Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta
-
Upload
amal-sufiah -
Category
Documents
-
view
212 -
download
0
description
Transcript of Reka Bentuk dan Teknologi & Reka Cipta
Kolej Tunku Kurshiah
Nama : AMAL SUFIAH AKMAL SHUKRITajuk : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1 Definisi 3 – 4
2 Faktor Reka Bentuk 5 – 9
3 Jenis Bahan 10 – 19
4 Jenis Pengikat 20 – 24
5 Alatan Tangan dan Mesin 25 – 39
6 Langkah dan Kaedah Reka Bentuk 40 – 56
2
definisi
DEFINISI
Rekabentuk
3
Susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan produk
Teknologi
Pengajian dan ilmu pengetahuan dalam usaha untuk mencipta produk
4
Faktor reka bentuk
5
FAKTOR REKA BENTUK
6
10.MESRA ALAM
Fungsi (Ting. 1, 2)Mempunyai tujuan mengapa produk tersebut dihasilkan atau
dibina.
Mempunyai fungsi utama dan fungsi sampingan.
Produk yang dihasilkan mampu menyelesaikan masalah serta
memenuhi kehendak pengguna.
Rupa bentuk (Ting. 1, 2) Rupa bentuk sesuatu produk mestilah:-
-menarik-tepat-saiz yang sesuai-menarik perhatian pengguna-bentuk, warna serta tekstur yang sesuai
Kesesuaian bahan (Ting. 1, 2) Bahan yang digunakan mestilah:
-bersesuaian dengan prduk yang hendak dihasilkan-mudah didapati-sesuai dengan fungsi produk
Tidak melebihi kos yang diperuntukkan.
Kaedah pembinaan (Ting. 1, 2) Produk mestilah mudah dibina.
Proses pembinaan yang tidak rumit.
Kaedah pembinaan yang tepat dan sistematik.
Ketahanan (Ting. 1, 2) Produk mestilah dapat meyakinkan pengguna untuk
menggunakannya.
7
Produk mestilah tidak mudah patah dan pecah.
Ketahanan sesuatu produk bergantung kepada:
- jenis bahan yang digunakan-kekukuhan binaan
Kos (Ting. 1, 2) Kos pembinaan ynag berpatutan.
Harga jualan mestilah berpatutan dengan harga produk.
Harga produk ialah:
Kos bahan mentah + Kos upah + Kos overhed
Kemasan (Ting. 1, 2) Pilihan kemasan perlulah menarik.
Kemasan perlu bersesuaian dengan tujuan penggunaan produk.
Keselamatan (Ting. 1, 2) Produk tidak mendatangkan kesan yang berbahaya kepada
pengguna.
Tidak tajam di bahagian bucu sesuatu produk.
Tidak mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna.
Nilai Komersial (Ting. 1, 2) Produk yang mempunyai harga di pasaran.
Boleh dijual dan digunakan oleh pengguna.
Memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna.
8
Mesra alam (Ting. 2) Produk yang dihasilkan mestilah mesra pengguna dan mesra alam.
Tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar yang mampu menjejaskan ekosistem sesuatu habitat mahupun komuniti.
9
Jenis bahan
10
JENIS BAHAN
Ting. 1
Keras KAYU
Lembut
MDF
BAHAN
MOUNTING BOARD
Kalis Air
PAPAN LAPIS
Tidak Kalis Air
11
Kayu- Terdapat dua jenis kayu iaitu kayu keras dan kayu lembut.
- Kayu keras digunakan dalam pembinaan perabot.
- Contoh bagi kayu keras ialah cengal dan jati.
- Kayu lembut juga digunakan dalam pembinaan perabot serta pembinaan am.
- Contoh bagi kayu lembut ialah meranti dan nyatoh.
