Refleksi BIG Mum Benchmarking

11
REFLEKSI Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Ke Sekolah Kluster, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Kuantan. Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi membina dan menerapkan nilai-nilai murni dan hidup berlandaskan kepercayaan dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala pengisian aktiviti yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa. Arahan untuk Program Bina Insan Guru Semester 8 kali ini adalah mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai ciri-ciri dan diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan sekolah, penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan panduan dan boleh diaplikasi ke sekolah masing-masing. Pada 6 Mac 2015, seramai 74 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 dari Unit Bahasa Cina telah mengadakan Lawatan Benchmarking ke Sekolah Jenis FOO NYET CHIN 671230-01-5548 BCN UNIT 1 AMBILAN JUN

description

Refleksi BIG Mum Benchmarking

Transcript of Refleksi BIG Mum Benchmarking

Page 1: Refleksi BIG Mum Benchmarking

REFLEKSI

Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Ke Sekolah Kluster, Sekolah Jenis

Kebangsaan (Cina) Kong Min, Kuantan.

Program Bina Insan Guru merupakan salah satu daripada perancangan bagi

membina dan menerapkan nilai-nilai murni  dan hidup berlandaskan kepercayaan

dan agama sebagai proses membentuk guru-guru yang serba boleh serta dapat

menyesuaikan diri dalam apa jua persekitaran masyarakat. Segala  pengisian aktiviti

yang dirancangkan di dalam program ini adalah berteraskan kepada Prinsip Negara

yang didukung oleh semua rakyat yang sekaligus menjadi asas pembentukan rakyat

dan menjadi tonggak pembinaan sesebuah negara bangsa.

Arahan untuk Program Bina Insan Guru Semester 8 kali ini adalah

mengadakan satu lawatan penanda aras ke sekolah yang mempunyai ciri-ciri dan

diiktiraf sebagai sekolah kluster, sekolah bestari, sekolah harapan Negara dan yang

terbaru sekali ialah sekolah berprestasi tinggi. Tujuan lawatan ini diadakan adalah

bagi memberikan pendedahan kepada guru-guru tentang pengurusan sekolah,

penerapan budaya-budaya cemerlang di sekolah berkenaan untuk dijadikan

panduan dan boleh diaplikasi ke sekolah masing-masing.

Pada 6 Mac 2015, seramai 74 orang pelajar Program Pensiswazahan Guru

Ambilan Jun 2011 dari Unit Bahasa Cina telah mengadakan Lawatan Benchmarking

ke Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kong Min, Kuantan. Pada pendapat saya,

Melalui lawatan ini, kami dapat mengenali dan menilai potensi diri insan guru,

membina pemikiran serta motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Selain itu,

kami juga dapat menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti.

KEKUATAN

Apa yang dicapai oleh sekolah ini amat membanggakan. Banyak program

yang dilaksanakan dan diusahakan oleh pihak sekolah ini untuk mencapai kejayaan

tersebut. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan

FOO NYET CHIN

671230-01-5548

BCN UNIT 1 AMBILAN JUN 2011

Page 2: Refleksi BIG Mum Benchmarking

Guru (PIBG) juga antara yang menjadi faktor kejayaan sekolah ini. Penglibatan

warga ibu bapa dalam aktiviti yang dijalankan membolehkan ibu bapa sentiasa

mengetahui perkembangan terkini anak-anak mereka serta boleh mengaplikasikan

maklumat-maklumat tersebut untuk membantu anak-anak di rumah. Oleh itu, setiap

murid bukan sahaja mendapat bimbingan di sekolah tetapi juga berterusan sehingga

di rumah. Konsep seperti inilah yang akan melahirkan murid yang cemerlang.

Salah satu rahsia kejayaan SJK(C) Kong Min ini adalah penggunaan modul

pembelajaran yang disediakan sendiri oleh barisan guru-guru sekolah tersebut.

Modul dalam bentuk buku latihan ini dibina mengikut tahap pembelajaran murid-

murid. sekolah cluster tidak bersikap lepas tangan untuk memilih buku-buku kerja

yang dilambakkan dalam pasaran tetapi menghasilkan sesuatu yang bersesuaian

dengan kemahiran serta tahap pembelajaran murid-murid untuk mengekalkan

kejayaan sekolah mereka. Ini akan membantu merangsang kejayaan sekolah

tersebut dan membantu menaikkan prestasi pencapaian UPSR dalam tahun 2015

dan seterusnya.7

            Kesimpulannya, program Bina Insan Guru kali ini banyak memberikan

maklumat yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah masing-masing. Ada juga

program yang sama telah dijalankan di sekolah saya namun perlu melalui proses

penambaikan untuk mendapat kesan menyeluruh. Lawatan penanda aras seperti ini

akan memberi peluang kepada guru untuk menimba ilmu terutamanya dari aspek

pengurusan dan pentadbiran.

