Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

12

Transcript of Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

Page 1: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM
Page 2: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

2 •

Memiliki rumah sendiri merupakansuatu kebanggaan kerana hasrat danmatlamat anda telah tercapai, disamping berasa lebih terjamin keranamemiliki tempat tinggal untuk andasekeluarga.

Apabila membeli rumah, andaberpeluang untuk meningkatkan nilaiharta bersih sambil membayar balikpinjaman perumahan. Setiappembayaran akan mengurangkan bakipinjaman dan juga meningkatkan ekuitirumah anda (lebihan harga pasaranrumah tolak baki pinjaman). Membayarbalik pinjaman juga membolehkan andamemohon pembiayaan semula, jikaperlu. Walau bagaimanapun,pembiayaan semula harus

dipertimbangkan sekiranya ekuitirumah anda mencukupi dan jugapinjaman tersebut adalah berguna atauamat diperlukan.

Jika menyewa, kadar sewa bolehmeningkat dari tahun ke tahun. Namunsekiranya anda membeli rumah sendiri,baki pinjaman pokok akan berkurangansetiap kali pembayaran dibuat.Tambahan pula, apabila pasaranhartanah meningkat, harga rumah andajuga turut meningkat sekiranya rumahanda terletak di lokasi yang strategik.

Walaupun membeli sebuah rumahmerupakan suatu perkara yang hebat,tetapi bukan semua orang mampumelakukannya. Berikut adalah

Rumah: MembeliAtau Menyewa?

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitan usahasama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Ia diterbitkanpada setiap bulan. Untuk memuatturun Ringgit dalam format “PDF“,

sila layari laman sesawangwww.fomca.org.my dan

www.bnm.gov.my

Gabungan Persatuan-PersatuanPengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected]: www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan Sumber

Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Sesawang: www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysia atauFOMCA. Ia merupakan pendapat

penulis sendiri.

Page 3: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

• 3

menyebabkan harga rumah jatuh. Contohnya,rumah anda mungkin terletak di kawasan yangsering dilanda banjir atau jalan utama yang menujuke arah kawasan perumahan anda sesak keranaadanya pembangunan baru.

Panduan bila anda harus menyewa

• Apabila anda tidak mampu membayar ansuranpinjaman atau menyediakan wang pendahuluanuntuk membeli rumah.

• Apabila anda menjangkakan pasaran hartanahakan menurun.

• Apabila anda masih mencari lokasi yang sesuaisebelum membeli.

• Apabila anda tidak mahu memikirkan tentang kospenyelenggaraan dan membaik pulih.

Sumber: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit

beberapa komitmen yang perlu diketahui tentangpembelian rumah:-• Memiliki rumah memerlukan anda meluangkan

banyak masa untuk menyelenggara dan membaikpulih rumah.

• Kekerapan membuat pengubahsuaian kecil bolehmenambahkan kos perbelanjaan. Sebaliknya jikaanda menyewa, perbelanjaan ini biasanyaditanggung oleh tuan rumah.

• Anda juga “terikat” dengan rumah anda kerana,tidak seperti seorang penyewa, anda tidak bebasberpindah ke mana-mana dan bila-bila masasahaja.

• Jika berasa tidak sesuai dengan kejiranan yangada, anda akan “terperangkap” dengan situasi itusehinggalah harga rumah anda meningkat sebelumboleh menjualnya dan berpindah dari situ.

• Terdapat banyak kemungkinan yang boleh

“Jika menyewa, kadar sewa bolehmeningkat dari tahun ke tahun.Namun sekiranya anda membelirumah sendiri, baki pinjamanpokok akan berkurangan setiapkali pembayaran dibuat.”

“Memiliki rumah memerlukananda meluangkan banyakmasa untuk menyelenggaradan membaik pulih rumah.”

