Ringgit Ed19 Draft3.PM6

12

Transcript of Ringgit Ed19 Draft3.PM6

Page 1: Ringgit Ed19 Draft3.PM6
Page 2: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

2 •

SidangRedaksi

PenasihatDatuk Marimuthu Nadason

Presiden FOMCA

Ketua Sidang PengarangDato’ Paul Selva Raj

EditorMohd Yusof bin Abdul Rahman

Sidang PengarangSiti Rahayu bt Zakaria

Yu Kin Len

Ringgit merupakan penerbitanusaha sama di antara Bank Negara

Malaysia dan FOMCA. Iaditerbitkan pada setiap bulan.

Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Tel : 03-7876 2009Faks : 03-7877 1076

E-mel : [email protected] : www.fomca.org.my

Bank Negara MalaysiaJalan Dato’ Onn

50480 Kuala LumpurTel :03-2698 8044

Faks : 03-2174 1515

Diurus terbit oleh:Pusat Penyelidikan dan

Sumber Pengguna (CRRC)No. 1D-1, Bangunan SKPPK

Jalan SS9A/1747300 Petaling Jaya

Selangor Darul EhsanTel : 03-7875 2392

Faks : 03-7875 5468E-mel : [email protected]

Web : www.crrc.org.my

Dicetak oleh:

Percetakan Asas Jaya(M) Sdn Bhd

No. 5B Tingkat 2Jalan Pipit 2

Bandar Puchong Jaya47100 Puchong Jaya

Selangor Darul Ehsan

Artikel yang disiarkan dalamRinggit tidak semestinya

mencerminkan pendirian dandasar Bank Negara Malaysiaatau FOMCA. Ia merupakan

pendapat penulis sendiri.

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Pembiayaanyang Bertanggungjawab. Garis panduan ini bertujuan untuk menggalakkan amalanyang bertanggungjawab kepada pemberi pinjaman dan peminjam. Selain itu, iajuga menggalakkan sektor isi rumah supaya lebih berdaya tahan dan mewujudkanpasaran kredit yang berhemat. Garis panduan ini turut memberi perlindungan yanglebih baik kepada pengguna kewangan.

Skop garis panduan

Garis panduan ini terpakai ke atas pembiayaan yang baru dan pembiayaantambahan yang ditawarkan kepada pelanggan individu dan pemilik tunggal (iaitupembiayaan yang dipohon atas nama individu) seperti:-(i) pembiayaan rumah;(ii) pembiayaan persendirian termasuk kemudahan overdraf;(iii) pembiayaan kenderaan;(iv) kredit dan kad caj; dan(v) pembiayaan untuk pembelian sekuriti, kecuali untuk pembiayaan saham yang

ditadbir di bawah peraturan-peraturan Bursa Malaysia.

Tarikh kuat kuasa garis panduan

Garis panduan ini akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2012. Namun begitu,keperluan yang mengehadkan tempoh matang pembiayaan kenderaan kepada 9tahun terpakai kepada semua permohonan pembiayaan kenderaan yang diterimamulai 18 November 2011.

Amalan PembiayaanYang Bertanggungjawab

Page 3: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

• 3

Tanggungjawab Peminjam

Sebelum memohon pinjaman baru, peminjam perlu:• Mengira jumlah bayaran balik bulanan yang

mereka mampu berdasarkan pendapatan,perbelanjaan harian dan keperluan asas (sepertimakanan, pakaian, rumah dan bil utiliti, kesihatandan ubat-ubatan, pengangkutan, pendidikan) danpembayaran balik hutang yang sedia ada.

• Mengambil kira kenaikan kadar faedah atausebarang perubahan pada masa hadapan yangmungkin menjejaskan pendapatan atauperbelanjaan mereka.

• Membuat perbandingan tentang kadarpembiayaan, ansuran bulanan, jumlahpembayaran balik dan ciri-ciri produk.

• Mendapatkan salinan Lembaran PenzahiranProduk atau Product Disclosure Sheet (PDS)yang mengandungi semua maklumat yangberkaitan dengan produk pembiayaan.

Peminjam bertanggungjawab untuk memberikanmaklumat yang tepat dan menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan untukmembolehkan institusi kewangan menilai kemampuanpeminjam untuk membayar balik pinjaman. Peminjamperlu membaca PDS dan perjanjian pinjaman denganteliti serta memahami terma-terma dan caj berkaitanserta tanggungjawab peminjam sebelummenandatangani sesuatu perjanjian.

Tanggungjawab Institusi Kewangan

Dalam menilai kemampuan peminjam, institusikewangan akan mengambil kira nisbah khidmat hutang(debt servicing ratio) untuk menilai sama ada peminjammampu untuk membayar balik keseluruhan pinjamansepanjang tempoh pembiayaan. Di samping itu,institusi kewangan akan mengambil kira faktor-faktorlain seperti sejarah pembayaran balik dan skor kreditpelanggan.

Kakitangan atau wakil pemasaran dikehendakimengambil kira kepentingan dan keadaan peminjamdengan meneliti keperluan dan kedudukan kewanganpeminjam bagi memastikan bahawa produkpembiayaan yang ditawarkan adalah sesuai untukmemenuhi keperluan peminjam. Kakitangan atau wakilpemasaran tidak boleh mengganggu, memberi tekananatau memaksa pengguna untuk menandatanganiperjanjian produk pembiayaan.

