Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format...
Transcript of Pusat Tuisyen Didikan Genius Program Bahasa Malaysia ...Modul PT3 . SM 105. Nama : _____ Format...
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Modul PT3
SM 105
Nama : _____________________________
Format Bahasa Melayu PT3
Kertas 1 : 60% (1 Jam 30 minit)
Bahagian A: (20%)
20 Soalan aneka pilihan
a. Sistem bahasa
b. Pemahaman teks (Prosa /novel/ puisi)
Bahagian B: (25%)
Soalan 1: Objektif pelbagai bentuk (5 markah)
Soalan 2: Respons terhad - Pemahaman teks (prosa / puisi) (10%)
Soalan 3: Respons terhad - Novel (10%)
Bahagian C: (15%)
Pemindahan maklumat : Ulasan / Ringkasan / Rumusan (pilih 1 daripada
2)
Kertas 2 : 40% (1 jam)
Bahagian A: (10%)
Penulisan karangan pendek (Berdasarkan idea yang diberikan)
Bahagian B: (30%)
Penulisan karangan (pilih 1 daripada 3 tema)
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sistem Bahasa
Bahagian A
A. Golongan Kata
Kata Seru & Kata Tanya
Kata Seru
Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan
dan digunakan dalam ayat seruan.
Kata Seru:
Aduh – kurang selesa
Aduhai – hampa / malang / kagum
Amboi – sindir/ kagum
Ah – menolak sesuatu secara marah
Cis – marah
Eh – terkejut
Hai – menegur / terkejut / kecewa
Oh – menyeru (doa) / terkejut / menandakan faham
Nah – memberikan/ menghulurkan sesuatu
Syabas / Tahniah- menguacpkan tahniah
Wah – kagum
Wahai – menyeru orang
Contoh ayat:
Aduh, sakitnya kakiku!
Wah, cantiknya baju dia!
Syabas, awak telah berjaya!
Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan atau menyoalkan
sesuatu.
Kata tanya :
Apa - benda
Bagaimana - cara
Berapa- bilangan
Bila - masa
Di mana- tempat
Dari mana – asal tempat
Ke mana – tempat yang ditujui
Kenapa / Mengapa - sebab
Siapa- orang / nama orang
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat.
Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan
hendaklah disertai partikel –kah.
Contoh ayat:
Harga baju itu berapa?
Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
Ada tiga bentuk kata ganti nama yang digunakan juga sebagai kata tanya iaitu
apa, siapa, dan mana.
Soalan:
Set A:
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. , kauterimalah tumbukanku yang berbisa ini!" kata pendekar itu.
A. Eh
B. Oh
C. Nah
D. Wah
2. , malangnya nasibku ini!" keluh pengemis itu seorang diri.
A. Aduh
B. Wahai
C. Amboi
D. Aduhai
3. Sejak kah kamu sudah pandai mengadu?
A. apa
B. bila
C. mana
D. mengapa
4. , berani sungguh engkau memper-main-mainkan kami!
A. Hai
B. Cis
C. Aduh
D. Aduhai
5. ___ anak-anakku, berbaktilah kepada bangsa dan negara!
A. Amboi
B. Wahai
C. Syabas
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Aduhai
6. __ kah kamu datang lewat ke sekolah pada hari ini?
A. Bila
B. Mana
C. Siapa
D. Mengapa
7. kah kalian faham akan topik yang saya perkatakan tadi?
A. Apa
B. Ada
C. Bila
D. Mana
8. “ harikah abang akan berpergian?" soal Puan Haliza kepada suaminya.
A. Bila
B. Siapa
C. Mana
D. Berapa
Set B:
Soalan 1 hingga Soalan 4
Lengkaphan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1. , kamu rupa-rupanya yang mengambil buku rujukan Sejarah saya
tempoh hari!" kata Razali kepada Samsul.
A. Oh
B. Eh
C. Cis
D. Wah
2. , malang sungguh nasibku semenjak suamiku meninggal dunia!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Eh
3. , anda memenangi sebuah televisyen dalam Peraduan Gandakan
Wang Anda!
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Amboi
B. Wah
C. Syabas
D. Aduhai
4. , tidak kuduga begini jadinya!
