Pks 2 2012

5
SPSK PK 01/2 LAPORAN PROGRAM PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAH LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SABAH ‘TAMU’ KEPADA SMK PEKAN KOTA BELUD 2 Tajuk program : Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS) Tarikh Pelaksanaan : 29 Ogos – 31 Ogos 2012 Tempat : SMK Pekan Kota Belud 2, Sabah Aktiviti yang dijalankan : Seramai 8 orang guru dan 18 pelajar serta seorang wakil dari ANGKASA Selangor menyertai Program Pelancongan Koperasi Sekolah SMK Seksyen 9 Shah Alam pada kali ini. Para peserta diberi Kursus Tamu selama satu hari oleh wakil dari ANGKASA di Bilik Kuliah Ilmu, SMK Seksyen 9 sehari sebelum lawatan. Tamu : Koperasi SMK Seksyen 9 Shah Alam Bhd Hos : Koperasi SMK Pekan Kota Belud 2 Bhd Hari Pertama Para Tamu tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu pada pukul 9.00 pagi. Para Tamu disambut oleh Hos dengan begitu meriah sekali. Tamu dibawa menaiki bas ke lokasi lawatan pertama iaitu Rumah Terbalik Tuaran. Kemudian, perjalanan diteruskan ke SMK Pekan Kota Belud 2. Tiba di sekolah Hos, Tamu disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat. Barisan pentadbir sekolah dan wakil ANGKASA Sabah turut menyambut mesra rombongan para Tamu. Kami dibawa ke asrama penginapan di asrama putera dan puteri sekolah tersebut. Tepat jam 2 petang, Tamu berkumpul di dewan dan diberi penerangan tentang Sejarah SMK Pekan Kota Belud 2. Pada

Transcript of Pks 2 2012

SPSK PK 01/2

LAPORAN PROGRAM PELANCONGAN KOPERASI SEKOLAHLAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SABAH

TAMU KEPADA SMK PEKAN KOTA BELUD 2

Tajuk program

: Program Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)Tarikh Pelaksanaan

: 29 Ogos 31 Ogos 2012Tempat

: SMK Pekan Kota Belud 2, Sabah

Aktiviti yang dijalankan:

Seramai 8 orang guru dan 18 pelajar serta seorang wakil dari ANGKASA Selangor menyertai Program Pelancongan Koperasi Sekolah SMK Seksyen 9 Shah Alam pada kali ini. Para peserta diberi Kursus Tamu selama satu hari oleh wakil dari ANGKASA di Bilik Kuliah Ilmu, SMK Seksyen 9 sehari sebelum lawatan.

Tamu

: Koperasi SMK Seksyen 9 Shah Alam Bhd

Hos

: Koperasi SMK Pekan Kota Belud 2 Bhd

Hari Pertama

Para Tamu tiba di Terminal 2 Kota Kinabalu pada pukul 9.00 pagi. Para Tamu disambut oleh Hos dengan begitu meriah sekali. Tamu dibawa menaiki bas ke lokasi lawatan pertama iaitu Rumah Terbalik Tuaran. Kemudian, perjalanan diteruskan ke SMK Pekan Kota Belud 2. Tiba di sekolah Hos, Tamu disambut dengan paluan kompang dan persembahan silat. Barisan pentadbir sekolah dan wakil ANGKASA Sabah turut menyambut mesra rombongan para Tamu. Kami dibawa ke asrama penginapan di asrama putera dan puteri sekolah tersebut. Tepat jam 2 petang, Tamu berkumpul di dewan dan diberi penerangan tentang Sejarah SMK Pekan Kota Belud 2. Pada pukul 4.00 petang, Hos menunjukkan demonstrasi penghasilan Kuih Pinjaram, kuih tradisional Sabah. Tamu tidak melepaskan peluang mencuba masak kuih tersebut secara tradisional. Kuih yang telah dimasak seterusnya menjadi hidangan minum petang. Kemudian sesi fotografi dilakukan.

Pada malam harinya, Hos dan Tamu menjalani sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) tentang fokus subjek iaitu Anura (Katak). Sesi berakhir pada pukul 10.00 malam, seterusnya Tamu dihidangkan dengan Pisang Sabah Goreng Sabah sebagai santapan sebelum tidur.