KELEBIHAN KEKURANGAN
Mudah digergaji, digerudi, dipaku dan diskru
Mudah disambung dan dicantum
Lasak Sesuai dengan beberapa jenis
bahan kemasan Lebih teguh Urat dan ira kayu cantik serta
mudah dikerjakan Digunakan untuk kerja
pembinaan Sesuai untuk membuat
permukaan lebar dan luas
Mudah mengecut dan meleding Bahagian hujung mudah retak dan
pecah apabila dipaku Mudah reput dan senang diserang
serangga perosak
12
MDF
- Turut dikenali sebagai Medium Density Fibre Board (MDF)- Diperbuat daripada serat kayu lembut.- Disadur bahan kemasan berwarna mengikut corak ira kayu.- Digunakan dalam pembinaan perabot.
KELEBIHAN KEKURANGAN
Tahan haba Kemasan boleh dibuat seperti kayu
semula jadi Tidak retak apabila dipaku
hujungnya Tidak mudah bengkok dan tidak
meleding Permukaan lebar dan rata
Tidak kalis air Mudah lerai jika ada kecacatan
13
Mounting Board
- Sejenis kadbod daripada kertas.- Terdapat dalam pelbagai saiz, ketebalan dan warna.- Digunakan untuk hiasan, model barangan, kraftangan dan bingkai gambar.
KELEBIHAN KEKURANGAN
Mudah dibentuk dan dikerjakan Kelihatan menarik kerana tedapat
dalam pelbagai warna Ringan
Tidak kalis air Warna mudah luntur Daya kekuatan rendah
14
Papan Lapis- Papan lapis terdiri daripada beberapa lapisan kayu nipis atau Vernier.- Terdapat dua jenis papan lapis iaitu papan lapis kalis air dan papan lapis tidak
kalis air.- Digunakan untuk membuat perabot dan pembinaan am.
KELEBIHAN KEKURANGAN
Ringan dan mudah digunakan Lebar dan rata Tidak mudah mengecut dan meleding Bahagian hujung dan tepi tidak
mudah pecah apabila dipaku atau diskru
Lapisan kayu nippis mudah lekang apabila terkena air
Tidak sesuai digunakan di luar rumah dan bangunan
15
Ting. 2
Keluli Lembut(mild steel)
LOGAM
Aluminium
16
BAHAN
Perspek
PLASTIK
Polyvinyl Chloride(PVC)
Keluli lembut (mild steel)- sejenis bahan logam ferus yang dibuat daripada campuran besi dan karbon
- mudah dibentuk dan dipotong
- terdapat dalam pelbagai bentuk dan ketebalan seperti kepingan, dawai, batang dan bentuk L
- sesuai digunakan untuk membuat skru, jeriji pintu dan sebagainya
KELEBIHAN KEKURANGAN
dapat dipateri dengan menggunakan pemateri logam
terdapat dalam pelbagai bentuk, tebal dan panjang
mudah berkarat jika tidak disapu cat licau
17
Aluminium - bahan logam bukan ferus yang diperoleh daripada bahan galian bauksit- ringan dan mudah dibentuk- pengalir elektrik dan haba yang baik- digunakan untuk menghasilkan barang perhiasan, peralatan rumah, kabel
elektrik dan bahan binaan- bahan logam ynag tahan karat
KELEBIHAN KEKURANGAN
ringan dan mudah dibentuk tahan karat mudah dipotong
tidak dapat dipateri menggunakan pemateri logam
Perspek - kepingan plastic keras
- terdapat dalam pelbagai war na dan ketebalan
18
- digunakan untuk membuat bentuk model atau prototaip bagi sesuatu produk
- untuk membuat papan tanda dan plat kenderaan
- dipotong dengan menggunakan pisau pemotong perspek
KELEBIHAN KEKURANGAN
permukaan licin dan berkilat terdapat dalam pelbagai warna
yang menarik perspek lut sinar boleh diwarnakan
dengan menggunakan cat semburan
permukaan mudah tercalar keras dan mudah pecah semasa
pemotongan sukar dibentuk dan dibengkokkan memerlukan alat khas unutk
membentuk dan mencantum
Polyvinyl Chloride (PVC)- boleh didapati dalam bentuk paip- sejenis bahan yang ringan, tahan karat dan mudah dikendalikan- disambungkan dengan menggunakan simen pelarut atau glu PVC- digunakan untuk membuat paip air, perabot dan sebagainya
KELEBIHAN KEKURANGAN
tidak berkarat ringan dan mudah dikendalikan mudah disambung dengan
menggunakan soket dan simen pelarut
sejenis bahan yang tidak tahan panas
19
20
JENIS PENGIKAT
JENIS PENGIKAT
Ting. 1
PENGIKAT
PAKU GLU SKRU
Paku- Tukul kuku kambing dan tukul warrington digunakan untuk mengetuk paku.