Untuk maklumat lanjut tentang garis panduan ini, silahubungi Bank Negara Malaysia:-

BNMLINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)Tel : 1-300-88-5465Fak : (03)2174 1515E-mail : [email protected]

Sumber: Bank Negara Malaysia

“ ...ia menggalakkan sektorisi rumah supaya lebihberdaya tahan danmewujudkan pasaran kredityang berhemat.”

Peminjam perlu membuatperbandingan tentang kadarpembiayaan, ansuranbulanan, jumlah pembayaranbalik dan ciri-ciri produk.

Page 4: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

4 •

Artikel ini menjelaskan jenis produk insurans dantakaful yang terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas insurans dan takaful.

Apakah itu insurans?Secara ringkasnya, insurans ditakrif sebagaimemindahkan risiko kerugian kepada syarikat insuransbagi mengurangkan beban kewangan ketika andamengalami kerugian tertentu.

Apakah itu takaful?Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsipIslam, iaitu saling menjamin, apabila sekumpulanpeserta bersetuju untuk saling menjamin sesamamereka terhadap kerugian tertentu. Anda juga bersetujuuntuk menderma sebahagian daripada caruman kedalam kumpulan wang takaful bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang mengalami mana-manakerugian tertentu. Tertakluk kepada terma dan syaratsijil takaful, seseorang peserta juga boleh berkongsilebihan kumpulan wang takaful sekiranya beliau tidakpernah membuat tuntutan sepanjang tempoh takaful.Sesiapa sahaja boleh menyertai skim ini tanpa mengirakepercayaan agama seseorang itu.

Apakah jenis produk insurans/takafulyang saya perlukan?Keperluan insurans/takaful anda bergantung kepadakeadaan risiko, umur dan gaya hidup. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/takaful yang diwajibkan oleh undang-undang contohnyainsurans/takaful motor.

Apakah jenis produk insurans/takafulyang ada?Terdapat pelbagai jenis produk yang boleh memenuhikeperluan anda. Jenis produk insurans/takaful yangbiasa didapati ialah:-

• Insurans hayat/takaful keluarga – satu langkahuntuk memberikan bantuan kewangan kepadatanggungan anda sekiranya anda meninggaldunia. Terdapat juga produk insurans hayat/takafulkeluarga yang memberikan pampasan sekiranya

anda tidak mampu bekerja disebabkan penyakitatau ketidakupayaan. Contohnya ialah insuranshayat seumur hidup atau endowmen. Anda jugaboleh menabung atau melabur melalui insuranshayat/takaful keluarga. Contohnya ialah insurans/takaful berkaitan pelaburan.

• Insurans/takaful motor – memberi pampasanbagi kerugian tertentu disebabkan kerosakan padakenderaan anda akibat kemalangan, kebakaranatau kecurian. Ia turut memberi pampasan untukkerugian pihak ketiga yang diakibatkan olehkenderaan bermotor anda dalam sesuatukemalangan.

• Insurans/takaful empunya/isi rumah –membayar pampasan bagi kerugian tertentuapabila rumah atau harta peribadi anda musnahakibat kejadian seperti banjir, kebakaran, paippecah dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungidaripada tuntutan pihak ketiga yang dibuatberikutan kejadian tersebut.

• Insurans/takaful perubatan dan kesihatan –membayar pampasan bagi pelbagai jenisperbelanjaan hospital dan perubatan yang andamungkin tanggung sekiranya anda sakit ataumengalami kecederaan. Pampasan ini termasukbayaran bilik di hospital, perkhidmatanprofessional serta keperluan dan perkhidmatanperubatan.

• Insurans/takaful kemalangan diri – membayarsejumlah wang sekiranya anda hilang upaya(sementara/kekal) atau meninggal duniadisebabkan kemalangan.

Bagaimanakah untuk mengetahui samaada sesebuah pengendali takafulmematuhi prinsip Syariah?Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semuapengendali takaful bagi memastikan operasi takafulmereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank NegaraMalaysia juga telah menubuhkan Majlis PenasihatSyariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di Malaysia.

MemahamiInsurans DanTakaful(Bahagian 1)

Page 5: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

• 5

Prinsip-prinsip utama insurans/takaful

Produk insurans/takaful tertakluk kepada empat prinsiputama secara umum iaitu kepentingan boleh insurans/kepentingan boleh lindung, penuh percaya, indemnitidan caruman.

• Kepentingan boleh insuransUntuk mendapatkan perlindungan insurans, andamesti mempunyai kepentingan boleh insuransterhadap barang atau hayat yang diinsuranskan.Kepentingan boleh insurans biasanya wujudmelalui hubungan pertalian dengan seseorang atauhak milik terhadap sesuatu harta benda.Contohnya ke atas nyawa diri sendiri atau anak,rumah atau kenderaan bermotor.

• Kepentingan boleh lindungAnda mesti mempunyai kepentingan boleh lindungsebelum anda boleh menyertai skim takaful.Sesebuah pelan takaful tanpa kepentingan bolehlindung adalah seumpama kontrak perjudian untukmemperoleh keuntungan daripadanya.