Page 3: Refleksi BIG Mum Benchmarking

REFLEKSI

Ceramah Guru Inovatif

Ceramah ini telah dijalankan pada hari Sabtu, 07 Mac 2015 bertempat di

Hotel Seasons View Kuantan. Program ini dianjurkan oleh pelajar PPG semester 8

dari unit BC 1, BC 2, BC 3 dan BC4, Semester 8 Ambilan Jun 2011 sebagai

memenuhi pro forma Bina Insan Guru bagi semester ini. Bengkel ini bertujuan untuk

memberi pengetahuan kepada guru pelatih mengenai bagaimana untuk menjadi

seorang guru yang inovatif.

Ceramah mengenai “Guru Inovatif" ini telah disampaikan oleh Dr. Wong Sien

Biang. Kepentingan pengetahuan mengenai guru inovatif ini kepada guru pelatih

adalah untuk mengetahui bagaimana untuk membina inovasi dalam sistem

pendidikan. Ia juga menjadi panduan kepada guru dalam menjalankan tugas agar

tidak alpa dan leka terhadap tanggujawab sebagai pendidik.

Pelbagai input positif yang diperolehi melalui ceramah ini, selain

mendedahkan bakal guru seperti saya ini tentang bagaimana untuk menjadi guru

yang kreatif ia juga memberi informasi tentang isu-isu semasa yang melibatkan

inovasi dalam pendidikan. Ceramah ini juga menerangkan perbezaan antara inovatif

dan kreatif. Semua orang mampu menjadi seorang yang kreatif namun tidak semua

orang mampu menjadi inovatif.

Ceramah ini juga membantu guru pelatih membina pemikiran yang positif dan

motivasi kendiri profesion perguruan. Motivasi untuk menjalankan tanggungjawab

dengan penuh keikhlasan dan dedikasi serta sentiasa berlandaskan hukum agama

dan negara. Melalui ceramah ini juga, guru pelatih diberi kesedaran dalam

menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat serta hidup untuk berbakti kepada

negara dan masyarakat.

Apa yang dapat dilihat sepanjang ceramah ini ialah, majlis telah dijalankan

secara tersusun mengikut jadual yang telah dirancang. Kami tidak menunggu lama

Page 4: Refleksi BIG Mum Benchmarking

dan sesi ceramah serta soal jawab berjalan lancar. Masalah dari segi teknikal dan

urusetia majlis juga tidak timbul dan menjadikan bengkel ini tamat pada masa yang

telah dirancang tanpa mengganggu aktiviti guru pelatih mahupun pensyarah yang

terlibat. Sekalung tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat dalam

merancang dan mengurus bengkel ini. Sesungguhnya pengalaman yang mereka

timba melalui program ini dapat mereka kongsikan bersama rakan yang lain agar

dapat dijadikan panduan dan bimbingan pada masa akan datang.

Aktiviti perbincangan yang dijalankan juga berjalan dengan baik. Segala

pandangan dari setiap kumpulan diterima dan di kongsi bersama. Di sini saya

pelajari bagaimana seorang guru mampu menjadi seorang guru yang inovatif melalui

ICT dan sebagainya. Sebagai bakal guru saya perlu banyak belajar untuk menjadi

guru yang kreatif dan inovatif agar dapat menarik minat murid untuk belajar.

Secara tuntasnya, diharapkan program ini memberi banyak informasi dan

pengalaman baru kepada guru pelatih. Sesungguhnya ilmu yang diperolehi begitu

berguna untuk masa depan apabila sudah bergelar guru kelak. Mudah-mudahan

maklumat ini menjadikan kita lebih peka dan prihatin terhadap isu sekeliling dan hak-

hak terhadap bidang pendidikan di negara ini. Guru yang berilmu bakal dihormati dan

disanjung oleh semua pihak.

Page 5: Refleksi BIG Mum Benchmarking

REFLEKSI

Lawatan Penanda Aras: Interaksi dengan Guru Cemerlang

Pada 6 Mac 2015, seramai 99 orang pelajar PPG telah mengadakan Lawatan

Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min, Beserah,

Kuantan. Seorang pensyarah pembimbing IPG Kuala Lipis iaitu En Chew Chee Hong

turut mengiringi kami ke sekolah tersebut. Berikut merupakan tentatif program

Lawatan Penanda Aras (Benchmarking) Guru Cemerlang di SJK(C) Kong Min.

Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru

mengenai proses-proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses

yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang –

kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru

boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru

cemerlang dalam talian.

Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran

kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar tidak

kira dari aspek akademik ataupun kokurikulum untuk memudahkan proses apabila

dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang

kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi

sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.

Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua

guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan Encik Lee Meng Yee. Semua

guru pelatih kelihatan malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab

dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan

soalan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips

dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini.