- Saiz paku ditentukan oleh panjang batangnya.
21
- Memaku secara menyerong memberi cengkaman yang lebih kuat.
- Paku kepala rata diperbuat daripada keluli lembut dan digunakan untuk kerja-kerja am.
- Paku panel pula digunakan untuk membuat perabot.
Skru- Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau Loyang.
- Digunakan untuk mengikat bahan kayu dan logam serta memasang engsel.
- Dipasang dengan menggunakan pemutar skru rata atau pemutar skru Philips.
- Cengkaman skru adalah lebih kuat berbanding paku.
- Antara skru yang digunakan ialah skru kepala benam dan skru kepala bulat.
22
Glu- Pastikan permukaan bahan cantuman kering, bersih dan tidak berminyak
sebelum glu digunakan.
- Glu sentuh digunakan untuk mencantum dua bahan berlainan jenis seperti kayu dan logam.
- Glu PVA (Polyvinyl Acetate) digunakan untuk cantuman kayu serta mudah digunakan tetapi tidak kalis air.
Ting. 2
PENGIKAT
RIVET GLU PANAS
(hot-melt glue)
SKRU BENAM SENDIRI
23
(self-tapping screw)
Rivet- sejenis bahan pengikat yang digunakan untuk mencantumkan dua atau lebih
kepingan logam pada rangka projek secara kekal
- diperbuat daripada bahan logam lembut seperti aluminium atau Loyang
- saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya
- digunakan bersama riveter
Glu panas (hot-melt glue)- bahan pengikat untuk mencantumkan kayu, papan lapis atau perspek
- didapati dalam bentuk batang
- terdapat dalam beberapa saiz
- digunakan bersama ‘hot-glue gun’
- ‘hot-glue gun’ menggunakan arus elektrik untuk mencairkan batang glu panas
24
Skru benam sendiri (self-tapping screw)
- bahan pengikat untuk mencantumkan kepingan pada rangka atau pemidang projek
- menghasilkan cantuman yang kuat
- cantuman boleh dibuka semula jika berlaku kesilapan semasa pemasangan
- saiz ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya
- terdapat tiga jenis skru iaitu skru kepala bulat, skru kepala rata dan skru kepala timbul
25
ALATAN TANGAN DAN MESIN
26
ALATAN TANGAN DAN MESIN Alatan tangan
Ting. 1
Pita Pengukur- Digunakan untuk mengukur jarak.- Terdapat dalam unit mm, cm dan meter.- Saiznya terdiri daripada 3m – 6m.
Pembaris keluli- Digunakan untuk mengukur dan memindahkan jarak.- Terdapat dalam saiz 30 cm, 45 cm, 60 cm dan 100 cm.
27
Sesiku L- Digunakan untuk menguji ketepatan sudut 90 darjah, menguji kerataan
permukaan bahan dan membuat garisan bersudut tepat.- Saiznya ditentukan oleh panjang bilah.
Tolok penanda- Digunakan untuk menanda tebal dan lebar kayu.
28
Tolok serong- Digunakan untuk menanda dan memindah sudut bukan 90 darjah serta
digunakan untuk membina tanggam.
Gergaji puting- Digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam.- Jalur logam membantu untuk menguatkan bilah gergaji.
29
Gergaji lengkung halus- Digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis.
Gergaji tangan- Digunakan untuk mengerat dan membelah kayu.- Saiznya ditentukan mengikut panjang bilah dan bilangan giginya setiap
25mm.
30
Tukul kuku kambing- Digunakan untuk menukul dan mencabut paku.- Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya.