• Penuh percayaPenuh percaya bermaksud anda mestimenyatakan semua fakta penting apabila membelipolisi insurans atau menyertai skim takaful. Inibertujuan untuk membolehkan syarikat insurans/pengendali takaful membuat keputusan sama adauntuk memberikan perlindungan insurans/takafultersebut kepada anda dan menentukan amaunpremium/caruman takaful daripada anda.Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini,polisi insurans/sijil takaful anda boleh menjaditidak sah dan syarikat insurans/pengendali takafulberhak menolak tuntutan anda.

• IndemnitiApabila anda mengalami kerugian, prinsipindemniti hanya akan membenarkan andamemperoleh amaun yang akan mengembalikankeadaan anda sama seperti sebelum berlakunyakerugian.

• CarumanDi bawah prinsip caruman, semua pengendalitakaful yang memberikan perlindungan kepadasesuatu harta yang sama akan berkongsimembayar pampasan untuk kerosakan terhadapharta tersebut. Dengan cara ini, seseorang itutidak boleh “memperoleh keuntungan” denganmembeli lebih daripada satu pelan takaful untukharta yang sama.

Senarai semakan mendapatkan pelaninsurans/takaful

Berikut adalah senarai semakan yang boleh dijadikanpanduan semasa membeli pelan insurans/takaful:-

• Berurusan hanya dengan pihak yang dibenarkansama ada ejen berdaftar/broker insurans/takafulberlesen atau secara terus dengan syarikatinsurans atau pengendali takaful.

• Bandingkan kadar premium/caruman. Dapatkansebut harga daripada beberapa syarikat insurans/pengendali takaful dan ejen.

• Bandingkan manfaat, terma, ciri-ciri produk,kekurangan dan pengecualiannya.

• Pastikan anda mampu membayar premium ataucaruman untuk perlindungan tersebut.

• Dapatkan perlindungan yang mencukupi. Elakkandaripada mempunyai perlindungan yang terlalubanyak atau terlalu sedikit.

• Pastikan borang permohonan anda diisi denganlengkap, maklumat yang diberikan adalah tepatdan semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.

• Buat pemeriksaan kesihatan yang sepatutnyasecepat mungkin.

Sumber: infoinsurans - Buku Panduan anda mengenai Asas-Asas Insurans dan Takaful

Penuh percaya bermaksudanda mesti menyatakansemua fakta penting apabilamembeli polisi insurans ataumenyertai skim takaful.Sekiranya anda tidakmematuhi keperluan ini, polisiinsurans/sijil takaful andaboleh menjadi tidak sah dansyarikat insurans/pengendalitakaful berhak menolaktuntutan anda.

Page 6: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

6 •

Memang tidak dinafikan bahawa faedah yang diperolehmelalui pendidikan amat luas. Pendidikan bukan sahajamenjamin kesejahteraan hidup individu, bahkan turutmenyumbang ke arah keutuhan ekonomi sertamasyarakat secara amnya. Bagaimanapun, kospendidikan tinggi yang berkualiti agak mahal dan ramaidalam kalangan ahli masyarakat yang kurangkemampuan untuk membiayainya. Memahamikeperluan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja(KWSP) telah memperkenalkan PengeluaranPendidikan untuk membolehkan ahli melanjutkanpelajaran atau membiayai yuran pengajian tinggi anakmereka.

Siapakah yang boleh memohon untukmembuat pengeluaran ini?Anda boleh memohon untuk membuat pengeluaran inibagi membiayai yuran pengajian anda atau anak andadi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luarnegara sekiranya anda belum mencapai usia 55 tahundan masih mempunyai baki dalam Akaun 2.

Berapakah jumlah yang bolehdikeluarkan?Anda boleh mengeluarkan jumlah keseluruhan yuranpengajian tersebut atau semua baki dalam Akaun 2,tertakluk kepada amaun mana yang lebih rendah.

Berapa kerapkah anda dibenarkanmembuat pengeluaran ini?Bergantung kepada kecukupan baki simpanan dalamAkaun 2, anda boleh memohon untuk pengeluaran inisekali setiap semester atau setiap tahun akademikbagi membiayai yuran pengajian anda.

Bolehkah pengeluaran ini digunakanbagi membiayai pengajian anak ahli?Boleh dan ia turut merangkumi anak tiri dan anakangkat yang sah. Anda juga boleh memohonpengeluaran bersama-sama pasangan bagi membiayaipendidikan anak.

Apakah kursus pengajian yang layakdibiayai di bawah pengeluaran ini?Kursus pengajian yang dibenarkan di bawahPengeluaran Pendidikan adalah bermula dari peringkatdiploma dan ke atas bagi ahli serta anak ahli. Semuaprogram pengajian mestilah dijalankan di InstitusiPengajian Tinggi yang dibenarkan. Senarai penuhkursus pengajian yang dibenarkan boleh diperolehdaripada laman www.kwsp.gov.my

Bolehkah pengeluaran ini dipohonuntuk membayar balik yuran yangtelah dibayar kepada InstitusiPengajian Tinggi?Boleh, dengan syarat permohonan dikemukakan dalamtempoh tidak melebihi satu tahun dari tarikhpembayaran dibuat. Ahli hanya perlu mengemukakanresit asal pembayaran yuran pengajian tersebut, bukubank atau penyata asal akaun persendirian yang masihaktif.

