pencegahan Pengubahan WangHaram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001(AML/CFT).

Soalan Lazim Akaun Semasa

Page 12: Ringgit Ed6 Draft5.PM6

12 •

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Bolehkah isteri saya mengurus akaun semasasaya semasa saya berada di luar negara?

Ya, sekiranya anda mengeluarkan mandat kepadabank anda dan pihak bank meluluskannya. Dalambeberapa keadaan, hanya pelantikan untuk jangkapendek dibenarkan, contohnya, kurang daripada 6bulan.

Mandat tersebut mestilah menyatakan dengan jelas:• Identiti orang yang diberi mandat• Sebab-sebab dan keadaan-keadaan mandat

tersebut• Tempoh berkuat kuasa dan had mandat yang

dibenarkan

Apakah Dokumen Pemulangan Imej (ImageReturn Document, IRD)? Apakah yang perlusaya lakukan sekiranya menerima IRD setelahmendepositkan cek di bank?Dokumen Pemulangan Imej (IRD) adalah dokumenyang sah bagi menggantikan cek dikembalikan olehbank pemungut bagi cek yang tidak dijelaskan di atassebab-sebab selain dari masalah teknikal. Sebagaicontoh, sekiranya penyuruh bayar tidak mempunyaidana yang mencukupi di dalam akaunnya, pihak bankpenerima akan mengeluarkan satu notis (IRD) kepadapenerima cek. Dalam hal ini, penerima cek bolehmenggunakan IRD untuk didepositkan semula bagimemperolehi dana daripada cek tersebut.

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya IRDsaya hilang?

IRD ialah pengganti bagi cek tak laku dan kehilanganIRD akan dianggap sebagai kehilangan cek. Penerimacek perlu memohon cek yang lain daripada pembayarcek dalam keadaan seperti ini. Penerima cek pula perlumengeluarkan arahan ‘Pemberhentian Cek’ bagi IRDyang hilang.

Sekiranya saya menerima cek dalam denominasimata wang asing, apakah caj yang akandikenakan ke atas saya dan berapa lama masayang diperlukan untuk saya mendapat wang?

Caj yang biasa dikenakan sekiranya anda mendepositcek dalam denominasi mata wang asing termasukkomisen, duti setem, caj ejen, caj bank pesuruh bayar,caj penghantaran dan caj pengendalian. Sesetengahcaj dikenakan oleh bank luar negara (ejen / bank wakil)yang terlibat dalam penjelasan cek asing. Fi yangdikenakan mungkin berbeza di antara sebuah bankdengan bank yang lain. Anda disarankan supayamenyemak dengan bank anda.

Tempoh penjelasan cek adalah di antara satu mingguhingga satu bulan atau lebih bergantung kepada jenismata wang dan dari negara mana cek tersebutdikeluarkan serta undang-undang lazim negara bankpembayar. Biasanya, bank penerima akanmenggunakan khidmat ejen atau bank wakil untukmenjelaskan cek tersebut.

Sumber : Bank Negara Malaysia