Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

232
Rahsia Bisnes Kerajaan Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan Haryzat Zulzahary i-Zat Network © 2012 www.rahsiabisneskerajaan.com

Transcript of Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Page 1: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

 

Rahsia Bisnes

Kerajaan Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam

Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan

Haryzat Zulzahary i-Zat Network © 2012

www.rahsiabisneskerajaan.com

 

Page 2: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

i  

Diterbitkan oleh i-Zat Network

© i-Zat Network 2012

Penulis: Haryzat Zulzahary

Idea dan Konsep: Haryzat Zulzahary

Reka Bentuk Kaver: Izuan Bakar

Page 3: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

ii  

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan penerbitan.

Haryzat Zulzahary, 2010

Rahsia Bisnes Kerajaan: Cerita Tentang RM0.5 Juta Dalam Masa 18 Bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan / Haryzat Zulzahary.

ISBN

Edisi Pertama Jun 2012

Rahsia Bisnes Kerajaan: Cerita Tentang RM0.5 juta Dalam Masa 18 bulan Dari Projek Pembekalan Kerajaan

Segala strategi yang digariskan dalam ebook ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat profesional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan dibuat berkenaan ketepatan maklumat yang terkandung di dalam ebook ini. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab terhadapa apa-apa kerugian dan risiko kehilangan peribadi mahupun sebaliknya, yang berlaku akibat secara langsung atau tidak daripada penggunaan atau aplikasi daripada kandungan ebook ini. Semua kandungan di dalam ebook ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumat mungkin berbeza pada waktu semasa.

 

 

Page 4: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Isi Kandungan: Kandungan Halaman

Bahagian 1

Bab 1: Kesusahan & En.K 1 Bab 2: Pengenalan Bisnes Kerajaan 5 Bab 3: Pilihan Yang Berhasil 10 Bab 4: Perbezaan Bisnes Kerajaan Dengan 14 Bisnes Dagangan Lain Bab 5: Model & Konsep Bisnes Kerajaan 15 Bab 6: Memahami Perolehan Kerajaan 18

Bahagian 2

Bab 7: Bagaimana Saya Mencipta 14 Jaringan 34 Perniagaan Dari Kosong Bab 8: En.Z Effect dan Kemenangan Pertama! 38

Bahagian 3

Bab 9: Enterprise Kecil, Harapan Besar 45 Bab 10: Merancang Bisnes Kerajaan 38 Bab 11: Ianya Bermula… 48 Bab 12: Bagaimana Saya Memulakan Syarikat & 49 Bisnes Kerajaan Saya Bab 13: Tip Dari Saya Untuk Anda Memulakan 61 Syarikat & Bisnes Kerajaan

Page 5: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bab 14: Langkah Demi Langkah Proses Pendaftaran 66 Bisnes Kerajaan

Bahagian 4

Bab 15: Dokumen-Dokumen Yang Digunakan 78 Bab 16: Proposal Kunci Peluang Bisnes Kerajaan 83 Seterusnya

Bahagian 5

Bab 17: T-Shirt RM52 dan Komputer RM1,999 87

Bahagian 6

Bab 18: 4 Jenis Perolehan Yang Popular 94 Bab 19: Memilih Padang Untuk ‘Bermain’ 98

Bahagian 7

Bab 20: Mengetahui Lubuk 103 Bab 21: Projek Yang Boleh Memberikan Passive 104 Income

Bahagian 8

Bab 22: Business Card Yang Berkesan! 106 Bab 23: Pejabat Saya Di Sri Hartamas, Mont Kiara 110 dan KLCC! Bab 24: Bagaimana Sebenar-Benarnya Memasuki 114 Pasaran Kerajaa

Page 6: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bab 25: Jurujual Dilarang Masuk! 106

Bahagian 9

Bab 26: Memenangi Letter Offer Pertama Cara 122 En.Z Bab 27: Letter Offer Pertama Kunci Pembuka 124 Hayat Perniagaan Dengan Sesebuah Agensi Bab 28: Sourcing: Mencari Supplier Terbaik 126 Bab 29: ‘Mantra’ Mendapatkan Harga Murah Dari 134 Supplier Bab 30: Lebih Untung Dengan Menjadi 136 Distributer Rasmi Bab 31: Untung Dari Tembok Cina 139 Bab 32: Mengetahui Musim Kerajaan Berbelanja 141 Bab 33: Waktu Sesuai Menghantar Proposal 143

Bahagian 10

Bab 34: Idea Kewangan & Modal Permulaan Untuk 145 Kos Bab 35: Bagaimana Saya Membekalkan Plotter 148 Bernilai RM31, 000 Tanpa Mengeluar Duit Dari Poket Sendiri Bab 36: Pakatan Menyempurnakan Pembekalan 151 RM65, 000 Bab 37: Factoring Membantu Aliran Tunai 153 Bisnes Kerajaan

Page 7: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 11

Bab 38: Bagaimana Saya Membuat RM2, 800 160 Dalam Masa 15 Minit Bab 39: RM3, 500 Dalam Masa 4 Hari Sambil Tidur 161 Dirumah Bab 40: Perniagaan Katering Yang Menguntungkan! 163 Bab 41: Cadangan 10 Kepala Bidang Menguntungkan 164 Untuk Syarikat Baru dan Kecil

Bahagian 12

Bab 42: Bagaimana Saya Memperkenalkan 169 Cabang Bisnes Lain Bab 43: Memanjangkan Kesinambungan Bisnes 170 Dengan Agensi

Bahagian 13

Bab 44: Berkawan Dengan Musuh – 172 Networking!!! Bab 45: Untuk Seketika Ku Hilang Kawalan 173 Diri… Bab 46: The Wingman (Orang Kanan) 175 Bab 47: Menumpukan 2-3 Agensi 177 Bab 48: Di Sebalik Agensi Adalah Manusia 178 Bab 49: Prinsip Lebih Memberi Lebih Merasa 179 Bab 50: Hati-Hati Dengan Perangkap 180 Bab 51: Broker Yang Membuang Masa 181 Bab 52: Bahaya Pembekalan Tidak Diterima 182

Page 8: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bab 53: Mencipta Kekayaan Dari Bisnes 183 Kerajaan Bab 54: 7 Sikap Penting Untuk Kejayaan Bisnes 185 Kerajaan

Page 9: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

iii  

Prakata Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Al-hamdulillah dan terima kasih kerana akhirnya anda mendapatkan ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini. Di sebalik nama penulis ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini terdapat beberapa insan yang turut sama menabur ilmu dan menceritakan pengalaman untuk dikongsikan kepada anda. InsyaAllah sepanjang kandungan ebook ini saya dan team RahsiaBisnesKerajaan.com bakal dedahkan dengan pengalaman sebenar bagaimana dari modal yang kecil boleh menjana jualan ratusan ribu ringgit dengan hanya menjalankan model perniagaan bisnes dengan kerajaan.

Kami sebenarnya tiada rahsia yang hendak dibocorkan kepada anda. Hanya pengalaman-pengalaman sebenar saya dan sahabat-sahabat kontraktor yang sama berniaga serta trick bisnes yang diamalkan oleh jutawan-jutawan senyap kontraktor-kontraktor kerajaan untuk membina empayar perniagaan. Ini termasuklah berpendapatan lumayan, berurusniaga dengan jujur dan akhir sekali boleh diwariskan kepada generasi kita akan datang kelak. InsyaAllah.

Kini saya di usia 28 tahun menunaikan giliran saya pula sebagaimana mentor terdahulu menceritakan bagaimana untuk bermula, bagaimana untuk memenangi kerja dari kerajaan dan menguruskanya, mengetahui selok-belok bisnes ini dan langkah-langkah terbaik yang perlu diambil dan seterusnya insyaAllah dengan izinNya boleh memberikan anda rezeki yang lumayan seterusnya menjadi memudahkan laluan hidup. Saya berharap anda seronok membaca dan paling penting membuat tindakan sekaligus berjaya!

Yang benar ,

Haryzat Zulzahary

Page 10: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

iv  

Rahsia Bisnes Kerajaan!  

Salam. Seperti yang anda tahu nama saya Haryzat. Saya adalah seorang penulis buku, usahawan separuh masa yang mencuba pelbagai bidang perniagaan, pelajar separuh masa dan akhir sekali seorang pekerja makan gaji 9‐5 yang bergaji basic kurang dari RM3,000 sebulan berasal dari kampung. Seorang yang ‘miskin bandar’.  

 

Tetapi… 

 

Saya ada sebuah perniagaan kecil‐kecilan yang memberikan saya pendapat tambahan dari serendah RM1,200 hinggalah RM96,450 sebulan. Dan perniagaan saya ini mempunyai pekerja yang saya upah untuk membantu saya mengendalikanya. Dan perniagaan saya beralamat di tempat yang elit iaitu Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Dan hasil dari perniagaan ini saya telah mempunyai property dan aset yang bernilai beratus ribu ringgit yang mana adalah mustahil untuk dibeli oleh seorang yang bergaji kurang RM3,000. Manakala gaji kerja 9‐5 pula saya mampu membeli sebuah kereta jenama kebanggaan rakyat Malaysia – Proton Gen2 1.6 manual. Kereta anda lagi hebat… 

 

Saya tak berbohong mengenainya.  

 

Bagaimana saya seorang yang tidak mempunyai ijazah mempunyai  pendapatan sampingan bulanan yang kadangkala bersamaan hampir empat kali ganda dari jumlah gaji kerja 9‐5 saya untuk setahun.  Sekali lagi saya tak berbohong mengenainya. Tetapi semasa saya menulis ebook ini saya mungkin sudah berhenti kerja atau pun masih lagi terus bekerja makan gaji 9‐5 sama seperti kebanyakan orang diluar sana.  

Page 11: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

v  

Jika difikirkan ianya seperti kelakar bekerja pagi petang untuk income yang tak seberapa jika nak dibandingkan dengan pendapatan perniagaan yang  saya ada.  

 

Dua sebab yang nyata adalah saya masih belum mendapat green light dari keluarga kerana lebih gembira jika saya bekerja makan gaji. Bagi saya restu keluarga penting. Sebab kedua adalah kerja hakiki saya juga tidak lah begitu berat dan tidak memenatkan. Jadi saya memilih untuk melakukan kedua‐duanya kerja dan perniagaan ini serentak. 

 

Tetapi apakah sebenarnya perniagaan part time yang saya jalankan?  

 

Lebih baik saya berhenti buat anda cemas kerana saya pasti anda pun dah boleh agak apakah perniagaan yang saya lakukan. Ya, benar saya melakukan perniagaan membekalkan produk dan perkhidmatan kepada pihak kerajaan. Pelbagai jenis produk dan pelbagai jenis perkhidmatan. Untuk inspirasi anda sahaja dan bukan untuk riak, perniagaan ini telah memberikan saya pendapatan dengan jualan terkumpul melebihi RM0.5 juta untuk tempoh kurang dua tahun. Saya berharap anda boleh melakukan lebih baik lagi selepas habis membaca ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini. 

 

Sebelum anda menyelami ebook ini lebih dalam lagi izinkan saya membuat pengakuan awal: 

Saya bukanlah anak orang kaya yang senang‐senang boleh mewarisi kekayaan dan empayar perniagaan bernilai jutaan ringgit daripada bapa mereka. Sebaliknya saya adalah anak yatim yang kematian bapa sejak berumur tujuh tahun. Emak seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah IPTA. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya walaupun dalam keadaan serba kekurang dan secara berseorangan emak masih mampu membesarkan saya dengan sebaik mungkin dan memberi pendidikan terbaik buat saya samada dari segi peluang akademik dan kehidupan.  

Page 12: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

vi  

Walaupun pada suatu masa saya terpaksa menangguhkan dulu hajat saya untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi dan bekerja bagi memberi keseimbangan perbelanjaan keluarga untuk adik‐adik melanjutkan pelajaran.  

Saya tidak mempunyai modal yang besar semasa saya bermula.  Saya bermula dengan sedikit saki‐baki simpanan dan meminjam wang ASB ibu saya yang beliau simpan hampir berpuluh tahun.  

Saya tidak mempunyai rakan perniagaan yang kaya untuk menyumbang modal di dalam perniagaan pembekalan saya ini. Malah saya bermula secara perniagaan persendirian sahaja dan tiada bantuan MARA or what so ever!  

Saya tidak mengenali mana‐mana Datuk atau Datin apatah lagi Tan Sri dan Menteri yang boleh dijadikan cable sebagaimana banyak dimiliki oleh orang‐orang lain. Malah kawan kerja PTD pun tiada!  

Saya tidak mengamalkan tumbuk rusuk, duit kopi, salam cakok atau apa jua yang seangkatan denganya bagi membolehkan saya memperolehi kerja pembekalan dari pihak kerajaan. Dalam hal ini yang dimaksudkan adalah rasuah.   

Saya juga bukanlah seorang lulusan jurusan pengajian perniagaan ataupun MBA dari mana‐mana Universiti. Malah saya adalah seorang yang lulusan kejuruteraan elektrik tetapi membuat kerja teknologi maklumat semasa kerjanya.  

Saya juga tidak mempunyai pakcik‐pakcik atau keluarga yang mempunyai pangkat besar dalam pentadbiran kerajaan yang mana boleh memberikan kelebihan dan peluang kepada saya untuk menang kerja pembekalan.   

 

 

Page 13: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

vii  

Akhir sekali saya bermula dengan perniagaan pembekalan kepada kerajaan ini dalam keadaan financially broke atau kata lain hampir bankrup dek kerana kegagalan satu perniagaan dan hutang pinjaman peribadi yang mencecah lima angka!  

 

Jadi anda boleh lihat dari latar belakang dan keadaan diri saya ini, saya adalah orang biasa dan sama seperti orang kebanyakan di luar sana yang tiada cable orang‐orang besar. Seorang individu yang mana terpaksa membahagikan masa antara kerja, belajar dan perniagaan. Seorang yang tidak mempunyai dana atau modal yang besar untuk berniaga. Dan akhir sekali seorang yang terpaksa bersusah payah untuk hidup senang.  

 

Kesimpulanya di sini jika anda adalah sama seperti saya maka adalah tidak mustahil anda juga boleh memiliki sebuah perniagaan pembekalan kepada kerajaan yang boleh memberikan pendapatan tambahan dan lumayan kepada anda. Apatah lagi jika anda lebih hebat dan mempunyai pelbagai kelebihan berbanding saya. Sure anda lebih mudah untuk sukses! 

 

Serba sedikit achievement saya dari perniagaan pembekalan kerajaan ini sehingga ebook ini ditulis adalah: 

 

Saya berjaya memperolehi rekod jualan terkumpul melebihi 0.5 juta dalam masa kurang dua tahun. Sebenarnya ia lebih lagi kerana saya sudah berniaga lebih dari tiga tahun.  

Gaji bulanan tetap saya ambil dari perniagaan ini adalah RM7, 000 sebulan. Selepas ditolak modal, cukai, zakat dan duit modal syarikat. Namun ada juga kadang kala tiada gaji.  

 

 

Page 14: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

viii  

Untuk rekod dari Jun 2011 hingga Julai 2012 saya tidak pernah terlepas menerima kontrak pembekalan daripada kerajaan setiap bulan walaupun kadangkala ianya bernilai serendah RM2,000. Dan ianya dari Agensi dan Kementerian yang berlainan.  

Pengalaman terbaik bagaimana satu perkhidmatan yang saya tawarkan kepada pihak kerajaan memberikan saya pendapatan sebanyak RM49,000 dengan hanya saya bermodalkan RM10 untuk tiga keping DVD, RM5 untuk kos printing dan RM60 duit millage. Modal yang lain adalah buah fikiran, tenaga dan masa which is free from money cost.  

Rekod jualan bulanan paling tinggi tidak pernah mencecah 6 angka tetapi hanya RM3, 450 kurang untuk melepasinya. Ya, RM96, 450 sahaja paling tinggi pernah dicatatkan.   

Saya masih belum mencapai status jutawan tetapi saya berharap dengan izin Tuhan ianya boleh tercapai dalam beberapa tahun lagi.   

Dengan pendapatan perniagaan pembekalan kerajaan saya ini saya boleh melihat‐lihat, booking rumah dan property yang bertanda harga RM500, 000 keatas ketika ini. Saya percaya dengan gaji kerja 9‐5 saya sampai pencen pun saya tak akan dapat peluang sebegini serta menerima layanan terbaik jurujual projek‐projek tersebut. Malah nak masuk sales gallery pun mungkin tidak sama sekali.  

Bayaran termahal yang pernah saya terima adalah sebanyak         RM2, 800 untuk 15 minit perkhidmatan pakar yang saya berikan. Nak sama dengan gaji kerja 9‐5 saya untuk 30 hari.   

Saya kini mampu untuk memberi pula yang mana pada semasa saya bersekolah dahulu saya adalah si tangan yang menadah.  

Dan banyak lagi termasuklah kereta Gen2 saya yang canggih itu kini bayaran bulananya dibayar dari pendapatan perniagaan pembekalan kerajaan ini. Lepas azab! 

Page 15: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

ix  

Pun begitu disebalik kejayaan‐kejayaan kecil ini terdapat juga kisah‐kisah kegagalan, maruah tercabar dan pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi. Realiti kehidupan bukan lah hanya berada di atas sahaja.  

 

Dan di atas sebab‐sebab ini saya amat teruja dan selalu teringin untuk menulis satu perkongsian yang mana darinya pembaca boleh mengetahui: 

 

Bagaimana untuk bermula.  

Bagaimana memilih bidang pembekalan manakah yang menguntungkan.  

Membina profil syarikat yang terbaik sekaligus meyakinkan badan kerajaan untuk melantik kita sebagai pembekal mereka.  

Mengetahui trik termantap dan teknik –teknik yang biasa digunakan oleh jutawan‐jutawan senyap dari kalangan kontraktor.  

Bagaimana untuk berniaga atau membeli barang untuk pembekalan kepada kerajaan dengan modal yang rendah atau TANPA MODAL langsung!  

Konsisten menerima tawaran pembekalan.  

Cara mencipta kekayaan darinya dan bermacam perkara yang baik yang boleh diperolehi darinya.  

 

 

 

 

Page 16: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

x  

Namun yang apa yang paling penting pada saya adalah saya boleh berpeluang menambah nilai kepada kehidupan orang lain dan anda yang sedang membaca ebook ini khususnya. Secara keseluruhanya ebook ini sesuai untuk anda jika anda adalah: 

Seorang yang ingin memulakan perniagaan yang rendah risiko dan rendah modal.  

Mencari peluang pendapatan tambahan.  

Mahu mengasah bakat  keusahawanan.  

Mendapat bayaran lumayan dari kepakaran anda.  

Keluar dari beban hutang.  

Memang seorang kontraktor tetapi jarang mendapat peluang untuk kerja pembekalan kepada kerajaan.  

Anda mahu memulakan perniagaan pembekalan dan trading anda sendiri dan mahu menembusi pasaran korporat dan kerajaan.  

Atau apa sahaja alasan anda yang membuatkan anda tergerak hati dan sanggup melabur sejumlah wang ringgit dan komitmen dan pada ebook Rahsia Bisnes Kerajaan ini.  

Perniagaan pembekalan kepada kerajaan ini walaupun secara halusnya tidak 100% bersifat keusahawanan namun ianya masih satu pilihan yang boleh diusahakan memandangkan ianya kurang risiko dan berpotensi memberi hasil.  Justeru saya berharap anda seronok membaca ebook ini. Seperti mana saya teruja menulisnya. Ebook  Rahsia Bisnes Kerajaan ini terhasil daripada pengalaman saya sendiri, detik pahit‐manis dan duka‐gembira, perkongsian ilmu dari mentor yang lama terlibat dalam bidang ini dan rasa tanggungjawab saya untuk setidak‐tidaknya menunjukan satu lagi peluang menjana pendapatan. Akhir kata selamat menyedut ilmunya! 

Page 17: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

xi  

Mengapa Kita Perlu Cuba Bisnes Kerajaan 

 

Walaupun ebook ini lebih kepada perihal berbisnes dengan kerajaan namun kita jangan lupa bahawa syarikat dan perniagaan yang kita bakal tubuhkan adalah perniagaan yang boleh menawarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan dari sektor swasta, IKS dan pelanggan perseorangan. Jangan sesekali menafikan keupayaan perniagaan kita untuk bersaing secara sihat dengan pasaran yang terbuka.  

 

Cuma apabila kita memperoleh tawaran kerja pembekalan ataupun kontrak dari kerajaan ianya merupakan satu bonus kepada perniagaan kita. Ini kerana pihak kerajaan kebiasaanya membuat pembelian dalam kuantiti dan nilai yang besar. Berbanding dengan pelanggan dari sektor swasta dan pelanggan perseorangan.  

 

Saya masih ingat bagaimana seorang rakan saya En. A yang membuat perniagaan membina laman web berkata kepada saya bahawa beliau amat tertekan dengan karenah‐karenah klien beliau. Tempahan yang diterimanya adakalanya mengambil masa sehingga sebulan untuk disiapkan. Hasil upah yang diperolehi pula sekitar RM1,200 hingga RM3,000 bagi satu‐satu tempahan. Dalam masa sebulan beliau boleh menyiapkan dua ke tiga tempahan paling banyak. Jumlah pendapatan kasar bulanan beliau lebih kurang RM 2,400 hingga RM6,000. Al‐hamdulillah. InsyaAllah saya berharap rezeki rakan saya itu halal dan diberkati.    

 

 

 

Page 18: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

xii  

Saya, turut juga menawarkan perkhidmatan pembinaan laman web. Tetapi lebih saya promosikan kepada pihak kerajaan. Saya menggunakan perisian dan tool yang sama dengan rakan saya En.A tadi. Kebiasaanya saya hanya menerima satu tempahan untuk setiap dua ke tiga bulan. Oleh kerana itu saya hanya melayan satu klien dalam jangkamasa tersebut.  

 

Tetapi walaupun saya hanya mempunyai satu tempahan dari badan kerajaan untuk tempoh tiga bulan itu saya berjaya memperoleh pendapatan sekitar RM25,000 hingga RM40,000 untuk tempoh tiga bulan tersebut. Berbanding dengan rakan saya En.A yang berdepan kerenah para klienya  yang bermacam‐macam, saya pula sebaliknya dengan beban tugas yang mungkin sama dengan En.A  lebih tenang dan fokus kerana kurang melayan karenah klien oleh kerana klien saya hanya seorang sahaja. Malah pendapatan saya juga 220% lebih daripada apa yang diperolehi oleh En.A! 

 

Mesej yang cuba saya sampaikan disini bukanlah saya lebih smart atau lebih untung dari En.A  tetapi peluang untuk mendapatkan keuntungan yang lebih andai kita berjaya pasarkan produk dan perkhidmatan kita kepada pihak kerajaan. Namun saya tak menafikan keuntungan besar juga tetap boleh dicapai dengan berniaga di pasaran terbuka. 

 

Andai satu produk X di pasaran terbuka dijual dengan harga RM10 dan harga kos modal pula adalah RM7. Misal kata anda adalah penjual produk X tersebut dan berjaya menjualnya di pasaran terbuka pada harga RM10 maka anda telah mendapat keuntungan 42%. Tetapi jika menjual kepada pihak kerajaan pada kebiasaanya kita boleh markup 10% sehingga 30% lebih dari harga jualan pasaran. Dalam kes produk X ini boleh dijual sehingga RM13 atau 85% keuntungan. Ini menunjukan kita boleh menggandakan keuntungan andai kata kita berjaya terpilih untuk menjual kepada pihak kerajaan. Kebiasaanya harga jualan kepada pihak kerajaan boleh sekitar 10% hingga 30% daripada harga pasaran semasa. Namun masih bergantung kepada saingan daripada syarikat lain. 

Page 19: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Sesungguhnya di sebalik kesusahan pasti ada kesenangan”  

Surah Al­Insyirah, ayat 5 

 

Page 20: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 1 Pengenalan

 

Page 21: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

1  

Bab 1: Kesusahan & En.K  

Ianya pada tahun 2009. Saya pada ketika itu berada dalam keadaan yang tertekan kerana kegagalan pelbagai perniagaan yang saya jalankan. Saya masih ingat di mana ketika itu saya telah kerugian hampir RM100, 000 ringgit yang mana 2/3 darinya adalah duit yang saya pinjam dari bank. Saya tahu anda mungkin berkata dalam hati, “Oh, bodohnya!” dan saya juga merasakan begitu. Andai masa dapat diputarkan secara real sudah tentu saya melakukanya untuk membetulkan kesilapan kurang pintar ini. 

 

Bagai masalah yang sengaja ditempah majlis perkahwinan saya hanya akan berlangsung beberapa bulan sahaja lagi. Waktu itu adalah bulan November 2009 dan majlis saya pula pada Mei 2010. Sebagai seorang anak sulung yang berasal dari keluarga susah dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci keadaan pada waktu itu memang menekankan. Peluang untuk mendapatkan dana bantuan tajaan daripada tabung Pa­Ma – kata lain yang merujuk kepada duit ehsan ibu­bapa untuk majlis perkahwinan memang tidak wujud langsung.   

 

Saya masih ingat duit yang tinggal di akaun simpanan saya pada waktu itu dengan adalah sebanyak RM3, 800 sahaja. Angka yang saya masih ingat sehingga kini kerana terlalu merenungnya. Wang hantaran yang diminta keluarga isteri sahaja sudah RM8, 888 – dan saya juga terperangkap dengan trend wang hantaran nombor cantik ini. Saya tiada idea di mana mahu mencari wang untuk bajet perbelanjaan kahwin, makan kenduri dan macam‐macam lagi. Sebagai penyelesaian fikiran saya mula cuba mengiyakan pada pinjaman peribadi. Sekali lagi? 

 

Page 22: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

2  

Namun berkat Allah S.W.T kurniakan sedikit sifat keusahawan maka saya biarkan otak berputar mencari idea perniagaan baru yang mampu memberikan pulangan dan keuntungan besar. Jika boleh dengan segera. Dari segi modal biar yang rendah serta kurang risiko. Walaupun saya pernah menjual surat khabar, berniaga burger, menjalankan perniagaan Internet dan beberapa aktiviti perniagaan yang pernah dilakukan, saya tahu kesemua elemen yang saya mahukan seperti itu adalah satu model perniagaan yang mungkin too good to be true! 

 

Sehingga… 

 

Pada suatu petang saya menghabiskan waktu berGoogle mencari idea perniagaan atau apa pun idea buat duit yang ada. Berjam menghabiskan masa tiada satu pun yang menarik perhatian saya. Kemudian jari mula menaip www.Facebook.com di ruang URL tetingkap pelayar. Mula membaca status‐status rakan di Facebook. Anak mata saya tertumpu pada satu status sahabat ini. Statusnya berbunyi begini, “Siapa nak kerja. Gaji aku bagi dalam 3k – 10k…” Status Facebook tersebut milik En.K seorang sahabat dari zaman belajar dahulu. 

 

Pada waktu itu saya terpesona dan tertanya‐tanya. Bukan perkara gaji yang paling membuatkan saya tertarik membacanya walaupun pada hakikatnya saya memang sedang memerlukan wang tersebut tetapi apakah maksud status kawan saya ini untuk memberikan gaji sebanyak itu sedangkan beliau pada pengetahuan saya hanyalah seorang technician komputer yang bekerja di sebuah IPTA?  ­ semasa saya menulis ebook ini beliau sudah tiga tahun berhenti dari kerjanya itu. 

 

 

Page 23: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

3  

Saya memandang rendah status Facebook En.K itu.  Tetapi saya juga ingin tahu apakah perkerjaan sebenar yang beliau tawarkan dengan pendapatan sebegitu lumayan.  Lantas saya membalas komen beliau. Setelah berbalas komen di Facebook, malam itu kami rancang untuk bertemu membincangkan tentang perkerjaan tersebut. Untuk makluman anda sehingga pada malam tersebut saya sebenarnya sudah hampir enam tahun tidak bertemu dan bertegur sapa dengannya. Hanya melihat akaun Facebooknya dari jauh sahaja. Sekarang anda tahu betapa teruknya saya dalam bersahabat. 

 

Cerita panjang dipendekan. Malam tersebut saya bertemu dengan En.K . Kami sepatutnya bertemu di sebuah restoran seperti yang dijanjikan. Tetapi En.K sesat dan lewat sampai. Akhirnya kami tak semena‐mena bertemu di stesen LRT Abdullah Hukum. Kami bersembang riang seperti sepasang sahabat yang lama tak bersua. Sedang hebat bercerita tentang peluang pekerjaan tersebut anak mata saya melirik pada dokumen‐dokumen kuning yang tersusun kemas di dalam beg sandang beliau.  

 

Saya menebalkan muka untuk bertanya beliau, “K , apa benda kertas kuning­kuning tu?”. “Oh ini LO Government. Aku buat bisnes supply­supply barang ke kerajaan” jawab En.K ringkas. Hati saya menyentak‐nyentak ingin tahu lebih lanjut tentangnya. Setahu saya perniagaan yang melibatkan projek‐projek kerajaan ini biasanya tender juta‐juta macam dalam drama melayu arahan Datuk' Yusof Haslam dan Rosyam Nor! Sekarang saya terbayangkan saya memandu sebuah kereta mewah kerana dalam drama melayu usahawan yang terlibat dengan projek kerajaan selalu digambarkan begitu. 

 

 

 

 

Page 24: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

4  

Saya tak puas dengan jawapan ringkas En.K. Saya merasakan bahawa saya mesti mengetahui dengan lebih lanjut lagi dari beliau. Ia mula menjentik minat saya. Seperti yang anda ingat saya sedang mencari idea perniagaan buat mencari pendapatan mengumpul wang untuk majlis perkahwinan saya. Jadi perniagaan pembekalan kerajaan ini bunyi macam menarik. Jika En.K boleh lakukan mengapa saya tidak?  

 

Dari situ saya terus mengasak persoalan dan mengorek segala jawapan mahupun rahsia beliau berkenaan aktiviti perniagaan yang beliau jalankan. Tiga jam pada malam itu dipenuhi dengan pelbagai pembuka mata berkenaan ilmu bisnes dengan kerajaan. Sambil bersila di bahu jalan sebelah stesen LRT Abdulah Hukum, Kuala Lumpur saya terus menyedut ilmu peringkat pertama bisnes dengan kerajaan ini. Malam itu berahir dengan saya bersyukur kerana beliau tidak lokek berkongsi ilmu bisnes ini memandangkan saya yang hampir enam tahun menyombongkan diri denganya. Moral of the story sombong tidak membawa kita kemana‐mana. 

 

Segala pengalaman beliau ceritakan dari pendaftaran syarikat, melakukan promosi hinggalah kepada memilih pembekalan yang lebih untung. Malam itu sahaja tidak cukup. Saya begitu teruja. Mungkin En.K tahu akan keterujaan saya lantas mengajak saya datang ke pejabatnya di Batu Caves untuk cerita panjang lagi. Sekali lagi saya terkesima kerana beliau ada pejabat sendiri! 

 

Saya pergi ke pejabat beliau beberapa hari selepas itu. Pejabatnya tak berapa besar. Anggaran dalam 700 kaki persegi sahaja dengan siap tiga ruang pejabat. En.K mempunyai seorang kerani yang menguruskan segala urusan syarikat perniagaan pembekalan beliau.  Kami bercerita lama tentang perniagaan pembekalan kepada kerajaan atau bisnes kerajaan ini. Daripada perkara asas hingga advance dan lebih banyak perihal untuk bermula. Serba sedikit perkara yang dibincangkan adalah seperti yang saya tulis di bab berikutnya.  

Page 25: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

5  

Bab 2: Pengenalan Bisnes Kerajaan  

Berbisnes dengan kerajaan secara mudah bermaksud kita melakukan urusniaga dengan pihak kerajaan. Pada kebiasaanya adalah membekalkan produk dan perkhidmatan. Kita sebagai pihak yang menjual adalah digelar sebagai vendor, kontraktor atau pembekal.  

 

Sebelum kita boleh melakukan urusniaga dengan pihak kerajaan perniagaan atau syarikat kita perlu terlebih dahulu  berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia dan memperolehi sijil Kewangan yang sah serta diiktiraf dari Kementerian Kewangan Malaysia. Melalui sijil Kewangan ini akan tercatat kepala bidang yang didaftarkan bagi syarikat kita. Kepala bidang adalah kod khusus yang mewakili kepada bidang perniagaan yang boleh anda jalankan kepada pihak kerajaan. 

 

Selain itu langkah pertama anda untuk mula berniaga dengan kerajaan adalah anda perlu tahu tentang sistem online ePerolehan kerajaan. Ianya diperkenalkan bagi memudahkan urusan jual beli antara peniaga dan kerajaan. Pihak kerajaan selain kerajaan pusat adalah termasuk badan‐badan berkanun, agensi serta suruhanjaya.  

 

 

 

 

Page 26: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

6  

 

Fig 1.0: Contoh sijil pendaftaran perniagaan dari SSM 

 

Page 27: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

7  

 

Fig 1.1: Contoh sijil Kementerian Kewangan 

 

Page 28: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

8  

 

Fig 1.2: Laman web ePerolehan 

 

 

 

Perniagaan yang boleh kita jalankan dengan pihak kerajaan amatlah luas. Dari perniagaan pembekalan barangan alat tulis dan kelengkapan pejabat, bahan bacaan, peralatan komunikasi, cenderamata, alatan muzik, makanan dan minuman, ubat‐ubatan dan alatan hospital hingga ke kenderaan dan jentera berat, perniagaan servis dan perkhidmatan, member latihan, bantuan konsultansi, perkhidmatan survey, penyewaan, pembersihan, rakaman video dan fotografi, baik pulih barangan, percetakan, dobi, pembinaan penulisan atau pengangkutan. Tidak kira apa bidang perniagaan anda, peluang untuk anda berniaga dengan pihak kerajaan mungkin terbuka luas.  

 

 

Page 29: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

9  

Berikut adalah fakta mengenai jumlah traksaksi pembelian dan urusniaga kerajaan yang telah dijalankan pada tahun 2011. ** Berdasarkan statistik ePerolehan 1 Jan 2011 sehingga 30 Julai 2011 

801,608 ­TRANSAKSI PEMBELIAN TERUS TELAH DILAKUKAN ORGANISASI DAN    

BADAN KERAJAAN 

108,919 KONTRAK KEMENTERIAN DITAWARKAN KEPADA SYARIKAT DAN 

PERNIAGAAN DI SELURUH MALAYSIA 

2,000 PEMBUKAAN SEBUT HARGA DAN TENDER PEMBEKALAN BARANGAN 

DAN SERVIS DIBUKA SETIAP BULAN 

Daripada statistik ini telah berbilion ringgit dibelanjakan untuk urusan pembelian oleh kerajaan melalui pembelian terus, sebutharga dan juga tender‐tender yang dibuka di mana anda pun berpeluang merebutnya! 

 

Dengan peluang perniagaan yang begitu besar ini insyaAllah dengan teknik pemasaran yang betul, sifat jujur, kesabaran dan kecekapan kita mengemudi perniagaan dengan kerajaan ini dengan baik mampu memberikan kita wang besar dengan mudah dan berterusan seterusnya mengembangkan lagi perniagaan yang kita bangunkan. 

Page 30: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

10  

Bab3: Pilihan Mustahil Yang Berhasil  

Semasa saya bercadang untuk memulakan perniagaan bagi mengatasi masalah dan kesempitan kewangan saya dahulu apa yang terlintas di dalam kepala saya adalah untuk mencari model perniagaan yang boleh memberikan keuntungan lumayan, kurang risiko, urusniaga yang selamat dan terjamin serta yang paling penting adalah kos permulaan yang minima.  

 

Seperti  cerita sebelum ini walaupun mustahil tetapi saya telah menemuinya apabila bertemu dengan En.K. Setelah dianalisis saya dapati model bisnes kerajaan ini dapat memenuhi kriteria model perniagaan yang saya inginkan berdasarkan beberapa kelebihan dan kebaikanya. 