Bagaimana caranya untuk memohonpengeluaran ini?Anda perlu melengkapkan Borang KWSP 9H (AHL)dan mengemukakan bersama-sama salinan kadpengenalan yang telah disahkan, surat tawarandaripada Institusi Pengajian Tinggi untuk anda atauanak anda, sij i l-sij i l kelayakan akademik yangberkaitan dan dokumen-dokumen tambahan yangdikehendaki oleh KWSP dari semasa ke semasa.Untuk pengajian dalam negara, surat pengesahanpendaftaran pelajar mengikut format KWSP diperlukandan tarikh surat tidak boleh melebihi enam bulan daritarikh permohonan diterima.

Jika anda membuat pengeluaran seterusnya, andadikehendaki menyediakan surat pengesahanpendaftaran daripada institusi berkaitan, kad pelajardan slip peperiksaan terkini. Untuk maklumat lanjuttentang dokumen-dokumen yang diperlukan, sila layarilaman www.kwsp.gov.my

Bagaimanakah pembayaran akandibuat?Terdapat tiga kaedah pembayaran bergantung kepadakeadaan. Sekiranya anda atau anak anda sedangmengikuti program pengajian di dalam atau luar negara,KWSP akan mengeluarkan cek jurubank di atas namaIPT terbabit. Bagi tujuan pembayaran balik, bayaranakan terus dikreditkan ke dalam akaun ahli. Sekiranyapengeluaran adalah bagi menyelesaikan pinjamanpendidikan, pembayaran adalah dalam bentuk cekjurubank di atas nama institusi pemberi pinjamanberkenaan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan PengeluaranPendidikan, sila kunjungi pejabat KWSP terdekat,hubungi pusat panggilan di 03-8922 6000 atau layariwww.kwsp.gov.my.

Sumber: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Pengeluaran Wang KWSPUntuk Pendidikan

Page 7: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

• 7

Sebagai ibu tunggal, anda mempunyai bebankewangan yang sama seperti orang lain, cuma andatidak mempunyai pasangan untuk berkongsi bebanantersebut. Pinjaman perumahan, sewa beli, bil-bil,makan minum, perbelanjaan anak-anak dansebagainya terpaksa ditanggung bersendirian.Keadaan ini amat merumitkan terutamanya diperingkat awal kerana dahulu anda berkongsipendapatan dengan suami, tetapi sekarang semuabebanan tersebut terletak di bahu anda seorang diri.Kalau tidak betul caranya, mungkin anda akanmengalami masalah kewangan yang serius dan hidupdalam keadaan tertekan.

Sebagai ibu tunggal, perancangan kewangan adalahsangat penting dalam kehidupan anda. Ia bakalmenentukan masa depan dan lebih penting lagikeluarga anda, iaitu anak-anak yang disayangi. Berikutdisenaraikan beberapa petua yang dapat membantuanda mengurus wang dengan lebih bijak:

Panduan 1: Buat BajetSetiap orang, tidak kira sama ada bujang ataupun sudahberkahwin, perlu merancang bajet bagi pengurusanpendapatan yang lebih baik. Walau bagaimanapun,sekiranya anda seorang ibu tunggal, keperluanmembuat bajet adalah lebih besar lagi keranapendapatan yang terhad perlu disalurkan kepadapelbagai perbelanjaan. Ibu tunggal perlu mempunyaiperancangan belanjawan seisi rumah dan berdisiplindalam mematuhi bajet tersebut. Senaraikanpendapatan anda dan bandingkannya dengan senaraiperbelanjaan. Kenal pasti bagaimana anda bolehmemastikan pendapatan adalah melebihi perbelanjaanataupun seimbang.

Panduan 2: Buat Konsep “Bayar DiriSendiri Dahulu”Apabila membuat bajet, jangan lupa untukmenyediakan peruntukan setiap bulan untukperancangan tabungan. Perancangan ini ada kalanyadipanggil sebagai “membayar diri sendiri dahulu”.Kaedah ini sangat mudah untuk dibuat dan amatberkesan dalam memastikan kewangan anda stabildan kukuh. Jika anda bekerja makan gaji, potongsebahagian daripada gaji dan masukkan ia secaraautomatik ke mana-mana produk pelaburan yangbersesuaian. Kebanyakan majikan sudahmenyediakan kemudahan skim potongan gaji secaraautomatik, maka manfaatkan kemudahan ini untukkesenangan anda pada masa depan. Bagi yang

bekerja sendiri pula, gunakan teknik yang sama, tetapianda perlu lebih berdisiplin kerana anda perlu membuatsimpanan secara tetap setiap bulan secara konsisten.Tabungan ini seelok-eloknya perlu dimasukkan dalampelaburan yang kurang berisiko, kerana sebagai ibutunggal, anda sahajalah yang menyara keluarga. Olehitu anda tidak mahu kehilangan wang tersebut.

Panduan 3: Tingkatkan CelikKewanganKesilapan terbesar yang mungkin dilakukan oleh wanitaialah kurang ilmu mengenai perkara-perkara yangmembabitkan perancangan kewangan. Didiklah dirisendiri dengan menghadiri seminar dan bengkel yangmembincangkan mengenai melabur dan merancangkewangan yang bijak. Ini untuk memastikan supayaanda berada di landasan yang betul ketika membuatkeputusan kewangan yang berdasarkan maklumat.Selain itu, dengan adanya ilmu menguruskan wang,anda tidak akan mudah tertipu dengan skim cepatkaya, skim penipuan atau skim pelaburan tidak sahyang berleluasa sekarang ini.