A. Oh
B. Ah
C. Wah
D. Nah
Soalan 5 dan Soalan 8
Pilih ayat-ayat yang betul.
5. I Nah, banyak engkau berbelanja hari ini, Lili!
II Eh, ke manakah hilangnya duit yang kuletakkan di atas meja tadi!
III Wah, inilah akibatnya jikalau tidak mendengar cakap ibu bapa!
IV Wahai Tuhanku, Engkau selamatkanlah anak-anakku!
A. I dan II
B. II dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
6. I Aduh, bisanya gigitan ular inil
II Amboi, lunaknya suara penyanyi itu!
III Wah, ada lipas di dalam beg saya!
IV Eh, sakitnya kepalaku ini!
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
7. I Amboi, engkau datang ke sini lagi!
II Wah, cantiknya pengantin perempuan itu!
III Cis, bila kau balik dari Pulau Pinang!
IV Wahai murid-murid sekalian, janganlah bermain-main ketika belajar!
A. I dan II
B. II dan IV
C. I, II dan IV
D. I, III dan IV
8. I Oh, sedih betul aku mendengar ceritamu itu!
II Nah, panasnya cuaca hari ini!
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
III Hai, lama kita tidak bersua!
IV Amboi, akhirnya aku berjaya!
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
B. Penggunaan Kata Dalam Ayat
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
1. I Berkata Ali kepada Chong, "Chong, ibumu sakit. Sekarang dia berada di
hospital".
II "Janganlah awak berkata semasa luka awak ini saya balut," kata Ben kepada
Lim.
III "Beta akan mengampunkan kamu kalau kamu berkata benar," kata Sultan
Jaya.
IV "Kamu dapat berkata dalam bahasa Arab, Amin?" soal Ustaz Maliki.
A. I dan III
B. II dan IV
C. I, II, dan III
D. II, III, dan IV
2. I Kekosongan pejabat itu oleh penyewanya dilakukan secara berperingkat-
peringkat.
II Rumah itu terbiar kekosongan apabila pemiliknya berpindah ke bandar.
III Sehingga sekarang kekosongan jawatan pengurus itu belum diisi lagi.
IV Semenjak isterinya meninggal dunia, dia terasa kekosongan kini.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III, dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Memilih Frasa Yang Betul
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mempunyai
kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandai sama ada A, B, atau C jika ayat itu mempunyai kesalahan dan tandai D jika
tiada kesalahan.
1. Selain membaca buku, mengumpul setem ialah hobi Hayati pada masa
lapang.
A. mengumpul setem adalah hobi
B. mengumpulkan setem adalah hobi
C. mengumpulkan setem ialah hobi
D. mengumpul setem ialah hobi
2. Wanita tua itu berjalan ke hulu dan ke hilir untuk mencari rumah anaknya.
A. hulu dan hilir
B. ke hulu dan hilir
C. ke hulu hilir
D. ke hulu dan ke hilir
3. Berlian yang diperagakan oleh peragawati-peragawati itu ditafsirkan berharga
lebih daripada RM1 juta.
A. ditafsirkan berjumlah lebih daripada RM 1 juta
B. ditaksirkan berharga lebih kurang RM1 juta
C. ditaksirkan bernilai lebih daripada RM1 juta
D. ditafsirkan berharga lebih daripada RM1 juta
D. Memilih Ayat Yang Betul
Pilih ayat-ayat yang betul.
1. I Aziah menghidangi kami kek yang dibuatnya sendiri.
II Haji Mahadi memarahi anak gadisnya kerana memakai pakaian yang mencolok
mata.
III Makin lama lagu-lagu yang dimainkan penyiar itu semakin rancak.
IV Kaum itu kerap berpindah-randah dari suatu tempat ke suatu tempat.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. I Akan saya serahkan bukti-bukti itu kepada pihak polis secepat yang mungkin. II Banyak saranan yang penduduk kampung itu berikan kepada kami. III Perlawanan akhir skuasy itu menemukan dua orang jaguh dari Asia. IV Gowri memperlihatkan ukiran yang dibuatnya kepada rakan-rakannya.
