Ranking 10 jenis pelaburan popular malaysia
-
Upload
zaidi-emas-public-gold -
Category
Investor Relations
-
view
342 -
download
4
Transcript of Ranking 10 jenis pelaburan popular malaysia
RANKING 10 JENIS PELABURAN POPULAR MALAYSIA Penulis : Mohd Zaidi Junus
Website : www.PelaburanEmasPublicGoldMalaysia.com
Ranking 10 jenis pelaburan popular dan terbaik di Malaysia melalui perbandingan risiko, kekuatan atau kelemahan setiap pelaburan.
Pelaburan adalah komitmen dana kepada satu aset atau lebih yang akan dipegang
untuk satu tempoh pada masa hadapan, dengan harapan aset tersebut akan menghasilkan pendapatan yang lebih tinggi. Aset yang dimaksudkan merangkumi aset dalam bentuk ketara seperti hartanah atau aset kewangan tak ketara seperti
sekuriti kewangan.
Pulangan pelaburan yang lebih baik boleh dinikmati jika membuat pelaburan yang bijak. Pelabur bijak sentiasa mencari peluang pelaburan
yang akan menghasilkan pulangan bersih yang lebih tinggi setelah di tolak kadar inflasi. Inflasi ditakrifkan sebagai peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Inflasi akan menyebabkan
kemerosotan dalam kuasa membeli barangan. Contoh mudah mengira kemerosotan kuasa beli iaitu harga tea tarik tahun lepas ialah RM1.00 dan kini harga tea tarik
ialah RM1.50, maka kemerosotan kuasa beli ialah 50% atau kadar inflasi ialah 50%. Sebenarnya nilai wang ringgit akan sentiasa merosot kuasa belinya dalam keadaan ekonomi biasa antara 10% hingga 15% setahun. Misalnya anda mempunyai wang
simpanan RM100, bagaimana hendak memastikan wang simpanan itu menghasilkan pulangan yang lebih tinggi? Contoh, dengan mengandaikan kadar inflasi 10%
setahun.
Nilai wang RM100 jika disimpan di rumah selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 – RM10 inflasi iaitu RM90.
Nilai wang RM100 jika disimpan di bank selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM3 (3% dividen) - RM10 (inflasi) iaitu RM93
Nilai wang RM100 jika disimpan di ASB selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM8 (8% dividen) - RM10 (inflasi) iaitu RM98
Nilai wang RM100 jika disimpan di Tabung Haji selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM6 (6% dividen) - RM10 (inflasi) iaitu RM96
Nilai wang RM100 jika di beli emas selepas setahun, nilai bersih wang ialah RM100 + RM10 (10 % kadar tukaran RM ke dolar) - RM10 (inflasi) iaitu RM100 + %
kenaikkan harga emas - % spread emas.. Harga emas adalah kalis inflasi dimana
harga emas bergantung kepada peratus tukaran wang ringgit malaysia kepada dolar amerika.
Apakah Jenis Pelaburan Terbaik Untuk Tahun 2015 ?
Tahun 2015 adalah tahun mencabar kerana kemelesetan ekonomi, cukai gst,
kejatuhan nilai matawang terburuk di Asia dan terendah dalam tempoh 16 tahun dan sebagainya. Dalam kegawatan ekonomi ini, pilihan alternatif pelaburan sesuai dan
membuat perancangan pelaburan dengan bijak untuk mengembangkan nilai pelaburan dan seterusnya mendapat pulangan yang terbaik perlu dilakukan segera.
Berikut saya senaraikan ranking pelaburan paling baik tahun 2015 berdasarkan pendapat peribadi saya setelah mempertimbangkan risiko, kelebihan, kelemahan
pelaburan, keadaan krisis ekonomi, kejatuhan nilai ringgit malaysia dan pengalaman saya sendiri dalam bidang pelaburan di Malaysia.
