pertolongan cemas lanjutan
Transcript of pertolongan cemas lanjutan
1. PERTOLONGAN CEMAS
RENJATAN
Renjatan disebabkan oleh kecederaan serius dan boleh mengakibatkan mangsa mengalami trauma.
Tanda-tanda mangsa mengalami renjatan
(i) Muka pucat
(ii) Seperti hendak rebah
(iii) Pitam-mungkin tidak bergerak atau bercakap
(iv) Nafas laju
(v) Peluh didahi,hidung dan keliling mulutnya
Tanda-tanda
(i) Denyutan nadinya lemah dan pantas
(ii) Merasa sejuk
Pemulihan
(i) Baringkan mangsa
(ii) Rawat pendarahan jika berlaku
(iii) Selimutkan mangsa dengan selimut
(iv) Longgarkan pakaian yang ketat bagi keselesaan pernafasan
(v) Berikan sedikit minuman yang suam jika mangsa sedar dan beri udara bersih
(vi) Berikan bantuan perubatan
Utamakan keselesaan pesakit semasa memberi rawatan
TERHALANG/TERGANGGU PERNAFASAN
Pernafasan ditakrifkan sebagai penyedut udara yang bersih dan menghembuskan udara yang kotor (oksigen akan diserap dalam badan dan karbon dioksida dikeluarkan dari saluran hidung dan mulut).Paru-paru akan mengembang kempis semasa proses pernafasan berlaku.Kadar pernafasan ialah 16-18 kali seminit bagi keadaan normal.
Faktor-faktor lemas
(i) Pakaian atau kain menutup bahagian muka
(ii) Air – lemas di air
(iii) Gas – kekurangan oksigen atau oksigen nipis
Tindakan yang harus dilakukan?
(i) Lakukan rawatan bantuan pernafasan jika mangsa tidak bernafas
(ii) Bawa keluar mangsa dari kawasan yang di kuatiri berudara tipis
(iii) Bila pernafasan mangsa pulih dapatkan rawatan di hospital
Tercekik
Kesekatan yang berlaku dalam saluran pernafasan yang menyebabkan proses pernafasan terganggu
Faktor-faktor tercekik
(i) Makanan tidak di kunyah dengan betul
(ii) Bercakap ketika makan
(iii) Tersekat di sebabkan lidah-mangsa yang tidak sedarkan diri
Tindakan yang harus dilakukan?
(i) Tepuk belakang mangsa di antara tulang bahunya
(ii) Berikan tekanan di antara pusat dan dada mangsa-kaedah Heimlich Manuever
(iii) Jika bayi,telangkupkan badannya,kemudian tangan kiri tahan kepalanya dan tepuk belakang badannya,gunakan jari untuk mengeluarkan benda asing yang kelihatan dalam mulut mangsa.
Tanda –tanda cekik
(i) memegang leher
(ii) tidak boleh bercakap
(iii) muka pucat
(iV) kulit muka kemerah merahan
Tidak bernafas
Keadaan mangsa yang tidak bernafas dan tidak melebihi 4 minit
Tanda –tanda
(i)mangsa tidak sedarkan diri
(ii)mangsa tidak bernafas
Tindakan yang perlu dilakukan
(i) Lalukan rawatan CPR –Cardio Pulmonary Resusitation (Rawatan pemulilihan jantung).
(ii) Letakan mangsa dalam posisi pemulihan –jika telah bernafas.
(iii) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya
CARDIOPULMONARY RESUSCITATION (CPR)
Amalkan penggunaan Protokol DRABC
D – Danger Utamakan keselamatan diri,mangsa dan persekitaran dari sebarang ancaman BahayaR – Respon Periksa tahap kesedaran mangsa,jika tidak sedar hubungi Pihak hospital dengan SegeraA- Airway Buka saluran pernafasan mangsa dengan kaedah angkat dagu dongakkan kepalaB – Breathing Periksa pernafasan mangsa dengan kaedah melihat pergerakan naik turun dada, Dengar bunyi dengkuran pernafasan dan rasa haba pernafasan - Jika tiada pernafasan berikan 2 hembusan menyelamat.C – Circulation Periksa nadi mangsa dan jika tiada nadi berikan tekanan dada sebanyak 30 kali
Ulangi proses Rawatan tekanan dan hembusan sehingga 5 pusingan kemudian periksa semula pernafasan mangsa,jika bernafas letakkan masa dalam posisi pemulihan.
KECEDERAAN PADA TULANG
Patah tulang disebabkan apabila sesuatu tulang dibadan telah tercedera iaitu:-
(i) Pukulan yang kuat dan tepat –kecederaan yang berlaku pada tempat yang kena,misalnya kaki di gilis roda kereta atau dihimpit barang yang sangat kuat.
(ii)pukulan sipi –kecederaan yang berlaku pada tempat yang terkena misalnya tulang peha patah apabila terjun dari tempat tinggi.
(iii)tersetap urat –kecedaraan berlaku kerana urat tersetap,misalnya terpurung lutut pecah apabila tertendang benda yang kuat.
Ada empat jenis kepatahan :-
(i) patah tebu :tidak terputus sepenuhnya
(ii)Patah lurus :kerpatahan berbentuk lurus sepanjang tulang
(iii)patah serong :kepatahan berbentuk lurus sepanjang tulang.
