PROGRAM PERSEKITARAN BERKUALITI...
Transcript of PROGRAM PERSEKITARAN BERKUALITI...
PROGRAM PERSEKITARAN BERKUALITI (5S) INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA SERI ISKANDAR Kementerian Belia dan Sukan
‘PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)’
IKBN SERI ISKANDAR
PENGENALAN
Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar dibina pada tahun 1988 dan mula
beroperasi pada awal tahun 1999 adalah salah sebuah daripada 16 buah Institusi Latihan di
bawah Kementerian Belia dan Sukan.
Institut ini terletak di Seri Iskandar, Perak dan 36 km dari Bandaraya Ipoh dengan keluasan
25 hektar mengandungi 1 blok pentadbiran, 2 blok bengkel yang dapat menampung 600
pelatih, 1 blok Perpustakaan, 2 blok asrama termasuk 1 blok pelatih perempuan, sebuah
surau, 1 blok dewan makan dan satu bangunan dewan besar.
IKBN Seri Iskandar telah dibina untuk memenuhi keperluan tenaga separuh mahir dan mahir
di sektor perindustrian di negeri Perak dengan keutamaan dalam bidang kemahiran berikut :
i. Teknologi Audio Video ii. Teknologi Industrial Eletronik iii. Pembuat Pakaian Wanita – Penambahan Kapasiti Latihan
LAPORAN INOVASI
PERSEKITARAN BERKUALITI (5S)
1.0 Pengenalan / Latar Belakang Projek Inovasi
Pada 24 Februari 2011, Program Persekitaran Berkualiti (5S) telah dilancarkan oleh
Y. Bhg. Pengarah IKBN Seri Iskandar.
Pelancaran program tersebut dibuat dengan Pelancaran Logo 5S IKBN Seri Iskandar,
penyerahan fail kepada Ketua-ketua Sektor, Fasilitator dan Ketua Jawatankuasa Kecil
(Audit, Latihan dan Promosi). Ini diikuti dengan aktiviti gotong-royong perdana bagi
memulakan kitaran pertama iaitu Sisih (Seiri) . Semua warga IKBN Seri Iskandar terlibat
dalam program tersebut.
2.0 Tujuan Projek Inovasi
Keperluan IKBNSI mempraktikkan Amalan 5S merupakan satu usaha untuk menzahirkan IKBNSI mempunyai sumber manusia jauhari yang berupaya mempamerkan kecekapan dan keberkesanan mewujudkan identiti korporat dalam aspek pengurusan persekitaran kerja yang berkualiti. Keupayaan ini akan memaparkan imej korporat IKBNSI yang sentiasa di perkasa menerusi keupayaannya dalam proses penambahbaikan secara berterusan untuk:
2.1 Merangsang persekitaran kerja yang bersih, kemas dan selamat untuk
keberkesanan operasi; 2.2 Penjimatan, pengurangan dan mengelakkan pembaziran; dan 2.3 Menjana semangat kerja berpasukan dalam organisasi.
3.0 Proses Pelaksanaan Inovasi
Secara in-house . Kos digunakan secara minima dengan mengoptimumkan sumber sediada
dan meningkat daya inovatif warga IKBN Seri Iskandar.
4.0 Proses Kerja Sebelum Dan Selepas
Sebelum perlaksanaan program ini, ramai warga IKBN Seri Iskandar yang tidak
mempedulikan aspek kebersihan dan keperluan mempunyai ruang kerja/belajar yang
kemas, teratur dan bersih di kawasan IKBN Seri Iskandar. Tetapi selepas perlaksanaan
program ini, terdapat perubahan yang agak ketara dalam kalangan warga IKBN Seri
Iskandar dalam aspek persekitaran berkualiti yang secara tidak langsung dapat
meningkatkan produktiviti serta kualiti sistem penyampaian jabatan.
5.0 Elemen penurunan kuasa
Tidak berkaitan.
6.0 Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar
i) Elemen Inovatif / Kreativiti
Dari segi elemen inovasi, elemen ini dapat membantu meningkatkan keupayaan diri dalam
menggunakan sumber-sumber yang terhad dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan.
ii) Elemen Keberkesanan
Program dapat meningkatkan kualiti sistem penyampaian kerana dengan suasana kerja
yang kondusif dan teratur.
iii) Elemen Signifikan
Secara langsungnya, perlaksanaan program ini bukan sahaja menjadikan suasana ruang
kerja yang lebih bersih dan selesa tetapi ia juga dapat menjimatkan masa seperti fail dapat
dicari dalam masa kurang dari 30 saat. Disamping itu ia juga dapat menjimatkan kos seperti
hanya alat tulis yang diperlukan sahaja yang disimpan di dalam laci.
iv) Elemen Relevan
Cabaran kepada Pelan Transformasi Kerajaan ( GTP - Government Transformation
Program ) dapat dicapai dan dilaksanakan dalam elemen ‘mesra pelanggan’ atau ‘delighting
the customers’.
PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini akan dipraktikkan oleh semua warga IKBN Seri
Iskandar kerana ianya memberi impak yang amat baik khususnya dalam meningkatkan
produktiviti serta kualiti sistem penyampaian IKBN Seri Iskandar.
LAMPIRAN 1
GAMBAR – GAMBAR SEMASA PELANCARAN AMALAN 5S DI IKBN SERI ISKANDAR
PADA 24 FEBRUARI 2011 (KHAMIS).
LAMPIRAN 2
GAMBAR – GAMBAR SEMASA AKTIVITI GOTONG-ROYONG DIJALANKAN DI IKBN SERI
ISKANDAR.