RANKING 10 JENIS PELABURAN TERBAIK MALAYSIA TAHUN 2015
1. PELABURAN EMAS DAN PERAK
Pelaburan emas dan perak paling sesuai melabur tahun 2015 kerana harga emas kini terendah dalam tempoh 5 tahun dan emas adalah pelindung, kalis inflasi
dalam keadaan krisis ekonomi serta kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia. Klik HARGA EMAS TERMURAH DAN RAMALAN HARGA EMAS 2015.
Pelaburan emas dan perak terbahagi kepada 2 pilihan :
i). Akaun simpanan emas bank dalam buku simpanan seperti gold investment account, GIA Public Bank, Passbook Account Maybank, Kuwait Finance House dan
sebagainya. Akaun simpanan emas terbaru dan pertama di Asia, program GAP adalah akaun simpanan emas public gold yang patuh syariah dimana membeli emas fizikal dan dapat mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa di cawangan public gold
terdekat. Klik PERBANDINGAN AKAUN EMAS BANK BERBANDING AKAUN GAP PUBLIC GOLD
ii). Emas dan perak pelaburan seperti jongkong emas dan perak, syiling emas dinar dan syiling perak dirham. Contoh syarikat emas pelaburan sah dimana beli
emas dapat emas ialah seperti emas GSR, dinar kelantan, powergold dan public gold. Syarikat pelaburan emas terbaik ialah public gold kerana harga emas termurah,
emas tanpa cukai gst, peratus spread terendah, kemudahan urusniaga jual beli emas online dan sebagainya. Klik CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD untuk mula
melabur emas fizikal public gold dengan membeli apa-apa produk emas public gold, terus dapat emas dan terus jadi ahli public gold.
Kelebihan pelaburan emas : keuntungan lebih kurang 20% setahun, hanya
perlukan modal yang rendah iaitu modal serendah RM100 untuk memulakan pelaburan emas program GAP public gold, emas boleh
digadai atau dijual bila-bila masa, emas boleh diguna untuk pusingan modal perniagaan, kecemasan atau pelaburan lain dengan gadaian dan
tak perlu berkerja. Kekurangan pelaburan emas dan perak : Perlu simpan sendiri ditangan kecuali
program GAP public gold. Risiko pelaburan emas : tiada risiko walau harga emas turun, tidak rugi selagi tidak
menjualnya. Pengalaman dalam pelaburan emas : Authorised Master Dealer Public Gold,
berpengalaman lebih 5 tahun dalam pelaburan emas fizikal public gold.
2. PELABURAN DALAM PERNIAGAAN Pelaburan dalam perniagaan adalah membina perniagaan dengan modal sendiri atau perkongsian. Pelaburan dalam perniagaan paling menguntungkan perniagaan diurus
dan dijaga dengan baik 9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan.
Kelebihan pelaburan perniagaan : Keuntungan melebihi 100% setahun dan boleh diwarisi
Kelemahan pelaburan perniagaan : Perlukan tapak perniagaan, modal besar di permulaan perniagaan, tenaga, masa, usaha dan kerja keras Risiko pelaburan : Kerugian jika barangan atau perkhidmatan tidak laku.
Pengalaman dalam perniagaan : Pengalaman saya dalam perniagaan dengan membina perniagaan perkongsian dengan saudara GU AWA 593 semenjak tahun 2005 hingga kini iaitu syarikat pembekal garam kasar dan halus ke kedai runcit,
kilang, ladang pertanian dan sebagainya. Klik GU AWA 593 PEMBEKAL GARAM. Nasihat perniagaan mesti diurus dengan baik akan mendapat keuntungan
yang lumayan dengan menjauhi pembelian atau penjualan secara berhutang.
3. PELABURAN HARTANAH Pelaburan dalam bidang hartanah adalah pelaburan yang paling
menguntungkan dan risiko rendah, cuma memerlukan modal yang tinggi. Pelaburan hartanah dan property ini melibatkan urusniaga jual beli atau
sewa tanah, rumah kediaman, lot kedai, kilang, resort atau homestay.
