Program under one roof
-
Upload
ku-nurmahirah-ku-ahmad-nasir -
Category
Education
-
view
84 -
download
4
Transcript of Program under one roof
- PROGRAM UNDER ONE ROOF -
- Jalan Kolanel Ahmad Syam, No. 64, RT4/RW5 Cikeruh , JatinangoR -
-PROJEK KEMANUSIAAN-
-PELAJAR PERUBATAN PROJEK BERKEMBAR UNIVERSITAS PADJADJARAN-UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA ANGKATAN KE-
13 -
Nama : Ku Nurmahirah binti Ku Ahmad Nasir
Jawatan : SETIAUSAHA PRogram
No. Pendaftaran : GA01732
Penasihat Projek : Encik ABDUL Qaiyum Borhan
1
Pendahuluan
PROJEK UNDER ONE ROOF merupakan sebuah PROJEK yang dijalankan oleh
Pelajar Perubatan Tahun Satu PROJEK Berkembar Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) – Universitas Padjadjaran Indonesia (UNPAD). Matlamat utama PROJEK ini
adalah untuk mambantu meringankan beban pihak-pihak yang kurang
berkemampuan dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bentuk
tidak terhad kepada kewangan sahaja. Malahan, bantuan dari segi pengisian motivasi,
aktiviti sukaneka serta perkongsian pengalaman turut dianjurkan. Program ini
dijalankan selaras memenuhi kehendak pihak Universiti Kebangsaan Malaysia
bersama-sama Universitas Padjadjaran yang sering menekankan serta menggalakkan
dalam kalangan pelajar untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan bagi membina
professional yang lebih peka terhadap masyarakat pada masa hadapan. Tambahan
pula, program ini mampu mendidik dan mengajar kami untuk membentuk peribadi
yang bermoral serta beretika di samping menyiapkan kami agar bersedia berkhidmat
kepada masyarakat .
Berdasarkan maklumat yang kami peroleh, kebanyakan rakyat Indonesia masih
lagi hidup di bawah paras kemiskinan. Berdasarkan tinjauan kami di sekitar kawasan
Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat Indonesia, kebanyakan mereka tidak
berkemampuan serta kawasan persekitaran yang masih jauh dari pembangunan. Oleh
itu, kami telah meninjau beberapa kawasan sebagai sasaran untuk melaksanakan
projek ini. Kawasan Jatinangor di Jalan Sayang telah dikenal pasti sebagai tempat
untuk kami melaksanakan projek ini. Penduduk di Kawasan Jatinangor di Jalan Sayang
terdiri daripada keluarga fakir miskin. .Keadaan tempat kediaman mereka yang daif,
ada dia antara kediaman mereka masih berlantaikan bumi. Ada di antara keluarga-
keluarga yang tidak berkemampuan menyediakan keperluan anak-anak mereka untuk
2
persekolahan bahkan, masih lagi ada di antara mereka yang langsung tidak mampu
menyediakan keperluan asas rumah, keluarga malahan diri sendiri. Atas penilitian
yang dilakukan, kami mengenal pasti ada di antara kanak-kanak di kawasan ini yang
disyaki kekurangan kandungan nutrisi. Atas faktor inilah kami berasa terpanggil untuk
menghulurkan bantuan semampu kami agar dapat meringankan beban mereka.
Disamping itu, program ini juga telah dianjurkan bagi mencapai misi program
kami iaitu memupuk nilai-nilai kepimpinan serta semangat kerja berpasukan dalam
kalangan pelajar-pelajar dari program berkembar. Melalui pengisian aktiviti yang
dijalankan, kami dapat mempraktikkan serta menerapkan nilai-nilai semngat
berpasukan terutama sekali melalui acara sukan. Pada masa yang sama, acara- acara
yang dianjurkan turut mendidik saya untuk melatih sifat-sifat kepimpinan. Malahan,
melalui acara yang dianjurkan, penglibatan orang-orang kampung dan kanak-kanak
mengajar kami untuk menjaga etika serta adab-adab dalam pergaulan masyarakat.
Justeru, sekali gus, memberikan banyak impak positif kepada diri saya di samping
selaras dengan tujuan utama program kali ini. Selain itu, program ini juga diadakan
bertujuan untuk menyemai nilai, sikap, etika dan profesionalisme. Demikian itu,
melalui perlaksanaan program ini, sedikit sebanyak banyak manfaat dan pengalaman
baru mampu ditimba.
3
Objektif
Program yang dianjurkan berdasarkan obektif-objektif berikut :
1. Membantu meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat yang tidak
berkemampuan.
