Kitaran air nota
-
Upload
wanie-sabrie-ws -
Category
Documents
-
view
551 -
download
0
Transcript of Kitaran air nota
KITARAN AIR
KEPENTINGAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KITARAN AIR
• Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal julah air yang mengalir ke kawasan tanaman terutama padi sawah.
Pertanian
• Sungai, selat, terusan dan lain-lain digunakan untuk mengangkut barangan dan penduduk khususnya di kawasan pendalaman.
• Sungai berperanan sebagai sistem pengangkutan air yang murah dan mudah serta merupakan pengankutan utama bagi penduduk di kawasan pendalaman yang sukar dihubungi melalui jalan darat.
Sistem Pengangkutan Air
• Melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan harian seperti minuman, mencuci dan sebagainya.
Kegunaan Domestik
• Sumber air seperti tasik dan air terjun dapat menambahkan keindahan tempat rekreasi dan menjadi tempat tarikan pelancongan.
Rekreasi, eko pelancongan dan sukan air
• Sumber air penting dalam industri makanan, pakaian dan lain-lain.
• Air digunakan sebagai pencuci dan membersih produk-produk atau hasil perindustrian.
Perindustrian
Lokasi berlakunya kitaran air Lokasi Penerangan
a) Proses sejatan di sungai dan tumbuh
tumbuhan
i. Proses pertukaran air dari bentuk cecair
atau pepejal ke bentuk wap air (gas).
b) Proses pemeluwapan
i. Proses penukaran air daripada bentuk
wap kepada cecair.
(sumber daripada
internet)
c) Proses Kerpasan
i. Proses jatuhan titisan atau bintik-bintik air
dari awan ke bumi.
d) Proses Infiltrasi
i. Proses pergerakan air ke dalam bahagian
bawah tanah dan batu dari permukaan atas
bumi.
Proses Kitaran Air
Sinar matahari akan memanaskan air di lautan
atau sungai dan ditarik sehingga berlaku proses
sejatan dan perpeluhan. Air juga akan tersejat dari
permukaan daun tumbuh-tumbuhan melalui
transpirasi.
Wap air kesan daripada proses sejatan dan
perpeluhan akan naik ke atmosfera dan mengalami proses pemeluwapan lalu
menghasilkan awan.
Kemudian, proses pembentukan titisan hujan berlaku dan menghasilkan
pelbagai jenis kerpasan iaitu hujan, salji, hujan beku dan
hujan batu.
Kerpasan yang jatuh semula ke daratan dan lautan akan
membentuk air larian permukaan bumi dan air
larian bawah tanah.
Walaubagaimanapun, bukan semua air
larian akan mengalir ke dalam sungai
kerana sebahagian besar daripadanya akan menyerap ke
dalam tanah sebagai infiltrasi.
Sebahagian daripada air larian akan
berada berdekatan
dengan bumi lalu menyerap
ke dalam sumber air
permukaan serta lautan.
Air permukaan yang cetek akan
diserap oleh akar-akar
tumbuhan dan akan
disingkirkan dari permukaan daun melalui proses
transpirasi tumbuhan.
Sebahagian air akan diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi akuifer (tempat batuan untuk menakung
air) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang
besar.
Proses kitaran air akan
berulang lagi dengan sejatan.
Aktiviti Manusia yang Mengancam Kitaran Air
Perindustrian
• Membebaskan banyak bahan pencemar ke udara yang bertindak sebagai nukleus higroskopik.
• Nukleus ini mampu menyerap wap-wap air dalam proses pemeluwapan untuk turun bersama sebagai hujan.
• Kualiti kitar air menjadi tidak bersih kerana berlakunya hujan asid.
Pembinaan Empangan
• Mengurangkan kadar larian air permukaan kerana kawasan cerun bukit telah ditenggalami air dan menjadi sebuah tasik yang besar.
• Menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik.
Pembalakan dan penyahutanan
• Pemusnahan secara besar-besaran menyebabkan proses transpirasi (perpeluhan) tumbuhan berkurangan dan mempengaruhi kelembapan udara di persekitaran.
• Udara menjadi kering dan akan mengganggu proses pemeluwapan dan hujan.
