Proposal Kitaran 1 Shj
-
Upload
anishaipik -
Category
Documents
-
view
112 -
download
8
description
Transcript of Proposal Kitaran 1 Shj
1.0 PENDAHULUAN
Dalam bahagian ini akan menghuraikan beberapa aspek dalam kajian yang akan
dijalankan iaitu pengenalan, refleksi pengajaran dan pembelajaran serta refleksi nilai
pendidikan.
1.1 Pengenalan
Pendidikan Khas merupakan satu program yang telah diwujudkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Pengajaran ini telah diwujudkan bagi memenuhi keperluan
pendidikan murid dengan keperluan khas. Pendidikan ini telah dirancang untuk
menilai keberkesanan pengajaran bagi membantu murid dengan keperluan khas
mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan hidup yang memuaskan sebagaimana
murid normal yang lain. Namun begitu tidak dinafikan bahawa pencapaian murid
keperluan khas ini tidak begitu memuaskan. Oleh itu, Akta Pendidikan 1996 dalam
Peraturan-peraturan pendidikan Khas bahagian II Para 4 mengatakan bahawa;
“Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh
mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat pendidikan khas”
Di samping itu, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/2002 juga turut melanjutkan
tempoh pelaksanaan bagi murid yang berada di kelas Khas Bermasalah
Pembelajaran (KKBP) dengan tempoh belajar adalah dari umur minimum 6 tahun
sehingga maksimum 14 tahun. Penyelarasan yang telah dilakukan oleh pihak
Jabatan Pendidikan Khas ini dilakukan agar murid kurang upaya mendapat khidmat
pendidikan yang sewajarnya dengan prinsip ‘Pendidikan Untuk Semua’ dan ‘
Pendemokrasian Pendidikan.
Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah
dikenalpasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah
pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling
ramai. “Individual with Disabilities Education Act (IDEA), (1997) mendefinisikan
sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses asas psikologi melibatkan
pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana
1
masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan
membaca yang tidak sempurna. Manakala, Mansor (2005) pula berkata bahawa
program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan untuk
menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan
menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan
ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas bagi Masalah
Pembelajaran menyenaraikan lima modul teras asas iaitu pengurusan kurikulum,
asas 3M, pendidikan seni kreatif, pendidikan islam dan moral serta pendidikan
jasmani.
Modul teras asas yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Khas bagi
asas 3M ialah Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, Bahasa Inggeris sememangnya
penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk memajukan negara bagi
mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan negara lain. Penggunaan dan
penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan kerana Bahasa Inggeris
merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas. Penggunaan
Bahasa Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus
pada seawal pendidikan pra-sekolah (Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan
Rozmel Abdul Latiff, 2007). Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran yang wajib
diambil oleh semua pelajar dari tahun satu sehingga tingkatan lima. Kurikulum
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dibina berdasarkan tahap keupayaan
dan keperluan murid. Kurikulum bagi kumpulan murid ini lebih berfokus kepada
penguasaan kemahiran bagi memenuhi keperluan individu, dan tidak terlalu
menekankan akademik. Namun begitu, Bahasa Inggeris turut diajar kepada murid
Pendidikan Khas ini kerana program pengajaran dan pembelajaran bagi kategori
masalah pembelajaran ini juga dibentuk secara fleksibel selaras dengan Peraturan-
Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1997.
Malahan, di universiti-universiti tempatan juga telah memperluaskan
penggunaan Bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran. Selain itu, Bahasa
Inggeris juga merupakan bahasa yang paling utama ataupun dikenali sebagai
bahasa nombor satu di dunia. Di sini dapat dilihat bahawa kepentingan penggunaan
Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa utama yang digunakan pada hari ini. Di
2
samping itu, Bahasa Inggeris juga dilihat sebagai bahasa yang membolehkan
penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan difahami oleh semua serta dijanjikan
keberkesanan di era perkembangan pesat dan teknologi moden seperti pengenalan
televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian komputer malahan hampir 99
peratus maklumat dalam internet adalah dalam Bahasa Inggeris (Ahmad Zahri Jamil,
2002).
Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di dalam bilik
darjah. Leonard M. S et al (1996) telah menyatakan bahawa;
“kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin murid-murid
supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran. Di antara hasil-hasil yang boleh dari persekitaran kreatif dalam
bilik darjah ialah:
- Pertambahan minat murid-murid dalam mata pelajaran yang diajar.
- Murid-murid boleh mempelajari cara bekerjasama antara satu sama lain.
- Murid-murid akan mengembangkan keyakinan diri dalam pembelajaran
dan anda sebagai guru akan menyukai kerja anda”
Berdasarkan apa yang dinyatakan itu, maka sudah tentulah amat penting
sekali bagi guru-guru Bahasa Inggeris untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah
yang kreatif serta sesi pengajaran yang menarik melalui didik hibur. Ini sekaligus
akan menarik minat murid untuk terus belajar dengan penuh keyakinan. Didik hibur
adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan murid-
murid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih
dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran
dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan
berkesan ( Dr. Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar, 2009 ). Cadangan
pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila
keputusan cabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar
dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di
Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.
3
Satu inovasi perlu dilakukan demi menarik minat serta merangsang minda
pelajar untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran sekolah rendah khususnya
Bahasa Inggeris dengan mempelbagaikan bentuk pengajaran seperti
mengaplikasikan elemen lagu (nyanyian). Guru bukan sahaja berperanan untuk
mengajar ilmu baharu kepada pelajar, tetapi guru juga perlu bijak mencari
pendekatan yang pelbagai untuk menarik minat murid untuk terus belajar. Di
samping itu guru perlu memahami minat serta kecenderungan para muridnya
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dijalankan. Justeru itu, pengkaji
akan mencuba untuk menggunakan kaedah kemahiran nyanyian bagi menyebut
kosa kata dan perkataan dalam Bahasa Inggeris.
Iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan
kerana di samping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan
mendorong penumpuan, Norani (2003). Hj. Ab. Fatah (1990) menguatkan lagi
pendapat Norani dengan mengatakan bahawa kebiasaannya maklumat yang boleh
menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada
maklumat yang tidak menyeronokkan. Kesimpulan daripada pendapat kedua-dua
pengkaji ini ialah semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin
mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Maka
dengan itu, peluang harus diambil oleh para guru untuk mengaplikasikan elemen
seni dan lagu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
4
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengkaji telah melalui fasa praktikum di dua buah sekolah yang berlainan di sekolah
integrasi Pendidikan Khas sekitar Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh menjalani
praktikum, pengkaji telah diberikan beberapa mata pelajaran untuk diajar di Program
Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran sekolah tersebut dan salah satu
daripadanya ialah mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pengkaji juga telah mengajar
murid-murid bagi mata pelajaran ini yang mana terdiri daripada murid-murid
berkefungsian tinggi.
Bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, pengkaji dikehendaki memperkenalkan
perkataan dalam Bahasa Inggeris bagi setiap tajuk seperti mengenal ahli keluarga,
benda di dalam kelas, warna asas, dan nombor. Di samping itu, pengkaji perlu
mengambil alih sepenuhnya Bahasa Inggeris kelas tersebut sepanjang tempoh
praktikum. Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran ( P&P ) dilaksanakan, pengkaji
dapat mengesan beberapa kelemahan yang timbul dalam kalangan murid semasa
menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul.
Antara masalah yang dapat dikenalpasti ialah murid didapati sukar untuk
mengingat perkataan asas yang diajar. Walaupun pengkaji telah mengajar dengan
menggunakan pelbagai kaedah dan disokong oleh bahan bantu mengajar, murid
masih lagi tidak dapat mengingati perkataan asas yang diajar. Murid dapat
mengenal setiap perkataan yang diajar oleh pengkaji. Namun, murid hanya dapat
mengingat berdasarkan kepada pengalaman pengetahuan mereka dalam Bahasa
Malaysia. Selain itu, murid ini juga menghadapi masalah menjawab soalan guru
dalam Bahasa Malaysia berbanding Bahasa Inggeris di dalam kelas Bahasa
Inggeris.
Semasa menjalani praktikum fasa tiga di sebuah sekolah sekitar Kuala
Lumpur, pengkaji turut mengesan masalah murid dalam topik warna. Murid
menghadapi masalah untuk menyebut dan mengecam warna dalam Bahasa
Inggeris dengan betul. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran sedang
berlaku di dalam kelas, murid menunjukkan reaksi yang positif di mana murid dapat
memadankan warna dan perkataan dengan betul. Pada akhir pengajaran, pengkaji
telah menyediakan lembaran kerja di mana murid dikehendaki memadankan warna
dengan perkataan. Namun begitu, murid tidak dapat memadankan warna dan
5
perkataan dengan betul. Setelah ditegur, pengkaji mendapati murid seakan-akan
tidak berminat untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Setelah mengenalpasti masalah yang berlaku, pengkaji sukar untuk menentukan
tahap penguasaan murid dalam mengenal perkataan asas dalam Bahasa Inggeris.
Oleh itu, pengkaji berpendapat bahawa pengkaji perlu mencari alternatif serta
mencari pendekatan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang timbul ini bagi
menarik minat murid untuk belajar dalam bahasa inggeris.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Saranan kerajaan adalah mahukan guru membentuk modal insan yang kritis, kreatif
dan inovatif. Begitu juga dengan amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas telah diterapkan dalam situasi sebenar di sekolah dan ini dibuktikan sendiri
oleh pengkaji semasa menjalankan praktikum selama tiga fasa berturut di tiga buah
sekolah yang berbeza. Namun begitu, terdapat juga para guru yang tidak
menerapkan penekanan yang begitu serius dan mendalam. Menurut Shahril Marzuki
(2005), amalan pengajaran guru yang berkesan bermakna guru tersebut berupaya
mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM) dan
mendalami isi kandungan yang hendak diajar.
Dasar pendidikan untuk semua telah diperkenalkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan negara sejajar dengan evolusi
pembangunan dan kemampuan negara. Dasar yang diwujudkan ini adalah bertujuan
supaya sistem pendidikan negara setaraf dengan negara-negara luar. Menerusi
dasar pendidikan untuk semua ini membolehkan kesemua kanak-kanak
warganegara Malaysia boleh mengikuti peluang pendidikan yang disediakan
termasuklah kanak-kanak yang berkeperluan khas.
Menurut The Individuals with Disabilities Education ( 1990,seperti dinyatakan
dalam Overton, 2006 ), kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak
berkeperluan khas dan layak mengikuti program pendidikan khas yang ditawarkan
ialah kanak-kanak yang mempunyai masalah autisma, masalah pendengaran,
masalah penglihatan, terencat akal, masalah fizikal dan kesihatan, masalah
pembelajaran, masalah emosi dan tingkah laku serta pintar cerdas. Hal ini juga turut
disokong oleh K.A Razhiyah (2006) yang menyatakan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran merangkumi kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan,
6
sindrom own, autisma, attention deficit hyperactivity disorder ( ADHD ), terencat akal
dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia, disgrafia, diskalkulia dan lain-
lain.
Berbeza kemampuan dan kekurangan dari segi mental dan fizikal tidak
menghalang pendidikan diberi kepada semua kanak-kanak. Pendidikan mesti
diberikan dan diajari oleh pendidik sebagaimana dasar negara iaitu pendidikan
adalah untuk semua. Sepanjang tinjauan pengkaji, pengkaji mendapati murid-murid
menghadapi masalah tidak begitu faham tentang perkara yang dipelajari
terutamanya kefahaman tentang makna perkataan Bahasa Inggeris. Makna setiap
perkataan sememangnya sangat penting dan keperluan memahami makna
perkataan sepatutnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Seseorang murid yang tidak
memahami makna perkataan yang dipelajari akan menyukarkannya memahami isi
kandungan pelajaran. Pengkaji juga mendapati bahawa murid hanya menyalin tetapi
tidak memahami makna perkataan yang disalin. Menurut Pierangeto & Giuliani,
(2006) menyatakan bahawa ramai kanak-kanak boleh membaca, namun demikian
tidak memahami apa yang telah dibaca.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang tidak digemari ramai. Hal ini kerana
Bahasa Inggeris dilihat sukar difahami oleh kebanyakan murid. Di samping kelainan
dalam sebutan sesetengah perkataan membuatkan murid tidak berminat untuk
mempelajari Bahasa Inggeris dan mengakibatkan keputusan markah peperiksaan
bagi matapelajaran Bahasa Inggeris agak merosot. Di samping itu juga, masalah
daya ingatan murid-murid berkeperluan khas terhadap isi kandungan pembelajaran
di dalam kelas telah dilihat sebagai limitasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris. Implikasi yang dikesan melalui masalah ini ialah objektif
pengajaran yang telah dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
tidak tercapai sepenuhnya.
Murid-murid berkeperluan khas ini memerlukan intervensi dan teknik
pengajaran khusus yang membolehkan mereka menumpukan perhatian semasa
pengajaran dan pembelajaran dan mengingati sesuatu isi dan kandungan pelajaran
dengan mudah dan berkesan. Dengan itu, pengkaji telah mengambil langkah
dengan mengubahsuai teknik pengajaran di dalam kelas iaitu menggunakan aplikasi
muzik dan nyanyian semasa penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam
7
kelas. Teknik yang digunakan ini dilihat sebagai satu teknik pengajaran yang sesuai
agar dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Seorang guru yang kreatif dan inovatif akan berusaha mencari jalan
penyelesaian agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menarik dan
berupaya menarik minat murid untuk terus melalui pengajaran dan pembelajaran
tanpa membosankan murid-murid sehingga ke akhir waktu pengajaran seharian.