A. I dan II
B. I dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
3. I Kecurangan pegawai itu diadukan orang bawahannya kepada pihak atasan.
II Ibu tua itu menangis apabila dilakukan seperti abdi oleh anaknya sendiri. III Buah-buah tembikai yang besar dan manis di dalam kotak-kotak itu. IV Orang itu berbisik, "Orang ini pada pelihatanku bukan sembarangan orang".
A. I dan III
a) I dan IV
b) I, II dan IV
c) I, II, III, dan IV
E. Memilih Ayat Yang Sama Maksud
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang mempunyai maksud yang
paling hampir dengan ayat tang dicetak tebal.
1. Bekas penagih dadah itu menceritakan pengalamannya menagih dadah
kepada orang yang hadir dalam majlis ceramah itu tanpa rasa malu.
A. Bekas penagih dadah itu tidak malu untuk mengisahkan pengalamannya
menagih dadah kepada orang yang menghadiri majlis ceramah itu.
B. Bekas penagih dadah itu berceramah tentang pengalamannya yang tidak berasa
malu untuk menagih dadah.
C. Tanpa rasa malu, para peserta majlis ceramah mendengar cerita bekas penagih
dadah itu tentang pengalamannya menagih dadah.
D. Tanpa perasaan malu, bekas penagih dadah itu dapat menceritakan
pengalamannya menagih dadah kepada peserta ceramah.
2. "Jangan, budak itu jangan kalian perlakukan sedemikian rupa. Dia
kurang upaya. Sepatutnya, dia kalian bantu," kata Urip kepada Agus dan
Din.
A. Urip memarahi Agus dan Din kerana tidak membantu budak kurang upaya itu.
B. Urip melarang Agus dan Din membuli budak cacat itu dan mengingatkan
mereka bahawa budak seperti itu perlu dibantu.
C. Agus dan Din dinasihati Urip supaya membantu budak kurang upaya, bukan
menderanya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Urip mengherdik Agus dan Din kerana membuli orang kurang upaya sedangkan
golongan itu sepatutnya dibantu.
3. Orang tua yang mendiami rumah bakti itu kebanyakannya berusia lebih
daripada 60 tahun.
A. Orang tua yang menghuni rumah bakti itu semuanya berusia lebih daripada 60
tahun.
B. Rumah bakti itu hanya dihuni oleh orang-orang tua yang berusia lebih daripada
60 tahun.
C. Rumah bakti yang sudah berusia 60 tahun lebih itu kebanyakannya dihuni oleh
orang tua.
D. Hampir semua orang tua yang tinggal di rumah bakti itu berumur tidak kurang
daripada 60 tahun.
F. Peribahasa
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.
1. Walaupun Aida asalnya seorang pelajar yang lemah, berkat usaha gigihnya
dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR. Sikap Aida itu
diibaratkan _________
________________
A. sehari selembar benang, lama-lama jadi kain
B. ke bukit sama di daki, ke lurah sama di turuni
C. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
D. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
2. Alimin berangan-angan hendak menjadi orang kaya dan hidup bahagia
sedangkan dia malas berusaha. Dia hanya mengharapkan kesenangan datang
kepadanya.
Perbuatannya ini diibaratkan
A. menantikan nasi disajikan ke lutut
B. menantikan kucing bertanduk
C. tanam padi, lalang yang tumbuh
D. yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran
3. Pada mulanya Chai Meng berasa sukar untuk menguasai mata pelajaran Bahasa
Melayu. Berkat ketekunannya, dia berjaya mendapat markah yang baik dalam
mata pelajaran tersebut.
Usaha Chai Meng itu ibarat
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. alah bisa tegal biasa
B. seperti our dengan tebing
C. kacang lupakan kulit
D. sudah terang lagi bersuluh
( / )
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Bahagian B:
1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan tatabahasa:
Kata tugas
Ayat
Istilah
Imbuhan
Hukum DM
Ayat Jenis Kesalahan
Tatabahasa
(i) Pegawai itu beranggapan dengan mutu kerja perlu
ditingkatkan untuk memperoleh produktiviti yang tinggi.
(ii) Peserta seminar bahasa itu akan dibekalkan dengan
kertas-kertas kerja yang dibentangkan dalam seminar
tersebut.
(iii) Beberapa kawasan pendalaman di Kelantan dinaiki air
akibat hujan yang terlalu lebat.