Panduan 4: Sediakan Dana KecemasanSebagai ibu tunggal, lebih penting bagi andamempunyai dana kecemasan, iaitu simpanan yangcukup untuk perbelanjaan hidup selama beberapabulan. Sesetengah pakar kewangan mencadangkan,selain tabungan sedia ada, anda juga hendaklahmenyediakan simpanan yang cukup untukperbelanjaan hidup selama sekurang-kurangnya tigabulan. Ini bertujuan menyediakan anda dengan danayang boleh digunakan jika berlaku sesuatu yang tidakdiingini, umpamanya kehilangan pekerjaan. Laburkanwang ini dalam pelaburan yang kurang berisiko atauunit amanah yang boleh anda tunaikan dengan mudahsekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka. Selainitu, anda juga boleh membeli insurans, terutamainsurans kesihatan dan kehilangan upaya. Sekiranyaanda merupakan sumber utama yang menyarapendidikan anak-anak, pastikan insurans yang diambilmencukupi untuk membiayai pendidikan mereka.

Panduan 5: Mulakan PerancanganPersaraanMahu atau tidak, anda akan bersara atau tidak lagimampu bekerja suatu hari nanti. Mulakan perancanganpersaraan anda mulai daripada sekarang dan jangantunggu sehingga tempoh persaraan sudah dekat. Lagi

Panduan PerancanganKewangan UntukIbu Tunggal

... bersambung di muka 11

Page 8: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

8 •

Dari manakah Biro Kredit BankNegara Malaysia (Biro Kredit)mendapatkan maklumat?Biro Kredit mendapatkan maklumat daripada institusikewangan yang menyertai CCRIS, iaitu semua bankperdagangan, bank Islam, bank pelaburan, institusikewangan pembangunan, sebahagian syarikatinsurans, pengeluar instrumen pembayaran, institusipemulihan berlesen dan perniagaan pemajakan/kredit.

Apakah maklumat yang dilaporkan olehinstitusi kewangan kepada BiroKredit?Institusi kewangan melaporkan data pengenalan diripeminjam yang penting (seperti nama, nomborpengenalan diri dan tarikh lahir) dan melaporkanmaklumat berkaitan pinjaman yang dikeluarkan kepadapeminjam (seperti jenis kemudahan kredit,pengendalian akaun dan had kredit).

Apakah jenis kemudahan kredit yangdilaporkan oleh institusi kewangankepada Biro Kredit?Institusi kewangan dikehendaki melaporkan semuajenis kemudahan kredit yang diberikan kepadapeminjam, termasuk kad kredit, overdraf, kemudahanperdagangan, pinjaman perumahan dan sebagainya.

Bolehkah saya mendapatkan maklumattentang sejarah pinjaman sayadaripada CCRIS?Laporan kredit hanya menunjukkan pinjaman belumberbayar atau akaun yang masih aktif sertapermohonan kredit sepanjang 12 bulan terakhir.

Pada masa ini, saya mempunyai kadkredit daripada institusi kewangan.Adakah kemudahan kad kreditdilaporkan dalam CCRIS?Ya. Maklumat kad kredit turut dilaporkan dalam CCRIS.

Saya mempunyai akaun semasa dengansebuah institusi kewangan, adakahmaklumat ini dilaporkan dalam CCRIS?Institusi kewangan tidak dikehendaki dan tidakseharusnya melaporkan sebarang maklumat akaunsemasa dalam CCRIS. Walau bagaimanapun,sekiranya anda mempunyai kemudahan overdrafbersama-sama dengan akaun semasa tersebut,maklumat berkaitan kemudahan overdraf berkenaanakan dilaporkan dalam CCRIS.

Saya mempunyai akaun semasa tanpakemudahan overdraf, tetapi sayadimaklumkan oleh sebuah institusikewangan bahawa saya mempunyaikemudahan tersebut. Bagaimanakahmaklumat ini boleh dilaporkan kepadaCCRIS?Sebarang pengurangan sementara dalam akaunsemasa (disebabkan oleh caj perkhidmatan yangdikenakan oleh institusi kewangan) akan dianggapsebagai overdraf sementara. Maklumat ini akandilaporkan kepada CCRIS sehingga andamenyelesaikan lebihan tersebut. Sebaik sahaja andaberbuat demikian, rekod berkenaan tidak akanditunjukkan dalam laporan kredit.

Saya dimaklumkan oleh institusikewangan bahawa akaun kemudahankredit saya tertunggak. Sekiranyasaya menjelaskan jumlah tunggakantersebut, adakah rekod tunggakantersebut akan dikeluarkan daripadalaporan kredit saya?Jika anda telah selesai menjelaskan bayaran tunggakantersebut, akaun yang kembali teratur ini akanditunjukkan pada bulan anda membuat penyelesaiantersebut. Walau bagaimanapun, maklumat mengenaiansuran tertunggak sepanjang 12 bulan yang lalu akandipaparkan dalam laporan kredit.