Tukul warrington- Digunakan untuk menukul paku kecil.- Bongkol tirus digunakan semasa mula memaku.- Saiznya ditentukan mengikut berat kepala.
31
Kikir parut- Digunakan untuk membentuk lengkung dan meratakan kayu.- Saiznya ditentukan mengikut panjang dan gred gigi.- Berus dawai digunakan untuk membersihkan alatan ini.
Gandin kayu- Digunakan untuk mengetuk pahat dan turut digunakan dalam pemasangan
tanggam.- Saiznya ditentukan mengikut saiz kepala.
32
Pahat tepi serong - Digunakan untuk memahat, meraut, meratakan tanggam serta
membersihkan bucu tanggam.- Saiznya ditentukan mengikut lebar mata pemotong.- Matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi.
Ting. 2
Pisau pemotong perspek- digunakan khas untuk memotong perspek
- kepingan perspek digarit berulang kali dengna menggunakan mata pemotong - dapat mengelakkan kepingan pecah di bahagian lain semasa ditekan
33
Gandin getah- digunakan untuk megetuk dan meratakan kepingan logam
- mengetuk kepingan logam dan membentuk keluli lembut yang nipis- digunakan untuk mengelakkan permukaan logam menjadi calar atau rosak- kepingan logam perlu dialas sebelum kerja-kerja mengetuk dan meratakan permukaan logam dijalankan bagi mengelakkan kepingan calar atau rosak
Stapler gun- digunakan untuk merekat kepingan papan lapis, MDF dan mounting board
- membolehkan cantuman dibuat dengan tepat dan cepat
34
Penebuk pusat- digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam atau keluli lembut sebelum proses menebuk lubang dengan menggunakan gerudi dijalankan- lubang ditebuk untuk memasang rivet atau skru benam sendiri- digunakan bersama tukul kepala bulat- mata bersudut 60 dan 90 darjah
Riveter- merivet atau mencantumkan kepingan logam pada rangka atau pemidang keluli lembut.- logam disambungkan secara kekal- digunakan bersama rivet aluminium- muncungnya boleh ditukar bersesuaian dengan saiz rivet yang digunakan
Hot-glue gun
35
- memanas dan mencairkan batang glu panas semasa kerja mencantum projek
- tuas penekan digunakan untuk mengeluarkan glu panas yang telah cair- bahagian projek yang hendak dicantum perlu dirapatkan hingga glu panas sejuk untuk mendapatkan cantuman yang sempurna
Mesin Mesin Gerudi Lantai – Ting. 1
- Digunakan untuk menggerudi kayu, logam nipis atau plastic
- Bahan kerja diapit pada ragum gerudi
- Mesin gerudi dipasang dan dibolt ke lantai
- Langkah menggerudi :-
Tandakan pusat pada bahan dengan penanda pusat Apit bahan pada ragum Pasang dan ketatkan mata gerudi serta tanggalkan kunci bindu Tekan tuas pemasuk untuk menurunkan bindu Hidupkan suis serta mula menggerudi Semasa menggerudi, naikkan bindu perlahan-lahan untuk membuang
serpihan bahan Matikan suis Keluarkan bahan dari ragum
36
Mesin Gerudi Mudah Alih (Cordless screwdriver) – Ting. 1 & 2
37
- digunakan untuk memasang skru benam sendiri
- menggerudi lubang dengan memasang mata gerudi pada rahangnya
- mesin ini dipasang dengan mata pemutar skru mengikut bentuk kepala
atau alur pada skru yang digunakan
Mesin pelelas mudah alih (sander) – Ting. 2
38
- digunakan dalam kerja kemasan
- meratakan dan melicinkan permukaan kayu
- membuang karat pada keluli lembut
- kertas las (kertas pasir) dipasang pada penyepit sander sebelum proses
merata dilakukan
Mesin gergaji jig – Ting. 2
39
- digunakan untuk memotong lurus dan lengkung pada papan, papan
lapis, MDF dan kepingan plastik- terdapat pelbagai jenis mesin gergaji jig di pasaran dan kaedah
pengendaliannya juga berbeza- mata gergaji perlu mengikut jenis dan ketebalan bahan yang hendak
dipotong- mata besar untuk papan tebal dan mata kecil untuk papan nipis
40
langkah dan kaedah reka bentuk
Pengenalpastian Masalah Pengenalpastian masalah merupakan asas dalam pembuatan produk baru atau
produk sedia ada.