2. Menunjukkan rasa keprihatinan dan kebertanggungjawaban diri
memandangkan kami merupakan sebahagian daripada masyarakat di sini.
3. Memupuk nilai-nilai murni dan etika yang tidak dapat diperoleh ketika
pembelajaran secara teori.
4. Membina hubungan di antara baik di antara dua Negara, meskipun bermula
di peringkat masyarakat.
5. Memahami dan mempelajari budaya asing serta melakukan pertukaran
budaya di antara pelajar-pelajar UKM-UnPad serta penduduk-penduduk di
sekitar kawasan Jalan Sayang, Cikeruh.
6. Mengukuhkan semangat bekerjasama di antara rakan seperjuangan di
samping membina semangat berkumpulan seiring dengan visi kursus yang
dianjurkan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. Menanam semangat bantu – membantu serta meningkatkan kesedaran
dalam diri semua pihak.
4
VISI DAN MISI PROGRAM
Misi
Melahirkan generasi yang berfikiran kritikal, penuh kebertanggungjawaban serta memiliki nilai sahsiah yang mantap dan jitu.
Visi
1. Membina semangat berpasukan dalam sesuatu organisasi
2. Mengimplimentasi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
3. Menerapkan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri setiap individu.
BUTIR-BUTIR TENTANG PROJEK
5
PROJEK : UNDER ONE ROOF ( DI HANDAEPUN HIJI ATAP )
LOKASI : JALAN KOLANEL AHMAD SYAM,
NO. 64, RT4/RW5,
CIKERUH, JATINANGOR.
TARIKH PERLAKSANAAN : 13 APRIL 2014
MASA BERLANGSUNG : 0735 - 1545
BILANGAN AHLI UKM-UNPAD : 38 ORANG
BILANGAN PENDUDUK : 30 ORANG
ORGANISASI PROJEK UNDER ONE ROOF
6
PENAUNG
YBhg. Prof. Tan Sri’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor UKM
Prof. Dr. Dany Hilmanto, dr. SpA( K)
7
PENASIHAT
ENCIK QAIYUM BORHANPenolong Pendaftar
Pusat Akreditasi Pembelajaran UKM
KETUA PENGARAH
MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSREE
TIMBALAN KETUA PENGARAH (1)
NURULAIN HANANI BINTI NGADENIN
TIMBALAN KETUA PENGARAH (2)
SITI ZULAIKHA NADWA BINTI MOHD NOH
SETIAUSAHA
KU NURMAHIRAH BINTI KU AHMAD NASIR
NAIB SETIAUSAHA
SYAHIRA NABILA BINTI KAMARUZAMAN
BENDAHARI
ZAIDATHUL AZREEN BINTI ZAINUDIN
NAIB BENDAHARI
NURUL AININ BINTI ROSLAN
KETUA BIRO
PERANCANGAN AKTIVITI & PROTOKOL
SYAHIRAH BINTI SAMSURI
BELANJAWAN
UMMI ATHIRAH BT KAMARUZAMAN
KESELAMATAN
AMIR THAQIFF HAMZAH
PENGANGKUTAN
MOHAMMAD DZULKIFLY BIN ABU HASSAN
KOMUNIKASI DAN MAKLUMAT
ZUHUR AL HAYAT BT SALEH MOHAMED GABRAA
MULTIMEDIA
AIMAN NAJIB BIN MUHAMMAD NURUL AZMI
LOGISTIK
NUR NAJIHAH BT MOHD SHAIFUL
MAKANAN
NOR NADHIRAH BT RAHMAT
PENAUNG
YBhg. Prof. Tan Sri’ Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor UKM
Prof. Dr. Dany Hilmanto, dr. SpA( K)
PENASIHAT
TRULLY DETI ROSE SITORUS, dr., M.Si., SpFK (K)
Co-ordinator Tahun Satu Fakultas Kedokteran UNPAD
Saya bersama-sama oaring kampong dan anak Simpay ASIH sewaktu ice breaking.
8
Saya yang di sebelah kanan semasa aktiviti ‘ice skating’
Saya yang paling di hujung kanan semasa berada di dalam kumpulan
9
Saya yang bertudung hitam semasa bersedia untuk aktiviti tarik tali
10
Saya bertudung hitam aktiviti jalan berpasangan
Saya yang bertudung hitam semasa persediaan pembukaan majlis
11
Saya yang di belakang sekali semasa lawatan ke rumah-rumah
Saya yang bertudung hitam semasa lawatan ke rumah mereka yang memerlukan
12
13