 

 

 

Berikut adalah kebaikan dan kelebihan menjalan bisnes kerajaan:

Modal permulaan yang rendah / minima – Untuk kita memulakan sebuah syarikat yang ingin menjalankan perniagaan dengan kerajaan adalah cukup untuk kita menyediakan kos untuk pendaftaran perniagaan, syarat modal minima dan beberapa perbelanjaan asas.   

Page 31: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

11  

Secara kasarnya jika kita ada memiliki wang di dalam tangan sekitar RM3, 500 sudah cukup untuk memulakan bisnes kerajaan kita sendiri. Ini adalah anggaran minima daripada pengalaman saya bermula dahulu. ­ Kos diambil kira andai kesemua urusan pendaftaran dilakukan sendiri tanpa mengupah pihak ketiga   Jika anda merasakan modal sebegini adalah besar maka anda perlu berfikir semula kerana pada ketika ini kita sedang membangunkan sebuah perniagaan yang sah, yang boleh menerima kontrak bernilai puluhan ribuan ringgit malah jutaan insyaAllah dari kerajaan dan yang paling penting sebuah perniagaan yang serius dan benar. Ini bukanlah seperti perniagaan yang ‘biasa kita dengar’ seperti buat duit dari rumah atau seumpamanya.    

Tidak perlu menyimpan stok – Untuk model bisnes dengan kerajaan adalah menjadi satu kelebihan yang melegakan apabila kita tak perlu menyimpan stok. Stok hanya kita beli apabila kita sudah memperolehi tawaran pembelian dari pihak kerajaan seperti Local Order (LO) dan sebagainya. 

 

  Tidak perlu mengupah ramai perkerja – Andai kita TIDAK 

menjalankan kegiatan perniagaan bagi KEPALA BIDANG KHAS kita tidak perlu upah pekerja. Seperti saya sendiri bermula hanya one man show company. Cuma mungkin apabila syarikat kita sudah sedikit maju maka pada waktu itu kita mungkin perlu mengupah pekerja untuk kerja‐kerja pengkeranian pejabat, runner dan mungkin cukup itu sahaja. Kegiatan syarikat juga memainkan peranan kepada bilangan pekerja yang perlu kita ambil. Walaubagaimana pun jika baru bermula perniagaan ini boleh diuruskan dengan sendiri tanpa bantuan pekerja. 

Page 32: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

12  

Boleh bermula dari rumah – Kementerian Kewangan Malaysia memberi kebenaran untuk beroperasi dari rumah. Namun bagi sesetengah kepala bidang khas mewajibkan kita beroperasi dari pejabat. Juga beberapa syarat tertentu.   

Boleh dilakukan secara separuh masa – Jika kita masih belum berani untuk terjun di dalam bidang keusahawanan dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan perniagaan, bisnes kerajaan memberikan peluang untuk kita untuk melakukan aktiviti perniagaan secara separuh masa atau pun sambilan. Bisnes kerajaan ini juga tidak menuntut komitmen masa yang terlalu tinggi. Cukup untuk kita meluangkan sedikit masa untuk hal‐hal pengurusan, kerja di lokasi dan pemantauan serta penghantaran dokumen dan pembekalan.  Saya bermula dengan hanya secara separuh masa.   

Urusan jual beli yang terjamin – Urusniaga di dalam bisnes kerajaan boleh dikatakan 98 peratus terjamin dari segi bayaran dan ketelusan urusniaganya. 2 peratus lagi bergantung kepada keadaan pembekalan kita andai ada penolakan (reject) jika tidak sesuai dengan spesifikasi. 

Keuntungan antara 10% hingga 30% – Kebiasaannya untuk pembekalan kepada pihak kerajaan  peratus untuk kita markup untuk keuntungan kita adalah sekitar 10 peratus hingga 30 peratus dari harga pasaran. Terbaik adalah dalam lingkungan 25 peratus hingga 30 peratus. Keadaan ini juga bergantung kepada saingan syarikat pembekalan lain. Namun andai kita mampu membekalkan produk atau barangan yang sukar diperolehi atau pun yang bukan common maka kadar markup biasanya boleh dikenakan dengan lebih tinggi.   

Urusniaga boleh dilakukan andai kita tiada modal! – Salah satu kelebihan bisnes kerajaan ini adalah kita boleh membeli stok dengan 

Page 33: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

13  

menggunakan wang atau modal orang lain. Terdapat beberapa cara yang boleh kita lakukan untuk tujuan ini. Kesemuanya akan saya terangkan selepas ini. Ini mungkin banyak membantu anda kelak.   

Kurang risiko – Bisnes kerajaan ini memang boleh dikatakan kurang risiko. Ini kerana kita tidak memerlukan modal yang besar untuk dipertaruhkan, tidak perlu menyimpan stok dan akhir sekali berurusan dengan pihak yang boleh dipercayai. Justeru itu model bisnes kerajaan ini tidak begitu memudaratkan dan memberi kesan terutamanya kesan kewangan kepada pemilik perniagaan iaitu kita sendiri.    

Bidang perniagaan yang luas – Bisnes kerajaan ini tidak terhad kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan. Kita boleh membekalkan pelbagai barangan dan perkhidmatan kepada kerajaan bergantung kepada permintaan kerajaan sendiri. Cuma perkara yang harus diambil berat adalah keupayaan perniagaan anda atau syarikat anda mendaftarkan dengan kepala‐kepala tertentu. 

 

Page 34: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

14  

Bab 4: Perbezaan Bisnes Kerajaan Dengan Bisnes Dagangan Lain Cara yang paling baik untuk menunjukkan beberapa perbezaan dua model perniagaan ini adalah dengan jadual perbezaan. 

Berikut adalah jadual perbezaanya:

Perkara

Bisnes Kerajaan

Perniagaan Trading

Biasa Modal permulaan  Modal yang rendah.  Perlu modal yang besar 

untuk stok, kedai dan sebagainya. 

Risiko  Risiko rendah kerana tidak memerlukan modal yang besar dan tidak perlu simpan stok. 

Risiko tinggi kerana andai gagal wang yang dilaburkan untuk modal membeli stok akan hangus. 

Stok  Tidak perlu simpan stok. Hanya beli stok bila ada permintaan. 

Perlu simpan stok. 

Pengurusan  Mudah.  Sukar dan mencabar. Keuntungan  10% ‐ 30% 

 Bergantung kepada saingan. 

Keselamatan urusniaga 

Kerajaan pihak yang boleh dipercayai dengan adanya dokumentasi. 

Tidak terjamin. Kadang kala ditipu oleh pelanggan yang tidak membayar dan batalkan pembelian. 

 

Fig 1.3: Perbezaan bisnes kerajaan dengan perniagaan dagangan lain. 

Page 35: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

15  

Bab 5: Model & Konsep Bisnes Kerajaan  

Model bisnes kerajaan ini amat mudah. Kita hanya perlu tahu apa yang pihak kerajaan ingin beli atau perkhidmatan apa yang mereka ingin dapatkan dan kemudian kita sebagai vendor atau kontraktor memberi penyelesaian dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang dikehendaki oleh mereka. Boleh juga jika kita yang mencadangkan sesuatu produk atau perkhidmatan. 

 

Tidak kiralah samada kita sendiri yang melahirkan produk dan memberikan perkhidmatan tersebut ataupun kita sekadar sebagai orang tengah yang tolong beli dan jual semula kepada kerajaan.  

 

Lihat contoh bergambar. Ini adalah contoh urusniaga secara pembelian terus. 

 

Page 36: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

16  

 

 

 

 

 

 

Page 37: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

17  

 

 

 

 

Fig 1.4: Contoh bagi situasi urusniaga bagi pembelian terus 

Page 38: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

18  

Bab 6: Memahami Perolehan Kerajaan

 

Untuk bab ini ianya sedikit bosan dan terlalu skema. Terdapat begitu banyak perkara teknikal dan terma di dalam tajuk ini. Tetapi saya tidak akan menerangkan dan menghuraikanya kesemuanya untuk anda. Apa yang perlu anda tahu dan berguna sahaja akan saya sentuh. Malah adakah anda mahu belajar perkara‐perkara berkenaan Akta Tatacara Kewangan 1957? Dengar sahaja sudah rasa mengantuk.  

 

Tetapi kita perlu tahu serba sedikit tentang perolehan kerajaan ini supaya kita faham dan tahu bagaimanakah kategori perolehan dan pembelian yang boleh dibuat kerajaan. Secara asasnya perolehan kerajaan terdiri daripada prinsip berikut: 

Prinsip-Prinsip Perolehan

Akauntabiliti awam (public accountability)

Diuruskan secara telus (transparent)

Nilai faedah terbaik (best value for money)

Saingan terbuka (open competition)

Adil dan saksama (fair dealing)

Page 39: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

19  

Kategori Perolehan Kerajaan

Terdapat tiga kategori perolehan kerajaan. Ianya adalah: 

Pembekalan – Untuk pembelian barang seperti komputer, meja dan sebagainya

Perkhidmatan – Untuk pembayaran perkhidmatan seperti pembinaan laman web, latihan dan sebagainya

Kerja – Untuk perolehan kerja-kerja seperti pembinaan bangunan

 

Penggunaan Bahan / Barangan / Perkhidmatan Tempatan (Spp 7/2002)

Semua perolehan bekalan dan perkhidmatan hendaklah diperolehi secara tempatan

Bahan/barangan keluaran tempatan hendaklah memenuhi Standard Malaysia (MS) atau standard antarabangsa yang Diiktiraf

Agensi wajib menggunakan bahan/barangan/perkhidmatan keluaran tempatan yang dinyatakan di dalam senarai:- - Bahan binaan tempatan (kerja) - IKRAM QA Services Sdn. Bhd. - Barangan keluaran tempatan (bekalan) - SIRIM QAS Sdn.

Page 40: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

20  

Perolehan Barang-Barang Import

Bahan/barangan import melebihi RM50,000 perlu mendapat kelulusan MITI;

Bahan/barangan yang bernilai melebihi RM200,000 bagi satu kontrak hendaklah dilaksanakan secara Free On Board (FOB);

Menggunakan syarikat perkhidmatan pengangkutan tempatan;

Perlindungan insurans melalui KWIBK.

 

Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan (Spp Bil. 4/95)

Syarikat yang diiktiraf sebagai syarikat Bumiputera: sekurang-kurangnya 51% dikuasai Bumiputera (Saham, Lembaga Pengarah dan Pengurusan)

Sijil dikeluarkan oleh: - Kementerian Kewangan - bekalan/perkhidmatan - Pusat Khidmat Kontraktor – kerja

Page 41: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

21  

Keutamaan Pembuat/Pengilang Bumiputera

Memberi keutamaan kepada syarikat yang bertaraf pembuat/pengilang Bumiputera

Sekiranya perolehan bekalan dilaksanakan secara terbuka di kalangan pembuat tempatan, keutamaan harga hendaklah diberi kepada pembuat Bumiputera

Nilai Perolehan % Keutamaan sehingga RM10 juta 10% melebihi RM10 juta – RM100 juta 5% melebihi RM100 juta 3% Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

Keutamaan Bumiputera Untuk Kontrak Kerja

Kerja-kerja bernilai kurang RM200,000 dikhaskan kepada Bumiputera;

Sekurang-kurangnya 50% bagi projek bernilai RM100,000 hingga RM350,000 dikhaskan untuk ditandingi di kalangan Bumiputera;

30% dari peruntukan tahunan untuk kerja, dikhaskan kepada Bumiputera (tidak termasuk kerja-kerja kurang RM200,000)

Page 42: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

22  

Keutamaan Kerja Prime Cost Sum

Keutamaan kepada syarikat Bumiputera bagi kerja Prime Cost Sum / Mekanikal / Elektrikal / Pakar

Nilai Perolehan % Keutamaan melebihi RM100 ribu – ribu 10% melebihi RM500,000 – RM1.5 juta 7% melebihi RM1.5 juta – RM5 juta 5% melebihi RM5 juta – RM10 juta 3% melebihi RM10 juta – RM15 juta 2.5% melebihi RM15 juta Tiada Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh diterima dari pembuat Bukan Bumiputera

Page 43: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

23  

Kaedah Perolehan / Pembelian Kerajaan

Panjar Wang Runcit

Kontrak Pusat

Pembelian Terus

Requisition (untuk perolehan kerja)

Sebut Harga

Tender

Perolehan Darurat

Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong

Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS)

Perolehan Perkhidmatan Perunding

a) Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit (SPP Bil. 2 Tahun 2002)

Untuk kegunaan segera

Tidak melebihi RM500.00

Tiada dokumen pembelian diperlukan (cukup dengan resit sahaja)

Page 44: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

24  

b) Perolehan Melalui Kontrak Pusat (Ap 178.1)

Barang-barang gunasama

Perlu rujuk kepada Pekeliling KontrakPerbendaharaan (PKP)

Guna pesanan Kerajaan sebagai dokumen pembelian

Contoh item Kontrak Pusat:

- Kabinet, rak, gerobok besiPerabut pejabat (kerusi berasaskan kain)

- Wardrobe - Alatulis - Sampul surat - Bas 40 penumpang berhawa dingin - Alatganti jentera berat

c) Penggunaan Kontrak Jabatan LAIN (AP 178.2)

mendapat persetujuan daripada agensi yang mengikat kontrak dan kelulusan

Perbendaharaan

kontrak masih berkuatkuasa

tiada tambahan kuantiti kepada kontrak asal

tertakluk kepada baki kuantiti yang masih ada dan belum digunakan oleh agensi utama

Page 45: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

25  

d) Pembelian Terus (SPP Bil. 8 Tahun 2004) Bekalan/Perkhidmatan

- Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana-mana pembekal/syarikat

- Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap

jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Pembelian Terus bagi PTJ yang telah e-Perolehan enabled

- Proses pembelian bagi RM10,000 – RM50,000 hendaklah melalui sistem ePerolehan

- Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di negeri berkenaan yang telah eP enabled

- Sekiranya tiada, Pegawai Pelulus boleh membenarkan pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang eP enabled dari negeri-negeri berdekatan

- Bagi perolehan tertentu yang tiada pembekal/syarikat eP enabled pembelian daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Proses pembelian secara offline.

Page 46: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

26  

Pembelian Terus bagi PTJ yang belum e-Perolehan enabled

- Daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam negeri berkenaan

- Sekiranya tiada, Ketua PTJ/Pemegang Waran diberi kuasa meluluskan pembelian dibuat daripada pembekal/syarikat Bumiputera dari negeri-negeri berdekatan

- Pesanan Pembelian Tempatan hendaklah ditandatangani oleh Ketua PTJ/Pemegang Waran atau pegawai-pegawai yang telah diberi kuasa secara bertulis

Kerja

- Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan

- Gunakan pesanan Kerajaan atau inden sebagai dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan

Page 47: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

27  

e) Requisition (AP 180 dan SPP Bil.2 Tahun 2001)

- kerja-kerja kecil dan pembaikan yang tidak mengubah struktur asal

- nilai kerja melebihi RM20,000 hingga RM100,000

- menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

- pelawaan kontraktor kelas F di bawah kepala dan sub kepala berkaitan secara undian atau pusingan atau sebut harga

- Gunakan Inden Kerajaan

f) Perolehan Melalui Sebut Harga (Ap 170.1 Dan Spp Bil. 2 Tahun 2001)

Bekalan/Perkhidmatan - Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun

i. Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa di

kalangan pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

ii. Melebihi RM100,000 hingga RM200,000 terbuka kepada pembekal Bumiputera/Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Kerja - Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang tidak

menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

Page 48: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

28  

Pelawaan akan dibuat kepada sekurang-kurangnya kepada 5 pembekal/syarikat

Dokumen khas digunakan

Diproses seperti tender

Setuju terima Jawatankuasa Sebut Harga

Page 49: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

29  

g) Perolehan Melalui Tender (AP 171.1, dan SPP Bil. 5 Tahun 2007)

Bekalan/Perkhidmatan/Kerja - Melebihi RM200,000 setahun

Iklan

- Tender tempatan : min. 1 akhbar berbahasa Melayu - Tender antarabangsa : min. 1 akhbar berbahasa Melayu

dan 1 akhbar berbahasa Inggeris

Tempoh Iklan - Tender tempatan : min 21 hari - Tender antarabangsa : min. 56 hari

Diterima dalam sampul surat berlakri

Peti tender yang berkunci disediakan

Dibuka oleh Jawatankuasa Pembuka Tender

Dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Tender

Ditimbang dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan

Surat Setuju terima tender

Page 50: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

30  

h) Perolehan Darurat (Ap 173.2)

Tidak melebihi keperluan semasa

Prosidur biasa perolehan dikecualikan

Kemukakan laporan terperinci kepada Pegawai

Pengawal dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh perolehan untuk dihantar kepada Perbendaharaan bagi tujuan penyiasatan dan audit

i) Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong (Spp Bil. 4 Tahun 2004)

Kriteria bagi menentukan projek secara gotong royong:

Had maksimum kewangan atau peruntukan sebanyak RM100,000

Tidak memerlukan kepakaran khusus seperti mekanikal dan elektrikal

Boleh dilaksanakan sendiri oleh Pihak Peneraju Projek - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) - Jawatankuasa Kemajuan Mukim - Badan/Pertubuhan/Persatuan atau Badan-Bukan Kerajaan (NGO

yang melibatkan masyarakat setempat

Page 51: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

31  

Bebas daripada semua halangan seperti pemilikan

Tapak projek dan sebagainya

Melibatkan tenaga penduduk tempatan dan bercorak

Kemasyarakatan

Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 14 hari kerja

Berturut-turut atau 14 hari dalam tempoh maksimum

3 bulan

j) Perolehan Melalui Jabatan Teknik (Spp Bil. 3 Tahun 2006 Pindaan Kepada Ap 182)

Semua Jabatan bukan teknik hendaklah merujuk kepada jabatan teknik bagi perolehan kerja bernilai RM5 juta ke atas. Semua projek kerja yang bernilai tidak melebihi RM5 juta boleh dilaksanakan sendiri oleh Agensi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Teknik.

Sekiranya jabatan teknik tidak berkemampuan, perolehan melalui perkhidmatan perunding hendaklah dilaksanakan

Sesalinan ‘as built drawing’ hendaklah dikemukakan kepada jabatan teknik

Kerja-kerja yang melibatkan tambahan atau pengubahsuaian - bangunan Kerajaan Persekutuan: kelulusan Bahagian

Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri - bangunan sewa : kebenaran tuan punya bangunan

Page 52: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

32  

k) Perolehan Perkhidmatan Perunding (Spp Bil. 8 Tahun 2006)

Rujuk projek yang bernilai melebihi RM5 juta kepada Jabatan Teknik terlebih dahulu. Sekiranya Jabatan Teknik mengesahkan tidak berkemampuan, agensi boleh melantik perunding mengikut tatacara yang berkuat kuasa

Hendaklah mendapat kelulusan dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan Agensi ‘A’ mengikut mana yang berkenaan

Kelulusan bayaran perkhidmatan perunding hendaklah diperolehi dari Perbendaharaan atau Lembaga Perolehan Agensi‘A’ mengikut mana yang berkenaan

Perunding dilantik hendaklah menguruskan perolehanbagi pihak Jabatan berkenaan mengikut tatacaraperolehan Kerajaan yang berkuatkuasa

Laporan prestasi perunding kendaklah dikemukakan kepada Perbendaharaan

Kesemua perkara mengenai perolehan yang saya nyatakan ini sesetengahnya tidak berkaitan secara langsung dengan anda sebagai vendor atau kontraktor. Namun saya masukan juga di dalam bab ini kerana ia memberikan gambaran dari perspektif ‘orang dalam’ bagaimana sesuatu perolehan itu dilakukan. Dengan ini ia akan membantu anda untuk merancang membida kerja dan pembekalan dari kerajaan serta memberi pengetahuan serba sedikit tentang prosedur yang perlu diambil.  

 

Ada banyak lagi prosedur dan perkara teknikal berkenaan perkara perolehan ini namun ianya akan anda pelajari secara natural dan hands­on semasa anda berurusniaga dengan pihak kerajaan kelak. Jangan khuatir. Berita baiknya bahagian paling tak menarik di dalam ebook ini sudah pun anda lepasi. Selepas ini yang menarik‐menarik sahaja untuk dibaca! 

Page 53: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

33  

Ringkasan Bahagian 1 

Sombong tidak membawa anda kemana‐mana.  Kita perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 

Kementerian Kewangan Malaysia dan memperolehi sijil kewangan yang sah serta diiktiraf dari Kementerian Kewangan Malaysia. 

Kepala bidang adalah kod khusus yang mewakili bidang perniagaan.  Perlu tahu tentang sistem online ePerolehan kerajaan.  Prinsip­Prinsip Perolehan: Akauntabiliti awam (public 

accountability), Diuruskan secara telus (transparent), Nilai faedah terbaik (best value for money), Saingan terbuka (open competition), Adil dan saksama (fair dealing). 

Terdapat tiga kategori perolehan kerajaan. Ianya adalah pembekalan, perkhidmatan dan kerja. 

Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit ­ Untuk kegunaan segera ‐Tidak melebihi RM500.00 ‐ Tiada dokumen pembelian diperlukan (cukup dengan resit sahaja) 

Pembelian Terus ­ Bekalan/Perkhidmatan ‐ Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana‐mana pembekal/syarikat ‐  Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan – Kerja ‐ Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub‐kepala berkaitan ‐ Gunakan pesanan Kerajaan atau inden.

Perolehan Melalui Sebut Harga ­ Bekalan/Perkhidmatan ‐ Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun – Kerja ‐ Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang tidak menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan. Dokumen khas. 

Perolehan Melalui Tender ­ Bekalan/Perkhidmatan/Kerja ‐Melebihi RM200, 000 setahun. 

Page 54: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Dan mereka merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik­baik Perancang”  

Surah Al­Imran, ayat 54 

 

Page 55: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 2 Perancangan & Strategi I

 

Page 56: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

34  

Bab 7: Bagaimana Saya Mencipta 14 Jaringan Perniagaan Dari Kosong  

Jika anda masih ingat selepas saya berkunjung ke pejabat En.K saya amat teruja untuk memiliki perniagaan pembekalan kepada kerajaan atau bisnes kerajaan saya sendiri. Tetapi saya mendapati beberapa kos permulaan seperti kos pendaftaran SSM dan Kementerian Kewangan perlu dikeluarkan untuk memulakan perniagaan ini. Perasaan teruja untuk memulakan bisnes kerajaan ini bercampur baur. Antara teruja dan takut. Saya telah gagal dalam banyak percubaan perniagaan sebelum ini yang mengakibatkan kerugian hampir RM 100,000.  

 

Sudah tentu saya tak mahu menambah lagi satu kegagalan baru dalam senarai panjang kegagalan perniagaan yang pernah saya ceburi. Tambahan lagi faktor wang adalah begitu kritikal untuk dipertaruhkan. Jadi saya berfikir bagaimana saya boleh memulakan bisnes kerajaan ini dengan risiko kegagalan dan kerugian yang seminima mungkin. Akhirnya saya mendapat satu idea. Tetapi saya perlu berjumpa dengan En.K dahulu.  

 

Beberapa hari selepas mendapat idea tersebut saya ke pejabat En.K untuk mencadangkan sesuatu. Suatu cadangan yang  akan memberi win­win situation. “K, kalau aku pakai company kau untuk dapatkan job supply boleh tak? 5% dari nilai projek aku bagi kau… Ok?”. Ya, anda dengar dengan betul. Saya mencadangkan supaya En.K mengizinkan saya menggunakan syarikat beliau untuk saya memulakan bisnes kerajaan saya sendiri. Jadi dengan itu saya tak perlu mengeluarkan sebarang kos pendaftaran dan pelbagai kos untuk bermula kerana semuanya telah beres dengan menggunakan syarikat En.K.  

Page 57: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

35  

Saya menjangkakan En.K pasti tiada masalah kerana andai kata saya mendapat job dari kerajaan yang pasti duit pembayaran akan masuk ke akaun syarikat beliau terlebih dahulu dan yang paling penting beliau akan mendapat keuntungan 5 peratus secara buta‐buta tanpa sebarang modal dan tenaga. Kesemua usaha adalah daripada saya sendiri. Cuma yang harus saya pastikan adalah menggunakan syarikat beliau dengan bertanggung jawab. 

 

Saya menunggu dengan penuh debar jawapan En.K dan akhirnya beliau menjawab, “Boleh. No problem!” Seperti di jangkakan beliau bersetuju dengan cadangan saya itu. Saya pada waktu itu cukup lega dan gembira. Kini saya boleh memulakan perniagaan bisnes kerajaan dengan menggunakan syarikat En.K. Pada satu sudut yang lain saya telah terselamat daripada mengeluarkan kos‐kos permulaan dan pada satu sudut lagi saya tidak akan kerugian apa‐apa jika percubaan saya kali ini gagal.        I have nothing to lose! 

 

Saya telah melepasi halangan pertama iaitu masalah kewangan untuk bermula. Kini apa yang perlu saya lakukan adalah mencari peluang pembekalan kepada kerajaan yang boleh dibuat. Saya berharap yang terbaik tetapi dalam pada masa yang sama bersedia untuk sebarang bentuk kegagalan. Saya teruja untuk melakukan perniagaan ini tetapi dalam waktu yang  sama berasa takut untuk meletakan harapan yang tinggi kerana kesan‐kesan kegagalan perniagaan pada masa lalu. 

 

Dan satu perkara yang menyokong rasa takut saya ini adalah kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dan paling teruk adalah saya tiada sebarang jaringan perniagaan langsung di dalam bidang ini. Apatah lagi cable­cable besar seperti yang selalu digunakan oleh sesetengah pihak dalam mendapatkan projek pembekalan dan sebagainya. 

 

 

Page 58: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

36  

Jadi sekali lagi En.K menjadi rujukan kepada saya bagi masalah ini. En.K memberikan beberapa cadangan untuk bagaimana saya boleh menembusi pasaran sekaligus berjaya mendapatkan projek. Kesemua cadangan beliau saya amati satu persatu. Semuanya sesuai untuk dilakukan tetapi kebanyakanya mengambil masa dan memerlukan usaha serta kerajinan seperti pemasaran faks dan cold calling. Saya tiada masa untuk kesemua itu. Saya mahukan yang cepat dan jika boleh yang tidak bergantung kepada nasib semata‐mata.  

 

Semasa saya sedang memikirkan cara untuk menembusi pasaran kerajaan saya tertanya mengapa ramai orang mengatakan yang bisnes kerajaan ini hanya untuk kroni? Kroni mungkin terdiri daripada keluarga, kumpulan tertentu dan kawan‐kawan mereka. Dari situ saya mendapat satu idea. Apa kata biar saya pula yang menjadi kroni!  

 

Setelah mendapat idea itu saya kumpul senarai rakan‐rakan yang saya tahu bekerja dengan kerajaan tidak kisah apa jawatan dan tugas mereka sekali pun. Saya ada satu matlamat bahawa saya mesti masuk ke dalam tempat mereka bekerja. 

 

Pada waktu tersebut saya menumpukan untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan teknologi maklumat kerana hanya itu sahajalah bidang kepakaran saya yang boleh saya buat berniaga. Kebetulan syarikat En.K juga mempunyai kepala teknologi maklumat. Dengan bantuan kawan‐kawan saya ini saya berharap mereka boleh menunjukan kepada saya unit‐unit teknologi maklumat tempat mereka bekerja. Jika tidak berjaya memperoleh projek sekalipun paling tidak saya berpuas hati kerana saya berjaya promote dan bersemuka kepada pegawai yang tepat dan bukanlah seperti kertas promosi saya yang hanya tersadai di mesin faks mereka.  

 

 

 

Page 59: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

37  

Saya menelefon hampir 20 orang rakan‐rakan saya yang bekerja dengan kerajaan. Saya menyatakan pada mereka bahawa saya baru membuka bisnes IT dan sedang mencari projek‐projek pembekalan yang boleh dibuat di tempat mereka bekerja. 

 

Dan secara terus terang saya katakan saya mahu mereka menolong saya untuk bawa saya berjumpa kepada pegawai unit ICT tempat mereka bekerja dan seterusnya menunjukan tempat untuk mendaftar sebagai vendor atau kontraktor kepada agensi mereka.  Saya tidak menjanjikan apa‐apa kepada mereka. Tidak juga menawarkan komisen andai projek berjaya diperolehi. No obligation!  

 

Jadi secara etikanya saya masih lagi tidak melanggar sebarang batas‐batas yang boleh meletakan diri saya dan rakan saya di dalam situasi yang boleh dicurigai. Permintaan saya ini saya anggap sebagai permintaan pertolongan dari seorang rakan. Bagi saya seorang rakan yang baik tak akan sampai hati menolak permintaan rakanya yang sekadar ingin ditunjukan jalan dan tempat yang betul. Tetapi realitinya tidak seperti yang saya jangkakan juga. 

 

Dan permintaan saya ini cukup sekadar mereka boleh tunjukan di mana unit teknologi maklumat mereka dan di mana saya boleh berurusan untuk mendaftarkan syarikat sebagai kontraktor berdaftar agensi tersebut. Tidak lebih dari itu. Selebihnya biar saya yang uruskan sendiri. Dengan ini saya tidak meletakan diri saya dan rakan saya di dalam keadaan berkepentingan dan boleh dikategorikan sebagai aktiviti rasuah dan sebagainya. 

 

Dari 20 orang 14 rakan saya tiada masalah untuk membantu saya. Sekarang apa yang perlu saya lakukan adalah menyediakan profil syarikat En.K yang mengandungi nama dan contact detail saya sendiri. Apa yang paling seronok adalah saya sudah membina jaringan perniagaan secondary level pertama saya untuk bisnes kerajaan ini! 

Page 60: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

38  

Bab 8: En.Z Effect dan Kemenangan Pertama!  

Kesemua 14 orang rakan saya bekerja di 14 badan kerajaan yang berlainan. Saya memilih hanya enam agensi dahulu untuk saya cuba strategi ini. Daripada enam percubaan gerak gempur menebalkan muka ini dua agensi darinya bersetuju untuk memberi peluang kepada saya untuk memajukan kepada mereka sebut harga. Satu projek pembekalan alat ganti komputer dan satu lagi projek pembekalan empat unit mesin vacuum cleaner. 

 

Saya amat gembira dengan kejayaan awal ini. Sekarang saya telah buktikan walaupun pada awalnya saya tiada sebarang jaringan perniagaan tetapi dengan sedikit usaha dan menebalkan muka menghubungi rakan‐rakan yang bekerja di agensi kerajaan ianya telah membuahkan hasil. Tambahan lagi tanpa sebarang sogokan dan aktivit kurang sihat. Dari kosong kini sudah ada dua peluang kerja pembekalan. Mungkin selepas ini the accidently found teknik mencipta jaringan secondary level ini tidak hanya terhad kepada rakan‐rakan tetapi boleh diluaskan lagi asalkan mereka mengenali saya. 

 

Dengan dua peluang pembekalan dalam tangan cukup mengujakan saya. Perkara seterusnya bagaimana saya boleh mendapatkan supplier yang boleh memberikan kepada saya harga yang murah dan kemudianya saya boleh memberikan sebut harga kepada pihak kerajaan dengan kadar harga yang kompetitif sekali. 

 

 

 

Page 61: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

39  

Seperti yang anda boleh jangkakan tempat pertama untuk saya bertanyakan sesuatu apabila berkaitan dengan bisnes kerajaan ini adalah En.K. Dan seperti biasa juga En.K sudi membantu mana yang terdaya. Untuk dua kerja pembekalan yang saya sedang usahakan ini kedua‐duanya saya tidak tahu langsung mana supplier yang boleh beri harga yang murah.  

 

En.K memberikan saya satu supplier untuk barang alat ganti komputer. Manakala bagi vacuum cleaner pula beliau tidak mempunyai supplier yang boleh digunakan. Untuk barang alat ganti komputer saya dapati harga yang diberikan oleh supplier En.K murah 10 peratus dari harga pasaran. Saya bezakan dengan harga di Low Yatt Plaza. Maka jika saya terus sahaja membuat sebut harga dengan menawarkan harga pasaran semasa iaitu sama dengan harga di Low Yatt Plaza pun saya boleh mendapatkan keuntungan sebanyak 10 peratus andai terpilih untuk kerja pembekalan tersebut. 

 

Tetapi saya mahukan keuntungan yang lebih. Paling kurang 20 peratus keuntungan. Tambahan lagi modal yang besar diperlukan untuk projek ini. Di bawah ini saya sertakan ramalan butiran kewangan untuk projek pembekalan alat ganti komputer untuk agensi K***, Kuala Lumpur. 

 

Pembekalan alat ganti komputer

Kos membeli stok / pembekalan: RM18,000 Harga semasa pasaran: RM20,000 Harga jual kepada kerajaan: RM20,000 Untung: RM2,000

 

Fig 2.1: Butiran kewangan projek pembekalan alat ganti komputer K***. 

Page 62: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

40  

Satu cara yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan keuntungan yang lebih adalah dengan mark up dengan lebih tinggi lagi sehingga 20 peratus. Manakala satu cara lagi adalah mendapatkan supplier yang boleh memberikan harga alat ganti komputer tersebut dengan lebih rendah. Memandangkan En.K telah pun memberikan supplier beliau jadi saya tidak bertanya tentang contact supplier nya yang lain. 

 

Orang selalu kata jika kita ringan mulut maka sesuatu perkara itu menjadi lebih mudah. Sama seperti pepatah melayu “Malu bertanya sesat jalan”. Jadi saya ada berkongsi dan bertanya kepada rakan‐rakan yang rapat di mana boleh dapatkan supplier barang komputer dan vacuum yang boleh beri harga murah. Jika boleh 20 peratus rendah dari harga pasaran semasa. 

 

Untuk alat ganti kompter hampir kesemua rakan‐rakan saya memberikan jawapan Low Yatt Plaza. Tetapi tiada siapa tahu di kedai yang mana dan apakah nombor contact mereka. Sehinggalah saya bertemu En.Z di satu majlis. En.Z merupakan bekas rakan sepejabat saya pada waktu dahulu. Orang dari negeri di bawah bayu‐ Sabah. Kami berbual dan bertanya khabar. Beliau kini menguruskan syarikat pembekalan yang dibangunkan bersama rakan kongsinya juga dari Sabah.  

 

Saya ada bertanyakan tentang syarikat beliau yang pada waktu itu menurutnya hanya berusia dua tahun. Dari perbualan kami beliau menyatakan hasil jualan syarikatnya sudah melepasi angka RM 1juta. Saya tertarik dengan kejayaan En.Z ini. Dalam pada masa yang sama juga saya ada menceritakan kepada beliau tentang pengalaman baru saya dalam bidang bisnes pembekalan kerajaan dan dua kerja pembekalan yang saya sedang usaha dapatkan. Saya bertanyakan kepada beliau tentang masalah supplier yang sedang saya hadapi. Saya tidak menyangka yang saya begitu bernasib baik. En.Z sudi berkongsi dengan saya supplier beliau untuk alat ganti komputer dan vacum cleaner. Dengan syarat beliau sendiri mesti membawa saya bertemu dengan supplier tersebut dan bukan saya boleh main telefon sahaja. 

Page 63: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

41  

Cerita panjang dipendekan. Saya pergi ke tempat supplier En.Z bersama beliau. Lokasinya di Seksyen 14, Petaling Jaya. Sampai sahaja di sana saya diperkenalkan oleh En.Z kepada Mr. T pemilik syarikat pembekalan alat‐alat ganti komputer. Saya berharap agar Mr. T dapat memberikan harga yang lebih rendah dari supplier En.K. 

 

Setelah En.Z menerangkan kepada Mr. T tentang keperluan kami dan saya menunjukan senarai alat ganti yang mahu dibeli, Mr. T pun mula mengira‐ngira. Tak lama kemudian beliau memberikan harga. Saya sungguh terperanjat dan gembira kerana harga yang diberikan oleh Mr Tan jauh lebih murah dari supplier En.K. Ianya 30 peratus rendah dari harga pasaran semasa. Saya terus bersetuju untuk mendapatkan alat ganti komputer dari Mr.T. Dalam kepala jika saya terus menjual kepada kerajaan dan mark up harga yang sama dengan harga pasaran semasa pun saya sudah boleh buat kira‐kira RM 6,000. Wow! 