Soalan LazimMengenai SistemMaklumat RujukanKredit Pusat (CCRIS)(Bahagian 2 sambungan keluaran Oktober 2011)

Page 9: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

• 9

Saya mendapati bahawa satu daripadapinjaman saya dilaporkan di bawahAkaun Di Bawah Pemerhatian Khas.Apakah yang dimaksudkan denganAkaun Di Bawah Pemerhatian Khas?Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas adalah akaun yangdi bawah pengawasan institusi kewangan berikutanmasalah tunggakan yang berpanjangan dalampembayaran pinjaman tersebut. Peminjam perlumerujuk terus kepada pihak bank untuk mendapatkanstatus terkini akaun pinjaman berkenaan atau untukmembuat pembetulan sekiranya terdapat sebaranglaporan yang salah atau yang tidak tepat.

KEMUDAHAN KREDIT/PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Jika permohonan kredit saya ditolakoleh sebuah institusi kewangan,adakah institusi kewangan lain jugaakan berbuat demikian?Ia tidak semestinya begitu. Setiap institusi kewanganmempunyai dasar pinjaman yang berbeza-beza,bergantung kepada risiko yang sanggup ditanggungoleh mereka. Maklumat yang diberikan oleh Biro Kredithanya sebahagian daripada keseluruhan prosesmembuat keputusan berhubung permohonan pinjamanoleh institusi kewangan. Setiap institusi kewanganmempunyai pandangan yang berbeza mengenainya.

Adakah Bank Negara Malaysiamemberikan sebarang penarafankredit terhadap pemohon kredit?Bank Negara Malaysia tidak memberikan sebarangpenarafan kredit atau pandangan mengenaikepercayaan kredit (credit worthiness) pemohonpinjaman.

Adakah Bank Negara Malaysiamenetapkan keputusan pemberiankemudahan kredit oleh institusikewangan menerusi Biro Kredit?Tidak. Bank Negara Malaysia tidak terlibat dalamkeputusan pemberian kemudahan pinjaman olehinstitusi kewangan. Maklumat yang terkandung dalamCCRIS hanya salah satu sumber daripada keseluruhanproses membuat keputusan berhubung permohonanpinjaman oleh institusi kewangan dan setiap institusikewangan mempunyai pandangan yang berbezamengenai tahap kepercayaan kredit dan risikoseseorang pemohonnya. Pertimbangan sesuatupermohonan pinjaman adalah tertakluk kepada budibicara dan hasil penilaian kepercayaan kredit dan risikoinstitusi kewangan berkenaan.

Permohonan pinjaman saya telahditolak disebabkan rekod kredit sayayang buruk seperti ditunjukkan dalamCCRIS. Apakah yang perlu sayalakukan untuk memperbaiki kedudukankredit saya?Rekod kredit yang buruk mungkin disebabkan olehtunggakan pinjaman dalam akaun di institusi kewanganyang belum dijelaskan atau pembayaran dibuat bukanpada masa yang ditetapkan. Anda dinasihati supayaberbincang mengenai skim bayaran balik denganinstitusi kewangan berkenaan. Rekod kredit anda akanmenunjukkan kedudukan yang lebih baik apabilaakaun anda kembali teratur.

Jika permohonan kredit saya ditolakoleh institusi kewangan, adakah inibermakna nama saya telah disenaraihitam?Tidak. Bank Negara Malaysia tidak menyenarai hitamsesiapa kerana ia tidak memberi sebarang pandanganmengenai maklumat dalam laporan kredit. Maklumatmengenai permohonan kredit yang ditolak juga tidakditunjukkan dalam laporan kredit untuk memastikaninstitusi kewangan tidak bersikap prejudis ekorandaripada keputusan oleh institusi kewangan yang lain.Semasa memproses permohonan pinjaman, sesebuahinstitusi kewangan akan membuat penilaian kreditterhadap peminjam. Ini mungkin melibatkan semakanlatar belakang peminjam daripada pelbagai sumber,antaranya, maklumat yang dibekalkan oleh agensirujukan kredit seperti CTOS Sdn Bhd (CTOS),Financial Information Services Sdn Bhd (FIS) dan RAMCredit Information Sdn Bhd (RAM). Maklumat daripadaagensi berkenaan boleh membantu institusi kewangandalam proses penilaian mereka. Institusi kewangan

Maklumat CCRIS akandikemaskini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan

Page 10: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

10 •

perlu menggunakan semua maklumat yang ada untukmembantu mereka membuat keputusan yang tepatdan berhemat dalam pemberian pinjaman danpendahuluan.

MENGEMAS KINI MAKLUMAT

Jika saya menyelesaikan semuapinjaman saya sekarang, bilakah rekodlaporan kredit akan dikemas kini?Maklumat CCRIS akan dikemas kini sekurang-kurangnya sekali setiap bulan, tidak lewat daripada15 haribulan bulan berikutnya oleh institusi kewanganterbabit.

Saya telah membuat pembayaranpenuh akaun kredit saya. MengapakahBank Negara Malaysia masih belummengemaskinikan rekod saya?Bank Negara Malaysia hanya mengumpul maklumatkredit daripada institusi kewangan dan tidak mengemaskini sebarang rekod. Institusi kewangan terbabit yangbertanggungjawab untuk mengemas kini rekod anda.Sekiranya anda mendapati rekod kredit tersebut masihbelum dikemas kini, sila maklumkan perkara ini kepadainstitusi kewangan yang berkenaan.