Ditambah pula dengan murid-murid berkeperluan khas yang kebiasaannya
menghadapi tumpuan singkat. Dengan adanya inovasi dalam pembelajaran dan
strategi pengajaran yang sesuai, tidak mustahil guru dapat menarik minat murid
untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga ke akhir waktu.
Pengajaran Bahasa Inggeris dengan pendekatan muzik akan menarik minat
murid untuk mengikuti setiap isi kandungan pelajaran. Pendekatan muzik
terutamanya boleh digunakan di dalam setiap aktiviti pembelajaran. Muzik
merupakan kaedah yang menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua bentuk
kecerdasan dan kemahiran. Keseronokan muzik akan menghidupkan keinginan
murid untuk belajar, berfikir, mendengar dan mengeluarkan buah fikirannya. Dengan
situasi yang ceria, murid akan dapat menjalani proses pembelajaran yang berkesan
dan mudah (Masrun, 1990).
Penggunaan muzik dalam pengajaran dapat menggalakkan murid untuk
menumpukan perhatian terhadap isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh
guru. Muzik mempunyai hubungan yang rapat dengan kehidupan kita. Melalui muzik
seseorang itu akan dapat melahirkan dan menyatakan kegembiraan, keriangan,
kesedihan, kemarahan, kedamaian, kemenangan, kekalahan, kekuatan dan lain-lain
fenomena kehidupan. Muzik boleh menggambarkan emosi seseorang mahu pun
boleh menggantikan pernyataan melalui pertuturan atau tingkah laku. Kegiatan
muzik merupakan satu saluran komunikasi yang sangat penting. Fahaman dan
penglibatan murid dalam kegiatan muzik yang meluas dan sejagat akan dapat
membantu mengeratkan perhubungan dan persefahaman kemanusiaan.
8
2.0 FOKUS KAJIAN
Pada bahagian ini, pengkaji menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan isu kajian
yang dilaksanakan melalui tinjauan awal dan analisis terhadap tinjauan yang dibuat.
Selain itu, bahagian ini juga mengandungi literatur tentang kajian yang berkaitan
dengan bidang kajian yang dijalankan oleh pengkaji.
2.1 Isu Kajian
Melalui pemerhatian dan pengalaman pengkaji semasa menjalani latihan praktikum,
pengkaji mendapati kebanyakan murid yang mengikuti program Pendidikan Khas
integrasi ( PPKI ) menghadapi kesukaran dalam menyebut dan mengenal perkataan
dalam Bahasa Inggeris bagi sesuatu tajuk. Walaupun tajuk mengenal perkataan
asas yang diajar kepada murid bermasalah pembelajaran berkefungsian tinggi,
namun, murid dilihat mengalami kesukaran dalam mengenal perkataan tersebut
dalam Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan
yang diberikan dengan betul semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan di dalam kelas.
Penekanan serius perlu diberi bagi menyelesaikan permasalahan ini. Hal ini
kerana murid akan bermasalah seperti timbulnya perasaan malas untuk belajar dan
sering menimbulkan persoalan di luar tajuk pembelajaran pada hari itu. Ini
disebabkan oleh, kegagalan murid untuk mengikuti pengajaran guru di dalam kelas
tersebut akan menurunkan minat murid untuk terus belajar. Masalah yang lebih rumit
dikhuatiri timbul ialah keyakinan diri murid untuk terus belajar menurun dan berasa
tertekan setiap kali waktu pembelajaran Bahasa Inggeris. Sehubungan dengan itu,
pengkaji mencadangkan agar penggunaan stategi pengajaran seperti kaedah
nyanyian di dalam kelas Bahasa Inggeris diperluaskan dengan harapan dapat
membantu murid bermasalah pembelajaran menyebut sekaligus mengenal
perkataan Bahasa Inggeris.
2.1.1 Tinjauan Awal
Bagi melaksanakan kajian yang dirancang, pengkaji telah membuat tinjauan awal.
Tinjauan awal ini dibuat bagi mengenalpasti masalah serta mengumpul maklumat-
maklumat yang berkaitan bagi memperoleh data dan pengesahan tentang masalah
yang dihadapi oleh murid dalam menyebut dan mengenal perkataan dalam Bahasa
9
Inggeris. Tinjauan awal turut berperanan sebagai satu cara yang efektif bagi
membantu pengkaji memperoleh maklumat awal agar proses intervensi yang akan
dijalankan bersesuaian dengan keperluan dan tahap murid.
Sehubungan itu, pengkaji telah menjalankan ujian pra sebagai pentaksiran
bagi membuat tinjauan awal tentang masalah yang dikaji. Ujian pra semasa proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan ke atas subjek kajian adalah untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tahap kebolehan murid dalam menyebut serta
mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris. Semasa menjalankan ujian pra ini,
pengkaji tidak mengaplikasikan lagi kaedah nyanyian semasa mengajar tajuk
Warna. Ujian Pra yang dijalankan ke atas murid boleh dilihat di Lampiran A.
2.1.2 Analisis Tinjauan Awal
Berdasarkan soalan ujian pra yang diagihkan, terdapat satu komponen sahaja yang
diuji. Komponen kemahiran yang diuji melibatkan kemahiran mengecam dengan
memadankan gambar warna dengan perkataan yang betul. Skala pemarkahan dan
keputusan yang diperoleh diterangkan pada jadual dibawah.
Jadual 1
Skala pemarkahan Ujian Pra
Jumlah Jawapan
Betul
Skala Pencapaian Interpretasi Item yang Dinilai
0 – 2 Lemah Tidak dapat menguasai kemahiran
mengecam yang diuji seperti
diharapkan
3 – 5 Sederhana Menguasai kemahiran mengecam
soalan yang diuji pada tahap
sederhana
6 – 8 Baik Dapat menguasai kemahiran
mengecam soalan yang diuji dengan
betul
10
Jadual 2a
Skor jawapan betul yang diperoleh oleh subjek kajian 1 (Murid A)
Warna Jawapan betul
Blue Betul
Red Salah
Yellow Betul
Green Salah
Brown Betul
Orange Betul
Purple Salah
Grey Salah
Jumlah : 4 / 8
Peratus ( % ) : 50 %
Jadual 2b
Skor jawapan betul yang diperoleh oleh subjek kajian 1 (Murid B)
Warna Jawapan betul
Blue Betul
Red Salah
Yellow Salah
Green Betul
Brown Salah
Orange Betul
Purple Salah
Grey Salah
Jumlah : 3 / 8
Peratus ( % ) : 37.5 %
11
Jadual 2c
Skor jawapan betul yang diperoleh oleh subjek kajian 1 (Murid C)
Warna Jawapan betul
Blue Betul
Red Salah
Yellow Betul
Green Salah
Brown Salah
Orange Salah
Purple Betul
Grey Betul
Jumlah : 4 / 8
Peratus ( % ) : 50 %
12
2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
i. Kebolehtadbiran
Pengkaji telah melaksanakan aktiviti yang berkait dengan kebolehan murid
berkeperluan khas menyebut seterusnya mengenal perkataan dalam Bahasa
Inggeris bagi tajuk Warna yang mana murid mendengar nyanyian lagu Warna dalam
Bahasa Inggeris mengikut iringan muzik. Pelaksanaan intervensi yang dipilih adalah
menarik minat murid. Pengkaji mengaplikasikan kaedah nyanyian di dalam
pengajaran bermula daripada langkah permulaan iaitu mengenal warna hingga
langkah penutup sesi pengajaran dan pembelajaran dengan dibantu oleh
penggunaan bahan bantu mengajar ( BBM ) yang sesuai. Selain itu, kajian ini juga
mudah untuk ditadbir kerana dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran
pengkaji sendiri serta subjek kajian daripada kelas yang sama.
