Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

12

Transcript of Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

Page 1: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my
Page 2: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

2 •

SidangRedaksi

Penipuan kewangan adalah perbuatanjenayah dan satu pelanggaran undang-undang sivil. Menurut definisi, penipuankewangan adalah tindakan penipuanyang melibatkan urus niaga kewangandengan tujuan untuk mendapatkankeuntungan peribadi.

Pihak yang menipu pada kebiasaannyaakan menggunakan berbagai jenisskim, iaitu modus operandinya sentiasaberubah-ubah untuk memperdaya sertamengelirukan orang ramai. Merekaseringkali akan menyamar sebagaipegawai kerajaan, pegawaipenguatkuasa seperti polis, pegawaibank dan juga pegawai daripada BankNegara Malaysia untuk menipumangsa. Mereka akan memintamangsa, sama ada mendedahkanmaklumat perbankan peribadi ataumengarahkan mangsa supayamengeluarkan wang daripada akaun

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

masing-masing dan dipindahkan keakaun pihak ketiga dengan alasanuntuk memastikan wang tersebutselamat. Pihak yang menipu seringmenghubungi mangsa melaluipanggilan telefon, e-mel atau SMS bagitujuan di atas.

‘Phishing’ atau kegiatan mencurimaklumat merupakan satu bentukpenipuan dan ia bukanlah bertujuanuntuk menembusi sistem bank, tetapiingin mendapat akses kepada akaunmilik pelanggan. Kebiasaannya, pihakyang menipu akan mengambilkesempatan ke atas pelanggan yangmasih kurang mengetahui tentangkeselamatan di Internet.

Bagi memastikan pelanggan sentiasapeka mengenai keselamatan di Internetsebelum menjalankan sesuatutransaksi kewangan, pihak bank yang

JANGAN JADIMANGSA!

Berhati-hati dengan penipuan kewanganmelalui telefon, e-mel dan SMS

Page 3: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

• 3

menyediakan kemudahan perbankan Internet akansentiasa memberi peringatan berhubung peraturanserta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambiloleh pelanggan.

Antaranya, mengingatkan pelanggan supayamemastikan mereka mengakses laman sesawangperbankan yang betul. Ini boleh dilakukan denganmenaip secara manual alamat laman sesawangperbankan internet yang ingin diakses dan tidakmengakses laman sesawang berkenaan melaluipautan e-mel. Pelanggan dinasihatkan supaya tidakmengabaikan peraturan yang diberikan oleh pihak bankwalaupun peraturan tersebut kadangkala nampak agakpanjang untuk dibaca.

Jangan dedahkan maklumat keselamatankewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apajua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan

telefon, e-mel atau SMS yang tidak diundang. Lindungidiri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidakdiundang yang menghubungi anda.

Peraturan penting yang harus diingati oleh pelangganialah pihak bank, termasuk Bank Negara Malaysia,tidak sekali-kali akan menghubungi pelangganuntuk meminta maklumat keselamatan seperti katalaluan, nombor pin atau nombor keselamatan (cardverification code (CVC)) melalui panggilan telefon, SMSatau e-mel dalam apa jua keadaan sekali pun.Pelanggan juga perlu lebih berwaspada dan berasacuriga terutamanya terhadap sebarang permintaanuntuk memindahkan wang dari akaun mereka keakaun lain yang tidak dikenali dalam apa jua keadaan.Jika anda telah menerima permintaan seperti ini,JANGAN mengendahkannya.

Selain itu, pelanggan yang menggunakan perkhidmatanperbankan internet dinasihatkan supaya mengemaskini perisian keselamatan sendiri dan sistemantivirus. Pihak bank sentiasa membuat pengawasanselama 24 jam dan sentiasa berada dalam keadaanberjaga-jaga kerana percubaan ‘phishing’ atau mencurimaklumat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Untuk menghantar pertanyaan melaluiperkhidmatan SMS, sila taip:BNM TANYA [pertanyaan/aduan anda] danhantar kepada 15888(Penghantar akan dikenakan caj oleh penyediaperkhidmatan telekomunikasi sebanyakRM0.15 bagi menghantar mesej dan RM0.20untuk menerima mesej)

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut,sila hubungi Bank Negara Malaysia di:BNMTELELINK(Pusat Perhubungan Pelanggan)Tel : 1-300-88-5465Faks : 03-2174 1515E-mel : [email protected](Waktu urusan: Isnin – Jumaat,9:00 pagi – 5:00 petang)

Untuk maklumat lanjut, layari:http://fraudalert.bnm.gov.myhttp://facebook.com/bnm.official

Sumber: Bank Negara Malaysia

Kebiasaannya, pihak yangmenipu akan mengambilkesempatan ke ataspelanggan yang masihkurang mengetahui tentangkeselamatan di Internet.