Page 4: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

4 •

LangkahMenjaminKestabilanKewangan UntukPekerja Muda

Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)dengan kerjasama Citi Foundation telah melancarkanLaporan Kaji Selidik Perilaku dan Tabiat KewanganDalam Kalangan Pekerja Muda pada 5 Julai 2012.Kajian ini melaporkan 47% pekerja muda berumur 18hingga 35 tahun mengalami masalah hutang yangserius sehingga terpaksa membelanjakan 30 peratusatau lebih daripada pendapatan kasar setiap bulanuntuk membayar hutang. Kajian tersebut jugamendapati 37 peratus daripada golongan ini, mengalamimasalah hutang akibat daripada tabiat berbelanja diluar kemampuan mereka, manakala 15 peratus pulatidak mempunyai tabungan langsung.

Hal ini menunjukkan kesedaran pekerja muda dalampengurusan kewangan sangat membimbangkan danperlu ditangani dengan segera. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan bagi mendorong pekerjamuda ke arah kestabilan dan keselamatan kewanganpada masa hadapan:-

a) Mengutamakan dan tumpukankepada perkara-perkara pentingPekerja muda yang baru memasuki alampekerjaan sudah tentu memerlukan masa untukmenyesuaikan diri dalam menguruskan kewanganperibadi pada peringkat awalnya. Anda perlumenyenaraikan perkara-perkara yang paling utamayang ingin anda lakukan untuk menjaminkehidupan anda pada masa hadapan. Buat pilihanyang terbaik dan ambil langkah untuk sentiasameningkatkan kedudukan kewangan anda. Kenalpasti matlamat, keperluan dan kehendak anda dansenaraikan mengikut keutamaan. Lakukan denganjujur dan sabar kerana ia melibatkan keputusankewangan anda akan datang.

b) Sentiasa membuat perancangan bagisetiap perkaraMerangka anggaran perbelanjaan adalah langkahterbaik untuk berbelanja secara bijak. Anda bolehmenentukan keperluan anda dengan sumberkewangan yang terhad dan kehendak yang tidak

terhad. Menurut Wong Keng Leong, Pengarah danPengurus bagi Standard Financial Planner SdnBhd, anda hendaklah menentukan anggaranperbelanjaan anda mengikut nisbah iaitu20:10:10:60. Tentukan 20 peratus daripadapendapatan anda untuk pelaburan jangka panjang,10 peratus untuk simpanan (termasuk simpanankecemasan), 10 peratus lagi untuk perlindunganberisiko, seperti insurans dan 60 peratus untukkeperluan peribadi anda. Walau bagaimanapun,anggaran perbelanjaan anda hanya akan berjayasekiranya anda berdisiplin mematuhinya. Langkahterbaik adalah bayar untuk diri anda dahulu. Iabermaksud anda akan menyimpan sebahagiandaripada gaji anda ke dalam akaun yangberasingan sebelum anda berbelanja.

c) Rancang apabila melibatkanperbelanjaan yang besarAnda perlu merancang sebelum membuatkeputusan melibatkan perbelanjaan yang besar,seperti membeli rumah, kereta, melanjutkanpelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan lain-lain lagi. Anda perlu mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan secara terperinci agar andatidak ditipu oleh pemaju atau ejen penjual yanghanya ingin mengaut keuntungan semata-mata.

d) Memberi wang kepada ibu dan bapaWalaupun ibu bapa anda tidak mengharapkanpengorbanan mereka semasa membesarkan andadibalas dengan wang. Namun sebagai anak yangberjasa, anda perlu memperuntuk wang kepadaibu bapa. Sediakan tabung khas untuk ibu bapaanda pada masa hadapan, atau sekiranyadiperlukan ketika kecemasan. Jumlah pemberiantersebut bergantung kepada kemampuankewangan anda. Sekiranya anda tinggal bersama-sama keluarga, bantulah mereka membayar bil-bil utiliti atau membeli barang keperluan rumah.Hal ini dapat membantu anda, merancangperbelanjaan lebih baik apabila memasuki alamrumah tangga kelak.

Page 5: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

• 5

Sehingga 18 Jun 2012, terdapat 928 buah syarikattersenarai di Bursa Malaysia. Antara ratusan syarikatatau kaunter tersebut, mana satu yang sesuai untukanda melabur? Di sini disenaraikan ciri-ciri penting yangperlu diberi perhatian dalam memilih saham syarikat.Berpandukan kepada artikel ini, diharapkan anda dapatmenilai syarikat dengan lebih baik, dan seterusnyamembuat keputusan pelaburan yang bijak.