- Mengenal pasti masalah
41
Anda berkongsi bilik dengan adik anda. Setiap hari anda sering menghadapi masalah untuk mencari alat tulis dan barang yang dipinjam oleh adik anda kerana meja tulisnya selalu bersepah. Ibu anda telah membelikannya laci menyimpan barang kecil yang diperbuat daripada plastik. Adik anda mengadu bahawa barang yang disimpan dalam laci tersebut sukar untuk dicari apabila dia memerlukannya.
Mengenal pasti masalah merupakan adalah salah satu daripada langkah utama dalam proses reka cipta.
Contoh masalah:-
- Mengumpul maklumat dan data Maklumat dan data sangat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Data maklumat mengenai sesuatu masalah boleh diperoleh daripada katalog,
lembaran spesifikasi dan manual produk. Maklumat pula berkaitan dengan produk pasaran, reka bentuk dan sumber
teknologi. Tedapat pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat dan data. Antaranya ialah:-
Pengalaman sendiri Pembacaan dan penyelidikan Soal selidik Melayari internet Lawatan Bimbingan guru
Pemerhatian
- Menganalisis maklumat Maklumat yang diperoleh perlu dianalisis bagi mendapatkan suatu rumusan. Maklumat yang relevan akan dikaji dari segi kekuatan dan kelemahan serta
dibuat perbandingan.
42
Keputusan yang dibuat perlu direkodkan. Keputusan untuk memilih masalah yang perlu diselesaikan bergantung kepada
keadaan, keutamaan, kesesuaian dan kepentingan.
- Menyenarai idea penyelesaian masalah Perbincangan dan sumbang saran merupakan langkah terbaik dalam
mendapatkan idea bagi penyelesaian masalah. Idea penyelesaian masalah boleh dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti
peta minda, lakaran bebas, sumbang saran dan perbincangan kumpulan.
Pemilihan Idea Pemilihan idea ialah sebuah proses di mana kita perlu memilih salah satu
daripada pelbagai pilihan yang kita ada. Pemilihan idea sangat penting kerana idea tersebut perlulah mampu dibina dan
mempunyai ciri yang menarik minat pengguna.
- Menilai dan memilih idea yang paling sesuai Penelitian terhadap kelebihan dan kelemahan bagi setiap idea penyelesaian
masalah perlu dibuat bagi memastikan setiap aspek penting diketahui. Antara aspek yang perlu diketahui ialah:-
keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan sedia ada pengetahuan dan kemahiran sedia ada bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapati dengan kos rendah
dan tidak membebankan kepentingan produk boleh menyelesaikan masalah dan memenuhi
keperluan pengguna mesra alam
Perekaan Projek Perekaan projek ialah proses yang dilakukan untuk membentuk projek yang
hendak dikeluarkan.
- Melakar beberapa reka bentuk projek Bentuk lakaran dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) Menggunakan kertas lukisan, kertas grid dan pensel HB Lakaran 3D- lakaran oblik atau isometrik
43
Pemilihan Reka Bentuk Pemilihan reka bentuk perlu dilakukan dengan teliti kerana hanya reka bentuk
yang menarik dan sesuai sahaja yang mampu menjadikan produk tersebut bersaing di pasaran.
- Menilai dan memilih konsep reka bentuk Lakaran yang paling sesuai berpandukan kriteria reka bentuk perlu dipilih bagi
menghasilkan projek.
- Membuat lukisan kerja berdasarkan lukisan unjuran ortografik Lakaran 2D- unjuran ortografik
Mendimensi (Membuat ukuran)
44
Perancangan Pembinaan Projek Perancangan pembinaan projek perlu dilakukan dengan sistematik selain dapat
menjimatkan bahan, masa dan kos.