Page 4: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

4 •

Jika anda mengetahui langkah-langkah untukmenguruskan kewangan anda dengan berkesan,sudah tentu anda akan berjaya dalam kehidupan anda.

Setiap daripada kita sentiasa akan berhadapanpelbagai persoalan mengenai isu-isu kewangan. Diantara isu-isu kewangan yang sering dibincangkansejak masa dahulu, sekarang atau pada masa akandatang adalah seperti berikut:-

• Mampukah saya membaiki rumah?• Terdapat promosi yang hebat mengenai kad

kredit syarikat itu, haruskah saya memohonsatu lagi kad kredit?

• Apakah pelaburan yang selamat danmenawarkan pulangan yang paling tinggi?

• Berapakah jumlah perlindungan insurans yangcukup bagi saya?

• Cukupkah wang dalam simpanan untukmembiayai majlis perkahwinan saya?

• Jika anak saya ditawarkan ke universitiswasta, cukupkah tabungan untukmembiayai pendidikan beliau?

• Apakah jenis rumah yang harus saya beli?Adakah rumah yang mahal tetapi pada masaakan datang boleh dijual dengan harga yangtinggi atau sekadar rumah yang murah?

• Wang saya dalam KWSP, adakah cukupuntuk persaraan saya?

• Adakah sudah sampai masanya saya“upgrade” dan membeli kereta baru?

• Wang di dalam bank, cukupkah untuksebarang kecemasan terhadap diri ataukeluarga saya?

Soalan-soalan di atas merupakan soalan-soalan yangberhubung kait dengan kewangan peribadi.Perancangan kewangan peribadi adalah proses andauntuk menyediakan dan melaksanakan satu pelanyang menyeluruh dan bersepadu untuk mencapaimatlamat kewangan anda, meningkatkan

kesejahteraan kewangan anda untuk menghadapisebarang kecemasan bagi diri dan keluarga anda.

Matlamat utama dalam perancangan kewangan andaadalah untuk mencapai matlamat berikut:-

• Membeli rumah pertama anda, ataupersediaan untuk membeli rumah yang lebihbesar.

• Membeli kereta yang anda idamkan.• Menghantar anak anda untuk pendidikan di

universiti.• Persediaan untuk persaraan.• Mengendalikan majlis perkahwinan bagi diri

atau anak anda.

Pengguna yang bijak menguruskan kewanganseringkali dikaitkan dengan manfaat sosial danpsikologi. Biasanya, mereka kurang merasakantekanan dan mempunyai perhubungan yang positifdengan ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja.

Masalah kewangan boleh menjadi faktor konflikkeluarga yang paling utama sekiranya tidak diatasi.Pengurusan kewangan yang baik juga akan melahirkanrasa keyakinan yang tinggi dan penghargaan kendiriyang positif.

Terdapat lima langkah ke arah perancangan kewanganperibadi. Walaupun anda mengikuti langkah ini, andaharus sedar bahawa pelan ini bukannya sesuatu yangmuktamad, malah anda harus sentiasa memperbaikipelan tersebut sepanjang hayat anda. Situasi dalamanseperti kesihatan atau keluarga serta faktor luaranseperti inflasi, pekerjaan atau faedah pinjaman sentiasaberubah. Hal ini akan memberi kesan terhadapperancangan kewangan anda.

Tindakan AndaDalamPerancanganKewanganPeribadi

Page 5: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

• 5

Pertama: Menganalisis situasikewangan masa kini anda.