• Proses kitar air kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semula jadi di mana proses transpirasi melalui tumbuh-tumbuhan terganggu.
Aktiviti pembandaran
• Aktiviti penurapan muka bumi dengan tar, bitumen atau aspalt menyebabkan liang-liang tanah akan ditutup.
• Proses infiltrasi air hujan ke dalam tanah akan terjejas dan kadar infiltrasi akan berkurangan. Dengan ini, sistem akuifer dan aliran air bawah tanah akan semakin berkurangan.
• Air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan. Lebihan air permukaan boleh menyebabkan berlakunya banjir.
KITARAN FOSFORUS
KEPENTINGAN YANG DIPEROLEH DARIPADA KITARAN FOSFORUS
Kepentingan Merangsang
pertumbuhan akar tumbuh-tumbuhan.
Merangsang pengeluaran
bunga.
Membantu dalam menguatkan
sistem pertahanan pokok.
Penghasilan tenaga pada
peringkat awal tumbesaran
tumbuh-tumbuhan.
Mempercepatkan proses
kematangan tumbuh-tumbuhan.
Lokasi berlakunya kitaran fosforus Lokasi Penerangan
Fosfat pada batuan mendakan dalam bentuk
ion fosfat ini telah diserap oleh tumbuhan.
Tumbuhan mengambil fosfat dari tanah.
Haiwan menggabungkan fosfat ke dalam gigi,
tulang dan cangkerang.
Penguraian bakteria dan kulat.
Penyerapan ion fosfat tak organik
oleh organisma autotrof.
Proses Kitaran Fosforus
Fosfat dalam
batu
Fosfat dalam
bahan
organik
Fosfat dalam
larutan
Fosfat dalam
tanah (bukan
organik)
Mendakan fosfat
(pepejal)
Detritivor
dalam tanah
Detritus
Luluhawa
batuan
Batu
Tumbuhan
Haiwan
Penguraian
Batu
Fosfat berasal daripada batuan mendakan dan proses luluhawa
mengeluarkan fosfat ini dari batuan mendakan dalam ion fosfat dan
bentuk ini telah diserap oleh tumbuhan.
Di darat, tumbuhan mengambil fosfat dari
tanah.
Fosfat digabungkan menjadi berbagai-bagai molekul
termasuk lipid dan asid nukleik. Haiwan menggabungkan fosfat
ke dalam gigi, tulang dan cangkerang yang tidak
mengurai selama satu tempoh masa yang sangat lama.
Apabila penguraian berlaku, kebanyakan bakteria dan kulat
tidak membebaskan fosfat secara langsung tetapi membebaskan
fosfat organik.
Fosfat organik ditukarkan kepada fosfat tak organik oleh
bakteria pemfosfatidaan
Dalam rantai makanan, ion fosfat tak organik akan diserap
langsung oleh organisma autotrof.
Selain itu, ion fosfat tak organik mungkin bersebati
dengan butir mendakan dalam tanah ekosistem daratan atau dalam mendakan ekosistem
akuatik.
Jumlah fosfat dalam bentuk larutan hanya sedikit kerana sifat fosfat yang kurang larut
dan dapat bertindak balas dengan zarah-zarah dalam
tanah.
Tindak balas ini menghasilkan sebatian yang tak larut yang
memegang fosfat dengan kuat hingga tidak dapat digunakan
oleh tumbuhan.
Aktiviti Manusia yang Mengancam Kitaran Fosforus
Perlombongan batu fosfat untuk digunakan sebagai baja pertanian semakin meningkat dan telah menyebabkan bekalan fosforus semakin berkurangan.
Penyahutanan telah menyebabkan bekalan fosfat semakin berkurangan. Setelah pokok telah ditebang, hujan akan menyebabkan bekalan fosfat mengalir ke tempat lain lalu mengakibatkan tanah menjadi tidak subur.
Peningkatan aktiviti pertanian, pelupusan sisa bandar dan industri yang mengandungi bahan fosforus dari daratan ke sistem akuatik telah mengakitbatkan pertumbuhan alga yang banyak di lautan dan tasik.