ii. Kepentingan
Intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji bertujuan meningkatkan tahap
kebolehan murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dalam menyebut
seterusnya mengenal perkataan dalam Bahasa Inggeris. Kebolehan menyebut
dengan betul perkataan Bahasa Inggeris merupakan salah satu kemahiran yang
ditekankan dalam sukatan pelajaran Bahasa Inggeris iaitu dari aspek kemahiran
mendengar dan menyebut. Sebutan yang betul dapat diaplikasikan dalam kehidupan
seharian di mana murid dapat berkomunikasi dengan orang sekeliling dan difahami
oleh orang lain. Maka, adalah penting untuk murid menguasai kemahiran menyebut
dengan betul agar murid-murid berkeperluan khas juga dapat menjalani rutin
kehidupan yang seakan-akan normal dengan masyarakat.
iii. Kebolehgunaan
Menerusi kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji, kemahiran menyebut
membolehkan murid bermasalah pembelajaran mengamalkannya dalam kemahiran
asas untuk berdikari. Contohnya, semasa berkomunikasi dengan masyarakat
sekeliling. Oleh hal demikian, suatu kemestian kepada murid untuk menguasai
13
kemahiran ini agar dapat membantu mereka dalam berkomunikasi dengan sebutan
yang betul.
iv. Kawalan
Kawalan bagi kajian yang dilaksanakan oleh pengkaji lebih menjurus kepada
kawalan kelas dan murid. Sepanjang kajian dilaksanakan, murid dapat dikawal
kerana ia melibatkan penggunaan kaedah kajian yang menarik minat murid untuk
belajar. Maka, murid mendengar arahan yang dikeluarkan oleh guru dan sentiasa
bersama-sama dengan guru sepanjang sesi pengajaran. Batasan kajian yang
dijalankan juga melibatkan murid-murid dari kelas yang sama dan kelas yang diajar
oleh pengkaji sendiri. Ini membolehkan murid berasa selesa semasa pengajaran
kerana telah mengenali dengan dekat sesama mereka serta pengkaji juga telah
mengetahui perwatakan dan tingkah laku murid.
v. Kolaborasi
Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji memperoleh kerjasama yang baik daripada
murid-murid yang diambil sebagai subjek kajian. Di samping rakan pengkaji juga
yang telah memberikan kolaborasi semasa kajian dilaksanakan dengan membantu
merekod maklumat senarai semak yang diperlukan. Selain itu, pengkaji turut
berbincang dengan guru-guru Pendidikan Khas terutama guru kelas dan guru
Bahasa Inggeris tentang intervensi yang dilaksanakan serta perkongsian maklumat
yang diperlukan.
vi. Kerelevan kepada sekolah
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji dapat memberi faedah kepada pihak sekolah
terutama Program Pendidikan Khas Integrasi iaitu boleh meningkatkan tahap
penguasaan murid yang berkefungsian tinggi menyebut perkataan Bahasa Inggeris
dengan betul. Oleh itu, apabila murid dapat menguasai sebutan perkataan Bahasa
Inggeris semakin bertambah baik, maka keupayaan mereka dalam subjek Bahasa
Inggeris secara tidak langsung lebih menggalakkan. Di samping dapat meningkatkan
kemahiran komunikasi murid, ini sekaligus dapat mengaplikasikan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.
14
2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian
Bahagian ini membincangkan literatur kajian tentang teori dan pendekatan yang
digunakan oleh pengkaji dalam meningkatkan penguasaan murid berkeperluan khas
dalam matapelajaran Bahasa Inggeris bagi kemahiran menyebut dan mengenal
perkataan Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, bahagian ini juga turut menyentuh
tentang kajian-kajian lepas yang dapat dikaitkan dengan bidang kajian yang
dilaksanakan oleh pengkaji meliputi kajian dalam negara dan juga kajian-kajian
permasalahan yang sama di luar negara.
2.2.1 Teori / Model / Pendekatan / Strategi
a) Minat Terhadap Muzik
Murid boleh didorong dengan sesuatu sumber untuk dijadikan sebagai penggerak
utama. Begitu juga dengan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Inggeris.
Menurut Mohd Daud Hamzah, (2009) telah mengatakan bahawa minat murid boleh
mendorong murid untuk berusaha bersungguh-sungguh mempelajari subjek yang
diminati. Dengan adanya dorongan oleh minat dan naluri seseorang murid itu, ilmu
yang dipelajari dapat dirangsangkan seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar
yang positif dalam bilik darjah.
Perspektif masyarakat kita menanam sikap bahawa Bahasa Inggeris sukar
untuk dipelajari. Maka dengan itu, sebagai guru Bahasa Inggeris, mengetahui minat
murid dapat membantu guru merancang proses pengajaran yang lebih efektif dan
berkesan adalah sangat penting. Bagi menggalakkan murid bergerak dengan lebih
aktif dalam kelas Bahasa Inggeris, guru perlu mempelbagaikan cara pengajaran
supaya dapat menarik perhatian murid. Dengan itu, guru berperanan untuk
mengutamakan pengajaran yang berkesan untuk memupuk minat murid terhadap
matapelajaran Bahasa Inggeris.
15
Menurut Russel (1968, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003) yang
mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktiviti yang memuaskan dan
mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-aktiviti seterusnya.
Minat seseorang murid akan dapat dikenalpasti apabila seseorang murid itu
mempunyai pengalaman yang tersedia ada dalam kehidupan mereka. Berdasarkan
kepada pengalaman yang ada mampu mengatasi kekurangan di dalam kecerdasan
seseorang. Ia dapat dipertingkatkan apabila mendapat dorongan daripada ibubapa,
guru serta rakan-rakan semasa proses pembelajaran.
b) Kaedah Nyanyian
Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Fadhlina Mohd Azizuddin (2010),
penggunaan Bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan teknologi, perubatan
perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi dan
pengetahuan ekonomi. Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Bahasa
Inggeris banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk
memperolehi ilmu dan maklumat mesti menerusi Bahasa Inggeris. Ini menjadikan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi yang sangat penting. Hasil kajian oleh
Salcedo (2002) mendapati bahawa penggunaan lagu dalam bilik darjah bahasa
asing mungkin membantu murid mengingati sesuatu teks.