Kekuatan pelaburan hartanah : Keuntungan melebihi 20% setahun Kekurangan pelaburan hartanah : Perlukan modal besar, susah di cairkan,
pengurusan remeh serta mengambil masa yang panjang dan perlu berkerja.
Risiko pelaburan hartanah : harga pasaran hartanah jatuh, kerugian bila gagal mendapatkan pembeli atau penyewa baru.
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman saya membeli tanah, jual lot kepada saudara dan rakan dan pecah lot tanah. Modal besar diperlukan dan proses pecah lot
tanah mengambil masa setahun untuk di selesai.
4. PELABURAN KOPERASI Pelaburan di koperasi atau bank koperasi seperti Bank Rakyat paling
menguntungkan berbanding pelaburan dana amanah kerana mendapat pulangan lebih kurang 15% setahun.
Kelebihan pelaburan koperasi : Keuntungan lebih kurang 15% setahun
Kelemahan pelaburan koperasi : Susah untuk melabur kerana perlu menjadi anggota dan limit pelaburan yang sedikit serta tunggu giliran untuk tambah
pelaburan. Kini buat loan bank rakyat pun tak boleh beli saham koperasi bank rakyat dan limit hanya Rm500 sahaja seorang.
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman melabur dalam koperasi bank rakyat,
tak dapat tambah modal pelaburan walaupun membuat pinjaman wang bank rakyat hanya dapat menambah modal pelaburan sebanyak RM500 sahaja.
5. PELABURAN UNIT AMANAH
Pelaburan dana amanah dari PNB permodalan nasional berhad seperti ASB, ASW, ASN, AS 1Malaysia adalah pelaburan yang selamat, konsisten dan stabil untuk
bumiputera Malaysia.
Kelebihan pelaburan dana amanah : Pulangan dividen lebih kurang 8% setahun, boleh membuat penambahan atau pengeluaran bila-bila masa, ASB dan ASW boleh buat Overdraf (OB) atau kemudahan loan amanah saham dan mudah kerana tidak
perlu berkerja. Kekurangan pelaburan dana amanah : Dapat dividen setahun sekali
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman melabur dalam ASB, ASD dan pernah buat loan pinjaman ASN. Saya telah menjual pinjaman loan ASN saya dulu setelah
cukup tempoh 10 tahun, pulangannya pinjaman ASN atau ASB tidak berbaloi kerana kita perlu cover faedah pinjaman, jadi jika mahu melabur dalam pelaburan ASB atau ASN lebih baik menyimpan terus sedikit demi sedikit dari membuat pinjaman loan
ASB.
6. PELABURAN TABUNG HAJI Pelaburan tabung haji adalah simpanan wang dalam Tabung Haji bertujuan untuk
menunaikan haji di Mekah.
Kelebihan pelaburan tabung haji : Pulangan 6% setahun bebas zakat, kemudahan pergi haji.
Kekurangan pelaburan tabung haji : Pulangan terlalu rendah daripada kadar inflasi
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman menyimpan sedikit wang dalam tabung
haji untuk beratur daftar haji.
7. PELABURAN SAHAM AMANAH Pelaburan dana saham amanah atau unit trust fund dari bank seperti public mutual,
CIMB atau Maybank. Mula melabur akan terus dikenakan kos pengurusan atau yuran 5.5% dari jumlah pelaburan iaitu jika melabur RM100, kita sebenarnya hanya
melabur RM94.5 sahaja.
Kelebihan pelaburan saham amanah : Pulangan dividen tinggi dari 0% hingga 20% setahun.
Keburukkan pelaburan amanah saham : Harga saham jatuh, tak dapat dividen dan kerugian jika menjual pada harga rendah dan kelambatan mendapat
wang jualan saham amanah iaitu mengambil masa lebih kurang seminggu.