(iv) “Kamu berdua hendaklah sampaikan maklumat ini
kepada rakan-rakan kita yang tidak hadir agar mereka dapat
menyiapkan tugasan yang diberikan,” kata Cikgu Jalauddin
kepada Lili dan Ikhwan.
( /8)
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan
betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
Jenis kesalahan ejaan:
Kata majmuk
BA BM
Vokal (a e i o u)
Tanda baca (Aa / “ ” / - )
Imbuhan (gg & kk)
Ayat Jenis Kesalahan
Ejaan
(i) Peningkatan jumlah pengangguran akibat kelembapan
ekonomi golabal sudah tentu turut memberikan kesan kepada
ekonomi negara.
(ii) Hargailah masa sekarang untuk mencapai cita-cita yang
diidamkan kerana sesungguhnya masa itu tidak pernah
menunggu sesiapa.
(iii) “Saya tidak berapa minat dengan patung bentuk katunlah
kak,” kata Azfa Hanani kepada Kak Finaz.
( /3)
3. Tukar ayat-ayat aktif berikut kepada ayat pasif.
Teknik : Kenal pasti :
Subjek : Ali / Saya / Mereka
Kata kerja : membaca
Objek : buku itu
Frasa sendi / hubung : di bilik
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2. Tukar kedudukan subjek dan objek. Frasa sendi / hubung kekal di belakang
Nota : Subjek (orang) pihak pertama (saya & kami) dan kedua (kamu dan kalian)
tidak boleh guna “di…oleh”
Contoh : Saya membaca buku itu di bilik
Buku itu saya baca.
Hanya subjek pihak ketiga (dia & nama orang) guna “di…oleh”
Mereka membaca buku itu di bilik
Buku itu dibaca oleh mereka di bilik.
Latihan :
(i) Semua orang membantu ibu membersihkan rumah pada waktu pagi.
__________________________________________________________________
(ii) Murid sekolah menengah atas mengunjungi peerpustakaan untuk meminjam buku.
__________________________________________________________________
(iii) Gopal mengangkat batu itu degan mudah sekali.
__________________________________________________________________
(iv) Murid tadika itu menaiki van ke sekolah .
__________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
(v) Saya menyiapkan tugas ini sebelum tidur.
__________________________________________________________________
( /10)
4. Lihat gambar di bawah dengan teliti. Kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai
dengan gambar tersebut.
( /4)
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Penulisan :
A. Ulasan (15%)
Lihat gambar tentang amalan menghormati orang tua di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan
maklumat yang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Karangan Pendek (10%) – 15 minit
Lihat poster di bawah dengan teliti. Huraiakn pendapat anda tentang langkah-
langkah membentuk keluarga bahagia. Panjang karangan anda tidak melebihi 120
patah perkataan.
Isi :
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Karangan Umum (30%)
Karangan Jenis Peribahasa
Petua Menulis Karangan Jenis Peribahasa
1. Karangan jenis ini menghendaki anda menjelaskan maksud peribahasa yang
dijadikan tajuk karangan anda.
2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda perlu memahami maksud peribahasa
itu.
3. Karangan jenis ini dapat anda tulis dengan menggunakan teknik huraian atau
teknik cerita.
4. Jika anda memilih teknik huraian, anda perlu menjelaskan maksud peribahasa
tersebut serta sejarah terciptanya peribahasa itu dalam kalangan masyarakat.
5. Selain itu, jelaskan perkaitan antara peribahasa itu dengan kehidupan
masyarakat hari ini.
6. Untuk membuktikan bahawa anda faham akan maksud peribahasa itu, kaitkan
peribahasa itu dengan peribahasa-peribahasa lain yang mempunyai persamaan
maksud.
7. Jika anda memilih teknik cerita untuk menulis karangan jenis ini, maka cerita
itu hendaklah menjelaskan maksud peribahasa itu.
8. Selain itu, cerita itu haruslah dapat menggambarkan pandangan anda terhadap
peribahasa itu.
9. Teknik menulis karangan jenis ini sama dengan teknik menulis karangan jenis
cereka atau imaginasi, yakni dimulakan dengan pendahuluan, kemuncak, dan
diakhiri dengan kesimpulan yang sesuai.Karangan anda boleh merupakan
rekaan semata-mata atau berdasarkan pengalaman anda sendiri.