Memahami Perniagaan SesebuahSyarikat

Sebelum melihat aspek pengiraan dan sebagainya,cuba lihat dan perhatikan produk-produk danperkhidmatan yang digunakan setiap hari. Anda jugaboleh melihat dalam surat khabar atau mana-manasumber maklumat yang lain untuk mengetahui tentangprestasi syarikat tersebut. Syarikat manakah yangmengeluarkan produk atau perkhidmatan yang palinganda suka? Apakah produk-produk yang memudahkankehidupan orang ramai dan mempunyai nilai tambahberbanding produk lain? Syarikat-syarikat yang menjadijawapan kepada persoalan di atas mempunyai peluangcerah untuk berjaya. Jika orang lain masih belum sedarmengenai syarikat tersebut, maka anda mempunyaipeluang yang tinggi untuk mengaut keuntungan apabilamembeli sahamnya. Pastikan anda membuat kajian-kajian lain sebelum melabur dalam syarikat tersebut.Mesej utama di sini ialah, sentiasa cari syarikat atauindustri yang anda biasa dengannya ataupun mudahuntuk difahami. Jika sukar bagi anda menerangkanperniagaan syarikat itu, maka elakkan daripadamelabur dalam syarikat terbabit.

Menganalisis Sesebuah Syarikat

Anda kini sudah bersedia untuk beralih kepada perkarayang dipanggil analisis fundamental (fundamentalanalysis). Terdapat beberapa petunjuk kewangan bagisesebuah syarikat yang mampu memberikangambaran tentang prestasinya.

1) Nisbah Harga PerolehanSebagai permulaan, maklumat yang perludiperhatikan ialah nisbah harga perolehansesebuah syarikat. Syarikat yang mempunyainisbah harga perolehan yang lebih rendahberbanding dengan pasaran keseluruhan ataupunpurata industrinya, menggambarkan bahawasaham syarikat tersebut masih terkurang nilai.Oleh itu, sekiranya purata industri ialah pada tahap15 kali nisbah harga perolehan, anda bolehlahmengabaikan syarikat-syarikat kerana nisbahharga perolehan syarikat-syarikat tersebutmelebihi 15. Ini menunjukkan harga sahamsyarikat-syarikat tersebut sudahpun berada padatahap yang sama ataupun lebih tinggi daripadanilai pasaran dan boleh dikatakan mahal.

2) Permodalan PasaranTentukan sama ada anda ingin melabur dalamsyarikat bermodal besar atau kecil. Lazimnya,syarikat-syarikat besar dikatakan lebihberkemampuan untuk mengatasi saingan sengitdan dapat menikmati ekonomi ikut bidangan(economies of scale). Syarikat-syarikat kecil pulamempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh

Tip MemilihSahamSyarikatUntukPelaburan

Page 6: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

6 •

syarikat-syarikat besar. Contohnya, mereka bolehmenyesuaikan diri dengan perubahan dalampasaran dan mempunyai kos tidak langsung(overhead) yang lebih rendah.

3) Rekod PrestasiAnda juga perlu merujuk kepada rekod prestasisyarikat yang konsisten. Sekiranya sesebuahsyarikat itu mampu menjana tahap jualan danperolehan yang baik dan mengalami peningkatandalam bahagian pasaran, kecuali untuk satu ataudua suku, yang disebabkan oleh keadaankeseluruhan pasaran, maka syarikat tersebutboleh dikatakan syarikat yang baik dan berpotensi.

4) DividenAnda juga perlu merujuk kepada kadar bayarandividen yang diberikan oleh syarikat, sekiranyaberminat dalam saham pendapatan. Pastikankadar hasil dividen melebihi tahap inflasi untukmengelakkan daripada perlunya naik nilai hargayang lebih tinggi. Ini bagi memastikan wang yangtelah dilaburkan dalam saham-saham anda terusmeningkat daripada segi nilai sebenar.

