PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi...
Transcript of PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI … · Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi...
PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA,
PASIR MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA
DI KALANGAN PELATIH
MOHD RIDWAN BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA,
PASIR MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA DI
KALANGAN PELATIH SESI PENGAJIAN: 2006-2009
Saya MOHD RIDWAN BIN ISMAIL(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ___________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 4, KG RAJA, ALOR BAKAT, PM DR. YAHYA BIN BUNTAT 16400 MELOR, KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM Tarikh: 09 APRIL 2009 Tarikh: 20 APRIL 2009 CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT
Tarikh : 20 APRIL 2009
PROGRAM KEMAHIRAN DI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA, PASIR
MAS, KELANTAN DALAM MEMBERI PELUANG KERJAYA DI KALANGAN
PELATIH
MOHD RIDWAN BIN ISMAIL
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
II
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : MOHD RIDWAN BIN ISMAIL
Tarikh : 09 APRIL 2009
III
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayah dan arwah ibuku,
Ismail Bin Hamad dan Rahmah Binti Jusoh @ Yusoff serta
Bapa dan ibu mertuaku,
Mohd Zin Bin Hamzah dan Maimon Bin Jamaluddin
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu
diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang
maha mengetahui dan membalasnya .
Teristimewa buat
Isteri yang dikasihi lagi dicintai Normaizura Binti Mohd Zin
Pengorbanan,dorongan dan keikhlasanmu menanti kejayaan dan kepulanganku
Serta
Khas buat anak-anak yang dikasihi
Muhammad Nazrin Hakimi, Nurul Iman Batrisya
dan baby yang bakal melihat alam duniawi
Semoga dengan kejayaan papamu ini menjadi pendorong buat kalian
Seterusnya
Penyelia pembimbing yang telah mendidik dengan penuh dedikasi
Prof Madya Dr. Yahya Bin Buntat
Akhirnya
Rakan-rakan seperjuangan PKPG
Yang sentiasa memberi pertolongan dan bantuan.
IV
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, penulis telah
dapat menyempurnakan kajiaan ini bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor.
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada PM Dr Yahya Bin Buntat selaku penyelia projek sarjana muda ini di
atas segala bimbingan , panduan dan pandangan yang diberikan sepanjang proses
penyediaan projek ini. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan
yang telah tuan berikan.
Akhir sekali penghargaan juga ditujukan buat semua pensyarah dan
kakitangan akademik Fakulti Pendidikan UTM , rakan-rakan 4 SPH Program
Pensiswazahan Guru (PKPG) dan semua yang terlibat sama ada secara langsung
ataupun tidak dalam membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
Semoga penyelidikan yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada semua
pihak.
.
V
ABSTRAK
Penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengetahui kesesuaian kursus dan
latihan yang ditawarkan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dalam
memberi peluang dan ruang kerjaya kepada lepasan selepas tamat latihan kemahiran.
Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan instrumen yang berbentuk data-data
dan maklumat serta temubual secara tidak langsung dari kolej yang dikaji dan
diproses dengan kaedah analisis dokumen secara manual. Sampel kajian tidak
digunakan dalam kajian ini kerana penyelidik hanya menggunakan data-data dan
maklumat melalui proses menebual yang diperolehi dari tempat kajian. Hasil kajian
ini mendapati kursus dan latihan yang ditawarkan oleh Kolej Kemahiran Tinggi
MARA adalah mencapai tujuan penubuhannya dan berkesan untuk melatih pelatih-
pelatihnya mendapat kemahiran dan seterusnya memperolehi pekerjaan dalam
pelbagai sektor selepas menamatkan pengajian mereka. Kursus-kursus yang
dijalankan telah berjaya menarik minat para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dan juga bekas pelatih Pusat Giat MARA serta golongan yang telahpun mempunyai
pengalaman bekerja untuk menambahkan lagi kemahiran yang sedia ada. Di dapati
juga, lepasan yang telah berjaya menamatkan kursus telah berjaya menempatkan diri
di pasaran pekerja baik dengan sektor kerajaan ataupun swasta mahupun membuka
perniagaan sendiri dan ada juga yang berjaya menempatkan diri di universiti-
universiti untuk melanjutkan pelajaran. Bagi memantapkan lagi tahap
profesionalisme adalah disarankan agar perhubungan yang baik dapat dijalankan
antara pihak kolej dan pihak industri dalam meningkatkan taraf kursus yang
dijalankan.