 

Kemudian kami pergi pula ke Puchong, Selangor untuk mendapatkan harga bagi vacuum cleaner. Harga yang diberikan oleh supplier tersebut adalah 20 peratus rendah dari harga jualan pasaran. Saya bersetuju dengan harga yang ditawarkan. Selepas mendapat kedua‐dua harga tersebut En.Z mengajak saya minum di sebuah restoran mamak di Bangsar. 

 

Semasa kami minum En. Z ada bertanya berapa banyak saya nak mark up harga dari harga supplier. Saya seperti yang anda tahu, mahu mark up sama dengan harga pasaran yang mana bersamaan 30 peratus untuk alat ganti komputer dan 20 peratus untuk vacuum cleaner dari harga supplier. Malah dalam hati jika boleh mahu mark up 20 peratus lebih dari harga pasaran semasa!  

 

 

 

Page 64: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

42  

En.Z pula berfikiran 360 darjah lain dari saya. Dia menasihatkan saya untuk mark up hanya 15 peratus dari harga supplier.  Dalam hati saya tertanya kenapa pula begitu rendah. Adakah terlalu desperate untuk memberikan harga yang boleh menang? 

 

Kemudian En.Z memberitahu saya mengapa perlu menawarkan harga yang rendah untuk kerja pembekalan saya yang pertama ini. Jika boleh ambil untung seminima mungkin. Selepas En.Z memberitahu saya sebab‐sebabnya saya mendapati apa yang dikatakan oleh En.Z ada benarnya.  En.Z juga memberikan saya prinsip yang perlu saya terapkan dalam bisnes kerajaan ini serta petua‐petua untuk mendapatkan job seterusnya, seterusnya lagi dan berterusan lagi. Pesan En.Z lagi “We go for long term business!” 

 

Pada hari itu, itulah antara sesi ‘Yum Seng’ di mamak yang paling bernilai dan berkualiti buat saya. Ilmu‐ilmu yang dicurahkan oleh En.Z amat bernilai sekali. Rumusan dari aktiviti supplier scouting yang saya lakukan bersama En.Z saya dapati adalah penting untuk mendapatkan supplier yang tepat dan paling penting boleh beri kita harga yang rendah. Dan untuk kali pertama saya mempelajari dari En.Z cara membina jaringan supplier dan teknik sourcing! 

 

Malangnya untuk semua ilmu yang dicurahkan oleh En.Z seperti prinsip asas bisnes kerajaan, teknik sourcing dan supplier networking saya tak akan cover dalam bab ini. Saya akan beritahu anda mengenainya dengan lebih terperinci dalam bab yang khusus di bahagian seterusnya dalam ebook ini. Supaya ianya lebih jelas dan anda lebih mudah untuk tahu.  

Kembali kepada kisah dua job pembekalan yang sedang saya usahakan. Saya mengikuti kata nasihat En.Z dan mark up hanya 15 peratus dari harga supplier sebagai keutungan saya. Kesanya sebut harga yang saya majukan terpilih untuk untuk kerja pembekalan alat ganti komputer tersebut. Manakala bagi kerja pembekalan vacuum cleaner tak berjaya. Mungkin syarikat pesaing lebih handal dalam hal sourcing. 

Page 65: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

43  

Walaupun hanya berjaya memenangi satu kerja pembekalan, saya amat berpuas hati dengan kejayaan peringkat permulaan ini. Kemenangan pertama ini begitu bermakna kerana ianya bukan setakat kemenangan tawaran kerja yang pertama tetapi keseluruhan proses yang telah saya lalui yang mana dari zero sehinggalah saya mendapat kerja pembekalan pertama saya. Dengan risiko yang minima. 

 

Dari satu sudut ianya membuatkan saya bangga dengan diri saya sendiri. Terima kasih mengggunung saya buat dua sifu saya dalam bisnes kerajaan ini iaitu En.K dan En.Z. Tanpa mereka dan izinNya saya tak akan berjaya untuk peringkat ini dan tak akan sedar potensi perniagaan pembekalan kerajaan ini.  

 

Untuk makluman di bawah ini saya sertakan maklumat kewangan untuk projek pembekalan alat ganti komputer yang saya menangi tersebut. Duit modalnya saya pinjam dari simpanan ASB ibu saya. 

 

Pembekalan alat ganti komputer

Kos membeli stok / pembekalan: RM14,000 Harga semasa pasaran: RM20,000 Harga jual kepada kerajaan: RM16,100 Untung: RM2,100

 

Fig 2.2: Final butiran kewangan projek pembekalan alat ganti komputer K***. 

 

 

 

Page 66: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

44  

Ringkasan Bahagian 2 

Cuba untuk bermula dengan kos yang minima berdasarkan kesesuaian dan keperluan. 

Mencari alternatif lain sebelum mendaftarkan syarikat pembekalan sendiri jika ada. 

Jadi kreatif dalam mencari dan membina senarai contact network untuk secondary level atau introducer kepada agensi‐agensi kerajaan. 

Gunakan affinity network (jaringan orang yang kita kenal, tahu dan mesra) dengan secara bertanggung jawab dan beretika. 

Cuba untuk lakukan pemasaran secara bersemuka.  Elakan terjerumus dalam situasi rasuah dan tak berintergriti serta 

menjadikan affinity network kita berkepentingan terhadap projek yang kita ingin dapatkan. 

Jangan malu bertanya dan sentiasa bertanya dalam bisnes.  Sentiasa mencari sourcing terbaik untuk mendapatkan supplier yang 

terbaik.  Bina senarai supplier network anda dengan segara.  Terapkan konsep “Start small finish BIG”.  Melihat untuk long term business. 

 

Page 67: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan 

jualbeli secara redha daripada engkau”  Surah An­Nisaa, ayat 29 

 

Page 68: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 3 Memulakan Perniagaan

‘Bisnes’ Kerajaan

Page 69: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

45  

Bab 9: Enterprise Kecil, Harapan Besar  

Selepas kejayaan pertama mendapatkan kerja pembekalan alat ganti komputer daripada KP, saya berjaya mendapatkan lagi tiga tawaran pembekalan lain. Satu darinya adalah dari KP sendiri – return client sudah! Dan dua lagi dari agensi lain. Dengan modus operandi yang sama saya lakukan semasa berjaya membida kerja dari KP, saya implement pada baki dari 14 agensi lain. Masih ingat dengan 14 jaringan secondary level yang saya bina dari kalangan rakan‐rakan saya? 

 

Dari aktiviti ini saya mula dapat menembusi kubu pasaran kerajaan. Ada agensi yang mula menelefon untuk mempelawa saya memberikan sebut harga kepada mereka.  Bagi saya ini adalah satu tanda positif. Tiga projek pembekalan yang saya perolehi kemudian tersebut bernilai hampir RM15,000 dengan keuntungan RM 4,500. Saya gembira dengan perkembangan ini dan sudah tentunya En.K juga. Jangan lupa tentang 5% profit sharing yang beliau dapat dari keseluruhan nilai projek kerana saya menggunakan syarikat beliau. 

 

Jadi saya mula memikirkan alangkah bagusnya jika saya mula mempunyai syarikat saya sendiri, enterprise saya sendiri dan bisnes kerajaan saya sendiri. Di satu ketika saya merasakan yang tempoh percubaan sudah tamat. Berbekalkan sedikit modal yang diperolehi dari keuntungan empat projek pembekalan yang sudah saya lakukan, kini masanya telah tiba untuk saya membuat pelaburan dan memulakan syarikat bisnes kerajaan saya sendiri. Perjalanan sebenar telah bermula. 

 

 

Page 70: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

46  

Bab 10: Merancang Bisnes Kerajaan  

Seperti kata si bijak pandai, 

“Gagal merancang adalah merancang untuk gagal…”

 

Sedang saya begitu bersemangat untuk mendaftarkan perniagaan saya dan mula explore tentang cara‐cara mendaftar sijil Kewangan saya dapati ianya tidak semudah yang disangkakan. Selain dari proses yang agak rumit ianya memerlukan sebuah ‘perancangan perniagaan’ itu sendiri kerana setiap keputusan yang dilakukan bakal beri kesan baik dari segi kewangan dan juga peluang perniagaan kepada syarikat. Belum masuk lagi isu nak kena baham oleh ‘ulat’ untuk proses pendaftaran. 

 

Jadi saya beranggap proses merancang secara serius dan beyond thinking sebelum memulakan bisnes kerajaan sebagai satu proses yang penting dan kritikal. Ia umpama menyediakan kereta yang sesuai dan memilih jalan yang betul sebelum kita boleh memecut laju dalam bisnes kerajaan. Memilih kereta yang sesuai juga bergantung kepada kemampuan kewangan dan kapasiti kita.  

 

Semasa proses ‘merancang’ saya telah himpunkan soalan‐soalan yang boleh digunakan bagi membuat satu pelan bisnes kerajaan saya. Yang mana anda juga boleh ambil untuk merancang bisnes kerajaan anda. Soalan‐soalan ini saya namakan sebagai 8 blueprint bisnes kerajaan. 

Page 71: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

47  

8 Blueprint Bisnes Kerajaan

pendaftaran, rangka promosi dan lain-lain

 

Daripada soalan‐soalan ini saya merancang syarikat dan bisnes kerajaan yang bakal dimulakan. Jika diikutkan banyak lagi perkara yang perlu dipertimbangkan namun dengan menjawab soalan‐soalan ini ianya bakal menjawab kepada perkara‐perkara yang terkemudianya. 

Syarikat dan bisnes kerajaan anda adalah unik

Walaupun saya mempunyai mentor yang boleh membantu dalam perancangan bisnes kerajaan saya namun saya berpendapat perkara penting yang harus diingat adalah kapasiti, keupayaan sesebuah syarikat dan kepakaranya adalah berlainan dengan syarikat lain dan sekaligus menentukan hala tuju dan business niche yang ingin diterjun dalam bisnes kerajaan ini dan hanya tuan punya perniagaan yang mengetahuinya. 

S1-Apakah kepakaran saya sebagai pemilik perniagaan?

S2-Apakah kepakaran perniagaan atau syarikat saya kelak?

S3- Adakah syarikat saya akan menumpukan kepada satu jenis atau banyak jenis perniagaan dan apakah business

niche yang ingin diceburi?

S4- Apakah kapasiti modal permulaan dan dana kewangan

syarikat saya?

S5-Secara perseorangan atau perkongsian?

S6-Nama Perniagaan?

S7- Di mana pusat operasi. Pejabat atau rumah?

S8-Lain-lain perkara seperti hal pendaftaran, staffing, perbankan dan dokumentasi.

Page 72: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

48  

Bab 11: Ianya Bermula…  

Selepas mengkaji kesemua kemungkinan daripada 8 blueprint bisnes kerajaan yang saya ciptakan dari beberapa soalan, saya akhirnya dah menemui setup untuk bisnes kerajaan dan syarikat saya. Seperti yang saya jangkakan 8 blueprint bisnes kerajaan menyelamatkan saya dari melakukan banyak kesilapan dan paling penting ianya memberikan satu panduan dan matlamat yang jelas. Jika tidak saya pasti bisnes kerajaan saya ini bakal merapu dan tiada landasan yang jelas.  

 

Yang penting bagi saya pada waktu itu adalah the business created must suits me and vice versa. Bisnes yang saya setup mesti sesuai dengan diri saya dan sebaliknya. Jika anda masih ingat setiap syarikat dan bisnes yang dibangunkan adalah unik. Anda adalah unik. Kita adalah unik. Kita tidak boleh simply copy paste  setup bisnes kerajaan orang lain kerana kepakaran, kemampuan kewangan dan business niche kita adalah berbeza. Namun begitu asas dan fundementalnya boleh diadaptasi. Dalam hal ini ianya adalah 8 blueprint bisnes kerajaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 73: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

49  

Bab 12: Bagaimana Saya Memulakan Syarikat & Bisnes Kerajaan Saya  

Kepakaran saya adalah perniagaan saya

Saya adalah lulusan jurusan teknologi maklumat. Justeru saya berpendapat adalah wajar andai kepakaran saya dijelmakan kepada perniagaan saya dan perniagaan syarikat saya juga berteraskan teknologi maklumat.  Ini kerana ianya akan memberikan beberapa kelebihan kepada saya sebagai pemilik perniagaan dan yang penting faedah kepada perniagaan yang dibangunkan itu sendiri. Kelebihanya adalah seperti berikut: 

 

Saya mengetahui lebih mendalam dan memahami bidang itu dengan lebih jelas.

Saya mengetahui perkembangan industri bidang itu sendiri.

Saya master dan menguasai kemahiran yang diperlukan.

Saya boleh mengusulkan cadangan kepada pihak kerajaan untuk produk dan penyelesaian yang terbaik.

Saya tahu produk yang bagus.

Saya mempunyai kredibiliti.

Saya tahu market / pasaran.

Saya tahu lubuk nak beli stok dan produk ( mudah tahu )

Page 74: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

50  

Dari senarai faedah ini ia menunjukan adalah penting untuk kita mengenali kekuatan diri sendiri di dalam bidang yang ingin diceburi. Seperti contoh jika saya bukanlah seorang yang berpengatahuan dalam bidang teknologi maklumat atau tiada latar belakang langsung di bidang IT ini, bukan ke susah untuk saya memahami terma‐terma teknikal, fahaman, metadologi dan lain‐lain. Dan sudah tentu nak berurusan dengan pihak kerajaan pun sukar.  

 

Cerita benar, ada seorang rakan saya yang setup bisnes kerajaanya dengan meniru bulat‐bulat apa yang saya buat terutama sekali bidang‐bidang yang saya ceburi. Apabila beliau memperolehi tawaran pembekalan dalam bidang teknologi maklumat akhirnya beliau sendiri yang pening kepala. Selepas itu banyak pula membebankan dan menyusahkan saya dalam menyempurnakan pembekalan itu. Akhirnya saya mencadangkan kepada beliau agar ‘sub contract’ kan kepada syarikat IT yang selayaknya. Salah satu cara jika tak mampu menyelesaikan pembekalan adalah dengan sub cont kepada pihak lain.  

 

Saya pasti anda pernah dengar tentang ini. Dari segi mudah memang mudah dari segi lain agak tak berapa enak. Sub contract adalah bermaksud kita mendapat kerja dari kerajaan atas nama syarikat kita dan kemudian kita tawar kerja tersebut atau jual kerja tersebut kepada syarikat lain dengan nilai yang lebih rendah. Syarikat yang menerima tawaran kerja dari kita akan menyempurnakan kerja di bawah nama syarikat kita. Kita ambil beza bayaran dari kerajaan dengan nilai yang dijanjikan dibayar kepada syarikat yang menyiapkan kerja sebagai keuntungan atas angin kita. 

 

 

 

 

 

Page 75: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

51  

Dengan menjadikan kepakaran kita sebagai kekuatan syarikat bisnes kerajaan kita ianya adalah satu bonus sebenarnya. Dari pengalaman saya, dengan agensi‐agensi yang pernah saya berurusan kebanyakan agensi akan membuka kepada kita untuk mencadangkan produk dan penyelesaian terbaik buat mereka. Mereka tidak kisah sangat dengan kos selagi ianya logik dan mampu menyelesaikan masalah mereka (menyenangkan urusan mereka). Sungguh pun selepas itu mereka akan membuat kertas kerja dan mempunyai jawatankuasa yang menilai semula cadangan dan produk yang kita usulkan kepada agensi. Dari sini dapat kita buat keputusan bahawa mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dan mempunyai kredibiliti serta menjadikan syarikat dan bisnes kerajaan anda memiliki BIDANG KEPAKARAN YANG JELAS mampu membuka lebih peluang perniagaan dengan agensi kerajaan. 

  

Kembali kepada cerita penubuhan syarikat bisnes kerajaan saya, pada waktu itu keputusan telah dibuat bahawa syarikat saya bakal menjalankan perniagaan utamanya adalah di dalam bidang teknologi maklumat dan seterusnya cuba mengutamakan membida projek‐projek teknologi maklumat dari badan kerajaan selari dengan kepakaran dan kelulusan saya. 

 

Jadi saya lebih selesa, mampu mengawal dan menguasai aktiviti perniagaan saya dan mempunyai pengetahuan untuk mencadang dan kadang kala untuk membangkang sesuatu perkara yang dipinta oleh klien terutamanya dari pihak kerajaan. Jadi anda pula apa kepakaran utama anda? Pastikan anda menjadikanya sebagai satu business niche untuk syarikat anda terutamanya untuk bisnes kerajaan anda kelak. 

Page 76: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

52  

Menumpukan satu bidang perniagaan atau lebih?

Walaupun saya dah menetapkan yang bidang teknologi maklumat adalah bidang perniagaan utama saya namun ianya tak bermakna saya tak mahu melakukan bidang perniagaan lain dengan menggunakan syarikat yang sama. Tambahan lagi apabila kita mendaftar dengan Kementerian Kewangan kita akan diberikan peluang untuk mendaftarkan sepuluh kepala bidang secara percuma. Jadi saya memilih untuk melakukan lebih dari satu bidang perniagaan. Dengan ini saya berpeluang berurusniaga dengan pihak kerajaaan dan menjual kepada mereka bukan terhad kepada barangan ICT malah boleh juga membekalkan barangan pejabat, alat tulis, makanan bermasak dan macam‐macam lagi. Lebih banyak bidang perniagaan yang saya boleh tawarkan kepada kerajaan maka lebih besar peluang untuk membida projek‐projek yang pelbagai. 

 

Pun begitu jika kita seorang yang amat mengutamakan master niche dan mahu menumpukan pada satu bidang perniagaan sahaja maka tidaklah pula ianya salah. En.H kenalan saya yang sama melakukan bisnes kerajaan hanya menumpukan pada satu bidang perniagaan sahaja. Bidang perniagaan yang dijalankan adalah membekalkan peralatan muzik dan produk yang berkaitan dengan muzik. Dari pengamatan saya beliau selalu juga mendapat projek‐projek dari pelbagai agensi kerajaan yang mahu syarikat beliau membekalkan alat muzik dan peralatan berkaitan dengan muzik.  

 

Jadi tiada benar atau salah dalam perkara menentukan banyak atau tunggal bidang perniagaan yang ingin kita jalankan dalam bisnes kerajaan. Cuma apabila melakukan banyak bidang perniagaan maka peluang ‘bermain’ pelbagai projek wujud dan jika tidak, masih lagi boleh berjaya seperti yang dilakukan oleh En.H dengan single niche beliau iaitu pembekalan alatan muzik. Mungkin kita perlu memilih niche yang betul‐betul rare dan unik serta tidak banyak dilakukan oleh orang lain. 

Page 77: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

53  

Modal permulaan dan kos-kos lain

Modal dan wang adalah satu perkara yang amat penting di dalam merancang bisnes kerajaan kita. Dari jumlah modal yang kita peruntukan bakal dapat menentukan bagaimana bisnes kerajaan kita mampu ‘digubah’. Dari sini kita dapat mengagak bidang‐bidang kepala mana yang mampu kita daftarkan dan kemampuan kita untuk menyewa premis perniagaan/pejabat seterusnya hal‐hal pekerja (gaji, KWSP dan lain‐lain). 

 

Seperti yang anda tahu saya pada waktu memulakan bisnes kerajaan ini tidak mempunyai sumber kewangan yang besar dan hanya terhad kepada duit keuntungan dari empat projek yang dah saya sempurnakan –terima kasih kepada En.K kerana sudi meminjamkan syarikat beliau untuk job­job tersebut. Dengan berbekalkan wang dari keuntungan projek tersebut ada dalam tangan saya lebih kurang sebanyak RM6, 000. Dengan jumlah tersebut saya dapati saya dah boleh setup bisnes kerajaan saya sendiri. Untuk makluman dengan hanya bermodalkan RM3, 500 kita dah boleh memiliki bisnes kerajaan kita sendiri yang beroperasi dari rumah dan mula menerima projek‐projek pembekalan dari pihak kerajaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 78: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

54  

Di sini saya nyatakan anggaran belanjawan dan kos bagi menyediakan satu perniagaan atau bisnes kerajaan yang hanya memerlukan kos RM3, 500: 

 Kos Minima Untuk Setup Satu Bisnes Kerajaan 

 Perkara RM

Pendaftaran SSM  100MODAL MINIMA WAJIB yang ditetapkan perlu ada di dalam AKAUN BANK syarikat anda (Tidak hangus) 

2,500

Bayaran urusan pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan bagi sepuluh kepala bidang baru BUKAN KHAS 

450

Bayaran alat medium akses ePerolehan untuk urusan transaksi dalam talian e-perolehan 

200

Lain-lain 50

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 

3,500 

 

Fig 3.1: Segala kos ini adalah diambil nilai semasa ebook ini ditulis yang maksima terhampir dan anggaran boleh pakai untuk proses pendaftaran Sijil 

Kementerian Kewangan sepuluh kepala bidang biasa ketika ini. 

 

Dari sini kita dapati yang kita boleh mula mendapatkan dan membida projek‐projek pembekalan dari kerajaan bagi kepala‐kepala bidang BUKAN khas dengan hanya membuat pelaburan atau meluangkan RM3, 500 dari duit kita untuk kos‐kos pendaftaran bisnes kerajaan ini. Contoh pembekalan yang boleh dibuat kelak adalah seperti pembekalan baju sukan, alat tulis, diari, kad perniagaan, peralatan pejabat dan sebagainya.  

 

Namun, bagi kes saya pula jika anda masih ingat saya dah menetapkan yang saya mahu syarikat saya mempunyai kepala bidang teknologi maklumat kerana saya telah membuat keputusan untuk mengutamakan membida bidang perniagaan tersebut dari pihak kerajaan.   

Page 79: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

55  

Untuk makluman syarat pada waktu itu bagi melayakan saya mendaftarkan kepala bidang  sijil Kementerian Kewangan di bawah bidang teknologi maklumat saya perlu memiliki modal permulaan wajib ada dalam akaun sebanyak RM10,000 dan juga perlu mempunyai ijazah atau pekerja yang mempunyai ijazah di dalam bidang teknologi maklumat dan bidang elektrik. Juga perlu beroperasi di premis perniagaan dan pejabat. Seperti yang diketahui saya hanya mempunyai RM6, 000 dan tidak mencukupi untuk membolehkan syarikat saya memiliki kepala bidang teknologi maklumat.  

 

Dibawah ini adalah ceraian belanjawan saya untuk merealisasikan syarikat bisnes kerajaan saya: 

 Anggaran Kos Untuk Setup Satu Bisnes Kerajaan Yang Memiliki Kepala 

Bidang Khas Teknologi Maklumat  

Perkara RM Pendaftaran SSM  100MODAL MINIMA WAJIB yang ditetapkan perlu ada di dalam AKAUN BANK syarikat anda (Tidak hangus) 

10,000

Bayaran urusan pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan bagi sepuluh kepala bidang baru BUKAN KHAS 

450

Bayaran alat medium akses ePerolehan untuk urusan transaksi dalam talian e-perolehan 

200

Pekerja Berijazah RM1,500 X 2 (IT & Elektrik) 3,000 Caruman KWSP untuk 3 bulan advance bagi 2 orang pekerja berijazah yang bergaji RM1,5000 (Potongan majikan dan pekerja)

2,160

Sewa premis RM700 sebulan (Sediakan untuk 3 bulan pertama) dan deposit 2+1

4,200

Lain-lain 50

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 

20,160 

 

Fig 3.2: Belanjawan menyediakan satu syarikat bisnes kerajaan. 

Page 80: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

56  

Anda boleh lihat jumlah keseluruhan modal yang perlu saya ada bagi merealisasikan syarikat bisnes kerajaan idaman saya adalah lebih kurang RM 20,160. Seperti anda tahu, saya juga tahu ianya melebihi kemampuan saya untuk menyediakan jumlah wang dalam sebanyak itu. Belum termasuk lagi risiko saya perlu menggaji dua orang staf berijazah yang mempunyai gaji RM1,500 sebulan dan juga sewa bulanan premis serta bil utilitinya.  

 

Saya terduduk diam… 

 

Impian saya untuk memiliki syarikat yang boleh menerima kerja dari kerajaan untuk kerja‐kerja teknologi maklumat semacam bakal berkubur. Saya frust! Hanya apabila saya membelek‐belek semula panduan mendaftar sijil Kementerian Kewangan saya dapati masih ada cara untuk mencapai matlamat saya. Caranya adalah:  

Daftar dahulu perniagaan, mohon untuk sijil Kementerian Kewangan dengan sepuluh kepala bidang biasa yang boleh dioperasikan dari rumah dan kemudian bila sudah ada kemampuan dan duit (bisnes sudah maju) baru mohon untuk pertambahan pendaftaran kepala bidang teknologi maklumat serta menggaji pekerja berijazah dan menyewa premis perniagaan atau pejabat. Atau…

Sekali lagi meminjam duit simpanan ASB ibu saya sebanyak RM15, 000 dan gamble melakukan yang perlu dilakukan dan dirancangkan pada awalnya.

Page 81: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

57  

Dari kedua‐dua pilihan yang ada ianya mudah untuk memilih mana satu yang sepatutnya dipilih. Pilihan pertama adalah pilihan yang paling rasional, kurang berisiko dan tak perlukan modal yang besar. Sama seperti apa yang saya mahukan semasa mula mencari model perniagaan yang saya ingin lakukan dahulu. Hanya RM3,500 sahaja dan saya sudah memiliki syarikat untuk bisnes kerajaan saya sendiri. Kesimpulanya pilihan pertama adalah pilihan yang paling bijak dan tepat pada waktu itu. 

 

Tetapi, dengan sikap ‘macam bagus’ serta over confident saya, ianya adalah sebaliknya. Saya memilih pilihan nombor dua. Sanggup menanggung risiko yang besar lagi. Ianya benar‐benar gila. Saya pada waktu itu gelap mata kerana terlalu teruja untuk merealisasikan matlamat saya. Semasa saya menulis ebook ini saya tahu di sebalik keterujaan saya untuk mendaftarkan kepala bidang teknologi maklumat pada waktu itu sebenarnya adalah supaya syarikat saya mempunyai kekuatan dan kemampuan dalam membida kerja‐kerja teknologi maklumat. Itu sebenarnya tujuan dan matlamat saya.  

 

Jadi pada waktu itu sekali lagi saya menebalkan muka memujuk untuk meminjam (memperjudikan sebenarnya) RM15, 000 simpanan ASB ibu saya yang hampir 15 tahun beliau kumpul untuk dijadikan sebagai modal yang saya perlukan bagi pendaftaran sijil Kementerian Kewangan kepala bidang teknologi maklumat. Terima kasih mak!  

 

Dan saya bersyukur kerana pertaruhan saya pada waktu itu kini tidak sia‐sia. Dari pengalaman saya syarikat yang mempunyai kepala bidang khas akan lebih mudah membida projek dan juga mempunyai lebih banyak peluang. Berbanding syarikat yang tidak mempunyai kepala bidang khas akan terpaksa ‘bermain’ peluang‐peluang kerja yang kecil dan terpaksa pula bersaing dengan banyak syarikat. Dan syarikat saya telah banyak memperolehi peluang projek hanya kerana mempunyai kepala bidang khas. 

 

Page 82: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

58  

Manakala bagi urusan menggaji pekerja pula bagi memenuhi syarat pendaftaran sijil Kementerian Kewangan kepala bidang teknologi maklumat yang mewajibkan saya menggaji pekerja berijazah, saya telah ‘tidak lurus’ dalam perkara ini. Ianya adalah satu perjudian yang besar andai saya betul‐betul menggaji pekerja berijazah. Bukan sahaja merisikokan kewangan syarikat saya andai tiada projek diperolehi malah mensia‐siakan hidup dan masa depan pekerja yang saya gajikan itu sendiri!  

 

Jadi saya mengambil jalan lain. Saya mengajak seorang rakan dan adik saya untuk joint sekali di dalam syarikat saya. Namun bukan sebagai pemilik tetapi tetap sebagai pekerja – Saya telah melihat banyak syarikat dan perniagaan yang hancur hanya kerana rakan­rakan kongsi bergaduh dan tidak bersefahaman. Oleh itu saya telah membuat keputusan syarikat saya adalah milik tunggal saya sendiri di peringkat permulaan ini. Kawan saya mempunyai ijazah bidang Kejuruteraan Elektrik manakala adik saya mempunyai ijazah Sains Komputer. Kedua‐duanya tidak bekerja. 

 

Saya telah deal dengan mereka untuk melantik mereka sebagai pekerja sah syarikat saya dengan gaji yang rendah dan pada waktu yang sama memberikan mereka profit sharing. Untung setiap projek yang diperolehi akan dibahagikan kepada tiga antara syarikat dan mereka mengikut peratus yang dipersetujui. Atas kertas gaji mereka adalah RM1, 500 seorang dan ini lah amount yang didaftarkan ke KWSP. Namun mereka perlu pulangkan semula RM1, 000 dari duit gaji mereka ke dalam akaun syarikat untuk meminimakan perbelanjaan dan over head syarikat saya. Tujuan pakatan ini adalah untuk mengesahkan syarikat saya mempunyai pekerja berijazah dan menggaji mereka RM1, 500 serta untuk urusan pencaruman KSWP. Lagi pun kawan dan adik saya itu tidak bekerja jadi tawaran seperti ini agak baik buat mereka. Secara tak langsung mereka sebenarnya adalah orang besar syarikat saya juga walaupun bukan pemilik bersama. Pun begitu saya banyak bergerak secara one man show untuk urusan pemasaran. 

 

 

Page 83: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

59  

Jadi kewangan untuk kos pekerja telah dapat saya selesaikan di sini. Ternyata pakatan ini adalah win­win situation kerana pernah kawan dan adik saya ini dapat hampir RM17, 000 seorang dalam satu bulan hanya dari profit sharing yang saya janjikan. 

 

Untuk menjimatkan kos dan menjaga kewangan perniagaan saya telah mengambil keputusan untuk tidak menyewa premis atau pun pejabat yang melebihi RM500 kadar sewanya setiap bulan. Walaupun pada asalnya bajet yang telah saya tetapkan adalah RM700 sebulan namun ianya pada fikiran saya boleh dikurangkan lagi. Tambahan lagi syarikat saya hanya ada tiga orang sahaja!  

 

Jadi pencarian pejabat saya berakhir dengan menyewa sebuah ruang pejabat yang dibahagi dua. Maknanya shared office. Depan pejabat orang lain belakang pejabat saya. Ianya dalam lingkuan 500 kaki persegi. Saya gembira kerana bayaran sewa hanyalah RM300 sahaja. Mengikut syarat Kementerian Kewangan pejabat saya perlu ada papan tanda syarikat dan tidak berkongsi meja dan perabot dengan bukan bumiputera serta syarikat lain. Dan pejabat yang saya sewa ini tiada masalah memenuhi syarat tersebut. Orang yang menyewa di bahagian depan adalah melayu (bumiputera) dan walaupun shared office namun ruang pejabat saya tidak berkongsi dan mempunyai pembahagi serta pintu masuk tersendiri. 

 

AMARAN: Jika anda mendaftarkan alamat utama perniagaan bisnes kerajaan anda dengan menggunakan alamat dan perkhidmatan syarikat virtual office, pihak Kementerian Kewangan akan membuat lawatan mengejut dan boleh menarik balik sijil yang telah dikeluarkan kepada syarikat anda andai mereka tidak berpuas hati. Namun sebagai cawangan tiada masalah. 

Page 84: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

60  

Menamakan syarikat atau perniagaan untuk bisnes kerajaan

Saya mempunyai senarai yang panjang untuk nama syarikat saya. Pelbagai bunyi dan gaya. Adakala saya nak letak nama syarikat dengan perkataan technologies, infranet dan sebagainya tetapi ada satu perkara yang perlu diambil berat di sini.  

 

Walaupun syarikat saya memang mengutamakan bidang teknologi maklumat namun seperti yang anda tahu saya mahu lakukan pelbagai bidang perniagaan lagi.  Oleh itu dengan meletakan nama syarikat saya atau nama perniagaan saya dengan perkataan teknologi bakal membataskan perniagaan saya kerana nama perniagaan tersebut tidak sesuai untuk saya menjalankan perniagaan seperti pembekalan perabot, baju sukan, alat tulis dan lain‐lain dalam waktu yang sama. Malah jika saya ingin mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pun bermasalah andai saya daftar aktiviti perniagaan lain di borang pendaftaran perniagaan. 

 

Justeru mencari nama perniagaan yang bersifat umum adalah satu cara yang tepat. Maknanya kita boleh melakukan perbagai cabang bidang perniagaan denganya tanpa menggunakan nama perniagaan yang terikat dengan sesuatu bidang.  Seperti contoh nama perniagaan sahabat saya Enigma Global Solution yang menjalankan cabang bidang perniagaan teknologi maklumat, pembersihan kawasan, alat‐tulis, pembinaan (construction), pembekalan   peralatan elektrik dan elektronik dan bermacam lagi tanpa ia berbunyi janggal untuk setiap bidang perniagaan tersebut. 

Page 85: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

61  

Bab 13: Tip Dari Saya Untuk Anda Memulakan Syarikat & Bisnes Kerajaan  

Seperti yang saya pernah nyatakan setiap perniagaan dan bisnes kerajaan yang ingin dimulakan adalah unik dan perlu mengukur baju di badan sendiri. Walaupun anda melihat bagaimana saya membuat setup untuk bisnes kerajaan saya sehingga sanggup memperjudikan simpanan ibu saya, sebenarnya bisnes kerajaan tak perlu sehingga berisiko seperti itu. Cuma saya yang ‘poyo’ kerana saya tiada pengalaman sebelum ini. Apabila saya sudah ‘lama’ sedikit dalam bidang ini saya dapat rentak permainan yang sebenarnya. Jika saya perlu setup semula sebuah bisnes kerajaan yang baru, yang lain dan saya juga tiada modal yang besar, maka saya tak akan sesekali melakukan apa yang pernah saya lakukan. Ianya terlalu thrill!  

 

Sebenarnya tiada masalah jika kita bermula secara one man show dan beroperasi dari rumah serta kita ‘main’ dengan kerja pembekalan kecil‐kecilan dan biasa seperti pembekalan alat tulis dahulu dan sebagainya. Malah kadang kala anda masih lagi boleh membuat pembekalan untuk kerja‐kerja kepala bidang khas seandainya pihak kerajaan atau agensi mahu anda lakukan untuk mereka. Kebiasaanya kerja‐kerja yang bernilai bawah RM20, 000 hingga RM50, 000. Seperti contoh anda masih lagi boleh supply barangan dan aksesori komputer walaupun anda tidak memiliki kepala bidang khas teknologi maklumat. Cuma ianya mungkin projek bernilai kecil bawah RM50, 000 dan dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi kalau RM50, 000 dapat sampai lima kali pun dah jadi RM250, 000 juga. Tak OK ke?  

Page 86: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

62  

Walaubagaimana pun saya nak beritahu anda satu perkara iaitu, “Lebih lama anda berurusan dengan sesuatu agensi, lebih kenal anda keperluan agensi dan selagi bagus, cepat perkhidmatan dan pembekalan yang anda berikan kepada agensi kerajaan itu, pihak mereka (agensi) tiada masalah menjemput syarikat anda untuk peluang kerja seterusnya walaupun anda bukanlah syarikat yang besar dan tidak mempunyai kepala bidang khas.” 

Untuk menjelaskan lagi dan memudahkan anda membuat keputusan dalam perancangan bisnes kerajaan anda, berikut saya sertakan jadual untuk anda membuat perbandingan dan sekaligus merancang syarikat dan perniagaan yang ingin dibangunkan. 

Kajian Kes 1

Kekuatan dan pengetahuan pemilik dalam sesuatu bidang khas 

Ada. Teknologi maklumat 

Mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi kepala bidang khas 

Ya. Kepala bidang teknologi maklumat. 