(iv)patah berkercai :tulang patah pelbagai bahagian
Tanda –tanda:-
(i) Lebam dan bengkak (ii) Anggotanya berbentuk ganjil (iii) Tulang tidak pada tempat asalnya(iv) Sakit(v) Tidak boleh bergerak
Simptom:-
(i) Sakit pada bahagian patah(ii) Tidak boleh bergerak pada bahagian patah
Pemulihan:
(i) Jangan pindahkan pesakit.Berikan rawatan di situ juga.(ii) Kurangkan pergerakan agar kecederaan tidak melarat(iii) Menggunakan pembalut tiga segi (anduh) sebagai pengampu bahagian yang patah bagi memudahkan dan keselesaan pesakit itu(iv) Dapatkan rawatan Hospital sewajarnya
Permahatian :Apabila pembalut tiga segi digunakan pastikan perjalanan darah diperiksa dengan memerhatikan kuku sama ada menjadi putih atau biru dan jika kuku berwarna biru ,ini menunjukan balutan terlalu kuat,lakukan balutan semula . Dan juga jangan balut pada tempat yang patah jika kecerderaan berlaku dekat
Pada kulit.gunakan seberapa banyak lapik dibahagian yang tercerdera.
A. Patah Tulang Dagu
Tanda-tanda:
(i) Gusi berdarah (ii)air liur keluar dari mulut (iii)Tidak boleh bercakap dengan betul
Tanda –tanda :
(i)Sakit apabila digerakkan .
Apa yang harus dilakukan ?
(i)Tundukkan mangsa kehadapan . (ii) Ampu bawah dagu dengan tapak tangan dan tekan ke atas perlahan-lahan (iii)Gunakan pembalut tiga segi (anduh) (iv)Dapatkan rawatan hospital sewajarnye
B. Patah tulang rusuk
Tanda-tanda :
(i)Sakit apabila bernafas panjang .
Apa yang harus dilakukan ?
(i)Gunakan pembalut tiga segi iaitu lipatan lebar dua helai , ikatan tempat tang sakit dan satu Pembalut yang pertama . Simpulkan ditempat yang tidak sakit dan anduh tangan mangsa Pada bahagian sakit dangan menggunakan pembalut anduh yang besar . (ii)Kain andu diikat mengikut keselesaan pernafasan mangsa . (iii)Dapatkan rawatan hospital dengan segera.
C. Patahan tulang selangka
Tanda-tanda :
i. Pesakit akan dengan sendirian akan mengampukan tangannya ii. Pesakit tidak berdaya mengangkat tinggi bahunya
Simptom :
i. Bahu sakitii. Berdarah di tempat yang patah
Apa yang harus di lakukan ?
i. Elakkan atau kurangkan pergerakan di tempat yang cedera daripada menjadi patah riok ii. Jangan sekali-kali cuba menolakkan tulang yang patah tersembul keluar. Tutupkan luka
itu dengan sekeping kain penutup luka yang bersihiii. Gunakan dua pembalut tiga segi (iaitu lipatan lebar). Ikat bahagian tempat yang cedera.iv. Dapatkan rawatan hospital sewajarnya.
D. Patah Tulang Pergerakan Tangan.
Tanda-tanda:
i. Bahagian tercedera itu menjadi bengkak atau lebam
Tindakan yang harus dilakukan?
i. Basahkan pembalut kain dan menggunakan air yang sejuk dan balut di tempat yang cedera.
ii. Ampukan dengan pembalut anduh tangan besar.iii. Dapatkan rawatan di hospital sewajarnya.
E. Patah Tulang Anggota (bahagian bahu dan siku)
Simptom:
i. Bengkakii. Berubah bentuk rupa
iii. Berubah warna
Tanda-tanda:
i. Sakit ditempat yang cedera.
Tindakan yang harus dilakukan
i. Bengkok dan melintangkan tangannya dengan perlahan-lahan ke dada dan jari-jari ke bahu.
ii. Letakkan kain lapik di antara lengan dan badan.iii. Gunakan dua pembalut tiga segi (iaitu lipatan lebar) satu ikatan pada bahagian atas dan
satu lagi di bawah tempat cedera (siku).iv. Dapatkan rawatan hospital dengan segera.
PERHATIAN : Jika sikunya cedera jangan sekali-kali digerakkan, anduhkan tangannya dengan menggunakan tiga anduhan (pastikan tegak dan lurus). Jika didapati bengkok,
ampuhkan dengan kain anduh yang besar.
F. Patah Tulang Anggota Bahagian Bawah atau Tulang Belakang
Misalnya : Tulang belakang,tulang peha,tempurung lutut,tulang kaki dan tulang penjejak
Tanda-tanda:
(i) Tidak boleh bangkit(ii) Anggota-anggota bahagian bawah tidak boleh bergerak
Alamat-alamat:
(i) Jangan digerakkan pada anggota yang cedera(ii) Tutup anggota yang cedera(iii) Dapatkan rawatan hospital dengan kadar segera
INGATAN:
(i) Kecederaan ini adalah dianggap berat dan senang menjadi melarat jika dilakukan dengan Kasar(ii) Gunakan kain (tuap) yang berlapik jika perlu untuk melindungkan kesakitan dan kurangkan pergerakan