VI
ABSTRACT
The purpose of this research is to know course and training suitability offered
in Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas in giving career opportunity and space
to graduate after end skills training. In this study, researcher used instrument in the
form of data information and interview indirectly from college looked into and
processed with document analytical method manually. Research sample in studies is
unused because researcher only used data and information through interview process
obtained from study location. These survey results found course and which training
offered by Kolej Kemahiran Tinggi MARA are achieving his establishment objective
and effective to train his trainees get skill and further get job in range of sectors after
graduated. Courses which operate had successfully intriguing Malaysian Certificate
of Education's graduate shelf (SPM) and also Pusat Giat MARA's former trainees
and group have the experience of working to add more present skill. In find out also,
graduate have successfully ended course had fulfill the need of career market with
government sector or private or open own business and were also those succeed to
place oneself in universities to further education. To stabilize more professionalism
level, good relationship workable between college and industry are need to
improving course standard which operate.
VII
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definasi Istilah 7
VIII
2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pendahuluan 9
2.1 Pengenalan kursus kemahiran 13
2.2 Kronologi Latihan Vokasional 16
2.3 Sejarah Penubuhan 19
Institut Kemahiran Mara
2.3.1 Pengenalan Kolej Kemahiran Tinggi Mara,
Pasir Mas 21
2.4 Objektif Latihan Kemahiran Mara 22
2.5 Struktur Organisasi KKTM 23
2.6 Kursus Yang Ditawarkan 23
2.7 Potensi Kerjaya Pelatih Keluaran
Kolej Kemahiran Mara 28
2.8 Program Yang Didedahkan Sesuai Dengan
Kemahiran Asas Pekerjaan 31
3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 34
3.1 Rekabentuk Kajian 34
3.2 Kawasan Tempat Kajian 35
3.3 Sampel Kajian 35
3.4 Kaedah Pengumpulan Data
3.4.1 penelitian dokumen prosedur 36
3.5 prosedur Kajian 37
3.6 Instrumen Kajian 37
3.7 Analisa Data 37
IX
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 39
4.2 Latar Belakang KKTM 40
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 40
4.3.1 Jenis Program Yang Ditawarkan 41
4.3.2 Bilangan Pelatih Mengikut Kursus 42
4.3.3 Pembahagian Kelas Dan Bilangan Pelajar 43
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 43
4.4.1 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Jantina 44
4.4.2 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Kaum 44
4.4.3 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Umur 45
4.4.4 Bilangan Dan Peratusan Mengikut Kelayakan
Akademik 46
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 46
4.5.1 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan
Bagi Tahun 2006 47
4.5.2 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan
Bagi Tahun 2007 47
4.5.3 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan
Bagi Tahun 2008 48
4.5.4 Bilangan Dan Peratusan Prospek Pekerjaan
Bagi Tahun 2006 Hingga 2008 49
4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 49
4.6.1 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang
Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006 50
4.6.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang
Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2007 50
4.6.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang
Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2008 51
4.6.4 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Yang
Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006-2008 51
X
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 52
5.1 Rumusan 53
5.2 Perbincangan 55
5.2.1: Apakah Jenis Program Yang Ditawarkan Di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) 55
5.2.2: Golongan Yang Terlibat Dalam Kursus Yang
Ditawarkan Di Kktm 56
5.2.3 Adakah Program Yang Ditawarkan Mempunyai
Prospek Kerjaya 58
5.2.4 Adakah Latihan Yang Ditawarkan Mampu
Memenuhi Pasaran Pekerjaan 59
5.3 Cadangan 61
5.4. Cadangan untuk kajian lanjutan 63
5.5 Penutup 64
RUJUKAN 65
Lampiran A – D 68
XI