• Pada hujung bulan ramai akan bertanya, kemanakah wang saya dibelanjakan? Ramaiakan menghadapi masalah untuk membayarhutang dan bil-bil. Maka sebelum andamerancang, anda harus mengetahui denganjelas dari mana wang anda datang dan kemana ia dibelanjakan.

• Anda perlu mengawasi dengan telit iperbelanjaan anda dan merekodkan secarabertulis ke manakah anda menghabiskanwang anda.

Kedua: Menyediakan matlamat jangkapendek dan jangka panjang anda

• Setiap individu mempunyai persepsi tersendiriterhadap makna “kejayaan” bagi diri mereka.Bagi sesetengah orang, membeli keretamewah adalah satu kejayaan. Bagi yang lain,apabila mereka berjaya memperoleh Sarjana,ataupun apabila anaknya berjaya menjawatjawatan sebagai seorang doktor.

• Walau apapun takrif kejayaan anda, makaanda perlu menyatakan dengan jelas sertaspesifik matlamat dan keutamaan anda.

• Proses ini memerlukan anda berfikir secaramendalam tentang apakah yang menjadiperkara penting bagi anda.

Ketiga: Mengenal pasti dan MenilaiStrategi untuk Mencapai Matlamatanda

• Bagi mencapai matlamat jangka panjang ataujangka pendek, anda perlu mengurangkanperbelanjaan dan meningkatkan tabungan.Untuk mencapai matlamat anda, anda harusmengenal pasti pelbagai strategi dan menilaisetiap strategi tersebut denganmembandingkan manfaat dan kos setiapalternatif. Dengan itu, anda akan memilihstrategi yang paling cekap dan berkesan.

Keempat: Melaksanakan Strategiyang anda Pilih untuk MencapaiMatlamat.

• Strategi anda mesti dibahagikan kepadatindakan-tindakan yang konkrit sepertimemperuntukkan 10% daripada pendapatanuntuk tabungan untuk tujuan menghadapisebarang kecemasan, peruntukan untukmembeli produk yang mahal sepertipendidikan anak dan persaraan.

• Anda mesti berusaha untuk melaksanakanstrategi anda.

Kelima: Menilai dan MembaikiPerancangan Anda dari semasa kesemasa

• Banyak perubahan berlaku sepanjang hayatanda. Perubahan ini adalah perubahan yangboleh dijangkakan seperti hasrat bertukarkereta atau berkahwin dan juga perubahanyang tidak dapat dijangkakan sepertikesihatan atau kemalangan. Perubahanluaran juga boleh berlaku seperti kehilanganpekerjaan disebabkan kemasukan tenagapekerja asing, kenaikan kadar bungapinjaman perumahan atau kenaikan hargabarangan yang tidak dijangkakan.

• Oleh itu, anda mesti mengambil kiraperubahan-perubahan ini dan menyesuaikanperancangan anda untuk menangani keadaanbaru ini. Perubahan ini mungkin merupakanancaman atau peluang bagi anda untukbertindak dengan segera untuk menghadapiperubahan tersebut.

Akhirnya, adalah penting untuk sentiasa meningkatkanpengetahuan anda tentang kewangan peribadi samaada melalui pembacaan buku atau menghadiri seminaratau program latihan. Tidak dapat dinafikan bahawaterdapat isu-isu yang rumit dalam menguruskankewangan. Namun anda hendaklah menyediakan diriuntuk isu-isu tersebut dengan berusaha untukmeningkatkan pengetahuan dan kemahiran anda.

“..anda mesti mengambilkiraperubahan-perubahan ini danmenyesuaikan perancangananda untuk menanganikeadaan”

Page 6: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

6 •

Kereta anda mungkin merupakan aset yang sangatberharga selepas rumah anda. Berikut ialah beberapaperkara yang perlu anda ketahui semasa membeli polisiinsurans motor untuk kenderaan anda.

Jenis Insurans Kereta

Siapa dan apa yang dilindungi akan bergantung padajenis insurans kereta yang anda beli.

Pihak yang terlibat ialah anda sebagai pihak pertama,syarikat insurans sebagai pihak kedua dan orang lainyang terlibat dalam kemalangan sebagai pihak ketiga.