Kekuatan daya saing  Tinggi Modal dan dana permulaan yang diperlukan.  

Tinggi. RM20,000   ­ RM10,000 untuk syarat modal minima yang ditetapkan untuk pendaftaran kepala bidang khas teknologi maklumat. Selebihnya buat bayar gaji pekerja, KWSP dan lain­lain perkara. 

Jenis nama perniagaan   Umum. Enigma Global Solution Keperluan pekerja  Perlu Pusat operasi  Wajib beroperasi dari pejabat Aktiviti perniagaan dari bidang lain  Boleh. Perabot, alat‐tulis, alat 

elektrik & elektronik, pembersihan kawasan, makanan bermasak islam, toner pencetak dan lain‐lain lagi 

Kebolehan untuk menyertai kerja‐kerja pelbagai bidang yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk pembelian terus, sebut harga dan tender 

Tinggi

Keseluruhan daya maju  Berdaya maju 

Page 87: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

63  

Kajian Kes 2

Kekuatan dan pengetahuan pemilik dalam sesuatu bidang khas 

Ada. Percetakan 

Mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi kepala bidang khas 

Ya. Kepala bidang khas percetakan 

Kekuatan daya saing  Tinggi Modal dan dana permulaan yang diperlukan. 

Tinggi. Lebih RM50,000   

Jenis nama perniagaan   Khusus. Enigma Global Printing Keperluan pekerja  Perlu Pusat operasi  Wajib beroperasi dari pejabat Aktiviti perniagaan dari bidang lain  Tiada Kebolehan untuk menyertai kerja‐kerja pelbagai bidang yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk pembelian terus, sebut harga dan tender 

Rendah 

Keseluruhan daya maju  Sederhana  

Kajian Kes 3

Kekuatan dan pengetahuan pemilik dalam sesuatu bidang khas 

Tiada 

Mendaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi kepala bidang khas 

Tiada. Hanya 10 kepala bidang biasa

Kekuatan daya saing  SederhanaModal dan dana permulaan yang diperlukan. 

Rendah. RM2,500   

Jenis nama perniagaan   Umum. Enigma Global Solution & Services 

Keperluan pekerja  Tidak Pusat operasi  Boleh dari rumah Aktiviti perniagaan dari bidang lain  Ada. Perabot, alat‐tulis, alat elektrik 

& elektronik, makanan bermasak Islam, toner pencetak dan lain‐lain lagi   

Page 88: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

64  

Kebolehan untuk menyertai kerja‐kerja pelbagai bidang yang ditawarkan oleh kerajaan termasuk pembelian terus, sebut harga dan tender 

Tinggi 

Keseluruhan daya maju  Berdaya maju  

 

Jadual‐jadual kajian kes di atas bukanlah muktamad ataupun 100% tepat boleh dijadikan sebagai garis panduan. Banyak faktor lain memainkan peranan untuk kejayaan sesuatu syarikat dan perniagaan itu. Jika diperhatikan kajian kes 1 dan kes 3 memberikan daya maju yang tinggi. 

 

Kajian kes di atas telah diambil daripada prestasi sebenar beberapa perniagaan dari kalangan rakan‐rakan saya yang terlibat di dalam bisnes kerajaan ini. Sedikit sebanyak ianya memberikan gambaran dan the real picture kepada kita sekaligus membantu membuat pilihan dan perancangan dalam melakukan bisnes kerajaan ini. Memudahkan lagi perancangan anda saya sertakan link dari Kementerian Kewangan Malaysia dan Portal Rasmi Perolehan Kerajaan Malaysia.  

 

Saya takut anda mungkin agak blur dan tidak beberapa jelas terutama sekali bila saya menyentuh tentang kepala bidang khas dan kepala bidang biasa dan seumpamanya. Maka dengan itu eloklah sekiranya anda rajin‐rajin klik pautan di bawah ini dan study tentang panduan pendaftaran ini.  

 

 

 

 

 

Page 89: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

65  

Pembekal

Panduan Pendaftaran untuk Pembekal

http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/Buku_Panduan_Pendaftaran_Bidang_Bekalan_Perkhidmatan_2012.pdf

Senarai Kod Bidang untuk Pembekal

http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/Kod_Bidang_Baharu_Bekalan_Perkhidmatan_2012.pdf

Dokumen Sokongan untuk Pembekal

http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/downloads/pdf/Supporting%20Document%20for%20Contractor.pdf

Perunding

Panduan Pendaftaran untuk Perunding http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/downloads/pdf/Panduan%20Pendaftaran%20Untuk%20Perunding.pdf Senarai Kod Bidang untuk Perunding http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/Kod_Bidang_Baharu_Perkhidmatan_Perunding_2012.pdf Dokumen Sokongan untuk Perunding http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/downloads/pdf/Dokumen%20Sokongan%20Untuk%20Perunding.pdf

  

Fig 3.3: Di dalam panduan ini telah dinyatakan dengan lengkap tentang keperluan dan proses pendaftaran sijil Kementerian Kewangan. Saya juga ada bekalkan panduan ePerolehan lengkap di dalam folder ePerolehan dan saya akan guide keseluruhan proses pendaftaran ‘step by step’ bisnes kerajaan anda di dalam bab yang seterusnya. 

Page 90: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

66  

Bab 14: Langkah Demi Langkah Proses Pendaftaran Bisnes Kerajaan  

Saya pada waktu hendak mendaftarkan perniagaan dan sijil Kementerian Kewangan dahulu cuba mengambil jalan ringkas. Setelah membelek segala proses yang perlu dilalui saya merasakan ia cukup remeh dan meletihkan. Saya tahu yang En.K dahulu menggunakan khidmat agen atau syarikat secretary untuk mendaftarkan bisnes kerajaan beliau dari A hingga Z.  

 

Saya juga cuba mengikut langkahnya. Saya pergi ke beberapa agensi untuk bertanyakan perkhidmatan ini. Sesetengah orang menggelarkan mereka ini sebagai ‘ulat’. Jika anda pernah ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di The Mall, Kuala Lumpur pada sekitar dua ke tiga tahun dahulu pasti anda dapat melihat bagaimana mereka bekerja. Dari apa yang saya dapati hasil window shoping untuk perkhidmatan ini kebanyakan agensi mengenakan bayaran dari RM2, 500 sehingga RM3, 500 bergantung kepada kes. Jika kita mahu mendaftar kepala bidang khas Kementerian Kewangan tetapi tidak mempunyai kakitangan yang layak atau pun tiada mencukupi syarat pun mereka boleh bantu kita settle kan masalah tersebut. Tetapi semuanya tentang duit sahaja.  

 

Saya dapati bayaran yang dikenakan agak mahal. Memang mahal pun. Jadi saya mengambil keputusan untuk melakukan segala proses pendaftaran secara sendiri walaupun remeh dan penat ke sana dan ke mari. Paling tidak pun saya berjaya jimat dalam RM1, 500 jika saya melakukanya sendiri.  

Page 91: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

67  

Proses pendaftaran

Jadi tanpa perlu menceritakan dan mengambil kira segala kesilapan saya semasa membuat pendaftaran dahulu saya senaraikan langkah demi langkahnya mengikut turutan dan perlu dahulu. Pastikan kita sudah menetapkan status perniagaan seperti pemilikan dan alamat operasi utama bisnes kerajaan kita. Sudah menyewa premis jika perlu. Proses adalah seperti berikut: 

 

 

Fig 3.4: Proses pendaftaran untuk membuka perniagaan bisnes kerajaan. 

Pendaftaran perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Membuka akaun semasa perniagaan di bank tempatan

Mendaftarkan syarikat ke KWSP dan mencarumkan gaji pekerja (jika perlu)

Mendaftarkan sijil Kementerian Kewangan Malaysia dan ePerolehan

Memohon taraf bumiputera (digalakan)

Page 92: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

68  

1) Mendaftar perniagaan / syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia  Dokumen dan kos diperlukan: 

Kad pengenalan pemilik dan (rakan kongsi jika ada).  Surat persefahaman dan perjanjian perkongsian.  Bergantung kepada bentuk penubuhan. Untuk syarikat 

Sendirian Berhad perlu diuruskan oleh syarikat setiausaha. Untuk pendaftaran perniagaan tunggal biasa kos adalah sekitar RM50 sehingga RM100 dan boleh dibuat sendiri di SSM.  

 

 

Fig 3.5: Contoh sijil pendaftaran perniagaan SSM. 

    

 

Page 93: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

69  

2) Membuka akaun semasa perniagaan / syarikat (Sebaiknya bank tempatan seperti Bank Islam dan Maybank kerana kedua bank ini lebih cepat dibuat bayaran oleh kerajaan)  Dokumen dan kos diperlukan: 

Kad pengenalan pemilik dan (rakan kongsi jika ada).  Surat persefahaman dan perjanjian perkongsian.  Cop rasmi perniagaan atau syarikat (sila buat satu sebelum 

datang ke bank)  Borang buka akaun semasa bank  Modal tetap yang telah ditentukan mengikut perancangan 

pendaftaran Sijil Kewangan dan kepala bidang yang ingin didaftarkan. Untuk kepala bidang biasa adalah lebih baik disediakan sebanyak RM3,000 sebagai modal dan dana yang diletakan dalam akaun yang bakal dibuka. 

Mohon perkhidmatan buku cek (penting)  

Page 94: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

70  

 

Fig 3.6: Contoh borang buka akaun semasa dan buku cek Maybank. 

 

 

 

 

 

Page 95: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

71  

3) Urusan pendaftaran KWSP dan Pesuruhjaya Sumpah – Jika ada mendaftaran kepala bidang khas  Dokumen dan kos diperlukan: 

Buat pengesahan salinan dokumen seperti kad pengenalan, salinan diploma / ijazah dan salinan dokumen yang diperlukan untuk dibuat pengesahan oleh Pesuruhjaya Sumpah. (bayaran dikenakan) 

Mendaftarkan syarikat kepada KWSP.  Mendaftarkan pekerja syarikat dan mencarum jumlah yang 

sepatutnya ke KWSP dalam kadar 3 bulan advance.  Pastikan menyimpan resit caruman untuk kegunaan 

pendaftaran sijil Kementerian Kewangan kelak.  Menerima sijil pendaftaran syarikat dari KWSP. 

 

Page 96: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

72  

 

Fig 3.7: Contoh dokumen pendaftaran dan sijil KWSP syarikat. 

 

Page 97: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

73  

 

Fig 3.8: Contoh borang pendaftaran KWSP untuk syarikat. 

 

 

Page 98: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

74  

4) Urusan pendaftaran ePerolehan / Sijil Kementerian Kewangan  Harus diingat bahawa ePerolehan dan sijil Kementerian Kewangan Malaysia adalah dua perkara berbeza tetapi sama tujuanya. ePerolehan adalah sistem perolehan secara online yang diuruskan oleh Commerce Dot Com Shd Bhd untuk membolehkan Agensi Kerajaan dan pembekal membuat perolehan secara cekap dan telus. Manakala sijil Kementerian Kewangan pula adalah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia sendiri. Walaupun begitu proses pendaftaran keduanya boleh dilakukan setempat secara online di http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php  

  Untuk maklumat cara mendaftar sebagai pembekal boleh layari 

pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/Buku_Panduan_Pendaftaran_Bidang_Bekalan_Perkhidmatan_2012.pdf 

Untuk maklumat dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai pembekal boleh layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/downloads/pdf/Dokumen%20Sokongan%20Untuk%20Pendaftaran%20Pembekal.pdf 

Untuk maklumat cara mendaftar sebagai perunding boleh layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/Buku_Panduan_Pendaftaran_Firma_Perunding_2012.pdf 

Untuk maklumat dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran sebagai perunding boleh layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/downloads/pdf/Dokumen%20Sokongan%20Untuk%20Perunding.pdf  

Untuk maklumat lanjut dan memuat turun borang‐borang lain yang diperlukan serta template sila layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php/bm/muat‐turun/muat‐turun‐untuk‐pembekal 

 

Page 99: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

75  

Untuk paparan scree shot pendaftaran secara online bagi pembekal boleh layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/supplier11may2011.pdf 

  Untuk paparan scree shot pendaftaran secara online bagi 

perunding boleh layari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/images/stories/download/consultant11may2011.pdf 

 

Untuk mendaftarkan syarikat dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan ianya perlu dibuat secara online di https://sr.eperolehan.com.my/epnv/jsp/epsr/epsr_appl_notice.faces 

Kita dikehendaki menyediakan dan menghantar kesemua maklumat secara online. Selain itu dikehendaki juga untuk menghantar kesemua dokumen sokongan yang berkaitan sejurus selepas kita mengisytiharkan permohonan online kita. 

Jika kita ingin mendaftarkan syarikat taraf bumiputera boleh layari pada http://home.eperolehan.gov.my/home/images/stories/download/borang_pendaftaran_status_bumiputera.pdf  

Selain itu terdapat juga manual dan himpunan borang secara setempat untuk memudahkan pendaftaran kita. Ianya boleh dilayari pada http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php/bm/component/content/article/39‐maindownloads/450‐pendaftaran‐pembekal‐a‐perunding 

 

Memandangkan agak imposible  untuk saya terus menerus menerangkan semua tentang ePerolehan ini (kerana pihak ePerolehan dah berikan maklumat yang lengkap di laman web mereka) oleh itu adalah lebih baik anda layari laman web rasmi ePerolehan di http://home.eperolehan.com.my/v2/index.php  

 

Page 100: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

76  

Selain itu juga boleh telefon bantuan talian khidmat pelanggan mereka yang amat membantu (semasa saya telefon dahulu mereka memang amat responsive dan membantu tetapi tak diketahui prestasi mereka semasa giliran anda nanti)  

 

Walaubagaimana pun saya percaya apa yang telah saya terangkan prosesnya dari pendaftaran perniagaan atau syarikat bisnes kerajaan anda sehinggalah kepada pendaftaran sijil Kementerian Kewangan adalah cukup untuk memandu proses pendaftaran dengan baik dan teratur serta licin. InsyaAllah.  

 

Pendaftaran CIDB untuk kerja pembinaan dan kejuruteraan

Namun begitu jika anda berminat untuk menjalankan perniagaan syarikat pembinaan dan kejuruteraan keperluan untuk mendapatkan perakuan dan sijil seperti dari CIDB diperlukan. Kebiasaanya diperlukan bagi membida projek –projek kerja dari JKR serta kerajaan. Prosesnya kita boleh mendapatkan maklumat di  http://www.cidb.gov.my/cidbweb/index.php?lang=ms 

 

Diharapkan dengan penjelasan dan panduan langkah demi langkah yang saya sediakan ini dapat membantu para usahawan dan bakal kontraktor seperti anda dalam memudahkan proses pendaftaran kelak. Semoga berjaya. 

 

 

 

 

 

 

Page 101: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

77  

Ringkasan Bahagian 3 

Gunakan 8 Blueprint Bisnes Kerajaan untuk rancang syarikat bisnes kerajaan kita. 

Kapasiti, keupayaan sesebuah syarikat dan kepakaranya adalah berlainan dengan syarikat lain.  

Bisnes kerajaan yang disetup mesti sesuai dengan diri pemiliknya supaya mudah untuk menguasai perniagaan itu sendiri. 

Jangan mengikut kapasiti orang lain untuk membangunkan syarikat kita. 

Mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang dan mempunyai kredibiliti serta menjadikan syarikat dan bisnes kerajaan kita memiliki bidang kepakaran yang jelas mampu membuka lebih peluang perniagaan dengan agensi kerajaan. 

Lebih banyak bidang perniagaan yang boleh ditawarkan kepada kerajaan maka lebih besar peluang untuk membida projek‐projek yang pelbagai. Pelbagaikan aktiviti perniagaan bisnes kerajaan kita. 

Tiada masalah jika kita bermula secara one man show dan beroperasi dari rumah serta kita ‘main’ dengan kerja pembekalan kecil‐kecilan dan biasa.  

Lebih lama anda berurusan dengan sesuatu agensi, lebih kenal anda keperluan agensi dan selagi bagus, cepat perkhidmatan dan pembekalan yang anda berikan kepada agensi kerajaan itu, pihak mereka (agensi) tiada masalah menjemput syarikat anda untuk peluang kerja seterusnya walaupun anda bukanlah syarikat yang besar dan tidak mempunyai kepala bidang khast untuk long term business. 

Cuba minimakan segala kos pendaftaran syarikat bisnes kerajaan kita. 

Cuba pakatan win­win situation untuk pekerja andai diperlukan.  Buat sendiri segala proses pendaftaran boleh menjimatkan sehingga 

RM1, 500 berbanding mengupah pihak ketiga melakukanya.  Ambil masa untuk memahami proses pendaftaran dan penyediaan 

dokumenya.  Gunakan nama perniagaan yang bersifat umum. 

Page 102: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Hai orang­orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan mengerjakan 

shalat, sesungguhnya Allah beserta orang­orang yang sabar”  Surah Al­Baqarah, ayat 153 

 

Page 103: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 4 Dokumen & Proposal

 

Page 104: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

78  

Bab 15: Dokumen-Dokumen Yang Digunakan  

Satu perkara yang saya rasa wajib diketahui oleh semua orang yang serius berniaga adalah penggunaan dokumen yang betul dan memahami setiap fungsinya. Saya dahulu memang tidak tahu langsung tentang peranan setiap dokumen‐dokumen ini. Cuma kali terakhir saya mempelajarinya adalah semasa zaman sekolah di tingkatan tiga mata pelajaran Kemahiran Hidup. Saya bernasib baik En.K ada bagi tunjuk ajar. Berikut saya adalah beberapa dokumen yang digunakan di dalam urusan bisnes kerajaan kita: 

Dari pihak syarikat

Profil syarikat

Profil syarikat adalah satu bentuk borang atau resume tentang syarikat dan perniagaan kita. Di dalamnya kita memasukan segala maklumat seperti maklumat korporat perniagaan, aktiviti perniagaan, produk yang dijual, track record kerja‐kerja yang sudah diselesaikan dan yang paling penting bagaimana perniagaan kita boleh dihubungi. Profil syarikat ini digunakan sebagai resume dan tool untuk kita memperkenalkan syarikat dan perniagaan kita kepada pelanggan.  

Kebiasaanya profil syarikat akan kita submit ke agensi dan badan kerajaan semasa urusan pendaftaran sebagai syarikat kita sebagai vendor / kontraktor agensi terbabit. Selain itu profil syarikat juga biasanya akan dikepilkan bersama‐sama dengan kertas cadangan atau project proposal  yang diusulkan kepada pihak kerajaan. Memiliki profil syarikat yang professional reka bentuknya dan maklumat yang tepat dan berguna adalah amat penting untuk menentukan syarikat dan perniagaan kita dipandang sebagai berkelas A dan boleh dipercayai.  

Page 105: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

79  

Katalog Produk

Sebahagian supplier akan menyediakan katalog untuk kita tunjukan kepada klien bagi memudahkan mereka membuat pilihan produk. Kebiasaanya katalog ini diberi percuma oleh supplier. Menggunakan katalog dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap syarikat kita. Oleh itu rajin‐rajinlah meminta katalog dari supplier 

 

 

 

Fig 4.1: Katalog yang dibekalkan supplier untuk kegunaan marketing kita. 

 

 

 

 

Page 106: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

80  

Sebut Harga / Quotation

Selepas klien / agensi kerajaan memilih produk yang mereka mahukan kebiasaanya mereka meminta kita menghantar sebut harga kepada mereka. Sebut harga seperti nama dokumenya adalah dokumen yang digunakan untuk kita berikan anggaran dan harga yang dicadangkan beserta bilangan unit kepada pihak klien. Oleh itu pihak klien yakni  kerajaan akan membuat keputusan untuk membeli atau menawarkan kontrak kerja berdasarkan sebut harga yang kita hantarkan kepada mereka. Semasa proses menyiapkan sebut harga adalah amat penting untuk kita memberikan sebut harga terbaik atau sebut harga yang boleh menang daripada pesaing kita. Buatlah supplier scouting dengan baik dan dapatkanlah harga dari supplier semurah mungkin sebelum meletakan harga tawaran kita kepada kerajaan di dalam sebut harga ini. 

 

Bills of Quantities / BQ

Bills of Quantities atau BQ adalah dokumen yang kita hantar kepada pihak kerajaan kebiasaanya untuk tujuan kerja‐kerja tender atau sebut harga yang memerlukan pemilihan oleh ahli jawatan kuasa  tender. Kerja‐kerja sebut harga dan tender adalah kerja‐kerja yang bernilai dan berskala besar seperti contoh bernilai RM50,000 keatas. Kegunaan BQ adalah untuk:  

 

Anggaran kos dan analisis kewangan

Terma pembayaran

Menilai dengan tepat dan adil

Menilai pilihan yang ada untuk badan kerajaan

Anggaran siap selesai projek dan kuantiti unit

Anggaran akhir nilai kewangan lengkap.  

Page 107: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

81  

Delivery Order / DO

Setelah pihak kerajaan meneliti sebut harga dan bersetuju membeli dari syarikat kita kebiasaanya mereka akan mengeluarkan surat tanda setuju membeli atau letter of offer (LO) atau inden kerja dan sebagainya. Dari situ dipihak kita pula haruslah menyiapkan kerja dan menyempurnakan pembekalan dengan sewajarnya. Seteleh siap kita akan menghantar Delivery Order (DO) kepada pihak kerajaan. Kebiasaanya untuk kerja pembekalan akan digunakan DO ini. DO ini dibuat dalam dua salinan satu untuk simpanan sendiri dan satu lagi simpanan pihak kerajaan. Tujuan DO adalah untuk memastikan pembekalan yang dilakukan adalah tepat dan betul dan sekaligus mengelakan kesilapan semasa penghantaran pembekalan kepada pihak kerajaan yang boleh mengakibatkan masalah untuk mendapat bayaran. 

 

Invoice / Inbois

Invoice akan dikeluarkan oleh pihak kita kepada pihak kerajaan untuk menuntut pembayaran bagi kerja pembekalan yang telah dibuat. Mengandungi jumlah kuantiti dan bayaran yang sepatut dibuat oleh pihak kerajaan kepada syarikat kita. Kebiasaanya pegawai yang berurusan menerima invoice ini akan meminta menyertakan sekali bersama penyata syarikat, salinan pendaftaran perniagaan atau syarikat yang masih sah dari SSM dan salinan sijil Kementerian Kewangan yang masih sah.  

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 108: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

82  

Dari pihak kerajaan

 

Letter of Offer (L0)

Tidak banyak dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada kita. Namun ada beberapa dokumen yang biasa dikeluarkan kepada syarikat. Antaranya adalah letter of offer. Letter of offer ini samalah fungsinya dengan purchase order yang biasa dikeluarkan oleh syarikat swasta untuk setuju membeli barang yang dinyatakan pada sebut harga.  

 

 

Fig 4.2: Contoh Letter of Offer dari kerajaan. 

 

 

 

 

Page 109: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

83  

Dan berita baiknya bersama ebook ini ada saya sertakan soft copy untuk dokumen‐dokumen yang anda perlukan untuk kegunaan syarikat anda kelak. Kesemuanya dihasilkan dengan kelihatan profesional dan sekaligus meningkatkan kredibiliti syarikat anda. InsyaAllah. 

 

Bab 16: Proposal Kunci Peluang Bisnes Kerajaan Seterusnya  

Kadang kala di dalam bisnes kerajaan ada masa di mana sesuatu peluang bisnes itu datang bukan dari keperluan agensi itu sendiri. Ianya diuja dan trigger dari luar. Saya ada menghantar cadangan produk kepada agensi atau cadangan perkhidmatan kepada agensi untuk mereka melihat dan menilai untuk dilaksanakan di agensi mereka. Selalunya ianya adalah produk dan perkhidmatan yang baharu.  

 

Ogos, 2010 – KP** Kuala Lumpur 

 

Syarikat saya pada waktu itu tiada menerima projek yang bernilai lebih RM20, 000. Pada waktu itu saya ada idea untuk membangunkan satu produk iaitu sistem penyelesaian inventori menggunakan kod bar.  Saya tahu ianya sesuatu yang baru dan ‘canggih’ untuk sesetengah agensi kerajaan. Jadi saya bercadang untuk memasarkan produk ini kepada pihak kerajaan.  

 

 

Page 110: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

84  

Apa yang saya lakukan adalah menelefon semua contact dan network saya yang berkaitan untuk bertanya adakah agensi mereke telah menggunakan sistem inventori menggunakan kob bar. Separuh dari mereka mengatakan yang agensi mereka belum lagi menggunakan sistem inventori sebegitu. Dari situ saya menyiapkan satu senjata yang dinamakan proposal! 

 

Dengan menyiapkan proposal dan menghantar kepada pegawai yang tepat, syarikat saya telah dipanggil oleh satu agensi untuk membentangkan lebih lanjut tentang sistem inventori kod bar itu. Di penghujung hari satu projek bernilai  RM32, 000 telah diperolehi  dua sebulan selepas dari proposal dan sesi pembentangan itu.  

 

Feb, 2012 – U** Selangor 

Dan cerita yang sama untuk dua projek lagi. Satu darinya adalah produk elektronik penghalau serangga dan nyamuk. Produk tersebut rakan saya perolehi dari satu expo perdagangan di KLCC, Kuala Lumpur. Keupayaan produk tersebut adalah ianya mampu mengeluarkan satu gelombang yang boleh menghalau nyamuk dan serangga dari mendiami kawasan tersebut dalam lingkungan maksima dua kilometer. Jadi saya dan rakan cuba untuk propose produk tersebut ke universiti‐universiti untuk digunakan di kolej‐kolej mereka. Dari banyak‐banyak proposal yang dihantar dua darinya berminat. Dan cerita panjang dipendekan produk tersebut berjaya dijual pada satu universiti tempatan dengan nilai kontrak RM18, 000.  

 

Untuk makluman sepanjang hampir tiga tahun saya berkecimpung dalam bidang bisnes kerajaan ini saya hanya pernah menghantar proposal untuk tujuh jenis projek. Tiga dari nya berhasil dan empat lagi tidak berjaya. Walaupun ratio berjayanya tidak begitu bagus namun dari aktiviti menghantar proposal ini telah memberikan saya sebanyak hampir       RM60, 000 nilai kontrak! Namun berjaya sesuatu proposal juga bergantung kepada banyak faktor dari klien (kerajaan) itu sendiri. 

 

Page 111: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

85  

Proposal adalah satu bentuk kertas cadangan yang dimajukan kepada pihak klien untuk mencadangkan mereka supaya menggunakan produk atau perkhidmatan kita. Dari situ pihak klien (kerajaan) akan menilai adakah bersesuaian untuk dilakukan kepada agensi mereka. Tetapi masalah di sini adalah apakah yang membuatkan sesuatu proposal itu berkesan?  

Saya secara peribadi merasakan agak sukar untuk menghasilkan satu proposal yang benar‐benar terjamin dapat projek. Proposal juga banyak bergantung kepada bentuk satu‐satu projek yang ingin diusulkan kepada pihak kerajaan itu. Kepada siapa proposal itu dihantar merupakan satu perkara lagi. Bagaimana keadaan kewangan agensi dan keperluan agensi juga memainkan peranan. Jadi susah untuk menentukan format proposal that thick! Bagaimanapun saya kongsikan apa format yang saya selalu tulis di dalam proposal‐proposal terutamanya untuk tiga projek yang saya perolehi darinya. 

Format proposal

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan

Maklumat Korporat Syarikat

Permasalahan

Pengenalan Penyelesaian

Produk / Perkhidmatan

Apakah kebaikan yang bakal diperolehi oleh agensi yang dicadangkan?

Bagaimana ianya boleh dilaksanakan?

Timeline / Skala waktu perlaksanaan

Return of Invesment (ROI)

Track Record atau summary projek-projek yang pernah syarikat kita laksanakan

Page 112: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

86  

Dari format yang saya nyatakan jika perasan saya tidak memasukan kos‐kos dan perkara berkaitan kewangan yang perlu dikeluarkan oleh klien. Cuma ada pulangan pelaburan yang dibuat atau return of invesment (ROI) sahaja. ROI tidak semestinya angka! 

 

Tujuan utama saya berbuat begini adalah untuk menggalakan mereka menelefon kembali untuk bertanyakan lebih lanjut dan memupuk minat klien kepada projek yang dicadangkan tanpa ada unsur kos yang boleh potong keterujaan mereka pada masa itu. Paling penting menjemput saya untuk membentangkan proposal itu pada mereka atau lagi bagus pada bos mereka. 

 

Saya tidak mereka‐reka perkara ini tetapi sebaliknya saya pelajari dari seorang sifu jurujual iaitu penulis buku terlaris ‘Mengapa Gagal Menjual’ dan ‘Mengajar Jurujual Menari’ iaitu tuan Zamri Aminuddin. Saya syorkan kedua‐dua buku beliau sebagai berbaloi untuk ditelaah. Tuan Zamri seorang yang peramah dan yang penting mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun dalam bidang kejurujualan ini. Proposal adalah satu dari makananya! 

Ringkasan Bahagian 4 

Gunakan proposal untuk membuka peluang projek.  Jangan masukan nilai kos di dalam projek. Ini adalah bertujuan untuk 

membuat klien menelefon kita semula. 

 

Page 113: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan 

menyempurnakan nikmat­Nya bagimu, supaya kamu bersyukur”  Surah Al­Maidah, ayat 6 

 

Page 114: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 5 Memilih Bidang Perniagaan Yang Menguntungkan

Page 115: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

87  

Bab 17: T-Shirt RM52 dan Komputer RM1, 999   

Perkara yang saya ingin ceritakan adalah bagaimana untuk kita memilih bidang perniagaan atau business niche yang paling menguntungkan. Jika anda masih ingat semasa mendaftar sijil Kementerian Kewangan dan ePerolehan kita diberikan sepuluh kepala bidang percuma untuk didaftarkan. Justeru itu pengetahuan dalam memilih bidang bisnes yang menguntungkan boleh membantu kita untuk score sepuluh kepala bidang yang menguntungkan bisnes kerajaan kita kelak 

 

Ramai yang berkata saya untung besar apabila saya mendapat projek membekalkan komputer beribu ringgit kepada pihak kerajaan walhal pada hakikatnya saya berniaga baju RM52 dengan kerajaan lagi untung besar. Setuju? Atau anda tak setuju dengan cakap saya?  

 

Saya ada kajian kes yang saya sertakan di bawah dan mari kita lihat. Kedua‐dua kes ini saya mark up 20 peratus daripada harga pasaran terbuka semasa pada waktu tersebut.  

 

Oktober, 2011 – J** Pahang 

Syarikat saya telah dianugerahkan kerja pembekalan 10 unit komputer desktop kepada pihak kerajaan yang bernilai RM24, 000. Satu unit komputer ini berharga RM1, 999 di pasaran terbuka. Senang kira kita bundarkan ke RM2, 000 se‐unit. Kos saya untuk se‐unit komputer ini ditawarkan supplier adalah RM1, 950. Manakala harga yang saya tawarkan kepada kerajaan adalah RM 2, 400 se‐unit. Jumlah keseluruhan modal saya adalah RM19, 500. Jumlah keseluruhan keuntungan yang saya perolehi adalah RM4, 500. 

Page 116: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

88  

Projek: Membekal 10 unit komputer desktop Nilai projek / Harga jual keseluruhan: RM24, 000 Harga kos se-unit: RM1, 950 Harga jual kepada kerajaan se-unit: RM2, 400 Keuntungan se-unit: RM450 Harga kos keseluruhan: RM19, 500 Keuntungan keseluruhan (Harga jual keseluruhan – harga kos keseluruhan): RM4, 500 (23%)

 

Fig 5.1: Butiran kewangan projek pembekalan komputer ke J** Pahang. 

 

Manakala satu lagi projek yang saya perolehi adalah pembekalan t­shirt berkolar berembroidery.  

 

Mac, 2012 – K** Putrajaya 

Syarikat saya telah dianugerahkan kerja pembekalan t‐shirt berembroidery sebanyak 1000 helai. Harga pasaran bagi sehelai t‐shirt berkolar berembroidery ini adalah RM45. Harga kos saya untuk sehelai t‐shirt berkolar berembroidery yang saya dapat dari supplier istimewa saya adalah RM24. Manakala harga yang saya jual kepada kerajaan adalah RM 52 sehelai. Nilai keseluruhan projek ini adalah RM52, 000. Jumlah keseluruhan modal saya adalah RM24, 000. Manakala jumlah keseluruhan keuntungan yang saya perolehi adalah RM28, 000. 

 

 

Page 117: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

89  

Projek: Membekal 1000 helai t-shirt berkolar berembroidery Nilai projek / Harga jual keseluruhan: RM52,000 Harga kos sehelai: RM24 Harga jual kepada kerajaan sehelai: RM52 Keuntungan sehelai: RM28 Harga kos keseluruhan: RM24, 000 Keuntungan keseluruhan (Harga jual keseluruhan – harga kos keseluruhan) : RM28,000 (116%)

Fig 5.2: Butiran kewangan projek pembekalan t­shirt berkolar ke K** Putrajaya. 

–T-shirt menang!

 

Dari dua aktiviti pembekalan ini kita seolah melihat magik. Bagaimana dengan jumlah kos modal yang hampir sama jumlahnya dapat menghasilkan dua jumlah angka keuntungan yang berbeza. Kedua‐duanya memerlukan modal kerja dalam lingkungan dua puluh ribu ringgit. Namun salah satunya, dalam kes ini pembekalan t‐shirt berkolar berembroidery memberikan keuntungan empat kali ganda berbanding yang satu lagi iaitu pembekalan komputer desktop.  Sebenarnya ianya bukan magik untuk kita mendapatkan keuntungan yang besar sebegini berbanding modal yang sama. Apa yang kita perlukan adalah berterima kasih kepada ilmu margin industri. 

 

 

Page 118: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

90  

Ramai rakan yang sama berbisnes dengan kerajaan yang saya kenali dan khususnya yang baru berjinak terlepas pandang akan hal ini. Mereka lebih berminat untuk membekalkan produk‐produk glamour seperti komputer dan memandang rendah kepada pembekalan produk seperti t‐shirt.  Tiada guna kita mengejar pembekalan bernilai ratusan ribu ringgit andai untung yang bakal dapat hanya cukup makan. Lebih baik kita berusaha mencari peluang membekalkan produk yang perlu modal kecil tetapi mampu memberikan keuntungan yang besar. Gambarajah di bawah boleh memberikan gambaran lebih jelas. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Fig 5.3: Produk A memberikan keuntungan yang besar dengan modal yang kecil berbanding produk B yang bersifat sebaliknya. 

 

Margin industri atau selalunya dipanggil sebagai margin kasar industri atau margin keuntungan adalah perbezaan antara pendapatan berbanding kos. Perkiraan margin industri yang terbaik adalah keuntungan yang tinggi berbanding yang kos rendah. Tujuan untuk pengiraan margin ini adalah menentukan nilai untung bersandar harga jualan pasaran. 

 

Kebiasaanya margin industri ini juga diguna pakai sebagai satu panduan atau kanta penilai kepada kebolehan sesuatu produk atau sesuatu bidang perniagaan itu memberikan keuntungan maksima kepada si penjual. Ini mengambil kira jurang kos berbanding harga jualan pasaran semasa.  

Untung

A

Modal

Untung

B

Modal

Page 119: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

91  

Jadi bagaimana untuk menentukan margin industri bagi sesuatu produk atau bidang perniagaan tersebut? Berikut adalah formulanya. 

 

 

Formula Margin Industri = Harga Pasaran – Harga Kos x 100

Harga Pasaran

Fig 1.2: Formula mengira peratus margin industri bagi produk dan bidang perniagaan. 

Dengan formula tersebut kita sudah boleh mengetahui peratus margin industri. Mengetahui peratus margin industri sesuatu bidang perniagaan adalah satu kelebihan kepada kita. Dari contoh dua kajian kes yang saya bentangkan kepada anda sebelum ini anda dapat menilai bagaimana dengan peratus margin industri yang tinggi dapat memberikan keuntungan yang maksima walaupun dengan kos modal yang rendah.  

