Refleksi Swot

2
REFLEKSI DI ATAS SESI PENGAJARAN MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT Strength (kekuatan yang ada pada diri guru dan amalan pengajaran) Antara kekuatan yang ada pada diri guru adalah hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar dimana guru lebih mengenali dan memahami kehendak dan cara pelajar. Selain itu, suara guru yang kuat dan tegas juga mampu menarik perhatian pelajar untuk member perhatian kepada apa yang disampaikan. Selain itu juga, amalan pengajaran guru yang melibatkan pelajar dalam aktiviti Seni Dalam Pendidikan (intergrasi seni visual dengan muzik dan pergerakan) telah dapat menarik perhatian dan penglibatan pelajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran matapelajaran seni. Weaknesses (kelemahan pada diri guru dan amalan pengajaran) Kelemahan yang terdapat pada guru itu sendiri adalah kurangnya pendedahan tentang pengkaedahan terbaik serta pengalaman pengajaran yang berkesan berbanding dengan guru seni option dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, amalan pengajaran guru yang dianggap masih lemah termasuklah bercakap terlalu cepat, kurang sensitif dan peka terhadap perubahan tingkahlaku pelajar seperti berbual-bual, mengantok, tidakaktif dan sebagainya. Opportunity (peluang yang terdapat bagi penambahbaikan) Peluang sedia ada yang terdapat bagi penambahbaikan amalan pengajaran didalam kelas adalah sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu

description

contoh refleksi swot

Transcript of Refleksi Swot

Page 1: Refleksi Swot

REFLEKSI DI ATAS SESI PENGAJARAN MENGGUNAKAN ANALISIS SWOT

Strength (kekuatan yang ada pada diri guru dan amalan pengajaran)

Antara kekuatan yang ada pada diri guru adalah hubungan yang rapat dengan pelajar-pelajar

dimana guru lebih mengenali dan memahami kehendak dan cara pelajar. Selain itu, suara guru

yang kuat dan tegas juga mampu menarik perhatian pelajar untuk member perhatian kepada

apa yang disampaikan. Selain itu juga, amalan pengajaran guru yang melibatkan pelajar dalam

aktiviti Seni Dalam Pendidikan (intergrasi seni visual dengan muzik dan pergerakan) telah dapat

menarik perhatian dan penglibatan pelajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran

matapelajaran seni.

Weaknesses (kelemahan pada diri guru dan amalan pengajaran)

Kelemahan yang terdapat pada guru itu sendiri adalah kurangnya pendedahan tentang

pengkaedahan terbaik serta pengalaman pengajaran yang berkesan berbanding dengan guru

seni option dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, amalan

pengajaran guru yang dianggap masih lemah termasuklah bercakap terlalu cepat, kurang

sensitif dan peka terhadap perubahan tingkahlaku pelajar seperti berbual-bual, mengantok,

tidakaktif dan sebagainya.

Opportunity (peluang yang terdapat bagi penambahbaikan)

Peluang sedia ada yang terdapat bagi penambahbaikan amalan pengajaran didalam kelas

adalah sikap ingin tahu pelajar terhadap sesuatu perkara. Pelajar juga gemarkan aktivitisosial

seperti aktiviti berkumpulan, belajar sambil bermain serta pelbagai aktiviti yang melibatkan

interaksi sosial dan intergrasi ketiga-tiga subjek seni di dalam pengajaran dan pembelajaran di

mana ianya memenuhi tuntutan jiwa dan psikologi pelajar. Selain itu juga, pemahaman dan

minat pelajar juga banyak dipengaruhi oleh amalan mengajar guru. Guru juga perlu merebut

peluang sedia ada iaitu konsep pembelajaran berpusatkan pelajar dengan aktiviti berkumpulan

sambil menerapkan unsur permainan, dengan memberitahu pelajar tujuan sebenar aktiviti

seumpamanya dijalankan. Ini bertujuan agar pelajar memahami unsur murni yang terselit pada

Page 2: Refleksi Swot

konsep pembelajaran melalui pengintergrasian subjek seni muzik, seni visual dan seni

pergerakan dalam aktiviti berkumpulan disamping menerapkan semangat berkerjasama,

mendengar arahan, berani bersuara dan lain-lain lagi.

Threats (cabaran/masalah pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas)

Ancaman yang terdapat pada sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah adalah

perubahan sikap, emosi dan tingkahlaku pelajar itu sendiri yang kadangkala memberi impak

positif mahupun negatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu

juga, segelintir pelajar cuba mengambil kesempatan untuk lebih bermain dari belajar dan

menerima input daripada yang didengari dan disampaikan oleh rakan pelajar yang lain. Selain

itu juga, guru juga mempunyai dilema kerana terikat dengan beban sukatan pelajaran yang

ketat dimana menyebabkan guru terpaksa berkejar untuk menghabiskan sukatan tanpa

mengambil kira prestasi pelajar.