REFLEKSI EDU 3104
description
Transcript of REFLEKSI EDU 3104
Refleksi Kendiri :
Rahel Henry Bakim
921028-13-5924
Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana
saya bersama ahli kumpulan saya akhirnya dapat menyempurnakan tugasan projek
ini iaitu berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Saya akui bahawa tugasan ini
memerlukan kerjasama yang kukuh dari sesama ahli kumpulan. Saya, Rahel Henry
Bakim, bersama dua orag rakan saya yang setia bersama saya dalam
menyelesaikan tugasan ini iaitu Nur Azryn Bt Mohd Dahalan dan Nurdiyanah Bt Jinli.
Saya sangat berpuas hati dengan kerjasam mereka berdua. Kami telah bersama
untuk bersetuju memfokuskan kajian kes kami kepada kes dimana seorang pelajar
yang mengakibatkan gangguan di dalam bilik darjah serta memberikan kesan buruk
pada proses pengajaran dan pembelajaran, dan, seorang guru yang baru sahaja
mengajar di sekolah tersebut yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah itu.
Saya turut akui banyak ilmu telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan
projek ini lagi-lagi sebagai bakal menjadi guru iaitu pengurus bilik darjah yang baik
dan berkesan. Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ahli sekumulan serta
rakan-rakan, syukur, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga
saya ucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing,Puan Hariyanti Bt Abdul
Hamid yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat bagi kami untuk
menyiapkan tugasan projek ini.
Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas
terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh
seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah
diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin
Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976.
Saya turut membaca berkenaan dengan murid dan alam belajar. Semua ini adalah
berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.
Tugasan sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha
meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja
kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu
pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan.
Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber maklumat dan rujukan untuk kerja
kursus ini individu berjaya mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan
perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang
sepatutnya adapada setiap guru dan sebagai bakal guru saya berasa bangga dan
bersyukur kerana berjaya mengubah sikap. Seterusnya, sewaktu proses
pembelajaran topik yang perlu dikaji pula, saya telah bertanya kepada rakan dan ini
merupakan satu usaha yang baik kerana melalui proses ini saya bukansahaja dapat
bertukar buah fikiran malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang
sedia ada.
Saya turut lebih mengenali dan memahami tentang bilik darjah dan murid.
Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan,
dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,yang dihiasi
dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta
peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Murid sebagai
sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran dan berketrampilan manakala guru pula berperanan sebagai pencetus
idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi
semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan.
Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang
merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada
kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai
murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat
kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan,
perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.
Berpaksikan matlamat pengurusan bilik darjah utama iaitu penghasilan
suasanabilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan
murid yang aktif dan produktif, maka guru perlulah memastikan bilik darjah berada
dalamkeadaan yang selamat, menyeronokkan dan ada suasana demokratik dimana
murid boleh bergaul sesama mereka bagi menggalakkan interaksi murid.
Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan
pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid, pengurusan
organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta
penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah
susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh
gurudan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Seperti sedia maklum, bilik
darjah merupakan tempat murid menuntut ilmu dan kriteria seperti selamat,
menyeronokkan,bersih, ceria dan selesa sebenarnya hanya berpaksikan kepada
matlamat utama bagi menghasilkan bulik darjah yang efektif iaitu bagi menghasilkan
suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan
murid yang aktif dan produktif. Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya
dapat memenuhi kriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu
memastikan saiz bilikdarjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam
bilik darjah itu samaada mencukupi atau tidak, pengaliran udara yang baik supaya
murid selesa danperalatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran kelak.
Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui kaedah yang sepatutnya
menjadi asas dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, saya juga berjaya mendalami
matlamat atau kepentingan mengenai pengurusan bilik darjah ini. Melalui kerja
kursus ini, saya juga mengetahui prinsip-prinsip asas yang praktikal dan kos efektif
dalam mereka bentuk bilik darjah dan penyusunannya. Hal ini secara langsung dapat
memberi persediaan awalkepada saya untuk bersedia pada masa hadapan supaya
saya dapat menguruskan sebuah bilik darjah dengan baik dan seterusnya
melahirkan individu murid yang berketrampilan dan produktif.
Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat
saya perolehi melalui tugasan projek ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan
sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan
menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya
berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan projek ini dapat
membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan
generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi
selaras dengan hasrat wawasan 2020.