 

Menjual sebuah komputer misalnya adalah satu bentuk perniagaan yang mempunyai peratus margin industri yang rendah. Ini kerana modal yang dikeluarkan adalah besar manakala untung yang diperolehi adalah sedikit. Manakala peratus margin industri bagi perniagaan t‐shirt pula adalah tinggi kerana dengan kos yang rendah ianya dapat menjana keuntungan yang tinggi.  

 

Jadi dengan mengetahui produk dan bidang perniagaan yang mempunyai margin industri yang besar kita boleh menjana keuntungan yang berganda lagi apabila kita menjual kepada pihak kerajaan. 

Page 120: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

92  

Dan bagi membuatkan hidup anda lebih mudah di bawah ini saya kongsikan maklumat margin industri yang telah saya dapatkan dari beberapa sumber badan kerajaan, penganalisis industri dan pengamatan pengalaman saya sendiri. 

 

Margin industri mengikut bidang perniagaan

 

• Buku & Alat tulis                                                       30% • Komputer & IT – Jualan, perkhidmatan dan aksesori        10‐35% • Perhidmatan ICT seperti membina laman web                                 60‐90% • Cenderamata                             30‐40 % • Barangan bengkel                                                35‐45 % • Baju korporat, Embroidery, Printing                                 65‐70 % • Hardware                                         25‐30 % • Makanan bermasak & katering                        50‐60 % • Perkhidmatan                                              70% • Pakaian uniform dan kain‐kain                         30‐40% • Dobi                                                            90% • Perabot & Barangan kemasan pejabat                      35‐40% • Perkhidmatan kepakaran dan latihan                                                  70‐90% 

     

Kini kita dah tahu peratus margin industri beberapa bidang perniagaan yang hot untuk dibekalkan kepada kerajaan. Terpulang pada kita untuk memilih niche atau bidang perniagaan yang ingin dijalankan. Peratus margin industri di atas adalah berdasarkan kepada pasaran terbuka semasa. Kini seperti kata En.K suatu masa dahulu “Tepuk dada tanyalah milah!” – orang perempuan lebih tahu mana satu cara mudah mendapatkan wang sama seperti mereka membelanjakanya. 

 

 

Page 121: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

93  

Ringkasan Bahagian 5 

Ketahuilah margin industri atau margin keuntungan sesuatu bidang perniagaan itu.  

Lebih tinggi sesuatu margin keuntungan sesuatu produk atau perkhidmatan akan memberikan lebih keuntungan pada pembekalan kita.  

 

 

Page 122: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak­anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezeki dari yang baik­baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan 

yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.”  Surah Al­Israa, ayat 70 

 

Page 123: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 6 Membida Perolehan

Yang Sesuai

Page 124: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

94  

Bab 18: 4 Jenis Perolehan Yang Popular 

 

Seringkali bila kita pernah tonton drama melayu berkisahkan perniagaan (jika ada) pasti ada drama yang mengisahkan tentang tender bernilai jutaan ringgit. Pandu pun kereta‐kereta mewah dan paling thrill bila ada pesaing yang tak puas hati lalu upah pembunuh upahan untuk menamatkan bos syarikat yang berjaya mendapat tender itu tadi. Baiklah lupakan drama melayu tersebut. InsyaAllah bisnes kerajaan kita tak sampai membunuh. 

 

Apabila kita buat bisnes dengan kerajaan kita patut tahu bagaimana cara kerajaan membuat perolehan atau pembelian. Jika masih ingat di bahagian awal ebook ini ada saya sertakan maklumat yang sedikit bosan dan skema sehinggakan saya rasa terseksa menulisnya.  

 

Asasnya di dalam kerajaan terdapat sepuluh kaedah perolehan atau cara kerajaan membeli. Ianya adalah Panjar Wang Runcit, Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Requisition (untuk perolehan kerja), Sebut Harga, Tender, Perolehan Darurat, Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong, Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS) dan Perolehan Perkhidmatan Perunding 

 

Dan terdapat tiga kategori pembelian iaitu: 

Pembekalan – Untuk pembelian barang seperti komputer, meja dan sebagainya

Perkhidmatan – Untuk pembayaran perkhidmatan seperti pembinaan laman web, latihan dan sebagainya

Kerja – Untuk perolehan kerja-kerja seperti pembinaan bangunan

Page 125: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

95  

Jika mahukan maklumat lanjut boleh pergi semula ke bahagian satu ebook ini. Baiklah dari pengalaman saya kebiasaanya hanya empat kaedah yang popular dan sering digunakan oleh kerajaan untuk membuat perolehan. 

 

1) Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit (SPP Bil. 2 Tahun 2002)

Untuk kegunaan segera

Tidak melebihi RM500.00

Tiada dokumen pembelian diperlukan (cukup dengan resit sahaja)

2) Pembelian Terus (SPP Bil. 8 Tahun 2004) Bekalan/Perkhidmatan

- Sehingga RM10,000 setahun bagi setiap jenis item pembelian terus dari mana-mana pembekal/syarikat

- Melebihi RM10,000 hingga RM50,000 setahun bagi setiap

jenis item pembelian terus daripada pembekal/syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

Kerja

- Tidak melebihi RM20,000 boleh dibuat secara lantikan terus di kalangan kontraktor kelas F tempatan yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah kepala dan sub-kepala berkaitan

- Gunakan pesanan Kerajaan atau inden sebagai dokumen pembelian/perolehan mengikut mana yang berkaitan

Page 126: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

96  

3) Perolehan Melalui Sebut Harga (Ap 170.1 Dan Spp Bil. 2 Tahun 2001)

Bekalan/Perkhidmatan - Melebihi RM50,000 hingga RM200,000 setahun

i. Melebihi RM50,000 hingga RM100,000 dipelawa di

kalangan pembekal bertaraf Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan

ii. Melebihi RM100,000 hingga RM200,000 terbuka kepada pembekal Bumiputera/Bukan Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

Kerja - Melebihi RM20,000 hingga RM200,000 setahun yang tidak

menggunakan Jadual Kadar Kejuruteraan Awam dan Bangunan

 

4) Perolehan Melalui Tender (AP 171.1, dan SPP Bil. 5 Tahun 2007)

Bekalan/Perkhidmatan/Kerja - Melebihi RM200,000 setahun

Iklan

- Tender tempatan : min. 1 akhbar berbahasa Melayu - Tender antarabangsa : min. 1 akhbar berbahasa Melayu

dan 1 akhbar berbahasa Inggeris

Tempoh Iklan - Tender tempatan : min 21 hari - Tender antarabangsa : min. 56 hari

 

Page 127: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

97  

Walaupun sebenarnya banyak lagi caranya namun ianya bukan keperluan kita untuk mengetahui bagaimana cara mereka membuat perolehan cara yang lain itu. Apa‐apa pun empat kaedah perolehan yang di atas adalah yang paling kerap digunakan oleh kerajaan dan boleh kita sertai untuk bisnes.  

 

Untuk wang panjar sebenarnya adalah wang petty cash . Wang ini pihak kerajaan boleh gunakan untuk membeli barangan bernilai rendah dan kuantiti kecil yang kemungkinan bersifat terdesak. Nilai yang diterhadkan adalah RM500. Pihak kerajaan boleh membeli secara terus hanya memerlukan pihak penjual mengeluarkan resit jualan sahaja.  

 

Manakala pembelian terus pula adalah pembelian secara terus sehingga RM50,000 dengan pelawaan sebut harga dari beberapa syarikat. Dari pengalaman saya pembelian terus ini tidak diiklankan dan selalunya syarikat‐syarikat yang sering membuat kerja dengan sesuatu agensi bakal berpeluang mengetahui peluang pembekalan untuk agensi tersebut yang menggunakan cara ini. 

 

Manakala bagi sebut harga dan tender jumlah yang dihadkan adalah dari RM50, 000 hingga RM500,000 untuk sebut harga dan RM500,000 keatas untuk tender. Kedua‐dua ini selalunya diiklankan di dalam akhbar untuk makluman dan kita perlu membeli borang sebut harga atau tender dan menghadiri lawatan tapak yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan yang berkaitan. 

 

 

 

 

 

Page 128: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

98  

Bab 19: Memilih Padang Untuk ‘Bermain’  

Seperti yang saya pernah nyatakan bahawa setiap bisnes kerajaan itu unik dan berbeza kapisiti. Dan ianya termasuk juga bisnes kerajaan saya sendiri. Apabila saya menceburi bidang bisnes kerajaan ini dahulu saya telah menetapkan bahawa saya akan bermain di padang yang saya mampu bermain. Maknanya saya bermain projek‐projek kecil bersesuaian dengan status syarikat saya yang masih baru dan kecil. Dan statistiknya saya enjoy bermain di padang pilihan saya kerana saya telah memperoleh berpuluh kerja pembekalan dari kategori kerja kecil‐kecilan ini. Maksud saya kategori wang panjang dan pembelian terus.  

 

Mengapa saya memilih kategori panjar dan pembelian terus 

Tujuan saya memilih untuk memasuki kedua‐dua kategori seperti mana yang kita tahu ianya melibatkan projek bernilai semaksima RM500 dan  RM50, 000 sahaja. Maknanya modal untuk menjalankan projek ini pun rendah bersesuaian dengan kemampuan modal saya. 

 

Keduanya adalah projek dari kategori ini tidak diketahui umum dan saya boleh mengetahuinya selagi saya rajin buat marketing dan bertanya kepada agensi sendiri. Point yang utamanya adalah Less people less competition!  

 

Ketiga kerumitan untuk menyempurnakan projek‐projek bergini pun kurang dibandingkan dengan projek‐projek tender yang bernilai jutaan ringgit. Urusan dokumen juga mudah dan kurang. 

 

Page 129: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

99  

Keempat adalah peluang projek‐projek dari kategori wang panjar dan pembelian terus ini begitu banyak ditawarkan kerajaan berbanding dengan sebut harga dan tender yang terhad. Ini memberikan kita lebih peluang walaupun bernilai sedikit. Sikit‐sikit, lama‐lama jadi bukit kan?  

 

Berbanding kategori sebut harga dan tender pula ianya pula lebih sengit kerana bidaan bakal disertai oleh banyak syarikat. Maklum sahaja iklan tawaran ada dipaparkan di akhbar‐akhbar tempatan, laman web rasmi agensi dan portal eperolehan.  

 

Walaupun kategori sebut harga dan tender bernilai tinggi dan lumayan namun ianya tak selalu atau tak sekerap peluang kerja bagi kategori wang panjar dan pembelian terus. Mungkin projek bernilai RM100 ,000 akan hanya ada dua‐tiga kali ditawarkan dalam masa setahun oleh sesebuah agensi jadi peluang untuk kita mencuba bidaan pun kurang.  

 

Harus diingat juga kategori sebut harga dan tender mengambil kira banyak faktor luar kawalan kita untuk berjaya membidanya. Jika anda menyertai bidaan tender kelak anda pasti akan dengar tentang “Kerajaan tidak terikat untuk menerima mana­mana tawaran yang paling rendah”. Dari sini dapat kita simpulkan walaupun kita adalah syarikat yang memberikan harga paling rendah namun belum tentu syarikat kita akan dipilih. Ada seorang sahabat saya En.F yang pernah berkata “Sepuluh aku masuk sebelas tak dapat!” Kekecewaan beliau menunjukan betapa sengitnya persaingan untuk berjaya memperoleh dalam kategori premium ini. Jangan lupa projek habuan besar juga mainan jerung besar. 

 

 

Page 130: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

100  

 

Fig 5.1: Contoh iklan sebut harga dan tender di agensi. 

 

 

Page 131: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

101  

Jadi saya telah menetapkan semasa permulaan dahulu untuk bermain di padang yang mana saya boleh menang dan selesa malah sehingga kini saya masih lagi bermain kerja‐kerja dari kategori pembelian terus ini. Kerja‐kerja projek pembelian terus ini mudah dan tak memerlukan komitmen yang tinggi. Juga kurang yang dengki lantas mengupah pembunuh upahan menembak kita.  

 

Untuk berjaya dalam membida kerja‐kerja pembelian terus ini kuncinya adalah teknik marketing dan relationship dengan agensi yang baik. Dari pengalaman saya tiada masalah untuk agensi menjemput kita untuk kerja‐kerja dari kategori pembelian terus (direct nego) secara back to back selagi kita memberikan harga yang terbaik, cepat diselesaikan dan berkualiti. InsyaAllah mereka akan panggil. Walaupun nilainya mungkin kecil tetapi tak ok ke kalau dalam setahun dapat kerja bernilai RM20,000 sampai lima kali? Duit juga kan? Daripada hendak menunggu bila kalanya kita hendak menang tender.  

 

Pun begitu bukanlah maksud saya tidak menggalakan untuk mencuba untuk bid sebut harga dan tender. Rezeki di tangan Allah. Andai ada rezeki kita insyaAllah tidak kemana. Saya sepanjang pengalaman berbisnes kerajaan ini hanya dua kali pernah ditawarkan sebut harga yang mana satu nya bernilai RM85, 000 dan satu lagi bernilai RM65, 000.  

 

Apa‐apa pun ianya berbalik kepada kapasiti syarikat kita dari segi kewangan dan modal, pekerja, kepakaran, masa dan banyak lagi memandangkan kerja‐kerja dari sebut harga dan tender menuntut komitmen dan tanggung jawab yang tinggi. Kesan buruk andai kita tidak dapat memenuhi tanggung jawab ini. Lihat sahaja kejadian bangunan yang runtuh dan sehingga ada yang hilang nyawa oleh kerana kecuaian syarikat kontraktor. Pandangan saya, main di padang yang kecil selagi boleh selalu menang dan mula main di padang besar bila sudah mampu menguasai permainan yang lebih mencabar. 

 

Page 132: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

102  

Ringkasan Bahagian 6 

Sepuluh kaedah perolehan atau cara kerajaan membeli. Ianya adalah Panjar Wang Runcit, Kontrak Pusat, Pembelian Terus, Requisition (untuk perolehan kerja), Sebut Harga, Tender, Perolehan Darurat, Pelaksanaan Projek Kecil Secara Gotong Royong, Perolehan melalui Jabatan Teknik (JKR & JPS) dan Perolehan Perkhidmatan Perunding. 

Perolehan Melalui Panjar Wang Runcit maksima RM500.  Pembelian Terus maksima RM50, 000.  Sebut Harga maksima RM500, 000.  Tender melebihi RM500, 000.  Bermain projek‐projek yang bersesuaian dengan status syarikat.  Kategori wang panjar dan pembelian terus lebih mudah diurus dan 

banyak ditawarkan peluang oleh kerajaan.  Teknik marketing yang betul dan relationship dengan agensi dapat 

membantu untuk berjaya dalam bidaan kerja kategori pembelian terus. 

Sebut Harga dan Tender mempunyai banyak saingan dan sukar untuk menang serta mengambil kira external factor yang lain. 

Tidak salah untuk membida tender andai kemampuan sudah mencukupi. 

Buatlah kerja dengan tanggungjawab.  Rezeki di tangan Allah S.W.T. 

 

 

Page 133: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Itulah kurniaan Allah, diberikan­Nya kepada siapa yang dikehendaki­Nya, dan Allah Maha Luas 

pemberian­Nya, lagi Maha Mengetahui”  Surah Al­Maa’idah, ayat 54 

 

Page 134: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 7 Mengenal Pasti Potensi

Agensi & Kerja

Page 135: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

103  

Bab 20: Mengetahui Lubuk!  

Cara saya mencari dan memilih agensi untuk saya masuk dan mendapatkan kerja adalah melalui pertimbangan kewangan agensi dan kebolehan berbelanja sesuatu agensi. Tidak ada guna jika saya mempromosikan dan buat marketing gila‐gila jika badan kerajaan yang saya masuki itu tidak mempunyai bajet dan kebolehan untuk berbelanja. Berikut adalah contoh badan kerajaan yang mempunyai kewangan dan bajet yang banyak serta boleh membuat keputusan untuk berbelanja mengikut turutan:  

Senarai antara jenis agensi mempunyai kewangan yang besar

Kementerian-kementerian Ibu pejabat jabatan-jabatan di bawah kementerian Pusat pentadbiran kerajaan negeri Sekolah-sekolah Institusi Pengajian dan akedemik Ibu pejabat agensi

 

Kebiasaanya saya hanya masuk badan kerajaan yang terdiri daripada Kementerian, ibu pejabat jabatan, IPTA, sekolah‐sekolah dan ibu pejabat agensi. Untuk makluman bajet dan pembelian selalunya dilakukan oleh cawangan ibu pejabat walaupun untuk kegunaan di cawangan negeri. Manakala di bahagian negeri pula kebiasaanya bajet dipegang oleh pusat pentadbiran kerajaan negeri. Pun begitu masih ada cawangan dan jabatan di negeri‐negeri yang boleh berbelanja dan mempunyai bajet cumanya bajet mereka tidak besar dan tidak banyak projek boleh dilakukan. Jadi saya lebih suka untuk menumpukan kepada ibu pejabat sesuatu badan kerajaan samada untuk persekutuan ataupun negeri. Selain itu juga saya mengikuti peruntukan bajet negara kepada sesuatu Kementerian. 

Page 136: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

104  

Bab 21: Projek Yang Boleh Memberikan Passive Income 

 

Walaupun saya selalu mendapat projek dan kerja pembekalan namun saya masih belum berjaya mendapat projek idaman yang membolehkan saya mendapat passive income. Projek yang mana berterusan memberikan pendapatan bulanan pada saya tanpa perlu saya mencari projek‐projek baru. Saya hanya memperoleh projek‐projek one­off sahaja. Tetapi seorang rakan saya iaitu En.L ada memperoleh projek yang memberikan beliau passive income sehingga RM7, 000 sebulan selama setahun. 

 

Projek yang beliau perolehi adalah tender pembersihan kawasan. Tender tersebut adalah untuk tempoh masa setahun dengan pilihan tambahan penyambungan kontrak lagi setahun. Projek sebegini kebiasaanya akan ditawarkan dalam bentuk tender dan kita perlu bersaing membidanya. Apabila berjaya kita kemungkinan diberi bayaran bulanan. 

 

Dalam kes En.L beliau mendapat bayaran sebanyak RM 52, 000 sebulan daripada pihak kerajaan untuk kontrak kerja pembersihan kawasan selama setahun. Setelah ditolak gaji pekerja, belanja mengurus dan beli barang beliau mendapat bersih ditangan beliau hampir RM10, 000. Beliau hanya duduk di rumah dan turun padang bila perlu. Pekerja dan supervisor yang dilantiknya menguruskan segala kerja‐kerja yang perlu dilakukan. Satu perkataan yang sesuai adalah “Terbaik!” Antara projek‐projek yang boleh memberikan pendapatan seperti ini adalah perkhidmatan pembekalan makanan bermasak sekolah, peyenggaran berkala dan beberapa perkhidmatan lain.  

Page 137: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

105  

Ringkasan Bahagian 7 

Pilih agensi untuk masuk dan mendapatkan kerja melalui pertimbangkan kewangan agensi dan kebolehan agensi berbelanja . 

Kementerian, Ibu pejabat jabatan kerajaan, IPTA, sekolah dan pusat pentadbiran kerajaan negeri adalah contoh badan kerajaan yang memiliki bajet yang banyak dan selalu menawarkan peluang kerja atau projek. 

Ikuti perkembangan belanjawan negara yang mana kadang kala menyatakan peruntukan ke sesebuah kementerian. 

Projek yang mampu memberikan passive income adalah seperti kerja pembersihan kawasan dan kebiasaanya ditawarkan melalui tender. 

Page 138: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Itulah Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi pertolongan dari tempat yang tak terduga, dan barangsiapa yang bertawakal kepada 

Allah, niscaya akan di cukupi segala keperluanya”  Surah Al­ Thalaq, ayat 2­3 

 

Page 139: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 8 Strategi Marketing I &

Memecah Masuk Pasaran Kerajaan

Page 140: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

106  

Bab 22: Business Card Yang Berkesan!  

Apabila saya mahu menempah business card yang tahu saya tak akan berikan peluang pada sesiapa pun untuk memandai‐mandai mereka bentuk business card saya itu. Dan saya percaya itu juga yang terjadi kepada ramai pemilik perniagaan dengan business card mereka. Malangnya dengan sikap ini lah maka terjadinya business card yang buruk‐buruk desainya malah tak profesional langsung!  

 

Saya bernasib baik kerana mempunyai sense of creative dan sedikit kemahiran grafik untuk menghasilkan business card yang kelihatan profesional. Bagi saya business card yang menarik dan profesional mampu memberikan imej yang sempurna dan kemas kepada syarikat kita. Maka peluang untuk syarikat kita lebih diberi perhatian adalah tinggi. Mungkin ada yang tak bersetuju dengan saya dengan mengatakan business card Lim Wiring & Construction itu buruk tetapi bisnes maju juga. Jawab saya, “Suka hatilah!” 

 

 Yang sebetulnya niche bisnes Lim Wiring & Construction lain dan mereka jarang deal business dengan korporat secara terus. Jadi business card mereka tak mengapalah begitu. Tetapi kita akan selalu deal dengan orang golongan profesional dan berjawatan tinggi. Di mana imej adalah muka perniagaan kita. Justeru desain business card yang profesional memainkan peranan penting. 

 

 

 

Page 141: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

107  

7 Tip Business Card menawan!

Gunakan tema / skema warna tidak melebihi tiga warna.Menggunakan tujuh warna pelangi amatlah tidak sesuai.

Masukan logo syarikat

Jangan gunakan kesan gradient pada warna latar belakang Business Card anda dan seeloknya gunakan satu warna flat.

Buatkan reka bentuk Business Card mudah dipegang. Kini banyak desain Business Card yang kadang kala terlalu kecil dan terlalu besar serta pelbagai bentuk. Tentu sekali agak susah untuk dipegang dan disimpan dalam card holder.

Jika keyakinan kita tinggi letak sekali wajah muka kita pada bahagian hadapan Business Card. Jadi kita lebih mudah diingati.

Jika berkemampuan tempahlah Business Card yang mempunyai kemasan matte dan spot UV kerana walaupun sedikit mahal ia nampak premium sehinggakan klien sayang untuk membuangnya.

Gunakan font yang profesional dan kemas sesuai menggambarkan bisnes kita.

Yang sebetulnya niche bisnes Lim Wiring & Construction lain dan mereka jarang deal business dengan korporat secara terus. Jadi business card mereka tak mengapalah begitu. Tetapi kita akan selalu deal dengan orang golongan profesional dan berjawatan tinggi. Di mana imej adalah muka perniagaan kita. Justeru desain business card yang profesional memainkan peranan penting. Jika tidak pandai buat sendiri lebih baik upah pereka grafik yang pro dan biasanya ada di syarikat percetakan business card itu. 

Page 142: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

108  

Hulur Business Card kepada orang yang tepat masa yang tepat

Kebiasaanya orang akan memberikan business card mereka kepada seramai mungkin. Jika kita lihat pada network session mana‐mana event perniagaan dan seminar ramai yang berlumba‐lumba menghulurkan business card mereka. Sehingga hari ini saya tak pasti samada teknik ini benar‐benar berkesan atau tidak.  

 

Saya secara peribadi jarang menghulurkan business card saya pada sesiapa pun dalam seminar atau pun business event. Kecuali jika diminta. Saya percaya business card patut dihulur pada orang yang tepat dan masa yang tepat. Bukan saya mengatakan aktiviti bertukar business card salah cuma saya yang tak melakukanya. Saya seorang ortodok dan percaya hubungan harus dibina secara tanpa niat perniagaan kecuali apabila waktu kita berurusan dalam perniagaan.  

 

Dalam kes bisnes kerajaan, menghulurkan business card kita kepada pegawai yang membuat keputusan adalah tepat dan paling penting berikan dua keping. Jika kita membuat perniagaan FnB atau katering memberikan business card kepada setiausaha bos‐bos kerajaan adalah paling berkesan kerana mereka yang akan memilih dan membuat tempahan untuk mesyuarat bos mereka. Apa‐apa pun tiada salah dan benar jika kita mahu memberikan business card kita kepada semua orang terutamanya dalam sesi presentation atau meeting dengan agensi. 

Business card cantik dan pro tetapi?

Semasa saya mengkaji beberapa business card untuk dijadikan contoh sebelum saya menempah business card saya sendiri apa yang saya dapati satu business card yang bagus haruslah menggunakan kedua‐dua side business card itu dengan baik untuk menerangkan dengan jelas apakah perniagaan yang kita jalankan.  

 

Page 143: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

109  

Dan apabila saya menempah business card saya, di bahagian belakangnya saya senaraikan kesemua jenis perniagaan yang saya jalankan bersama dengan slogan syarikat. Jadi business card bukan sahaja cantik malah ianya juga mampu menerangkan business kita terutamanya bisnes kerajaan kita 

 

Fig 8.1: Contoh business card yang menggunakan kedua­dua belah kad. 

Page 144: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

110  

Bab 23: Pejabat Saya Di Sri Hartamas, Mont Kiara dan KLCC!  

Saya selalu terfikir bagaimana saya mahu meningkatkan imej syarikat bisnes kerajaan yang saya bangunkan ini ke tahap yang lebih tinggi. Syarikat saya hanyalah sebuah syarikat kecil dan beroperasi pun dari pejabat yang kecil dilokasi yang tak glamour langsung. 

 

Jadi saya bercadang untuk menggunakan perkhidmatan Virtual Office! Virtual office adalah satu jenis perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat pengendalinya untuk memberikan peluang kepada usahawan atau orang perseorang memiliki alamat perniagaan berprestij dan ruang perniagaan pejabat profesional tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar. Dengan bajet serendah RM50 hingga RM150 sebulan kita dapat menggunakan perkhidmatan virtual office mengikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat‐syarikat pengendali yang berbagai‐bagai. 

 

Jadi dalam hal ini saya telah memilih perkhidmatan dari satu syarikat virtual office di Plaza Damas, Sri Hartamas. Sehingga kini saya telah melanggan perkhidmatan mereka lebih dari tiga tahun. Dengan mendaftarkan alamat perniagaan ‘Sri Hartamas’ yang diberikan sebagai alamat satu cawangan baru syarikat, saya juga menggunakanya di dalam business card saya dan segala urusan ‘muka depan’ dan marketing syarikat saya kecuali untuk hal‐hal pendaftaran rasmi ePerolehan kerana syarikat virtual office selalunya mempunyai klien bukan bumiputera serta berkongsi meja dan tidak menepati syarat‐syarat untuk diiktiraf Kementerian Kewangan. 

Page 145: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

111  

Adakah Virtual Office benar berkesan?

Saya tak pasti samada ia benar‐benar beri kesan kepada keputusan penganugerahan kerja kepada syarikat kita atau pun tidak tetapi dari pengalaman saya dua ke tiga projek yang saya perolehi kemungkinan diberi kelebihan berpunca dari branding alamat pejabat ‘Sri Hartamas’ saya. Ini kerana pegawai yang berurusan begitu impressed dengan pejabat saya yang terletak di sana dan banyak bercakap dan bertanya mengenainya. Kemungkinan faktor sewa pejabat di Sri Hartamas agak mahal dan bukan calang‐calang perniagaan yang mampu menyewa pejabat di situ melainkan kewangan syarikat kukuh dan ownernya yang kaya. Kaya lah sangat! 

 

 Menjadikan Virtual Office sebagai automasi bisnes kerajaan

Sepanjang pengalaman saya menggunakan perkhidmatan virtual office saya mendapat faedah yang banyak darinya. Terutama sekali dalam memudahkan urusan perniagaan saya.  Ini kerana saya melanggan pakej platinum yang mengandungi faedah‐faedah berikut: 

Alamat yang premium.  

No telefon dan faks terus ke handphone dan email saya.  

Bantuan telefonis profesional yang menjawab panggilan telefon untuk syarikat saya, menyambungkan kepada sesiapa yang diperlukan dan yang akan mengambil pesanan jika ada.  

Bilik pejabat dan bilik mesyuarat yang cantik untuk deal bisnes dan meeting dengan supplier terutama sekali dalam usaha menjadi distributer rasmi mereka.   

Receptionist, kerani atau office admin yang boleh membantu urusan pembayaran bil, bank in cek, pos laju, surat menyurat dan banyak lagi seperti menaip surat dan buat akaun selagi kita sudi membayar perkhidmatan mereka.  

Page 146: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

112  

Dari pakej perkhidmatan virtual office ini ia telah banyak membantu saya terutamanya dari call handling dan surat menyurat. Walaupun bisnes saya hanyalah beroperasi secara one man show dan mempunyai dua pekerja yang hanya akan muncul bila ada job, namun dengan menggunakan khidmat virtual office ini ianya umpama saya dah hire ramai staf untuk urusan pengkeranian dan serta memiliki pejabat yang hebat. Malah jika pihak kerajaan menelefon nombor telefon syarikat saya (no telefon yang diberikan oleh virtual office) operator yang menjawabnya begitu profesional siap dengan lagu menunggu lagi semasa proses transferring call. 

 

Paling menguntungkan apabila syarikat saya dah berjaya memperoleh beberapa lesen rasmi sebagai official distributor dengan saya mengadakan sesi interview dan meeting bersama supplier di dalam bilik mesyuarat yang elegen dan profesional. Dengan menjadi official distributer saya akan beroleh faedah dengan dapat membeli stok dan produk pada harga jauh lebih murah justeru nak bersaing harga dalam bidaan kerja pun mudah nak menang. 

 

Jika mempunyai bajet lebih dalam anggaran RM50 hingga RM150 sebulan saya amat sarankan guna perkhidmatan virtual office.  Ianya banyak membantu dari segi operasi dan juga boost imej syarikat bisnes kerajaan kita kepada gred A dan sekaligus membayangkan kekuatan kewangan syarikat di mata klien dan supplier. Namun jika sudah mempunyai pejabat yang bagus dan pekerja sendiri tak perlulah gunakan perkhidmatan virtual office ini.  

Page 147: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

113  

Fig 8.2: Contoh syarikat yang memberikan perkhidmatan virtual office. 

Fig 8.3: Ruang bilik mesyuarat virtual office saya kini. 

Page 148: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

114  

Bab 24: Bagaimana Sebenar-Benarnya Memasuki Pasaran Kerajaan 

 

Seperti yang saya ceritakan di bab terdahulu, saya bernasib baik kerana mempunyai kawan‐kawan yang bekerja dengan kerajaan yang boleh saya gunakan sebagai proksi atau introducer kepada pegawai yang in­charge untuk saya promosikan syarikat saya kepadanya.  

 

Walaupun ada yang berpendapat tidak manis kita menggunakan affinity network ( jaringan rakan, saudara atau orang yang dikenali) kita untuk mendapat contact dalam agensi namun pada saya ianya tiada salah kerana saya tidak langsung menawarkan apa‐apa dan hanya meminta affinity network saya ini memperkenalkan unit dan pegawai yang betul. Dengan ini saya boleh masuk ke dalam agensi dengan lebih mudah. 

 

Tetapi bagaimana pula jika kita tiada kawan atau saudara yang bekerja dengan kerajaan? Jika masih ingat lagi saya mempunyai 20 lebih kawan dan saudara yang bekerja kerajaan dan hanya 14 orang sahaja yang sudi membantu saya untuk membawa saya masuk ke dalam pasaran tempat kerja mereka. Namun dari 14 orang tersebut tidak kesemuanya agensi tempat mereka bekerja boleh melakukan pembelian. Jadi secara realitinya network dan rangkaian agensi yang boleh saya berniaga sebenarnya tidaklah besar dan banyak. 

 

Page 149: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

115  

Jika saya bermain sebut harga dan tender maka saya tiada masalah untuk memasuki sesuatu agensi dan badan kerajaan tersebut kerana kerja yang ditawarkan selalunya diiklankan di akhbar, laman web rasmi dan pelbagai lagi. Jadi saya boleh terus beli borang sebut harga atau tender, hadiri lawatan tapak dan submit semula borang tender lengkap kepada agensi.  

 

Masalahnya ketika ini saya menumpukan kepada peluang kerja yang ditawarkan melalui kategori wang panjar dan pembelian terus kerana ini adalah kategori yang sesuai dengan syarikat saya serta peluang begini berterusan dan konsisten akan wujud. Seperti yang kita tahu projek kategori ini tidak dihebahkan di dalam iklan kepada umum cuma melalui jemputan atau pun jika kita bernasib baik kita tahu akan sesuatu projek itu. 

 

Jadi pada saya marketing untuk memasuki agensi bagi tujuan membida kerja‐kerja dari kategori pembelian terus terutamanya adalah amat penting kerana ianya tidak dihebahkan kepada umum. 

 

Oleh itu untuk saya memasuki pasaran agensi yang tidak ada langsung contact saya di dalamnya saya melakukan marketing. Dari pengalaman beberapa tahun saya dalam bisnes kerajaan ini berikut saya senaraikan teknik‐teknik marketing yang boleh diusahakan selain affinity network:  

Teknik-teknik marketing

Walk-in

Cold calling / Telefon

Emel

Edaran profil syarikat

Berdaftar di dalam e-Cat di ePerolehan dan buku ePerolehan

Page 150: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

116  

Pemasaran telefon 

Dari senarai teknik marketing di atas semuanya boleh mendatangkan hasil. Namun bergantung. Pengalaman saya, secara jujur, jika saya melakukan cold calling atau pemasaran melalui telefon boleh dikatakan 99 peratus panggilan saya akan tidak memberikan hasil. Saya pernah banyak kali cuba dan kebiasaan jawapan yang diberikan kami tiada kerja untuk ditawarkan ataupun lebih straight forward lagi kami dah ada vendor atau kontraktor kami. Mengecewakan… 

 

Sepanjang ingatan saya hanya satu cold calling saya yang berjaya membuka peluang kerja. Itu pun setelah saya buat cerita sedih yang saya dah dekat satu tahun tiada kerja dan hampir bankrup, duit untuk bagi makan anak isteri pun dah tiada. Sehingga ke tahap merayu begitu barulah syarikat saya dipelawa ke peringkat seterusnya. Pada hari ini saya hanya membuat panggilan telefon untuk bertanyakan contact untuk sesuatu department atau unit di agensi sahaja. 

 

Pemasaran emel 

Untuk pemasaran emel pula ianya berkesan apabila saya ada mempunyai projek‐projek canggih atau baru yang ingin diperkenalkan. Ataupun projek yang dirasakan perlu buat agensi tersebut. Kebiasaanya projek yang boleh meningkatkan operasi, kecekapan dan imej pengarah agensi terbabit. Mungkin dari segi etika dah lari sedikit. Saya selalu akan cari emel‐emel pegawai besar agensi dan emelkan kepada mereka sebahagian pengenalan projek proposal (jangan sesekali memberikan proposal lengkap kepada pihak klien atau orang tengah) serta profil syarikat. Saya pastikan saya memperkenalkan diri dan syarikat di dalam emel itu dengan sebaik mungkin dan sopan. 

 

 

 

Page 151: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

117  

Dari situ walaupun kebarangkalian pegawai besar ini membaca emel saya agak tipis dek kerana kesibukan mereka namun peluang itu lebih mudah diperolehi. Percayalah. Terutama sekali jika Kementerian sedang dalam proses mempromosikan sesuatu pekara atau sedang dalam musim pelaksanaan pekiling yang berkaitan seperti contoh pekeliling 5S yang mana berkaitan dengan kekemasan tempat kerja.  

 

Jika hantar proposal hiasan dalaman pejabat dan katalog perabot insyaAllah ada yang melekat. Untuk mengetahui perkara dan musim pekeliling begini kita haruslah alert pada aktiviti pentadbiran awam itu sendiri dan juga pembetangan bajet negara. 