5) Pihak PengurusanPastikan anda membaca seksyen analisis pihakpengurusan dalam laporan tahunan syarikat untukmemahami cara pengurusan syarikat terbabit, apayang dianggap sebagai risiko dan langkah-langkahyang diambil untuk mencegah risiko-risikotersebut. Pihak pengurusan yang baik akansentiasa menjadikan nilai pemegang saham yangmaksimum sebagai matlamat utama dan akanmenunjukkan sikap yang penuh integriti dalammenguruskan syarikat. Syarikat yang diuruskanoleh pengurusan yang berkualiti tinggi akanmempamerkan prestasi yang baik, walaupundalam suasana perniagaan yang amat sukar.

Dengan mengambil kira faktor yang telah dibincangkan,senarai syarikat untuk anda pilih telah menjadi lebihsedikit. Terdapat pelbagai faktor lain yang perlu diambilkira dalam memilih saham. Ini akan dibincangkandalam artikel yang akan datang. Selamat berjaya dalampelaburan!

Artikel perancangan kewangan dan pelaburan ini merupakansalah satu usaha berterusan SIDC dalam melahirkan pelaburyang arif dan berpengetahuan dalam pasaran modal. Selainitu, SIDC turut menganjurkan seminar dan bengkel pendidikanpelabur yang disasarkan untuk pelbagai lapisan masyarakat,seperti pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, ibubapa, wanita, penduduk luar bandar, pekerja kolar biru sertakakitangan awam dan swasta. Untuk maklumat lanjut, layariwww.min.com.my, hubungi 03-62048889 atau lawati Facebookwww.facebook.com/BMWSIDC.

Syarikat manakah yangmengeluarkan produkatau perkhidmatanyang paling anda suka?Apakah produk-produkyang memudahkankehidupan orang ramaidan mempunyai nilaitambah berbandingproduk lain? Syarikat-syarikat yang menjadijawapan kepadapersoalan di atasmempunyai peluangcerah untuk berjaya.

Page 7: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

• 7

Zakat atau penyucian harta dalam istilah bahasabermaksud bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.Zakat boleh membersihkan harta dan diri orang kayadaripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam masa yangsama dapat mengekang sifat dengki dan dendamgolongan miskin terhadap orang yang kaya. Zakat yangmerupakan salah satu rukun Islam seharusnya menjadisatu motivasi bagi setiap Muslim untuk bekerja kerasagar dapat membayar zakat.

Jenis dan Perkiraan Zakat

Terdapat pelbagai jenis zakat, seperti berikut:-• Zakat emas dan perak• Zakat wang simpanan• Zakat pendapatan• Zakat perniagaan• Zakat saham• Zakat KWSP• Zakat padi

Syarat-syarat umum wajib membayar zakat sepertiyang ditetapkan oleh Pusat Pungutan Zakat, MajlisAgama Islam Wilayah Persekutuan Malaysia sepertiberikut:-

• IslamZakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagiperniagaan perkongsian orang Islam denganbukan Islam, hanya peratusan ekuiti orang Islamsahaja yang diambil untuk dikenakan zakat.

• MerdekaHamba abdi tidak wajib berzakat, kecuali zakatfitrah. Walau bagaimanapun, tidak timbulpersoalan hamba abdi masa kini, tetapi syaratmerdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satusyarat wajib zakat.

• Milik sempurnaHarta yang dimiliki mestilah sempurna dalamkekuasaan seseorang dan tidak bersangkutandengan orang lain. Pemilik juga dapat

Zakat Menyucikan Harta

Page 8: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

8 •

memperlaku dan memperoleh manfaatdaripadanya.

• Cukup nisabNisab adalah paras nilai minimum yangmenentukan sama ada wajib atau tidak sesuatuharta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaandengan 85 gram emas nilai semasa.

• Cukup HaulCukup haul bermaksud genap setahun hartadisimpan.

• Niat untuk BerniagaSyarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.

• Zakat emas yang disimpan adalah 2.5% atas nilaiemas yang disimpan untuk setahun iaitu nilaibersamaan atau melebihi 85 gram emas. Emasyang dipakai pula tidak dikenakan zakat jikakurang daripada uruf.