Menurut dapatan kajian yang dijalankan oleh Elisabeth (2005), keberhasilan
pembelajaran bahasa sangat dipengaruhi oleh kemampuan seseorang guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan
menyenangkn kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak dikatakan suka menyanyi dan
bergerak. Justeru, dengan adanya penggunaan lagu dan aktiviti pergerakan dalam
sesuatu P&P dapat dijadikan sebagai satu pendekatan yang efektif dalam
pembelajaran bahasa terutamanya Bahasa Inggeris. Kesimpulan daripada tinjauan
literature yang lepas mengatakan bahawa kanak-kanak lebih mudah memahami
pengajaran melalui aktiviti nyanyian.
Selain itu, Butzlaff (2002) dan Lamb & Gregory (1993) mendapati wujudnya
hubungan antara pencapaian membaca dan muzik. Muzik sebenarnya telah
memberi peluang kepada murid yang menghadapi kesukaran membaca dan menulis
dengan sifatnya yang dapat dimain berulang kali, merdu dan penuh menyentuh
perasaan (Gipe, 2002). Tindakan memainkan muzik dengan lagu memotivasikan
16
murid untuk menghadiri dan menumpu perhatian di dalam bilik darjah (Tan & Shi,
2005). Plato seorang ahli falsafah Yunan dan ahli falsafah China, Mencius
berpendapat muzik membentuk jiwa dan budi, muzik yang indah menjamin
masyarakat yang teratur dan muzik yang buruk pula membahayakan Negara
(Yusnor Ef. , Perkembangan Muzik Melayu Singapura 50-an Hingga 90-an, 1991),
Berdasarkan kepada kata-kata daripada ahli falsafah ini memaklumkan
kepada kita bahawa muzik dapat membentuk sesebuah personality seseorang di
samping membina sesebuah tamadun. Maka dengan itu, peranan muzik dapat
membentuk diri seseorang itu samada menjadi lebih baik ataupun sebaliknya.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Rosida Othman (2010), ramai yang belum
menyedari bahawa pentingnya muzik sebagai agen penyampaian ilmu.
2.2.2 Kajian Lepas
Terdapat beberapa kajian yang dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain yang
mempunyai perhubungan dengan tajuk pengkaji telah dijadikan sebagai sumber
rujukan. Menurut Swanwick dan Taylor (1982) telah menyatakan bahawa muzik
boleh dijadikan sebagai satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan
emosi yang tegang. Ia telah diperakui dapat menjadi daya tarikan dalam pengajaran
dan pembelajaran supaya lebih bermakna.
Selain itu, Krashen (1982) menyatakan bahawa lagu membekalkan input
bahasa di mana ia merupakan elemen penting dalam perolehan bahasa. Tindakan
memainkan muzik dan lagu memotivasikan murid untuk menghadiri dan menumpu
perhatian di dalam bilik darjah, Tan & Shi (2005). Maryna Badenhorst (2009) turut
menyatakan bhaawa pengintegrasian muzik yang efektif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran membentuk persekitaran pembelajaran yang menggalakkan
murid untuk belajar. Maka dengan ini dapat disimpulkan bahawa penggunaan lagu
adalah merupakan antara kaedah yang paling ideal bagi menggalakkan penglibatan
aktif murid serta minat kanak-kanak terhadap rutin harian dan sekaligus membantu
mereka mencipta kemahiran baru melalui pembelajaran berterusan.
Bagi mengukuhkan lagi kajian yang akan dijalankan, pengkaji telah
menjadikan kajian pengkaji iaitu Johar, (2006) di mana pengkaji telah menjalankan
kajian di sebuah sekolah kategori Pendidikan Khas di Kuala Terengganu. Pengkaji
17
tersebut telah membuat tinjauan awal melalui semakan kerja murid, ujian pra, temu
bual serta pemerhatian. Hasil tinjauan menunjukkan bahawa murid mempunyai
masalah dalam proses membaca. Selaras dengan itu, pengkaji telah mengambil
langkah menggunakan kaedah menyanyikan suku kata, perkataan dan ayat sebelum
proses membaca dijalankan.
Berdasarkan kajian ini, dapatan kajian menunjukkan ada peningkatan dalam
tahap penguasaan kemahiran membaca responden. Maka dengan peningkatan ini
menunjukkan bahawa elemen muzik dapat membantu responden dalam
meningkatkan kemahiran membaca. Kajian ini juga turut dikukuhkan dengan
penggunaan lagu juga di mana lagu boleh meningkatkan minat untuk membaca
berada pada tahap yang konsisten di samping meningkatkan penguasaan
kemahiran membaca dalam kalangan murid-murid.
2.3 Istilah Kajian
Bahagian ini mengupas tentang istilah-istilah kajian yang sering digunakan oleh
pengkaji dalam melaksanakan kajian ini.
2.3.1 Murid Bermasalah Pembelajaran
Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran merupakan kanak-kanak yang dikenalpasti
dan disahkan oleh pakar klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
proses pembelajaran. Pendedahan dan kaedah stesen pula merupakan satu bentuk
pengajaran dan pembelajaran yang dilengkapi dengan bahan sokongan yang efektif
bagi pelajar yang berkeperluan khas melalui kaedah “Hands On Experience”.
Pendedahan ini memberi penekanan kepada pembelajaran mengikut tahap
keupayaan, kecerdasan, kemahiran, kebolehan, minat serta peluang belajar
menerusi pengetahuan sedia ada.
Masalah yang dialami boleh dikategorikan seperti berikut:
1) Kebolehan Kognitif
2) Perkembangan Sosial
3) Pertuturan
4) Membaca
5) Mengira
18
Manakala, menurut Wikipedia Malaysia pula mengatakan bahawa
bermasalah pembelajaran boleh dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran di
mana kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketakupayaan pembelajaran.
Sebenarnya, ketakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab,
malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Dan ini juga bukanlah berlaku akibat
daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh
persekitaran. Ketakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam
otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan
bertindak balas terhadap sesuatu maklumat.
2.3.2 Bahasa Inggeris
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Bahasa Inggeris dimaksudkan dengan bahasa
sebagaimana yang dipertuturkan oleh orang Inggeris. Manakala dalam Wikipedia
Malaysia pula mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa Jermanik Barat
yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat,
kebanyakan negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni
British yang lain. Ia juga adalah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan
Negara yang dahulunya dibawah pemerintahan British.
Bahasa Inggeris kini ialah keempat ( atau kemungkinan ketiga bergantung
kepada sumber ) yang paling banyak bahasa asli yang dituturi di seluruh dunia
( selepas Cina, Hindi dan secara pertikaian Sepanyol ) dengan sesetengah 380 juta
penutur. Bahasa Inggeris juga ahli dominan bahasa Jermanik. Ia mempunyai status
lingua franca di kebanyakan budaya dari Empayar British pada abad ke-18, 19 dan
awal abad ke-20 dan demikian di Amerika Syarikat dari awal abad ke-20 hingga kini.