 

Walk-in & edaran profil syarikat

Apabila saya perlu melakukan marketing untuk masuk ke sesuatu agensi, saya terpaksa akui ianya pasti mengeluarkan peluh. Pengalaman saya sesi marketing secara walk­in ataupun turun padang adalah paling berkesan. Kenapa? Ini kerana saya mempunyai peluang untuk bersemuka dengan pegawai yang in­charge yang mana mereka tak boleh sewenang‐wenangnya reject kedatanganya saya.  Dan yang paling penting saya boleh dikenali serta relationship bersama pegawai dan kakitangan agensi boleh dimulakan. 

 

Modus operandi saya gunakan adalah pertama mendaftarkan syarikat saya di bahagian perolehan agensi. Kemudian tanya pada pegawai tersebut di mana department yang berkaitan (yang saya mahu promosikan) dan siapakah nama pegawainya. Kemudian saya akan pergi ke department tersebut dan berjumpa pegawai yang diberikan nama tadi.  

 

 

 

Page 152: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

118  

Semasa berjumpa pegawai tersebut itu pula saya akan menyatakan bahawa saya disarankan berjumpa beliau oleh pegawai pendaftar perolehan. Jika boleh bagikan nama pegawai pendaftar tadi. Dengan ini tidak terlalu nampak seolah saya yang mahu menjual tetapi disarankan atau disuruh berjumpa oleh pegawai pendaftar perolehan itu tadi.  

 

Apabila sampai di tahap ini saya akan memperkenalkan diri dan syarikat serta memberikan profil syarikat saya kepada mereka. Jangan lupa untuk membawa balik business card pegawai department itu tadi dan juga jenama‐jenama atau maklumat produk yang boleh kita pasarkan kepada agensi.  

 

Selepas itu saya akan cuba hubungi semula pegawai terbabit dalam tempoh satu minggu ke dua minggu untuk bertanyakan khabar serta peluang kerja. Ini dilakukan secara konsisten. Jika tidak keterlaluan juga saya akan emelkan flyers atau katalog digital kepada pegawai tersebut. Jika ada rezeki selalunya pegawai terbabit akan hubungi saya semula dan selepas itu adalah peluang kerja ditawarkan yang kebiasaanya bermula dari kerja kecil‐kecilan dahulu. Voila! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 153: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

119  

Bab 25: Jurujual Dilarang Masuk!  

Apabila kita buat marketing untuk pasaran kerajaan kadang kala kita perlu melakukanya secara kreatif. Terutamanya apabila kita kelihatan seperti seorang jurujual yang desperate. Harus diketahui kebiasaanya jurujual adalah dilarang masuk. 

 

Satu cara yang boleh dikatakan kreatif tetapi memerlukan sedikit kos dari segi masa dan tenaga yang  banyak saya lakukan adalah dengan memberikan seminar satu hari ataupun training secara percuma kepada pihak kerajaan. Perlu diketahui bahawa setiap kakitangan kerajaan wajib menghadiri latihan sekurang‐kurangnya tujuh hari dalam masa setahun perkhidmatan. Dengan keadaan ini apabila ada syarikat yang menawarkan sesi seminar ataupun training secara percuma ianya adalah amat dialu‐alukan oleh pihak kerajaan. 

 

Bagaimana ini adalah berkesan?

Apabila ada pihak kerajaan yang sudi menerima pelawaan saya untuk menawarkan sesi training percuma kepada mereka kebiasaanya ianya akan berakhir dengan saya bakal memperolehi peluang kerja atau paling tidak pun saya dah pun memulakan relationship dengan kakitangan agensi.  

 

Ini kerana semasa sesi training kebiasaanya pemasalahan agensi akan diluahkan untuk pandangan penyelesaian dari pihak syarikat. Justeru itu saya akan sebaik mungkin mencari kaedah penyelesaian yang selalunya akan saya usulkan cadangan beberapa produk yang tertentu.  

Page 154: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

120  

Selain itu pihak peserta atau kakitangan yang turut serta dalam sesi tersebut juga akan mengenali saya dengan lebih lagi dan seterusnya saya tidak lagi dilihat sebagai jurujual. Untuk makluman sesi training atau seminar tidak semestinya berkaitan dengan objektif pengetahuan semata‐mata atau akademik malah ia juga boleh jadi sesi teknologi update ataupun sesi briefing produk‐produk syarikat yang terkini. Teknik ini boleh dicuba selagi ianya mampu disesuaikan dengan produk dan perkhidmatan syarikat kita.  

 

April, 2011 – J*N Kuala Lumpur 

Pada waktu tersebut saya baru mempunyai network dan mendaftar sebagai distributer dengan sebuah syarikat supplier perisian anti­virus. Tetapi ianya hampir pertengahan tahun dan jarang ada badan kerajaan yang mahu membeli perisian anti­virus pada petengahan tahun. Tambahan lagi kebanyakan Kementerian sudah mengikat kontrak tahunan dengan pembekal mereka.  

 

Tetapi satu sumber network saya memberitahu yang J*N sedang menimbangkan untuk menukar perisian anti‐virus mereka. Ianya berita baik. Pada waktu ini saya tidak mahu masuk secara terang‐terangan. Jadi saya mencuba teknik memberikan latihan dan sesi technology update secara percuma kepada agensi terbabit. Kemudian saya menelefon pegawai di bahagian teknologi maklumat mereka dan mengatakan yang syarikat saya ingin menawarkan satu seminar ringkas tentang trend serangan virus kepada badan kerajaan. Umpan berhasil dan syarikat saya dipelawa untuk mengadakan sesi seminar ringkas tersebut. Ianya seminar satu hari.  

 

Di sebelah lain pula saya menghubungi teknikal jualan syarikat supplier saya dan meminta mereka menghantar wakil untuk memberi ceramah dan mempromosikan teknologi anti­virus terbaharu mereka. Jadi saya tidak terlibat langsung dalam menyampaikan apa‐apa pada hari seminar tersebut. Cuma hadirkan diri sahaja nanti. 

Page 155: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

121  

Pada hari seminar dan tarikh yang ditetapkan segalanya berjalan dengan lancar. Hasil daripada seminar dan teknologi update tersebut syarikat saya diberi peluang untuk membekalkan perisian tersebut sebanyak 50 lesen sebagai pembelian awal mereka. Keseluruhan pembekalan berjumlah RM4,200 . Dengan memberi seminar percuma dan penceramah yang saya jemput secara percuma akhirnya memberikan saya sedikit pendapatan pada bulan itu. 

 

Sampel percuma

Selain itu antara kaedah untuk masuk ke pasaran kerajaan yang pernah saya gunakan adalah memberi sampel percuma. Untuk bidang katering misalanya saya akan memberikan contoh 10 bungkus nasi lemak percuma dan diselitkan bersama kad perniagaan kepada  rakan‐rakan atau kenalan yang bekerja di agensi kerajaan. Kemudian untuk produk saya akan berikan penggunaan percuma selama sebulan seperti perisian anti‐virus percuma untuk tujuan agensi mencuba dahulu. Teknik ini lebih berkesan kerana secara tak langsung agensi dah mengenali anda dan mudah mereka menggamit anda untuk projek diberikan! Tak percaya cubalah namun jangan lupa sertakan butiran anda untuk dihubungi. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 156: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

122  

Ringkasan Bahagian 8 

Gunakan tujuh tip untuk menghasilkan business card yang menawan dan profesional. 

Gunakan kedua‐dua belah business card dengan semaksima mungkin.  Senaraikan bidang‐bidang perniagaan yang dijalankan di belakang business card. 

Memberikan business card kepada orang yang tepat.  Gunakan perkhidmatan Virtual Office jika berkemampuan.  Perkhidmatan Virtual Office banyak membantu andai bisnes kerajaan 

dijalankan secara bersendirian.  Empat cara marketing yang boleh dijalankan adalah walk-in, cold

calling / telefon, emel, edaran profil syarikat, berdaftar di dalam e-cat di eperolehan dan buku eperolehan

Cuba kaedah marketing yang kreatif dan tidak kelihatan terlalu terdesak. 

Cuba beri percubaan percuma atau sampel percuma terlebih dahulu.  Lebih baik mendapat sedikit pendapatan daripada tidak ada 

langsung. 

 

Page 157: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu 

menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”  Surah Al­ Baqarah, ayat 216 

 

Page 158: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 9 Mastering the Business

Page 159: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

122  

Bab 26: Memenangi Letter Offer Pertama Cara En.Z 

 

Masih ingat dengan kawan saya En.Z yang mana beliau ada membantu saya dengan pembekalan pertama saya. Dalam bab yang awal saya ada menceritakan yang En.Z ada memberitahu saya cara‐cara beliau menjalankan bisnes kerajaan beliau sehingga beliau berjaya melepasi tanggal jualan RM1 juta dalam masa dua tahun operasi. Jadi saya save the best for last untuk anda. 

 

Satu daripada ilmu yang dicurah oleh En.Z kepada saya adalah macam mana kita nak memastikan yang kita mesti memenangi kerja pertama dari setiap agensi yang kita masuk. Walaupun saya tidak mendapatkan kerja pertama saya dengan menggunakan teknik En.Z ini namun saya dapati ianya memang  80 peratus dijamin berhasil. Rahsianya adalah dengan berniaga dan rugi.  

 

Ianya memang bunyi agak mengarut dan memang tak boleh dilakukan oleh kebanyakan syarikat terutama sekali yang baru bermula. Tetapi realitinya dengan harga yang kadang kala lebih rendah dari harga kos ditawarkan dalam sebut harga kepada kerajaan memang ianya mudah untuk menang berbanding syarikat pesaing. 

 

Saya pernah beberapa kali implement teknik En.Z ini.  

 

 

Page 160: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

123  

September, 2010 – KP** Kuala Lumpur 

Ini kali pertama saya mencuba nasib di KP**. Dari apa yang saya dengar agensi ini telah ditawan oleh beberapa syarikat yang telah menjadi syarikat rutin kepada agensi ini untuk pembekalan terutamanya dalam pembelian terus. Saya kali ini mencuba teknik En.Z iaitu dengan memberikan harga yang bakal merugikan saya. Tujuan adalah untuk saya memastikan syarikat dan sebut harga saya dipilih. Seminggu selepas saya menghantar sebut harga saya menerima panggilan dari pegawai KP** mengatakan syarikat saya terpilih dan meminta saya datang ke KP** untuk mengambil letter offer. Seperti yang dijangka saya memenangi saingan dan letter offer pertama saya dari agensi yang baru. Dan berita buruknya kerugian hampir RM600 yang dijangka kerana menawarkan harga begitu rendah dari kos kini menjadi realiti.  

 

Bagi yang tidak mampu untuk menanggung kerugian satu cara adalah untuk bermain dengan percaturan harga even. Harga yang sama dengan harga modal kita ambil stok dari supplier. Tujuan utama adalah untuk memberikan harga yang termurah mungkin kepada pihak agensi dan memusnahkan terus bidaan dari sebut harga pesaing. Jika masih tidak sanggup, cuba untuk ambil untung minima seperti mana yang En.Z nasihatkan saya pada pembekalan pertama saya dahulu. Bagaimanapun teknik ini hanya digalakan untuk tujuan mendapatkan kerja pertama dari agensi yang belum pernah kita berurusniaga.  

 

 

Page 161: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

124  

Bab 27: Letter Offer Pertama Kunci Pembuka Hayat Perniagaan Dengan Sesebuah Agensi  

Saya telah rugi RM600 di dalam kerja pembekalan di KP** semata‐mata untuk memastikan saya menang kerja pertama di situ. Tetapi on the other side saya mendapat empat lagi kerja pembekalan dari KP** selepas kerja pembekalan pertama saya yang rugi itu. Kerja yang saya dapat adalah membekalkan kertas A4, membaiki 40 unit locker staf, membekalkan satu set perabot eksekutif dan memasang partition board. Dengan kadar keuntungan 30 peratus untuk setiap satu pembekalan saya berjaya mendapat untung bersih sekitar RM 6, 000 dari keempat projek tersebut. Mengapa begitu mudah projek jatuh ke riba? Untuk menerangkan kenapa ini boleh terjadi saya senaraikan sebab‐sebabnya di bawah: 

 

5 Sebab mengapa lebih mudah mendapatkan projek seterusnya setelah berjaya memperoleh kerja pertama

Mempunyai lebih banyak masa untuk berkenalan dengan kakitangan dan pegawai yang berurusan. Relationship telah dibina dan lebih rapat.

Mengetahui lebih mendalam tentang keperluan sesuatu agensi terbabit.

Track record telah dicipta dengan pembekalan pertama yang menepati piawaian dan masa.

Page 162: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

125  

Dengan sengaja menawarkan harga gila rendah pada kerja pertama ianya telah mewujudkan sangkaan yang syarikat tidak mengambil keuntungan besar berbanding pesaing.

Peluang mempromosikan produk dan perkhidmatan lain.

Dengan membuang harga dan tidak mengambil untung atau mengambil untung yang sedikit dapat memastikan saya bukan sahaja dapat memenangi letter offer yang pertama malah yang kedua dan seterusnya. Kadang kala kita perlu membayar dan berkorban terlebih dahulu untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik. Jadi RM600 kerugian saya pada pembekalan pertama tadi bolehlah saya anggap sebagai benih untuk pokok yang menghasilkan buah yang begitu banyak. 

 

Page 163: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

126  

Bab 28: Sourcing: Mencari Supplier Terbaik 

 

Saya bernasib baik yang saya mengenali En.K dan En.Z. Mereka sudi membantu dalam urusan mencari supplier untuk membekalkan stok atau barang pembekalan. Terutama sekali semasa saya baru bermula di mana saya tiada langsung network atau connection dengan supplier­supplier. Margin keuntungan akan menjadi lebih besar andai kita berjaya memperoleh stok daripada supplier yang memberikan harga murah. 

 

Terdapat tiga jenis supplier yang boleh kita jadikan sebagai supplier network (rangkaian senarai supplier yang bakal menjadi sumber sourcing kita). Jenis supplier tersebut adalah seperti di bawah. 

3 jenis supplier yang boleh dijadikan sebagai supplier network

Master Company

Distributer

Proxy supplier

 

 

 

 

 

Page 164: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

127  

Master Company ‐ adalah di mana syarikat yang mencipta ataupun yang mengeluarkan produk. Kita boleh mendapatkan terus pembekalan daripada mereka tanpa perlu melalui orang tengah ataupun distributer. Mendapat peluang begini adalah satu kelebihan yang berganda buat kita kerana harga yang diperolehi jauh lebih rendah dan confirm paling murah dari mana‐mana tempat. Sebagai contoh saya mempunyai akses dengan supplier begini untuk produk Canon Printer Malaysia dan juga syarikat pembekalan perabot AM Office Sdn Bhd. Untuk mendapat akses kepada master company adalah sedikit susah dan kadang kala memerlukan pembelian minima yang tinggi dari kita serta menjalani beberapa sesi interview. 

 

Distributer ‐ adalah second layer kepada master company. Di mana distributer dilantik oleh master company untuk memasarkan produk mereka dan menjalankan edaran produk. Harga biasanya masih lagi murah jika hendak dibandingkan dengan harga pasaran ataupun end user price.  

 

Proxy Supplier – Sama fungsi dengan distributer namun kebiasaanya proxy supplier ini adalah pemegang tunggal lesen bagi memasarkan satu‐satu produk  yang biasanya dari syarikat luar negara. Ini bermaksud apa‐apa pembelian produk dari jenama syarikat luar negara tersebut hendaklah melalui syarikat proxy supplier ini.  

 

Sebenarnya banyak lagi sumber‐sumber lain yang kita boleh dijadikan sebagai supplier . Selagi ianya murah dan mampu memberikan kita kelebihan untuk bersaing harga dengan pesaing semasa membida kerja. Tetapi saya senaraikan tiga yang biasa ini sahaja.  

 

 

 

 

Page 165: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

128  

Sepanjang aktiviti saya membina senarai supplier saya melakukan supplier scouting atau sourcing dengan mempraktikan beberapa cara: 

Dengan bertanya sesama rakan vendor / kontraktor.

Mencari di Internet.

Cadangan dari supplier.

 

Dengan bertanya kepada rakan sesama berniaga dan terlibat dalam berbisnes dengan kerajaan dapat memudahkan dan menjimatkan masa. Ini kerana kebiasaanya senarai atau supplier yang mereka berikan adalah supplier mereka sendiri yang mana mereka sudah gunakan dan pilih kerana harga yang diberikan murah. Jadi dengan meminta cadangan supplier dari sesama rakan yang berbisnes kerajaan dapat memudahkan banyak perkara dalam urusan sourcing dan supplier scouting. Melainkan rakan kita itu ada mempunyai phd yang lagi satu itu.  

 

Satu cara yang mudah dan saya sendiri banyak lakukan adalah dengan mencari sahaja di Internet. Walaupun cara ini nampak macam terlalu simple namun ianya berkesan dan cepat. Paling penting ianya tak perlu susah‐susah nak bertanya kepada orang lain. Sedikit tip dan cara saya mencari supplier bagi produk‐produk yang ingin dibekalkan kepada kerajaan. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 166: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

129  

Langkah 1: Cari laman web rasmi berkenaan produk yang ingin kita cari. Cari laman web yang betul dari syarikat tersebut. Sebagai contoh di bawah saya mahu mencari pembekal bagi produk pejabat jenama Fellowes. Jadi saya cari laman web rasmi Fellowes di Internet. Jadi laman web rasminya adalah di www.fellowes.com 

 

 

Fig 9.1: Laman web fellowes antarabangsa. 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 167: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

130  

Langkah 2: Cari bahagian di mana kita boleh jumpa cara untuk menghubungi syarikat tersebut, lokasi atau mungkin rakan perniagaan mereka di Malaysia.  

 

 

Fig 9.2: Butiran maklumat untuk dihubungi dan alamat cawangan. 

 

 

 

 

 

 

Page 168: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

131  

Langkah 3: Setelah menjumpai alamat atau maklumat cawangan / distributer mereka di Malaysia cuba untuk menelefon di nombor yang dinyatakan. Pastikan kita menyatakan sekali bahawa kita ingin membeli dalam kuantiti yang banyak dan ingin dibekalkan kepada kerajaan. Tujuan adalah untuk membezakan kita bukanlah pelanggan end user sebaliknya berpotensi menjadi rakan perniagaan mereka.  

 

 

Fig 9.3: Alamat cawangan di Malaysia. 

Page 169: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

132  

Saya percaya aktiviti supplier scouting telah menjadi lebih mudah dengan adanya Internet. Selain dapat menjimatkan masa kita juga boleh mengelakan dari di ‘makan’ oleh orang tengah yang mengambil kesempatan.  

 

Selain itu dengan bertanyakan kepada supplier yang sedia ada juga dapat membantu. Terutamanya supplier yang terdiri daripada bangsa Cina. Umum mengetahui bahawa orang cina di negara kita ini rata‐rata menjalankan perniagaan dan mempunyai jaringan perniagaan yang banyak sesama mereka.  

 

Dari pengalaman saya mereka tidak menjadi masalah untuk mempromosikan bisnes rakan‐rakan mereka yang lain. Sebagai contoh supplier kertas conqueror saya iaitu Pn.W memberikan no telefon kawanya yang merupakan supplier kotak apabila diminta oleh saya. Dengan sedikit privilege menggunakan nama beliau sebagai token untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Mempunyai relationship dengan supplier begini dapat memberikan kelebihan kepada kita dalam menambahkan senarai supplier yang boleh diharapkan. 

 

Tetapi jangan terlalu gembira dengan prospek ini. Kadang kala jika kita ingin mendapatkan stok atau bekalan dari supplier berbangsa cina, mereka tidak memberikan kita peluang mendapatkanya dari mereka kerana kita bukanlah dari orang mereka. Ini mengingatkan saya pada suatu ketika saya ingin mendapatkan satu alat elektronik buat supply ke K*S yang mana ianya digunakan untuk penyambungan ke skrin‐skrin besar. Selepas saya membuat supplier scouting saya mendapati sebuah syarikat ini membekalkan alat tersebut. Saya cuba membeli dari mereka tetapi dimaklumkan mereka tidak menjual alat tersebut. Walhal saya memang tahu mereka menjualnya!  

 

 

Page 170: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

133  

Apa yang saya buat selepas itu adalah meminta rakan saya Calvin seorang yang berbangsa cina membelikan alat tersebut bagi pihak saya. Percaya atau tidak mereka menjual kepada rakan cina saya tadi dengan harga yang lebih murah dan paling penting alat yang dikatakan ‘tiada’ dijual tiba‐tiba menjadi ‘ada’ dijual. Walaubagaimanapun tiada apa yang boleh dilakukan dengan keadaan ini melainkan kita berusaha pula menjadikan bumiputera sebagai kuasa ekonomi negara kita.  

 

Tetapi penyataan saya ini bukanlah menggambarkan peniaga berbangsa cina itu secara keseluruhanya. Saya masih ada supplier berbangsa cina yang baik dan telus sepanjang berurusniaga dengan mereka seperti supplier saya iaitu Mr.N dan Mr.J yang begitu pemurah memberikan saya supply tanpa perlu membayar dahulu kepada beliau. Hanya perlu bayar apabila bayaran dari kerajaan sudah diperolehi. Inilah manisnya mempunyai supplier yang setia dan pemurah! 

Page 171: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

134  

Bab 29: ‘Mantra’ Mendapatkan Harga Murah Dari Supplier 

 

Saya tak pasti samada tekni ini berjaya adalah satu kebetulan ataupun tidak. Namun hampir 70 peratus deal  saya dengan supplier berhasil mendapatkan harga yang saya inginkan. Dan satu contoh terbaik adalah semasa saya mendapatkan supply untuk pembekalan part KVM switch (alat elektronik). 

 

Mei, 2010 – Imbi Plaza Kuala Lumpur 

Syarikat yang membekalkan part KVM switch tersebut adalah sebuah syarikat proxy supplier dan merupakan pengedar tunggal produk jenama yang saya inginkan. Saya pada mulanya berurusan dengan mereka melalui emel dan meminta mereka memberikan saya sebut harga bagi produk yang saya inginkan. Keesokannya saya mendapat sebut harga dari mereka. Harga satu unit part KVM switch tersebut adalah RM190.  

 

Pada petangnya saya walk­in ke syarikat tersebut. Tujuan adalah untuk membeli dan mengambil part KVMswitch yang saya inginkan. Semasa berurusan dengan sales technical syarikat tersebut saya memberikanya dua keping business card saya. Jangan lupa business card saya menggunakan alamat pejabat operasi di Sri Hartamas serta memaparkan laman web syarikat. Semasa berurusan saya minta agar dapat dikurangkan lagi harga yang mereka berikan. Sales technical tersebut enggan menunaikan permintaan saya dan berkata harga yang diberikan sudah paling rendah. Saya masih tak berpuas hati. Lantas meminta sales technical membawa saya berjumpa dengan bos beliau.  

Page 172: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

135  

Saya tak tahu adakah beliau membawa saya berjumpa pemilik syarikat atau higher ranking. Apabila berjumpa dengan ‘tauke’ syarikat itu saya menghulurkan business card saya kepadanya. Sales technical memberitahu kepadanya yang saya ingin mendapatkan harga yang lebih murah – saya agak sahaja memandangkan mereka bertutur dalam bahasa cina. Tauke tersebut bertanya kepada saya ini kali ke berapa saya berurusniaga dengan syarikat beliau. Saya membalas dengan, “First time!” 

Tetapi saya lantas mengeluarkan mantra yang biasa saya gunakan… 

“Tauke, company saya selalu deal projek dengan government. We always buy in large amount since we got many projects with government... Future ada lagi projek mahu pakai spare part KVM switch macam you punya ini. Kalau you OK you give us better price so we don’t find another supplier. So win­win situation lah Mr.” 

Seperti biasa urusan tawar menawar harga dari supplier ini sekali lagi dimenangi oleh saya. Di penghujung hari harga part KVM switch yang asalnya berharga RM190 terus menjadi RM160 seunit. 15 peratus diskaun. Saya membeli 20 unit part KVM switch pada hari itu dan jumlah penjimatan saya adalah RM600. Saya juga dipelawa buka member account yang mana layak diberikan diskaun sehingga 30 peratus berdasarkan produk dan kuantiti. Ini akan memberikan kelebihan syarikat saya bersaing di dalam bidaan projek khususnya dalam memberikan harga yang boleh menang. Dan saya jarang gagal mendapatkan best price dari supplier dengan mantra ini. 

 

Kenapa teknik ini berkesan?

Seorang usahawan dan peniaga yang bagus mengutamakan long term business dan volume. Sama juga dengan supplier­supplier yang kita bakal berurusan. Mereka melihat potensi urusniaga yang lebih lama dan banyak. Mereka faham sesebuah syarikat yang sering berurusniaga dengan kerajaan bakal berpotensi membeli dari mereka dalam kuantiti yang banyak. Jadi inilah mungkin penyebab mantra ciptaan saya ini mujarab dalam mendapatkan best price dari supplier. Tambah lagi dengan marketing tool (business card & alamat office) yang gah! 

Page 173: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

136  

Bab 30: Lebih Untung Dengan Menjadi Distributer Rasmi  

Dalam bab sebelum ini kita boleh melihat betapa dengan berdaftar sebagai member account dengan sesebuah syarikat dapat memberikan kita harga diskaun sehingga 15 peratus untuk tujuan pembelian stok dan supply. Tetapi ada yang lebih menarik lagi.  

 

Oktober, 2010 – Sungai Besi Kuala Lumpur 

Saya mendapat projek membekalkan perabot pejabat ke J*M. Jumlah keseluruhan projek ini adalah RM19, 800. Modal yang diperlukan untuk membeli stok adalah RM16, 000. Sebenarnya projek ini saya bida secara main‐main sekadar mencuba‐cuba. Tetapi terpilih. Yang menjadi masalah kerana duit dalam akaun syarikat hanya ada RM15, 000 tak cukup          RM1, 000. Jadi saya cuba untuk minta diskaun lagi dari syarikat supplier saya. 

 

Sales assistant yang saya berurusan adalah Ms. A. Selepas saya menceritakan serba sedikit tentang projek yang saya perolehi dan keadaan kewangan syarikat beliau kata beliau boleh bantu tetapi mencadangkan agar saya mendaftarkan syarikat saya sebagai official distributer.  Ini kerana saya bakal menikmati harga distributer yang 40 peratus lebih rendah dari harga end user. Beliau maklumkan peluang menjadi official distributer ditawarkan kepada syarikat yang telah membuat pembelian dari mereka melebihi RM20, 000.  

 

Page 174: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

137  

Jadi termasuk pembelian yang bakal dibuat (RM16, 000) dicampur pembelian pertama kali saya (RM4, 500) dengan syarikat supplier ini saya dah layak untuk jadi official distributer mereka. (RM16, 000 + RM4, 500 = RM20, 500) 

 

Untuk menjadi official distributer kebiasaanya akan melibatkan beberapa syarat seperti interview, had pembelian minima dan pusat operasi (pejabat).  

 

Jika masih ingat pejabat saya tidak begitu professional dan tidak sesuai untuk diadakan meeting dan interview sebegini. Nasib baik saya gunakan alamat virtual office dalam urusan saya dengan supplier. Jadi sesi meeting saya dilakukan di bilik mensyuarat pejabat virtual office saya. 

 

Setelah selesai, panel penemuduga berpuas hati untuk memberikan syarikat saya hak sebagai official distributer syarikat mereka. Dengan ini syarikat saya layak mendapat sehingga 40 peratus diskaun bagi produk perabot mereka untuk masa akan datang.  

 

Untuk melengkapkan proses mendapatkan hak sebagai distributer ini saya perlu membuat pembayaran RM16, 000 dahulu untuk mencukupkan syarat pembelian minima saya iaitu RM20, 000. Jadi saya pinjam RM1, 000 dari ibu saya untuk cukupkan RM 16, 000. Setelah pembelian selesai sepatutnya saya hanya boleh dapat diskaun 40 peratus untuk pembelian akan datang tetapi dengan bantuan Ms. A pendaftaran syarikat saya sebagai distributer telah dibuat advance dated supaya syarikat supplier tersebut boleh mengeluarkan cek bernilai RM6,400 sebagai rebet harga distributer kepada syarikat saya.    

 

 

Page 175: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

138  

Jadi dengan menjadi official distributer sesuatu produk atau jenama kita boleh memperolehi barang pembekalan dengan harga yang lebih murah. Dan paling penting dapat membantu kita dalam memberikan harga terbaik yang boleh menang. Dalam kes pembekalan perabot ini jumlah kesuluruhan keuntungan yang diperolehi syarikat saya adalah berjumlah RM 3, 800 + RM 6,400 = RM10, 200 (untung dari pembekalan sepatutnya + rebet dari syarikat supplier)  

 

Selepas daripada itu mana‐mana supplier yang saya berurusan saya cuba untuk menjadi distributer mereka. Kebiasaanya syarikat supplier yang besar dan mempunyai jenama sendiri. Jika mahukan keuntungan lebih cubalah menjadi distributer rasmi produk‐produk yang kita bekalkan. Selain itu kita juga boleh menjadi supplier kepada rakan‐rakan lain yang tiada hak distributer tersebut dan mendapat untung darinya.

Page 176: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

139  

Bab 31: Untung Dari Tembok Cina 

 

September 2011 – JA*** Kuala Lumpur 

Projek kali ini adalah usahasama saya bersama En.K. Kiranya syarikat kami ber JV.  Projek yang diusahakan adalah membekalkan exhibition booth untuk digunakan dalam satu pameran yang berlangsung selama lima hari. En.K menguruskan exhibition booth dan syarikat saya menguruskan rekaan grafiknya. Modal kami kongsi 50‐50. Walaupun status projek masih belum reward namun En.K telah dipanggil untuk berbincang dan melakukan site visit. Dari pengetahuan saya syarikat En.K memang sudah bertapak di agensi ini dan mempunyai track record yang baik. Mungin itu sebabnya beliau dipanggil secara terus.  

 

Masalah utama untuk projek ini adalah agensi tidak mempunyai bajet yang cukup. Jumlah bajet RM40, 000 tidak mencukupi untuk membolehkan mereka membeli set exhibition booth dengan jumlah yang mereka mahu. Jika tidak silap saya iaitu sebanyak 14 unit. Dan untuk sebab yang sama juga banyak syarikat yang pada mulanya mahu bersaing meninggalkan terus kerja pembekalan ini.  

 

Kami telah mencari supplier yang biasa kami gunakan dan tidak ada yang mampu memberikan harga yang boleh buat kami untung. Tetapi En.K ada mempunyai pengalaman yang baik dalam perkara mengimport barangan dari negara China. Beliau kemudian menghubungi ‘kaki’ beliau yang saya sendiri pun tidak kenal dan tahu. Setelah beberapa hari En.K menghubungi saya dan menyatakan exhibition booth tiada masalah untuk dibekalkan kepada JA***.  

Page 177: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

140  

Kami kemudian bertemu dengan pegawai yang bertugas dan menyatakan kesediaan kami melakukan pembekalan tersebut serta akan mengusulkan sebut harga secepat mungkin. Dengan mengimport terus exhibition booth dari negara China kami masih mampu meraih keuntungan sekitar         RM10, 000 walaupun telah ditolak segala kos dan perbelanjaan penghantaran ke Malaysia.  

 

Jadi dengan cuba melihat sourcing dari negara luar kadang kala mampu memberikan kita harga yang lebih rendah. Dari skil yang dipraktikan oleh En.K ini saya telah mencubanya untuk projek syarikat saya terutamanya apabila berkaitan dengan pembekalan perisian dan peralatan elektronik. Dan satu perkara yang boleh diakui adalah ianya berbaloi‐baloi!  

Fig 9.4: Contoh exhibition booth.Kredit foto oleh 

http://www.coroflot.com/nazjimee/Exhibition‐Booth 

Page 178: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

141  

Bab 32: Mengetahui Musim Kerajaan Berbelanja 

 

Dengan mengetahui musim kerajaan berbelanja dapat membantu kita dalam merangka strategi dan site visit yang lebih kena pada waktunya. Dari pengamatan saya terdapat dua musim kerajaan berbelanja. Satu pada Febuari hingga Mac dan satu lagi pada September hingga November. Kenapa pada bulan‐bulan ini kerajaan lebih mudah berbelanja?   

 

Rekod sales bulanan terbaik syarikat saya juga banyak yang berada dalam lingkungan bulan‐bulan ini. Bulan Oktober tahun 2011 nilai projek yang syarikat saya perolehi adalah sebanyak RM96, 450. Sekali lagi kenapa bulan‐bulan ini projek lebih banyak ditawarkan?  

 

Sebab mengapa kerajaan mudah berbelanja pada waktu ini adalah kerana pengurusan bajet mereka. Pada Febuari hingga Mac kebiasaanya peruntukan dan bajet yang dipohon pada tahun sebelumnya telah disalurkan. Maka pelaksanaan projek‐projek yang dirancang pada tahun sebelumnya mula boleh dijalankan. Manakala pada bulan September hingga November pula kantung akaun kerajaan akan ditutup untuk tujuan audit dan kesemua baki bajet yang ada perlulah dihabiskan atau pun dipulangkan kepada Akauntan negara semula.  

 

 

Page 179: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

142  

Kesan apabila bajet yang tidak habis akan menyebabkan agensi tersebut diberi belanjawan atau dana yang sedikit berbanding tahun semasa dan sebelumnya. Jadi untuk mengelakan agensi dikenakan tindakah potong bajet ini mereka seboleh‐bolehnya akan cuba menghabiskan saki‐baki bajet yang ada dan membeli serta menjalankan projek‐projek yang difikirkan perlu.  

 

Saya ada seorang kawan iaitu En.M yang akan berkampung di agensi‐agensi favourite beliau semata‐mata untuk selalu bertanyakan apa‐apa projek yang boleh syarikat beliau lakukan di agensi‐agensi terbabit terutama sekali pada bulan Oktober. Kadang kala saya dapati beliau akan berada di agensi dari seawal 9 pagi hinggalah 6 petang dan tidur sekejap di dalam keretanya pada waktu tengahari.    

 

Walaupun caranya agak memenatkan dan mungkin agak merimaskan kakitangan yang melihat beliau asyik datang dan merayau di agensi terbabit namun projek‐projek bernilai RM10, 000 sehingga RM20, 000 pasti berjaya ditawan beliau. Kiranya berbaloi jugalah beliau bersusah‐payah semasa bulan‐bulan dan musim kerajaan membeli ini.  

Page 180: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

143  

Bab 33: Waktu Sesuai Menghantar Proposal  

Kita tahu waktu kerajaan membeli. Dan waktu yang sesuai menghantar proposal pula adalah selain dari waktu musim kerajaan membeli itu tadi. Walaupun tidak salah jika kita menghantar proposal sepanjang tahun namun dengan menghantar proposal pada bulan Disember pihak kerajaan boleh membuat perancangan, kertas kerja dan permohonan untuk bajet yang akan dikeluarkan pada bulan Febuari dan jika menghantar proposal pada bulan Mei pihak agensi boleh gunakan bajet yang perlu dihabiskan pada bulan Oktober nanti. Selain itu perkembangan pembetangan belanjawan negara juga boleh diambil kira untuk menentukan penghantaran proposal. Contoh bajet negara banyak kepada industri pelancongan jadi banyakan hantar proposal ke Kementerian Pelancongan.  

Walaubagaimana pun ini adalah analisa peribadi saya berdasarkan pengalaman saya semata‐mata dan sedikit pengetahuan tentang trend pelaksanaan projek oleh agensi. Berikut adalah carta bagi memudahkan pemahaman tentang trend ini. 

 Trend pelaksanaan projek oleh agensi 

 Syarikat Menghantar proposal.       

Kerajaan akan mengkaji proposal, membuat kertas kerja dan pemohonan bajet 

Bajet akan mula disalurkan. Proposal yang diusulkan akan dilaksanakan.

Syarikat Menghantar proposal.   

Proposal yang diusulkan akan dilaksanakan bagi menghabiskan dana atau bajet. 

Disember  Januari  Febuari‐April Mei‐Ogos  September ‐ November 

Page 181: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

144  

Ringkasan Bahagian 9 

Cuba untuk memenangi kerja pertama di agensi yang baru dimasuki dengan menawarkan harga yang jauh lebih rendah. Tujuan utama adalah menang bidaan kerja dan bukan untuk untung. 