Uruf bermaksud ‘kadar perlepasan tertentu’ yangdikenakan bagi pemakaian emas. Jika seseorangtinggal di negeri yang corak pemakaian emasadalah sedikit, maka uruf dalam menentukankewajipan zakat emas bagi perhiasan tersebutadalah rendah; misalnya, 150 gram diwajibkanmengeluarkan zakat.

Namun, bagi yang tinggal di negeri yang memangcorak pemakaian emas perhiasannya lebihbanyak, maka urufnya juga lebih tinggi. Misalnya,perhiasan emas yang seberat 850 gram akandiwajibkan zakat.

Zakat wang simpanan adalah 2.5% atas bakiterendah semua jenis wang simpanan dalam tempohsatu tahun selepas ditolak dengan dividen atau faedah.

Zakat pendapatan dan panduan pembayarannyaseperti berikut:-• 2.5.% atas jumlah pendapatan kasar, atau• Membayar zakat setelah ditolak perbelanjaan-

perbelanjaan asas yang dibenarkan, atau• Membayar zakat setelah mengambil kira

tanggungan sebenar.

Rebat cukai pendapatan

Di Malaysia, pembayaran zakat boleh mendapat rebatdaripada cukai pendapatan individu. Oleh itu simpanresit pembayaran zakat dengan baik. Rebat ialah

potongan terus daripada jumlah cukai kena dibayar.

Zakat perniagaan mempunyai dua cara perkiraanuntuk menentukan jumlah yang harus dikeluarkan. Satuberdasarkan kepada pertumbuhan harta dan satu lagiberdasarkan penggunaan modal. Zakat perniagaanboleh mendapat pengurangan cukai. Sila rujuk pusatzakat berdekatan dengan anda untuk mendapatkanperkiraan bagi perniagaan anda.

Zakat saham terbahagi kepada dua kategori:-• Saham yang dimiliki sehingga hujung haul.• Saham yang dijual beli sepanjang haul.Untuk saham yang dimiliki sehingga hujung haul, 2.5%atas harga par atau harga terendah jika bawah par.Bagi saham yang dijual beli sepanjang haul, 2.5% atasnilai jualan saham-saham tersebut setelah ditolak kosbelian.

Zakat KWSP dan tabungan jangka masa panjang yanglain yang “dipaksa” seperti Lembaga Tabung AngkatanTentera, atau seumpamanya, dikenakan zakatmengikut kaedah-kaedah ini.:-• 2.5% atas simpanan yang dikeluarkan setelah

wang diterima, atau• 2.5% atas wang simpanan KWSP bagi setiap

pekerja mengikut penyata tahunan.

Zakat Padi adalah 5% daripada hasil yang diperolehNisab zakat padi 306 gantang bersamaan 1,306 kgatau 1.306 tan.

Sumber: Panduan Kewangan Peribadi dan Keluarga “CukupWang Hati Tenang untuk Semua” oleh Hajah Rohani Datuk HjMohd Shahir.

Page 9: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

• 9

Insurans hayat bertujuan untuk memastikan orang yangdisayangi dilindungi dari segi kewangan jika terjadisesuatu terhadap diri anda. Sekiranya anda tidakmembuat penamaan dalam polisi insurans anda, makasyarikat insurans berhak untuk tidak melepaskan wangpolisi sehinggalah orang yang disayangi itu mendapatPerintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbir atauPerintah Pembahagian. Ini mungkin mengambil masasehingga beberapa tahun. Walau bagaimanapun,sekiranya ada penamaan, wang polisi boleh diagihkandengan lebih cepat.

Bagi pemegang polisi yang bukan beragama Islam,suatu amanah akan diwujudkan untuk penama yangberkeadaan seperti berikut:-• Jika penama adalah suami atau isteri atau anak

pemegang polisi, atau• Jika penama adalah ibu bapa pemegang polisi

(dengan syarat tidak ada suami / isteri / anak yangmasih hidup pada masa penamaan dibuat).

Polisi berkenaan dikenali sebagai polisi amanah.Sebagai polisi amanah, wang polisi tidak menjadisebahagian daripada harta pusaka pemegang polisiyang meninggal dunia. Oleh itu, ia tidak tertaklukkepada hutang-piutang si mati.