Oleh sebab Bahasa Inggeris begitu kerap digunakan, bahasa tersebut telah
disebut sebagai “bahasa antarabangsa” ataupun lingua franca era pasca globalisasi.
Walaupun bahasa tersebut tidak ditetapkan bahasa rasmi di banyak negara, Bahasa
Inggeris merupakan bahasa asing yang paling umum dan sering diajarkan.
Beberapa pakar bahasa menganggap bahawa Bahasa Inggeris itu tidak lagi milik
eksklusif “budaya pengguna Inggeris” asli, tetapi hak milik semua penuturnya,
selaras dengan dasar demokratisasi bahasa. Bahasa Inggeris akan terus
berkembang pada masa yang sama, terus dipengaruhi pelbagai budaya-budaya lain.
19
Bahasa Inggeris disebabkan perjanjian antarabangsa adalah bahasa rasmi untuk
komunikasi udara dan maritim.
2.3.3 Muzik
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas mengatakan bahawa muzik ialah bunyi
yang diterima oleh individu dan berbeza bergantung kepada sejarah, lokasi, budaya
dan citarasa seseorang. Definisi sebenar muzik juga berbeza iaitu bunyi yang dikira
sedap oleh pendengarnya dan apa apa bunyi yang dihasilkan secara sengaja oleh
seseorang atau kumpulan. Walaupun muzik adalah sejenis fenomena yang sangat
unik. Ia boleh dibunyikan dengan beberapa gabungan alat muzik.
Manakala menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat pula mendefinisikan
muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan
menyenangkan, bunyi-bunyian. Di samping itu, muzik juga boleh didefinisikan
dengan pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.
2.3.4 Nyanyian
Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang
bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu
aktiviti manusia yang bertujuan untuk menggembirakan hati. Nyanyian boleh
dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan
dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap
sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi (Wikipedia
Malaysia ).
Sementara itu menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Kedua pula
mendefinisikan nyanyian dengan gubahan atau ciptaan muzik yang dilagukan
dengan suara, bunyi atau suara yang berirama dan berlagu.
20
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
Menerusi kajian yang dijalankan ini, pengkaji berharap murid-murid dapat mencapai
objektif-objektif yang berikut :
3.1 Objektif Umum
Kajian tindakan ini secara umumnya dilaksanakan untuk membolehkan murid
bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran dalam Bahasa Inggeris melalui
kaedah nyanyian.
3.2 Objektif Khusus
Pelaksanaan kajian tindakan ini bertujuan mencapai tiga objektif utama :
3.2.1 Membolehkan murid mendengar sebutan perkataan warna dalam lagu yang
dimainkan oleh guru.
3.2.2 Membolehkan murid menyebut semula perkataan warna yang didengar
daripada lagu yang dimainkan dengan sebutan yang betul melalui kaedah
nyanyian ‘Are you sleeping’.
3.2.3 Membolehkan murid mengecam perkataan warna dalam Bahasa Inggeris.
3.3 Persoalan Kajian
3.3.1 Adakah murid dapat mendengar sebutan perkataan warna dalam lagu yang
dimainkan oleh guru?
3.3.2 Adakah murid dapat menyebut semula perkataan warna yang didengar
daripada lagu yang dimainkan dengan sebutan yang betul melalui kaedah
nyanyian ‘Are you sleeping’ ?
3.3.3 Adakah murid dapat mengecam perkataan warna dalam Bahasa Inggeris?
21
4.0 KUMPULAN SASARAN
Bagi menjayakan kajian ini, pengkaji akan melibatkan murid-murid bermasalah
pembelajaran yang mengikuti program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah
sekolah di Kuala Lumpur. Subjek yang digunakan terdiri daripada enam orang murid
yang terdiri daripada empat orang murid lelaki dan dua murid perempuan. Subjek
merupakan murid-murid dari kelas yang sama iaitu kelas yang ketiga bagi program
integrasi Pendidikan Khas di sekolah tersebut.
Subjek dipilih merupakan murid-murid yang didapati lemah dalam kemahiran
menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris. Di samping itu juga, murid-murid ini
turut menghadapi masalah dalam kemahiran pengamatan di mana murid tidak dapat
mengecam perkataan dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu, murid dengan mudah
dapat mengecam warna apabila pengkaji menyebut perkataan warna dalam Bahasa
Melayu,. Pemilihan subjek adalah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan
sepanjang pengkaji menjalani latihan mengajar di kelas tersebut. Keenam-enam
subjek ini menghadapi kesukaran menyebut dan mengecam perkataan Bahasa
Inggeris berbanding murid-murid lain di dalam program integrasi Pendidikan Khas
sekolah tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan adalah
bersesuaian dengan hasrat pengkaji untuk membolehkan murid menyebut dan
mengecam perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan menggunakan kaedah
nyanyian.
Jadual 3
Demografi Subjek Kajian
Bil. Subjek Kelas Kecacatan Tahap kognitif
1. Murid A Ketiga Slow Learner Baik
22
Perancangan
Pemerhatian
Tindakan Refleksi
Lingkaran ke-2
Lingkaran ke-1
2. Murid B Ketiga Disleksia / Masalah
Pembelajaran
Baik
3. Murid C Ketiga Fizikal Baik
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN
Bahagian ini menghuraikan tentang proses yang akan dilakukan oleh pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini. Ia merangkumi kitaran yang dilaksanakan oleh pengkaji
melalui cara pengumpulan data, kaedah untuk menganalisis data dan perancangan
pelaksanaan tindakan yang di ambil.
Model Kurt Lewin ( 1948 ) telah digunakan oleh pengkaji sebagai garis
panduan bagi melaksanakan kajian yang dirancangkan. Pengkaji akan
mengaplikasikan model ini di dalam kajian bagi melihat peningkatan penguasaan
murid mengecam dan menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan kaedah
nyanyian di samping penggunaan kad perkataan sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran.
Model Kurt Lewin ini menerangkan bahawa dalam satu lingkaran terdiri
daripada empat peringkat iaitu merancang, bertindak, memerhati dan refleksi. Model
ini dipilih dalam kajian ini kerana pengkaji merasakan model ini sesuai bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid. Oleh itu, pengesahan daripada ujian
pra yang dilakukan bagi memastikan perancangan yang tepat dapat digunakan.
23
Rajah 1 : Lingkaran Penyelidikan Tindakan
5.1 Kitaran Kajian 1
5.1.1 Peringkat Merancang
Merancang merupakan peringkat terawal dalam melaksanakan kajian yang perlu
diberi fokus utama. Tujuan peringkat ini adalah untuk mencari penyelesaian yang
terbaik bagi menangani isu atau permasalahan yang telah dikenal pasti. Pada
peringkat ini, pengkaji membuat perancangan dalam tindakan yang meliputi
beberapa aspek penting sebagai langkah awal untuk memulakan kajian yang
dirancang.