Contoh:
Masyarakat Melayu kaya dengan peribahasa. Antaranya “Sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna”. Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa tersebut.
Hakim dibesarkan dalam keluarga sederhana. Ibu bapanya bekerja sebagai guru
di sebuah bandar di selatan tanah air. Ibu dan bapanya berasal daripada keluarga
miskin. Hidup mereka dahulu ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan
petang. Sungguhpun begitu, datuk dan nenek Hakim selalu mendorong ayah serta ibu
Hakim agar belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi manusia yang
berguna kepada bangsa dan negara. Alhamdulilah ayah dan ibu Hakim akhirnya
menjadi guru seperti yang diharapkan oleh datuk dan neneknya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Sebenarnya, Hakim seorang budak yang cerdik tetapi pemalas. Di rumah, dia
selalu dimarahi ibunya kerana enggan membuat kerja yang diberikan oleh guru di
sekolah. Dia juga selalu dihukum oleh ibunya kerana malas menghafal sifir darab.
Settiap kali disuruh oleh ibunya menghafal sifir, air matanya berderai. Hal ini amat
merisaukan fikiran ibunya.
Leteran ibunya tidak pernah dihiraukan oleh Hakim. Ibunya kemudian
menghantar Hakim ke pusat tuisyen untuk belajar Matematik. Namun, Hakim selalu
ponteng kelas untuk ke kafe siber tanpa pengetahuan ibunya. Semasa berada dalam
Tingkatan 3, pencapaian Matematik Hakim sangat lemah. Dalam peperiksaan
percubaan PMR, dia mendapat pangkat “E” . Ibunya cemas dengan keputusan ibu
lantas berjumpa dengan guru kaunseling untuk berbincang tentang masalah pelajaran
Hakim. Beliau mencadangkan Hakim agar dihantar tuisyen kepada seorang aguru
Matematik yang mengajar murid-murid bisu, iaitu Cikgu Hamidah.
Cikgu Hamidah sudah berkeluarga tetapi tidak mempunyai anak kandung.
Masanya banayak dihabiskan di sekolah untuk membantu murid-murid yang lemah
dalam Matematik. Beliau seorang guru yang baik dan berdedikasi. Pada awalnya
Hakim agak keberatan untuk belajar dengannya kerana semua murid bisu yang diajar
oleh Cikgu Hamidah ialah murid perempuan. Setelah dipujuk oleh ibunya, barulah dia
bersetuju. Dengan kebijaksanaan Cikgu Hamidah, Hakim tekun belajar Matematik dan
membuat latihan. Akhirnya, Hakim lulus Matematik dengan pangkat “C” dalam PMR
dan menjadikan keputusan keseluruhannya 2A, 5B dan 1C.
Berdasarkan keputusan Hakim yang gak baik dalam PMR, dia ditawarkan ke
Tingkatan Empat aliran sains. Memandangkan Hakim seorang murid yang kurang
rajin, ibu menasihatinya agar memasuki Tingkatan Empat aliran teknik dan
vokasional. Menurut ibu lagi, hanya murid yang rajin dan pandai menguruskan masa
layak mengambil jurusan sains.
Kasihan sungguh Hakim, Dia bercita-cita hendak mejadi ahli kaji bintang. Oleh
sebab itu, dia suka membaca buku-buku dan ensiklopedia tentang bintang. Walaupun
dia cemerlang dalam mata pelajaran Sains, akibat malas membuat latihan Matematik,
Hakim mengalah dengan pandangan ibunya. Dalam SPM, Hakim mendapat 3A, 1B
dan 4C. Kini, dia melanjutkan pelajaran dalam aliran sastera Tingkatan Enam Rendah.
Benar sekali peribahasa yang mengatakan “sesal dahulu pendapatan, sesal keudian
tidak berguna”. Nampaknuya, cita-cita Hakim untuk menjadi ahli astronomi terkubur
begitu sahaja.
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
LATIHAN
LATIHAN
1. “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. Tulis sebuah karangan atau cerita
berdasarkan peribahasa tersebut
2. Tulis sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Beratsam dipikul, ringan sama
dijinjing.
Program Bahasa Melayu Edubest SM105_PT2_2020 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my