Polisi amanah tidak diguna pakai bagi kes pemegangpolisi yang beragama Islam. Penama bagi pemegangpolisi yang beragama Islam menerima wang polisihanya sebagai wasi dan ia mestilah mengagihkan wangitu mengikut undang-undang Islam.

Bilakah anda perlu membuatpenamaan?

Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas, maka andaboleh menamakan seorang individu atau beberapa

individu untuk menerima wang polisi apabila andameninggal dunia. Penamaan biasanya dilakukansemasa membuat permohonan polisi insurans hayatatau pada bila-bila masa dirasakan perlu.

Bagaimanakah cara membuatpenamaan?

• Isikan borang penamaan yang disediakan olehsyarikat insurans, yang biasanya memerlukanbutir-butir penama, seperti nama, tarikh lahir,nombor kad pengenalan atau sijil kelahiran danalamat.

• Pastikan borang penamaan ditandatangani olehseorang saksi yang berumur 18 tahun dan ke atas,sempurna akal dan juga bukan penama anda.

• Pastikan syarikat insurans anda mengesahkanpenamaan, sama ada di dalam dokumen polisiatau borang penamaan.

• Anda boleh menamakan lebih daripada seorangpenama, dan nyatakan kadar bahagian hak bagisetiap penama.

• Jika anda tidak menetapkan kadar bahagian yangperlu dibayar kepada setiap penama, wang polisiakan diagihkan sama rata antara kalanganpenama.

Insurans:KepentinganMembuatPenamaan

Page 10: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

10 •

Siapakah yang boleh anda lantiksebagai penama?

Anda bebas untuk menamakan sesiapa yang andakehendaki. Walau bagaimanapun, tidak semuapenama akan menerima wang polisi secara benefisialatau untuk kegunaan mereka sendiri.

Dalam kes bagi pemegang polisi bukan seorang Islam,tertakluk kepada pertalian antara pemegang polisidengan penama, seseorang penama boleh menerimabahagian wang polisinya, sama ada secara benefisialatau sebagai pemegang amanah atau wasi.

Peranan pemegang amanah

Pemegang amanah boleh juga dilantik untuk menerimawang polisi bagi polisi amanah. Apabila pemegang polisimeninggal dunia, tugas pemegang amanah ialahmenerima wang polisi dan mengagihkan dengansewajarnya kepada penama-penama. Pemegangamanah hendaklah bertindak bagi kepentingan penamapada setiap masa.

Menukar penamaan

Anda boleh meminda penamaan dengan menuliskepada syarikat insurans hayat anda. Penamaan yangterakhir akan menggantikan semua penamaan yangterdahulu. Penamaan akan dianggap batal apabilapenama atau semua penama (jika lebih daripadaseorang penama) meninggal dunia pada masapemegang polisi masih hidup. Walau bagaimanapun,dalam kes polisi amanah, penamaan tidak bolehdibatalkan tanpa mendapat persetujuan bertulisdaripada pemegang amanah.

Apakah akan terjadi jika tiadapenamaan?

Jika tiada penamaan dibuat, syarikat insurans akanmembayar wang polisi kepada pemohon yangmengemukakan Perintah Probet atau Surat KuasaMentadbir atau Perintah Pembahagian.

Walau bagaimanapun, syarikat insurans, atas budibicaranya sendiri, boleh membuat bayaran kepadapihak yang menuntut tanpa memerlukan PerintahProbet bagi keadaan-keadaan berikut:-

• Jika pihak menuntut adalah suami / isteri, anakatau ibu bapa pemegang polisi, syarikat insuransboleh membayar kepada suami atau isteri, anakatau ibu bapa pemegang polisi mengikut aturankeutamaannya. Jika terdapat lebih daripadaseorang dalam mana-mana kategori tersebut diatas, maka semua individu dalam kategori itu akandibayar bahagian yang sama rata.

• Jika tiada suami / isteri, anak atau ibu bapa danwang polisi tidak melebihi RM100,000, makasyarikat insurans boleh membayar wang polisikepada seseorang yang syarikat insurans berpuashati bahawa orang tersebut berhak danberkemungkinan diberikan Perintah Probet atauSurat Kuasa Mentadbir atau kepada seseorangyang syarikat insurans berpuas hati yang orangitu berhak secara benefisial kepada harta pusakapemegang polisi yang meninggal dunia.