Pengecualian – Polisi insurans kereta komprehensifyang standard TIDAK melindungi:-

PolisiKeretaPersendirian

• Kematian atau kecederaan diri anda sendiri;• Liabiliti terhadap tuntutan daripada

penumpang kenderaan anda;• Kecurian aksesori kenderaan yang tidak dipasang

di kilang (pemain cakera padat, kerusi kulit, rimsport dan sebagainya) kecuali aksesori tersebuttelah dinyatakan dalam Jadual polisi kontrak;

• Kerugian turutan, susut nilai, haus dan lusuh,kerosakan elektrik atau kegagalan mekanikal ataupecah; dan

• Kerugian/kerosakan akibat bencana alam sepertibanjir, tanah runtuh.

Sila rujuk kontrak polisi anda untuk mengetahui senaraipenuh pengecualian polisi.

Page 7: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

• 7

Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premiumtambahan untuk melindungi sebahagian daripadapengecualian di atas seperti banjir, tanah runtuh atauliabiliti anda terhadap tuntutan daripada penumpangkenderaan anda (penumpang yang merupakan ahlikeluarga terdekat anda tidak akan dilindungi).

Kajian kes: Tuntutan kecederaan Ahmad dankakaknya tidak dibayar

Ahmad membeli polisi insurans keretakomprehensif dan membayar premiumtambahan untuk liabilit i perlindunganpenumpang. Beberapa bulan kemudian,semasa Ahmad memandu bersama-samakakaknya Aida pergi ke bandar, kereta tersebutterbabas dan melanggar sebatang pokok.Ahmad dan Aida telah mengalami kecederaan.

Polisi insurans tersebut hanya membayar kosmembaiki kenderaan Ahmad dan bukantuntutan kecederaan pada diri Ahmad keranapolisi tersebut tidak melindungi kematian ataukecederaan individu yang membeli polisiinsurans ini. Walaupun Ahmad mempunyailiabiliti perlindungan penumpang, tuntutankecederaan pada diri Aida tidak dibayar keranadia merupakan salah seorang ahli keluargaterdekat Ahmad.

Apakah yang perlu anda tahu apabilamembeli insurans kereta?

Tanggungjawab Pengisytiharan Maklumat

Apabila menginsuranskan kereta anda, anda perlumendedahkan semua fakta material (material facts)kepada syarikat insurans seperti kemalangan yangtelah dialami atau pengubahsuaian enjin. Sekiranyaanda gagal berbuat demikian, syarikat insuransmungkin akan menolak tuntutan anda atau sebarangtuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda.Dalam kes sedemikian, anda sendiri bertanggungjawabterhadap tuntutan tersebut.

Polisi Nilai Pasaran atau Nilai Disetujui

Insurans motor komprehensif boleh melindungi andadaripada kerugian kemalangan dan kehilangan keretasehingga nilai berikut:-• Nilai Pasaran – nilai kereta anda sebelum berlaku

kemalangan; atau• Nilai Disetujui – nilai kereta yang dipersetujui

oleh anda dan syarikat insurans anda padapermulaan kontrak dan pada setiap kalipembaharuan insurans motor.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Pasaran:-

Anda perlu memastikan kereta anda diinsuranskandengan sewajarnya kerana ia akan memberikan kesanpada jumlah yang boleh anda tuntut sekiranya anda

mengalami kerugian. Bagi kereta baharu, jumlah yangdiinsuranskan kebiasaannya mengikut harga belian.Bagi kereta lain, jumlah yang diinsuranskan perluberdasarkan nilai pasaran kenderaan semasa polisidibeli.• Insurans terkurang: j ika jumlah yang

diinsuranskan adalah lebih rendah daripada nilaipasaran, perbezaan tersebut dianggap sebagaiditanggung oleh anda sendiri. Sekiranya berlakukerugian, anda hanya akan mendapat sebahagiandaripada pampasan.

• Insurans berlebihan: j ika jumlah yangdiinsuranskan adalah lebih tinggi daripada nilaipasaran, pampasan maksimum yang anda akanterima ialah nilai pasaran kenderaan tersebut.Anda tidak boleh mendapat keuntungan daripadatuntutan insurans (prinsip indemniti)

Oleh itu, kereta anda perlu diinsuranskan pada nilaipasaran semasa bagi mengelakkan daripada insuransterkurang atau insurans berlebihan.