Saya bukan lagi pemilik/rakan kongsisebuah perniagaan, tetapi institusikewangan masih lagi melaporkan sayasebagai pemilik perniagaan tersebut.Apakah yang perlu saya lakukan?Sekiranya anda bukan lagi pemilik/rakan kongsisesebuah perniagaan, anda perlu mengemas kinistatus pemilikan tersebut di Suruhanjaya SyarikatMalaysia (SSM). Jika dalam perjanjian pindah milikataupun perjanjian dengan rakan kongsi lainmenyatakan bahawa apabila anda keluar daripadaperniagaan tersebut, anda tidak lagidipertanggungjawabkan kepada pinjaman tersebut,maka anda perlu memberitahu perkara ini kepadainstitusi kewangan yang memberikan kemudahanpinjaman kepada perniagaan tersebut untuk mengemaskini rekod mereka. Ini perlu dilakukan supaya andatidak lagi menanggung sebarang liabiliti yang berkaitandengan pinjaman tersebut. Sekiranya anda menjadipenjamin pinjaman perniagaan tersebut dan tiadaperjanjian untuk memindahkan liabiliti, anda masihbertanggungjawab terhadap pinjaman perniagaantersebut.

Saya adalah rakyat asing yang bekerjadi Malaysia dan sedang memohon kadkredit daripada sebuah bank. Walaubagaimanapun, saya diberitahu ada

individu lain yang mempunyai nombordokumen pengenalan diri (ID) yanghampir sama dengan nombor pasportsaya. Oleh itu, pihak bank tidak bolehmemproses permohonan kad kreditsaya kerana khuatir terdapat unsur-unsur penipuan. Bagaimanakah carauntuk saya selesaikan masalah ini?Memandangkan nombor pasport asing tidak unik,maka nombor ID yang diberi kepada seseorang rakyatMalaysia berkemungkinan sama dengan nomborpasport anda. Ini tidak bermakna terdapatnya unsurpenipuan. Dalam keadaan ini, sila maklumkan kepadapegawai bank yang memproses permohonan kadkredit tersebut supaya menghubungi Bank NegaraMalaysia untuk menyelesaikan perkara itu, atau andajuga boleh memberi maklumat mengenai pegawai banktersebut kepada pihak Bank Negara Malaysia untuktindakan susulan.

Saya telah mendapatkan laporankredit dan terdapat satu pinjamanyang ingin saya keluarkan daripadalaporan kredit tersebut kerana sayasedang mempertikaikan pinjamantersebut dengan institusi kewanganberkenaan. Saya tidak bersetujudengan penyelenggaraan akauntersebut yang dilaporkan sebagaitidak berbayar selepas sayamembantah caj faedah yang dikenakanterhadap pinjaman berkenaan.Bagaimanakah caranya untuk sayamengeluarkannya?Rekod pinjaman tersebut tidak boleh dikeluarkandaripada laporan kredit kerana masih ada baki pinjamanbelum berbayar dengan institusi kewangan berkenaan.Walau bagaimanapun, ini bergantung pada hasilpenyelesaian pertikaian tersebut dan pihak BankNegara Malaysia boleh memberi pilihan kepada andauntuk menamakan laporan anda dengan nama khas.Ini bermakna bahawa apabila permohonan pinjamananda sedang diproses oleh institusi kewangan, institusitersebut perlu mendapatkan laporan kredit andadaripada Bank Negara Malaysia.Apabila laporan kredit anda diberikan kepada institusikewangan terlibat, pihak Bank Negara Malaysia akanmenyertakan kenyataan anda dan kronologi peristiwayang berkaitan dengan kes yang dipertikaikan. Walaubagaimanapun, keputusan untuk meluluskan ataumenolak pinjaman anda masih lagi tertakluk kepadapertimbangan institusi kewangan yang memprosespinjaman tersebut.

Saya dimaklumkan bahawa nama sayaada dalam CTOS. Bagaimanakah untuk

Page 11: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

• 11

mengemas kini rekod tersebut?CTOS Sdn. Bhd. (CTOS) ialah agensi rujukan kreditswasta dan tidak mempunyai hubung kait dengan BankNegara Malaysia. Anda boleh menghubungi CTOS ditalian 03-27708833 untuk maklumat lanjut.

Saya telah diisytiharkan muflisbeberapa tahun lalu dan telahpunmenyelesaikan sepenuhnya pinjamansaya. Bolehkah Bank Negara Malaysiamengeluarkan nama saya daripadastatus muflis tersebut?Tidak boleh. Anda dikehendaki berurusan terus denganJabatan Insolvensi di talian 03-88851000 berhubungstatus muflis tersebut.