Pastikan menggunakan peluang semasa berurusan menyelesaikan pembekalan yang pertama untuk promosi produk dan perkhidmatan lain serta membina relationship dengan kakitangan serta agensi terbabit. 

Tiga jenis supplier iaitu Master Company, Distributer, Proxy supplier

Sesi sourcing atau supplier scouting boleh dilakukan dengan bertanya sesama rakan vendor / kontraktor, mencari di Internet dan cadangan dari supplier. 

Gunakan kelebihan konsep berniaga dengan kerajaan sebagai satu mantra dalam mendapatkan harga lebih murah dari supplier. 

Jika boleh cuba mendaftar sebagai official distributer bagi sesebuah produk untuk menikmati harga kos yang jauh lebih rendah. 

Cuba untuk mengimport produk dari luar negara untuk keuntungan yang lebih. 

Bulan Febuari, Mac, September, Oktober dan November merupakan bulan musim kerajaan berbelanja. 

Rancang penghantaran proposal mengikut trend pelaksanaan projek dan kewangan kerajaan. 

 

Page 182: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”  

Surah Al­ Baqarah, ayat 286 

 

Page 183: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 10 Dana & Modal Serta

Teknik Kreatif

Membiayai Pembekalan

Page 184: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

145  

Bab 34: Idea Kewangan & Modal Permulaan Untuk Kos Pendaftaran 

 

Jika masih ingat saya tidak terus mendaftarkan syarikat saya sendiri untuk bermula dalam bisnes kerajaan. Sebaliknya saya meminjam dan menggunakan syarikat En. K untuk memenangi kerja pertama saya dalam bisnes kerajaan. Saya bernasib baik kerana En. K adalah kawan saya dan memberi kebenaran menggunakan syarikat beliau. Tetapi bagaimana jika kita tiada kawan yang boleh membenarkan menggunakan syarikatnya untuk kita mencari dan membida kerja? 

 

Seorang lagi yang saya kenal adalah En. W yang memulakan bisnes kerajaan dengan keadaan kewangan yang meruncing. Beliau juga adalah seorang makan gaji semasa beliau bermula dengan bisnes kerajaan dan tidak mempunyai wang yang cukup untuk mendaftarkan sijil Kementerian Kewangan dan lain‐lain hal. Saya cukup kagum dengan cerita beliau bagaimana beliau bermula. En. W adalah suami kepada seorang kawan saya. Beliau lagi lama terlibat dalam bisnes kerajaan ini daripada saya. 

 

En. W bermula dengan hanya mendaftarkan SSM, menempah satu set business card dan menyiapkan satu profil syarikat. Tanpa ada sijil Kementerian Kewangan beliau mempromosikan perniagaan beliau dan masuk ke agensi‐agensi kerajaan mengedarkan profil syarikat. Dan rezeki beliau murah apabila dapat peluang membekalkan kertas peralatan pejabat bernilai RM7, 000. Tetapi masalah ketika ini adalah beliau tidak mempunyai sijil Kementerian Kewangan dan tiada kemampuan kewangan untuk mendaftarkanya.  

Page 185: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

146  

Penyelesaian En. W

Kos mendaftar sijil Kementerian Kewangan adalah sekitar RM3, 000 tidak termasuk kad pintar. Manakala modal untuk pembekalan tersebut adalah RM5, 000. Apa yang dilakukan beliau adalah menjual koleksi barangan peribadi beliau dan meminjam dari keluarga beliau RM2, 500. Duit hasil jualan barangan peribadi dapat mengumpul RM700. Jumlah wang yang ada dalam tangan ketika ini adalah RM3, 200.  

 

Beliau menguruskan pendaftaran sijil Kementerian Kewangan dahulu. Beliau membuka akaun semasa syarikat dengan kredit RM2, 500. Setelah itu beliau meminta pegawai bank tersebut itu mencetak penyata bank yang menunjukan baki akaun syarikat beliau RM2, 500 untuk digunakan sebagai dokumen bukti kewangan. Setelah mendapat penyata tersebut beliau withdraw semula duit dari akaunya RM2, 400.  

 

Kini duit dalam tangan adalah lebih kurang RM3, 100. Masih tidak cukup RM1, 900 untuk membeli stok pembekalan. Beliau menceritakan akhirnya beliau memohon kad kredit dengan had kredit RM3, 000. Tujuan supaya dapat mengeluarkan tunai atau pun membeli secara kad kredit. Dua minggu selepas itu kad kredit beliau sampai dan beliau buat pembelian stok RM1, 500 dengan kad kredit dan bakinya dengan duit tunai yang berada dalam tangan. Pembelian kad kredit tersebut ditukarkan kepada ansuran zero interest.  

 

Setelah menyelesaikan pembekalan tersebut, dengan duit RM7, 000 yang beliau dapat dia membayar semula duit yang dipinjam daripada keluarganya dan bakinya dibuat bayar kad kredit. Selepas itu beliau teruskan mencari kerja‐kerja pembekalan lain pula. Tetapi kali ini dengan sijil Kementerian Kewangan. 

 

 

Page 186: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

147  

Daripada cerita En. W yang saya ceritakan semula di sini menunjukan beberapa idea untuk kita mendapatkan sumber untuk dijadikan kos dan initial capital bagi bisnes kerajaan kita. Jujur saya tiada teknik yang boleh digunakan untuk mencari sumber dana percuma untuk bermula.  

 

Bagaimanapun beberapa perkara dibawah ini boleh diambil kira untuk pilihan sumber kewangan bagi pendaftaran dan modal pertama kali. 

 

Idea sumber modal pertama

  Duit simpanan.

Pinjaman dari keluarga.

Menjual semula barang koleksi peribadi.

Bantuan kewangan dari bank yang kurang risiko.

 

 

Page 187: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

148  

Bab 35: Bagaimana Saya Membekalkan Plotter Bernilai RM31, 000 Tanpa Mengeluar Duit Dari Poket Sendiri  

Oktober, 2010 – Sri Petaling Kuala Lumpur 

Pada waktu ini saya mendapat projek dari J*M membekalkan sebuah plotter bernilai RM38, 000. Harga kos plotter tersebut adalah sebanyak RM31, 000. Duit di akaun syarikat hanya ada sekitar RM15, 000 dan ianya telah diasingkan untuk tujuan pembekalan lain. Kesimpulanya saya tiada dana atau duit yang boleh digunakan untuk fund projek pada kali ini.  

 

Jadi saya ada berusaha di beberapa tempat untuk mencari sumber dan ikhtiar mengusahakan modal projek kali ini. Setelah usaha tidak menampakan jalan kejayaan saya merancang untuk deal dengan supplier saya iaitu Mr. J. Saya bercadang untuk propose sesuatu cara bayaran yang saya sendiri tak pasti samada beliau terima atau tidak.  

 

Hari itu saya ke kedai Mr.J dengan kesediaan kemungkinan yang cadangan bayaran saya ini akan ditolak Mr. J atau ianya berita baik. Apabila sampai di kedai beliau baru sahaja saya nak mengatur langkah untuk membuka mulut Mr. J ajak saya pergi minum di café berhampiran di kedai beliau. Jadi kami pergi minum. Mr. J dan saya bersembang beberapa perkara sebelum saya mengajukan cadangan saya kepadanya.  

Page 188: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

149  

Saya sebenarnya ingin mencadangkan kepada Mr.J yang saya ingin membayar menggunakan Post Dated Cheque. Iaitu cek tertunda. Post Dated Cheque adalah satu cek yang dikeluarkan dengan tarikh sah lakunya yang dilewatkan kebelakang. Jadi saya bercadang untuk membayar plotter tersebut  menggunakan PD cek dengan tempoh 30 hari. Kiranya kalau mengikut pekiraan setelah pembayaran telah diperolehi dari pihak kerajaan.  

 

Saya tahu walaupun hubungan saya dengan Mr. J baik dan banyak urusniaga yang kami jalankan bersama namun ianya bukanlah satu lesen yang besar untuk membolehkan Mr. J sewenangnya menerima cadangan saya.  

 

Jadi selepas saya meluahkan hajat saya tentang PD cek itu Mr. J terdiam seketika dan terus berkira‐kira sesuatu. Beliau bertanya yang beliau hanya akan terima PD cek syarikat dan bukan orang perseorangan. Jadi saya dengan gembira terus bersetuju kerana memang saya membayar menggunakan PD cek atas nama syarikat saya.  

 

Jadi urusniaga kami berjalan lancar dan saya pun menyempurnakan pembekalan kepada kerajaan. 14 hari bekerja selepas saya menghantar invoice dan delivery order saya menerima bayaran dari kerajaan. Dan dua minggu selepas itu saya perhatikan dari akaun syarikat Mr. J telah pun tunaikan PD cek yang saya berikan itu. Jadi urusniaga dan projek pembekalan plotter RM38, 000 untuk J*M saya sempurnakan tanpa mengeluarkan satu sen pun dari kocek saya.  Inilah salah satu kemanisan mempunyai supplier yang pemurah dan setia! 

 

Tip untuk melakukan bayaran Post Dated Cek: Pilih syarikat pembekal kecil-kecilan yang dimiliki oleh usahawan atau taukeh persendirian. Teknik ini tidak berkesan kepada pembekal syarikat besar.

Page 189: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

150  

 

Fig 10.1: Pastikan kita memohon kemudahan buku cek apabila membuka 

akaun semasa syarikat bisnes kerajaan kita. 

Page 190: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

151  

Bab 36: Pakatan Menyempurnakan Pembekalan RM65, 000 

 

November, 2010 – K*** Kuala Lumpur 

Projek yang diperolehi adalah kerja pengubahsuaian pejabat dan peralatan kelengkapan pejabat bernilai RM65, 000. Ini adalah kali pertama syarikat saya memperolehi projek melebihi RM50, 000. Projek ini dijalankan dalam dua fasa. Walaupun ianya dua fasa namun kedua‐duanya berjalan serentak. Masalah utama ketika ini sekali lagi adalah modal kerja. Saya hanya mempunyai RM25, 000 untuk digunakan. Modal diperlukan adalah      RM45, 000. 

 

Jadi saya telah ke bank akaun semasa saya untuk memohon bantuan kewangan singkat seperti over draft bagi funding projek ini. Permohonan saya ditolak walaupun belum sempat mengisi borang lagi. Ini kerana syarikat saya belum berusia lebih dari tiga tahun. Pun begitu saya pergi ke bank‐bank tempatan lain juga dan keputusan tetap sama.  

 

Jadi saya sedikit blank mana mahu mencari modal. Duit simpanan ASB ibu saya pula telah digunakan oleh ibu saya untuk urusan beliau. Keadaan seolah syarikat saya akan disenarai hitamkan kerana gagal menyempurnakan pembekalan kali ini. Teknik PD cek pasti tak akan berhasil kerana amount yang besar dan supplier yang pelbagai. Sehinggalah saya teringatkan akan dua orang rakan saya yang mempunyai modal tetapi masih tidak tberniaga apa. En. F bercadang membuka Cosway dan En. A bercadang mahu membuka perniagaan used car.  

Page 191: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

152  

Saya tahu mereka ada duit kerana En. F baru menjual keretanya dan En. A pula saya yang menemani beliau pergi ke bank untuk tandatangan perjanjian pinjaman peribadi. Jadi saya telefon mereka dengan perancangan mahu memujuk mereka funding bersama projek ini. Setelah mendengar cadangan saya mereka bersetuju. Surat perjanjian dikeluarkan oleh syarikat saya sebagai bukti dan perjanjian yang sah. Kedua‐dua mereka melabur RM10, 000 ke dalam syarikat saya sebagai venture capital. Pulanganya saya memberikan mereka 25 peratus dari keuntungan projek  (bukan dari jumlah pokok yang dilaburkan) yang bakal diperolehi. Ini bermakna setiap seorang dari mereka bakal memperolehi RM5, 000.  

 

Saya menggunakan konsep perjanjian berasaskan syariah iaitu musyarakah.Setelah perjanjian sudah ditandatangani kami bertiga maka saya pun mula menyempurnakan pembekalan. Projek mengambil  masa tiga minggu untuk disiapkan. Setelah pembekalan diselesaikan dan pembayaran diterima dari pihak agensi saya memulangkan semula RM15, 000 seorang kepada En. F dan En. A. Dan inilah kali pertama saya melakukan crowdfunding!  

 

Tip melakukan crowdfunding dengan jayanya

Lakukan dengan keluarga atau kawan baik atau venture capitalist yang kita rasakan tidak memberi masalah kelak setelah melabur.Venture capitalist boleh juga dicari di majalah.com.

Gunakan perjanjian berasaskan syariah seperti musyarakah di mana dividen ataupun keutungan hanya boleh diambil dari peratus keuntungan projek dan bukanlah berdasarkan jumlah pelaburan asal. Seperti contoh Ahmad melabur RM10, 000 dalam projek saya. Saya memberikan dividen kepada Ahmad 20% dari keuntungan projek. Keseluruhan keuntungan projek saya adalah RM5, 000. Maka dari RM5, 000 itulah barulah saya berikan 20% darinya kepada Ahmad. Dalam kes ini RM1, 000.

Bersifat jujur dan amanah terutamanya pemilik syarikat.

Page 192: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

153  

Bab 37: Factoring Membantu Aliran Tunai Bisnes Kerajaan 

 

Di awal pembabitan saya dalam bisnes kerajaan saya sering menghadapi masalah putus modal. Pertama kerana modal semuanya telah digunakan untuk projek sebelumnya dan masih belum menerima bayaran dan keduanya memang saya tiada wang!  

 

Saya masih ingat pada hari raya tahun 2010 pakcik saudara saya dari Klang bertanyakan tentang bisnes kerajaan saya. Saya beritahu yang saya selalu ada masalah putus modal untuk menyempurnakan pembekalan seterusnya. Jadi pakcik saudara saya sarankan untuk buat factoring. Saya agak blur bila beliau menyebut factoring kerana saya sebelum ini tidak pernah mendengar perkataan tersebut ada kaitan dengan bisnes kerajaan saya. Setelah diterangkan oleh pakcik saudara saya barulah saya faham apakah itu factoring. 

 

Factoring atau pemfaktoran adalah satu kaedah di mana kita seolah menjual invoice kita kepada syarikat lain untuk mendapatkan bayaran dengan lebih cepat. Syarikat factoring tersebut akan menolak sebagai contoh 5 peratus dari nilai tuntutan invoice kita sebagai keuntungan mereka dan bakinya dibuat bayaran kepada kita. Kemudian syarikat factoring ini tadi akan menghantar invoice yang diperolehi kepada agensi tempat kita buat pembekalan tadi untuk dituntut bayaran. Kaedah factoring ini sesuai andai kita mahukan pembayaran segera dan sanggup menanggung sedikit kerugian daripada potongan syarikat factoring itu tadi.  

 

Page 193: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

154  

Seperti contoh: 

Syarikat saya telah menyempurnakan pembekalan kepada agensi A dengan nilai tuntutan sebanyak RM10, 000. Jadi syarikat saya telah mengeluarkan invoice dan DO untuk menuntut bayaran dari pihak kerajaan. Pembayaran dari kerajaan akan diuruskan dalam masa 14 hari ke 30 hari bekerja. Tetapi pada waktu yang sama syarikat saya mempunyai projek yang perlu diselesaikan dengan segera dan memerlukan duit dengan segera. Jadi daripada saya menghantar invoice dan DO ke agensi untuk menuntut bayaran yang akan dibuat paling awal dalam tempoh 14 hari, sebaliknya saya pergi ke syarikat factoring dan menjual invoice saya kepada mereka. Syarikat factoring bersetuju membeli invoice dari saya dan mengenakan charge 5% dari nilai invoice. Dari RM10, 000 nilai tuntutan invoice itu tadi hanya RM9, 500 dibayar kepada saya. Saya dapat duit dan boleh terus menyempurnakan projek seterusnya pula. Manakala syarikat factoring pula akan pergi ke agensi A yang kita sempurnakan pembekalan pada awal tadi untuk menebus invoice dan menuntut bayaran dari pihak kerajaan.  

Kebaikan dan keburukan kaedah factoring:

Dapat menguatkan dan menjaga aliran tunai syarikat.

Dapat wang dengan segera.

Boleh menyepurnakan projek seterusnya dengan cepat.

× Untuk menggunakan khidmat syarikat factoring memerlukan pendaftaran dan yuran sehingga RM2, 500 dibayar kepada syarikat factoring.

× Untung akan jadi sedikit kerana potongan charge dari syarikat factoring dari nilai invoice kita.

Page 194: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

155  

Senarai syarikat factoring

No.  Nama  Pegawai untuk Dihubungi / Tel / E­mel 

Nama Pemegang Kad Pintar 

1  Al­Musyarakah Capital Sdn. Bhd. Lot 2‐11 Level 2, Block E, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1, 50480 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 6203 4850Faks : 03 – 6203 4263  Pegawai Untuk Dihubungi :  i. En. Ezme Emel : 

ROC: 608321‐U  2006 1) AMIR BIN TAIB 

2) ABDUL HAKAM BIN ABDUL HADI 

2  AmBank (M) Berhad c/o Cash & Trade Services Management Department Factoring Sales Division Level 17, Menara Dion Jalan Sultan Ismail 50250 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 2072 8972Faks : 03 – 2072 6849  Pegawai Untuk Dihubungi :  i. Ms. Susie Boo Seong Ngoh Emel: 

ROC: 8515‐D  2009 CHING ZU ZEN  

3  Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) Tingkat 4, Jalan Tangsi 50732 KUALA LUMPUR 

Tel: 03 – 2612 9600 EXT 691 ROC: 2192  1)SALWAH BINTI THE

2)ASMAWATI BINTI JAMLUS 

4  BSNC Leasing (M) Sdn. Bhd. 15th Floor, Tower Block (E)  Plaza Pekeliling,  No. 2 Jalan Tun Razak  50400 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 4043 2952/4044/2951 Faks : 03 – 4043 2867  Pegawai Untuk Dihubungi :  i. En. Mohd Asni Bin Talib Emel: ii. En. Razak ZainuddinEmel: 

ROC: 349734 U  MOHAMED NIZAM BIN MOHAMED NOOR 

5  CIMB FactorLease Berhad  10th Floor 338, Jalan Tuanku Abdul Rahman  50100 KUALA LUMPUR 

 

 

 

Tel : 03 – 2697 0298 (G/L) 03 – 2697 0142 Faks : 03 – 2697 0092/2692 0050  Pegawai Untuk Dihubungi :  i. Mohzan bin Hashim ii. Baharudin bin Othman iii. Noor'aimy binti Hassan iv. Xandra Dora Che Daud 

ROC: 109053‐D  2007 1) NOORIAMY BINTI HASSAN 

2) NAZRIHA BINTI MOHAMED SUTTAR 

Page 195: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

156  

 

6  IFS Factors (Malaysia) Sdn. Bhd. B‐17‐7, 17th Floor Block B, Megan Avenue II 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 2161 7080/4080Faks : 03 – 2161 9090  Pegawai Untuk Dihubungi: i. En. Mohd Ton bin Ab HalimEmel: ii. Pn. Katrina binti Ab Rahman Emel: 

ROC: 766365‐K 

2007 ZULKARNAIN BIN DASUKI 

7  IKHLAS AL DAIN SDN BHD SUITE 7‐1, LEVEL 7, WISMA UOA, DAMANSARA II, NO.6, CHANGKAT SEMANTAN, 50490 DAMANSARA HEIGHTS, KUALA LUMPUR 

TEL. NUMBER: 03 2094 5511 FAX NUMBER: 03 2094 5560EMAIL : 

PIC: WONG HEE FOOEP ACCESS MEDIUM HOLDER: WONG HEE FOO  ROC NUMBER: 902085 X 

8  Ikhtiar Factoring Sdn. Bhd. No. 11, Pekeliling Business Centre Persiaran 5/65C  Off Jalan Pahang Barat  53000 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 4024 6200 Faks : 03 – 4022 1202  Pegawai untuk Dihubungi:  i. Pn. Nur Banie bt Megat Othman Emel : 

Name : MOHAMED KHIR BIN JOHARI ROC : 507971‐X 

9  Hidayah Factors Sdn. Bhd. A‐1‐19 & A‐1‐20 Phoenix Business Centre Park Jalan 2/142A, KM 10 Jalan Cheras 56100 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 9101 2267/ 03 ‐9100 4178 Faks : 03 – 9102 2267 

Pegawai Untuk Dihubungi:  i. En. Mohamed Idris Emel : 

Name : En. Mohamed Idris ROC : 584087‐A 

10  Malaysia Debt Ventures Berhad Level 5, Menara Bank Pembangunan 1016, Jalan Sultan Ismail 50250 KUALA LUMPUR 

 

 

Tel : 03 – 2617 2818 Faks : 03 – 2617 2881  Pegawai Untuk Dihubungi: i. En.Adrian Khor Emel: 

ROC: 578113‐A  2009 ADRIAN KHOR YEW MENG 

Page 196: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

157  

 

11  Malayan Banking BerhadFactoring Business Banking  Level 3, Block A,  Dataran Maybank No. 1, Jalan Maarof 59000 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 2297 2459/2421Faks : 03 – 2283 2153  Pegawai Untuk Dihubungi: i. Pn. Yap Lee Kien Emel:   ii. En. Shaiful Bahri bin ShafiiEmel 

ROC: 3813‐K  2009 1) SHAIFUL BAHRI BIN SHAFII 

2) NURUL AIN BINTI ABU BAKAR 

12  MIDF DFI Bhd.  15th Floor, Menara MIDF  82, Jalan Raja Chulan P.O. Box 11331 50742 KUALA LUMPUR (formerly known as Amanah Factors Sdn. Bhd.) 

Tel : 03 – 2173 8888 (G/L)03 ‐ 2173 8621/8627 Faks : 03 – 2173 8655  Pegawai untuk Dihubungi: i. En. Muhamed Shamsul Anuar ii. En. Rosdi bin Pilus 

ROC: 102574‐P  2006: MOHD YUSOP BIN SULONG  2009 : ROSDI BIN PILUS 

13  MY COMMERZE SDN BHD No.5‐2, Platinum Walk, Danau Kota ,  Jalan langkawi, Setapak, 53300 Kuala Lumpur 

Pegawai untuk Dihubungi:1. Shahrom Latif  No Tel:‐ 012‐2971729 email:‐   2. Kamarul Bahrin  No tel:‐ 012‐6103645 email :‐   3. Sarina Latif  No Tel :‐ 012‐4780020 email:‐ 

ROC:‐ 788863‐T 

Nama Pemegang Kad Pintar :‐  1. Sarina latif 

14  ORIX Factoring Malaysia Sdn Bhd  

12th Floor, Menara KH  Jalan Sultan Ismail  50250 KUALA LUMPUR 

 

 

 

 

Tel : 03‐20597333 / 20597000  Faks: 03‐21485713   Pegawai Untuk Dihubungi:  Mr. James Low Choong Meng

Emel: 

ROC: 204002‐V   Loh Yew Choy 

Page 197: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

158  

 

15  RCE Factoring Sdn. Bhd. 20th Floor, Bangunan Am Assurance No. 1, Jalan Lumut 50400 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 03 4047 0988/0925 Faks : 03 – 4042 8877  Pegawai Untuk Dihubungi: i. MR ER CHIANG CHUAN  Emel: 

ROC: 126887‐A 

2009 MR ER CHIANG CHUAN 

16  Zikay Factoring Sdn. Bhd. Aras 6, Bangunan Zikay 53, Jalan Raja Alang Kampung Baru 50300 KUALA LUMPUR 

Tel : 03 – 2694 6089/8089Faks : 03 – 2693 5089  Pegawai Untuk Dihubungi: i. Pn. Sharifah Hamidah binti Syed Hussin Emel : 

ROC :280259‐H  2006 SHARIFAH HAMIDAH BINTI SYED HUSSIN 

17  Plc Credit & Factoring Sdn Bhd Unit B2a/6/6, Level 6, Wisma PLC, Jalan Ampang Utama ½ 68000 Ampang Jaya Selangor Darul Ehsan 

Tel: 03‐4256 9211Faks: 03‐42601997  Pegawai untuk Dihubungi: i. Malik Abdullah 

Emel: 

ROC: 113961‐D 

1. En Harman Saringat

2. Hamdan Hashim 

18  SME Factors Sdn Bhd 26‐3, Jalan Pekaka 8/4 Seksyen 8, Kota Damansara  47810 Petaling Jaya SELANGOR 

Tel : 03 – 6142 1242/012‐262 1242  Faks : 03 – 6142 1244  Pegawai Untuk Dihubungi: i. En. Syed Hussein Alqudsy Emel : 

ROC: 621598‐K  2008 SHAH RIZAL BIN HIDAYAT SHARIFF 

Tip: Untuk syarikat factoring di negeri lain boleh cuba cari dengan menggunakan Internet dengan kata kunci “perkhidmatan beli invoice” atau “syarikat pemfaktoran”.

Page 198: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

159  

Ringkasan Bahagian 10 

Cuba cari penyelesaian untuk bermula tanpa perlu mengeluarkan kos pendaftaran terlebih dahulu. Contoh terbaik adalah mendapatkan kerja dahulu sebelum memohon sijil Kementerian Kewangan. Jika tiada masalah modal boleh sahaja terus mendaftarkan sijil Kementerian Kewangan. 

Jika mempunyai rakan atau keluarga yang mempunyai sumber kewangan yang banyak boleh cuba untuk mengajak mereka untuk melabur dalam syarikat berdasarkan projek. Lakukan crowdfunding dengan jujur dan amanah serta mempunyai dokumen perjanjian yang sah.  

Gunakan lah pakatan crowdfunding yang berlandaskan syariah iaitu musyarakah dengan mejanjikan keuntungan berdasarkan peratusan dari keuntungan keseluruhan projek dan bukanya dari jumlah pelaburan.

Sesi sourcing atau supplier scouting boleh dilakukan dengan bertanya sesama rakan vendor / kontraktor, mencari di Internet dan cadangan dari supplier. 

Bina hubungan yang rapat dengan supplier sehingga mereka mempunyai kepercayaan dengan kita. Boleh cuba untuk membuat pembayaran menggunakan Post Dated cek. 

Factoring adalah satu penyelesaian kepada masalah putus modal dan menambah baik aliran tunai syarikat. 

Video mengenai SME Factor http://www.youtube.com/watch?v=SLMPCfZ1rXI&feature=relmfu 

 

Page 199: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang­

orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang­orang yang beriman”  Surah Ali­ Imran, ayat 139 

 

Page 200: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 11 Memilih 10 Kepala

Bidang Pertama Yang Menguntungkan

Page 201: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

160  

Bab 38: Bagaimana Saya Membuat RM2, 800 Dalam Masa 15 Minit  

Saya dah terangkan tentang margin industri yang boleh membantu kita memilih bidang perniagaan yang sesuai dilakukan dan paling penting mempunyai margin keuntungan yang besar. Sekarang saya memberitahu kepada anda pilihan‐pilihan kepala bidang yang menguntungkan untuk dipilih dan sesuai untuk syarikat yang kecil dan baru bermula. Terutama sekali 10 kepala bidang percuma yang boleh kita daftarkan semasa mendaftar sijil Kementerian Kewangan.  

 

Salah satu bidang yang harus diceburi jika berkemampuan dan berkebolehan adalah perkhidmatan pakar. Inilah pentingnya mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang khas dan dijelmakan pula kepada kepakaran syarikat seperti yang saya terangkan di dalam bahagian terawal ebook ini. Jika tak mampu cuba upah orang lain. Saya berjaya membuat paling kurang RM120, 000 daripada perniagaan bidang ini dengan kerajaan. Kebanyakanya datang dari projek pembinaan laman web rasmi agensi dan sistem aplikasi kerajaan seperti e‐Kursus, e‐Tempahan dan macam‐macam lagi. The best part is tanpa modal! 

 Pada satu masa sebuah agensi telah mengalami serangan penggodam terhadap laman rasmi mereka. Dalam usaha membaikpulih semula laman web mereka dan restore semula pangkalan data agensi telah memanggil saya untuk membantu mereka. Agensi menghubungi saya kerana salah seorang kakitangan mereka pernah menghadiri kursus pembinaan laman web yang saya jalankan. Saya telah menyelesaikan kerja‐kerja pemulihan laman web tersebut dalam masa 15minit dan kemudian menghantar invoice kepada mereka sebanyak RM2, 800. Tanpa modal!  

Page 202: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

161  

Bab 39: RM3, 500 Dalam Masa 4 Hari Sambil Tidur Dirumah 

 

Salah satu pilihan bidang kegemaran saya adalah bidang bantuan latihan. Walaupun tanpa kepakaran untuk mengajar dan mengadakan latihan namun kita sebenarnya masih boleh untuk membuat pendapatan dengan membekalkan perkhidmatan bantuan latihan kepada kerajaan.  

 

Salah satu caranya adalah mengikat kontrak dengan pensyarah‐pensyarah di IPTA untuk menjadi part timer kepada syarikat kita sebagai tutor. Bayaran hanya akan diberikan kepada pensyarah berkenaan andai mereka mengajar di projek‐projek bantuan dan latihan yang kita perolehi dari kerajaan. Lebih baik andai kita dapat mengikat kontrak dengan pensyarah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi kerana dengan kelayakan pensyaran tersebut kita boleh claim dengan kadar yang lebih tinggi sehingga RM200 satu untuk satu jam. 

 

Saya sendiri sering mendapat panggilan untuk memberikan latihan bagi bidang pembangunan laman web. Oleh kerana kelulusan saya hanya di peringkat diploma maka kebiasaanya saya boleh mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 untuk empat hari sesi latihan. Tetapi adalah lebih indah lagi jika kita berjaya mengupah pensyarah IPTA menjalankan sesi kursus atau latihan bagi pihak kita.  

 

 

 

Page 203: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

162  

Ogos, 2010­ K*M Putrajaya 

Syarikat saya mendapat tawaran untuk membekalkan latihan Auto CAD kepada bahagian latihan di sebuah agensi di Putrajaya. Bayaran yang saya kenakan adalah sebanyak RM7,000. Saya tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang Auto CAD. Jadi saya telah mencari pensyarah yang boleh mengajar dalam bidang tersebut. Akhirnya saya menemui En. F seorang pensyarah yang mempunyai master dan mengajar subjek Auto CAD. Kontrak satu tahun diikat terus. 

 

Kursus Auto CAD yang bakal dijalankan berlangsung selama empat hari. Jadi saya menawarkan En.F RM3, 500 untuk tugasan empat hari tersebut di mana beliau perlu menjadi tutor dalam kursus yang dibekalkan oleh syarikat saya kepada agensi terbabit. Dengan kelayakan En. F saya sebenarnya boleh mengenakan bayaran sehingga RM8, 000 untuk kursus selama empat hari tersebut.  

 

Setelah semuanya selesai saya berjaya membawa pulang RM3, 500 walaupun saya tidak langsung pergi ke lokasi kursus tersebut dan bahan kursus kesemuanya disediakan oleh En.F  bersama silibus yang dicadangkan kepada pihak agensi terlebih dahulu. Namun apa yang perlu dipastikan adalah kehadiran tutor tersebut dan kontrak yang sah kerana syarat untuk membolehkan kita membekalkan khidmat bantuan dan latihan adalah mempunyai tenaga pengajar yang bekerja dengan syarikat kita.  

Selain itu kita boleh juga menjadi orang tengah dalam membekalkan tenaga pengajar yang professional dalam pelbagai bidang kepada kerajaan. Sebagai contoh sebuah agensi yang memerlukan tenaga pengajar professional bagi kursus animasi 3D. Jadi saya mencari syarikat  yang boleh memberikan kursus tersebut untuk 20 orang di lokasi agensi terbabit. Akhirnya saya berjumpa syarikat A yang membekalkan latihan profesional bagi animasi 3D. Mereka mengenakan bayaran berjumlah RM22,000 kepada syarikat saya bagi kursus yang dijalankan selama lima hari tersebut. Dan syarikat saya pula mengenakan bayaran RM 25, 000 kepada kerajaan.                Untung RM3, 000. 

Page 204: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

163  

Bab 40: Perniagaan Katering Yang Menguntungkan!  

Syarikat saya juga membekalkan perkhidmatan makanan bermasak kepada agensi‐agensi kerajaan. Bidang makanan dan katering ini dapat memberikan keuntungan sehingga tiga kali ganda dari jumlahmodal yang dikeluarkan.  Bidang pembekalan makanan ini juga boleh memberikan pendapatan harian kepada syarikat. 

 

Sebab utama saya membekalkan makanan bermasak ini kepada kerajaan adalah kerana di agensi‐agensi kerajaan setiap hari akan ada event ataupun mesyuarat yang pada akhirnya akan menyediakan jamuan buat kakitangan dan peserta. Walaupun saya tidak tahu memasak dan bukanlah kepakaran syarikat saya namun saya masih boleh menempah masakah dari orang yang saya kenali boleh memasak dengan sedap. Kebiasaanya home caterer.  

 

Secara purata setiap kali kakitangan mesyuarat akan memperuntukan RM70 sehingga RM100 untuk jamuan mereka. Walhal dengan kuantiti yang mereka tempah dan jenis makananya kebiasaanya ianya hanya melibatkan kos saya sekitar RM40. Jadi syarikat saya boleh mendapat keuntungan sehingga RM60 untuk satu jamuan. Belum lagi event yang besar. 

 

Satu hari yang biasa di ibu pejabat agensi‐agensi kerajaan akan ada lebih dari 10 mesyuarat dari pagi hingga petang. Andai kata kita mendapat secara purata tiga sahaja pembekalan makanan sehari maka dalam masa 20 hari bekerja kita mampu mendapat RM 3, 600 bersih sebulan setelah ditolak duit kos kepada makcik‐makcik yang buat home base caterer. 

Page 205: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

164  

Bab 41: Cadangan 10 Kepala Bidang Menguntungkan Untuk Syarikat Baru dan Kecil   

Saya telah serba sedikit memberikan bayangan dan mungkin tip untuk anda memilih kepala bidang bagi sijil Kementerian Kewangan anda melalui perkongsian projek‐projek yang telah saya lakukan sepanjang kandungan ebook ini. Pilihan terbaik adalah yang mempunyai margin keuntungan yang tinggi. Kemahiran mengenal potensi pembekalan adalah satu yang menguntungkan.  

 

Saya melihat ramai yang berlumba memilih pembekalan alat tulis. Saya tidak mengatakan ia salah cuma margin alat tulis adalah sedikit dan pesaingan syarikat lain yang boleh membekalkanya adalah tinggi.  Tetapi di akhir hari saya faham ramai yang gemar membuat pembekalan alat tulis kerana ianya mudah diuruskan dan very straight forward. Ianya pilihan masing‐masing dan harus diingat setiap bisnes kerajaan itu unik berdasarkan kapasiti dan kemampuanya masing‐masing. 

 

Dan untuk memudahkan anda atau mungkin memberikan sedikit idea semasa anda membuat pilihan sepuluh kepala bidang percuma bagi sijil Kementerian Kewangan anda saya senaraikan terus business niche dan kepala bidang yang terbaik buat syarikat kecil dan yang baru bermula dalam bisnes kerajaan ini. 