• Jika tiada suami atau isteri, anak atau ibu bapadan wang polisi melebihi RM100,000:-

> syarikat insurans boleh membayarRM100,000 yang pertama kepada seseorangseperti yang dinyatakan dalam perenggan diatas. Baki wang polisi akan dibayar kepadaorang yang sama apabila orang itumengemukakan Perintah Probet atau SuratKuasa Mentadbir atau PerintahPembahagian.

> Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh12 bulan selepas bayaran RM100,000pertama dibuat dan tiada tuntutan untuk bakiwang polisi oleh sesiapa yang memegangPerintah Probet atau Surat Kuasa Mentadbiratau Perintah Pembahagian, syarikatinsurans akan membayar baki tersebutkepada orang yang telah menerimapembayaran pertama.

Jika tidak ada penamaan yang dibuat, orang yangmenerima wang polisi hanya sebagai wasi dan iahendaklah mengagihkannya mengikut wasiat si mati.Jika tiada wasiat, wang polisi tersebut akan diagihkanmengikut undang-undang pembahagian yang berkaitan.

Sumber : info insurans

Page 11: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

• 11

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan SenaraiPeringatan kepada Semua Pengguna Kewangan.Senarai ini diperkenal bertujuan sebagai panduan danrujukan segera bagi orang ramai apabila membuatkeputusan berhubung dengan pelbagai perkhidmatankewangan yang ditawarkan oleh pihak yang tidakberlesen.

Senarai Peringatan kepada Semua PenggunaKewangan ini merujuk kepada senarai individu atausyarikat yang telah disalah anggap sebagai mendapatlesen atau dibenarkan oleh pengawal selia termasukSuruhanjaya Sekuriti Malaysia, KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi danKepenggunaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia danSuruhanjaya Koperasi Malaysia, untuk menjalankanaktiviti perniagaan mereka.

Senarai Peringatan kepada Semua PenggunaKewangan ini mengandungi maklumat syarikat atauindividu yang tidak mendapat lesen daripada mana-mana pengawal selia dan pihak Bank Negara Malaysiatelah menerima pelbagai pertanyaan mengenai merekadaripada orang ramai. Senarai ini bukanlah senaraisepenuhnya dan akan dikemaskinikan dari semasake semasa untuk rujukan orang ramai. Untuk maklumatlanjut, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINKdi talian 1-300-88-5465. Senarai Peringatan kepadaSemua Pengguna Kewangan ini boleh didapati di laman

sesawang Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my/consumeralert).

Bank Negara Malaysia juga menyatakan bahawa orangramai boleh membeli dan menjual emas. Walaubagaimanapun, orang ramai perlu berhati-hati terhadappelbagai skim pengambilan deposit dan pelaburanharam, khususnya dalam logam berharga sepertiemas, yang menjanjikan pulangan lumayan kepadapelabur. Skim-skim ini menawarkan pulangan yanglumayan dalam tempoh masa yang pendek bersertaopsyen belian balik emas tersebut. Skim-skim inimungkin merupakan “skim cepat kaya” atau dipanggil“skim Ponzi”, yakni wang pelaburan yang terkumpuldigunakan untuk membayar “pulangan lumayan”kepada pelabur lain. Skim-skim sebegini adalah haramdan merupakan suatu penipuan, dan orang ramaimungkin kehilangan semua wang mereka.

Orang ramai dinasihatkan supaya menghubungi pihakberkuasa yang berkenaan apabila berurusan dengansyarikat atau individu yang menawarkan peluangperniagaan atau perkhidmatan kewangan yangkelihatan sangat menarik. Walau bagaimanapun,sebenarnya mereka tidak mendapat lesen daripadapihak berkuasa yang berkenaan.

Sumber : Bank Negara Malaysia

SenaraiPeringatanKepadaSemuaPenggunaKewangan

CO

NT

OH

Page 12: Ringgit Ed28 Draft4 - BNM

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]