Risiko pelaburan saham amanah : Risiko sederhana atau kerugian bergantung kepada dana unit trust fund yang dipilih. Contoh dana amanah PCIF public mutual
mengalami kerugian kerana harga saham jatuh.
Pengalaman dalam pelaburan saham amanah : Pengalaman melabur dalam dana amanah Public Mutual ittikal dan sebagainya. Pulangan tidak memberangsangkan
bagi 5 tahun pertama. Pernah menjadi perunding amanah public Mutual.
9. PELABURAN INSURAN Pelaburan serta perlindungan diri insuran bertujuan untuk melindungi diri, harta dan aset seandainya kita dilanda malapetaka atau musibah. Bayaran
insuran terpaksa dibayar secara berkala setiap bulan. Bayaran yang dibayar setiap bulan sebahagian sahaja untuk pelaburan, bahagian utama adalah
untuk perlindungan, kos pengurusan dan sebagainya.
Kelebihan pelaburan insuran : Perlindungan diri Kekurangan pelaburan insurans : Pulangan dividen sedikit daripada
sebahagian pelaburan yang dibayar, susah untuk klaim kos rawatan dan sebagainya.
Risiko pelaburan : Risiko sederhana kerana hanya hanya sebahagian dari bayaran diguna untuk pelaburan dan kerugian jika berhenti awal atau tidak mendapat
rawatan. Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman memegang polisi insuran prudential, arab malaysia dan takaful kerana pujukkan agen insuran terdiri dari saudara dan
kawan. Kini hanya tinggal insurans prudential bsn kerana ia mempunyai kad rawatan. Telah menghentikan insurans arab malaysia dan takaful dimana pulangan selepas membayar insuran amat mendukacitakan. Contoh, telah hentikan insuran
anak setelah memegang polisi insuran selama hampir 5 tahun dengan bayaran
RM130 sebulan. Jumlah bayaran selama 5 tahun ialah RM130 X 60 iaitu lebih kurang RM7300, pulangan balik yang diperolehi setelah berhenti hanya dapat lebih
kurang RM1000 sahaja. Mengikut kakitangan insuran, peratus pelaburan dari bayaran insurans bulanan akan lebih banyak selepas 5 tahun memegang polisi
insurans. Langkah saya berhentikan insuran anak adalah untuk menganti dengan pelaburan emas program GAP public gold iaitu MEMBELI EMAS 1 GRAM EMAS
PROGRAM GAP PUBLIC GOLD setiap bulan untuk pelaburan anak.
9. PELABURAN SAHAM Pelaburan Saham juga merupakan antara pelaburan yang berisiko tinggi namun
dapat menjana keuntungan yang lebih lumayan berbanding pelaburan yang berisiko rendah.
Kelebihan pelaburan saham : Pulangan tinggi Kelemahan pelaburan saham : Perlukan ilmu
Risiko pelaburan : Risiko tinggi dan Kerugian jika tiada ilmu atau tersilap pilih saham.
Pengalaman dalam pelaburan : Tiada pengalaman.
10. PELABURAN MATA WANG ASING FOREX Pelaburan Tukaran Matawang Asing (Forex) merupakan jenis pelaburan yang sangat berisiko tinggi tapi boleh memberikan keuntungan yang lumayan
dan cepat sekiranya mempunyai ilmu analisa graf forex, namun boleh mendatangkan kerugian dalam kuantiti yang besar.
Kelebihan pelaburan matawang asing : Pulangan tinggi dan cepat
Keburukkan pelaburan forex : Kerugian yang besar dan cepat, urusniaga dalam dolar amerika dan pemindahan wang dolar kepada wang ringgit malaysia mengambil masa beberapa hari dan hanya bank tertentu sahaja seperti maybank yang boleh membuat
pemindahan wang. Risiko pelaburan : Risiko tinggi dimana hanya anggaran 15% sahaja yang berjaya
dalam pelaburan forex. Pengalaman dalam pelaburan forex : Berpengalaman menjalankan urusniaga forex
melalui instaforex dan kerugian hanya beberapa hari sahaja kerana kurang ilmu forex.