Subjek kajian merupakan antara salah satu aspek yang diberi penekanan
pada peringkat perancangan. Bagi menjalankan perancangan tersebut, pengkaji
memerlukan tiga orang murid sebagai subjek kajian. Ia dipilih berdasarkan kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan. Subjek kajian yang dipilih perlulah mempunyai tahap
keupayaan yang sederhana dalam akademik. Namun begitu, subjek kajian yang
dipilih juga adalah berdasarkan keupayaan mempunyai kebolehan untuk membaca.
Kriteria-kriteria ini dipilih kerana tajuk kajian pengkaji adalah untuk membolehkan
murid menyebut dan mengecam perkataan warna dalam Bahasa Inggeris bagi murid
Program Pendidikan Khas Integrasi ( PPKI ). Maka, kriteria-kriteria tersebut perlu
dipenuhi terlebih dahulu agar data yang dikumpul tidak ralat dan mempunyai
kesahan yang tinggi.
Sementara itu, bagi aspek kedua pula yang dititiberatkan dalam kajian ini
ialah kaedah nyanyian. Pengkaji telah memilih kaedah nyanyian kerana kaedah ini
mempunyai kesinambungan daripada subjek kajian mendengar perkataan yang
disebut oleh pengkaji terlebih dahulu kemudian murid menyebut perkataan tersebut.
Subjek kajian diminta menyebut dan mendengar perkataan sebelum diperdengarkan
nyanyian lagu ‘Are you sleeping’.Rasional pengkaji meminta murid menyebut
24
perkataan sebelum diperdengarkan dengan nyanyian adalah untuk membolehkan
murid menyebut perkataan dalam Bahasa Inggeris dengan betul. Kemudian,
pengkaji memperdengarkan lagu nyanyian berkaitan dengan tajuk pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Pengkaji akan menilai samada murid dapat menyebut
perkataan warna dengan betul atau tidak semasa menyebut perkataan dengan
iringan muzik tersebut. Secara tidak langsung, pengkaji dapat mengukur tahap
pencapaian murid dengan baik kerana murid akan menunjukkan kebolehan dan
kelemahan yang ada pada diri mereka semasa nyanyian.
Di samping itu, bahan bantu mengajar turut dirancang dan merupakan salah
satu aspek yang digunakan dalam kajian ini oleh pengkaji. Bahan bantu mengajar
yang difokuskan ialah kad perkataan yang akan digunakan semasa intervensi.
Pengkaji telah menyediakan bahan bantu mengajar iaitu kad perkataan ini terlebih
dahulu sebelum mengajar. Penelitian pada aspek saiz bahan bantu mengajar perlu
ditekankan agar ianya fleksibel digunakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang dijalankan.
Perancangan masa pula merupakan aspek keempat dalam kitaran 1.
Pengkaji telah memilih untuk melaksanakan intervensi yang dirancang bagi kitaran
pertama sebanyak tiga kali selama satu jam bagi setiap sesi. Berdasarkan
pengalaman dan pemerhatian yang lepas pengkaji dapat mengumpul maklumat
bahawa subjek kajian mempunyai masalah mengikuti pengajaran pada kali pertama.
Pengajaran ini perlu diulang-ulang sekurang-kurangnya tiga kali sehingga mereka
dapat menguasai pembelajaran yang pertama tersebut. Maka dengan itu, bagi
memastikan intervensi dapat dijalankan dengan baik, pengkaji telah menggunakan
masa pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan iaitu tiga kali seminggu.
Aspek terakhir yang perlu diberi penekanan oleh pengkaji ialah menentukan
instrumen pengumpulan data bagi kajian yang dijalankan. Pengkaji telah memilih
cara pengumpulan data melalui pemerhatian dengan menggunakan senarai semak.
Bagi menguji keberkesanan intervensi yang dijalankan pula, pengkaji menggunakan
instrumen kajian dengan cara membuat latih tubi di mana murid dikehendaki
memadankan semula gambar dengan perkataan Bahasa Inggeris. Kaedah
pengumpulan data ini adalah amat penting untuk memperoleh hasil dapatan kajian.
5.1.2 Peringkat Tindakan
25
Peringkat tindakan merupakan peringkat seterusnya dalam melaksanakan kajian.
Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan sesi intervensi bersama-sama dengan
subjek kajian di dalam bilik darjah sebagaimana yang telah dirancang. Pengkaji
menggunakan rancangan pengajaran harian ( RPH ) sebagai medium utama bagi
membolehkan proses intervensi ini dilaksanakan. Dengan penggunaan rph sebagai
medium, perjalanan proses intervensi akan lebih tersusun dan sistematik.
Intervensi yang dilaksanakan pada kitaran pertama melibatkan 3 kali iaitu
sejam bagi setiap sesi dan mempunyai 5 langkah pelaksanaan intervensi bagi
kitaran 1. Pengkaji memutuskan untuk melakukan 3 kali adalah disebabkan oleh
beberapa faktor. Faktor pertama adalah kebolehan subjek kajian yang perlu diajar
dan diberi intervensi bagi setiap langkah secara satu persatu. Bagi setiap langkah
intervensi, pengkaji akan mengajar subjek kajian menyebut perkataan dengan
menggunakan bahan bantu mengajar kad perkataan. Murid akan menyebut setiap
perkataan terlebih dahulu. Pengkaji akan membantu murid menyebut perkataan
yang dipelajari pada hari itu dengan betul. Pengkaji memperbetulkan kesalahan
subjek kajian dalam menyebut setiap perkataan yang dipelajari pada hari itu.
Kemudian subjek kajian akan diperdengarkan dengan nyanyian
berdasarkan topik yang dipelajari. Subjek kajian akan mendengar lagu yang
dinyanyikan terlebih dahulu. Pengkaji juga akan turut menyanyikan bersama lagu
tersebut bagi memudahkan subjek kajian mengikuti nyanyian yang diperdengarkan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.
Langkah seterusnya yang akan digunakan oleh pengkaji melalui kaedah
nyanyian ini ialah subjek kajian dikehendaki menyanyi lagu berdasarkan topik yang
dipelajari pada hari itu dengan dibantu bahan bantu mengajar iaitu kad perkataan.
Pengkaji akan menggalakkan subjek kajian bergerak sambil menyanyi bagi
mewujudkan suasana yang gembira di samping menerapkan terapi psikomotor
kasar subjek kajian.
Langkah terakhir yang digunakan oleh pengkaji melalui kaedah nyanyian
ini ialah di mana subjek kajian menyebut perkataan yang dinyanyikan sambil
mengecam benda yang disebut. Dengan kata lain subjek kajian memahami makna
perkataan yang disebut.