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Taburan Jenis Program 41
2.2 Taburan Bilangan Pelatih 42
3.1 Taburan Pembahagian Kelas Dan Pelajar 43
3.2 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Jantina 44
3.3 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kaum 44
3.4 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Umur 45
3.5 Bilangan Dan Peratusan Pelatih Mengikut Kelayakan Akademik 46
3.6 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2006 47
3.7 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2007 47
3.8 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2008 48
3.9 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Bagi Prospek Pekerjaan Tahun 2006-2008 49
4.0 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006 50
4.1 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2007 50
4.2 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2008 51
4.3 Taburan Bilangan Dan Peratusan Pelatih Lepasan
Dalam Memenuhi Pasaran Pekerjaan Tahun 2006-2008 51
XII
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL
ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
IT Teknologi Maklumat
PPK Pusat Perkembangan Kurikulum
UTM Universiti Teknologi Malaysia
MARA Majlis Amanah Rakyat
KKTM Kolej Kemahiran Tinggi MARA
IKM Institut Kemahiran Mara
PGM Pusat Giat Mara
KTM Keretapi Tanah Melayu
MSC Koridor Raya Multimedia
NOSH Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
JKR Jabatan Kerja Raya
CAB Central Apparentic ship Board
ILP Institut Latihan Perindustrian
LLPPKK Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan
Ketukangan Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
IKTBN Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
GMI German Malaysia Institute
HEA Hal Ehwal Akademik
SKM Sijil Kemahiran Malaysia
XIII
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan temubual semi-struktur 68
B Surat Perakuan Fakulti Pendidikan 72
C Surat Permohonan KKTM 73
C Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA 77
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam menghuraikan halatuju negara ke arah mencapai wawasan 2020, aspek
kualiti tenaga kerja yang memenuhi kehendak pembangunan industri untuk
merancakkan agenda negara ini perlu diberi perhatian. Ia sudah tentunya berkait
dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung
melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari
dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran.( perspektif wawasan 2020, 28
Februari 1991 )
Malaysia adalah sebuah negara yang membangun dan mempunyai acuan
sendiri untuk menjadi negara maju yang mana ia berkehendakkan rakyatnya
meneruskan proses transformasi dalam pelbagai aspek ke arah perisian matlamat
yang penting yang berkait seperti kualiti tenaga kerja, penekanan kepada sains dan
teknologi, perancangan dan peranan sektor swasta yang lebih dinamik. Profesor
antropologi dan sosiologi, UKM, Prof. Dr. Kamaruddin M. Said dalam Salmah
Zainal Abidin. Malaysia telah berjaya membentuk satu sistem hubungan perusahaan
2
yang pragmatik sejak mencapai kemerdekaannya pada 1957. Ini penting dalam
membantu Malaysia mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada
pertanian kepada perindustrian dan mensasarkan menjadi status negara maju
menjelang 2020.
Namun begitu bagi merealisasikan perisian matlamat tersebut, kualiti
tenaga kerja yang mempunyai kemahiran khususnya teknikal amat diperlukan bagi
mengisi kehendak sektor industri yang semakin berkembang pesat. Golongan yang
berkemahiran mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat pekerjaan khasnya
dalam sektor industri dengan upah yang lumayan meskipun tidak memiliki akademik
yang baik. ( Ketua Menteri Sarawak, 3 Mac 2008 )
Pengenalan subjek-subjek yang berasaskan kemahiran, penyediaan
kemudahan pembelajaran serta penubuhan pusat-pusat pembelajaran telah dipikul
oleh kerajaan semenjak dahulu lagi. Peruntukan perbelanjaan yang besar telah
disasarkan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke peringkat tinggi
(universiti). Menurut Timbalan Menteri Pelajaran , pengajaran aliran vokasional dan
teknik seawal tingkatan satu dapat memastikan pelajar yang kurang cemerlang dalam
pelajaran lebih terjamin masa depan mereka (Utusan Malaysia, 11 Ogos 2008).