Mulai 1 Ogos 2011, syarikat insurans (dan jugapengendali takaful) atau ejen insurans dikehendakimenasihati anda mengenai nilai pasaran semasakereta sebelum anda membeli atau memperbaharuiperlindungan insurans motor.• Nasihat mengenai nilai pasaran semasa

hendaklah berdasarkan Sistem ISM AutomobileBusiness Intelligence (sistem ISM-ABI) ataumana-mana pangkalan data penilaian kenderaanlain yang berwibawa.

• Nilai pasaran semasa kereta anda akandinyatakan dalam notis pembaharuan atau helaianpenzahiran produk (product disclosure sheet)yang dikeluarkan kepada anda sebelum andamembeli polisi tersebut.

• Nasihat akan diberikan tanpa sebarang bayarantambahan.

• Jika anda bersetuju untuk menginsuranskan padanilai yang dicadangkan oleh syarikat insurans,anda tidak akan menerima jumlah pampasan yanglebih rendah disebabkan oleh insurans terkurang.

• Bagi memastikan keseragaman nilai pasarankereta anda ketika insurans diambil adalahselaras dengan nilai pasaran kereta tersebutketika tuntutan dibuat, syarikat insurans andaseharusnya merujuk kepada pangkalan data yangsama untuk menentukan nilai pasaran keretaanda.

Sekiranya polisi anda berdasarkan Nilai Disetujui:

Anda dan syarikat insurans bersetuju dengan nilaikereta pada permulaan kontrak dan pada setiap kalipembaharuan insurans. Jika kereta anda mengalamikerosakan menyeluruh atau dicuri, syarikat insuransakan membayar penuh jumlah yang diinsuranskan.Beberapa buah syarikat insurans ada menawarkanpolisi nilai disetujui kepada pelanggan mereka.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Page 8: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

8 •

Pengeluaran Pelaburan Simpanan Ahli dilancarkanbagi membantu ahli meningkatkan simpanan persaraanmereka. Pengeluaran ini membolehkan ahlimelaburkan sendiri sebahagian daripada simpananmereka dalam Akaun 1 melalui Institusi PengurusanDana (IPD) yang diluluskan oleh KementerianKewangan.

KWSP memperkenalkan konsep Simpanan Asas dibawah inisiatif Bukan Hanya Simpanan untuk ahlimemperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnyaRM120,000 apabila mereka mencapai usia 55 tahun.Simpanan Asas ini akan menentukan seberapa banyakanda boleh melabur menerusi pengeluaran ini.

Apakah Simpanan Asas?

Simpanan Asas ialah sejumlah simpanan dalam Akaun1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkanahli memperoleh simpanan minimum RM120,000ketika mencapai umur 55 tahun. Amaun simpanan asasdikira berdasarkan ahli menerima bayaran sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan untuk tempoh 20 tahunsehingga ahli berumur 75 tahun iaitu purata jangkahayat rakyat Malaysia.

Adakah jumlah simpanan asas bagisetiap ahli adalah berbeza?

Ya, jumlah simpanan asas bagi setiap ahli adalahberbeza mengikut peringkat umur mereka. Inibermakna ahli yang lebih tua perlu sentiasamengekalkan jumlah Simpanan Asas yang lebih tinggiberbanding ahli yang lebih muda. Sila rujuk jadual dibawah.

BagaimanaUntukMemohonPengeluaranPelaburanKWSP?

Berapakah jumlah yang bolehdilaburkan dan sekerap manakah sayaboleh melabur?

Jumlah minimum yang boleh dilaburkan mestilah tidakkurang daripada RM1,000 dan tidak melebihi 20 peratusdaripada jumlah simpanan yang melebihi simpananasas di dalam Akaun I. Pengeluaran pelaburan bolehdibuat setiap tiga bulan sekali dengan pengeluaranminimum sebanyak RM1,000 tertakluk kepada jumlahsimpanan yang mencukupi.