26
Langkah 1:Penerangan
Pengkaji memberi penerangan kepada murid mengenai kaedah nyanyian sambil menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.Pengkaji membimbing murid menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul
Langkah 2:Menyebut
Pengkaji mengajar murid menyebut perkataan Bahasa Inggeris dibantu dengan bahan bantu mengajar iaitu kad perkataan.Murid menyebut dan guru memperbetulkan sebutan murid.
Langkah 3:Mendengar
Murid mendengar lagu mengenai topik pembelajaran pada hari tersebut.Pengkaji menyebut semula perkataan dalam lirik nyanyian yang diperdengarkan kepada murid.
Langkah 4:Menyanyi
Murid menyanyi lagu berdasarkan topik yang dipelajari pada hari itu dengan dibantu bahan bantu mengajar iaitu kad perkataan.
Langkah 5:Mengecam
Murid menyebut perkataan yang dinyanyikan sambil mengecam benda yang disebut.
27
5.1.3 Peringkat Pemerhatian
Peringkat yang seterusnya ialah pemerhatian dan perlu dilakukan oleh pengkaji
berdasarkan kitaran 1. Peringkat memerhati ini merupakan satu peringkat di mana
proses mengumpul data dilakukan oleh pengkaji untuk dijadikan sebagai bukti
terhadap kajian yang dilaksanakan.
Bagi melaksanakan peringkat pemerhatian ini, pengkaji akan menggunakan
satu kaedah pengumpulan data iaitu secara pemerhatian. Pemerhatian yang
dijalankan oleh pengkaji melibatkan penggunaan senarai semak sebagai satu garis
panduan kepada pengkaji agar aspek-aspek yang ingin diperhatikan tidak terlepas
pandang oleh pengkaji. Penilaian akan dibuat berdasarkan beberapa kriteria tertentu
sebagaimana yang dinyatakan pada lampiran B. Aspek-aspek yang dinyatakan akan
dinilai sebaik sahaja proses intervensi dijalankan pada setiap kali proses intervensi
dilaksanakan.
5.1.4 Peringkat Refleksi
Pada peringkat ini, pengkaji akan membuat analisis terhadap penilaian- penilaian
instrumen yang dilakukan sepanjang proses intervensi yang dilaksanakan bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran menyebut dan mengecam oleh subjek kajian
daripada PPKI sekolah rendah. Pengkaji akan menganalisis keberkesanan kaedah
yang digunakan. Pengkaji akan mengubah intervensi kepada tahap yang lebih sukar
untuk membuat penilaian samada kaedah yang digunakan dapat dicapai oleh subjek
kajian ataupun tidak dapat dicapai.
5.2 Cara Pengumpulan Data / Penganalisian Data
Bahagian ini akan membincangkan tentang cara pengumpulan data yang
dilaksanakan oleh pengkaji bagi mengumpul data kajian yang akan dijalankan.
Pengkaji menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul data iaitu pemerhatian
serta ujian pra dan ujian pos.
28
Rajah 2. : Langkah Pelaksanaan Intervensi Kitaran 1
5.2.1 Pemerhatian
Data pemerhatian dikumpulkan oleh pengkaji dengan menggunakan senarai semak
yang dibina oleh pengkaji. Senarai semak pemerhatian disediakan bagi
memudahkan pengkaji membuat pemerhatian terhadap aspek-aspek yang
dikehendaki dan mengelakkan daripada terlepas pandang. Tujuan utama
pemerhatian ini dibuat untuk melihat sejauh mana keberkesanan intervensi yang
dilakukan oleh pengkaji pada kitaran pertama dan kedua dalam membantu
meningkatkan kebolehan subjek kajian menyebut dan mengecam perkataan dalam
Bahasa Inggeris bagi murid PPKI.
Pemerhatian dilakukan oleh pengkaji pada setiap kali sesi intervensi
dilakukan iaitu pada kitaran pertama, pemerhatian akan dibuat sebanyak 4 kali
manakala pada sesi kedua, intervensi akan dilaksanakan sebanyak 2 kali. Aspek
yang dinilai semasa pemerhatian adalah sebagai yang dinyatakan pada Lampiran B.
5.2.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Kajian yang dilaksanakan ini melibatkan cara pengumpulan melalui ujian pra dan
ujian pos. Pengkaji akan melaksanakan ujian pra sebelum sesi intervensi dijalankan
bagi melihat prestasi subjek kajian pada peringkat awal. Selain itu, menerusi ujian
pra ini juga, pengkaji akan dapat mengenal pasti kelemahan yang dihadapi oleh
subjek kajian. Ujian pra dilaksanakan dengan menggunakan set soalan yang
disediakan oleh pengkaji. Ujian pra dilaksanakan tanpa ada had tempoh masa
ditetapkan dan soalan perlu dijawab kesemuanya oleh subjek kajian.
Manakala ujian pos pula ialah ujian yang dilakukan sebaik sahaja sesi
intervensi bagi setiap kitaran tamat dijalankan. Ujian pos yang akan dijalankan
bertujuan untuk mengukur prestasi subjek kajian tentang sejauh mana perubahan
yang berlaku setelah intevensi dilaksanakan. Set soalan ujian pos terdiri daripada
set soalan yang sama dengan ujian pra.
5.3 Cara Menganalisis Data
5.3.1 Pemerhatian
29
Analisis data yang dikumpul adalah berdasarkan kepada data yang diperoleh pada
senarai semak yang digunakan untuk penilaian. Item-item yang dinilai adalah
sebagaimana yang terdapat pada senarai semak di Lampiran B.
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
5.4.1 Jadual Pelaksanaan
Jadual 4
Jadual pelaksanaan tindakan
Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan Catatan
1. - Mengenal pasti tajuk kajian yang
ingin dijalankan
- Membuat bacaan & pengumpulan
bahan berkaitan kajian
Januari
2. - Menulis draf bahagian refleksi
p&p
- Merancang objektif kajian
Februari
3. - Mengenal pasti masalah dan
pengumpulan data tinjauan awal
Februari
4. - Merancang tindakan kitaran 1 Mac
5. - Melaksanakan tindakan kitaran 1 Mac
6. - Mengumpul data kitaran 1 Mac
7. - Menganalisis data kitaran 1 Mac
8. - Membuat refleksi kitaran 1 Mac
9. - Membuat perancangan kitaran 2 Mac
10. - Menulis laporan April
30
5.4.2 Kos Kajian
Jadual 5
Anggaran Kos Pelaksanaan Kajian
Bil. Jenis Bahan Kuantiti x Harga
seunit
Jumlah Kos
1. Kertas A4 Putih 2 X RM 8.90 RM 17.80
2. Ink Printer 4 X RM 9.00 RM 36.00
3. Mounting board 2 x RM 2.40 RM 4.80
4. CD 2 x RM 2.00 RM 4.00
5. Speaker 1 x RM 29.00 RM 29.00
JUMLAH RM 91.20
31
32