Selain daripada itu juga, pihak swasta turut mengambil peluang dengan melalui
beberapa kolej dan universiti swasta untuk memberi peluang yang sebaik mungkin
kepada rakyat mendapatkan kemahiran dan pelajaran.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (2008),
kira-kira 60 000 graduan di negara ini tidak mendapat pekerjaan kerana kelulusan
mereka tidak menepati keperluan dalam sektor-sektor pekerjaan dalam pasaran
sekarang.Ini menunjukkan bahawa wujudnya ketidaksetaraan dalam kehendak dan
keperluan antara universiti dan industri. Universiti dan pusat pengajian sepatutnya
menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak industri agar graduan yang
dihasilkan dapat memenuhi kehendak industri dengan kata lain mendapat pekerjaan
berdasarkan ilmu yang diperolehi. Bagi mencapai maksud itu, latihan amali perlu
disediakan supaya guna tenaga mempunyai kemahiran khusus yang diperlukan oleh
sektor industri dan majikan-majikan (Perdana Menteri Malaysia, Utusan Malaysia
22 Ogos 2007, Persidangan Dunia Ke- 35 Persekutuan Antarabangsa Pertubuhan-
Pertubuhan Latihan Dan Pembangunan (IFTDO) )
Di dalam memenuhi hasrat negara mencapai wawasan 2020, sektor industri
yang semakin berkembang pesat memerlukan guna tenaga yang berkemahiran
khususnya teknikal. Seandainya guna tenaga tempatan tidak dapat mencapai maksud
tersebut, sektor industri negara perlulah bergantung harap pada kemahiran dari
pekerja-pekerja asing. Walaupun sistem hubungan perusahaan di Malaysia adalah
baik untuk menarik masuk pelaburan antarabangsa, namun keadaan ini mungkin
menjadi tidak stabil kembali. Ini kerana pelbagai sektor industri di Malaysia
bergantung kepada empat juta pekerja asing (Prof. Dr. Kamaruddin M.Said , Profesor
Antropologi dan Sosiologi,UKM)
Hakikatnya, lambakan pengambilan pekerja asing yang berlaku di negara
kita perlulah di atasi agar perbagai masalah gejala sosial dan jenayah yang
melibatkan golongan ini dapat di atasi. Untuk itu, pihak yang berkaitan perlulah
mengkaji semula keberkesanan program kemahiran yang dirangka serta membuat
penilaian khusus untuk mendapat maklum balas terhadap kerelevanan kemahiran
dalam memenuhi kehendak industri semasa. Maklum balas ini penting kepada pihak
4
universiti agar dapat menyediakan graduan yang dapat memenuhi kehendak pasaran
(Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, 22 April 2008)
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui latar belakang program kemahiran
di Pusat Kemahiran MARA yang terpilih serta kebolehupayaannya dalam
melengkapkan kemahiran asas pekerjaan di kalangan pelatihnya yang meliputi jenis
program kemahiran yang ditawarkan, prospek kerjaya, kemampuan kursus dalam
melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran industri dan kemudahan pengajaran dan
pembelajaran selari dengan peralatan yang digunakan oleh industri.
1.4 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang akan dikaji ialah :
a) Apakah jenis program kemahiran yang ditawarkan di di Kolej
Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas?
b) Golongan manakah yang terlibat dalam kursus kemahiran yang
ditawarkan di di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas?
c) Adakah program kemahiran yang ditawarkan di Kolej Kemahiran
Tinggi MARA, Pasir Mas mempunyai prospek kerjaya?
5
d) Adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan kepada pelatih di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas dapat memenuhi
pasaran pekerjaan?
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan adalah seperti berikut :
a) Mengenal pasti jenis program kemahiran yang ditawarkan di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas, Kelantan
b) Mengetahui golongan manakah yang terlibat dalam kursus
kemahiran yang ditawarkan di di Kolej Kemahiran Tinggi MARA,
Pasir Mas, Kelantan
c) Mengenal pasti adakah program kemahiran yang ditawarkan di
Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas mempunyai prospek
kerjaya
d) Mengetahui adakah latihan kemahiran asas yang didedahkan
kepada pelatih di Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Pasir Mas
dapat memenuhi pasaran pekerjaan