 

Page 206: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

165  

11 Business niche menguntungkan untuk bisnes kerajaan

Perkhidmatan pakar 90% keuntungan

Lain-lain perkhidmatan                           90% keuntungan            

Bantuan latihan dan kursus                         70% keuntungan

Baju korporat, baju sukan dan embroidery 70% keuntungan

Printing / percetakan 70% keuntungan

Makanan bermasak 60% keuntungan

Perabot 40% keuntungan

Barangan bengkel 40% keuntungan

Cenderemata 40% keuntungan

Eksesori komputer 30% keuntungan

Alat tulis dan buku-buku 30% keuntungan

Page 207: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

166  

Pilihan kepala bidang Kementerian Kewangan yang menguntungkan

02 PERABOT, PERALATAN PEJABAT, HIASAN DALAMAN DAN DOMESTIK 

 01 Perabot, Kelengkapan Dan Aksesori 

01 ­ Perabot, Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasaskan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik (Workstations) 

02 ­ Barangan Hiasan Dalaman Dan Aksesori  

02 Mesin­Mesin Pejabat Dan Aksesori 01 ­ Mesin­Mesin Pejabat Dan Aksesori 

 03 Perkakas Elektrik Dan Elektronik 01 ­ Perkakas Elektrik Dan Aksesori 02 ­ Perkakas Elektronik Dan Aksesori 

 06 Bekalan Pejabat Dan Alatulis 

01 ­ Alatulis (tidak termasuk borang dan Semua jenis kertas) 02 ­ Bahan Surih, Drafting Dan Alat Lukis 

03 ­ Organiser, Dairi, Kalendar, Buku Alamat, Resit, Memo 04 ­ Tag/Label/tanda Dan Stiker 

 08 Pakaian dan Kelengkapan 

01 ­ Pakaian 02 ­ Kelengkapan Pakaian 

03 ­ Bagasi Dan Beg dari kulit/ pvc/kanvas/kain/nylon/plastik/logam/dll 04 ­ Pakaian Keselamatan, Kelengkapan Dan Aksesori 

 03 SUKAN, REKREASI DAN ALAT MUZIK (Peralatan, Bekalan dan Aksesori Sukan 

dan Rekreasi)  

01 Pakaian Sukan Dan Aksesori 01 ­ Pakaian Sukan Dan Aksesori 

 02 Cenderamata Dan Hadiah 01 ­ Cenderamata Dan Hadiah 

  

04 MAKANAN, MINUMAN DAN BAHAN MENTAH  

01 Makanan, Minuman Dan Bahan Mentah Kering/Basah 01 ­ Makanan Dan Bahan Mentah Kering/Basah 

02 ­ Makanan dan Minuman (tin,botol dan bungkus) 03 ­ Makanan Bermasak (Islam) 

 

Page 208: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

167  

  

13 PERALATAN KEJURUTERAAN DAN MESIN PENGELUARAN  

01 Mesin, Kelengkapan Bengkel Dan Mesin Pengeluaran 01 ­ Mesin Dan Kelengkapan Bengkel 02 ­ Mesin dan Kelengkapan Khusus 

  

21 ICT (INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY) (Bekalan Dan Perkhidmatan Bagi Sektor 

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi)  

01 Peralatan Dan Kelengkapan Komputer, Perkakasan Dan Komponen 01 ­ Hardware (low end technology) ­Supply all types of computer hardware 

Including PC, notebook, printer, document scanner, peripherals and maintenance 02 ­ Hardware (high end technology) ­ All types of server, mainframe, high end 

Printers, storage area network (SAN, NAS) including maintenance 03 ­ Software – Supply all computer software, operating system, database, off­the­ 

Shelf packages including maintenance 04 ­ Software/System development/Customization and maintenance including data 

entry, data processing 05 ­ Telecommunication/networking­supply product, infrastructure, services including 

maintenance (LAN/WAN/Internet/wireless/satellite) 06 ­ Data management –Provide services including Disaster 07 ­ ICT security and firewall, Encryption, PKI, Anti Virus 

08 ­ Multimedia­products, services and maintenance (video conferencing, web cast, Graphic design, animation) 

09 ­ Hardware and Software leasing/renting 10 ­ Geographic Information System (GIS) and Services 

 02 Peralatan Dan Kelengkapan Telekomunikasi 

01 ­ Alat Perhubungan 02 ­ Sistem Perhubungan/Telekomunikasi 

03 ­ Aksesori Penghubung Dan Telekomunikasi  

22 PERKHIDMATAN  

02 Penyelenggaraan/Pembaikan Mesin, Perabot Pejabat/Kediaman 01 ­ Mesin­Mesin Pejabat/Kediaman 02 ­ Perabot Pejabat/Kediaman 

03 ­ Alat Muzik, Kesenian dan Aksesori  

03 Penyelenggaraan/Pembaikan Alat Hawa Dingin 01 ­ Alat Hawa Dingin (window/split/berpusat) 

   

Page 209: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

168  

10 Khidmat Kebersihan Dan Rawatan 01 ­ Pembersihan Bangunan Dan Pejabat 

02 ­ Membersih Kawasan 03 ­ Mengangkat Sampah 

 11 Guna Tenaga 

01 ­ Kakitangan Iktisas (profesional) ­ Tidak Termasuk Khidmat Perundingan 02 ­ Kakitangan Separa Iktisas (semi profesional) Tidak Termasuk Khidmat 

10 ­ Khidmat Latihan, Tenaga Pengajar dan Moderator/Negotiator  

14 Pengindahan 01 ­ Bangunan/Hiasan Dalaman (tidak termasuk pelanskapan dan senitaman) 02 ­ Hiasan Jalan/Kawasan (tidak termasuk pelanskapan dan senitaman) 

 15 Penyewaan Dan Pengurusan 

01 ­ Perabot/Kelengkapan 02 ­ Mesin dan Peralatan Pejabat 

06 ­ Bangunan/Pejabat/ Stor/Ruang Niaga/Rumah Kediaman 11 ­ P.A Sistem Dan Alat Muzik 

   

Ringkasan Bahagian 11 

Memilih business niches yang menguntungkan seperti bidang perkhidmatan yang mana dengan kos yang rendah mendapat pulangan yang lumayan. 

Cadangan business niches dan kepala bidang Kementerian Kewangan diberikan. Namun lakukanlah bisnes mengikut kemampuan anda menguasainya dahulu dan pilihlah yang sesuai dan seronok untuk dilakukan. Tiada guna mengejar keuntungan beribu andai hati di dalam bagai nak gila rasa mual dan jelek menguruskanya. 

 

Page 210: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat 

Allah melainkan kaum yang kafir”  Surah Yussuf, ayat 12 

 

Page 211: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 12 Strategi Marketing II & Kesinambungan Bisnes

Page 212: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

169  

Bab 42: Bagaimana Saya Memperkenalkan Cabang Bisnes Lain 

 

Dengan satu projek yang berada dalam tangan sebenarnya adalah satu pintu untuk kita mendapatkan projek seterusnya dari agensi yang kita masuki. Pada bab sebelum ini saya dah nyatakan mengapa pembekalan pertama menjemput kepada projek kedua, ketiga dan seterusnya.  

 

Dan untuk menjadikan lebih menarik setiap projek selepas itu pula berbeza‐beza genre barang dan perkhidmatanya. Jika anda perasan syarikat saya membuat pelbagai bidang bisnes dengan badan kerajaan. Dari IT kepada perabot, dari makanan katering kepada ubah suai pejabat dari barang elektronik kepada alas meja dan macam‐macam lagi. Kuncinya adalah sentiasa memperkenalkan perniagaan kita (produk dan perkhidmatan) 

  

Semasa saya menjalankan kursus saya menyediakan katering percuma buat peserta dan kakitangan agensi yang terlibat. Selain dari sedekah dengan bajet dalam RM500 untuk lima hari punya makan tengahari saya dah berjaya mempromosikan bisnes katering saya pula. Bagaimana? Dengan meletakan flyers dan business card di meja‐meja makan di situ. Kalau sedap agensi tak teragak‐agak untuk mempelawa saya membekalkan makanan bermasak pula kepada mereka. RM500 tak luak sangat pun dari keuntungan yang bakal diterima dari bayaran kursus tersebut. Ambilah advance sebahagian dari keuntungan untuk melakukan marketing begini. 

 

 

Page 213: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

170  

Sama juga halnya apabila saya membekalkan laptop. Saya berikan freegift diari dengan sedikit nota produk ini boleh dibekalkan oleh syarikat XYZ di kulitnya. Ianya bukan rasuah tetapi freegift adalah teknik marketing. Dan kita tidak pula dijanjikan projek sejurus memberikan free gift begini. Dan yang paling penting kita tidak terdorong untuk memberikan hadiah buat individu tetapi memberikan free gift kepada pembelian produk secara menyeluruh. Jika laptop lima unit maka freegift diarinya pun lima unit jugalah.

Bab 43: Memanjangkan Kesinambungan Bisnes Dengan Agensi  

Satu cara yang saya lakukan untuk memanjangkan kesinambungan bisnes saya dengan sesebuah agensi adalah dengan memberi warranty ataupun support percuma yang lebih lama kepada agensi. Jaminan dan support yang diberi adalah terhad dari segi perkhidmatan dan bukan kos alat ganti produk (jika murah boleh diberikan). 

 

Dengan ini apabila lebih lama kita berikan support atau jaminan sekurang‐kurangnya kita telah menyebabkan agensi akan merujuk semula kepada kita apabila terdapat perkara‐perkara yang diperlukan bantuan dan berbangkit. Sebagai contoh laman web yang saya bangunkan saya beri support untuk monthly backup selama 365 hari dan set kerusi pejabat yang saya bekalkan saya berikan warranty dari syarikat saya untuk gantian roda percuma dalam masa 12 bulan.  Tujuanya adalah lebih lama kita mengenal dan berurusan dengan agensi lebih banyak peluang yang terbuka. 

Page 214: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

171  

Ringkasan Bahagian 12 

Cuba setiap peluang untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kita dengan gaya yang soft selling. Jadikan sebagai free gift kepada projek pembekalan yang sedang kita jalankan. 

Cuba untuk terlibat dan berurusan dengan sesebuah agensi sepanjang waktu yang boleh agar kita mempunyai lebih masa untuk mempromosi, membina hubungan yang baik dan mengetahui culture dan insider information untuk projek‐projek yang sedang dan bakal dijalankan. 

 

Page 215: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

“Adakah manusia itu menyangka bahwa mereka dibiarkan saja setelah mengatakan; “Kami telah 

beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami ( Allah) telah menguji orang­orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang­orang yang benar dan 

sesungguhnya Dia mengetahui orang­orang yang berdusta.”  Surah Al­Ankabut, ayat 2 

 

Page 216: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

Bahagian 13 101 Asam Garam Bisnes

Kerajaan

 

Page 217: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

172  

Bab 44: Berkawan Dengan Musuh – Networking!!!  

Menjalankan perniagaan kita tidak dapat lari daripada membina rangkaian kenalan dan connection dengan seramai mungkin orang. Samada mempunyai kenalan di kalangan kakitangan kerajaan, kenalan di kalangan supplier dan kenalan sesama vendor serta kontrator. Kesemuanya mempunyai nilai yang berguna buat kita. 

 

Masih ingat dengan kawan saya En.M? Yang saya ceritakan beliau sanggup berkampung di kawasan agensi semata‐mata tak mahu melepaskan peluang pembekalan di kala pihak kerajaan mahu tutup akaun? En.M bukanlah kawan saya pada asalnya. Beliau adalah syarikat pesaing yang sama‐sama bersaing dengan syarikat saya untuk membida projek. Boleh dikatakan beliau adalah team lawan (geng orang jahat) dalam arena bisnes kerajaan saya.  

 

Tetapi ianya tidak akan berfaedah andai saya dan En.M terlalu bersaing sehingga tidak mampu berkawan dan bertegur sapa. Tahukah anda apakah faedah dan kebaikan yang bakal kita perolehi apabila kita berkawan dengan pesaing kita? – Kita boleh gunakan senarai supplier mereka! 

  

Sejak berkawan dengan En.M saya dah dapat supplier produk audio video dan alat elektronik seperti produk Sony dan Panasonic melalui beliau. Mungkin kita bersaing untuk satu projek di agensi yang sama tetapi kita mungkin JV untuk projek di agensi yang lain. Ini adalah benar apabila saya ber JV dengan beliau di dalam pembekalan produk Apple di K***. 

Page 218: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

173  

Bab 45: Untuk Seketika Ku Hilang Kawalan Diri… 

 

Saya bernasib baik syarikat saya grow dengan baik pada tahun pertama operasi. Projek banyak yang diperolehi. Duit mula mencurah ke dalam akaun. Secara kasar tahun pertama sahaja, dengan status syarikat baru dan one man show company syarikat ketika itu berjaya mendapatkan jumlah keseluruhan projek bernilai melebihi RM150, 000. Kira OK juga untuk syarikat yang bisnesnya dijalankan secara part time.  

 

Tetapi realitinya duit dalam akaun  sering hilang. Yang harus dipersalahkan adalah saya sendiri.  Saya yang bersalah tidak dapat membezakan antara hak syarikat dan hak peribadi. Pernah pada satu bulan saya berbelanja sehingga RM30, 000 … dengan duit syarikat, duit perniagaan saya. Ini adalah satu kesilapan saya yang pertama. Sebagai pemilik perniagaan yang bagus pendapatan syarikat patut dihormati dan tidak boleh digunakan secara sewenang‐wenangnya melainkan untuk tujuan perniagaan.  

 

Kesilapan kedua saya adalah saya tidak menguruskan syarikat seperti mana ianya patut diuruskan. Saya boleh katakan untuk pengurusan marketing dan strategi pemasaran syarikat saya telah menguruskan dengan baik. Tetapi oleh kerana saya menganggap bisnes kerajaan saya sebagai satu sumber pendapatan tambahan kepada diri sendiri, saya tidak menguruskan banyak perkara dengan betul terutama sekali dari segi akaun dan pecukaian. Hanya urusan pencaruman KWSP dan pembayaran gaji kepada dua orang patner saya sahaja yang ok.  

 

Page 219: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

174  

Kesan dari kesilapan saya yang tidak membuat proper accounting dan pecukaian, saya tidak dapat track perkembangan dan untung rugi akhir tahun. Dan oleh kerana akaun syarikat yang tidak terurus permohonan pinjaman saya untuk membeli rumah berharga RM245,000 pada tahun 2010 ditolak walaupun pendapatan purata syarikat saya pada waktu itu sekitar RM25, 000 sebulan. Paling teruk saya hampir dikenakan tindakan kerana tidak membayar cukai pendapatan yang sepatut dibayar sebanyak RM21, 000.  

 

Penyelesaian

Sebagai penyelesaian saya mula tidak mengambil duit syarikat sewenang‐wenangnya untuk kegunaan peribadi. Saya mula membuat gaji tetap saya sendiri yang saya ambil tiap‐tiap bulan. Biarlah projek masuk dengan kencangnya pun saya hanya akan mengambil bahagian yang telah ditetapkan untuk saya setiap bulan. Dan pembayaran gaji ini dilakukan secara standing instruction ke akaun peribadi saya. Selepas saya buat begini barulah akaun syarikat saya mencecah angka RM90, 000 dan terus grow! 

 

Untuk urusan akaun dan pecukaian pula saya mendapatkan khidmat syarikat setiausaha untuk menguruskanya. Saya membayar syarikat setiausaha tersebut RM1,500 bagi setiap satu tahun perkhidmatan. Saya juga mengupah tunang kepada rakan saya iaitu Miss P untuk membuat akaun bulanan saya dengan upah RM200 sebulan. Walaupun Miss P bekerja secara part time dengan syarikat saya namun sekurang‐kurangnya transaksi harian dan mingguan syarikat ada orang yang menjaganya.  

 

Pengajaran yang dapat dibuat adalah uruskanlah perniagaan kita secara serius dan sepatutnya walaupun pada awalnya ianya hanya sebuah perniagaan separuh masa dan berstatus perniagaan kecil‐kecilan. 

 

Page 220: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

175  

Bab 46: The Wingman (Orang Kanan)  

Apabila saya sedikit lama dalam bisnes kerajaan ini dan bisnes berkembang saya sudah mula tidak mampu melakukan semua benda secara sendiri lagi. Saya tidak boleh lagi pergi meeting di agensi A dan pada masa yang sama pergi hantar pembekalan di agensi B. Tambahan lagi saya masih bekerja makan gaji. Walaupun saya banyak bekerja pada waktu malam dan siang kebiasaanya saya boleh menguruskan bisnes kerajaan saya lama‐kelamaanya saya semakin lose control dan terkejar‐kejar.  Saya mula selalu datang berjumpa klien lewat dan delivery pembekalan pun lewat.  

 

Saya tahu jika lama kelamaan saya begini bisnes kerajaan saya pasti akan ada banyak masalah terutamanya dengan agensi. Dan sangkaan saya betul. Agensi K*** yang selama ini menjadi regular klien sudah mula tidak menjemput syarikat saya untuk projek‐projek pembekalan pembelian terus mereka lagi. Selepas itu saya mendapat tahu dari seorang staff di situ sebabnya kerana saya sering menyiapkan pembekalan lewat. 

 

Jadi saya mula mengatur aktiviti bisnes saya dengan lebih terancang tetapi ianya masih tak berjaya. Jadi saya merasakan ini masanya untuk saya tidak bergerak secara one man show lagi. Memang saya mempunyai dua orang patner tetapi mereka tidak begitu terlibat dengan aktiviti syarikat melainkan kerja‐kerja yang memerlukan kepakaran mereka. Tambahan lagi mereka juga sudah mempunyai kerja tetap kini. Jadi saya mula mencari pembantu. Pembantu yang boleh menjadi my wingman! 

 

 

 

Page 221: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

176  

Saya bernasib baik Allah kemudian temukan saya dengan kawan baik saya (dorm mate) di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban dahulu. Nama beliau En.K. Untuk mengelakan anda confius dengan En.K yang satu lagi (sifu saya) saya namakan beliau sebagai En.KF. Saya bernasib baik kerana En.KF tidak bekerja. Memandangkan En.KF adalah kawan baik saya semasa di sekolah dahulu dan semasa bertemu beliau semula we still the bestie boys!  

 

Saya mengajak beliau untuk membantu saya dalam bisnes kerajaan saya. Tugas utama beliau lebih kepada urusan delivery dan pengambilan stok, site visit dan menghantar dokumen.  Bayaran beliau adalah 2.5 peratus komisen dari setiap projek dengan purata pendapatan beliau RM1, 500 sebulan.  

 

Dengan kehadiran En.KF sebagai pembantu barulah saya boleh menumpukan sepenuh masa saya pada meeting dengan klien dan urusan marketing syarikat.  Dan pergerakan bisnes kerajaan saya kembali teratur dan kemas. Saya pernah meminta En.KF pergi mewakili syarikat untuk satu meeting presentation kerana saya terpaksa bekerja siang pada waktu itu. Hasilnya En.KF berjaya mendapatkan projek bernilai RM28, 000. Yang mana pada saya amat bertuah mempunyai Wingman yang sesuai dengan cara dan gaya kita, berkebolehan untuk bekerja dan boleh diharapkan di kala ketiadaan kita.  

 

Jika bisnes kerajaan kita sudah semakin maju dan kita tiada mempunyai staff yang secukupnya pastikan kita mempunyai seorang yang boleh diharapkan dan dipercayai untuk membantu urusan‐urusan operasi bisnes kerajaan kita. Jika boleh seorang wingman!  

 

Page 222: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

177  

Bab 47: Menumpukan 2-3 Agensi  

Sehingga hari ini saya berjaya masuk ke 14 agensi. Yang mana sudah 14 agensi menjadi pelanggan syarikat saya. 4 darinya ada yang berada di Pahang dan Perak. Pun begitu dengan jumlah agensi yang begitu banyak tak bermakna pendapatan dan projek pun akan bertambah banyak walaupun secara logiknya begitu. Faktor lokasi dan kesesuaian market agensi dengan business niche syarikat kita juga menjadi faktor.  

 

Jadi dari menjadi tamak mengejar kesemua agensi, lebih baik saya menumpukan 2 ke 3 agensi yang benar‐benar produk dan perkhidmatan saya diperlukan mereka dan saya mudah berurusan dari segi masa, lokasi dan komunikasi.  

 

Dengan ini fokus dan urusan bisnes kerajaan saya lebih mudah. Malah dengan status syarikat saya yang masihberskala kecil lagi amatlah wajar saya menumpukan perniagaan saya pada sedikit agensi dahulu dan mula memperluaskan rankaian pelanggan selari dengan perkembangan syarikat saya kelak.  

Tip memilih agensi tumpuan

Market dan demand terhadap produk dan perkhidmatan kita yang tinggi dari agensi tersebut.

Kemudahan berurusan seperti lokasi dan komunikasi.

Kemampuan kewangan agensi.

Jika boleh ibu pejabat (HQ)

Page 223: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

178  

Bab 48: Di Sebalik Agensi Adalah Manusia  

Satu kesalahan yang saya lihat banyak rakan saya lakukan semasa berurusan dengan agensi adalah cara hubungan dengan agensi yang terlalu korporat. Ya benar kita masih perlu menghormati mereka sebagai agensi tetapi cara kita relationship dengan mereka biarlah seperti mereka juga adalah kawan kita.  

 

Kita perlu tahu disebalik agensi adalah manusia yang mana bermaksud mereka masih perlu diberi perhatian dan dilayan seperti biasa. Di sesetengan agensi saya mengenali hampir keseluruan kaki tangan yang menguruskan pembekalan saya. Dari pegawai yang menerima sebut harga hinggalah kepada kerani kewangan yang menguruskan pembayaran untuk syarikat saya.  

 

Jadi kawan kepada mereka banyak memudahkan urusan kita seperti bayaran dan dokumen yang cepat. Kesilapan kita dalam menguruskan dokumen juga mudah ditegur mereka.  

 

Saya amat bertuah walaupun saya adalah vendor atau kontraktor dan mereka adalah kakitangan namun saya tak perlu lakukan seperti mana kontraktor lain yang selalu ‘belanja makan’ mereka tetapi sebaliknya saya yang dibelanja oleh kakitangan agensi. Tipnya adalah buatlah kawan dengan cara seperti biasa tanpa ada kepentingan yang ketara.  

Page 224: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

179  

Bab 49: Prinsip Lebih Memberi Lebih Merasa  

Saya dah bongkarkan salah satu teknik marketing yang saya buat adalah dengan memberikan free gift berdasarkan pembekalan. Saya percaya lebih banyak kita memberi lebih banyak kita merasa.  

 

Jadi kerap kali jika saya mendapat projek ataupun membuat pembekalan, saya akan mengasingkan sedikit keuntungan untuk tujuan amal dan untuk dikembalikan semula kepada agensi samada dalam bentuk bantuan dana tabung atau dalam bentuk hadiah. Untuk makluman agensi kerajaan boleh menerima barangan dalan bentuk hadiah dan akan diistiharkan dalam perolehan mereka sebagai hadiah. Pulangkan sedikit keuntungan (dalam bentuk hadiah, tabung masjid/surau agensi dan sebagainya) semula kepada agensi dan bukan orang perseorangan dalam agensi terbabit.  

 

Apa yang penting adalah jelaskan niat dan anggaplah pemberian kita tadi tiada kaitan untuk melobi kerja akan datang. Make it clear, make it transparent, make it clean. 

Page 225: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

180  

Bab 50: Hati-Hati Dengan Perangkap  

Saya boleh katakan bila berbisnes dengan kerajaan risiko untuk dikenakan tindakan dan disyaki rasuah berlaku sepanjang masa. Kadang kala walaupun kita tidak memberi rasuah dan sebagainya namun ada pula orang di sebelah sana yang datang meminta. Apabila berlaku begini apakah yang perlu dilakukan? 

 

Saya pernah berhadapan dengan keadaan ini dengan projek yang saya masuki tersebut bernilai RM35, 000. Kemudian ada seorang dari mereka yang mahukan ‘pengeras’ untuk melincinkan dan mejanjikan projek bakal milik syarikat saya. Perkara ini hampir memerangkap saya. 

 

Saya balik ke rumah dan bercerita dengan seorang kawan saya yang bernama En.I. Beliau juga pembekal barang komputer kepada kerajaan. Walaupun saya sudah melupakan projek yang saya bakal masuki itu kerana tidak mahu mengambil risiko tetapi kata‐kata dari En.I amat menguatkan semangat saya untuk terus berpegang pada prinsip clean & clear. Jika saya memberikan ‘pengeras’ kemungkinan besar sifulan akan membuatkan syarikat saya berjaya mendapatkan projek yang bernilai RM35, 000 itu. Dan dengan tidak memberi ‘pengeras’ adakah saya tiada rezeki langsung untuk mendapatkan projek tersebut? 

Kata‐kata En.I, “Fikir begini sahaja. Adakah Allah akan beri rezeki kepada kita yang main bisnes dengan kerajaan ini melalui cara salah ini sahaja? Apakah apabila kita gunakan jalan yang lurus kita tidak mendapat rezeki? Sesungguhnya Allah maha adil dan maha mengetahui.” Kata‐kata En.I tepat sekali. Saya menolak untuk memberi ‘pengeras’ tetapi kemudian masih boleh mendapat mendapatkan kerja tersebut tanpa diduga. Track record win! Cuma yang tidak sedap sifulan itu akan mengelak bila terjumpa saya.  

Page 226: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

181  

Bab 51: Broker Yang Membuang Masa  

Apabila kita sudah lama sedikit di alam bisnes kerajaan, satu masa nanti kita akan didatangi oleh orang‐orang yang mengatakan mahu menawarkan kerja pembekalan yang kadang kala bernilai berjuta‐juta. Mereka datang mungkin dari network dan connection kita.Mereka ini biasanya akan bercerita tentang projek itu dan ini dan mahu sub contract kepada syarikat kita ataupun mereka mahu memasuki projek yang berprofil tinggi dengan menggunakan syarikat kita. Kebiasaanya mereka akan mengatakan mereka mempunyai hubungan baik dengan orang atasan agensi dan kadang kala menteri! 

 

Saya dah banyak kali bertemu dengan mereka‐mereka ini. Mereka ini juga dikenali sebagai broker projek.  Ada yang datang naik motor kapcai dan berjumpa di warung mamak dan ada juga yang datang naik CLK Mercedes berjumpa di hotal. Kedua‐dua mereka sama sahaja iaitu mengatakan mempunyai projek‐projek dalam tangan dan nilai projek biasanya tak nak kalah. 

 

Dari pengalaman saya abaikan sahaja mereka‐mereka ini kerana mereka tak membawa sebarang faedah pun kepada syarikat kita. Kebiasaanya broker‐broker projek ini ada muslihat tersendiri. Satu darinya mahu mencuri proposal kita apabila kita submit proposal kepada agensi melalui mereka dan satu lagi mahu untung atas angin atau mempergunakan syarikat kita (kambing hitam). Saya pernah didatangi broker yang menawarkan projek yang agak lumayan. Memandangkan saya tidak berminat berurusan melalui mereka saya tidak menerima pelawaan mereka. Beberapa bulan dari sumber yang boleh dipercayai broker dan projek yang ditawarkanya dalam pemerhatian SPRM. I was bit lucky then! 

Page 227: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

182  

Bab 52: Bahaya Pembekalan Tidak Diterima  

Satu kesilapan yang pernah saya lakukan adalah dengan tidak memahami spesifikasi pembekalan secara tepat dan teliti.  

 

Oktober, 2011 – J*M Kuala Lumpur 

Syarikat saya mendapat projek pembekalan kertas plotter bernilai RM7, 500. Memandangkan ianya hanyalah kertas jadi saya tak beberapa mengambil secara serius jenis kertas dan spesifikasinya. Walaupun saya telah dimaklumkan spesifikasi dan jenis‐jenisnya sebelum saya menghantar sebut harga kepada agensi namun saya beranggapan ianya adalah satu perkara yang mudah.Saya kemudian membuat tempahan kertas‐kertas tersebut dari supplier. Semuanya berjalan lancar sehinggalah semasa saya menghantar kertas‐kertas tersebut kepada agensi. Saya menghantar invoice kepada agensi dengan beranggapan kesemuanya sudah selesai.  

 

Hanya beberapa hari selepas itu saya mendapat panggilan daripada agensi yang mengatakan kertas yang saya bekalkan itu berlainan grednya. Dan lebih teruk lagi apabila mereka mula print menggunakan plotter inknya tidak lekat dan jadi basah serta comot. Hanya pada masa itu saya mengetahui yang saya telah tersalah order jenis kertasnya. Ianya nampak sama namun sebenarnya berbeza. Akhirnya saya terpaksa mengganti semula kertas‐kertas tersebut untuk membolehkan pembekalan saya diterima dan saya mengalami kerugian sehingga RM3, 000. 

 

Page 228: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

183  

Bab 53: Mencipta Kekayaan Dari Bisnes Kerajaan  

Apabila saya melihat keadaan kewangan syarikat saya semakin baik saya merasakan inilah masanya untuk saya membuat sesuatu denganya. Saya merasakan yang saya patut membuat pelaburan dari pendapatan syarikat saya. Jadi dengan ini saya mula mengkaji bentuk pelaburan yang sesuai dengan pendapatan (gaji) dari bisnes kerajaan saya.  

 

Jadi setelah membuat penelitian dua bentuk pelaburan yang sesuai adalah pelaburan dalam bentuk precious metal seperti emas dan perak dan satu lagi adalah hartanah. Saya memilih untuk melabur pada hartanah kerana saya lebih berminat kepadanya. Jadi saya telah mula membeli property ataupun hartanah dengan menggunakan pendapatan (gaji) dari syarikat bisnes kerajaan saya. Pada kali ini saya telah menguruskan kewangan dan pecukaian dengan sempurna jadi tiada masalah untuk mendapatkan pinjaman dari bank.  

 

Adakah pelaburan hartanah berbaloi?

Satu hartanah berupa satu unit kondominium telah saya beli pada tahun akhir tahun 2010 dengan harga RM200, 000. Dengan bayaran pinjaman bank sebanyak RM900 sebulan. Pada tahun ini saya telah menjual unit kondominium tersebut pada harga RM330, 000. Setelah ditolak kesemua kos dan cukai saya mendapat pulangan sebanyak lebih kurang RM110, 000. Dalam tempoh tiga tahun saya berjaya mendapat keuntungan lebih      RM35, 000 setahun  secara pasif. 

 

Page 229: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

184  

 

Pelaburan Hartanah

Kos satu unit kondominium: RM200,000 Pinjaman Bank: RM180, 000 Downpayment: RM20,000 Unit dijual: RM330,000 Cukai dan kos penyelesaian bank dan lain-lain: RM20, 000 Beza harga jual – (pinjaman bank + cukai dan kos penyelesaian bank dan lain-lain + downpayment) = RM110,000

 

Fig 13.1: Butiran kewangan bagi pelaburan hartanah yang dilakukan dengan pendapatan dari bisnes kerajaan. 

AMARAN: Jangan lakukan pelaburan tanpa ilmu

Pelaburan hartanah bukan sahaja boleh memberikan keuntungan malah juga kerugian yang besar. Oleh itu jika berminat dengan pelaburan samada hartanah, emas dan perak dan apa apa pun instrumen pelaburan adalah lebih baik kita berguru dan mendapatkan maklumat dari yang pakar.  

Seperti contoh Azizi Ali – Jurulatih jutawan dan penulis buku “Jutawan dari Planet Jupiter”, Dr Shah Razali – Wealth coach, Tuan Bri – Pakar pelaburan hartanah, Tuan Ikram Adi – Pakar pelaburan precious metal emas dan perak, Pak Di – Pakar kewangan, Faizul Ridzuan – Penulis buku pelaburan hartanah “WTF? 23 Properties By 30”, Abang Ensem (Meor Zaidi) – Pakar pelaburan hartanah dan ramai lagi untuk dinamakan termasuk Tuan Zaidi di Urus Insan. Kesemua yang saya nyatakan kebayakan dari mereka boleh diakses dari Internet dan mereka‐mereka ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu mereka. Saya personally benefited dengan berkenalan sesetengah dengan mereka. 

Page 230: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

185  

Bab 54: 7 Sikap Penting Untuk Kejayaan Bisnes Kerajaan 

 

Saya telah bertemu dengan ramai usahawan ataupun player yang sama menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan projek kerajaan. Baik muda ataupun yang lebih veteran. Dari sesi ‘Yam Seng’ yang selalu saya ikut kebanyakanya memberitahu beberapa sikap yang boleh membantu kita untuk lebih berjaya dan mudah untuk mendapatkan kerja dari pihak kerajaan terutamanya dari katergori pembelian terus (direct nego). 

7 Sikap yang perlu ada untuk memajukan bisnes kerajaan

Never say “NO” / jangan sekali berkata “Tidak”.

Menghargai rezeki walaupun kecil.

Sempurnakan pembekalan dan kerja dengan cepat.

Dengan sengaja menawarkan harga gila rendah pada kerja pertama ianya telah mewujudkan sangkaan yang syarikat tidak mengambil keuntungan besar berbanding pesaing.

Memandang long term business.

Jangan sombong.

Berdoalah dan bersedekahlah.

 

Page 231: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

186  

Pada saya kesemua nasihat ini adalah tepat dan berguna. Jangan berkata tidak kepada setiap pembekalan yang ditawarkan walaupun kadang kala ianya sukar untuk dilaksanakan ataupun keuntungan yang sedikit. Dan janganlah kita sombong untuk tidak menerima tawaran pembekalan hanya kerana untung yang sedikit. Saya pernah membekalkan hanya alas meja dan beberapa rim kertas A4. Keuntungan yang diperolehi adalah bawah RM50. RM50 pun rezeki juga.  

 

Selain itu selesaikan pembekalan dengan cepat dan segera kerana ianya akan melibatkan imej syarikat kita. Selalu pentingkan perkara yang membantu bisnes secara jangka masa panjang.  

 

Kunci kejayaan untuk close deal dengan agensi kerajaan adalah dengan menawarkan diri atau syarikat kita untuk memudahkan tugasan pegawai kerajaan atau menyelesaikan masalah agensi. Seperti contoh mesyuarat yang tiba‐tiba. Justeru tawarkan pembekalan makanan yang segera kepada mereka. Sesetengah pegawai tidak mahu dimarahi oleh ketua mereka maka berilah penyelesaian dengan produk dan perkhidmatan anda agar tugasan mereka selesai dengan mudah. Siap! 

 

Sesetengah pembekalan dilakukan adalah kerana ianya memudahkan tugas pegawai yang berkaitan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru seringkali tawarkanlah penyelesaian kepada masalah mereka. 

 

Akhir sekali janganlah kita sombong pada manusia, rezeki dan paling penting pada Allah S.W.T. Berdoalah selalu kerana ianya lebih mujarab dari memberi ‘pengeras’ kepada pihak yang lain. Sesungguhnya rezeki yang diperolehi dari doa yang dimakbulkan Allah S.W.T lebih diberkati dan kekal lama.  

 

Tamat. 

Page 232: Rahsia_Bisnes_Kerajaan_2012

187  

Ringkasan Bahagian 13 

Bina rangkaian kenalan dan connection dengan seramai mungkin orang. Samada mempunyai kenalan di kalangan kakitangan kerajaan, kenalan di kalangan supplier dan kenalan sesama vendor serta kontrator  

Berdisiplin dan beretika dalam pengurusan kewangan syarikat. Jangan ambil untuk kegunaan peribadi.  

Pastikan pengurusan akaun dan pecukaian diuruskan dengan sempurna. 

Cuba untuk memiliki Wingman terbaik buat kita dan syarikat.  Menumpukan kepada 2‐3 agensi adalah lebih baik daripada 

mempunyai berbelas agensi.  Bersikap baik dengan kakitangan kerajaan dan semua orang di semua 

peringkat.  Cuba untuk member kepada pihak lain sedikit keuntungan yang kita 

perolehi dari pembekalan yang dilakukan. Memulangkan semula sedikit kepada agensi. 

Elakan perangkap rasuah dan pengamal rasuah. Tinggalkan projek jika terdapat ragu‐ragu dan unsur yang tidak menyenangkan. 

Elakan mempercayai broker‐broker projek. Jika masih mahu mempercayai mereka maka berhati‐hatilah. 

Teliti dan peka setiap spesifikasi secara halus. Pembekalan yang ditolak bakal merugikan dari segi kewangan, masa dan tenaga. 

Cipta kekayaan dari pendapatan bisnes kerajaan kita.   Ingat dan amalkan tujuh sikap yang baik seperti dinyatakan dalam 

bab di bahagian ini.