Simpanan wang di bank bukanlah termasuk kategori jenis pelaburan terbaik kerana pulangan dividennya terlalu rendah iaitu tidak lebih 3% setahun, simpanan sementara kerana gaji masuk dalam akaun bank dan kerugian dari caj
keluarkan wang dari ATM bank berlainan.
Susunan pelaburan terbaik di atas adalah ranking peribadi saya sahaja. Semua pelaburan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing dan setiap orang berbeza pendapat berdasarkan ilmu, modal, kepakaran masing-masing. Jika anda
mempunyai modal yang besar, lebih baik memilih pelaburan hartanah yang menguntungkan atau jika mempunyai ilmu analisis graf matawang asing, boleh
memilih pelaburan matawang asing forex sebagai pelaburan terbaik atau jika anda mempunyai masa, modal dan usaha, pelaburan terbaik adalah dengan membuka
perniagaan sendiri.
Perkara paling penting dalam pelaburan ialah pelaburan ilmu dan pelaburan akhirat. Pelaburan ilmu adalah mendapatkan ilmu pengetahuan
mengenai sesuatu pelaburan dan jangan lupa pelaburan akhirat dengan memilih pelaburan yang menepati kehendak syariah. Pelaburan yang mesti dijauhi
adalah pelaburan haram, skim ponzi atau skim cepat kaya yang sememangnya akan menjadi cepat miskin dan tidak patuh syariah.
Mengikut Warren Buffet iaitu pelabur paling berjaya di dunia iaitu “don’t put all egg in one basket” bermaksub “Jangan letak semua telur dalam satu bakul” bermaksub kita sepatutnya pelbagaikan pelaburan mengimbangi risiko dalam
pelaburan, namun kepelbagaian berlebihan juga tidak baik kerana menyebabkan kekurangan fokus dan pulangan. Klik melihat RAHSIA KEJAYAAN WARREN
BUFFETT DALAM PELABURAN. Salah satu jenis pelaburan terbaik yang mesti dipilih adalah pelaburan emas fizikal sebagai perlindungan harta, insurans
kecemasan atau untuk pusingan modal pelaburan lain.
Sekian, semua yang baik datang dari Allah dan segala kekurangan, kesilapan, kelemahan adalah dari diri saya. Maaf Zahir Batin dan selamat hari raya Aidiladha.
ranking, 1o jenis, ranking pelaburan, pelaburan, pelaburan popular, jenis pelaburan, pelaburan terbaik, pelaburan popular, pelaburan sah, perbandingan pelaburan,
risiko pelaburan, kekuatan pelaburan, kelebihan pelaburan, kelemahan pelaburan, pilihan pelaburan paling baik, Malaysia, krisis ekonomi, kejatuhan ringgit malaysia,
pelaburan emas dan perak, pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan, pelaburan koperasi, pelaburan dana amanah, pelaburan tabung haji, pelaburan saham amanah, pelaburan insuran, pelaburan saham, pelaburan forex,
susunan pelaburan terbaik, malaysia
RAHSIA KEJAYAAN PELABURAN DAN NASIHAT WARREN BUFFETT http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/rahsia-kejayaan-pelaburan-
dan-nasihat-warren-buffett/ CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/ CARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM PROGRAM GAP PUBLIC GOLD
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/
PERBANDINGAN AKAUN GAP PG DENGAN AKAUN EMAS BANK http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/perbandingan-akaun-gap-pg-
dengan-akaun-emas-bank/ HARGA EMAS TERMURAH SERTA RAMALAN EMAS 2015
http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/harga-emas-termurah-serta-ramalan-emas-2015/