- Bahan dan kesesuaiannya Bahan yang dipilih perlulah bersesuaian dengan ketahanan projek dan bernilai
komersial.
- Memilih alatan Alatan yang akan digunakan bergantung kepada teknik pembinaan yang akan
dilakukan.
- Membuat jadual kerja dan mengira kos pengeluaran Contoh jadual kerja:-
45
Contoh kos bahan projek:-
Pembinaan, Pengujian dan Pengubahsuaian Projek
46
Pengujian dan penilaian projek adalah untuk memastikan projek yang dihasilkan berkualiti, menepati kehendak pengguna dan berfungsi dengan betul.
- Mengukur, menanda dan memotong Mengukur
Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pembaris keluli, pita pengukur dan sesiku L
Sesiku L digunakan untuk menguji kerataan, kepersegiaan dan ketepatan
Menanda Menanda bahagian yang hendak digerudi, dipotong dan ingin dibuat
tanggam Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pensel, sesiku
L, penggarit, pisau penanda, tolok penanda dan penebuk pusat
Memotong
47
Antara alatan tangan yang digunakan dalam proses ini ialah pisau pemotong perspek, gergaji tangan, gergaji puting dan gergaji besi
- Membina dan mencantum bahagian projek Membina
Membina dilakukan sebelum bahagian projek dipasang. Aktiviti membina adalah seperti melengkung, melipat dan membengkok.
Mencantum Kerja-kerja mencantum meliputi kerja-kerja membuat tanggam, mengglu,
memaku, memasang skru, merivet dan merekat Membuat tanggam – Membuat cantuman untuk menghasilkan struktur
produk. Terdapat beberaa jenis tanggam iaitu tanggam temu, tanggam lekap, tanggam parit terus, tanggam parit buntu, tanggam berpenetap dan tanggam rencong.
48
Mengglu – Mencantumkan bahagian projek seperti kayu, MDF, perspek dan mounting board. Proses ini menggunakan sama ada glu panas atau glu sentuh.
Memaku – Memaku serong sesuatu projek bagi memberikan cengkaman ynag lebih kuat. Menggunakan paku kepala rata dan paku panel.
49
Memasang skru – Menggunakan skru benam sendiri untuk mencantumkan logam seperti keluli lembut dan aluminium. Skru juga dipasang dengan menggunakan Cordless screwdriver.
Merivet – Mencantumkan bahan berasaskan kepingan logam dan keluli lembut. Rivet digunakan bersama riveter.
Merekat – Mencantumkan bahan projek berasaskan papan lapis, MDF dan mounting board pada rangka atau pemidang projek. Menggunakan stapler gun.
50
Terdapat beberapa bahan pemasangan seperti engsel, breket dan penyangkut. Engsel – Digunakan untuk memasang bahagian pintu atau penutup projek.
Rivet dan skru benam sendiri diperlukan bagi bahan pemasangan ini.
Breket – Memasang tetingkat atau para pada bahagian projek untuk menguatkan sambungan pada pepenjuru projek.
Penyangkut – Digunakan untuk menggantung projek pada dinding.
51
- Memeriksa dan menguji sambungan dan pemasangan Pemeriksaan perlulah dilakukan terhadap setiap sambungan dan pemasangan
pada projek. Hal ini bertujuan supaya projek yang dibina kukuh dan berfungsi.
- Menguji dan menilai projek Projek yang dihasilkan hendaklah diuji untuk mengetahui sama ada ia boleh
berfungsi sepenuhnya atau tidak. Sekiranya pengubahsuaian diperlukan, ianya akan dilakukan pada peringkat ini. Tujuan penilaian adalah untuk mendapatkan hasil yang lenih berkualiti.
- Membuat kemasan Proses ini merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu projek. Proses ini penting kerana ianya akan menjadikan projek yang telah dihasilkan
menjadi cantik, selamat digunakan, tahan lebih lama serta mudah dibersihkan. Terdapat beberapa jenis bahan kemasan :
Cat licau – Menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat serta kalis air. Sesuai digunakan sebagai kemasan luaran yang terdedah kepada hujan dan panas. Bahan pelarutnya ialah turpentin.