Jadual: Jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1

UMUR SIMPANAN UMUR SIMPANAN(TAHUN) ASAS (RM) (TAHUN) ASAS (RM)

18 1,000 37 34,00019 2,000 38 37,00020 3,000 39 41,00021 4,000 40 44,00022 5,000 41 48,00023 7,000 42 51,00024 8,000 43 55,00025 9,000 44 59,00026 11,000 45 64,00027 12,000 46 68,00028 14,000 47 73,00029 16,000 48 78,00030 18,000 49 84,00031 20,000 50 90,00032 22,000 51 96,00033 24,000 52 102,00034 26,000 53 109,00035 29,000 54 116,00036 32,000 55 120,000

Page 9: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

• 9

“Jumlah minimum yangboleh dilaburkan mestilahtidak kurang daripadaRM1,000 dan tidakmelebihi 20 peratusdaripada jumlah simpananyang melebihi simpananasas Akaun 1”

Apakah produk yang boleh dilaburkandi bawah pengeluaran pelaburan?

Anda boleh memilih untuk melabur dengan unit sahamamanah atau syarikat pengurusan aset yang diluluskanoleh Panel Pelaburan KWSP.

Di manakah saya boleh mendapatkansenarai terkini pengurus dana luaranyang dilantik?

Anda boleh mendapatkan senarai terkini pengurusdana luaran di pejabat KWSP yang berdekatan ataumelayari laman sesawang myEpf www.kwsp.gov.my

Bagaimana Untuk MembuatPengeluaran?

Anda perlu memeriksa terlebih dahulu simpanan dalamAkaun 1 dan jumlah yang layak dikeluarkan sebelummengisi Borang KWSP 9N (AHL) dan membukaakaun pelaburan dengan pengurus dana yang dipilih.Dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pengurusdana tersebut:

• Borang KWSP 9N (AHL) yang telah lengkapdiisi; dan

• Salinan Kad Pengenalan ahli (MyKad) atauKad Pengenalan Polis

Ruang ‘amaun yang dipohon’ hanya perlu diisi selepasanda berbincang dengan pengurus dana tentang jumlahyang mahu dilaburkan dengan syarat amaun tersebuttidak melebihi jumlah maksimum yang dibenarkan dantidak kurang dari RM1,000. Pengurus dana akanmengemukakan Borang KWSP 9N (AHL) yang telahlengkap diisi kepada KWSP untuk diproses.

Adakah pelaburan ini dijaminkeuntungannya?

Tiada siapa dapat menjamin pelaburan tersebut akansentiasa memperoleh keuntungan. Ia merupakanpilihan kepada ahli KWSP yang ingin membuatpelaburan mereka sendiri.

Oleh itu, sebagai ahli KWSP, anda perlu membuatkeputusan dengan bijak apabila melaburkan simpanananda dan mengetahui tahap risiko yang anda bolehterima. Jika anda tidak bersedia untuk melaburkansendiri simpanan anda, adalah lebih baik anda

membiarkan sahaja wang anda di KWSP danmemperoleh dividen tahunan tidak kurang daripada 2.5peratus setahun tanpa risiko.

Bolehkah saya membatalkanpengeluaran tersebut selepas iadiluluskan?

Tidak. Anda tidak boleh membatalkan pengeluarantersebut setelah ia diluluskan. Oleh yang demikian,anda perlu berhati-hati sebelum membuat sebarangpengeluaran.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaanpengeluaran pelaburan, sila kunjungi pejabat KWSPterdekat, hubungi pusat panggilan di 03-8922 6000 ataulayari www.kwsp.gov.my

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Page 10: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

10 •

PIDM ialah sebuah agensi kerajaan yang ditubuhkandi bawah Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia(Akta PIDM) pada tahun 2005. Antara peranan PIDMdi bawah Akta PIDM adalah untuk mentadbir satusistem perlindungan manfaat takaful dan insurans bagimelindungi pemilik sijil takaful dan polisi insuransdaripada kehilangan manfaat takaful dan insurans yanglayak sekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

Semua pengendali takaful berlesen dan syarikatinsurans berlesen merupakan institusi ahli PIDM yangdikenali sebagai “ahli penginsurans”. Keahlian adalahwajib mengikut peruntukan Akta Perbadanan InsuransDeposit Malaysia. Ahli penginsurans dikehendakimempamerkan tanda keahlian ini pada semua pintumasuk pejabat cawangan mereka.