Saya pernah menjamin seseorangbeberapa tahun yang lalu. Individuberkenaan tidak mampu membayarbalik pinjaman tersebut sehingga iatertunggak. Bagaimanakah saya bolehmengelakkan nama saya daripadadisenarai hitam?Bank Negara Malaysia tidak mempunyai sistemsenarai hitam. Menjadi penjamin ialah satu kontraksah yang mengikat anda untuk membayar hutangpeminjam sekiranya peminjam gagal berbuat demikian.Tahap tanggungan penjamin adalah seperti yangtermaktub dalam dokumen jaminan dan anda akandipertanggungjawabkan untuk liabil it i tersebutsebagaimana dinyatakan dalam terma dokumenjaminan berkenaan. Anda dinasihatkan supayamendapatkan penjelasan daripada institusi kewanganyang berkenaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

LAIN-LAIN

Baru-baru ini saya telah menarik diridaripada sebuah perniagaanperkongsian. Bagaimanakah caranyasaya boleh mengelakkan nama sayadigunakan dalam permohonanpinjaman baharu atau sebagaipenjamin kepada perniagaan yang sayabukan lagi salah seorang pemiliknya?Anda dinasihati untuk menyemak dengan SuruhanjayaSyarikat Malaysia bagi memastikan nama andasebagai salah seorang rakan kongsi dan maklumatlain yang berkaitan telah dikemaskinikan dengansewajarnya.

Saya menanggung hutang yang banyakdan tidak lagi mampu membayarpinjaman yang sedia ada. Sayaberharap pinjaman saya dapatdijadualkan semula. BagaimanakahBank Negara Malaysia boleh

membantu saya?Anda boleh mendapatkan bantuan daripada AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di talian1-800-88-2575. AKPK ialah agensi yang diwujudkanoleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakanperkhidmatan pengurusan kewangan, kaunselingkredit, pendidikan kewangan dan penjadualan semulahutang untuk individu.

Di manakah boleh saya dapatkanmaklumat lanjut mengenai CCRIS?Anda boleh layari laman sesawang Biro Kredit dihttp://creditbureau.bnm.gov.my atau hubungiBNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.

Sumber: Bank Negara Malaysia

awal anda bermula, lagi baik. Wanita patutmengambil kira jangka hayat mereka ketikamembuat perancangan persaraan memandangkanada statistik yang menyatakan bahawa wanitamempunyai jangka hayat lebih panjang daripadalelaki.

Panduan 6: Didik anak mengenaiwangSebagai ibu tunggal, tanggungjawab membesar danmendidik anak-anak bukanlah mudah. Pelbagaihalangan yang terpaksa ditempuhi. Seelok-eloknya,didik anak anda mengenai wang, iaitu bagaimanawang boleh menjadikan seorang berjaya, mengajarmereka untuk membuat pilihan dan menunjukkanmereka cara untuk mengendalikan wang denganbaik. Anak-anak kepada ibu tunggal selalumempunyai perasaan takut memikirkan apa akanterjadi kepada mereka sekiranya ibu mereka sudahtiada lagi. Terangkan kepada anak mengenaiperancangan kewangan, pelaburan unit amanah,insurans, harta atau wasiat anda. Semua maklumatini boleh memberi keyakinan kepada mereka dandalam masa yang sama dapat mendidik anak-anakanda tentang kepentingan membuat perancangankewangan untuk masa depan.

KesimpulanSebagai ibu tunggal, anda perlu mempunyaiperancangan kewangan supaya anda dan anak-anak mempunyai masa depan yang lebih baik. Jikaanda masih belum mempunyai perancangankewangan, sekaranglah masanya untuk bermula.Mulakan sekarang! Jangan berlengah lagi demikepentingan mereka yang tersayang.

© Securities Industry Development Corporation. Untukmaklumat lanjut tentang pengurusan kewangan danpelaburan bijak, layari laman web Pelabur Malaysia(www.min.com.my)

sambungan dari muka 7

Page 12: Ringgit Ed19 Draft3.PM6

Bank Negara MalaysiaTalian Tol : 1-300-88-5465E-mel : [email protected] web : www.bnm.gov.my

Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM Connect)Talian Tol : 1-300-88-9980E-mel : [email protected] web : www.abm.org.my

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK)Talian Tol : 1-800-88-2575E-mel : [email protected] web : www.akpk.org.my

Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)Talian am : 03-2272 2811E-mel : [email protected] web : www.fmb.org.my

Sebarang maklum balas sila e-melkan kepada [email protected]

Jangan dedahkan maklumat keselamatan kewangan anda kepada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan pun, sekiranya anda menerima panggilan telefon, SMS atau e-mel yang tidak diundang. Lindungi diri anda dengan tidak melayan mana-mana pihak tidak diundang yang menghubungi anda.

Bank Negara Malaysia dan bank perdagangan TIDAK AKAN menghubungi anda meminta maklumat tersebut. Kami juga tidak akan meminta anda membuat sebarang pemindahan wang. Jika anda telah menerima permintaan seperti itu, JANGAN mengendahkannya.

Sentiasa Berjaga-jaga!

Untuk sebarang pertanyaan atau nasihat lanjut, sila hubungi Bank Negara Malaysia di:

(Waktu urusan: Isnin – Jumaat, 9:00 pagi – 5:00 petang)Faks : 03-2174 1515 E-mel : [email protected]

1-300-88-5465BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)

http://fraudalert.bnm.gov.my

http://facebook.com/bnm.official

Untuk menghantarpertanyaan melaluiperkhidmatan sila taip:

dan hantarkepada15888

BNM TANYA [pertanyaan/ aduan anda]

Berhati-hati dengan penipuan kewangan melalui panggilan telefon, e-mel dan SMS

JANGAN JADI MANGSA!