Hari Kedua

Tepat jam 6 pagi, Tamu dan Hos memulakan acara pagi dengan senam tari di dewan seterusnya bersarapan pagi. Pada pukul 8.00 pagi, Tamu dan sebahagian Hos memulakan perjalanan ke Taman Kinabalu di kaki Gunung Kinabalu dengan menaiki 3 buah van pelancongan. Sebaik sahaja van mendaki jalan ke Kundasang, kabus tebal menghalang Tamu untuk melihat Gunung Kinabalu dari jarak jauh. Pada pukul 10.30 pagi, rombongan tiba di Taman Kinabalu yang telah diisytiharkan Warisan Dunia oleh UNESCO. Di sana, Tamu dan Hos tidak melepaskan peluang bergambar berlatarkan pemandangan pergunungan yang indah. Kemudian, rombongan diberi taklimat oleh pegawai kanan Taman Kinabalu tentang sejarah dan ekosistem Gunung Kinabalu. Seterusnya, kami dibawa melawat Taman Botanical Garden. Tiba waktu Zohor, Hos dan Tamu Islam bersolat di Masjid Kundasang.

Pada sesi petang, Tamu dibawa ke Desa Cattle; New Zealand di Sabah iaitu sebuah tempat penternakan lembu tenusu berlatarbelakangkan panorama indah Gunung Kinabalu. Rombongan diberi taklimat perjalanan kilang tersebut seterusnya menyaksikan sendiri bagaimana lembu-lembu tenusu ini beratur untuk masuk ke kandang tanpa disuruh. Kemudian, seterusnya lembu-lembu ini beratur untuk mengeluarkan susu seperti sudah mahir melakukannya setiap hari. Tamu dan Hos turut membeli susu segar sebagai buah tangan. Pada pukul 3.30 petang, Tamu dibawa melawat ke War Memorial Park di pekan Kundasang. Selain menjadi tempat peringatan pengorbanan para parajurit perang, tempat ini juga menjadi pilihan fotografi bagi pasangan pengantin baru kerana tempatnya yang menarik dan cantik. Pada pukul 5.00 petang, Tamu di bawa ke Pekan Nabalu untuk membeli belah barangan cenderahati.

Pada malam harinya, berlangsung acara Malam Sambutan Kemerdekaan, Malam Kebudayaan dan Malam Sambutan Aidilfitri yang diadakan serentak oleh pihak sekolah. Tamu dijemput sekali untuk memeriahkan majlis tersebut. Acara dimulakan dengan persembahan budaya oleh Hos dan diikuti persembahan dikir barat oleh Tamu. Ucapan oleh barisan pentadbir juga turut melahirkan penghargaan di atas program yang dijalankan dalam menjalinkan hubungan mesra Hos dan Tamu walaupun dipisahkan oleh Laut China Selatan. Seterusnya persembahan sketsa kemerdekaan diikuti bacaan sajak patriotisme. Acara menjadi lebih meriah apabila persembahan tarian penutup turut mengajak Tamu menari Tarian Kebudayaan bersama. Jamuan makan turut meriah dengan disertai oleh semua warga sekolah. Akhir sekali, countdown kemerdekaan menjadi penutup tirai pada malam tersebut,

Hari Ketiga

Pada pukul 6 pagi, Tamu dan Hos menjalani Senam Tari di dewan. Pada pukul 8.00 pagi, sesi bergambar dan bersalaman antara Hos dan Tamu diadakan. Tepat 9.00 pagi, Tamu dan sebahagian Hos meninggalkan SMK Pekan Kota Belud 2 dengan menaiki bas menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu. Sebelum ke Terminal 2, Tamu di bawa bergambar di Jambatan Karambunai. Lokasi ini sering menjadi pilihan jurugambar kerana Gunung Kinabalu dapat dilihat dari tempat ini. Kemudian, kami di bawa ke pantai di Bandar Kota Kinabalu dan makan tengah hari di sana. Lokasi akhir lawatan kami adalah Pasar Filipin. Tamu tidak melepaskan peluang untuk membeli belah barangan cenderahati dan mutiara Sabah. Setelah lebih 2 jam, barulah Tamu siap membeli belah seterusnya menuju ke Terminal 2 untuk lambaian terakhir. Akhir sekali, Tamu dan Hos bersalaman, bertukar hadiah dan mengucapakan selamat tinggal sebaik sahaja di Terminal 2.

Objektif

: 1) Memupuk semangat bertanggungjawab dan kerjasama di kalangan

pelajar dalam membantu koperasi.

2) Melatih dan membimbing pelajar melibatkan diri dalam bidang

Perniagaan dan pelancongan.

3) Membudayakan amalan dan nilai koperasi dalam masyarakat warga

sekolah.

4) Menjalinkan kerjasama antara koperasi sekolah di seluruh negara.Hasil

: 1. Dapat dilaksanakan

Ya ( ) Tidak ( )

2. Ulasan (Jika tidak dapat dilaksanakan)

-Tiada-

3. Cadangan untuk penambahbaikan:

-Tiada-

4. Lampiran bergambar disertakan.

Disediakan oleh:

Disahkan:

..

.

(MOHD FAISZIE BIN JAMIL)

(PN NORANI BT HUSAIN )Setiausaha Koperasi SMK Seksyen 9

PK Ko-kurikulum