Sekiranya sesebuah ahli penginsurans mengalamikegagalan dan tidak dapat memenuhi tuntutan manfaattakaful atau insurans yang dilindungi di bawah sistemini, PIDM akan membuat pembayaran kepada pemiliksijil takaful atau polisi insurans mengikut terma dansyarat sijil takaful atau polisi insurans.

Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insuransmula berkuat kuasa pada 31 Disember 2010 danditadbir oleh PIDM.

Manfaat kepada pemilik sijil takafuldan polisi insurans.

• PIDM melindungi anda daripada kehilanganmanfaat takaful atau insurans yang layaksekiranya berlaku kegagalan ahli penginsurans.

• Perlindungan ini disediakan oleh PIDM secaraautomatik dan tidak memerlukan sebarangpermohonan.

• Pemilik sijil takaful dan polisi insurans tidakdikenakan bayaran bagi perlindungan ini.

Perlindungan

Pemilik sijil takaful atau polisi insurans yang layakmendapat perlindungan di bawah sistem ini termasukindividu, perniagaan milikan tunggal, perkongsian,kesatuan sekerja, persatuan berdaftar, koperasi, badanamal berdaftar dan perbadanan.

Manfaat takaful dan insurans yang dilindungi di bawahSistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans danhad berkaitan digariskan dalam Jadual 1 dan 2 sepertiberikut:-

PerlindunganManfaat Takafuldan Insuransoleh PerbadananInsurans DepositMalaysia (PIDM)

Page 11: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

• 11

Jadual 1 : Manfaat Dilindungi bagi Takaful Keluarga dan Insurans Hayat

TAKAFUL KELUARGA DAN INSURANS HAYAT

Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum(Individu atau Polisi/Pelan Kumpulan)

Kematian dan manfaat berkaitan RM500,000

Hilang upaya kekal RM500,000

Penyakit kritikal RM500,000

Pendapatan hilang upaya RM10,000 sebulan

Pendapatan anuiti RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% perbelanjaan ditanggung

Premium prabayar boleh bayar balik 100% amaun prabayar

Jadual 2 : Manfaat Dilindungi bagi Takaful Am dan Insurans Am

TAKAFUL AM DAN INSURANS AM

Manfaat Dilindungi Had Perlindungan Maksimum(Polisi/Pelan)

Kehilangan atau kerosakan harta RM500,000 bagi setiap harta

Kematian dan manfaat berkaitan RM500,000

Hilang upaya kekal RM500,000

Penyakit kritikal RM500,000

Pendapatan hilang upaya RM10,000 sebulan

Perbelanjaan perubatan 100% perbelanjaan ditanggung

Premium prabayar boleh bayar balik 100% amaun prabayar

Untuk layak mendapat perlindungan di bawah SistemPerlindungan Manfaat Takaful dan Insurans, sijil takafulatau polisi insurans mesti dikeluarkan di Malaysia olehahli penginsurans dalam mata wang Ringgit Malaysia.

Manfaat takaful atau insurans yang tidak dilindungi dibawah sistem ini termasuk sijil takaful dan polisiinsurans dalam mata wang asing dan tuntutankerosakan kepada harta tidak ketara (intangibleproperty) . Salah satu contoh tuntutan kerosakankepada harta tidak ketara ialah kehilangan keuntunganyang diinsuranskan di bawah sijil atau polisi KerugianTurutan Kebakaran yang menyediakan insuransterhadap kehilangan keuntungan daripada gangguankepada aktiviti perniagaan akibat kerosakan kepadapremis. Bahagian pelaburan dalam sijil atau polisiberkaitan pelaburan adalah tidak dilindungi, tetapibahagian manfaat takaful dan insurans pelan atau polisitersebut dilindungi di bawah sistem ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenaiperlindungan manfaat takaful dan insurans, silahubungi talian maklumat bebas tol PIDM 1-800-88-1266 atau layari laman sesawang PIDM diwww.pidm.gov.my.

Sumber: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia

“Perlindungan ini disediakanoleh PIDM secara automatikdan tidak memerlukansebarang permohonan.”

Page 12: Ringgit Ed16 Draft5 - bnm.gov.my

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]