Kemudian, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan

perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Kebanyakkannya

asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun

Page 6: Refleksi BIG Mum Benchmarking

begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas

sedar akan keadaan tersebut.

Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya

meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga

memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum

mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru. Kepuasan seorang

guru tidak terletak pada gajinya tetapi apabila melihat kejayaan pelajarnya

memahami sesuatu perkara yang diajar. 

Page 7: Refleksi BIG Mum Benchmarking

REFLEKSI

Ceramah Bengkel Guru Dan Perundangan

Bina Insan Guru (BIG) adalah komponen wajib diikuti oleh pelajar Program

Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Ianya merupakan satu wahana ke arah pembinaan

dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan oleh kerajaan selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dan Falsafah Pendidikan Guru. 

Untuk komponen ceramah dan bengkel, ia bertemakan “Guru dan

Perundangan”. Ceramah yang disampaikan oleh Encik Johari Bin Mohd Salim,

Penolong Pengarah Unit Tatatertib Dan Keutuhan, Jabatan Pendidikan Pahang.

Beliau dipilih menjadi penceramah kerana kobolehan dan pengetahuan beliau dalam

tajuk ini. Ceramah ini diadakan di Hotel Seasons View, Kuantan pada 7 Mac 2015.

Ceramah ini berlangsung selama 2 jam, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 10 pagi.

Ceramah ini memberi pendedahan kepada semua pelajar mengenai betapa

pentingnya pengetahuan guru mengenai perundangan. Kecuaian guru semasa

disekolah boleh menjadi masalah besar seperti murid tercedera. Terdapat beberapa

kes yang pernah timbul melibatkan guru dan menjadi kes mahkamah. Pengetahuan

mengenai perundangan ini membantu guru mempertahankan diri sekiranya guru

benar-benar tidak bersalah. Perundangan ini juga menjadi panduan kepada guru

mengenai apa tugas guru dan apa yang guru tidak boleh lakukan. Kementerian

Pelajaran Malaysia telah menyediakan buku panduan dan surat pekeliling ikhtisas

untuk memperingatkan guru tentang pengetahuan dan peraturan yang jelas.

Walaupun guru bertindak sebagai ‘in loco parents’ iaitu pengganti ibu bapa di

sekolah, tindakan guru boleh disalahertikan sebagai penderaan. Zaman sekarang

bukan seperti zaman dahulu, di mana guru bebas bertindak dengan niat mendidik.

Guru zaman dahulu dan sekarang amat berbeza. Oleh itu wajarlah ibu bapa sentiasa

berhati-hati. Namun sekatan ini membantutkan tindakan guru yang bertujuan baik.

Setiap tindakan guru haruslah berdasarkan undang-undang seperti Akta Pendidikan.

Page 8: Refleksi BIG Mum Benchmarking

Kumpulan saya terdiri daripada Gan Lay Theng dan Khoo See Meng.

Kumpulan kami membincangkan tindakan guru besar yang memujuk muridnya yang

tidak tahu membaca dari menduduki peperiksaan PMR untuk kepentingannya. Kami

mengatakan tidak salah tindakan guru besar ini untuk menjaga prestasi sekolah,

namun secara amnya salah kerana semua murid berhak untuk menduduki

peperiksaan walaupun mereka tidak pandai atau tidak tahu membaca. Pihak sekolah

seharusnya mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini untuk membantu murid

tersebut berjaya. Semasa pembentangan kumpulan kami, ia banyak menimbulkan

isu-isu dan perdebatan. Ia sangat berguna kerana setiap pelajar bersama-sama

belajar melalui perbentangan ini.

Setelah tamatnya BIG ini, saya sedar bahawa pengetahuan guru-guru

mengenai perundangan amat penting. Ini membantu guru bertindak untuk mengikut

lunas undang-undang, elakkan menggunakan kekerasan dan kecuaian guru boleh

mengundang bahaya. Tindakan-tindakan guru juga haruslah berdasarkan

perikemanusiaan dan jangan menidakkan hak murid untuk belajar dan menduduki

peperiksaan walaupun murid kita itu tidak pandai. Mereka masih mempunyai

semangat untuk belajar dan mereka inginkan kejayaan.

Kekuatan BIG ini adalah semua pelajar berganding bahu menjayakannya.

Walaupun tidak semua terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang

diberikan oleh pengerusi BIG ini tetap dipatuhi. Kami juga sedaya upaya menjaga

tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Sekiranya penceramah

bertanyakan soalan, kami dengan pantas memberi respon. Kerjasama adalah asas

kejayaan sesuatu perkara.

Kesimpulannya, BIG kali ini dilaksanakan dengan jaya. Kedua-dua komponen

diselesaikan tanpa banyak masalah. Sekian, terima kasih.