Cat sembur – Boleh didapati dalam pelbagai warna. Mudah digunakan dan cepat kering. Bahan pelarutnya ialah turpentin.
52
Syelek – Digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek yang biasa digunakan ialah syelek jingga. Bahan pelarutnya ialah spirit metil.
Varnis – Varnis jernih ialah varnis yang sering digunakan. Varnis dapat memberi kemasan ynag berkilat. Sejenis bahan kemasan yang kalis air dan kalis haba. Bahan pelarutnya ialah thinner.
Tona kayu – Digunakan untuk mengemaskan permukaan kayu. Terdapat dalam beberapa jenis. Sejenis bahan kemasan yang kalis air dan haba. Memberikan hasil yang cantik dan berkilat. Bahan pelarutnya ialah turpentin.
53
Semburan lekar jernih – Memberikan kemasan kalis air dan kalis haba. Mudah digunakan dan cepat kering. Bahan pelarutnya ialah thinner.
Pelekat – Pelekat juga boleh digunakan sebagai bahan kemasan. Jika pelekat tidak disertakan dengan glu pelekat, glu sentuh atau glu PVA perlu disapukan pada kedua-dua permukaan kayu dan pelekat.
54
Terdapat beberapa jenis bahan dan alat kemasan:
Kertas las – Membersihkan, melicinkan dan menghilangkan tanda atau kesan calar pada permukaan kayu. Kertas las jenis kaca dan kertas las garnet digunakan untuk kayu. Kertas las wet dan dry (silicon carbide paper) digunakan untuk logam dan plastik. Kain las emery digunakan untuk permukaan logam.
Tepung penyumbat – Menutup liang pada ira kayu. Pelajar digalakkan menggunakan penyumbat sedia bansuh atau tepung penyumbat dicampur dengan air atau pewarna kayu. Menggunakan kain atau pengikis untuk membuang lebihan tepung penyumbat.
Berus cat – Digunakan untuk menyapu cat licau.
55
Berus syelek – Digunakan untuk menyapu syelek, lekar, varnis dan tona kayu.
Pengikis – Digunakan untuk menyumbat bancuhan tepung penyumbat. Selain itu, ia turut digunakan untuk mengikis lapisan karat pada keluli atau logam.
Pendokumentasian Setiap peringkat yang terdapat perlu didokumentasikan.
56
Pendokumentasian dibuat dalam bentuk folio dan boleh dipersembahkan sama ada secara bertulis atau ditaip.
- Mengumpul dan merekodkan maklumat berkaitan projek yang dibina Antara perkara yang diperlukan untuk pendokumentasian ialah:-
57
1) Tajuk projek atau nama produk Rak pelbagai guna
2) Latar belakang Pernyataan masalah : Meja yang masih bersepah kerana ruang menyimpan tidak sesuai. Produk sedia ada : Produk yang ada tidak sesuai, kurang menarik dan penggunaan
terhad. Cadangan projek : Menyediakan satu rak pelbagai guna.
3) Objektif dan fungsi Menyimpan alat tulis dan cakera padat
4) Deskripsi produk Bahan dan komponen : menyenaraikan semua bahan dan komponen yang akan
digunakan untuk membuat produk dari segi jenis, kuantiti dan kos. Jadual kerja : merekodkan segala aktiviti yang dijalankan. Lukisan kerja : mengandungi lukisan kerja projek yang akan dibuat dan maklumat yang
berkaitan dengan pembinaan. Pembinaan : -menyenaraikan langkah-langkah kerja dalam pembinaan projek.
- menyatakan jenis pengujian yang dilakukan untuk menguji pemasangan dan penyambungan.- keputusan ujian perlu dilaporkan.
5) Rujukan atau bibliografi Menyenaraikan semua bahan rujukan yang digunakan dalam proses mereka cipta
6) Lampiran Mengandungi maklumat yang digunakan tetapi tidak dinyatakan dalam bahagian lain
seperti lakaran reka bentuk, model, katalog produk dan lain-lain.